Penggunaan Newsmaker Dalam Membina Kemahiran Bertutur

Akan tetapi, isi-isi yang diberikan pelajar-pelajar tidak disusun dan disampaikan secara teratur. Hal ini berlaku disebabkan para pelajar ini tidak se...

0 downloads 15 Views 507KB Size
Penggunaan Newsmaker Dalam Membina Kemahiran Bertutur Uma Thiruselvam [email protected] Sri Nabilah Binte Basri Rohaizat Bin Ramlee Sekolah Menengah Chong Boon Pusat Bahasa Melayu Singapura

ABSTRAK Guru-guru mendapati para pelajar secara umumnya masih belum yakin untuk bertutur lebihlebih lagi apabila berdepan dengan khalayak. Oleh yang demikian, bangkit satu keperluan bagi guru-guru untuk membina kemahiran bertutur dalam kalangan pelajar. Dalam menyahut seruan Kementerian Pendidikan yang menyokong penyerapan ICT dalam pengajaran, Kajian Pengajaran ini dijalankan dengan tujuan khusus meneliti perkembangan dan respons para pelajar terhadap penggunaan media baru dalam menggalak mereka membina kemahiran bertutur – lebih spesifik lagi untuk membina motivasi dalam menjawab komponen perbualan bergambar bagi kemahiran lisan. Perisian Newsmaker telah dipilih berdasarkan ciri-cirinya yang mesra pengguna dan kemampuannya untuk melentur kemahiran menulis, membaca dan membuat penyampaian dalam kalangan pelajar. . Dapatan kajian menunjukan bahawa pelajar-pelajar yang mengikuti kajian pengajaran ini dapat meraih manfaat dalam membina kemahiran bertutur mereka. Pelajar-pelajar juga dapat melakukan pembelajaran kolaboratif menerusi proses menilai rakan mereka dengan rubrik yang telah disediakan.Menerusi proses penilaian ini pelajar dapat memperbaik prestasinya berdasarkan teguran rakan-rakannya. Kata Kunci: Pembelajaran berpusatkan pelajar, penilaian rakan sebaya, rubrik, kemahiran bertutur, Newsmaker PENGENALAN Guru memilih tajuk ini kerana kemahiran bertutur merupakan salah satu kemahiran asas yang perlu dimiliki dan dikuasai oleh para pelajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam sesebuah peperiksaan bahasa Melayu. Hal ini jelas diperlihatkan melalui pemberatan peratusan bagi komponen lisan dalam peperiksaan GCE Peringkat ‘O’ dan GCE Peringkat‘N’ yang mencecah angka signifikan 20%. Berdasarkan pemantauan rambang yang dibuat oleh guru-guru di Sekolah Menengah Chong Boon dari masa ke semasa, para pelajar secara umumnya masih belum dapat menguasai kemahiran bertutur lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan khalayak. Oleh yang demikian, bangkit satu keperluan bagi guru-guru untuk membina kemahiran bertutur dalam kalangan pelajar. Dalam menyahut seruan Kementerian Pendidikan yang menyokong penyerapan ICT dalam pengajaran, kajian ini dijalankan dengan tujuan khusus melihat perkembangan dan respons para pelajar terhadap penggunaan media baru dalam menggalak mereka membina kemahiran bertutur – lebih spesifik lagi untuk membina motivasi dalam menjawab komponen perbualan berdasarkan gambar bagi kemahiran lisan. Perisian Newsmaker telah dipilih berdasarkan ciri-cirinya yang mesra 1

pengguna dan kemampuannya untuk melentur kemahiran menulis, membaca dan membuat penyampaian dalam kalangan pelajar. PERNYATAAN MASALAH Guru-guru mendapati pelajar-pelajar Sekolah Menengah Chong Boon sudah memiliki kemahiran mengenal pasti isi dalam gambar-gambar yang diperlihatkan dalam kebanyakan sesi latihan dan ujian lisan. Akan tetapi, isi-isi yang diberikan pelajar-pelajar tidak disusun dan disampaikan secara teratur. Hal ini berlaku disebabkan para pelajar ini tidak sedar akan apa yang dipertuturkan sewaktu mereka menjalankan latihan atau ujian bagi komponen perbualan berdasarkan gambar. Justeru, dengan menggunakan perisian Newsmaker, para pelajar ini dapat merakam penyampaian mereka. Melalui proses mengulang tayang rakaman yang sama, para pelajar ini dapat mengenal pasti kelebihan atau kekurangan yang wujud dalam penyampaian mereka. Dengan berlakunya proses sebegini, para pelajar berfungsi sebagai pengkritik peribadi dan terdorong untuk memperbaik penyampaian diri sendiri. Bagi pelajar yang kurang mampu menilai diri sendiri pula, penilaian rakan yang dijalankan pastinya dapat membantu dalam mencapai objektif yang sama. Akan tetapi, Kajian Pengajaran ini hanya akan berjaya seandainya para pelajar sudah didedahkan kepada struktur menyusun isi serta penggunaan rubrik penilaian yang sesuai bagi peringkat pemahaman mereka. MATLAMAT KAJIAN Kajian Pengajaran ini dilaksanakan berdasarkan tujuan yang berikut: 1. 2.

Pelajar dapat merakam pertuturan ayat-ayat yang gramatis menggunakan sebutan yang baku dengan berkesan. Keberkesanan penggunaan News Maker dalam menggalak pelajar untuk bersikap lebih yakin semasa berbual di khalayak dapat berkomunikasi dengan lancar dan sudi menyumbang pendapat ketika menjalani penilaian kendiri dan penilaian rakan melalui proses mengulang tayang rakaman. KAJIAN LITERATUR

Kajian Pengajaran Kajian Pengajaran merupakan kaedah yang dipilih untuk memperbaik kemahiran bertutur para pelajar di sekolah kami. Kajian Pengajaran dipilih oleh kami kerana menurut Stepanek Jennifer (2007), apabila kajian pengajaran dijalankan di peringkat sekolah peningkatan berterusan akan berlaku di lebih daripada satu bilik darjah . Malah, kajian pengajaran juga membantu para pelajar untuk memahami bagaimana tindakan mereka menyumbang kepada pembelajaran pelajar. Menerusi kaedah ini peranan guru turut berubah. Kini, guru dianggap sebagai penyampai, pemudah cara dan perancang pengajaran. Guru juga memperolehi pengalaman pembelajaran yang kongruent dengan perkembangan profesional yang berkesan. Stepanek Jennifer (2007) juga mengatakan kaedah ini juga berbentuk kolaboratif, menyeluruh dan berterusan bertumpu pada pada bahan subjek, dipandu oleh guru dan menekankan pembelajaran di kelas yang berbentuk aktif dan autentik yang tertumpu pada hasil pembelajaran pelajar. Kajian Pengajaran juga berlandaskan refleksi. Refleksi ini akan 2

