Pengurusan Ekonomi dan Prospek 1

pertumbuhan ekonomi, telah membolehkan langkah konsolidasi dilaksanakan. Beberapa perkembangan positif membantu memudahkan pengurusan ekonomi pada 200...

0 downloads 53 Views 187KB Size
Pengurusan Ekonomi dan Prospek LAPORAN EKONOMI

Tinjauan Ekonomi Malaysia lebih kukuh didorong oleh aktiviti sektor swasta...

M

omentum pertumbuhan ekonomi Malaysia semakin pesat pada separuh pertama tahun 2004 setelah mengalami pertumbuhan yang kukuh pada 2003 dan dijangka mencatat pertumbuhan lebih tinggi melebihi jangkaan awal, pada kadar 7% bagi keseluruhan tahun. Tanda positif pemulihan mantap ekonomi di peringkat global, termasuk harga komoditi yang tinggi, khususnya pada enam bulan pertama telah memperkuatkan faktor ‘keceriaan’ dan meningkatkan lagi sentimen pengguna dan perniagaan. Pertumbuhan adalah lebih menyeluruh dengan semua sektor mencatatkan pertumbuhan positif. Permintaan dalam negeri, terutamanya perbelanjaan swasta telah menyokong pertumbuhan selama lima tahun berturut-turut, sementara pelaburan swasta yang meningkat pada 2003, menjadi semakin mantap, membolehkan sektor swasta menerajui pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan berasas luas mencerminkan kejayaan Kerajaan melaksanakan pelbagai langkah berkesan bagi membangunkan sumber baru pertumbuhan untuk mengurangkan kesan ketidaktentuan persekitaran luar kepada negara. Dengan peningkatan 10.5%, sektor pembuatan telah menjadi lebih terpelbagai dengan pewujudan industri dan produk baru bernilai tambah tinggi dan kekal sebagai penyumbang utama pertumbuhan. Bidang pertumbuhan baru dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), peningkatan kukuh dalam perkhidmatan kewangan dan pemulihan aktiviti pelancongan terus menyokong pertumbuhan sektor perkhidmatan, mengekalkan kedudukannya sebagai penyumbang terbesar kepada keluaran dalam negeri kasar (KDNK) pada tahap 57%. Sementara itu, komitmen Kerajaan untuk

1

menggiatkan semula sektor pertanian sebagai enjin ketiga pertumbuhan ekonomi, terutamanya dalam pengeluaran makanan telah menghasilkan pertambahan dalam keluaran buah-buahan, akuakultur dan ternakan. Pertumbuhan serentak ekonomi dunia dan peningkatan permintaan elektronik serta harga minyak sawit dan minyak mentah yang tinggi terus menjana jumlah dan pendapatan eksport. Pertumbuhan import adalah kukuh, terutamanya bagi barangan perantaraan dan barangan modal, mencerminkan aktiviti ekonomi dalam negeri yang pesat, didorong oleh pemulihan pelaburan swasta dan pendapatan boleh guna yang lebih tinggi. Imbangan perdagangan pada Julai 2004 terus mencatat lebihan untuk 81 bulan berturut-turut semenjak November 1997. Pendapatan eksport dan aliran masuk dana asing yang lebih baik telah meningkatkan rizab antarabangsa negara kepada USD54.4 bilion pada 14 Ogos 2004, cukup untuk membiayai 7.2 bulan import tertangguh dan melebihi lima kali hutang luar jangka pendek. Kedudukan sumber negara terus mantap dengan tabungan negara kasar berada pada paras 36.5% keluaran negara kasar (KNK), menyediakan mudah tunai yang mencukupi bagi membiayai inisiatif sektor swasta dan awam. Sistem perbankan terus bertambah kukuh dengan bayaran balik pinjaman dan jumlah pinjaman dikeluarkan yang tinggi. Nisbah modal berwajaran risiko (RWCR) terus meningkat sementara nisbah pinjaman tak berbayar (NPLs) bertambah baik seiring dengan peningkatan pendapatan korporat dan produktiviti. Dalam pasaran ekuiti, Bursa Malaysia lebih aktif dalam separuh pertama tahun dan ia dijangka menunjukkan prestasi yang lebih baik menjelang akhir tahun. Inflasi kekal rendah pada paras 1.5% meskipun permintaan dalam negeri serta harga komoditi adalah tinggi. Keadaan pasaran buruh terus stabil dengan kadar pengangguran rendah pada paras 3.5%. Dengan

2 pertumbuhan ekonomi yang kukuh, pendapatan per kapita dijangka meningkat kepada RM16,098 manakala mengikut ukuran pariti kuasa beli (PPP), ianya semakin tinggi mencapai USD10,163 pada 2004. Dalam masa yang sama, penunjuk sosioekonomi juga bertambah baik. Kadar kemiskinan keseluruhan menurun kepada 5.1%, sementara purata jangka hayat meningkat kepada 73 tahun dan kadar celik huruf naik kepada 94.1%, mencerminkan taraf dan kualiti hidup rakyat yang lebih baik.

Pengurusan Ekonomi Dasar awam menjurus ke arah mengukuhkan lagi pengurusan kewangan awam, menambahbaikkan sistem penyampaian untuk meningkatkan daya saing... Dasar ekonomi pada 2004 terus memberi penekanan ke arah mencapai pertumbuhan mapan yang berdaya tahan dan berdaya saing dalam tempoh jangka panjang. Oleh itu, Bajet 2004 telah memberi tumpuan ke arah menyediakan persekitaran mendorong aktiviti perniagaan untuk meningkatkan sumbangan sektor swasta bagi menerajui pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan sumber pertumbuhan baru. Sepanjang tahun ini, Kerajaan menumpukan masa, usaha dan kewangan untuk memastikan sistem penyampaian sektor awam yang lebih cekap, selaras dengan dasar pro-perniagaan dan mesra-pelabur untuk meningkatkan pertumbuhan pelaburan swasta. Antara penambahbaikan yang dibuat ke atas sistem penyampaian sektor awam adalah memudahkan peraturan dan syarat serta prosedur kerja sedia ada. Bagi memudahkan aktiviti perniagaan, kelulusan lesen dan permit bagi perdagangan, pelaburan dan lain-lain aktiviti komersial dipercepatkan. Secara keseluruhannya, langkah ini akan menyumbang kepada pengurangan kos kendalian perniagaan dan meningkatkan kecekapan serta daya saing negara.

Pada masa yang sama, dasar fiskal adalah ke arah mengurangkan defisit Kerajaan Persekutuan secara beransur dan progresif tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi. Peningkatan semula pelaburan swasta yang mencerminkan kembalinya sektor swasta sebagai enjin pertumbuhan ekonomi, telah membolehkan langkah konsolidasi dilaksanakan. Beberapa perkembangan positif membantu memudahkan pengurusan ekonomi pada 2004 dan menyumbang kepada pertumbuhan tinggi, asas ekonomi makro yang kukuh dan sektor perbankan serta korporat yang lebih berdaya tahan. Pertama, pertumbuhan 7% KDNK adalah lebih tinggi daripada jangkaan berikutan momentum pertumbuhan berterusan semenjak separuh kedua tahun 2003 didorong oleh persekitaran luar yang semakin baik. Kedua, harga komoditi yang kukuh dan aktiviti sektor pembuatan yang cergas serta pendapatan korporat yang lebih tinggi meningkatkan lagi sentimen pengguna dan perniagaan yang akhirnya membantu mengekalkan perbelanjaan sektor swasta bagi memacu ekonomi. Dasar monetari yang kekal akomodatif, terus menyokong perkembangan aktiviti perniagaan berikutan peningkatan dalam permintaan. Prinsip asas integriti, akauntabiliti, ketelusan, urus tadbir yang baik dan nilai positif telah ditanam dalam membina budaya berasaskan prestasi di kalangan rakyat Malaysia. Dalam hubungan ini, Kerajaan telah melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) bagi menerap nilai murni dan membangunkan masyarakat bermoral dan beretika tinggi selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020. Sasaran PIN yang menyeluruh menjurus ke arah mengurangkan gejala rasuah, salah guna kuasa dan karenah birokrasi serta memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam secara berkesan. Serentak dengan pelancaran PIN, Kerajaan juga menubuhkan Institut Integriti Malaysia (IIM) untuk mengawasi dan memantau pelaksanaan PIN selain menjalankan penyelidikan, pendidikan dan latihan serta memberi khidmat nasihat kepada Kerajaan dalam perkara integriti dan etika. Selaras dengan

3 langkah untuk mengawasi dan mencegah gejala rasuah di kalangan kakitangan awam, ahli politik juga dikehendaki mengisytiharkan harta mereka semasa dilantik memegang jawatan dalam Kerajaan. Melalui langkah yang terancang, kaliber pengurusan entiti perniagaan, khususnya bagi syarikat tersenarai awam, telah bertambah baik berikutan peningkatan kesedaran serta pematuhan kepada amalan terbaik industri dan urus tadbir korporat. Selain itu, semakan dan penyusunan semula pengurusan telah dilaksanakan di kalangan syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs) di mana kakitangan yang berkaliber telah dilantik bagi menerajui organisasi berkenaan. Keperluan tambahan supaya mereka mematuhi penunjuk prestasi utama (KPIs) bagi tujuan meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan korporat turut diperkenalkan. Langkah ini meningkatkan keyakinan awam, seterusnya memperbaiki persekitaran perniagaan di negara ini.

Dasar Fiskal Arah aliran defisit fiskal semakin menurun... Dengan tinjauan ekonomi dunia yang lebih baik dan permintaan dalam negeri yang lebih kukuh, Bajet 2004 telah digubal untuk menjana aliran pelaburan swasta yang lebih kukuh dan mengembalikan sektor ini sebagai enjin pertumbuhan ekonomi. Tumpuan dasar fiskal adalah ke arah penambahbaikan kedudukan kewangan Kerajaan serta penumpuan kepada pengukuhan asas ekonomi makro bagi memastikan pertumbuhan jangka panjang yang berterusan. Pada keseluruhan tahun, pelaburan swasta dijangka meningkat semula 14.8%, membolehkan sektor swasta meneruskan peranannya sebagai pemacu utama pertumbuhan. Lantaran itu, Kerajaan mengambil peluang untuk memantapkan kedudukan kewangannya dengan mengambil langkah dasar fiskal yang ketat dengan mengurangkan defisit secara beransur dan memastikan momentum pertumbuhan tidak tergugat. Langkah konsolidasi yang diambil termasuklah mengawal perbelanjaan dan meningkatkan hasil di samping mengoptimumkan

penggunaan sumber dan kapasiti sedia ada. Jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan dijangka meningkat sedikit iaitu 7.1% dengan belanja mengurus bertambah 21.7%. Sebaliknya, perbelanjaan pembangunan akan berkurangan 20.9%. Seterusnya, defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan menguncup kepada 4.5% daripada KDNK dalam 2004, lebih rendah satu mata peratusan daripada tahun lepas. Bagi belanja mengurus, sebahagian besar adalah untuk bekalan dan perkhidmatan termasuk penyelenggaraan dan pembaikan. Kerajaan memberi penekanan supaya dipanjangkan jangka hayat ekonomi aset fizikal dan memperbaiki lagi suasana kerja. Dari segi bajet pembangunan, kadar penggunaan peruntukan RM160 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8) adalah tinggi dalam tempoh tiga tahun pertama rancangan, berikutan langkah pro-pertumbuhan dan penstabilan yang diambil untuk mengekang tekanan kemelesetan akibat ketidaktentuan persekitaran luar. Pelaksanaan program dan projek sektor awam terutamanya bagi pelajaran dan kesihatan telah dilaksanakan lebih awal dan dipercepatkan. Menyedari pentingnya program dan projek sosial diteruskan, sebanyak RM10 bilion telah ditambah kepada siling peruntukan RMKe-8. Siling peruntukan yang lebih tinggi ini juga akan mengurangkan kesan kejatuhan mendadak dalam pelaburan awam yang mungkin boleh menjejaskan momentum pertumbuhan. Meskipun dengan siling baru RM170 bilion, Kerajaan Persekutuan, melalui pengurusan kewangan berhemat, masih mampu mengurangkan defisit fiskal. Perbelanjaan akan diurus dengan lebih berhemat berasaskan piawaian dan spesifikasi yang praktikal. Pengeluaran peruntukan yang disediakan masih tertakluk kepada keperluan aliran tunai dan keupayaan pelaksanaan agensi berkaitan. Dengan baki peruntukan RMKe-8 yang ada, keutamaan akan diberi untuk memanfaatkan penduduk luar bandar dan golongan berpendapatan rendah. Dengan itu, projek-projek kecil akan dilaksanakan terutama di kawasan luar bandar berbanding dengan projek bandar yang besar yang berkos tinggi, justeru memberi manfaat kepada lebih ramai penduduk. Antara pembangunan projek pertanian dan luar bandar yang dilaksanakan adalah kemudahan elektrik

4 luar bandar, bekalan air dan pembinaan jalan, perkhidmatan kesihatan dan program perumahan kos rendah untuk rakyat. Pengemaskinian prosedur kerja dan semakan semula kaedah tender dan perolehan dibuat secara berterusan bertujuan memastikan perbelanjaan berasaskan nilai sebenar. Pemberian projek dan pembelian bekalan telah kembali semula kepada sistem tender terbuka, kecuali dalam keadaan tertentu di mana hanya terdapat satu pembekal sahaja atau yang melibatkan spesifikasi dan piawaian khusus. Keperluan untuk mempercepatkan projek adalah kurang memandangkan pertumbuhan ekonomi dan pelaburan swasta semakin kukuh. Langkah meningkatkan kutipan hasil telah diambil seiring dengan usaha meningkatkan keberkesanan perbelanjaan. Pungutan hasil dan langkah memastikan peraturan cukai dipatuhi oleh golongan peniaga dan pekerja dalam bidang tertentu telah dipertingkatkan bagi mengurangkan kebocoran dan pengelakan cukai. Sebagai contoh, mesin pengimbas yang dipasang bagi mengesan import barangan bercukai di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah membolehkan Kerajaan memungut lebih RM2 juta hasil cukai dalam tempoh dua bulan pemasangannya.

