Pengurusan Ekonomi dan Tinjauan 1

Malaysia masih kekal sebagai negara penabung bersih ... ditingkatkan sebanyak 30% sejajar dengan dasar sosial Kerajaan untuk mengurangkan beban...

0 downloads 67 Views 78KB Size
Pengurusan Ekonomi dan Tinjauan LAPORAN EKONOMI

Imbasan Ketekalan ekonomi Malaysia dapat menangani kesan buruk persekitaran luar untuk kekal pada landasan pertumbuhan yang mapan...

E

konomi Malaysia kembali melonjak pada tahun 2002 setelah mengalami pertumbuhan yang lembap pada tahun 2001. Dengan jangkaan ekonomi dunia yang lebih baik, pertumbuhan ekonomi negara yang lebih kukuh yang dicatat pada tahun 2002 memberi harapan yang tinggi ke arah prestasi ekonomi yang lebih mantap pada tahun 2003. Namun demikian, prospek pemulihan ekonomi global telah terjejas oleh perkembangan geopolitik, khususnya pencerobohan di Iraq, insiden keganasan yang masih berlaku dan juga wabak Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk (SARS). Dalam suku tahun kedua, sentimen pengguna dan peniaga di beberapa ekonomi serantau terjejas, terutamanya berikutan kekhuatiran terhadap kemungkinan berpanjang dan meluasnya wabak SARS. Kebimbangan ini telah mengakibatkan kegiatan pengangkutan dan aktiviti berkaitan pelancongan terbatas, di samping menggugat aliran perdagangan dan pelaburan. Dalam persekitaran global yang kurang memberangsangkan serta kebimbangan kemungkinan ekonomi dunia yang sudahpun lembap menjadi semakin lemah, Kerajaan telah memperkenalkan pakej pro-pertumbuhan yang lebih menyeluruh pada Mei 2003. Pakej Strategi Baru ini, selain menyediakan bantuan segera kepada sektor yang terjejas oleh SARS, juga memberi perhatian terhadap isu-isu berkaitan struktur dan organisasi bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi dalam jangka sederhana dan panjang. Langkah-langkah strategik yang diperkenalkan telah meningkatkan keyakinan yang diperlukan untuk merangsang penggunaan dan pelaburan dalam negeri. Di samping itu, peperangan di Iraq yang singkat dan

1

1

pembendungan wabak SARS yang cepat telah memberi ruang yang diperlukan oleh negara untuk membolehkan ekonomi menghadapi tempoh yang sukar dan terus berada di landasan pertumbuhan yang lebih kukuh. Asas-asas ekonomi Malaysia yang mantap serta dasar-dasar fiskal yang mengembang dan monetari yang akomodatif, dengan disokong oleh pakej rangsangan pro-aktif Kerajaan, telah membantu mengekalkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) benar pada paras yang tinggi. Setelah berkembang 4.5% pada separuh pertama tahun ini dan dengan prospek ekonomi yang berkekalan pada separuh kedua, ekonomi negara dijangka mencapai sasaran pertumbuhan 4.5% pada tahun ini, lebih tinggi daripada 4.1% yang dicapai pada 2002. Ekonomi negara dijangka dipacu oleh perbelanjaan permintaan dalam negeri yang lebih teguh dan diperkukuhkan lagi dengan peningkatan permintaan luar yang sederhana dalam separuh tahun kedua. Permintaan eksport telahpun dirangsang oleh pemulihan ekonomi global dan peningkatan semula kegiatan sektor elektronik, terutamanya bagi produk dan kelengkapan berkaitan teknologi maklumat. Dalam negeri pula, perbelanjaan pengguna terus meningkat disebabkan oleh pendapatan eksport yang menggalakkan dan harga komoditi yang tinggi, kesan peningkatan kekayaan berikutan prestasi pasaran saham yang lebih cergas dan keyakinan pengguna yang tinggi. Semua sektor mencatat pertumbuhan positif dengan sektor pembuatan dan perkhidmatan meneraju ekonomi. Dengan eksport berkembang lebih pesat berbanding import, imbangan perdagangan pada Julai 2003 terus mencatat lebihan untuk 69 bulan berturut-turut semenjak November 1997. Rizab antarabangsa negara terus bertambah kepada paras catatan yang tinggi sebanyak USD38.67

2 bilion pada akhir Ogos, cukup untuk membiayai 6 bulan import tertangguh dan melebihi 4.3 kali daripada hutang luar jangka pendek. Malaysia masih kekal sebagai negara penabung bersih yang tinggi dengan tabungan negara kasar merupakan kira-kira sepertiga daripada keluaran negara kasar (KNK), iaitu berada di tangga ketiga di kalangan negara penabung tertinggi di dunia. Sektor korporat dan kewangan terus bertambah teguh. Dengan wujudnya bank-bank yang lebih kukuh dengan permodalan yang lebih besar dalam keadaan ekonomi yang bertambah baik, hutang tidak berbayar (NPL) telah menurun dan nisbah modal berwajaran risiko (RWCR) terus kekal berada di paras lebih tinggi daripada keperluan minimum Basle. Pasaran saham mula menunjukkan peningkatan selepas pengumuman Pakej Strategi Baru kerana keyakinan pelabur mula berkembang sebagai reaksi kepada langkahlangkah yang diperkenalkan oleh Kerajaan. Menjelang 5 September, Indeks Komposit Kuala Lumpur telah meningkat kepada 756.48 mata, catatan tertingginya semenjak Julai 2002 dengan nilai pasaran meningkat kepada RM582 billion. Dengan tiadanya tekanan pada harga, paras harga umum terus stabil manakala pasaran buruh pula tegap pada paras guna tenaga penuh. Umumnya, taraf hidup penduduk terus bertambah baik dengan peningkatan pendapatan per kapita kepada RM14,343 (USD3,774) dan pariti kuasa beli kepada USD9,390 dengan paras kemiskinan keseluruhan berkurang kepada 4.5% daripada jumlah isi rumah.

