PENGELUARAN MEMBELI RUMAH - KWSP

PENGELUARAN MEMBELI RUMAH TUJUAN Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah...

1 downloads 53 Views 264KB Size
K K U M P U L A N W A N G S M P A N A N P E K E R J A KU UM MP PU UL LA AN NW WA AN NG GS SIIIM MP PA AN NA AN NP PE EK KE ER RJ JA A

PENGELUARAN MEMBELI RUMAH TUJUAN 

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah.



Pengeluaran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. Pelupusan pemilikan bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’ atas sebab rumah tersebut dilelong, penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam atau kebakaran, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.

KELAYAKAN MEMOHON 

(i) (ii)



Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN



Ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam Akaun 2.

Warganegara Malaysia; ATAU Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU (iii) Bukan warganegara Malaysia yang ;  Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU  Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)

SYARAT- SYARAT PENGELUARAN Ahli Layak Memohon Sekiranya :1.

Membeli sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / ‘studio apartment’ / ‘service apartment’ / ‘townhouse’ / SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman.

2.

Pembiayaan pembelian rumah melalui ; (i)

(ii)

Pinjaman perumahan daripada mana-mana institusi seperti berikut : Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA)  Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan  Majikan ahli  Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia).  Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia  Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP; ATAU Secara tunai.

3.

Ahli telah menandatangani Surat Perjanjian Jual Beli tidak melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP.

4.

Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU Ahli telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua. Bukti penjualan / pelupusan pemilikan rumah pertama perlu dikemukakan.

5.

Ahli ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP.

6.

Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan).

Ahli Tidak Layak Memohon Sekiranya :     

Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf Membeli rumah ketiga Membeli rumah di luar negara

AMAUN YANG LAYAK DIKELUARKAN Ahli boleh mengeluarkan simpanan seperti berikut :PEMBELIAN BERSAMA SUAMI / ISTERI ATAU AHLI KELUARGA TERDEKAT ATAU INDIVIDU LAIN

PEMBELIAN RUMAH MILIK INDIVIDU Amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2

Amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10% daripada harga rumah ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan

(Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)

(Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)

PINJAMAN PERUMAHAN 100%

PEMBELIAN TANPA PINJAMAN / SECARA TUNAI

10% daripada harga rumah ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2

Harga rumah dengan tambahan 10% daripada harga rumah ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2

(Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)

(Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)



Ahli boleh memilih untuk menentukan amaun yang ingin dikeluarkan daripada Akaun 2, tertakluk kepada amaun maksimun yang layak dikeluarkan dengan mengisi amaun yang dipohon dalam borang pengeluaran perumahan KWSP 9C (AHL)(D5).



Ahli pernah membuat pengeluaran perumahan tetapi telah membatalkan pembelian rumah tersebut. Dalam keadaan ini, wang pengeluaran tidak perlu dikembalikan. Amaun kelayakan semasa akan ditolak daripada amaun pengeluaran terdahulu tertakluk kepada baki kelayakan (sekiranya ada)

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN DOKUMEN UTAMA

BIL. 1.

Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL) (D5)

2.

Kad Pengenalan Diri

3.

(a) MyKad / Kad Pengenalan Tentera / Kad Pengenalan Permastautin Tetap (MyPR) ATAU (b) Kad Pengenalan Polis DAN Surat Pengesahan Majikan menyatakan no. Polis dan no. Kad Pengenalan Diri merujuk kepada orang yang sama (jika tidak memiliki MyKad/ Kad Pengenalan Polis yang tidak tertera no. Kad Pengenalan Diri) ATAU (c) Pasport. Jika bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998 Nota :  Salinan kad pengenalan tidak perlu sekiranya ahli adalah pemegang MyKad dan Pengecaman Cap Ibu Jari ahli dengan Pengkalan Data KWSP atau Bacaan MyKad adalah padan.  Ahli yang tidak memiliki MyKad dan/atau permohonan melalui pos/ wakil masih perlu mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri masing-masing. Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli

4.