Perkembangan Kewangan

Monetari

dan

Pembiayaan sektor swasta yang tinggi disokong oleh pengukuhan sistem perbankan dan pasaran modal... Keperluan pembiayaan sektor swasta yang semakin meningkat dengan peningkatan teguh dalam perbelanjaan pelaburan dan penggunaan yang kukuh, terus disokong oleh sistem perbankan yang lebih berdaya tahan. Pembiayaan kasar sektor swasta meningkat 5.1% kepada RM246,158 juta dalam separuh pertama tahun 2004 (Januari-Jun 2003: RM234,235 juta), dengan sistem perbankan menyumbang lebih daripada 90% jumlah pembiayaan. Pengeluaran pinjaman bagi perniagaan, enterpris kecil & sederhana (EKS) dan isi rumah lebih tinggi pada kadar dua digit. Pinjaman yang tinggi kepada EKS adalah selaras dengan usaha yang dibuat sepanjang

tahun bagi meningkatkan akses pembiayaan kepada EKS untuk membolehkan mereka menjadi pemangkin pertumbuhan. Pembiayaan isi rumah yang tinggi, terutama bagi pembelian harta kediaman, telah didorong oleh kadar faedah yang terendah setakat ini, termasuk pelbagai insentif yang disediakan di bawah Pakej Strategi Baru pada Mei 2003. Sistem perbankan telah diperkukuhkan berikutan program penggabungan dan penyusunan struktur yang dilaksanakan sejak berlakunya krisis kewangan. Di samping itu, permodalan yang tinggi, penurunan pinjaman tak berbayar dan peningkatan keuntungan telah memantapkan sistem perbankan untuk menjadikannya lebih berdaya tahan dan menyokong keperluan pembiayaan dalam ekonomi. Institusi kewangan pembangunan (DFIs) juga memainkan peranan penting dalam memenuhi permintaan yang meningkat untuk pembiayaan. DFIs kekal sebagai penyedia sumber pembiayaan dan khidmat nasihat penting kepada sektor yang diberi keutamaan di mana pinjamannya meningkat sebanyak 7.9% kepada RM33,052 juta pada akhir Jun 2004. Dengan kedudukan ekonomi dan kewangan yang kukuh serta infrastruktur kewangan yang lebih maju, rangka kadar faedah baru telah diperkenalkan pada April tahun ini. Rangka baru ini, dengan kadar dasar semalaman (OPR) dijadikan penunjuk teras dasar monetari, memberi isyarat ke arah pendekatan lebih didorong pasaran, kerana institusi perbankan kini boleh menetapkan kadar asas pinjaman mereka sendiri. Negara telah mencapai kemajuan dalam membangunkan sistem kewangan Islam dan muncul sebagai negara terkemuka dalam bidang kewangan global. Langkah yang telah diambil untuk mempromosikan perbankan Islam telah menghasilkan bahagian pasaran yang semakin besar bagi aset perbankan Islam, deposit dan pembiayaan daripada jumlah sistem perbankan dan meletakkan bank-bank Islam di atas landasan untuk memperoleh 20% daripada jumlah bahagian pasaran menjelang tahun 2010. Liberalisasi awal dengan membenarkan sebuah bank asing menubuhkan bank Islam di Malaysia, dan meluluskan dua bank tempatan menjalankan operasi perbankan Islam sepenuhnya, akan terus memacu pertumbuhan perbankan Islam.

5 Pasaran modal terus menyokong inisiatif sektor swasta melalui beberapa langkah yang diambil kebelakangan ini untuk meningkatkan mudah tunai dan kecekapan aktiviti memperoleh dana. Terbitan sekuriti hutang swasta (PDS) yang kurang aktif dalam tahun 2004, bagaimanapun, diimbangi oleh pasaran ekuiti yang cergas. Sentimen pelabur yang lebih baik menyaksikan lebih banyak syarikat memperoleh dana melalui pasaran ekuiti. Bilangan penyenaraian baru bertambah kepada 42 syarikat dan jumlah dana yang diperoleh meningkat kepada RM3,574 juta dalam tempoh tujuh bulan pertama 2004 (Januari – Julai 2003: 25 penyenaraian baru; RM1,770 juta). Langkah pasaran modal yang diumumkan baru-baru ini menyokong ke arah memperdalam dan memperluaskan lagi pasaran bon. Antara kemajuan penting adalah terbitan bon berjangka panjang, pengsekuritian pinjaman perumahan kakitangan Kerajaan dan langkah membenarkan bank pembangunan dan institusi kewangan pelbagai hala menerbitkan bon berasas ringgit di Malaysia.

Pengamatan Prestasi Menggalakkan Pelaburan Sektor Swasta Pelaburan meningkat dengan sektor swasta memacu ekonomi... Sejak krisis kewangan Asia, ekonomi negara terlalu bergantung pada sektor awam untuk memacu pertumbuhan. Dalam masa Kerajaan melaksanakan langkah dasar bajet mengembang usaha serentak telah diambil untuk menggiatkan semula inisiatif sektor swasta termasuklah pemberian insentif cukai, penambahbaikan sistem penyampaian, pengurangan kos kendalian perniagaan dan peningkatan persekitaran perniagaan. Berikutan daripada langkah ini, pelaburan swasta kembali meningkat dalam tahun 2003 dan terus berkembang pada 2004 seiring dengan permintaan luar, optimisme dan keyakinan perniagaan yang lebih baik. Aliran masuk pelaburan portfolio dijangka meningkat kepada RM17,575 juta. Pasaran saham juga menunjukkan prestasi yang baik dalam lapan bulan pertama tahun ini, di mana Indeks Komposit Kuala Lumpur

memuncak kepada 908.96 mata pada 22 Mac 2004. Prestasi pasaran saham yang lebih baik telah menarik penglibatan aktif pelabur asing di mana urus niaga mereka merangkumi 30% daripada jumlah dagangan. Memandangkan kebanyakan industri beroperasi pada tahap 80% daripada penggunaan kapasiti, import barangan modal dan perantaraan yang lebih tinggi mencerminkan peningkatan pelaburan bagi pembesaran kapasiti. Selaras dengan itu, jumlah pinjaman sistem perbankan meningkat dengan pinjaman yang lebih tinggi bagi sektor pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi (7.3%), pertanian (1.4%), utiliti (6.3%) dan pembuatan (3.7%). Malaysia dijangka terus berupaya menarik pelabur asing dengan jangkaan peningkatan 14.4% dalam aliran masuk pelaburan bersih dalam tahun 2004. Pelaburan asing dijangka berasas luas dengan penerima utama dari sektor pembuatan, perkhidmatan serta minyak dan gas. Melalui Bajet 2004, Kerajaan telah menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM300 juta kepada Malaysian Venture Capital Management Berhad (MAVCAP), meningkatkan jumlahnya kepada RM800 juta untuk memajukan lagi industri modal teroka. Pada akhir Jun 2004, MAVCAP telah meluluskan 65 permohonan bernilai RM166.2 juta atau 20.8% daripada jumlah dana terutamanya bagi projek ICT dan bioteknologi. Dua daripada syarikat yang mendapat manfaat daripada dana yang disenaraikan di Bursa Dagangan Sekuriti dan Sebut Harga Automasi Malaysia (MESDAQ) manakala beberapa yang lain berada dalam proses penyenaraian. Malaysian Debt Ventures Berhad (MDV) telah ditubuhkan dengan dana berjumlah RM1.6 bilion bagi membantu pembangunan industri berdaya tinggi untuk berkembang. Menjelang Julai 2004, MDV telah meluluskan permohonan pinjaman bernilai RM826 juta dengan RM667 juta atau 89% pinjaman telah dikeluarkan. Pada keseluruhannya, MDV telah meluluskan 38 permohonan dan mengeluarkan pinjaman kepada 35 syarikat bagi membiayai projek dalam sektor ICT, minyak, gas dan pengangkutan. Berkaitan dengan modal teroka bagi sektor bukan ICT, Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) telah diperuntukkan dana berjumlah RM1 bilion. Daripada 26 permohonan pinjaman yang

6 sedang diproses oleh MTDC, dua permohonan adalah dalam bidang industri bioteknologi melibatkan RM8.5 juta telah dilulus dan dikeluarkan.

Pembangunan EKS EKS lebih berdaya saing dan kreatif, bergerak ke arah jenama dunia... EKS merupakan komponen penting dalam ekonomi. EKS bukan sahaja merupakan penghubung penting dalam rantaian bekalan perniagaan dan pelengkap kepada syarikat multinasional, mereka juga berpotensi untuk berkembang dan menjadi syarikat global. Pada masa ini, terdapat kira-kira 613,700 EKS yang berdaftar di negara ini meliputi pelbagai sektor dan perkhidmatan, menyerlahkan peranan dan potensinya dalam ekonomi. Kerajaan terus memberi sokongan kepada pembangunan EKS dengan membantu menyediakan akses kepada pembiayaan yang mencukupi dan berpatutan. Sekian lama, banyak insentif dan bantuan telah diberikan kepada EKS, termasuklah akses kepada pembiayaan, kadar faedah yang menarik dan khidmat nasihat mengenai aspek teknikal, pemasaran dan promosi. Bagi menyelaras dan mengawal pembangunan EKS, Majlis Kebangsaan Pembangunan EKS yang ditubuhkan pada Mei 2004 dengan matlamat untuk menyediakan rangka bagi mengukuhkan EKS secara terlaras dan menyeluruh. Pada enam bulan pertama 2004, pelaburan oleh EKS menunjukkan peningkatan. Pinjaman yang telah dikeluarkan oleh sektor perbankan kepada EKS melonjak 20.5%. Berkaitan dengan lima tabung EKS khas di bawah Bank Negara Malaysia (BNM), daripada jumlah peruntukan RM6.9 bilion, sebanyak RM6.3 bilion telah diluluskan kepada 17,000 peminjam. Kerjasama antara Kerajaan dan sektor swasta telah menyumbang kepada penggunaan yang lebih tinggi terhadap dana khas EKS. Di samping itu, EKS juga boleh mendapatkan pembiayaan daripada Tabung Pembangunan dan Mempromosi Jenama Malaysia yang ditubuhkan dengan peruntukan awal sebanyak RM200 juta untuk membantu EKS membangunkan jenama bertaraf dunia bagi barangan tempatan. Usaha Kerajaan bagi menggalakkan jenama tempatan telah melahirkan beberapa barangan Malaysia berjenama dunia.

Kerajaan juga telah membantu EKS yang menghadapi masalah kewangan dalam operasi mereka. Jawatankuasa Penyelesaian Hutang Kecil (SDRC) telah ditubuhkan pada November 2003 untuk membantu penstrukturan semula hutang tidak berbayar EKS yang masih mempunyai perniagaan berdaya maju di samping memenuhi keperluan kewangan mereka. Melalui saluran ini, EKS akan berupaya memperkukuhkan kedudukan kewangan mereka. Sehingga Jun 2004, SDRC telah menerima 129 permohonan melibatkan NPLs berjumlah RM113.7 juta yang mana permohonan daripada 50 syarikat bernilai RM40.6 juta telah berjaya diselesaikan. DFIs selama ini telah merupakan sebahagian daripada usaha membangunkan EKS. Selain daripada memberi pinjaman pada kadar faedah yang lebih rendah, DFIs juga menyediakan khidmat nasihat, latihan, maklumat dan bantuan permulaan EKS, membantu mengkomersialkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta memberi sokongan infrastruktur IT, sistem dan proses. DFIs akan juga memberi bantuan kepada EKS untuk mendapatkan dana di pasaran modal melalui penyediaan jaminan bagi terbitan kertas komersial. Di samping itu, DFIs juga akan merintis perkongsian strategik dengan bank komersial bagi pembiayaan bersama untuk EKS. Industri makanan dan minuman merupakan penyumbang penting kepada prestasi EKS. Dalam usaha membangunkan EKS menjadi pembekal global untuk produk berasaskan sumber, Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) melalui Program Rantaian Industri telah menjalinkan usahasama dengan jaringan pasar raya hiper milik asing yang beroperasi di Malaysia untuk membolehkan EKS membekal barangan kepada pasar raya hiper tersebut, termasuk cawangan mereka di seluruh dunia. Pada Jun 2004, pasar raya hiper berkenaan telah melantik 22 EKS sebagai pembekal di mana enam daripadanya membekalkan barangan kegunaan isirumah seperti minyak masak, makanan yang diproses dan bahan pencuci sebagai jenama pasar raya tersebut. Oleh itu, EKS mempunyai potensi sebagai pembekal global kepada cawangan mereka di seluruh dunia. Dalam usaha membantu EKS menembusi pasaran global, SMIDEC sedang melaksanakan program Headstart 500 yang bertujuan membangunkan 500 EKS yang berpotensi besar untuk menjadi pembekal global. Sehingga bulan Julai 2004,