Pengurusan Ekonomi Dasar mengembang fiskal dan monetari akomodatif membantu mengekalkan momentum pertumbuhan... Dasar makroekonomi yang diamalkan beberapa tahun kebelakangan ini telah memberi tumpuan ke arah menangani persekitaran luar yang masih tidak menentu selain daripada mengekalkan momentum pertumbuhan. Ini memerlukan amalan dasar fiskal mengembang dan dasar monetari akomodatif untuk meningkatkan lagi aktiviti ekonomi dalam negeri. Dalam pada melaksanakan dasar bajet mengembang,

Kerajaan kekal komited ke arah mencapai matlamat bajet berimbang dalam jangka masa terdekat. Kerajaan terus memainkan peranan penting dalam mengekalkan pertumbuhan pada 2003 dan menyediakan suasana yang kondusif ke arah meningkatkan lagi kegiatan sektor swasta. Permintaan dalam negeri adalah kukuh dengan peningkatan keyakinan pengguna dan pelabur yang turut membantu mengekalkan paras pengangguran di tahap rendah, manakala pendapatan per kapita yang bertambah terus meningkatkan taraf hidup rakyat.

Dasar Fiskal Dasar fiskal memberi tumpuan kepada penggunaan dan permintaan sektor swasta untuk memacu ekonomi... Semenjak krisis kewangan Asia, Malaysia telah mengamalkan dasar fiskal mengembang untuk merangsang aktiviti ekonomi serta mengekalkan momentum pertumbuhan dalam keadaan di mana prestasi sektor swasta kurang menggalakkan. Keadaan ekonomi dunia yang masih tidak menentu pada 2003 terus memberi cabaran kepada Kerajaan dalam usahanya mentadbir proses konsolidasi fiskal. Meskipun begitu, Kerajaan masih berupaya mengimbangi usaha antara mengekalkan pertumbuhan dan memperbaiki kedudukan fiskal dengan membiayai sebahagian besar Pakej Strategi Baru melalui punca luar-bajet. Hasil bagi tahun ini dijangka bertambah sebanyak 6.8% kepada RM89,168 juta, rendah sedikit daripada RM89,183 juta yang diunjurkan dalam Bajet 2003, disebabkan oleh penurunan kutipan cukai jualan berikutan daripada peningkatan pengecualian cukai produk petroleum. Bagaimanapun, pungutan hasil adalah baik meskipun persekitaran luar kurang memberangsangkan di samping banyak insentif yang disediakan oleh Kerajaan. Prestasi kutipan hasil adalah baik dan menyumbang 23.1% KDNK. Perbelanjaan Kerajaan meningkat 6.2% daripada tahun lepas. Pertambahan perbelanjaan mengurus adalah disebabkan oleh pelarasan gaji

3 berikutan daripada pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia serta pembayaran bonus setengah bulan kepada kakitangan awam untuk merangsang penggunaan. Selain daripada perbelanjaan bagi emolumen, gaji dan pencen, sebahagian besar perbelanjaan mengurus, yang mewakili 65.9% jumlah bajet, telah dibelanjakan untuk bekalan dan perkhidmatan, termasuk pembaikan dan penyelenggaraan bertujuan meningkatkan taraf perkhidmatan dan memperbaiki lagi sistem serahan. Perbelanjaan pembangunan pula ditumpukan ke arah membina kapasiti, khususnya dalam mengembangkan rangkaian pengangkutan dan kemudahan infrastruktur. Keutamaan juga diberikan kepada pembinaan sekolah, institusi latihan, hospital dan perumahan awam sebagai langkah membina tenaga kerja yang berkualiti dan memperbaiki perkhidmatan kesihatan awam. Perbelanjaan juga khususnya bagi kebajikan rakyat miskin dan sektor luar bandar telah ditingkatkan sebanyak 30% sejajar dengan dasar sosial Kerajaan untuk mengurangkan beban kepada golongan istimewa ini.

kewangannya walaupun terdapat pertambahan dalam perbelanjaan.

Peningkatan dalam perbelanjaan Kerajaan telah meningkatkan defisit bajet. Dalam meneruskan pengurusan kewangan yang berhemat, Kerajaan membiayai sebahagian besar, atau 91.7%, daripada keperluan pembiayaannya dari pasaran dalam negeri. Langkah ini membantu untuk mengurangkan hutang luar yang kekal pada paras yang terkawal.

Bagi menggalakkan aktiviti sektor swasta, Kerajaan telah memberi tumpuan terhadap pemberian kemudahan kewangan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), selain daripada punca-punca lazim yang disediakan oleh bank perdagangan. Sehubungan ini, Kerajaan telah menggembleng IPP untuk bertindak sebagai pengantara dan memperluaskan skop skim kredit mikro untuk meliputi PKS.

Pada tahun 2003, Kerajaan sekali lagi melaksanakan rangsangan fiskal untuk melindungi ekonomi daripada kesan negatif pencerobohan Iraq dan wabak SARS. Bagaimanapun, menyedari bahawa defisit bajet perlu dikekang, Kerajaan melaksanakan Pakej Strategi Baru bernilai RM7.3 bilion dengan sebahagian besarnya dibiayai melalui sistem kewangan. Daripada jumlah tersebut, cuma RM1.7 bilion atau 23% dibiayai melalui peruntukan bajet Kerajaan manakala bakinya daripada punca-punca luarbajet, terutamanya melalui Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi pembiayaan pembangunan (IPP) seperti Bank Pertanian Malaysia (BPM), Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad (BPIMB) dan Bank Industri dan Teknologi Malaysia Berhad (BITMB). Justeru, Kerajaan mampu mengurangkan impak terhadap

Berbeza dengan pakej-pakej rangsangan yang terdahulu, yang lebih bersifat kitar-balas dan bertujuan menghindar kesan jangka pendek persekitaran luar, Pakej ini mempunyai objektif jangka sederhana dan panjang untuk meningkatkan daya saing negara. Pakej ini memberi tumpuan kepada empat strategi utama merangkumi 90 langkah spesifik cukai dan bukan cukai bertujuan menjana aktiviti ekonomi dengan penekanan kepada penggemblengan punca pertumbuhan dalam negeri dan mengurangkan pergantungan yang keterlaluan kepada sektor luar. Strategi utama tersebut ialah: *

Menggalakkan pelaburan sektor swasta;

*

Memperkukuhkan daya saing negara;

*

Membangun punca pertumbuhan baru;

*

Meningkatkan keberkesanan sistem serahan.