memastikan pembelajaran mendalam dan perubahan yang bererti berlaku selepas proses ini. Menurut Lewis (2002), bagi para guru, refleksi membantu mereka untuk mempertimbangkan apa yang telah dilaksanakan dengan lancar dan perubahan yang harus dilakukan untuk memperbaiki kitaran yang seterusnya. Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Beberapa dekad yang lalu pembelajaran pelajar berpusatkan guru tetapi hari ini pembelajaran berpusatkan pelajar pula. Kami merancang untuk mengendalikan pengajaran berpusatkan pelajar agar pelajar kami dapat memperolehi manfaat daripada kaedah pengajaran ini. Fokus pembelajaran berpusatkan pelajar mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta melibatkan mereka dalam pembelajaran. Menurut Quek Choon Lang (2008), pembelajaran berpusatkan pelajar juga memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan dan aktiviti pembelajaran. Peranan guru pula adalah untuk melibatkan pelajar dalam pelbagai jenis aktiviti pembelajaran. Kemahiran Bertutur Memandangkan bahawa kemahiran bertutur merupakan komponen yang penting dalam pembelajaran bahasa di Singapura maka usaha harus diambil untuk mempertingkatkan kemahiran ini dalam kalangan pelajar. Bertutur atau bercakap merupakan kemahiran lisan yang penting dalam situasi formal atau tidak formal. Dr Abbas (2006) telah menyatakan bahawa guru harus mengajar pelajar kemahiran bertutur supaya pelajar boleh menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis yang kreatif secara lisan dengan menggunakan bahasa yang gramatis dan sopan. Kemahiran bertutur ditekankan dalam proses kajian kami kerana pelajar kami perlu menerangkan gambar yang diberi dengan mengemukakan pendapat dan perasaan mereka. Penilaian Rakan Sebaya Berpandukan Rubrik Penilaian rakan sebaya semakin luas digunakan di bilik darjah. Penilaian ini berbentuk formatif. Penilaian formatif bertanggungjawab untuk memberitahu guru dan pelajar tentang pemahaman pelajar. Menurut Chai Ching Sing dan Wang QiYun(2010) menerusi penilaian rakan pelajar melihat diri masing-masing sebagai sumber bagi pemahaman dan memeriksa untuk kerja berkualiti dibandingkan dengan kriteria yang wujud sebelum ini. Penggunaan rubrik dalam penilaian membantu guru untuk fokus terhadap kriteria pembelajaran yang akan dinilai. Brookhart Susan M(2013) menganggap rubrik penting kerana ia menjelaskan kepada pelajar kualiti yang harus dimiliki oleh tugasan mereka. Rubrik juga membantu guru untuk mengajar, mengkoordinasi arahan dan penilaian serta membantu pelajar untuk belajar. Oleh itu dalam kajian ini kami menggunakan kaedah penilaian rakan sebaya berpandukan rubrik untuk meningkatkan mutu pembelajaran pelajar. Penggunaan ICT dalam Membina Kemahiran Bertutur Kementerian Pendidikan Singapura menggalakkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk memperkaya pembelajaran pelajar terutama sekali dalam pembelajaran bahasa ibunda. Lanjutan daripada itu, ramai guru mendapati ICT merupakan alat yang berkesan dalam pengajaran. Menyedari hakikat ini, para guru diberikan peluang untuk memilih alat yang bersesuaian dengan kurikulum atau untuk menyokong sesuatu 3

pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT sebagai alat untuk mengajar kemahiran bertutur atau komunikasi membantu melaksanakan pembelajaran kolaboratif, meningkatkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran secara kumpulan yang bersifat global. Dengan menggunakan ICT dalam pengajaran, pelajar dapat mengindividukan pembelajaran, belajar mengikut kemampuan sendiri, meningkatkan motivasi dan belajar dengan penyeliaan yang minimum. Oleh hal yang demikian, guru, kini menghadapi cabaran untuk menyediakan pengajaran yang berkesan dan cekap. Namun, tidak dapat dinafikan minat dan kecenderungan pelajar terhadap ICT menjadi daya tarikan kepada pelajar untuk mengikuti pengajaran guru terutama sekali jika ia mengandungi unsur hiburan seperti perisian ‘newsmaker’. KAEDAH KAJIAN Reka bentuk kajian ini ialah kajian pengajaran meninjau penggunaan perisian newsmaker untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam Bahasa Melayu bahagian lisan perbualan komponen penerangan gambar.Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif untuk mendapatkan data kajian. Perisian Newsmaker ini dipilih kerana memiliki ciri-ciri unik yang dapat menyuntik unsur hiburan dalam proses pembelajaran. Pelajar diberi pilihan untuk menggunakan ikon-ikon beranimasi untuk disertakan bersama dalam rakaman mereka. Dengan adanya unsur sebegini, para pelajar tidak terikat dengan cara pembelajaran kemahiran bertutur yang konvensional yang lazimnya mendatangkan kebosanan hanya kerana proses yang sama berulang setiap masa. Penggunaan perisian Newsmaker diharapkan dapat memberikan kesegaran pada proses pembelajaran dan pada masa yang sama dapat meningkatkan minat dan motivasi pelajar untuk turut serta dalam latihan perbualan lisan. Tambahan pula, penggunaan perisian ini dirasakan serasi dengan kegiatan semasa para pelajar sekarang yang selesa menonton atau merakam Vlog (blog dalam rakaman) di alam siber. Penilaian kendiri dan penilaian rakan juga dititikberatkan kerana para guru ingin menggalakkan pelajar supaya berdikari dalam proses meraih ilmu. Proses ini, jika dipraktikkan secara berulang dalam masa pembelajaran, akan menjadi satu amalan atau tabiat positif dalam kalangan pelajar apabila membuat ulang kaji secara bersendiri. Subjek Kajian Sampel kajian terdiri daripada pelajar daripada kelas menengah 3 Ekspres dan pelajar dari kelas menengah 3 Normal Akademik dari Sekolah Menengah Chong Boon. Bagi pihak guru, tiga orang guru Bahasa Melayu yang terlibat. Seorang guru pemantau dan dua orang guru yang mengajar semasa kitaran pertama dan dua. Instrumen Kajian Memandangkan kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kajian pengajaran yang menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif, pengkaji akan menggunakan pelbagai instrumen yang boleh menyokong kajian ini. Instrumen kajian ini terdiri daripada pemerhatian guru-guru, keputusan peperiksaan semestral pertama (SA1) dan peperiksaan semestral dua(SA2), (ujian pra dan ujian pasca), persediaan mengajar, borang penilaian(rubrik) , dialog antara guru dan pelajar (aktiviti pasca) dan refleksi guru-guru dan pelajar-pelajar.