7

PROJEK USAHAWAN BUMIPUTERA DALAM BIDANG PERUNCITAN (PROSPER) Pendahuluan Projek Usahawan Bumiputera Dalam Bidang Peruncitan (PROSPER) telah dilancarkan pada 2 Ogos 2000. Matlamat PROSPER adalah untuk meningkatkan bilangan dan kualiti usahawan Bumiputera dalam sektor peruncitan serta menempatkan mereka dalam rantaian nilai strategik sektor berkenaan. Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), selaku sekretariat, bersama-sama dengan Tabung Pemulihan Perumahan Tertangguh Sdn. Bhd. (TPPT), sebuah anak syarikat Bank Negara Malaysia, Perbadanan Jaminan Kredit Berhad (CGC) dan Maybank Berhad, telah diamanahkan untuk membangun, menyelaras dan memantau usahawan Bumiputera yang menyertai skim ini. Kemudahan dan Perkhidmatan PROSPER menyediakan pakej bersepadu merangkumi pembiayaan ekuiti, kemudahan pinjaman dan khidmat nasihat dalam mengenalpasti premis perniagaan yang strategik. PROSPER juga menyediakan khidmat sokongan kepada usahawan dalam bentuk memupuk dan pembangunan perniagaan serta latihan bagi meningkatkan kemahiran keusahawanan. Pakej bersepadu keusahawanan ini ditawarkan melalui Pakej Perkongsian Perniagaan dan Pakej Pinjaman dan Perkhidmatan. Pakej Perkongsian Perniagaan Pakej Perkongsian Perniagaan ini ditawarkan kepada usahawan berpotensi yang memerlukan pinjaman di antara RM200,000 hingga RM1.0 juta seperti berikut: • Pembiayaan ekuiti sehingga 30% daripada keseluruhan kos projek berlandaskan konsep pembiayaan Islam, Musyarakah Mutanaqisah, bermaksud perkongsian ke arah pengurangan ekuiti. • Kemudahan pinjaman sehingga 60% daripada baki kos projek berasaskan prinsip Islam disediakan oleh institusi kewangan yang dilantik dan dijamin sepenuhnya oleh CGC. Pakej Pinjaman dan Perkhidmatan Pakej Pinjaman dan Perkhidmatan meliputi perkhidmatan seperti berikut: • Kemudahan pinjaman sehingga RM200,000 atau maksimum 90% daripada keseluruhan kos projek, mengikut mana yang lebih rendah, berlandaskan prinsip Syari’ah, Qard Al-Hassan. Peminjam perlu membayar balik semua amaun prinsipal berdasarkan jadual pembayaran yang telah dipersetujui. • Perkhidmatan perundingan perniagaan yang disediakan oleh PUNB termasuk khidmat sebelum memulakan perniagaan seperti khidmat nasihat memilih premis dan pemantauan akaun, khidmat nasihat perniagaan serta latihan untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan. Pencapaian Program Sejak PROSPER dilancarkan pada tahun 2000, purata bilangan projek diluluskan telah meningkat daripada enam projek kepada 17 projek pada tahun 2004. Sehingga 17 Ogos 2004, sebanyak 558 projek bernilai RM150.6 juta telah diluluskan. Bilangan projek dan jumlah pembiayaan yang diluluskan mengikut tahun adalah seperti di Carta 1. PROSPER telah berjaya membangunkan 1,417 usahawan yang mana 70% daripadanya adalah usahawan baru. Sejumlah 258 program latihan perniagaan merangkumi aspek teori dan praktikal telah dilaksanakan dan melibatkan 7,300 usahawan yang berdaftar dengan PROSPER. Pembangunan francais telah dikenal pasti sebagai salah satu pendekatan paling sesuai untuk mempercepatkan pertumbuhan usahawan Bumiputera dalam industri peruncitan. Sehubungan itu, PUNB telah

8

mengambil inisiatif mewujudkan program Kedai Konsep seperti Kedai Leaderpac Tayar dan Servis. Sehingga kini, PUNB telah membangunkan 12 kedai konsep dengan 80 outlet runcit di bawah skim PROSPER.

Bilangan Projek Kos Projek yang Diluluskan

Pasar mini & pemborong 19.6%

Lain-lain 28.3%

Restoran & makanan segera 11.2%

Komputer 2.9%

Buku & alat tulis 7.7%

Perkakasan 3.3% Kelengkapan rumah 4.8% Dobi &

Automotif 7.7%

Fesyen & pakaian 8.6%

cucian kering 5.9%

Lokasi perniagaan yang strategik adalah satu faktor kritikal dalam perniagaan peruncitan. Sehubungan itu, PUNB telah berjaya membantu usahawan Bumiputera mendapatkan lokasi perniagaan strategik di kompleks membeli-belah terkemuka. Antara pusat membeli-belah tersebut adalah One Utama, Mid-Valley Mega Mall, Ampang Park, Pusat Membeli-belah Bangsar, Lot 10 dan Giant di Kuala Lumpur, Plaza Angsana di Johor Bahru, Terminal One Shopping Complex di Seremban dan Tesco di Melaka. Melalui penglibatan TPPT, PROSPER juga telah membeli 73 lot kedai untuk disewakan kepada usahawan Bumiputera dengan pilihan untuk dibeli. PROSPER menyediakan peluang kepada usahawan Bumiputera menceburi perniagaan runcit terutama dalam sektor yang mempunyai penglibatan Bumiputera yang terhad. Antara sektor baru yang diceburi oleh usahawan Bumiputera di bawah PROSPER adalah bengkel servis sistematik dalam industri automotif, dobi dan cucian kering, perkakasan serta buku dan alat tulis. Sepuluh sektor yang mencatatkan penyertaan tertinggi adalah seperti di Carta 2. PROSPER juga memainkan peranan aktif dalam mengembangkan perniagaan runcit sedia ada ke tahap yang lebih tinggi. Antaranya ialah pengembangan dan naik taraf kedai runcit kepada pasar mini, peningkatan bengkel servis automotif asas kepada pusat automotif yang lengkap, pengembangan operasi satu kedai kepada cawangan tambahan dan perniagaan runcit kepada borong. Program Masa Hadapan PROSPER akan terus membantu usahawan Bumiputera meningkatan penglibatan dalam perniagaan borong dan runcit. Dalam hal ini, sementara PROSPER akan meneruskan program dan perkhidmatan sedia ada bagi membantu usahawan Bumiputera yang baru, program selanjutnya akan memberi tumpuan kepada

9

sektor baru dan perkhidmatan yang lebih bernilai tambah, sejajar dengan peningkatan jumlah professional Bumiputera dan juga matlamat mencapai status negara membangun. Program yang akan dilaksanakan oleh PROSPER ialah: • membangunkan bidang baru peruncitan melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat Bumiputera; • meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam bidang peruncitan sedia ada di kompleks membeli belah dan kawasan bandar baru atau bandar sedia ada yang masih belum diteroka oleh peruncit Bumiputera; • menyediakan pembiayaan dan menyokong perniagaan francais yang berdaya maju; • meluaskan skop perkhidmatan meliputi perkhidmatan profesional seperti perubatan, pergigian, farmasi, senibina dan kejuruteraan; dan • penglibatan aktif di dalam rantaian pembekalan. Prospek Industri runcit dan borong telah menyumbang 12.3% atau RM28.6 bilion (pada harga malar) kepada KDNK dan 26.4% kepada sektor perkhidmatan pada tahun 2003. Sumbangan subsektor peruncitan dan pemborongan kepada ekonomi dijangka akan meningkat selaras dengan peningkatan dan pembangunan pesat industri pelancongan serta peningkatan pendapatan. Perniagaan borong dan runcit menyediakan asas yang berdaya maju kepada Bumiputera untuk membangunkan perniagaan dan meningkatkan penglibatan mereka dalam sektor perdagangan dan komersial. PROSPER akan terus menerajui perkembangan usahawan Bumiputera dalam sektor borong dan runcit dengan rangkaian perkhidmatan d an kemudahan bersepadu. Bagi tahun 2005, PUNB akan membantu 200 lagi usahawan baru memasuki perdagangan runcit sementara terus menyokong pembangunan usahawan sedia ada, terutamanya yang berpotensi dan berdaya maju. Mengenai lokasi, PROSPER akan terus mengenal pasti lokasi strategik termasuk Bintang Walk di Bukit Bintang, stesen Sistem Transit Aliran Ringan dan LRT serta Alamanda di Putrajaya.

sebanyak 66 syarikat dengan jumlah jualan sebanyak RM303 juta telah pun dipilih untuk menyertai program ini. Perusahaan mikro dan perniagaan kecil memainkan peranan penting dalam menjana aktiviti ekonomi. Pembangunan perniagaan kecil bukan sahaja mampu menangani isu kemiskinan, malah kesinambungan kejayaan mereka akan mempertingkatkan lagi peranan dan sumbangan mereka kepada ekonomi. Bank Pertanian Malaysia (BPM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) telah dilantik untuk menguruskan skim kredit mikro kepada perusahaan dan perniagaan kecil. Sehingga akhir Julai 2004, BPM telah meluluskan 17,388 permohonan pinjaman bernilai RM200.5 juta, yang mana pinjaman terbesar adalah bagi aktiviti dagangan, diikuti dengan projek pemasaran dan ternakan. BSN menguruskan dana berjumlah RM800 juta dan menjelang akhir Julai 2004 telah meluluskan sebanyak 85,000 permohonan bernilai RM708.9

juta untuk perniagaan dalam bidang import dan eksport; dagangan borong dan runcit, restoran dan hotel; perkhidmatan kewangan dan insurans serta sektor hartanah. Di samping pembiayaan kredit mikro, perniagaan kredit kecil-kecilan dibantu melalui dana khas di bawah Projek Perusahaan Bumiputera dalam Sektor Peruncitan (PROSPER). Skim ini menyediakan satu bantuan pakej secara bersepadu meliputi pembiayaan ekuiti, kemudahan pinjaman serta khidmat nasihat.

Transformasi Sektor Pertanian Peningkatan dalam sumbangan pengeluaran makanan... Sektor pertanian, melalui usaha meningkatkan nilai asetnya, mempunyai potensi luas, terutama dalam aktiviti hiliran yang mempunyai nilai tambah

10 yang tinggi. Sebagai satu strategi transformasi, sektor pertanian telah diberi fokus baru untuk menjadi satu sektor ekonomi moden dan berdaya komersial dengan pulangan yang tinggi. Pembangunan sektor pertanian secara komersial dan moden akan menjadi alat untuk meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar dan dengan transformasi serta pendapatan yang tinggi, sektor ini tidak lagi akan dikaitkan dengan kemiskinan. Dari segi bidang fokus, pengeluaran makanan berasaskan pertanian, ternakan ikan hiasan, akuakultur, perikanan laut dalam, ternakan, perladangan sayur, buah dan bunga-bungaan yang mana telah dikenal pasti mempunyai potensi bagi pasaran eksport. Selain itu, aktiviti-aktiviti hiliran daripada komoditi perladangan dan tanaman seperti pembangunan produk minyak sawit sebagai input bagi barangan dandanan diri dan kosmetik, atau memproses minyak sawit kepada produk kesihatan seperti vitamin E juga mempunyai potensi eksport. Infrastruktur sokongan termasuk sistem pengedaran, pemasaran dan promosi serta akses kepada pembiayaan telah ditingkatkan untuk menggalakkan aktiviti ini. Usaha gigih Kerajaan dalam menggalakkan pengeluaran makanan telah mencapai kejayaan. Nilai ditambah bagi subsektor pertanian lain seperti ternakan, padi, buah dan sayur-sayuran serta perikanan dijangka meningkat 3.3% pada tahun 2004. Peningkatan pengeluaran buahbuahan (13%), akuakultur (10%) dan ternakan (7%) adalah berikutan pertambahan kawasan tanaman dan penggunaan optimum tanah serta usaha Kerajaan menyediakan perkhidmatan pengembangan, pemasaran, infrastruktur dan logistik untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan. Selain daripada membaiki proses dan tahap pengeluaran, usaha sedang dijalankan bagi memastikan keluaran pertanian Malaysia adalah selamat dan berkualiti tinggi bagi pengguna tempatan di samping meningkatkan penerimaan di peringkat antarabangsa. Peladang telah digalakkan untuk mengguna kaedah dan amalan terbaik dalam kerja perladangan, pertanian dan pemprosesan. Ladang yang menepati spesifikasi dan piawaian akan dianugerahkan sijil yang diiktiraf antarabangsa di bawah Skim Akreditasi Ladang Malaysia (SALM), Skim Akreditasi Ladang Ternakan (SALT) dan Skim Persijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM). Di bawah SALM,