Selain daripada penekanan kepada pembangunan PKS, beberapa langkah di bawah pakej tersebut memberi tumpuan kepada penjanaan punca baru pertumbuhan dalam sektor pembuatan, pertanian dan perkhidmatan selaras dengan dasar untuk memperluaskan asas ekonomi. Antara langkahlangkah tersebut termasuklah penubuhan pelbagai dana dan insentif untuk mempertingkatkan aktiviti nilai ditambah dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Pada masa yang sama, menyedari hakikat kemungkinan wabak SARS akan lebih menjejaskan ekonomi berbanding peperangan pendek di Iraq, Pakej ini juga memasukkan langkah-langkah segera bagi menyediakan bantuan sementara kepada sektor-sektor yang terjejas oleh SARS. Ini termasuklah

4 penggantungan bayaran ansuran cukai pendapatan agensi pelancongan dan diskaun 5% ke atas bil elektrik bulanan pengusaha hotel dan juga pengecualian levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) kepada kedua-dua pengusaha pelancongan dan hotel bagi tempoh 6 bulan bermula 1 Jun. Cukai jalan bagi teksi telah dikurangkan sebanyak 50% manakala pengecualian cukai perkhidmatan juga diberikan kepada hotel dan restoran. Langkah-langkah ini telah memberikan kelegaan yang amat diperlukan oleh industri pelancongan. Selain itu, kemudahan dana jaminan bantuan khas (SRGF) bernilai RM1 bilion di bawah BNM, diberikan kepada agensi pelancongan, pengusaha hotel, restoran dan pusat membeli-belah, terutamanya untuk tujuan modal kerja. Sehingga Ogos, sebanyak 24 permohonan bernilai RM14.4 juta telah diluluskan. Institusi perbankan juga akan memberikan pelan bantuan kewangan kepada peminjam dalam bentuk penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman. Sehingga akhir Jun, 244 akaun peminjam yang terjejas oleh SARS, telah dijadual semula.

berada pada paras tinggi 13%. Keuntungan sebelum cukai dalam sistem perbankan, tidak termasuk Bank Islam, kembali pulih daripada serendah RM5,732 juta pada 1998 semasa krisis Asia kepada RM9,311 juta pada 2002. Keuntungan sebelum cukai bagi separuh pertama tahun 2003 menunjukkan arah aliran yang lebih kukuh dan dijangka bertambah baik seiring dengan prospek ekonomi yang lebih mantap. Dalam pada itu, pinjaman bank telah meningkat untuk mencatat pertumbuhan 3.9% dalam suku tahun kedua, lebih tinggi daripada 3.2% bagi suku tahun sebelumnya. Dengan tumpuan terhadap pembangunan PKS, pinjaman bank kepada PKS menunjukkan perkembangan yang ketara, meningkat sebanyak 5.4% pada akhir Julai.

Dasar monetari kekal akomodatif dalam menyokong aktiviti ekonomi dan melengkapi dasar fiskal dalam menggalakkan permintaan dalam negeri. Seiring dengan pelaksanaan Pakej Strategi Baru, BNM telah menurunkan kadar faedah campur tangan sebanyak 50 mata asas, iaitu semakan semula yang pertama semenjak September 2001, bagi merangsang pelaburan dan penggunaan swasta. Berikutan itu, kadar asas pinjaman menurun kepada 6% bagi bank perdagangan dan 6.9% bagi syarikat kewangan. Asas makroekonomi yang kukuh, inflasi dan kadar pengangguran yang rendah, bersama dengan sistem perbankan yang lebih teguh telah membolehkan langkah monetari lega diambil.

Banyak kemajuan telah dicapai dalam usaha memulihkan kestabilan sistem kewangan selepas krisis kewangan Asia. Pembubaran Jawatankuasa Penstrukturan Semula Hutang Korporat (CDRC) pada Ogos 2002, menandakan detik penting dalam inisiatif Malaysia menstruktur semula sektor korporatnya. Dalam tempoh empat tahun kewujudannya daripada 1998 hingga 2002, CDRC telah menyelesaikan 48 kes melibatkan hutang sebanyak RM52.6 bilion iaitu kira-kira 65% kes di bawah kelolaannya. Jelasnya, penstrukturan semula hutang turut melibatkan penjualan aset dan perniagaan bukan-teras serta pertukaran pengurusan. Pelaksanaan penstrukturan semula korporat telah mengurangkan paras NPL sebanyak dua mata peratusan. Lebih penting lagi, ketahanan dan kecekapan sistem perbankan telah diperkukuhkan untuk menyokong aktiviti ekonomi di samping bersedia menghadapi cabaran persaingan yang semakin sengit. Di samping itu, berdasarkan kepada kejayaan Danaharta dalam mengendalikan NPL dalam sistem perbankan semenjak krisis kewangan Asia, NPL dalam klasifikasi 6-bulan menurun kepada 6.7% pada Julai 2003, berbanding 7.5% yang dicatatkan pada akhir 2002. Seiring dengan penambahbaikan ekonomi, agregat monetari luas M3, berkembang 8.2% pada Jun 2003.

Dengan tersempurnanya langkah penggabungan 54 bank perdagangan menjadi 10 bank utama dan langkah permodalan semula yang dijayakan oleh Danamodal, sistem perbankan telah menjadi lebih kukuh. Hasil daripada itu, RCWR kekal

Dalam usaha untuk merangsang dan mengukuhkan pasaran modal, 10 langkah telah diperkenalkan pada Mac 2003. Langkah-langkah ini antaranya, termasuklah penurunan kuasa kelulusan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC)

Dasar Monetari Dasar monetari melengkapi dasar fiskal bagi menyokong aktiviti sektor swasta...