4

Pengumpulan Data Sebelum pengajaran menggunakan perisian newsmaker dilaksanakan, pelajar-pelajar akan diberikan ujian pencapaian dalam komponen lisan perbualan bergambar iaitu ujian pra. Tujuan ujian ini adalah untuk mengetahui tahap pencapaian awal pelajar sebelum kajian dijalankan.Pada minggu ke lapan, pelajar-pelajar akan diberikan ujian pasca untuk melihat sama ada terdapat peningkatan pencapaian selepas pengajaran perisian newsmaker dilaksanakan dan soal selidik berkaitan tentang tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran komponen lisan penerangan bergambar. Para pelajar juga diminta membuat refleksi tentang pembelajaran mereka untuk mendapatkan maklum balas tentang pengajaran menggunakan perisian newsmaker. Prosedur Kajian Kajian Pengajaran yang dijalankan melalui dua proses kitaran kajian. Kitaran kajian pertama dijalankan pada 11 Julai 2012. Cikgu Sri Nabilah Basri merupakan guru pelaksana bagi Pengajaran Kajian ini. Dalam pengajaran yang pertama, kajian melibatkan pelajarpelajar menengah 3 Ekspres. Bagi kitaran kajian yang kedua pula dilaksanakan pada 18 Julai oleh Cikgu Uma Thiruselvam. Kali ini melibatkan pelajar-pelajar 3 Normal Akademik. Proses pembelajaran ini memuatkan Rancangan Pengajaran Kajian Kitaran 1 dan Kitaran 2. Setiap rancangan pengajaran telah dibincangkan oleh kumpulan kajian pengajaran bagi memastikan pembaikan dilakukan demi menyediakan pengalaman pembelajaran yang menarik, bermakna dan berkesan dalam meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar. Dalam kitaran kajian yang pertama (kelas 3 Ekspres) guru menayangkan tiga gambar dan meminta respons pelajar berdasarkan beberapa soalan rangsangan. Kemudian, guru memperkenalkan pendekatan L.A.P (lihat, andaian, pandangan) kepada pelajar untuk menyusun isi-isi perbincangan mereka dalam penyusun grafik yang telah disediakan. Pelajar dikehendaki merakam isi yang telah dicatatkan dalam lembaran menggunakan perisian Newsmaker . Pelajar boleh menggunakan ikon-ikon yang telah tersedia untuk menambah nilai rakaman penyampaian mereka. Seterusnya pelajar harus mengulang tayang rakaman tersebut dan menilai pencapaian mereka berpandukan rubrik. Kemudian, guru akan memberikan arahan kepada pelajar untuk bergerak mengikut putaran jam untuk menilai kerja rakan mereka secara kualitatif dan kuantitatif. Borang rubrik yang telah diterap akan dipulangkan kepada pemilik rakaman untuk melihat tahap yang mereka telah capai. Sebagai langkah penutup pelajar digalakkan berkongsi pandangan dan penilaian mereka terhadap prestasi yang ditunjukkan semasa latihan dikendalikan.Pelajar telah menilai rakan mereka dengan jujur dan saksama. Pelajar juga diminta merumuskan pelajaran untuk memastikan objektif asal pelajaran telah dicapai. Semasa langkah terakhir ini guru dalam interaksinya dengan pelajar diberitahu oleh pelajar mereka dapat memperolehi manfaat daripada penggunaan perisian ini. Dalam kitaran yang kedua guru (bagi kelas 3 Normal Akademik) menayangkan 3 gambar yang berbeza bersertakan dengan senarai kosa kata yang dapat membantu pelajar memberikan respons kepada soalan-soalan rangsangan guru. Pelajar kemudian diberikan penyusun grafik dan dikehendaki menghasilkan 8 hingga sepuluh ayat yang gramatis berdasarkan gambar yang diberikan menggunakan kaedah L.A.P. 5

Seterusnya pelajar diminta secara bergilir untuk merakamkan isi yang telah mereka catatkan itu. Seperti di dalam kitaran yang sebelumnya pelajar juga digalakkan menggunakan ikonikon yang telah disediakan untuk menambahkan mutu kepada penyampaian mereka. Kemudia pelajar diminta menilai rakan mereka dan berkongsi dengan kelas penilaian mereka. Namun, bahagian ini tidak dapat dijalankan dengan berkesan bagi kelas ini kerana ada pelajar yang tidak memahami kriteria rubrik dan tidak dapat melakukan penilaian yang baik. Ada juga pelajar yang bersikap was-was untuk mengemukakan komen mereka dan memberikan markah yang tinggi kepada rakan mereka. Sungguhpun begitu, secara keseluruhan ramai pelajar yang telah menilai rakan mereka secara jujur dan adil. Pelajar juga mengatakan bahawa mereka terhibur menjalani proses melatih kemahiran bertutur dengan menggunakan perisian ini. Mereka juga gembira kerana dapat bekerjasama dengan rakan untuk memperbaik kemahiran bertutur secara keseluruhannya. DAPATAN KAJIAN Dapatan Kuantitatif Setelah menjalankan Kajian Pengajaran ini sebanyak dua kitaran, persembahan pelajar diukur lagi sewaktu peperiksaan lisan pada akhir tahun. Berdasarkan markah yang diperoleh para pelajar, nyatalah bahawa matlamat yang ingin dicapai untuk komponen Perbualan Berdasarkan Gambar melalui Kajian Pengajaran ini berjaya diraih. 100% daripada pelajar menengah 3 Ekspres telah meraih markah yang lebih baik bagi Peperiksaan Akhir Tahun (SA2) berbanding Peperiksaan Pertengahan Tahun (SA1). 70% daripada para pelajar 3 Normal Akademik juga menunjukkan kemajuan, manakala yang selebihnya kekal dengan markah yang sama. Jadual 1: Markah bagi Komponen Perbualan Bergambar Menengah 3 Ekspres

6

Jadual 2: Markah bagi Komponen Perbualan Bergambar Menengah 3 Normal Akademik

16 14 12 10 8

SA1

6

SA2

4

2 0

Dapatan Kualitatif Berdasarkan pemantauan yang dilakukan, guru-guru mendapati pelajar-pelajar yang mengikuti Pengajaran Kajian ini dapat meraih manfaat yang dapat membina kemahiran bertutur mereka. Setelah menonton penyampaian pelajar yang dirakam dengan menggunakan perisian Newsmaker, pelajar dapat memberikan komen secara bertulis dan menilai penyampaian rakan dengan memberikan markah. Pelajar-pelajar juga dapat bertukar-tukar pandangan dan yang penting sekali adalah kesediaan pelajar menerima teguran rakan-rakan dalam usaha mempertingkat penyampaian yang dilakukan. Pemantauan guru juga mendapati pelajar dapat memperbaik penggunaan bahasa dan juga sebutan baku. Di samping itu, pelajar dapat mengenali kekuatan dan kelemahan secara individu. Ada juga pelajar yang dapat merasakan bagaimana pengalman bertugas sebagai seorang pembaca berita baik di radio ataupun di televisyen. Namun, impak yang positif adalah, pelajar berasa lebih yakin untuk menduduki ujian lisan yang akan dijalani. Berikut adalah pandangan dan refleksi pelajar setelah mengikuti kajian pengajaran. Pelajar 1 Pengajaran tersebut telah membantu saya memperbaiki cara penyampaian saya dalam bahasa dan sebutan baku. Pada masa yang sama, saya dapat rasakan apa yang para pemberita lazim lalui. Nur Ain, Pelajar Menengah 3 Normal Akademik

7

Pelajar 2 Saya dapat mengenali kelebihan dan kelemahan saya sendiri apabila mengulang tayang rakaman yang telah saya sediakan. Saya menjadi semakin yakin untuk menduduki peperiksaan lisan. Nor Tahiyatulfiqqah, Pelajar Menengah 3 Ekspres