sebanyak 102 ladang telah disijilkan manakala 58 lagi diakreditasi di bawah skim SALT. Tempoh kesegaran hasil pertanian bagi pasaran domestik dan antarabangsa adalah lebih panjang melalui pengukuhan saluran pemasaran dan pengedaran. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sedang memperbaiki pengurusan rantaian pembekalan dengan menubuhkan 27 lagi pusat pengumpulan hasil ladang dan empat terminal hasil makanan tambahan kepada 53 pusat sedia ada. Pusat pemasaran tersebut akan menjalankan pelbagai aktiviti merangkumi aktiviti pasca tuaian termasuk pungutan, pengedaran, pensijilan, pembungkusan dan pengedaran. Selain itu, kontrak perladangan dan pakatan strategik dengan pasar raya utama sedang dijalankan, manakala khidmat sokongan seperti penyebaran maklumat pemasaran melalui perkhidmatan ICT sedang dimajukan. Hasil pertanian yang berkualiti tinggi yang diakreditasikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Berasaskan Tani melalui pensijilan Malaysia’s Best termasuk betik, nanas, mempelam, belimbing dan tembikai. Kini, produkproduk tersebut boleh didapati di 13 buah pasar raya dan pasar raya hiper. Malaysia telah mengeksport buah-buahan bernilai RM400 juta pada tahun lepas dan kini merupakan pengeksport terbesar betik dan tembikai ke Hong Kong serta belimbing ke Eropah. Usaha meningkatkan sistem perparitan dan saliran serta jalan ladang dan luar bandar telah diambil untuk meningkatkan hasil serta memudahkan pengangkutan bagi keluaran pertanian. Sepanjang 4,303 kilometer jalan ladang dan luar bandar baru telah dibina atau dinaiktarafkan pada tahun 2004. Siapnya pembinaan Empangan Beris di Sik, Kedah pada 2004 bersama dengan kerja-kerja pengairan di Naok, Reman dan Jeniang, telah meningkatkan lagi bekalan air dan pengairan bagi ladangladang di Perlis, Kedah dan Seberang Prai, Pulau Pinang. Langkah juga telah diambil untuk menyatukan kebun kecil supaya lebih berskala ekonomi dan mencapai produktiviti yang lebih tinggi. Pada akhir tahun 2003, sejumlah 27,660 hektar tanah telah disatu dan dipulihkan oleh agensi-agensi pembangunan tanah, terutamanya melibatkan pekebun kecil kelapa sawit, dan telah menghasilkan pengeluaran dan pulangan yang

11 lebih tinggi. Bagi meningkatkan lagi penyertaan sektor swasta serta menggalakkan perladangan berskala besar, Kerajaan telah melancarkan projek pertanian campuran berintensif modal meliputi penternakan, akuakultur, perladangan buah dan sayur-sayuran di atas tanah seluas 8,650 ekar di Kluang, Johor secara usaha sama dengan sektor swasta. Penggunaan yang meluas teknologi dan alat jentera akan meningkatkan produktiviti, membaiki kualiti pengeluaran dan mengurangkan kos pengeluaran. Kerjasama R&D oleh institusi penyelidikan berasaskan pertanian di sektor awam seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Lembaga Getah Malaysia (MRB), Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI), universiti dan sektor swasta telah meningkatkan produktiviti pertanian dan menyumbang kepada pembangunan produk baru dan hasil keluaran yang tinggi. Antara kejayaan dalam pengkomersialan R&D termasuklah minyak sawit merah, galah tuaian aluminium, pengangkut mekanikal, dakwat cetak berasas palma, marjerin dan minyak campuran berkhasiat, produk susu kambing dan barangan dandanan diri. Bidangbidang penyelidikan lain termasuk biomass dan biodisel sebagai sumber alternatif bahan api. Aktiviti penyelidikan bagi memperbaiki klon getah telah menghasilkan klon baru seperti RRIM 2026 dan RRIM 2027 dengan hasil susu yang lebih tinggi dan klon kayu getah bagi memenuhi permintaan industri berasaskan getah dan perabot. Penyelidikan dan pembangunan lain ke atas barangan getah termasuk pembangunan asfalt berasas getah bagi kegunaan jalan raya dan alas bebola getah. Hasil penyelidikan bagi pelbagai biji benih baru yang mempunyai potensi komersial adalah padi MRQ 50, ciku CM19 dan Orkid Dendrodium Tunku Fauziah.

Menggalakkan Sektor Perkhidmatan Sumber pertumbuhan baru yang tinggi dari ICT dan pelancongan... Sektor perkhidmatan mempunyai potensi besar bagi pertumbuhan dan sumbangan kepada ekonomi negara. Sektor ini merupakan komponen terbesar dalam KDNK dengan sumbangan sebanyak 57% pada tahun 2004. Pun begitu, ianya masih mempunyai skop yang lebih luas lagi untuk dikembangkan bahagiannya sebanding

dengan negara-negara maju di mana sektor perkhidmatan merupakan lebih 70% KDNK. Memandangkan sektor perkhidmatan meliputi beberapa subsektor dan di bawah bidang kuasa pelbagai kementerian dan agensi, maka Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) telah ditugaskan untuk menyelaras sektor perkhidmatan bukan kewangan, di samping sektor pembuatan. Oleh itu, MIDA akan mempromosi Malaysia sebagai hab perkhidmatan terpilih di rantau ini. Di dalam sektor perkhidmatan, ICT dan industri berkaitan pelancongan terus menjana pertumbuhan yang tinggi dari segi output dan pendapatan tukaran asing. Dalam industri ICT, Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDC) terus berusaha untuk menjadikan Koridor Raya Multimedia (MSC) sebagai hab ICT global. Sehingga Ogos 2004, terdapat 1,099 syarikat berstatus MSC, terdiri daripada 768 syarikat milik tempatan, 302 syarikat asing dan 29 syarikat usaha sama. Jumlah pekerjaan yang diwujudkan meningkat 17.3%, daripada 19,100 pada 2003 kepada 22,300 pada 2004, yang mana 88% ialah pekerja ilmu dalam bidang pembangunan perisian dan pengaturcaraan, pengurusan dan sokongan teknikal bagi jualan, kewangan dan pemasaran. Pada masa ini, terdapat 65 syarikat berstatus MSC yang bertaraf dunia beroperasi di MSC. Pada tahun 2004, jualan daripada kegiatan MSC dijangka mencapai RM6.8 bilion, di mana RM5.3 bilion daripadanya adalah eksport manakala RM1.5 bilion adalah jualan dalam negara. Dari aspek R&D, syarikat di MSC telah menunjukkan kejayaan yang memberangsangkan. Perbelanjaan R&D oleh syarikat MSC meningkat 21.2% kepada RM657 juta pada tahun 2004 (2003: RM542 juta). Tumpuan penyelidikan adalah dalam bidang komunikasi, penyelesaian perisian, sistem-mikro dan reka cipta litar bersepadu. Berikutan usaha penyelidikan, sebanyak 151 paten, 41 reka cipta industri dan 188 tanda niaga telah didaftarkan, mencerminkan kejayaan yang dicapai oleh 590 anggota R&D yang berkhidmat di MSC. Pembangunan industri ICT tempatan, terutama dalam bidang perkongsian perkhidmatan dan khidmat proses perniagaan luaran (BPO) telah dikenal pasti sebagai sumber baru pertumbuhan. Langkah-langkah khusus telah dilaksanakan untuk memudahkan pembangunan sektor ini,

12 termasuklah usaha menarik pakar ICT melalui program brain gain dan meningkatkan infostruktur ICT, khususnya sambungan jalur lebar yang lebih meluas. Usaha gigih diteruskan bagi menggalakkan pakatan strategik dan kerjasama sinergi dalam bidang khidmat BPO dan perkongsian perkhidmatan. Berikutan daripada langkah tersebut, syarikat IT tempatan kini menyediakan perkhidmatan kepada syarikat telekomunikasi utama dunia dalam operasi sokongan pengguna dan mengurus kegiatan rantaian bekalan serantau dan keperluan logistik bagi syarikat elektrik dan elektronik (E&E) di rantau Asia Pasifik. Bagi khidmat BPO, MSC telah menarik kemasukan syarikat-syarikat Global 500. Pelaburan dalam khidmat BPO juga meningkat, di mana syarikat-syarikat gabungan asing dalam perbankan, insurans dan perkhidmatan kiriman cepat serta industri automotif, telah menubuhkan pusat di MSC. Yang demikian, Malaysia telah muncul sebagai destinasi ketiga menarik bagi aktiviti perkongsian perkhidmatan dan khidmat luaran selepas India dan China mengikut kajian A.T. Kearney keluaran Mac 2004. khidmat luaran dijangka menjana pelaburan melebihi RM1 bilion dan mewujudkan lebih 8,000 pekerjaan menjelang akhir tahun 2004. Pihak MDC telah mengembangkan lagi peranannya sebagai pusat sehenti mengikut model MIDA, bagi penyediaan perkhidmatan terpilih, antaranya termasuk mempromosi perkhidmatan berkaitan ICT kepada syarikat tempatan dan multinasional. Ini telah membawa kepada kegiatan baru di MSC, seperti penubuhan pusat R&D bagi aplikasi perisian untuk industri E&E. Dalam usaha menarik lebih banyak syarikat multinasional dan asing menjalankan perniagaan di MSC, MDC terus menyediakan infrastruktur teknologi bertaraf dunia seperti jaringan gentian optik digital berkapasiti tinggi, pusat perniagaan moden, sistem pengangkutan yang lebih cekap serta suasana kehidupan yang selesa bagi menarik pelabur ICT. Industri pelancongan kekal sebagai penyumbang utama kepada ekonomi dari segi pendapatan tukaran asing. Pada tahun 2003, industri ini menjana pendapatan sebanyak RM21.3 bilion dengan ketibaan pelancong seramai 10.6 juta dan jumlah ini dijangka mencecah RM30 bilion

pada tahun 2004 dengan ketibaan 15 juta pelancong. Peningkatan semula yang mendadak dalam ketibaan pelancong daripada serendah 0.5 juta semasa SARS pada April tahun lepas kepada 1.4 juta pelancong pada Januari 2004 antaranya, adalah hasil usaha promosi yang intensif yang dilaksanakan oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (MTPB), terutamanya di pasaran serantau Asia. Sebahagian besar pelancong adalah dari negara ASEAN, China, Jepun, United Kingdom dan Australia. Perkembangan memberangsangkan jelas terlihat dari pasaran Timur Tengah dengan peningkatan mendadak pelancong dari Kuwait sebanyak 150%, Arab Saudi (120.7%) dan Emiriyah Arab Bersatu (121%) pada tujuh tahun pertama tahun 2004. Selain aktiviti promosi yang dijalankan oleh Kerajaan, usaha lebih bersepadu dan sinergi antara agensi penerbangan tempatan dan juga syarikat perjalanan dan pelancongan dijangka meningkatkan lagi ketibaan pelancong pada tahun ini. Usaha gigih diteruskan untuk mempertingkatkan infrastruktur pelancongan di seluruh negara untuk memperbaiki akses kepada produk pelancongan. Ini termasuklah aktiviti menaik taraf dan mencantikkan Sungai Melaka dan Sungai Pulau Pinang di samping membangunkan pulau-pulau di Terengganu bagi menggalakkan ekopelancongan. Para usahawan dalam industri pelancongan boleh mengakses Tabung Pelancongan Khas yang berjumlah RM400 juta bagi projek bersaiz kecil atau Tabung Infrastruktur Pelancongan berjumlah RM700 juta bagi projek bersaiz besar. Sehingga Jun 2004, RM665 juta telah diluluskan dan sebahagian besarnya untuk pembangunan hotel dan pusat peranginan, kemudahan pengangkutan dan penyimpanan, pusat pelancongan bersepadu, taman tema dan lain-lain infrastruktur pelancongan. Usaha Kerajaan untuk mempromosi sumber baru pertumbuhan dalam bidang pelancongan kesihatan dan pendidikan telah menunjukkan kemajuan yang menggalakkan. Seramai 103,000 pelancong telah mendapatkan khidmat rawatan perubatan dan menjana pendapatan sebanyak RM59 juta pada tahun 2003 dan bilangan pelancong kesihatan dijangka meningkat kirakira 140,000 pada tahun 2004. Kebanyakan pelancong ini adalah dari negara ASEAN

13 terutamanya Indonesia. Bagi pelancongan pendidikan pula, terdapat seramai 31,000 pelajar asing di sekolah dan institusi pengajian tinggi dalam tahun 2003 terutama dari China (35%) dan Indonesia (17.2%). Bilangan pelajar asing dijangka mencapai 43,000 orang pada penghujung tahun 2004.

Mempertingkatkan Daya Saing Mengukuhkan daya saing melalui produktiviti yang lebih tinggi, kos yang rendah… Perubahan pesat persekitaran global memerlukan kajian berterusan dibuat ke atas strategi negara untuk kekal berdaya saing. Usaha sedang dilaksanakan untuk mewujudkan suasana kondusif bagi perniagaan dan ekonomi untuk menggalakkan lagi aktiviti pengeluaran, perdagangan, pelaburan dan lain-lain aktiviti komersial dalam negara.

peniaga dengan meluaskan lagi rangkaian dan penggunaan Internet termasuk akses perkhidmatan jalur lebar. Caj bagi jalur lebar telah dikurangkan sebanyak 30% bagi pengguna individu dan 50% bagi syarikat perniagaan dan pengguna korporat bermula Januari 2004. Ini telah menyumbang kepada peningkatan lebih tiga kali ganda pelanggan jalur lebar kepada 174,000 pada akhir Jun 2004 (akhir Jun 2003: 54,000). Malaysia di jangka dilengkapi dengan kemudahan dan perkhidmatan jalur lebar sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun akan datang apabila lebih banyak lesen diluluskan kepada penyedia rangkaian. Penyediaan perkhidmatan Internet jalur lebar di sekolah termasuk 10,000 sekolah di kawasan luar bandar dijangka akan mengurangkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar.