5 kepada Suruhanjaya Sekuriti bagi syarikat tersenarai awam, pengenalan skim insentif prestasi dan memajukan kemahiran pasaran modal dan peranan pengantara. Berikutan langkah yang telah dilaksanakan di bawah Pakej, Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) menjadi lebih cergas, melepasi paras 750 mata pada September dan dijangka meningkat lagi dalam tahun ini. Walaupun terdapat 83 syarikat PN4 dalam BSKL, bilangan angka tidak sampai 10% daripada bilangan syarikat yang tersenarai dalam bursa. Pengumpulan syarikat-syarikat bermasalah dalam kumpulan PN4, menandakan kesungguhan Kerajaan dalam menguatkuasakan urus tadbir korporat yang baik selain mensyaratkan syarikatsyarikat berkenaan memperbaiki kedudukan dan integriti kewangan mereka. Rizab antarabangsa dan lebihan akaun semasa yang semakin kukuh terus menyokong rejim pertukaran tetap mata wang menjadikan ringgit tekal bersama asas makroekonomi negara yang mantap. Biarpun mengalami kelemahan berbanding mata wang lain seiring dengan dolar AS yang lemah, tambatan ringgit terus menyediakan persekitaran yang stabil dan pasti untuk membantu peniaga membuat keputusan dengan cekap.

Pengamatan Prestasi Menggalakkan Pelaburan Aktiviti sektor swasta meningkat secara beransur dan pelaburan dalam negara terus bertambah... Menyedari pentingnya peranan sektor swasta dalam memastikan pertumbuhan jangka sederhana dan panjang, Kerajaan, melalui Bajet 2003 dan Pakej, telah memperkenalkan langkahlangkah untuk menggalakkan aktiviti pelaburan dalam negeri, khususnya PKS. Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan prestasi sektor luar yang lemah, sumbangan sektor dalam negeri kepada KDNK telah menunjukkan peningkatan, walaupun perlahan, daripada 82.4% pada 1999 kepada 89.6% pada 2002, dan dijangka bertambah baik kepada 90% pada 2003. Kedua-dua penggunaan awam dan swasta telah bertambah berikutan pelarasan gaji dan

pembayaran bonus dalam perkhidmatan awam serta keyakinan pengguna dan peniaga yang kekal kukuh hasil daripada langkah-langkah Kerajaan. Pelaburan sektor swasta yang masih berada di bawah paras pra-krisis, telah menunjukkan tanda-tanda positif, meningkat 2.0% pada 2003 dari negatif 13.1% pada 2002 dan dijangka terus meningkat seiring dengan peningkatan permintaan eksport, terutamanya bagi pasaran penggantian peralatan teknologi maklumat. Pelaburan sektor swasta adalah meluas, meliputi sektor baru termasuk aktiviti nilai ditambah yang lebih tinggi dalam bidang elektrik dan elektronik, pengangkutan, peralatan jentera, kimia dan produk kimia serta logam pasang siap. Berikutan daripada reaksi positif pelabur-pelabur kepada langkah-langkah cukai dan bukan cukai Kerajaan, termasuk liberalisasi peraturan FIC di bawah Pakej serta penurunan cukai pendapatan korporat bagi industri kecil dan sederhana kepada 20% dan pelanjutan elaun pelaburan semula kepada syarikat-syarikat bertaraf perintis seperti yang diumumkan dalam Bajet 2003, aktiviti pelaburan, khususnya sektor pembuatan adalah menggalakkan. Berbanding dengan sejumlah 878 permohonan pelaburan bernilai RM18.8 bilion yang diterima pada 2002, permohonan sebanyak 453 yang diterima dalam tempoh Januari-Jun 2003 dengan cadangan pelaburan berjumlah RM9.7 bilion adalah menggalakkan dalam persekitaran luar yang masih lemah. Ini menunjukkan keyakinan pelabur yang berterusan dan minat untuk melabur dalam ekonomi masih tinggi. Terdapat penambahbaikan dalam pelaburan dalam negeri yang kini merupakan 59% daripada jumlah pelaburan berbanding dengan kurang daripada 40% pada tahun lepas. Paras pelaburan dalam negeri yang lebih tinggi menunjukkan peningkatan semula keyakinan pelabur dalam negeri dan menandakan perkembangan positif hasil langkah Kerajaan untuk membantu industri negara, terutamanya PKS. Dalam tempoh enam bulan, 487 projek melibatkan pelaburan bernilai RM8.1 bilion telah diluluskan di mana penyertaan tempatan ialah sebanyak 51%, manakala pelaburan asing pula sebanyak 49%. Pelaburan tersebut adalah dalam bidang peralatan pengangkutan, E&E dan industri kimia,

6 yang mana 65% daripadanya adalah projek baru dan selebihnya bagi peluasan dan pelbagaian. Projek-projek ini berpotensi untuk menyediakan 40,860 peluang pekerjaan dalam ekonomi. Selaras dengan dasar Kerajaan untuk menggalakkan pelaburan, 138 projek telah diberikan insentif, yang mana 111 projek diberikan Taraf Perintis manakala 27 projek diluluskan dengan Elaun Cukai Pelaburan. Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan menarik bagi Jepun, Singapura, Amerika Syarikat (AS) dan Thailand, yang menyumbang 76% daripada jumlah pelaburan asing. Permintaan dalam negeri dan luar negeri yang lebih kukuh telah meningkatkan penggunaan kapasiti dalam sektor pembuatan ke tahap 83%. Indeks pengeluaran pembuatan meningkat 8.6% pada Jun 2003 menunjukkan momentum pertumbuhan yang kukuh. Berasaskan kepada arah aliran yang meningkat ini, output pembuatan dijangka meningkat sebanyak 7.2% pada 2003, menyumbang sebanyak 30.6% kepada KDNK. Meskipun dasar Kerajaan adalah ke arah mengurangkan kebergantungan kepada subsektor E&E sebagai punca pertumbuhan, nisbahnya masih tinggi disebabkan permintaan luar yang kukuh terhadap produk teknologi. Jualan komputer meningkat sebanyak 8% pada Jun 2003, peningkatan tertingginya sejak 2000. Permintaan produk E&E yang bertahan dalam separuh tahun pertama menyumbang kepada peningkatan penggunaan kapasiti melebihi 80% dalam industri semikonduktor. Walaupun produk E&E masih merupakan bahagian besar, produk-produk lain seperti ubat-ubatan dan oleokimia telah mula muncul sebagai produk yang mempunyai potensi eksport yang tinggi. Pada masa ini, terdapat lebih daripada 46,000 PKS yang menyumbangkan 28.5% kepada output pembuatan tetapi hanya menyumbang 20% daripada eksport pembuatan. Lazimnya, tumpuan PKS adalah dalam industri berasas-sumber seperti kayu dan produk kayu; makanan; logam dan produk logam; selain daripada kimia dan produk kimia. Walau bagaimanapun, terdapat petanda dalam peningkatan perhubungan antara PKS dan syarikat multinasional (MNC) dengan bertambahnya kegiatan outsourcing kepada PKS tempatan. Pada 2002, MNC dalam sektor elektronik membuat perolehan barangan dan