Buku Bank / Penyata Akaun Simpanan ATAU Penyata Akaun Semasa ATAU Surat Pengesahan Bank Mengenai Butiran Pemegang Akaun ATAU Cetakan Butiran Pemegang Akaun Melalui Laman Web. Nota :  Mempunyai akaun di bank panel KWSP yang dilantik  Akaun bank mestilah yang masih aktif (Dokumen asal dikecualikan jika ahli dapat memberi maklumat akaun bank dengan betul tanpa merujuk kepada dokumen asal.Ketepatan maklumat penting bagi mengelakkan pengkreditan terus ke akaun ahli gagal) Permohonan Secara Pos 

BIL.

Borang Permohonan Pendaftaran Ahli dan Pindaan Maklumat (KWSP 3)

(A) DOKUMEN SOKONGAN PEMBELIAN RUMAH DARIPADA PEMAJU

1.

Surat Perjanjian Jual Beli (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)

2.

3.

Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (sekiranya kelulusan pinjaman kurang daripada setahun) ATAU Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan DAN Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan / Borang Gadaian 16A / ‘Deed of Assignment’ / Suratan Hakmilik atas nama ahli dan telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman (sekiranya kelulusan pinjaman melebihi setahun) Surat Pengesahan Pemaju mengenai belian tunai yang mengandungi maklumat butiran harta

4.

Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah

5.

Sijil Arkitek / Surat Permintaan Bayaran yang menunjukkan peringkat pembinaan tidak kurang daripada 20% ATAU Sijil Layak Menduduki (Certificates of Fitness - CF atau Certificates of Occupation - CO)

PINJAMAN

TANPA PINJAMAN





√ √ √ √

6.

BIL. 1.

2.

3.

Pembelian bersama ahli keluarga terdekat (suami/isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik), sekiranya pemohon bukan peminjam.  Bukti Pertalian (Sijil Perkahwinan atau Sijil Kelahiran)





(B) DOKUMEN SOKONGAN PEMBELIAN TANAH DAN PEMBINAAN RUMAH SECARA PAKEJ

PINJAMAN

TANPA PINJAMAN





Surat Perjanjian Bina Rumah (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan) DAN Surat Perjanjian Jual Beli Tanah (Tarikh perjanjian tidak melebihi melebihi 6 bulan dengan tarikh Surat Perjanjian Bina Rumah) Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (sekiranya kelulusan pinjaman kurang daripada setahun) ATAU Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan DAN Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan / Borang Gadaian 16A / ’Deed of Assignment’ / Suratan Hakmilik atas nama ahli dan telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman (sekiranya kelulusan pinjaman melebihi setahun) Suratan Hakmilik Tanah atas nama penjual / pemilik tanah

√ √ √

√ √ √ √

5.

Surat Wakil Kuasa (‘Power of Attorney’) yang telah didaftarkan di (Sekiranya pembelian tanah dan pembinaan rumah menggunakan Surat Kuasa Wakil) Surat Pengesahan Pemaju mengenai belian tunai yang mengandungi maklumat butiran harta

6.

Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah

7.

Sijil Arkitek / Surat Permintaan Bayaran yang menunjukkan peringkat pembinaan tidak kurang daripada 20% ATAU Sijil Layak Menduduki (Certificates of Fitness - CF atau Certificates of Occupation - CO) Pembelian bersama ahli keluarga terdekat (suami/isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik), sekiranya pemohon bukan peminjam  Bukti Pertalian (Sijil Perkahwinan atau Sijil Kelahiran)





(C1) DOKUMEN SOKONGAN PEMBELIAN RUMAH DARIPADA INDIVIDU

PINJAMAN

TANPA PINJAMAN





4.

8.

BIL.

Mahkamah



SURATAN HAKMILIK TELAH DIKELUARKAN 1.

2.

3.

4.

5. 6.