Dalam Bajet 2004, pelbagai insentif cukai telah diberi kepada komuniti perniagaan untuk meningkatkan dan memudahkan kegiatan perniagaan dan pelaburan. Ini termasuklah potongan penuh bagi perbelanjaan keraian ke atas promosi jualan dan 50% potongan untuk lain-lain perbelanjaan keraian. Selain itu, tiada had tempoh dikenakan bagi pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas alat ganti dan bahan guna habis bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan. Potongan cukai ke atas perbelanjaan pemerbadanan dipanjangkan kepada syarikat yang mempunyai modal saham dibenar sehingga RM2.5 juta, manakala duti import ke atas barangan terpilih telah dikurang atau dimansuhkan. Begitu juga, duti eksport ke atas barangan dan komoditi pertanian serta jenisjenis galian tertentu dimansuhkan. Perhatian khusus diberi kepada usaha meningkatkan daya saing dan menggalakkan pelaburan EKS. Dalam hubungan ini, EKS yang sebelum ini menikmati kadar cukai korporat yang rendah sebanyak 20% bagi pendapatan bercukai sehingga RM100,000 akan terus mendapat manfaat dari paras pendapatan bercukai yang lebih tinggi iaitu RM500,000.

Kemajuan yang ketara telah tercapai dalam usaha meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam. Kemajuan telah banyak dicapai dalam mengurangkan masa yang diambil bagi menubuhkan perniagaan dan mengurangkan kerenah birokrasi. Fokus utama adalah menjadikan sektor awam lebih terbuka dan telus untuk mengelakkan berlakunya rasuah, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan kos kendalian perniagaan. Langkah lain yang mendapat perhatian khusus adalah pelaksanaan KPIs dalam sektor awam. GLCs yang tersenarai awam disyaratkan untuk melaksanakan KPIs bagi meningkatkan akauntabiliti, tanggungjawab korporat dan prestasi mereka. Memandangkan GLCs adalah syarikat utama dalam ekonomi, yang meliputi satu pertiga daripada jumlah nilai pasaran di Bursa Malaysia, penggunaan KPIs bagi memantau pencapaian GLCs, dijangka bukan sahaja akan meningkatkan kecekapan dan keuntungan untuk bersaing di peringkat global, tetapi juga menjadi tanda aras untuk dicontohi syarikat-syarikat lain. Di samping itu, penggunaan KPIs juga bertujuan untuk menggalakkan budaya berasaskan prestasi bagi sektor awam dan swasta. Baru-baru ini, Penerbangan Malaysia dan Malaysia Airports Holdings Berhad telah menggunakan KPIs dan sistem upah berasaskan produktiviti (PLWS) untuk menjadi contoh ikutan kepada syarikat lain.

Kerajaan terus memastikan penyediaan infostruktur bertaraf dunia kepada pengguna dan

Usaha gigih Malaysia untuk meningkat daya saing melalui dasar dan strategi yang pragmatik telah

14

SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN SEKTOR AWAM YANG CEKAP KE ARAH BUDAYA BERPRESTASI TINGGI Pendahuluan Sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang cekap dan berkesan adalah kritikal bagi pembangunan ekonomi sesebuah negara kerana ianya menyediakan asas dan jentera kepada penyediaan barang dan perkhidmatan awam. Sebagai pembekal perkhidmatan yang terbesar, Kerajaan komited untuk menyediakan suasana perniagaan yang baik bagi membantu perkembangan sektor swasta di samping mengambil kira keperluan rakyat dengan lebih efektif dan berkesan. Bagi menjadikan sistem penyampaian lebih berkesan, ia perlu selaras dengan kemajuan teknologi dan pengaruh globalisasi. Menyedari hakikat ini, Kerajaan sentiasa memberi penekanan perlunya pentadbiran awam yang efisien dan telus serta telah mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaiannya.

Usaha Kerajaan Meningkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Pelbagai inisiatif telah diperkenalkan untuk mempertingkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan awam dengan meneliti semula, memperkukuh serta memudahkan syarat dan peraturan kerja sedia ada. Tumpuan khusus adalah mengurangkan kerenah birokrasi dengan meringkaskan prosedur yang kompleks, menyusahkan dan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Kerajaan juga memberi penekanan perlunya peningkatan etika kerja dan ketelusan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam serta menggesa kakitangan awam meningkatkan profesionalisme, responsif dan akauntabiliti dalam menyediakan perkhidmatan awam. Kesemua inisiatif ini dijangka menyumbang kepada pengurangan kos kendalian perniagaan serta meningkatkan daya saing negara. Sistem penyampaian perkhidmatan awam yang berfungsi dengan baik akan meningkat tadbir urus yang baik dan integriti, terutamanya di dalam sektor awam.

Portal Perkhidmatan Awam Selaras dengan kemajuan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta Internet, Kerajaan telah membangunkan portal myGovernment sebagai laluan utama kepada perkhidmatan awam. Portal ini boleh dicapai di http://www.gov.my. Portal ini dibangunkan berdasarkan pendekatan ‘intention-based’ dengan maklumat dan perkhidmatan yang dikategorikan mengikut kitaran hayat (life cycle) dan subjek. Ia bertujuan memudahkan orang awam dan masyarakat peniaga mendapat maklumat dan pelbagai jenis borang permohonan serta membuat beberapa transaksi tertentu secara online. Apabila portal ini dilaksanakan sepenuhnya, orang awam akan memperoleh perkhidmatan penting yang menyeluruh secara online.

Pasukan Petugas bagi Mengurangkan Kerenah Birokrasi Semua kementerian telah diarah menubuhkan Pasukan Petugas bagi Mengurangkan Kerenah Birokrasi untuk mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian. Pasukan Petugas yang diketuai oleh menteri masing-masing bermesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali dan memberi fokus kepada perkara-perkara berikut: • menambah baik sistem dan prosedur kerja sedia ada bagi memastikan kecekapan serta mencegah penyelewengan dan amalan rasuah;

15

• mengenal pasti, mengkaji serta membuat pindaan ke atas undang-undang dan peraturan yang mungkin menjejaskan keberkesanan penyampaian perkhidmatan; • mengkaji semula dan membuat perakuan penambahbaikan kepada perkhidmatan yang dijanjikan di bawah Piagam Pelanggan dan mengambil tindakan terhadap maklum balas yang diperoleh daripada ‘Borang Maklum Balas Kepuasan Pelanggan’; dan • mengkaji dan menentukan sumber yang diperlukan bagi meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan kepada pengguna. Dalam separuh pertama tahun 2004, Pasukan-pasukan Petugas telah berjaya mengkaji semula 104 sistem dan prosedur kerja. Penambahbaikan ini melibatkan perekayasa semula dan pemendekan proses kerja, penurunan kuasa proses memberi kelulusan dari ibu pejabat kepada pejabat cawangan, mengkaji semula dan mengemas kini kriteria memberi kelulusan serta memperkenalkan ICT. Standard perkhidmatan dalam 70 Piagam Pelanggan telah disemak semula bagi meningkatkan tahap perkhidmatan kepada pelanggan. Sementara itu, 20 set undang-undang, peraturan dan arahan yang berkaitan telah dikenal pasti untuk dipinda dan diperkemaskan.

Perkhidmatan Kaunter Selaras dengan polisi pro-perniagaan Kerajaan, beberapa langkah khusus telah diambil untuk menambah baik perkhidmatan kaunter di kementerian dan agensi untuk menjadi lebih mesra pelanggan dan prihatin peniaga. Pelaksanaan langkah-langkah tersebut termasuklah: • memastikan bilangan kaunter dan kakitangan mencukupi; • menukar kaunter kepada kaunter pelbagai perkhidmatan; • menyedia lebih banyak kaunter perkhidmatan sehenti; • melanjutkan waktu operasi perkhidmatan kaunter di luar waktu kerja biasa termasuk hari minggu; • menyediakan kaunter bantuan pelanggan; • memasang sistem pengurusan giliran elektronik untuk mengurus dan mengagihkan bilangan pelanggan secara optimum; dan • menyediakan dan menilai ‘Borang Maklum Balas Kepuasan Pelanggan’. Pelaksanaan usaha-usaha penambahbaikan akan dipantau secara berterusan oleh Pasukan Petugas di kementerian berkenaan serta melalui lawatan pemeriksaan oleh pasukan inspektorat khas. Sehingga kini pasukan inspektorat khas telah menjalankan pemeriksaan di 14 agensi terpilih melibatkan 64 lawatan ke ibu pejabat dan pejabat cawangan.

Lesen dan Permit Semua jabatan Kerajaan telah diarah untuk memperkemaskan prosedur yang berkaitan dengan lesen dan permit yang dikeluarkan dengan mengambil langkah-langkah seperti berikut: • menyemak kesesuaian bagi menghapuskan lesen dan permit bagi urusan-urusan tertentu yang tidak sesuai dengan keadaan semasa; • memperkenalkan borang permohonan dan lesen komposit yang seragam; dan • pelanggan diberi pilihan, di mana sesuai, tentang tempoh sah lesen dan permit.

16

Pelesenan Bagi Industri Perhotelan Kerajaan telah memperkemaskan prosedur sistem pelesenan industri perhotelan dengan mengambil langkah penambahbaikan berikut: • memperkenalkan pendekatan sistem penarafan hotel bagi menentukan jenis keperluan lesen perkhidmatan hotel; • menggabungkan 14 jenis lesen yang berkaitan dengan pelbagai aktiviti hotel yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada satu lesen komposit hotel; • menyediakan borang permohonan dan lesen komposit hotel yang seragam; • melanjutkan tempoh sah laku lesen yang sekarang ini daripada 1-3 tahun kepada 1-5 tahun; dan • memberi kuasa kepada PBT berperanan sebagai pusat sehenti bagi memproses permohonan lesen yang berkaitan dengan industri hotel.

Kemudahan ‘Hand-Holding’ Pelabur Bagi menarik pelabur memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan terpilih, Kerajaan telah memperkenalkan kemudahan hand-holding kepada para pelabur dalam sektor pembuatan. Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) telah melantik 30 Pegawai Projek Khas (PPK), khusus untuk hand hold dan membantu pelabur mendapatkan semua kelulusan yang diperlukan bagi sesuatu projek pembuatan di peringkat awal hingga peringkat permulaan operasi. Pada masa ini, 747 projek dalam pelbagai peringkat pelaksanaan sedang dipantau oleh PPK dan MIDA. Bagi sektor ICT dan perkhidmatan ICT, Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDC) berperanan sebagai agensi sehenti mengikut model MIDA untuk hand hold dan memberi panduan kepada para pelabur serta melancarkan kelulusan dari pelbagai jabatan bagi mempercepatkan pelaksanaan projek.

Pentadbiran Tanah Kerajaan telah melancarkan Strategi Baru Urusan Pentadbiran Tanah pada 2 Mac 2004 terutamanya bagi mempercepatkan penyelesaian dalam kes-kes tanah. Pakej strategi ini mengandungi 43 perakuan meliputi perekayasa semula sistem dan proses kerja sedia ada termasuk penambahbaikan perkhidmatan sokongan. Sebagai langkah serta-merta, 26 Flying Squads telah ditubuhkan untuk menyelesaikan kes-kes tanah tertunggak sehingga akhir Disember 2003 berhubung dengan pendaftaran urus niaga dan bukan urus niaga, pemberimilikan tanah, pendaftaran hak milik strata dan penukaran hak milik sementara kepada hak milik kekal. Sehingga akhir Julai 2004, sebanyak 238,177 atau 73.1% daripada kes-kes tertunggak bagi pendaftaran urus niaga dan bukan urus niaga bagi 12 negeri telah dapat diselesaikan. Bagi kes hak milik strata, sebanyak 117 daripada 3,948 skim pembangunan yang tertunggak telah dapat diselesaikan, manakala 32,225 kes tertunggak berhubung dengan penukaran hak milik tanah daripada hak milik sementara kepada hak milik kekal telah berjaya ditangani.