Guru Pengkaji Kajian ini memberikan pengalaman yang baharu kepada setiap anggota. Guru berasa lebih bersemangat terutama sekali apabila dapat mempelajari daripada satu dengan yang lain. Biarpun anggota pasukan terdiri daripada guru-guru yang mempunyai pengalaman mengajar yang berbeza-beza, perbezaan ini tidak dirasakan kerana setiap guru dapat menyerlahkan pengalaman peribadi yang pelbagai semasa memantau. Proses pencerahan (refleksi) yang dialami guru menjadi kekuatan Kajian Pengajaran ini. Berikut adalah antara sedutan daripada refleksi guru mengenai kajian pengajaran yang mereka jalankan. Setelah melalui proses Kajian Pengajaran ini, saya lebih bersemangat untuk mengajar kerana semasa menghasilkan pakej bersama, saya dapat mempelajari perkara baharu daripada rakan-rakan setugas saya. Pelajar juga kelihatan lebih yakin untuk membuat penyampaian lisan mereka. -Cikgu Uma Thiruselvam Kitaran pertama berjaya dijalankan dengan lancar kerana para pelajar yang terlibat secara umumnya mempunyai kemahiran bahasa yang tinggi. Namun, melalui perbincangan bersama para guru yang lain dan setelah menganalisis profil pelajar yang bakal terlibat dalam kitaran yang kedua, kami sedar tentang peri pentingnya menerapkan pengajaran pembezaan agar kelompok pelajar yang lebih lemah ini dapat meraih manfaat daripada pelajaran yang sama. -

Cikgu Sri Nabilah

Guru Pemantau 1 Pelajar kelihatan lebih terangsang untuk mengambil bahagian dalam latihan membina kemahiran bertutur. Mereka juga mencerminkan kemampuan untuk mengekspresikan kreativiti melalui penggunaan perisian Newsmaker. Dalam masa yang sama, pelajar mempamerkan kebolehan menilai persembahan mereka sendiri di samping memperbaik segala kelemahan secara sendiri. - Cikgu Rohaizat PERBINCANGAN Kumpulan kajian pengajaran melakukan pemerhatian dan pemantauan setiap pelaksanaan pengajaran kajian yang dijalankan. Antara dapatan yang diperoleh daripada pemerhatian dan pemantauan yang dijalankan, guru mendapati bahawa penerimaan dan proses pembelajaran yang dilalui oleh pelajar Ekspres dan Normal Akademik berbeza. Misalnya pada bahagian induksi, para pelajar Normal Akademik masih memerlukan bantuan untuk memahami konsep LAP berbanding para pelajar Ekspres. 8

Berikut adalah saranan dan dapatan yang diberikan bagi setiap pengajaran kajian yang dilaksanakan. Pelajar 3 Ekspres Secara umumnya, pelajar memahami soalan guru dan dapat menjawabnya dengan tepat. Akan tetapi, pelajar yang berkeupayaan sederhana mengambil masa lebih lama untuk berkongsi pandangan mereka secara spontan. Mereka mungkin sudah membentuk gambaran dalam minda tentang apa yang ingin dikatakan, namun, dihalang oleh kekurangan dalam aspek kemahiran berbahasa – iaitu kurang yakin memilih perkataan yang tepat untuk diekspresikan. Sehubungan itu, para pelajar menengah 3 Normal Akademik perlu dibantu dengan menyediakan senarai kata kunci yang merangkumi jenis-jenis kata nama, kata kerja dan kata adjektif yang relevan bagi setiap gambar. Guru-guru mengenal pasti, pelajar yang lebih cemerlang tidak mempunyai masalah menulis ayat-ayat kompleks dalam mengekspresikan idea mereka. Namun, pelajar yang sederhana mungkin akan mengambil masa yang lebih panjang untuk melengkapkan latihan yang sama. Oleh itu, bagi kitaran kajian pengajaran yang kedua, arahan yang diberikan kepada pelajar boleh dibezakan. Pelajar dalam peringkat sederhana dan lemah perlu digalakkan menggunakan ayat-ayat ringkas. Akan tetapi, mereka perlu diingatkan tentang kesinambungan daripada satu ayat kepada ayat yang lain dan ini boleh dilakukan dengan menggunakan penanda wacana yang tepat. Para pelajar tidak mengalami sebarang masalah. Mereka mampu menggunakan perisian ini dengan baik. Mereka juga kelihatan tenang sewaktu membuat rakaman. Ini mungkin disebabkan oleh jumlah pelajar yang kecil bagi kelas ini. Namun, bagi kelas 3 Normal Akademik, jumlah pelajar lebih ramai. Justeru, segelintir pelajar (khusunya yang lemah) pasti akan rasa ragu-ragu untuk menjalankan latihan ini kerana khuatir mereka tidak dapat menyampaikan tugas ini dengan baik. Dalam hal ini, para pelajar perlu dipasangkan dengan adil, di mana pelajar yang lemah atau sederhana akan dipasangkan dengan pelajar yang cemerlang agar mereka boleh saling bantu-membantu sewaktu menjalankan proses rakaman. Penilaian rakan dijalankan dengan baik. Para pelajar jujur dalam memberikan markah serta penilaian bertulis. Para pelajar yang menerima komen juga bersikap terbuka dalam menerima teguran. Hal ini menunjukkan sumbangan yang positif. Maka, perlu dilaksanakan juga dalam pembelajaran bersama kelas 3 Normal Akademik. Melalui dialog ringkas antara guru dengan pelajar, jelas bahawa para pelajar 3 Ekspres telah memahami segala latihan yang mereka laksanakan bagi pelajaran ini. Melalui maklum balas daripada mereka juga, latihan menggunakan perisian Newsmaker ini telah memanfaatkan diri masing-masing. Guru boleh menggunakan strategi yang sama untuk menutup pelajaran bagi kitaran kajian pengajaran yang kedua. Pelajar Menengah 3 Normal Akademik Guru-guru mendapati, dengan senarai bantuan yang disediakan, pelajar lebih mudah mengekspresikan idea-idea mereka secara lisan. Penerapan teknik pembezaan ini telah berjaya membantu para pelajar yang lemah dan sederhana untuk membina jawapan-jawapan 9

yang hampir setara dengan jawapan yang dibina oleh para pelajar yang cemerlang. Akan tetapi, masih terdapat seorang dua pelajar yang masih memerlukan sokongan tambahan. Ini kerana pelajar-pelajar ini masih lemah dalam kemahiran-kemahiran yang asas seperti membentuk ayat dan sebagainya. Pelajar-pelajar sebegini perlu diberikan lebih masa untuk menggarap kemahiran untuk bertutur secara spontan. Para pelajar daripada kelompok yang cemerlang dapat melaksanakan tugasan ini dengan baik. Bagi seorang dua pelajar yang lemah pula, mereka masih lemah dalam membentuk ayat-ayat yang baik. Pelajar-pelajar ini perlu diberikan sokongan tambahan pada luar waktu pelajar agar kekurangan mereka dalam kemahiran-kemahiran asas (seperti menulis) tidak akan menghalang mereka daripada berpatisipasi dengan sepenuhnya dalam latihan-latihan yang dijalankan di dalam kelas. Secara umumnya, semua pelajar dapat menjalankan tugasan ini dengan baik, termasuk pelajar daripada kelompok lemah dan sederhana. Namun, strategi berpasangan dan bergilirgilir menggunakan komputer riba telah memakan banyak masa. Pada masa akan datang, guru mungkin ingin mempertimbangkan penggunaan satu komputer riba bagi setiap pelajar agar masa pembelajaran terkawal. Segelintir pelajar masih ragu-ragu memberi komen kepada rakan. Oleh itu, markah yang diberikan kepada rakan mereka agak tinggi. Kemungkinan juga pelajar-pelajar ini masih tidak faham kandungan dalam rubrik yang diberikan, maka tidak dapat menyampaikan penilaian dengan baik juga. Namun, secara keseluruhan, ramai pelajar yang berjaya menilai rakan yang lain secara jujur, adil dan saksama. Komen-komen yang mereka utarakan juga relevan seperti yang berikut: ‘Kamu kelihatan kurang yakin kerana suara kamu sangat perlahan.’ ‘Syabas! Penyampaian kamu sangat tenang dan isi-isi kamu baik.’ Melalui dialog ringkas antara guru dengan pelajar, jelas bahawa para pelajar terhibur menjalani proses melatih kemahiran bertutur menggunakan perisian Newsmaker ini. Pada masa yang sama, mereka juga gembira kerana dapat bekerjasama dengan rakan untuk memperbaiki kemahiran bertutur secara umumnya. Secara umumnya, kajian pengajaran ini telah mencapai objektifnya kerana jelas kelihatan minat dan keghairahan para pelajar sewaktu pembelajaran dijalankan. RUMUSAN Kajian Pengajaran yang dijalankan menunjukkan peningkatan yang memuaskan dalam pencapaian para pelajar. Para pelajar telah membuktikan bahawa dengan pendedahan kepada sofwe newsmaker mereka dapat menguasai perasaan malu mereka ketika berbual. Guru-guru yang menyertai Kajian Pengajaran ini telah berjaya menyuntikkan para pelajar dengan semangat ingin mencuba walaupun mereka menghadapi masalah untuk menyuarakan pandangan mereka. Kaedah pengajaran yang menarik dan bukan berbentuk linear yang digunakan oleh guru telah merangsang pelajar untuk terus mencuba dan meningkatkan pencapaian mereka. Suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan membantu pelajar untuk menguasai kemahiran lisan dengan lebih mudah. Peranan guru sebagai fasilitator juga dapat membantu pelajar yang lemah untuk mengikuti aktiviti yang disediakan dengan mudah. Malah, sumbangan rakan-rakan dalam usaha menilai dan memberikan komen-komen yang 10