Surat Perjanjian Jual Beli (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan) Nota: Sekiranya pembelian rumah daripada keluarga terdekat (ibu / bapa / suami / isteri / anak / adik-beradik), ahli perlu mengemukakan bukti transaksi pembelian iaitu Borang Pindahmilik (Borang KTN 14A / ‘Memorandom Of Transfer’) yang telah disempurnakan (a) Hak Milik Atas Nama Penjual Suratan Hakmilik / Catatan Carian Rasmi atas nama Penjual / Surat Kebenaran Pindahmilik dari Pejabat Tanah (jika ada sekatan pindahmilik daripada pihak berkuasa); ATAU (b) Hak Milik Atas Nama Pembeli Suratan Hakmilik atas nama ahli; ATAU Borang Pindahmilik KTN 14A atas nama pemilik baru yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah ATAU Sekurang-kurangnya Borang Pindahmilik KTN14A telah lengkap ditandatangani berserta resit penyata perserahan oleh Pejabat Tanah Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (sekiranya kelulusan pinjaman kurang daripada setahun) ATAU Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan DAN Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan / Borang Gadaian 16A / Suratan Hakmilik atas nama ahli dan telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman (sekiranya kelulusan pinjaman melebihi setahun) Suratan Hakmilik atas nama ahli; ATAU Borang Pindahmilik KTN 14A atas nama ahli yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah ATAU sekurang-kurangnya Borang Pindahmilik KTN14A telah lengkap ditandatangani berserta resit penyata perserahan oleh Pejabat Tanah Surat Pengesahan Belian Tunai daripada Peguam yang menguruskan proses jualbeli yang mengandungi maklumat butiran harta Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah



√ √ √ √

7.

Pembelian bersama ahli keluarga terdekat (suami/isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik), sekiranya pemohon bukan peminjam  Bukti Pertalian (Sijil Perkahwinan atau Sijil Kelahiran)





BIL.

(C2) DOKUMEN SOKONGAN PEMBELIAN RUMAH DARIPADA INDIVIDU

PINJAMAN

TANPA PINJAMAN

1.

Surat Perjanjian Jual Beli (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan) Nota : Sekiranya pembelian rumah daripada keluarga terdekat (ibu / bapa / suami / isteri / anak / adik-beradik) ahli perlu mengemukakan bukti transaksi pembelian iaitu ‘Deed of Assignment’ yang telah disempurnakan





SURATAN HAKMILIK BELUM DIKELUARKAN

2.

3.

4. 5. 6.

Surat Pengesahan Daripada Pemaju Mengenai Butiran Rumah Yang Dibeli; ATAU Surat Kebenaran Pindahmilik Dari Pihak Berkuasa Tempatan (jika ada sekatan pindahmilik daripada pihak berkuasa); ATAU Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’) di antara penjual dan ahli yang sempurna dan mesti mempunyai cop duti setem (atau mengemukakan sijil setem) 1% dari harga penjualan Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (sekiranya kelulusan pinjaman kurang daripada setahun) ATAU Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan DAN Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan (sekiranya pinjaman melebihi setahun) Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’) di antara penjual dan ahli yang sempurna dan mesti mempunyai cop duti setem (atau mengemukakan sijil setem) 1% dari harga penjualan Surat Pengesahan Belian Tunai daripada Peguam yang menguruskan proses jualbeli yang mengandungi maklumat butiran harta Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah

√ √ √ √ √

7.

Pembelian bersama ahli keluarga terdekat (suami/isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik), sekiranya pemohon bukan peminjam  Bukti Pertalian (Sijil Perkahwinan atau Sijil Kelahiran)





BIL.

(D) DOKUMEN SOKONGAN PEMBELIAN RUMAH DARIPADA LELONGAN AWAM

PINJAMAN

TANPA PINJAMAN

1.

Surat Perjanjian Jualan; ATAU Surat Perakuan Jualan Oleh Pentadbir Tanah / Mahkamah (Tarikh perjanjian / pengisytiharan tidak melebihi 3 tahun daripada tarikh permohonan) Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (sekiranya kelulusan pinjaman kurang daripada setahun) ATAU Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan DAN Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan / Borang Gadaian 16A / ’Deed of Assignment’ / Suratan Hakmilik atas nama ahli dan telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman (sekiranya kelulusan pinjaman melebihi setahun) Surat Pengesahan Belian Tunai daripada Peguam yang menguruskan proses jualbeli yang mengandungi maklumat butiran harta Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah (Resit Pembayaran ATAU Pengesahan Pembayaran daripada Bank Pelelong atau Peguam Bank Pelelong) Dokumen Pindah Milik seperti berikut :-





2.