17

Langkah-langkah lain yang diperkenalkan untuk memperbaiki pentadbiran tanah adalah seperti berikut: • peruntukan di mana ulasan dan perakuan agensi teknikal terhadap sesuatu permohonan tanah dikemukakan dalam tempoh maksimum 2 minggu; • penurunan kuasa oleh Majlis Eksekutif Kerajaan Negeri (EXCO) dalam bidang-bidang pentadbiran tanah tertentu; • pengisian jawatan kosong yang kritikal di pejabat-pejabat tanah; dan • menambah kecekapan pengurusan tanah melalui kursus-kursus seperti pentadbiran dan perundangan tanah, pengukuran tanah, Sistem Kedudukan Global (GPS) dan AutoCAD yang disediakan oleh Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN). e-Tanah Kerajaan telah memulakan Projek e-Tanah sebagai langkah bersepadu dan komprehensif dengan menggunakan ICT bagi memodenkan pentadbiran pejabat tanah dan proses kerja utamanya. Projek ini akan melibatkan proses perekayasa semula kerja pentadbiran tanah di mana aplikasi ICT akan dibangunkan ke atas 24 proses utama aplikasi tanah. Projek e-Tanah akan dimulakan secara perintis di Pulau Pinang pada akhir 2004 sebelum dilaksanakan sepenuhnya di negeri-negeri lain pada 2006. Bagi mempercepatkan pelaksanaan e-Tanah, sistem dan aplikasi ICT yang sedang beroperasi di beberapa pentadbiran negeri sedang disemak untuk digabungkan ke dalam Projek e-Tanah dengan penambahbaikan yang bersesuaian. Contohnya, Sistem Permohonan Tanah Berkomputer (SPTB) yang telah dilaksanakan di negeri Perak terbukti berkesan bagi pendaftaran dan pengesanan permohonan tanah di negeri berkenaan. Kerajaan akan memperluaskan pelaksanaan SPTB kepada pentadbiran negeri-negeri lain melalui kaedah perkongsian bijak sebelum digabungkan kepada sistem e-Tanah sepenuhnya. Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan Pelbagai strategi telah diperkenalkan bertujuan mempercepatkan proses dan kelulusan pelan bangunan dan sijil kelayakan menduduki (CFOs). Strategi ini termasuklah: • mewujudkan pusat sehenti di peringkat PBT dan di peringkat kerajaan negeri untuk memproses dan mempercepatkan kelulusan pelan bangunan dan CFOs. Setakat ini, kesemua 97 PBT di Semenanjung Malaysia telah menubuhkan pusat sehenti; • meluluskan pelan bangunan dalam tempoh 12 minggu dan mengeluarkan CFOs dalam tempoh empat minggu; • mengurangkan bilangan agensi teknikal yang terlibat dalam memberi ulasan bagi proses kelulusan CFOs daripada tujuh kepada satu agensi sahaja, iaitu Jabatan Perkhidmatan Pembetungan; dan • mempercepatkan pembekalan dan penyambungan perkhidmatan utiliti kepada projek perumahan. Dalam hubungan ini, pembekalan dan penyambungan elektrik kepada projek perumahan baru akan dilaksanakan dengan penguatkuasaan Perjanjian Tahap Perkhidmatan yang disediakan antara pihak pemaju dengan syarikat-syarikat utiliti elektrik. Kerajaan akan terus menumpukan perhatian ke arah penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan PBT dengan mencadangkan langkah-langkah jangka masa pendek, sederhana dan panjang yang melibatkan tindakan-tindakan seperti berikut: • menyediakan penunjuk prestasi utama (KPIs) bagi PBT untuk memastikan output menepati objektif dan kehendak pelanggan;

18

• memperluaskan pelaksanaan dan penggunaan lesen komposit; • meningkatkan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan terhadap premis perniagaan untuk memastikan tahap kebersihan dan penyelenggaraan yang sempurna; • meningkatkan kutipan cukai taksiran melalui pendekatan strategik dan berkesan dengan menawarkan diskaun kepada pembayar tetap dan segera; • memperluaskan peranan pusat sehenti di PBT merangkumi semua aspek pelesenan dan permit, pembayaran dan denda; • menubuhkan Panel Persyarikatan Kerajaan Tempatan untuk mendapat maklum balas dan memberi maklumat kepada komuniti perniagaan mengenai dasar, program dan keputusan yang dibuat oleh PBT; dan • membangunkan sistem ICT yang komprehensif bagi pelbagai urusan berkaitan PBT termasuk penghantaran secara elektronik bagi permohonan pelan bangunan, CFOs, lesen perniagaan dan pusat bayaran setempat.

Pelan Integriti Nasional (PIN) Kerajaan telah melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) pada 23 April 2004. PIN merupakan pelan tindakan untuk mempertingkatkan integriti nasional melalui pendekatan komprehensif dan bersepadu. Pelan ini disasarkan terutamanya untuk mengurangkan rasuah, meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti serta memantapkan kecekapan di segenap lapisan masyarakat. Oleh kerana PIN menyediakan hala tuju strategik bagi mempertingkatkan integriti, ia memberi laluan kepada kolaborasi ke arah membina asas etika yang teguh dan akan meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi negara. Sebagai jentera untuk melaksanakan PIN, Kerajaan telah menubuhkan Institut Integriti Malaysia (IIM). Kini, IIM sedang melaksanakan siri program pendidikan dan kesedaran PIN melalui Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan yang ditubuhkan di semua agensi Kerajaan. Di samping itu, IIM melaksanakan program bersama dengan entiti seperti Institut Tadbiran Awam Malaysia (INTAN), Institut Perniagaan Beretika Malaysia, Yayasan Tun Hussein Onn, Asia-Pacific Forum on Families Malaysia dan The United States Office of Government Ethics bagi mempromosi dan melaksanakan PIN. Institut ini telah mengenal pasti enam agensi untuk menerajui pelaksanaan agenda dan strategi di bawah PIN. Agensi berkenaan adalah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Kementerian Pengajian Tinggi; dan Kementerian Pelajaran. Dalam hubungan ini, JPA adalah agensi peneraju bagi pelaksanaan agenda integriti dan strategi bagi institusi-institusi perkhidmatan awam termasuk kementerian, jabatan dan badan-badan berkanun.

Pengukuran Prestasi Kerajaan sedang memuktamadkan garis panduan bagi pelaksanaan pengukuran prestasi dan pembangunan KPIs untuk organisasi sektor awam. Pelaksanaan KPIs akan menggabungkan elemen pengukuran prestasi di bawah inisiatif dan program sedia ada seperti Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) dan piawaian MS ISO 9000. Pelaksanaan KPIs dan pengukuran prestasi telah bermula pada Ogos 2004 di enam buah agensi perintis iaitu, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah, Pejabat Tanah dan Daerah Petaling, Balai Polis Shah Alam dan Hospital Kota Bharu. Pelaksanaan sepenuhnya dijangka pada awal 2005.

19

Penutup Perkhidmatan awam yang menyediakan sistem penyampaian yang cekap dan berkesan adalah penting bagi memastikan kesinambungan daya saing dan pembangunan ekonomi negara. Globalisasi dan kemajuan teknologi telah meningkatkan lagi persaingan global dan serantau serta menuntut perubahan dilakukan terhadap proses dan prosedur sektor awam yang usang. Justeru, Kerajaan komited ke arah usaha berterusan mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan melalui pendekatan strategik baru dan amalan terbaik untuk menghadapi cabaran ini. Ini termasuklah meneliti semula dan memperkukuh syarat dan peraturan sedia, meringkaskan prosedur yang kompleks, menyusahkan dan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan, meningkatkan etika kerja, tanggung jawab dan ketelusan, menggalakkan profesionalisme dan menjadi lebih responsif terhadap permintaan awam serta menambah baik organisasi dan pentadbiran sektor awam.

membolehkan negara bersaing secara berkesan di peringkat antarabangsa. Pencapaian ini telah diakui oleh International Institute for Management Development (IMD) World Competitiveness Yearbook 2004 yang telah meletakkan Malaysia sebagai negara yang kelima paling kompetitif antara 30 negara dengan penduduk melebihi 20 juta, peningkatan dari tangga ketujuh pada tahun lepas. Dalam tempoh 1998 - 2003, purata pertumbuhan produktiviti bagi Malaysia pada 2.3% setahun mengatasi negara-negara utama Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dan negara terpilih Asia seperti, AS (2.2%), UK (1.3%), Jepun (1.2%), Singapura (1.1%) dan Thailand (1.1%). Pada tahun 2003, Malaysia mencatatkan pertumbuhan produktiviti 2.7%.

Memperkukuhkan Agenda Sosial Program sektor awam bagi golongan kurang bernasib baik telah mengurangkan insiden kemiskinan... Pembasmian kemiskinan, pengagihan kekayaan secara saksama dan pembangunan luar bandar sentiasa menjadi agenda terpenting sosial negara sebagai strategi untuk mencapai objektif utama perpaduan negara. Malaysia merupakan sebuah negara yang paling berjaya dalam mengekal keharmonian kaum dan mengurangkan

kemiskinan. Pada masa ini, paras kemiskinan ialah 5.1%, melibatkan 267,000 isi rumah. Kemiskinan luar bandar adalah lebih tinggi pada 11.4% manakala 2% daripada penduduk bandar hidup di bawah garis kemiskinan. Sejumlah 12,600 isirumah bandar adalah miskin tegar dengan pendapatan kurang daripada RM260 sebulan, iaitu separuh daripada pendapatan garis kemiskinan (PLI). Di Semenanjung Malaysia, PLI adalah RM529, setiap isi rumah, Sabah RM690 dan Sarawak RM600. Pada masa ini, usaha sedang dijalankan untuk menyemak dan mendefinisikan semula kemiskinan bagi memberi gambaran yang lebih jelas mengenai keadaan ekonomi dan pendapatan masa kini dengan mengambil kira perbezaan lokasi geografi dan kos sara hidup. Hasil penelitian semula ini akan membolehkan Kerajaan merancang dan melaksana program secara lebih berkesan kepada golongan sasar pada masa hadapan. Jumlah perbelanjaan bagi sektor luar bandar meningkat berikutan lebih banyak program dilaksanakan untuk membasmi kemiskinan serta meningkatkan pembinaan kapasiti di luar bandar. Sejumlah RM475.4 juta telah diperuntukkan pada tahun 2004 bagi projek sosioekonomi termasuk infrastruktur, kemudahan asas dan utiliti seperti bekalan air dan elektrik. Perbelanjaan bagi bekalan elektrik luar bandar adalah yang terbesar iaitu sebanyak RM160.1 juta, peningkatan mendadak melebihi RM43.4 juta berbanding tahun sebelumnya. Sebahagian besar perbelanjaan ini

20

MENGURANGKAN JURANG ANTARA BANDAR DAN LUAR BANDAR MELALUI PENDIDIKAN Pengenalan Pembasmian kemiskinan merupakan salah satu daripada strategi serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru (DEB) Malaysia, 1971-1990. Ia dirangka dan dilaksanakan dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Malaysia Pertama (RRJP1), di mana akses kepada pendidikan telah dikenalpasti sebagai salah satu langkah utama yang berdaya tahan dan berkesan dalam usaha membasmi kemiskinan. Dalam melaksanakan RRJP1, penekanan diberi kepada usaha mengurangkan jurang pendidikan antara kawasan bandar dan luar bandar. Malaysia telah berjaya dalam meningkatkan kadar celik huruf negara, kini pada kadar 94%. Menyedari bahawa pendidikan merupakan penggerak utama bagi menggalakkan peningkatan taraf hidup masyarakat, Kerajaan telah mengembangkan lagi program dan projek pendidikan melalui pelaksanaan RRJP2 dan RRJP3 yang berikutnya. Selama lebih tiga dekad yang lepas, sektor pendidikan telah menunjukkan perkembangan pesat dari segi kemudahan, infrastruktur, akses dan peluang pendidikan.

Pelan Pembangunan Pendidikan, 2001-2010 Pelan Pembangunan Pendidikan, 2001-2010 merangkumi teras utama RRJP3 dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang saksama melalui peningkatan paras pendapatan dan kualiti hidup untuk golongan berpendapatan rendah serta mengurangkan jurang ekonomi antara kumpulan etnik dan kawasan. Untuk tujuan ini, perancangan dan pelaksanaan pelan tersebut berasaskan 4 teras utama, seperti berikut: i. Meningkatkan akses kepada pendidikan; ii. Meningkatkan peluang pendidikan yang lebih saksama; iii. Meningkatkan kualiti pendidikan; dan iv. Meningkatkan kecekapan dan kecemerlangan pengurusan pendidikan Bagi menjayakan pelaksanaan pelan tersebut, beberapa strategi dan pelan tindakan telah dikenal pasti bagi setiap peringkat dalam struktur pendidikan bagi menjamin seluruh warganegara mendapat peluang pendidikan selama 12 tahun dari aspek akses, ekuiti dan kualiti. Sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan dalam mengurangkan jurang antara bandar dan luar bandar, pelan ini telah mengenal pasti pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi, terutamanya dalam menyediakan pendidikan kepada penduduk luar bandar dan menggerakkan usaha bersepadu melalui berbagai program dan projek, bagi meningkatkan kadar penyertaan.

Meningkatkan Akses kepada Pendidikan Kerajaan telah mengambil langkah secara berterusan untuk melaksanakan pelbagai program dan projek dalam usaha mengurangkan jurang pendidikan antara kawasan luar bandar dan bandar. Pendekatan ini meliputi peringkat pra-sekolah sehingga peringkat sekolah menengah, yang bertindak sebagai asas bagi mempercepatkan proses kemajuan dalam menyediakan akses dan mempertingkatkan kualiti pendidikan dalam negara.