perkhidmatan tempatan bernilai RM12.6 bilion dan dijangka akan berkembang lagi sebanyak 9.5% pada 2003. Ini akan membuka peluang lebih luas kepada PKS untuk melabur dan mengambil kesempatan dalam perniagaan outsourcing. Bajet 2003 telah membangkitkan soal keengganan pihak bank untuk menggiatkan aktiviti peminjaman kerana sikap mengelak risiko, berikutan pengalaman menanggung NPL yang besar dalam tempoh krisis dahulu. Bagaimanapun, penubuhan pusat sehenti dan kaunter khas di bank telah membantu PKS dalam kegiatan pelaburan dan untuk mendapatkan pinjaman. Dalam sistem perbankan, sambutan kepada program pinjaman PKS juga adalah meggalakkan. Pinjaman yang dikeluarkan oleh bank perdagangan bertambah sebanyak RM727.8 juta, rekod tertingginya pada Jun 2003 dan seterusnya mencatatkan pertambahan kumulatif sebanyak RM3.4 bilion dalam enam bulan pertama tahun ini. Menjelang akhir tahun, dengan penambahbaikan yang berterusan dalam ekonomi, adalah dijangkakan aktiviti pinjaman akan lebih cergas, begitu juga bagi aktiviti dan pelaburan sektor swasta. Kerajaan telah memperkenalkan skim kredit mikro di bawah Pakej untuk lebih memudahkan PKS memperoleh pinjaman dan menjadikan mereka pemangkin dalam menjana pelaburan dalam negeri dan pertumbuhan ekonomi (lihat Rencana: Perkembangan Semasa Skim Kredit Mikro). Kemudahan kredit mikro berjumlah RM1 bilion telah disediakan oleh Bank Pertanian Malaysia (RM500 juta), Bank Simpanan Nasional (RM300 juta) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (RM200 juta). Berbanding dengan terma dan syarat biasa yang dikenakan oleh bank perdagangan, skim ini menawarkan kadar faedah rendah 4%, pengecualian terhadap cagaran, pinjaman berasaskan jaminan aliran tunai dan bayaran balik berasaskan kepada unjuran aliran tunai. Skim ini menerima sambutan yang mengagumkan, yang mana dalam tempoh tiga bulan sehingga Ogos, BPM menerima 28,086 permohonan bernilai lebih daripada RM423.61 juta. Dalam tempoh ini, RM190.46 juta telah diluluskan oleh BPM bagi akuakultur, tanaman kontan, perladangan kontrak, pemprosesan keluaran pertanian, dan ternakan serta bagi modal pusingan dan aktiviti pemasaran. Bagi BSN pula,

7

PERKEMBANGAN SEMASA SKIM KREDIT MIKRO Pendahuluan Sejak beberapa tahun yang lalu, Kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah untuk menangani keperluan pembiayaan bagi membangunkan PKS sebagai pemangkin pertumbuhan dalam menjana pelaburan domestik dan pertumbuhan ekonomi. Yang ketara, dari segi saiz dan syarat peraturannya, adalah penubuhan skim kredit mikro bagi perniagaan dan perusahaan kecil berjumlah RM1,000 juta yang diumumkan di bawah Pakej Strategi Baru pada bulan Mei 2003. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM500 juta telah diperuntukkan kepada Bank Pertanian Malaysia (BPM) untuk perniagaan dan perusahaan kecil dalam sektor pertanian, manakala sejumlah RM300 juta pula diperuntukkan kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi pembiayaan projek-projek bukan pertanian dan RM200 juta lagi diperuntukkan kepada skim kredit mikro Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Bagi memudahkan sumber pembiayaan kepada peminjam kecil, syarat-syarat pinjaman di bawah skim kredit mikro telah dilonggarkan melalui pengecualian keperluan cagaran dengan pinjaman disandarkan kepada jaminan aliran tunai. Selain itu, skim tersebut juga menawarkan kadar faedah yang rendah sebanyak 4% setahun, pembayaran semula hutang berdasarkan unjuran aliran tunai dan juga pengenalan kepada sistem mentor. Secara khusus, pengecualian keperluan cagaran merupakan salah satu ciri menarik kepada skim ini berbanding bank perdagangan yang kebiasaannya meminta cagaran dalam bentuk harta tanah atau saham.