membina telah menyebabkan pelajar berfikiran kritis dan menyedari harapan tinggi guru mengenai persembahan mereka. Pendekatan yang diambil oleh guru telah membungakan hasil yang diharapkan. KESIMPULAN Dalam kitaran yang pertama menerusi pemantauan para guru didapati pelajar mengambil masa untuk mengemukakan pendapat dan memperkembangan idea mereka secara bertulis. Ada di antara mereka juga menanya guru perkataan yang sesuai digunakan untuk menggambarkan keadaan. Oleh kerana, kelas ini merupakan kelas di mana pelajarnya lebih cerdas maka guru-guru dalam perbincangan mereka bersetuju untuk mengubah rancangan pengajaran untuk kelas 3 Normal Akademik. Oleh itu, kelas 3 Normal Akademik disediakan dengan senarai kosa kata untuk membantu pelajar dari kelas tersebut semasa menjalani aktiviti ini. Proses penilaian kendiri merupakan langkah tambahan untuk kelas 3 Ekspres. Menerusi langkah ini guru-guru dapat melihat kesungguhan dan tanggungjawab pelajar terhadap pembelajaran mereka. Sikap belajar secara kendiri dan kemahiran berkomunikasi inilah yang ingin dilihat dalam diri pelajar, sesuai dengan kemahiran abad ke-21. Dalam kitaran yang kedua guru-guru mendapati pelajar-pelajar dari kelas 3 Normal Akademik bersifat begitu teruja sekali untuk menggunakan perisian newsmaker dalam membina kemahiran bertutur mereka tetapi ada beberapa pelajar yang lemah dan memerlukan bantuan tambahan dari segi penulisan dan penyampaian. Namun suasana pembelajaran di dalam kelas ini begitu meriah sekali kerana unsur humor dalam perisian ini menarik minat belajar untuk mencuba serta meneruskan rakaman mereka. Suasana pembelajaran yang tidak mengancam begini memberikan pelajar motivasi untuk meningkatkan pencapaian mereka dan membina keyakinan mereka untuk menilai rakan-rakan mereka. Pelajar-pelajar juga dapat mempelajari cara-cara untuk mempertingkatkan penyampaian mereka menerusi proses menilai rakan berpandukan rubrik. Rubrik penilaian pula telah memberikan pelajar gambaran akan tahap yang harus mereka capai. Secara keseluruhannya, perisian newsmaker ini telah membantu pelajar-pelajar untuk meningkatkan kemahiran bertutur mereka dan memberikan keyakinan diri kepada pelajar-pelajar.

RUJUKAN Dr Abbas Mohd Shariff, (2006), Strategi Pengajaran & Pembelajaran Alfa Media.

Bahasa,Singapura,

Dr Abbas Mohd Shariff, (2003), Pendidikan Satu Panduan Praktis, Singapura, Alfa Media. Brookhart Susan M. (2013)How to Create and Use Rubrics for Formative Assessment and Grading ASCD Publications USA. Ching Sing Chai, Qiyun Wang(Ed by) (2010) ICT for Self-Directed and Collaborative Learning Pearson Education Soth Asia Pte Ltd Singapore. Ernie Jacinta Jamaludin, Haniza Abdul Manan & Siti Asnah Basir, (2011), Kajian Pengajaran: Pengajaran dan Pembelajran Imbuhan Apitan ‘meN-…-kan’ dan ‘meN..-I’ dalam Seminar Bahasa Melayu 2011, Memperkasa Guru Mempercekap Pelajar: 11

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Abad ke-21, Pusat Bahasa Melayu & Unit Bahasa Melayu, Cawangan Bahasa Ibunda Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Singapura. Lewis, C; (2002), Lesson Study: Handbook of Teacher-Led Instructional Change, Philadelphia: Research for Better Schools, Inc. Lewis, C; Perry, R; Hurd, J & O’Connell, M.P. (2006), Lesson Study Comes of Age in North America, Phil Delta Kappan, Vol.88, No. 04, pp.273-281 Pitler Howard, Hubbell Elizabeth R., Kuhn Matt, Using Technology with Classroom Instruction that Works 2nd Edition (2012) Mid-continent Research for Education and Learning. Quek Choon Lang. Angela F. L. Wong and Tay May Yin (2008), Engaging and Managing Learners Practitioner’s Perspectives Revised Edition, Singapore, Prentice Hall. Suryani Atan, Nadira Mohamed Sedik, Taty Fairuwani Hamwal & Ili Sakinah Sarwan (2010), Kajian Pengajaran: Penilaian Alternatif untuk Guru dalam Seminar Bahasa Melayu 2010, Pembudayaan Penilaian Alternatif dan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Unit Bahasa Melayu, Cawangan Bahasa Ibunda, Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Singapura, hal.141-147 Stepanek Jennifer, Appel Gary, Leong Melinda, Mangan Michelle Turner, Mitchell Mark (2007) Leading Lesson Study A Practical Guide for Teachers and Facilitators Corwin Press USA. Dari Lelaman Sesawang 1. "Welcome to NewsMaker Website!" Welcome to NewsMaker Website! Eye Power Games Pte Ltd. Dipetik dari lelaman http://www.aboutnewsmaker.com/ pada 16 November 2012. 2. M. Mojibur Rahman, 2010, Teaching Oral Communication Skills: A Task-based Approach. Dipetik dari lelaman http://www.esp-world.info/Articles_27/Paper.pdf pada 24 Januari 2013. 3. Sarah Jane Henderson, 2013, Integrating Oral Communication Skills into Everyday Learning. Dipetik dari lelaman http://languageandliteracytheoryandpractice.wikispaces.com/Integrating+Oral+Comm unication+Skills+into+Everyday+Learning pada 24 Januari 2013.