21

Program Pendidikan Pra-sekolah Sehingga 2000, peratusan kanak-kanak berumur lima dan enam tahun yang tidak berdaftar di prasekolah masih tinggi pada kadar 36% atau lebih kurang 199,000 orang. Kadar enrolmen agak rendah bagi Orang Asli dan kumpulan etnik di pedalaman Sabah dan Sarawak kerana kurangnya kesedaran berhubung manfaat pendidikan. Bagi membawa kemudahan pendidikan ini lebih dekat dengan kumpulan sasaran dan meningkatkan tahap akses mereka, Kerajaan telah mengembangkan kapasiti kemudahan pra-sekolah daripada 1,131 kelas dalam tahun 2001 kepada 3,180 pada tahun 2004, yang mana tiga per empat (78%) terletak di luar bandar. Justeru, enrolmen pelajar pra-sekolah telah meningkat melebihi dua kali ganda kepada 64,000 orang murid.

Pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah Bagi tempoh 2001-2004, Kerajaan telah membina 234 buah sekolah rendah yang baru dalam usaha meningkatkan enrolmen di kalangan pelajar luar bandar dalam sistem pendidikan. Sekurang-kurangnya 80% daripada sekolah baru ini terletak di kawasan luar bandar, seperti ditunjukkan Carta 1. Hasilnya enrolmen bagi pelajar luar bandar di sekolah rendah meningkat daripada 1.8 ke 1.9 juta, meliputi 62% daripada jumlah kenaikan bagi tempoh yang sama. Manakala, bilangan sekolah menengah di dalam negara turut meningkat daripada 1,723 kepada 1,961, dengan lebih separuh (57%) terletak di kawasan luar bandar dan turut menampung 54% jumlah enrolmen dalam tahun 2004, seperti yang ditunjukkan dalam Carta 2. Secara purata, saiz bilik darjah pada peringkat sekolah rendah adalah seramai 31 orang pelajar manakala sekolah menengah seramai 33 orang pelajar.

CARTA 1

CARTA 2

Bilangan Sekolah Rendah Mengikut Lokasi Luar Bandar-Bandar, 2001-2004

Bilangan Sekolah Menengah Mengikut Lokasi Luar Bandar-Bandar, 2001-2004

Bil. sekolah

Bil. sekolah

8000

8000

Bil. sekolah 1400

Bil. sekolah 1400

Bandar

Bandar

Luar Bandar

Luar Bandar

7000

7000

1200

6000

6000

1000

5000

5000

1200

1000

800 4000

4000

3000

3000

2000

2000

1000

1000

800

600

600

400

400

200

200

0 0 2001

2002

Sumber: Kementerian Pelajaran

0

0 2003

2004

2001

2002

2003

2004

22

Program Pendidikan Luar Bandar Sabah dan Sarawak Kerajaan telah merintis program pendidikan luar bandar bagi Sabah dan Sarawak dengan menyediakan kemudahan dan infrastruktur serba lengkap bagi sekolah luar bandar dan pedalaman menerusi projek sekolah pusat. Selain bilik darjah, bekalan elektrik dan air serta rumah guru turut dirancang, dirangka dan dibina secara komprehensif. Pada masa ini, projek ini berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan dan keseluruhan projek dijangka siap pada pertengahan tahun 2005. Projek sekolah pusat ini dilancarkan bagi membantu pelajar yang menghadapi masalah pengangkutan, dengan menyediakan mereka kemudahan pendidikan termasuk asrama, persekitaran pembelajaran yang kondusif serta bilangan guru terlatih yang mencukupi bagi meningkatkan prestasi akademik dan ko-kurikulum. Dua buah sekolah pusat telah dipilih sebagai projek perintis, iaitu SK Mata Parang, Sarawak dengan pelajar seramai 301 orang yang mula beroperasi pada 2003 dan SK BumBum, Sabah, dengan 310 orang pelajar, beroperasi pada 2004.

Meningkatkan Ekuiti dalam Pendidikan

Program Sokongan dan Bantuan Selain peruntukan bagi sekolah di kawasan luar bandar, Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program untuk membantu pelajar dari keluarga miskin bagi memastikan mereka memiliki akses yang saksama kepada peluang pendidikan. Antara program sokongan adalah Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Program Susu Sekolah (PSS), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP), Bantuan One-Off RM120, Skim Baucer Tuisyen, Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan program Biasiswa. Sepanjang tempoh tahun 2001-2004, sejumlah RM2,265.8 juta telah diagihkan, dan telah memanfaatkan sejumlah 8.19 juta pelajar.

Jumlah peruntukan dan penerima program bantuan dari Kementerian Pelajaran, 2001-2004

Program Rancangan Makanan Tambahan

Peruntukan (RM juta)

Pelajar

499.4

2.13 juta

64.4

1.98 juta

6.2

4,352

Bantuan One-Off RM120

208.4

1.7 juta

Skim Baucar Tuisyen

168.8

446,381

Skim Pinjaman Buku Teks

699.1

971,872

Biasiswa

619.5

961,044

2,265.8

8.19 juta

Program Susu Sekolah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

Jumlah Sumber : Kementerian Pelajaran

23

Meningkatkan Kualiti Pendidikan

Kapasiti Perguruan Dengan mengambil kira enrolmen pelajar semakin meningkat, bilangan guru yang lebih ramai diperlukan bagi menjamin keberkesanan dalam memastikan pendidikan yang berkualiti tinggi. Sepanjang tempoh 2001-2004, bilangan guru telah meningkat kepada 179,600 orang daripada 160,300 orang sebelumnya di sekolah rendah dan kepada 130,400 orang darpada 118,300 orang di sekolah menengah. Dari jumlah ini, 67% guru sekolah rendah dan 54% guru sekolah telah dihantar bertugas ke kawasan luar bandar. Langkah menempatkan lebih ramai guru di kawasan luar bandar telah menghasilkan nisbah guru-pelajar yang lebih tinggi di kawasan luar bandar, pada 1:16 berbanding nisbah kebangsaan 1:17 pada tahun 2004. Buku Education at a glance, OECD Indicators 2003, terbitan pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), telah menunjukkan nisbah guru-pelajar di Malaysia adalah setanding, malahan lebih baik dari sesetengah negara membangun. Dalam tahun 2001, melainkan Amerika Syarikat yang memiliki nisbah guru-pelajar 1:16, nisbah Malaysia pada 1:18 adalah lebih baik dari nisbah Jepun (1:21), United Kingdom (1:20) dan Thailand (1:20).

Program ICT Sejajar dengan kepesatan perkembangan teknologi dan objektif untuk mengurangkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar, Kerajaan telah memberi lebih penekanan kepada peningkatan literasi ICT di kalangan pelajar sekolah. Pelbagai program ICT telah dilancarkan sebagai sebahagian dari pembangunan pendidikan. Pembangunan ICT dalam pendidikan terdiri dari tiga teras utama: i. literasi ICT untuk semua pelajar, terutama pelajar dari luar bandar; ii. peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat pengajaran dan pembelajaran; dan iii. penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan. Di bawah program ICT, pelbagai projek telah dilaksanakan, antaranya, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Projek Pengkomputeran, Rangkaian SchoolNet dan Sekolah Bestari. PPSMI telah diperkenalkan pada 2003 bagi menambah kefasihan dalam pertuturan Bahasa Inggeris dan membantu penguasaan Sains dan Matematik. Sementara itu, projek Pengkomputeran dengan matlamat untuk meningkatkan mutu pengetahuan dalam ICT dan mengurangkan jurang digital antara pelajar luar bandar dan bandar dengan memberikan keutamaan kepada sekolah di luar bandar. Projek Rangkaian SchoolNet akan membolehkan setiap sekolah termasuk yang terletak di kawasan luar bandar untuk mengakses Internet, dan membuka peluang kepada para pelajar bagi memperolehi maklumat melalui Internet. Projek ini dijangka akan siap menjelang tahun 2005. Pertumbuhan Sekolah Bestari mencerminkan usaha kerajaan dalam membentuk semula secara menyeluruh proses pembelajaran termasuklah pengurusan sekolah bagi menyediakan para pelajar ke arah era informasi. Projek perintis Sekolah Bestari (1999-2002) melibatkan 87 buah sekolah rendah dan menengah, yang mana sejumlah 35 daripadanya terletak di kawasan luar bandar.

24

Pengagihan Peruntukan Kepentingan pendidikan sebagai satu alat bagi menjamin kualiti tenaga buruh telah diberi keutamaan melalui pemberian peruntukan yang besar secara konsisten dari tahun ke tahun kepada sektor pendidikan dalam bajet Kerajaan Persekutuan. Sebagai contoh, peruntukan sejumlah RM105,600 juta di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005), adalah 50.4% lebih tinggi berbanding perbelanjaan dibawah Rancangan Malaysia Ketujuh, yang berjumlah RM70,200 juta. Carta di bawah menunjukkan pecahan bagi perbelanjaan pembangunan mengikut program setakat penghujung Julai 2004.

CARTA 3

Prestasi Perbelanjaan Pembangunan RMKe-8 bagi Pendidikan Luar Bandar dan Bandar Mengikut Program sehingga 31 Julai 2004

Asrama 2.28%

Pengubahsuaian/naik taraf sekolah rendah 0.48%

Kuarters guru 3.6%

Pengubahsuaian/naik taraf sekolah menengah 0.62%

Pendidikan rendah & pra-sekolah 27.17%

Pendidikan menengah 18.24%

BANDAR

LUAR BANDAR

RM5.782 bilion (32.01%)

RM12.285 bilion (67.99%) Pendidikan rendah & pra-sekolah 6.79% Pembangunan luar bandar Sabah & Sarawak 4.81% Pengubahsuaian/naik taraf sekolah menengah 0.92% Pengubahsuaian/naik taraf sekolah rendah 1.91%

Pendidikan menengah 27.36% Asrama 3.42%

Kuarters guru 2.40%

Sumber: Kementerian Pelajaran

Rumusan Kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah, strategi dan program bagi mengurangkan jurang pendidikan antara luar bandar dan bandar. Banyak kejayaan telah dicapai untuk meningkatkan mutu pendidikan, enrolmen dan kadar celik huruf. Pencapaian kadar celik huruf yang tinggi adalah hasil dari pelbagai program yang dilaksanakan oleh Kerajaan, khususnya pemberian peruntukan bantuan Kerajaan dan kemudahan infrastruktur bagi menyediakan lebih peluang kepada kanak-kanak luar bandar demi membaiki taraf hidup mereka.

25 (72%) adalah untuk Sabah dan Sarawak dengan peningkatan melebihi tiga kali ganda, selaras dengan kesungguhan Kerajaan untuk meningkatkan liputan elektrik di kedua-dua negeri ini. Begitu juga bagi program bekalan air luar bandar, 68% daripada jumlah RM145.3 juta akan dibelanjakan untuk menaik taraf bekalan dan kualiti air di Sabah dan Sarawak. Pelaksanaan projek ini akan meningkatkan lagi kualiti hidup penduduk luar bandar di kedua-dua negeri berkenaan. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) melalui pelbagai skim pembiayaan kredit mikronya yang berjumlah lebih daripada RM1 bilion berperanan besar dalam usaha membasmi kemiskinan. Kini, penduduk miskin luar bandar berpeluang mendapat kemudahan kredit mikro, tanpa memerlukan cagaran bagi membiayai aktiviti menjana pendapatan, pendidikan, mengubah suai rumah dan pemasangan utiliti asas. Sehingga akhir Jun 2004, skim berkenaan telah memberi manfaat kepada kira-kira 554,000 peminjam berpendapatan rendah dengan jumlah pinjaman sebanyak RM1.03 bilion. Bagi membantu pelajar dari keluarga miskin, Tabung Wang Amanah Pelajar Miskin telah ditubuhkan dalam tahun 2003 dengan geran pelancaran sebanyak RM200 juta. Tabung ini memberi bantuan kepada para pelajar daripada keluarga yang pendapatan isi rumahnya kurang daripada RM500 sebulan atau yang berpendapatan purata kurang daripada RM100 sebulan. Bantuan kewangan ini boleh digunakan untuk membayar pelbagai yuran sekolah dan peperiksaan, membeli pakaian seragam sekolah serta untuk kaunseling dan bimbingan. Selain daripada sumbangan geran Kerajaan, Tabung ini juga menerima sumbangan daripada pelbagai syarikat dan individu. Sehingga akhir Julai 2004, sejumlah RM4.8 juta telah dikeluarkan, memberi faedah kepada 3,680 pelajar. Pelbagai program telah dilaksanakan untuk masyarakat Orang Asli bagi mempertingkatkan kapasiti pendapatan serta kebajikan dan kualiti hidup mereka. Program yang dijalankan dalam tahun 2004 termasuklah penyediaan infrastruktur asas dan utiliti, pembangunan tanah secara sistematik, pendidikan dan latihan kemahiran.