Skim Kredit Mikro: Pengalaman Beberapa Negara Skim kredit mikro di beberapa negara telah terbukti berkesan dalam membantu usahawan dan peminjam kecil memperoleh pinjaman-pinjaman tanpa cagaran dengan kadar faedah yang rendah bagi mengendalikan perniagaan mereka. Kemudahan tersebut juga telah membantu mengurangkan bebanan golongan miskin, menambah pendapatan serta meningkatkan kualiti hidup mereka dan sekaligus membantu merangsang pertumbuhan ekonomi. Pengalaman daripada Bank Grameen di Bangladesh adalah bukti kepada kejayaan skim kredit mikro ini. Di Bangladesh, lebih daripada 10 juta peminjam yang kurang berkemampuan telah menikmati skim kredit mikro. Pada tahun 2002, daripada jumlah tahunan pinjaman skim kredit mikro hampir USD1,000 juta yang dikeluarkan, sebanyak USD319 juta atau hampir sepertiga daripadanya telah dikendalikan oleh Bank Grameen. Sehingga akhir Julai 2003, Bank Grameen telah mengeluarkan pinjaman terkumpul sebanyak USD4,000 juta kepada peminjam-peminjam, khususnya memanfaatkan golongan wanita yang mewakili 95% daripada jumlah peminjam, bagi aktiviti-aktiviti seperti perniagaan kecil-kecilan, pertanian, penternakan dan kraftangan. Skim kredit mikro yang paling berjaya di Indonesia adalah yang dikelolakan oleh Bank Rakyat Indonesia (BRI) sejak tahun 1984. Sehingga akhir Disember 2001, BRI menerusi rangkaian 4,000 cawangannya telah memperuntukkan pinjaman mikro kepada 2.8 juta peminjam. Pinjaman individu yang dikeluarkan oleh BRI adalah di antara USD3 hingga USD5,000. Thailand telah melancarkan program People’s Bank pada Jun 2001 dengan menyediakan pinjaman berkadar faedah yang rendah tanpa cagaran kepada golongan miskin untuk membantu mereka dalam pengendalian perniagaan. Pinjaman yang dikeluarkan di bawah program ini adalah di antara 15,000 baht dan 30,000 baht (USD350 hingga USD700) bagi setiap peminjam pada kadar faedah 1% sebulan dan tempoh bayaran balik antara 13-25 bulan. Dalam enam bulan pertama operasinya, program People’s Bank telah meluluskan sebanyak 3,659 juta baht (USD88 juta) kepada lebih 275,000 peminjam. Selain itu, Thailand juga telah melancarkan skim mikro kredit dikenali sebagai Village and Urban Revolving Fund pada Julai 2001 bagi menyediakan dana pusingan kepada penduduk bandar dan luar bandar. Skim ini menyediakan dana sebanyak 1 juta baht (USD25,000) kepada setiap 7,125 kampung. Dana pusingan tersebut menyediakan pinjaman kepada rakyat di peringkat akar umbi bagi aktiviti seperti pemprosesan produk pertanian dan pembangunan kemahiran kraftangan serta penyediaan kemudahankemudahan awam.

8

Skim Kredit Mikro di Malaysia Di Malaysia, skim kredit mikro mula dilaksanakan sejak September 1987, melalui AIM, sebuah pertubuhan bukan kerajaan. AIM telah ditubuhkan untuk membantu mengurangkan paras kemiskinan di kalangan golongan termiskin melalui pinjaman kecil bagi aktiviti atau perniagaan yang boleh meningkatkan pendapatan mereka. AIM mempunyai dua skim kredit mikro, iaitu Skim Pembiayaan Ekonomi dan Skim Pembiayaan Sosial/Khas. Skim Pembiayaan Ekonomi adalah untuk membiayai aktiviti ekonomi sementara Skim Khas pula menyediakan pembiayaan kepada ibu tunggal dan nelayan. Skim Pembiayaan Sosial menyediakan pinjaman pendidikan kepada anak-anak golongan termiskin serta pinjaman untuk pengubahsuaian rumah dan pemasangan utiliti seperti bekalan air dan elektrik. Pinjaman yang dikeluarkan oleh AIM adalah di antara RM100 hingga RM10,000 kepada setiap peminjam tanpa cagaran atau penjamin. Sejak skim ini dimulakan sehingga Jun 2003, AIM telah mengeluarkan pembiayaan mikro sejumlah RM863 juta kepada 490,700 peminjam. Kemudahan pembiayaan mikro sebanyak RM500 juta di bawah BPM hanyalah untuk perniagaan dan perusahan kecil dalam sektor pertanian, termasuk aktiviti-aktiviti seperti perladangan, pemprosesan dan pemasaran. BPM menyediakan pinjaman tanpa cagaran sehingga RM20,000 bagi setiap peminjam atau perkongsian perniagaan, dengan kadar faedah 4% setahun dan tempoh bayaran balik tidak melebihi 4 tahun bersandarkan kepada jaminan aliran tunai. BPM telah melancarkan kemudahan kredit mikro pada 3 Jun 2003. Walaupun baru diperkenalkan selama tiga bulan, sambutan yang diterima adalah amat menggalakkan di mana BPM telah menerima sebanyak 28,086 permohonan pinjaman bernilai RM423.61 juta bagi pelbagai aktiviti seperti akuakultur, perikanan laut dalam, penternakan ayam, tanaman jangka pendek dan jangka panjang, pemprosesan makanan serta modal kerja dan pemasaran. BPM telah meluluskan permohonan berjumlah RM190.46 juta di mana sebanyak RM148 juta telah disalurkan. Pembayaran semula pinjaman juga amat memberangsangkan dengan kadar perolehan semula pinjaman sebanyak 87.4%. Di bawah Pakej pro-pertumbuhan, BSN telah diberi mandat untuk menguruskan skim mikro kredit bernilai RM300 juta untuk membiayai aktiviti bukan pertanian. Pinjaman-pinjaman mikro BSN juga disediakan tanpa cagaran atau penjamin dan jumlah pinjaman yang disediakan bagi setiap peminjam adalah antara RM5,000 hingga RM20,000 dengan kadar faedah 4% setahun dan tempoh bayaran balik antara 1 hingga 5 tahun. Bagaimanapun, perbezaan utama antara skim kredit mikro BPM dan skim kredit mikro BSN adalah sistem mentor yang dilaksanakan di bawah BSN. Di bawah konsep mentor, seseorang mentor dilantik oleh sesebuah persatuan untuk membantu mengenalpasti peminjam-peminjam yang berpotensi yang mempunyai keupayaan membayar balik pinjaman di samping membantu peminjam mendapatkan pinjaman. Begitu juga, sambutan yang diterima terhadap kemudahan Skim kredit mikro BSN adalah amat menggalakkan. Permohonan pinjaman yang diterima dalam tempoh tiga bulan sehingga 4 September 2003 telah mencecah 54,600 permohonan bernilai RM892 juta. Dalam tempoh tersebut, BSN telah meluluskan sebanyak 22,900 permohonan pinjaman bernilai RM219 juta dan telah menyalurkan sebanyak RM123 juta bagi pelbagai aktiviti dalam bidang pembuatan, utiliti, perdagangan, harta tanah, pengangkutan dan komunikasi serta sektor perkhidmatan perniagaan. Penutup Pengalaman di beberapa negara yang telah melaksanakan skim pembiayaan kredit mikro, terutama di Bangladesh, jelas menunjukkan keberkesanan skim ini dalam membantu golongan miskin meningkatkan taraf hidup daripada kitaran kemiskinan serta membolehkan mereka berdikari dan menyumbang kepada ekonomi. Lantaran itu, Kerajaan yakin dengan terlaksananya skim kredit mikro bernilai RM1,000 juta ini akan merangsangkan lagi pembangunan PKS dan meningkatkan sumbangan mereka kepada pertumbuhan ekonomi.