12

Lampiran 1 PROSES PEMBELAJARAN KAJIAN Rancangan Pengajaran Kajian Kitaran 1 Matlamat Pengajaran Pelajar dapat: 1. Menggunakan pendekatan berstruktur L.A.P untuk menghuraikan isi 2. Menggunakan ayat-ayat yang lengkap dan gramatis serta sebutan baku untuk menghuraikan isi. Aktiviti Pembelajaran dan Soalan-soalan Guru Masa

Reaksi pelajar yang dijangkakan

Aktiviti

Sokongan guru (soalan susulan sebagai panduan terhadap pembelajaran pelajar)

Penilaian Bagaimanakah penilaian dilakukan?Apakah wahana (tools) yang digunakan?

Induksi 5 minit

Guru mencungkil pengetahuan sedia ada pelajar. Pelajar dikehendaki menghuraikan mnemonik L.A.P. berdasarkan slaid PPT yang ditayangkan oleh guru. Strategi: Rally Robin Berdasarkan jawapan pelajar, guru akan merangkumkan objektif bagi pembelajaran ini dengan menayangkan slaid ‘Objektif Pembelajaran’ kepada para pelajar.

Pelajar boleh menjawab soalan guru berpandukan pengetahuan sedia ada yang dimiliki. Ini kerana penggunaan pendekatan L.A.P. telah dijadikan satu rutin dalam latihan-latihan lisan sebelum ini. Pelajar cuba memikirkan antara objektif yang ingin dicapai untuk pelajaran ini.

13

Apakah yang dimaksudkan dengan huruf ‘L’,’A’ dan ‘P’ dalam mnemonik ini? L – Apakah yang kamu LIHAT? A – Apakah ANDAIAN kamu berkenaan apa yang kamu lihat? P – Apakah PANDANGAN PERIBADI kamu berkenaan hal yang berlaku ini? Apakah tujuan kita menggunakan mnemonik ini?

Slaid pembentangan Powerpoint Penilaian Informal (Berdasarkan jawapan sumbangan pelajar.)

Aktiviti Pembelajaran dan Soalan-soalan Guru Masa

Reaksi pelajar yang dijangkakan

Aktiviti

Sokongan guru (soalan susulan sebagai panduan terhadap pembelajaran pelajar)

Penilaian Bagaimanakah penilaian dilakukan?Apakah wahana (tools) yang digunakan?

10 minit Langkah 1 Guru menayangkan gambar yang pertama. Pelajar dikehendaki mengenal pasti isi-isi penting yang perlu dihuraikan dan memberikan respons mereka secara lisan. Lihat gambar-gambar berikut dan fikirkan fokus utama yang boleh diperbualkan. Guru menayangkan pula gambar kedua dan perlu mendapatkan respons yang serupa daripada pelajar. Guru menayangkan gambar terakhir dan pelajar dikehendaki memberikan respons berkaitan gambar tersebut juga.

Setiap pelajar dapat menyumbang satu isi. Sekurang-kurangnya tiga isi penting dapat dikongsi secara lisan bagi setiap satu gambar. Apabila pelajar mengalami masalah mencari isi utama, guru boleh mengajukan soalan-soalan rangsangan bagi membantu pelajar membentuk isi-isi utama tersebut.

Soalan rangsangan bagi Gambar 1 Apakah aktiviti-aktiviti utama yang kamu lihat berlaku dalam gambar ini? Apakah yang dilakukan pelajar lelaki di bahagian kanan/ tengah gambar ini? Mengapakah dia melakukan hal demikian? Apakah yang berlaku kepada pelajar di bahagian kiri gambar ini? Mengapakah hal ini berlaku kepadanya? Soalan rangsangan bagi Gambar 2 Siapakah orang-orang di dalam gambar ini? Apakah yang mereka lakukan? Mengapakah mereka berada di tempat ini?

14

3 gambar yang berbeza Slaid Persembahan

Aktiviti Pembelajaran dan Soalan-soalan Guru Masa

Reaksi pelajar yang dijangkakan

Aktiviti

Sokongan guru (soalan susulan sebagai panduan terhadap pembelajaran pelajar)

Penilaian Bagaimanakah penilaian dilakukan?Apakah wahana (tools) yang digunakan?

Mengapakah mereka melakukan aktiviti ini? Soalan rangsangan bagi Gambar 3 Apakah yang dilakukan oleh tiga pelajar ini? Apakah kesan daripada perbuatan mereka ini? 10 minit Langkah 2 Guru mengedarkan lembaran penyusun grafik L.A.P kepada setiap pelajar. Setiap pelajar akan ditugaskan meneliti satu daripada tiga gambar yang ditayangkan awal tadi. Secara individu, pelajar dikehendaki menyusun isi-isi yang telah mereka bincangkan menggunakan pendekatan berstruktur L.A.P. Isi lembaran yang diberikan dengan huraian yang sesuai.

Pelajar akan menggunakan isi yang telah dibincangkan secara sepintas lalu untuk dikembang dan digabungkan menggunakan ayat yang gramatis. Pelajar yang cemerlang dibolehkan menulis isi dalam bentuk butiran sahaja. Manakala, pelajar yang sederhana dikehendaki menulis ayat yang penuh. 15

Guru boleh memberi panduan kepada pelajar dengan menekankan keperipentingan proses berfikir menggunakan pendekatan berstruktur L.A.P. Apakah perkara utama yang kamu lihat? Mengapakah hal ini berlaku? Apakah yang mungkin menyebabkan hal ini berlaku? Adakah perkara yang berlaku ini sesuatu yang baik atau

Penyusun Grafik L.A.P. 3 gambar dalam bentuk salinan keras – 1 gambar bagi setiap gambar

Aktiviti Pembelajaran dan Soalan-soalan Guru Masa

Reaksi pelajar yang dijangkakan

Aktiviti Sekitar 5 baris ayat diperlukan.

Sokongan guru (soalan susulan sebagai panduan terhadap pembelajaran pelajar)

Penilaian Bagaimanakah penilaian dilakukan?Apakah wahana (tools) yang digunakan?

sebaliknya? Adakah ia perlu digalak atau dielak?

15 minit Langkah 3 Pelajar dikehendaki merakam isi yang telah dicatatkan dalam lembaran menggunakan perisian Newsmaker. Pelajar boleh menggunakan ikon animasi yang tersedia di dalam perisian tersebut untuk menambah nilai rakaman penyampaian mereka. Seandainya pelajar mempunyai lebih masa, pelajar perlu mengulang tayang rakaman sendiri dan menilai penyampaian kendiri dengan berpandukan rubrik yang disediakan oleh guru.

Pelajar akan merakamkan isiisi yang telah dicatat pada penyusun grafik masingmasing menggunakan sebutan baku. Antara masalah yang mungkin timbul ialah pelajar akan ‘melambatkan’ proses memulakan rakaman kerana malu atau risau mereka akan menarik perhatian rakanrakan yang lain.

Kemudian, pelajar boleh merakam semula penyampaian mereka jika masa mengizikan.

16

Guru perlu memastikan jarak antara tempat duduk pelajar cukup selesa agar pelajar tidak terjejas sewaktu ingin membuat rakaman. Peranan guru hanya memantau. Namun, seandainya pelajar bermasalah mengendalikan perisian Newsmaker, guru boleh membantu pelajar.