Sehingga Jun 2004, Kerajaan telah membelanjakan RM105 juta bagi pembinaan 2,160 kilometer jalan bagi 720 kampung Orang Asli, manakala 8,250 buah rumah di 238 kampung telah dibekalkan elektrik dengan kos sebanyak RM71 juta. Sehingga akhir tahun 2003, Kerajaan telah membina 11,480 unit kediaman di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat dengan kos sebanyak RM46.7 juta. Di samping itu, peruntukan sebanyak RM97 juta lagi telah dibelanjakan untuk membekal air paip di 327 buah kampung dan air graviti kepada 364 kampung bagi meningkatkan lagi kualiti hidup masyarakat Orang Asli. Peluang pendidikan merupakan prasyarat bagi meningkatkan penyertaan masyarakat Orang Asli dalam arus perdana pembangunan. Menyedari hakikat ini, Kerajaan terus menyediakan infrastruktur dan bantuan kewangan bagi pendidikan masyarakat Orang Asli. Hasil daripada usaha ini, bilangan murid di tahap sekolah rendah telah bertambah dari 13,200 pelajar pada 1994 kepada lebih 23,000 pelajar pada 2003 manakala di peringkat menengah, peningkatan adalah lebih dua kali ganda daripada 2,700 kepada 6,680 pelajar. Di tahap pengajian tinggi, bilangan pelajar adalah seramai 590 orang. Kerajaan akan terus memberi perhatian khusus bagi membolehkan lebih ramai pelajar daripada masyarakat Orang Asli menyertai program pendidikan, terutamanya dalam latihan kemahiran, pembangunan keusahawanan dan kepimpinan. Kerajaan mengiktiraf sumbangan wanita dan keluarga kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara. Semenjak 2001, sejumlah RM28.3 juta telah disalurkan kepada 235 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) bagi melaksanakan 577 program membina kapasiti wanita dan keluarga. Ibu tunggal berpendapatan rendah juga diberi peluang untuk meningkatkan potensi mereka dalam pelbagai program seperti latihan keusahawanan, kemahiran dan celik ICT, pemprosesan makanan dan pengeluaran kraf tangan. Sehingga akhir Jun 2004, sejumlah RM3.3 juta telah disalurkan kepada 60 NGOs, memanfaatkan seramai 35,000 wanita melalui pelbagai program penjanaan pendapatan yang telah membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

26 Pakej Smartstart kepada pasangan yang akan berumah tangga telah dibangunkan, sementara kursus kemahiran keibubapaan telah dijalankan sebagai salah satu aspek terpenting dalam membentuk keluarga sejahtera. Program yang dikenali ‘Utamakan Keluarga: Semakin Hari Semakin Sayang’ menyediakan asas kepada kolaborasi di kalangan agensi Kerajaan, sektor swasta dan NGOs dalam memupuk semangat ‘utamakan keluarga’ dan menanam nilai positif di dalam keluarga. Pada 2004, lebih daripada 80 program akan dilaksanakan yang memberi manfaat kepada 23,500 peserta daripada segenap lapisan masyarakat. Selain itu, ibu tunggal berpendapatan rendah juga boleh mendapatkan sumber pembiayaan yang diperuntukkan di bawah Skim Pembiayaan Ikhtiar Ibu Tunggal bagi memulakan perniagaan mereka. Sebuah tabung yang unik dikenali sebagai Tabung Perolehan Teknologi bagi Wanita telah ditubuhkan di bawah MTDC bagi membantu usahawan wanita meningkatkan teknologi dan proses pengeluaran. Sehingga akhir Julai 2004, sebanyak RM15.1juta daripada RM25 juta peruntukkan di bawah RMKe8 telah dikeluarkan kepada 30 usahawan wanita.

Prospek 2005 Gandingan sektor awam-swasta dengan budaya kerja berprestasi tinggi memastikan kejayaan berterusan... Pada keseluruhannya, prospek bagi tahun 2005 dijangka kekal selesa walaupun pertumbuhan global dijangka lebih sederhana berikutan harga minyak yang tinggi, tekanan inflasi, peningkatan kadar faedah dan kemungkinan pertumbuhan ekonomi China yang lebih perlahan. Kemunculan beberapa risiko ini yang menjadi semakin nyata dalam separuh kedua 2004 dan dijangka berterusan dalam tahun 2005, akan memberi impak yang lebih besar terhadap pertumbuhan tahun hadapan. Pertumbuhan ekonomi dunia dijangka lebih sederhana kepada 4.4% pada 2005 berbanding 4.6% pada 2004. Dengan asas ekonomi makro yang mantap dan berdaya tahan, disokong oleh kemantapan permintaan dalam negeri dan pertumbuhan berasas luas, momentum

pertumbuhan negara akan kekal di atas landasan kukuh untuk mencatat pertumbuhan sebanyak 6% KDNK pada tahun 2005. Sektor pembuatan yang merupakan peneraju aktiviti ekonomi, akan terus memacu pertumbuhan meskipun pada kadar yang agak perlahan berikutan permintaan elektronik lemah dalam kitaran semikonduktor global. Sektor perkhidmatan akan terus kekal sebagai penyumbang terbesar sebanyak 57% kepada KDNK, terutamanya disokong oleh perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi, pertumbuhan pelancongan, aktiviti komunikasi dan kewangan. Sektor ini juga dijangka mempelbagaikan kegiatan dalam bidang pertumbuhan baru dan pasaran eksport termasuk pendidikan, kesihatan dan ICT. Pengeluaran minyak sawit yang lebih tinggi dan perkembangan dalam pelbagai aktiviti pertanian, khususnya akuakultur, hortikultur dan ternakan serta langkah yang diambil oleh Kerajaan, dijangka meningkatkan pertumbuhan dalam sektor pertanian. Pertumbuhan dijangka dijana daripada usaha gigih untuk meningkatkan pengeluaran dan pemprosesan makanan, khususnya makanan halal. Peningkatan berterusan dalam pengeluaran minyak mentah dan gas berikutan harga yang menarik dan permintaan tinggi akan menyokong sektor perlombongan. Aktiviti pembinaan dijangka meningkat berikutan aktiviti yang bertambah khususnya dalam subsektor harta kediaman dan program perumahan kos rendah. Industri berasaskan pertanian dengan nilai ditambah yang tinggi dalam bidang penternakan, akuakultur dan perladangan buah dan sayursayuran serta pemprosesan makanan berskala besar telah dikenal pasti sebagai bidang berpotensi besar untuk diterokai oleh pelabur swasta. Aktiviti dalam industri berasaskan pertanian telah dipilih untuk dimajukan lagi bagi mengubah sektor pertanian menjadi sumber pertumbuhan yang cergas dan berdaya maju. Langkah akan diambil bagi mengorientasikan pekebun kecil menjadi petani moden menggunakan hasil penyelidikan khususnya bioteknologi. Ladang berskala besar yang diurus secara profesional dan menggunakan jentera moden akan menyumbang kepada hasil dan pengeluaran yang lebih tinggi. Penekanan yang

27 lebih akan juga diberi kepada pembungkusan, pemasaran dan promosi untuk meningkatkan jualan. Sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi, moden dan maju akan meningkatkan pendapatan dan membasmi kemiskinan di kawasan luar bandar. Akhirnya, sektor pertanian yang telah dimodenkan akan tidak lagi dikaitkan dengan kemiskinan luar bandar. Inisiatif sektor swasta kekal menjadi daya penggerak kepada ekonomi dan segala usaha akan ditumpu ke arah menyokong inisiatif tersebut. Dengan peningkatan paras pendapatan, peluang pekerjaan yang lebih luas, inflasi yang stabil dan suasana kadar faedah yang rendah, pertumbuhan dalam penggunaan swasta dijangka kekal tinggi pada paras 7.9%. Pelaburan swasta dijangka meningkat tinggi sebanyak 11.9% pada tahun 2005, seiring dengan penurunan secara beransur dalam pelaburan awam. Usaha akan terus diambil bagi menyokong permintaan domestik dan aktiviti sektor swasta bagi mengimbangi pertumbuhan sederhana ekonomi dunia. Insentif akan diberi kepada pelaburan dalam aktiviti bernilai tambah tinggi dalam bidang yang diutamakan seperti pertanian, ICT, kewangan dan perbankan Islam serta pelancongan sebagai sumber pertumbuhan baru. Selain itu, bagi menggalakkan keusahawanan, bantuan sedia ada akan dikaji semula bagi meningkatkan keberkesanannya. Kerajaan akan meneruskan proses konsolidasi fiskal. Pengurusan kewangan berhemat kekal sebagai ciri terpenting dalam dasar fiskal ke arah memperkukuhkan kedudukan kewangan Kerajaan keseluruhannya, melalui pengurangan secara beransur dan progresif defisit fiskal. Tahap defisit yang rendah akan memberi lebih pilihan dasar ekonomi makro kepada Kerajaan bagi membendung kejutan luar ke atas ekonomi di masa hadapan. Defisit Kerajaan Persekutuan akan menunjukkan aliran menurun kepada 3.8% daripada KDNK, sementara akaun sektor awam disatukan akan kembali kepada lebihan sebanyak 1%. Perbelanjaan akan menjadi lebih sederhana dan pembaziran dielakkan. Perbelanjaan akan menjurus kepada kerja penyelenggaraan dan pembaikan untuk memanjangkan tempoh hayat kegunaan aset sektor awam dan melaksanakan

projek bersaiz kecil dengan kos yang rendah supaya lebih banyak projek dapat dilaksanakan bagi memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat. Sebahagian besar daripada bajet akan disalurkan kepada projek yang memberi manfaat kepada golongan miskin, berpendapatan rendah dan tidak bernasib baik. Dasar monetari dijangka akan terus menyokong aktiviti ekonomi dalam negeri dalam tempoh terdekat dengan mengekalkan kadar faedah antara bank dan runcit pada paras yang rendah dalam persekitaran inflasi yang rendah dan mudah tunai yang tinggi. Kadar pertumbuhan agregat kewangan dijangka kekal kukuh bagi membiayai peningkatan aktiviti sektor swasta. Tumpuan utama langkah sektor awam akan terus memanfaatkan kejayaan yang dicapai sehingga kini khususnya kejayaan kerjasama awam dan swasta sejak 1980an untuk mengukuhkan daya saing negara. Usaha ini akan dicapai melalui budaya berprestasi tinggi yang juga memerlukan perubahan minda. Kemajuan dalam sistem penyampaian perkhidmatan akan ditangani dengan melaksanakan KPIs di sektor awam dan mengkaji serta menyusun semula proses dan prosedur secara berterusan dengan harapan kelulusan dapat dibuat secara lebih automatik. Yang pentingnya, sistem penyampaian perkhidmatan yang baik memerlukan penerapan dan pelaksanaan nilai yang menekankan integriti, etika, ketelusan dan tadbir urus yang baik. Di samping penguatkuasaan undang-undang dan kawalan yang lebih ketat bagi memastikan pematuhan, langkah masa hadapan adalah membina sebuah masyarakat yang amanah dan mampu menyelia sendiri. Pembangunan sumber manusia merupakan kunci kepada peningkatan produktiviti dan perubahan minda. Penekanan akan diberi ke arah meningkatkan bilangan tenaga kerja mahir melalui latihan kemahiran yang diperlukan oleh pihak industri. Peningkatan keupayaan sumber tenaga manusia sebagai asas kejayaan seterusnya akan diberi keutamaan tinggi. Oleh itu, langkah akan terus diambil untuk mengorientasikan semula sistem pendidikan

28 untuk memupuk daya kreativiti dan inovasi, meneliti semula program brain gain untuk menarik dan mengekalkan rakyat Malaysia yang terlatih yang kini bekerja di luar negara serta menyediakan pakej insentif secara komprehensif untuk menarik pakar asing yang berkualiti tinggi. Di samping mengambil pekerja asing yang mahir bagi mengurangkan jurang kemahiran dalam bidang kritikal, pergantungan kepada pekerja asing yang tidak mahir akan dikurangkan secara beransur. Bagi memastikan kemapanan jangka panjang, rakyat perlu lebih berdikari. Dalam hal ini, pergantungan kepada Kerajaan bagi projek dan bantuan kewangan perlu dikurangkan. Individu dan syarikat perlu lebih berdikari dan mampu diri termasuk mengurangkan pergantungan ke atas tenaga kerja asing. Industri digalakkan untuk mengautomasi dan menggunakan mesin dalam proses pengeluaran mereka. Memandangkan negara adalah kukuh dari segi pengeluaran, usaha selanjutnya akan ditumpukan kepada pembungkusan, pemasaran dan promosi dengan matlamat memperoleh penjenamaan dunia bagi barangan tempatan. Inovasi dan kreativiti akan mengukuhkan daya saing yang akan dicapai melalui strategi R&D yang lebih fokus.

Untuk mencapai matlamat Kerajaan bagi mengurangkan kemiskinan, usaha gigih akan diteruskan untuk membasmi kemiskinan tegar terutamanya melalui pembangunan luar bandar dan pertanian, peningkatan akses dan penyediaan peluang bagi kemajuan diri dan peningkatan pendapatan. Program dirangka khusus bagi kumpulan sasaran seperti Orang Asli untuk meningkatkan pendapatan isirumah akan dilaksanakan bagi menggalakkan mereka menyertai kegiatan yang menjana pendapatan, terutamanya mengkomersialkan produk herba dan kraf tangan. Pembangunan masyarakat dan kebajikan akan diperkukuhkan melalui program yang dilaksanakan secara kolaborasi dengan NGOs, yang akan berganding bersama sektor awam dan swasta. Sektor swasta akan digalakkan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial sebagai warganegara korporat yang baik. Unit kekeluargaan dan kemahiran keibubapaan akan menjadi strategi ke arah mengurangkan gejala sosial termasuk penyalahgunaan dadah, rogol dan sumbang mahram. Keamanan dan keselamatan akan terus diberi keutamaan, sebagai sebahagian daripada langkah keseluruhan untuk meningkat kualiti hidup rakyat dalam negara yang progresif, makmur, bersatu dan harmoni.