Nota: Rencana ini disediakan dengan input daripada Amanah Ikhtiar Malaysia, Bank Pertanian Malaysia dan Bank Simpanan Nasional.

9 permohonan yang diterima sehingga 4 September adalah sebanyak 54,600 dengan jumlah RM892 juta yang mana RM219 juta telah diluluskan untuk pelbagai aktiviti bukan pertanian seperti pembuatan, utiliti, perdagangan dan pengangkutan serta komunikasi. Dalam pasaran modal, pengenalan 10 langkah baru telah memudahkan dan menarik lebih ramai pelabur pelbagai golongan menyertai pasaran di BSKL. Jumlah syarikat yang tersenarai dalam BSKL telah bertambah hampir empat kali ganda sejak 1990 kepada 885 syarikat pada Ogos 2003. BSKL kini merupakan pasaran saham terbesar di rantau ASEAN dari segi nilai pasaran dan jumlah syarikat yang tersenarai dan telah menarik semula minat pelabur asing yang merupakan kira-kira sepertiga daripada jumlah dagangan, dengan jumlah pegangan hampir 20% dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Sebagai pelengkap kepada Pakej yang diperkenalkan pada Mei, panduan FIC telah dilonggarkan lagi bagi terus menggalakkan penyertaan ekuiti asing, perolehan, penggabungan dan pengambilalihan serta hakmilik harta tanah dan ekuiti.

Mempertingkatkan Daya Saing Strategi baru dan insentif meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos dan memperbaiki kedudukan daya saing negara... Globalisasi dan liberalisasi telah mengakibatkan persaingan yang semakin hebat dan membawa kepada kemunculan peserta baru dalam pasaran, terutamanya negara-negara yang mempunyai kos pengeluaran yang lebih rendah. Ini telah mendorong Kerajaan untuk mengukuhkan lagi daya saing negara. Langkah-langkah tambahan telah direkabentuk berasaskan daya saing yang sedia ada, yang berpaksikan kepada kestabilan politik, Kerajaan mesra-peniaga, tenaga kerja yang terpelajar dan mudah dilatih, sumber semula jadi yang banyak serta pengurusan ekonomi yang cekap telah menyumbang kepada asas makroekonomi yang kukuh pada hari ini. Dengan rangkaian infrastruktur yang sangat baik, termasuk sambungan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) jalur-lebar yang pantas, daya saing negara telah bertambah baik. Langkah-langkah selanjutnya menumpu ke arah mengurangkan kos menjalankan perniagaan,

mempercepatkan peralihan kepada ICT sebagai alat mempertingkatkan produktiviti dan membangunkan sumber manusia bagi memenuhi permintaan Ekonomi Baru. Dalam tahun ini, Kerajaan memberi keutamaan untuk memastikan suasana pro-perniagaan dan mesra-pelabur terus terpelihara sesuai dengan konsep Persyarikatan Malaysia yang menggalakkan kerjasama lebih erat antara sektor awam dan swasta. Pelonggaran tambahan terhadap peraturan FIC yang mempamerkan komitmen Kerajaan untuk meningkatkan keyakinan pelabur, telah mendapat sambutan baik. Insentif cukai yang disediakan di bawah Bajet 2003 telah ditambah dengan langkahlangkah yang diperkenalkan dalam Pakej. Kerajaan juga telah meningkatkan usaha memperbaiki lagi sistem serahan untuk mengurangkan kos menjalankan perniagaan bagi menarik pelabur. Selaras dengan dasar monetari akomodatif, penurunan kadar faedah campur tangan BNM sebanyak setengah peratus pada Mei tahun ini yang bertujuan untuk meningkatkan aktiviti ekonomi dan menggalakkan penggunaan, telah membawa kepada pengurangan kadar pinjaman bank perdagangan dan institusi kewangan, serta menjadikan kos pinjaman lebih rendah. Bagi PKS, skim kredit mikro bukan setakat meningkatkan kecapaian kepada pembiayaan tetapi juga kepada kadar faedah yang lebih berpatutan. Di samping itu, kadar tarif ke atas utiliti awam seperti elektrik, air dan telekomunikasi telah dikekalkan rendah untuk memastikan kos menjalankan perniagaan di negara ini terus berdaya saing. Sementara kedua-dua cukai persendirian dan korporat kekal berada pada paras yang berdaya saing, langkah cukai dan bukan cukai yang diperkenalkan melalui Bajet 2003 telah membantu mengurangkan kos menjalankan perniagaan. Langkah-langkah yang diperkenalkan termasuk pengecualian cukai terhadap pendapatan yang diterima oleh bukan residen di luar negara, pemulangan cukai perkhidmatan dan jualan yang telah dibayar yang sebenarnya tidak dipungut oleh syarikat-syarikat serta pengurangan cukai jualan ke atas barangan buatan tempatan melalui kaedah penilaian semula.