3. 4. 5.

√ √ √

Borang KTN 16F (Perakuan Jual Oleh Mahkamah); ATAU Borang KTN 16I (Perakuan Jual Tanah Oleh Pentadbir Tanah) ATAU Suratan Hak Milik atas nama ahli; ATAU Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’) DAN Surat pengesahan daripada peguam pembeli / penjual yang mengesahkan bahawa Notis Ikatan Serahak (‘Notice of Assignment’) telah dikemukakan kepada pemaju mengikut Seksyen 22D (2) Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) Pindaan 2007 ATAU



Mana-mana dokumen pindahmilik [ Borang KTN 14A / 16F / 16I / Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’) ] atas nama ahli yang belum disempurnakan ( Borang KTN 14A dan Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’) sekurang-kurangnya telah ditandatangani oleh ahli )DAN Surat Akuan Berkanun (Akuan Sumpah) yang mengesahkan pembelian rumah adalah benar dan akan mengemukakan dokumen berkenaan yang lengkap dalam tempoh 6 bulan. 6.

Pembelian bersama ahli keluarga terdekat (suami/isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik), sekiranya pemohon bukan peminjam  Bukti Pertalian (Sijil Perkahwinan atau Sijil Kelahiran)





BIL.

(E) DOKUMEN SOKONGAN UNTUK MEMBELI RUMAH KEDUA

1.

Dokumen bukti pembelian atau pembinaan rumah kedua memenuhi syarat-syarat pengeluaran yang ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Sokongan perkara (A) hingga (D) di atas.

2.

Bukti penjualan atau pelupusan pemilikan rumah pertama, mana-mana satu yang berikut :a)

Borang Pindahmilik KTN 14A atas nama pemilik baru yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah atau sekurang-kurangnya Borang Pindahmilik KTN14A telah lengkap ditandatangani berserta resit penyata perserahan oleh Pejabat Tanah; ATAU Nota : Bagi rumah yang dipindah milik atas dasar kasih sayang (tertakluk kepada ahli keluarga terdekat sahaja iaitu suami/isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik), perlu sertakan mana-mana dokumen bukti pertalian.

b)

Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’); DAN Surat pengesahan daripada peguam pembeli / penjual yang mengesahkan bahawa Notis Ikatan Serahak (‘Notice of Assignment’) telah dikemukakan kepada pemaju mengikut Seksyen 22D (2) Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) Pindaan 2007 (bagi proses pembelian atau penjualan selepas 12 April 2007); ATAU

c)

Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’) antara ahli dan pemilik baru yang sempurna dan mesti mempunyai Cop Duti setem (atau mengemukakan sijil setem) 1% daripada harga penjualan; ATAU

d)

Suratan Hakmilik atas nama pemilik baru DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; ATAU

e)

Borang Cukai Keuntungan Harta Tanah 5 / 5A (‘Real Property Gain Tax’) DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; ATAU

f)

Perakuan jual oleh pentadbir tanah (KTN16I) / Perakuan jual oleh mahkamah (KTN16F); ATAU

g)

Pengesahan bank pelelong mengenai lelongan harta; ATAU

h)

Penyerahan harta melalui Perintah Mahkamah kepada mana-mana pihak DAN surat cerai (bagi kes perceraian); ATAU

i)

Carian rasmi yang menunjukkan pemilik baru harta tersebut daripada Pejabat Tanah DAN Surat Perjanjian Jual Beli pemilik baru; ATAU

j)

Surat Pengesahan daripada Pihak Berkuasa (Majlis Perbandaran / Majlis Daerah / Penghulu) bagi rumah musnah akibat bencana alam; ATAU

k)

Surat Pengesahan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/Kerajaan Negeri bagi projek terbelengkalai / bermasalah / sakit ; ATAU

l)

Surat Perjanjian Pembatalan pembelian rumah pertama (‘Deed Of Revocation’ atau ‘Deed of Rescission’); ATAU Surat Pengesahan Pembatalan daripada pemaju / peguam; ATAU

antara ahli dan

m) Cukai Taksiran yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran / pihak berkuasa tempatan atas nama pemilik baru dan Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; ATAU n)