Komputer riba (setiap pelajar) yang berisi Perisian Newsmaker.

Aktiviti Pembelajaran dan Soalan-soalan Guru Masa

Reaksi pelajar yang dijangkakan

Aktiviti

Sokongan guru (soalan susulan sebagai panduan terhadap pembelajaran pelajar)

Penilaian Bagaimanakah penilaian dilakukan?Apakah wahana (tools) yang digunakan?

10 minit Langkah 4 Guru perlu meyakinkan pelajar bahawa apa sahaja markah yang mereka berikan kepada rakan perlulah yang bertepatan dengan kualiti penyampaian yang ditonton. Pelajar perlu Pelajar mungkin akan raguPelajar dikehendaki memainkan ragu untuk memberi penilaian menyokong markah yang rakaman rakan dan menilai mereka berikan dengan sebabpenyampaiannya dari sudut isi dan yang sebenar kerana risau musabab yang bersifat kualitatif gaya penyampaian dengan jika mereka : berpandukan rubrik yang bagi rujukan dan justifikasi. disediakan. 1. memberikan komen jujur yang memberat ke arah Guru mengingatkan pelajar Setiap pelajar akan diberikan borang negatif, rakan akan bahawa mereka perlu bersifat penilaian. Mereka dikehendaki mengambil hati. terbuka menerima teguran rakan memberikan penilaian kualitatif dan kuantitatif. agar pembelajaran ini dapat 2. Memberikan komen jujur dijadikan proses belajar bersama Borang yang telah diisi perlu yang memberat ke arah yang berkesan. dipulangkan kepada pemilik positif, guru akan rakaman untuk disemak semula. mengandaikan mereka tidak menilai dengan teliti. Guru memberikan arahan bagi menjalankan penilaian rakan. Pelajar dikehendaki supaya bergerak mengikut putaran jam dan duduk di tempat rakan.

Pelajar akan menonton rakaman rakan dan membuat penilaian dalam borang yang disediakan guru.

10 minit Penutup 17

Komputer riba Borang penilaian rakan Rubrik penilaian

Aktiviti Pembelajaran dan Soalan-soalan Guru Masa

Reaksi pelajar yang dijangkakan

Aktiviti Guru memandu para pelajar untuk berkongsi pandangan dan penilaian mereka terhadap prestasi yang ditunjukkan melalui latihan ini. Guru menggalakkan pelajar saling memikirkan solusi bagi masalah yang dihadapi sepanjang menjalankan latihan rakaman awal tadi.

Sokongan guru (soalan susulan sebagai panduan terhadap pembelajaran pelajar)

Pelajar akan membuat refleksi.

Guru mencatitkan objektif yang telah tercapai pada papan tulis.

Sumbangan pelajar mencerminkan tahap pemahaman dan penerimaan mereka terhadap keseluruhan pelajaran ini.

Guru memberikan komen berdasarkan pemerhatian yang dijalankan guru.

Guru mengajak pelajar merumuskan pelajaran dengan menyemak semula objektif asal yang ingin dicapai. Apakah yang telah dipelajari sepanjang pelajaran ini?

18

Penilaian Bagaimanakah penilaian dilakukan?Apakah wahana (tools) yang digunakan? Pena marker

Lampiran 2 Proses Pembelajaran Rancangan Pengajaran Kajian Kitaran 2 Matlamat Pengajaran Pelajar dapat: 1. menggunakan 8-10 ayat yang lengkap dan gramatis untuk menyusun isi. 2. menggunakan sebutan baku sewaktu merakam penyampaian lisan. 3. menjalankan penilaian kendiri dan penilaian rakan berpandukan rubrik yang telah disediakan Aktiviti Pembelajaran dan Soalan-soalan Guru Masa

5 minit

Reaksi pelajar yang dijangkakan

Aktiviti

Sokongan guru(soalan susulan sebagai panduan terhadap pembelajaran pelajar)

Penilaian Bagaimanakah penilaian dilakukan?Apakah wahana (tools) yang digunakan?

Induksi Guru mencungkil pengetahuan sedia ada pelajar. Pelajar dikehendaki menghuraikan mnemonik L.A.P. berdasarkan slaid PPT yang ditayangkan oleh guru. Strategi: Rally Robin Berdasarkan jawapan pelajar, guru akan merangkumkan objektif bagi pembelajaran ini dengan menayangkan slaid ‘Objektif

Pelajar boleh menjawab soalan guru berpandukan pengetahuan sedia ada yang dimiliki. Ini kerana penggunaan pendekatan L.A.P. telah dijadikan satu rutin dalam latihan-latihan lisan sebelum ini.

19

Apakah yang dimaksudkan dengan huruf ‘L’,’A’ dan ‘P’ dalam mnemonik ini? L – Apakah yang kamu LIHAT? A – Apakah andaian kamu berkenaan apa yang kamu lihat? P – Apakah pandangan peribadi kamu berkenaan hal

Slaid pembentangan Powerpoint Penilaian Informal (Berdasarkan jawapan sumbangan pelajar.)

Aktiviti Pembelajaran dan Soalan-soalan Guru Masa

Reaksi pelajar yang dijangkakan

Aktiviti

Pembelajaran’ kepada para pelajar.

Pelajar cuba memikirkan antara objektif yang ingin dicapai untuk pelajaran ini.

Sokongan guru(soalan susulan sebagai panduan terhadap pembelajaran pelajar)

Penilaian Bagaimanakah penilaian dilakukan?Apakah wahana (tools) yang digunakan?

yang berlaku ini? Apakah tujuan kita menggunakan mnemonik ini?

10 minit Langkah 1 Guru menayangkan gambar yang pertama. Senarai kata yang mengandungi perkataan-perkataan yang dapat membantu juga turut ditayangkan. Pelajar dikehendaki menggunakan perkataan-perkataan dalam senarai yang diberikan untuk membentuk ayat-ayat yang menonjolkan isi-isi yang mengarah kepada pendekatan L.A.P. Lihat gambar-gambar berikut dan fikirkan fokus utama yang boleh diperbualkan. Guru menayangkan pula gambar kedua lengkap dengan senarai perkataan yang dapat membantu lalu guru perlu mendapatkan respons yang serupa daripada

Setiap pelajar dapat menyumbang satu isi. Sekurang-kurangnya tiga isi penting dapat dikongsi secara lisan bagi setiap satu gambar Apabila pelajar mengalami masalah mencari isi utama, guru boleh mengajukan soalan-soalan rangsangan bagi membantu pelajar membentuk isi-isi utama tersebut.

Soalan rangsangan bagi Gambar 1 Apakah aktiviti-aktiviti utama yang kamu lihat berlaku dalam gambar ini? Apakah yang dilakukan pelajar lelaki di bahagian kanan/ tengah gambar ini? Mengapakah dia melakukan hal demikian? Apakah yang berlaku kepada pelajar di bahagian kiri gambar ini? Mengapakah hal ini berlaku kepadanya? Soalan rangsangan bagi Gambar 2 Siapakah orang-orang di dalam

20

3 gambar yang berbeza Slaid Persembahan

Aktiviti Pembelajaran dan Soalan-soalan Guru Masa

Reaksi pelajar yang dijangkakan

Aktiviti

pelajar.