Surat pengesahan mengenai kemusnahan rumah akibat kebakaran dan mengakibatkan hilang tempat kediaman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang dibenarkan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat / Polis Di Raja Malaysia / Pihak Berkuasa Tempatan / Majlis Tempatan / Ketua Kampung dan lain-lain yang diberikuasa; DAN Dokumen tambahan seperti gambar kejadian atau lain-lain dokumen yang boleh menyokong permohonan pemohon (jika perlu)

NOTA : KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan sekiranya diperlukan dan menolak mana-mana permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

PERHATIAN DAN MAKLUMAN KEPADA PEMOHON 

Kegagalan Mengembalikan Amaun Yang Tidak Digunakan Bagi Maksud Pengeluaran Sekiranya pemohon tidak menggunakan bayaran pengeluaran bagi maksud pengeluaran dibuat, pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi RM2,000.00 atau kedua-duanya [Seksyen 58A, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007].



Membuat Kenyataan Yang Tidak Betul Atau Tidak Benar Atau Mengemukakan Dokumen Palsu Sekiranya pemohon memberi kenyataan yang tidak betul atau tidak benar atau mengemukakan dokumen palsu, pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan sekiranya disabitkan pemohon boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000.00 atau kedua-duanya [Seksyen 59, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007]

KAEDAH BAYARAN (i)

(ii)

BAYARAN DALAM MALAYSIA 

Semua bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli dengan syarat :a. Ahli mempunyai akaun bank dengan bank panel KWSP yang dilantik; DAN b. Akaun bank ahli masih aktif; DAN c. Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank. d. Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)



Bagaimanapun, sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli seperti akaun bank tidak aktif atau nombor Kad Pengenalan Diri tidak sepadan, bayaran akan dibuat melalui cek jurubank.

BAYARAN LUAR MALAYSIA Bayaran adalah melalui Draf Bank Asing. Jenis matawang adalah seperti berikut : 

Matawang asing mengikut pilihan ahli di dalam borang permohonan dengan syarat matawang tersebut ada disenaraikan oleh KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing; ATAU Dalam matawang US Dollar sekiranya jenis matawang yang dipohon oleh ahli dalam borang permohonan tiada dalam senarai KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing Nota : KWSP akan membuat pengesahan semula dengan ahli sekiranya jenis matawang yang dipilih dalam borang permohonan tiada dalam senarai yang dibenarkan atau sebelum menukar jenis matawang kepada USD Dollar.

CARA PERMOHONAN DIHANTAR Permohonan boleh dihantar di mana-mana cawangan KWSP sama ada melalui serahan di kaunter ATAU melalui pos. SERAHAN DI KAUNTER  Sila bawa bersama SEMUA dokumen asal bagi tujuan pengesahan oleh Pegawai KWSP.  Bagaimanapun, jika salinan dokumen telah dibuat pengesahan sila pastikan salinan dokumen disahkan oleh pegawai yang dibenarkan oleh KWSP, lengkap dengan tandatangan, nama, jawatan dan cop rasmi pengesah. SERAHAN MELALUI POS  Sila pastikan SEMUA salinan dokumen telah disahkan oleh pegawai yang dibenarkan oleh KWSP, lengkap dengan tandatangan, nama, jawatan dan cop rasmi pengesah.  Permohonan melalui pos boleh dialamatkan kepada :KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA Karung Berkunci No. 220 Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya SELANGOR

PERTANYAAN Jika ahli mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai pengeluaran ini, sila hubungi :

Mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran



Pusat Pengurusan Panggilan KWSP. Tel: 03-8922 6000



Maklumbalas Pelanggan, http://enquiry.kwsp.gov.my

Sila nyatakan nombor KWSP atau nombor Kad Pengenalan ahli dan jenis pengeluaran yang dipohon apabila berurusan dengan KWSP. Ahli juga boleh melayari laman web KWSP di alamat www.kwsp.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai jenis pengeluaran KWSP dan panduan umum kepada ahli.

Anda Keutamaan Kami Tarikh Cetakan : Jun 2013