Sokongan guru(soalan susulan sebagai panduan terhadap pembelajaran pelajar)

Penilaian Bagaimanakah penilaian dilakukan?Apakah wahana (tools) yang digunakan?

gambar ini. Apakah yang mereka lakukan?

Guru menayangkan gambar terakhir lengkap dengan senarai perkataan yang dapat membantu lalu guru perlu mendapatkan respons yang serupa daripada pelajar.

Mengapakah mereka berada di tempat ini? Mengapakah mereka melakukan aktiviti ini? Soalan rangsangan bagi Gambar 3 Apakah yang dilakukan oleh tiga pelajar ini? Apakah kesan daripada perbuatan mereka ini? *Senarai perkataan yang dapat membantu kupasan isi

10 minit Langkah 2 Secara berpasangan, pelajar akan ditugaskan meneliti satu daripada tiga gambar yang ditayangkan awal tadi.

Pelajar akan menggunakan isi yang telah dibincangkan secara sepintas lalu untuk dikembang dan digabungkan

Secara individu, pelajar dikehendaki 21

Guru boleh memberi panduan kepada pelajar dengan menekankan keperipentingan proses berfikir menggunakan pendekatan berstruktur L.A.P.

Penyusun Grafik L.A.P. 3 gambar dalam bentuk salinan keras – 1 gambar bagi setiap gambar

Aktiviti Pembelajaran dan Soalan-soalan Guru Masa

Aktiviti

menghasilkan antara 8 hingga 10 ayat yang gramatis yang mencerminkan aktiviti yang berlaku dalam gambar serta andaian dan pendangan peribadi. Isi lembaran yang diberikan dengan huraian yang sesuai.

15 minit

Reaksi pelajar yang dijangkakan

menggunakan ayat yang gramatis. Pelajar yang cemerlang dibolehkan menulis isi dalam bentuk butiran sahaja. Manakala, pelajar yang sederhana dikehendaki menulis ayat yang penuh. Sekitar 5 baris ayat diperlukan bagi penyampaian yang baik.

Sokongan guru(soalan susulan sebagai panduan terhadap pembelajaran pelajar)

Apakah perkara utama yang kamu lihat? Mengapakah hal ini berlaku? Apakah yang mungkin menyebabkan hal ini berlaku? Adakah perkara yang berlaku ini sesuatu yang baik atau sebaliknya? Adakah ia perlu digalak atau dielak?

Penilaian Bagaimanakah penilaian dilakukan?Apakah wahana (tools) yang digunakan? Senarai kata bagi membantu pelajar

*Senarai perkataan yang dapat membantu kupasan isi.

Langkah 3 Secara bergilir, pelajar dikehendaki merakam isi yang telah dicatatkan dalam lembaran menggunakan perisian Newsmaker.

Pelajar akan merakamkan isiisi yang telah dicatat pada penyusun grafik masingmasing menggunakan sebutan baku.

 Pelajar boleh menggunakan ikon animasi yang tersedia di dalam perisian tersebut untuk menambah Antara masalah yang mungkin timbul ialah pelajar akan nilai rakaman penyampaian 22

Guru perlu memastikan jarak antara tempat duduk pelajar cukup selesa agar pelajar tidak terjejas sewaktu ingin membuat rakaman. Peranan guru hanya memantau. Namun, seandainya pelajar bermasalah mengendalikan perisian Newsmaker, guru boleh

Komputer riba (setiap pelajar) yang berisi Perisian Newsmaker.

Aktiviti Pembelajaran dan Soalan-soalan Guru Masa

Reaksi pelajar yang dijangkakan

Aktiviti

Sokongan guru(soalan susulan sebagai panduan terhadap pembelajaran pelajar)

Penilaian Bagaimanakah penilaian dilakukan?Apakah wahana (tools) yang digunakan?

‘melambatkan’ proses membantu pelajar. memulakan rakaman kerana Seandainya pelajar mempunyai lebih masa, pelajar perlu mengulang malu atau risau mereka akan tayang rakaman sendiri dan menilai menarik perhatian rakan-rakan yang lain di sekeliling. penyampaian kendiri dengan berpandukan rubrik yang disediakan oleh guru. mereka.

Kemudian, pelajar boleh merakam semula penyampaian mereka jika masa mengizikan. 10 minit Langkah 4 Guru memberikan arahan bagi menjalankan penilaian rakan. Pelajar dikehendaki supaya menilai rakaman yang telah dibuat oleh pasangan masing-masing. Pelajar dikehendaki memainkan rakaman rakan dan menilai penyampaiannya dari sudut isi dan gaya penyampaian dengan berpandukan rubrik yang disediakan.

Guru perlu meyakinkan pelajar Komputer riba bahawa apa sahaja markah yang Borang penilaian rakan mereka berikan kepada rakan perlulah yang bertepatan dengan Rubrik Penilaian kualiti penyampaian yang ditonton. Pelajar perlu Pelajar mungkin akan raguragu untuk memberi penilaian menyokong markah yang mereka berikan dengan sebabyang sebenar kerana risau musabab yang bersifat kualitatif jika mereka : bagi rujukan dan justifikasi. 1) memberikan komen jujur Guru perlu mengingatkan pelajar Pelajar akan menonton rakaman rakan dan membuat penilaian dalam borang yang disediakan guru.

23

Aktiviti Pembelajaran dan Soalan-soalan Guru Masa

Reaksi pelajar yang dijangkakan

Sokongan guru(soalan susulan sebagai panduan terhadap pembelajaran pelajar)

yang memberat ke arah negatif, rakan akan mengambil hati.

bahawa mereka perlu bersifat terbuka menerima teguran rakan agar pembelajaran ini dapat dijadikan proses belajar bersama yang berkesan.

Aktiviti

Setiap pelajar akan diberikan borang penilaian. Mereka dikehendaki memberikan penilaian kualitatif dan kuantitatif. Borang yang telah diisi perlu dipulangkan kepada pemilik rakaman untuk disemak semula.

2) Memberikan komen jujur yang memberat ke arah positif, guru akan mengandaikan mereka tidak menilai dengan teliti.

Penilaian Bagaimanakah penilaian dilakukan?Apakah wahana (tools) yang digunakan?

10 minit Penutup Guru memandu para pelajar untuk berkongsi pandangan dan penilaian mereka terhadap prestasi yang ditunjukkan melalui latihan ini. Guru menggalakkan pelajar saling memikirkan solusi bagi masalah yang dihadapi sepanjang menjalankan latihan rakaman awal tadi.

Pelajar akan membuat refleksi. Sumbangan pelajar mencerminkan tahap pemahaman dan penerimaan mereka terhadap keseluruhan pelajaran ini.

Guru mengajak pelajar merumuskan pelajaran dengan menyemak semula 24

Guru mencatitkan objektif yang telah tercapai pada papan tulis. Guru memberikan komen berdasarkan pemerhatian yang dijalankan guru.

Pena marker

Aktiviti Pembelajaran dan Soalan-soalan Guru Masa

Reaksi pelajar yang dijangkakan

Aktiviti

objektif asal yang ingin dicapai. Apakah yang telah dipelajari sepanjang pelajaran ini?

25

Sokongan guru(soalan susulan sebagai panduan terhadap pembelajaran pelajar)

Penilaian Bagaimanakah penilaian dilakukan?Apakah wahana (tools) yang digunakan?