10 Taraf Perintis dengan pengecualian cukai dan Elaun Cukai Pelaburan telah diberikan kepada pengilang produk-produk tertentu dalam industri jentera dan peralatan untuk memajukan lagi sektor tersebut. Pelanjutan tempoh Taraf Perintis daripada 10 kepada 15 tahun dan bagi Elaun Cukai Pelaburan daripada 5 kepada 10 tahun, telah menyumbang kepada peningkatan pelaburan asing dan tempatan dalam sektor perindustrian. Selain itu, di bawah skim prapakej, bantuan kumpulan juga dipanjangkan kepada aktiviti perladangan hutan dan bagi produk terpilih dalam bioteknologi, nanoteknologi, optik dan fotonik. Insentif cukai juga ditambah untuk mendorong lagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D), penubuhan ibu pejabat operasi, pusat agihan serantau, pusat perolehan antarabangsa dan syarikat perniagaan antarabangsa tempatan. Berkaitan dengan aktiviti R&D dalam sektor awam, sebanyak RM403 juta daripada RM621 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke Lapan telah diagih di bawah program Intensification of Research in Priority Areas (IRPA). Penyelidikan yang telah diselesaikan dan mempunyai potensi komersil termasuklah stone mix asphalt, biosensor gentian optik penentu paras racun serangga serta swis optik, radas pandugelombang dan amplifier gentian. Dana sebanyak RM100 juta telah ditubuhkan bagi menambah bilangan pekerja R&D di samping menggalakkan aktiviti R&D. Seperti pada Mei, RM31.9 juta telah diperuntukkan kepada tiga projek pra-pakej yang melibatkan latihan, R&D, start-ups dan pindahan teknologi. Terdapat peningkatan menyeluruh dalam produktiviti bagi industri di negara ini hasil daripada teknologi, penggunaan input yang efisien dan penggunaan kapasiti yang lebih tinggi. Pada 2002, sektor pembuatan mencatat pertumbuhan produktiviti sebanyak 3.3% disebalik pertumbuhan output sebanyak 5.2%. Produktiviti dalam industri minyak kelapa sawit dari sudut nilai ditambah setiap pekerja telah mencatat pertumbuhan purata tahunan tertinggi 7.6%. Dalam industri getah dan kimia di sektor pembuatan, produktiviti masing-masing telah bertambah 6.5% dan 4.7% bagi tempoh 2001-2003. Selaras dengan itu, kos buruh seunit bagi industri getah ini telah menurun sebanyak 1.3% dan bagi industri kimia pula sebanyak 0.9%, sekali gus dapat

mempertahankan daya saing mereka dalam sektor pembuatan. PKS, secara kumpulan, telah mencatatkan pertumbuhan produktiviti sebanyak 2.7% pada 2002. Kerajaan juga telah menyediakan geran pembangunan teknologi dalam bidang penambahbaikan produk dan proses, produktiviti dan penambahbaikan kualiti, pensijilan serta menggunapakai ICT kepada PKS. Sehingga Jun 2003, sebanyak 464 permohonan telah diluluskan dengan geran berjumlah RM28.4 juta. Kemajuan positif dalam produktiviti dan sambutan terhadap penambahbaikan, sehingga kini, telah membantu mengekalkan daya saing Malaysia. Dalam sektor pendidikan, usaha ke arah mencapai kecemerlangan dalam pendidikan di Malaysia juga bertujuan meningkatkan kualiti tenaga kerja, pengetahuan ICT serta kemahiran dalam sains, matematik dan bahasa Inggeris. Di kedua-dua peringkat rendah dan menengah, projek-projek berpacu-ICT di sekolah akan membolehkan para pelajar menimba kekayaan ilmu pengetahuan melalui jaringan Internet yang disediakan. Peluasan projek ini ke kawasan pedalaman akan mengurangkan jurang digital antara kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar. Keputusan Kerajaan supaya mata pelajaran matematik dan sains diajar dalam bahasa Inggeris mulai tahun ini, di samping meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris, juga menyediakan pelajar dengan keupayaan untuk mendalami pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi. Pelaksanaan sekolah satusesi pula akan menjamin pelajar-pelajar mendapat didikan akademik serta aktiviti ko-kurikulum secara berkesan dan menjadikan mereka lebih seimbang dari segi mental dan fisikal. Programprogram seperti ini akan melengkapkan pelajarpelajar dengan pengetahuan yang diperlukan dan mencapai kecemerlangan dalam pendidikan di samping mewujudkan tenaga kerja yang mudah dilatih dan lebih berkualiti. Pembangunan sumber manusia yang merupakan pra-syarat dalam meninggikan produktiviti dan kecekapan, telah diberikan perhatian tambahan melalui peruntukan sebanyak RM500 juta lagi kepada Dana Pembangunan Kemahiran (SDF) untuk dijadikan pinjaman kepada para pelajar mengikuti latihan dalam

11 bidang vokasional dan teknikal. Dana Latihan Semula sebanyak RM100 juta yang disediakan untuk melatih semula graduan baru dalam bidang ICT dan perakaunan juga telah ditubuhkan di bawah Pakej. Semenjak penubuhannya pada 2001, SDF telah melatih 121,000 orang dan dengan dana tambahan, ia akan dapat melatih seramai 76,000 orang lagi pada tahun ini. Kerajaan terus memajukan National Occupational Skills Standards (NOSS). Sehingga Jun, terdapat lebih daripada 658 NOSS yang meliputi latihan tahap asas, pertengahan dan lanjut. Menyedari perlunya sumber manusia yang mahir dan selari dengan peralihan kepada industri nilai ditambah yang lebih tinggi, sejumlah 2,380 pekerja dijangka dilatih sehingga akhir 2003 dalam bidang elektrik dan elektronik, avionics dan yang berkaitan dengan automotif. Skim latihan kepada graduan juga disediakan oleh perbadanan seperti Petronas, Tenaga Nasional Berhad dan Telekom Malaysia Berhad, yang mana selain daripada meninggikan kemahiran dan marketabiliti mereka, turut melegakan situasi pengangguran di kalangan graduan. Di bawah agenda ICT, kadar penembusan penggunaan Internet telah meningkat daripada 10.6 setiap 100 penduduk pada 2000 kepada 20.0 setiap 100 penduduk pada 2003 bagi kawasan bandar. Bagi kawasan luar bandar pula, kemajuannya juga hampir dua kali ganda iaitu daripada 1.3 kepada 2.5 setiap 100 penduduk dalam tempoh yang sama. Kecapaian Internet juga telah diperluaskan kepada 750 lokasi bagi sekolah-sekolah luar bandar melalui Program SchoolNet, perpustakaan awam serta klinik di seluruh negara. Dalam sektor Kerajaan, penubuhan Kerajaan-elektronik (e-Kerajaan) adalah langkah ke arah mempercepatkan aliran maklumat dan transaksi seperti melalui projekprojek e-Perolehan dan e-Pembayaran. Kedudukan keseluruhan daya saing Malaysia di peringkat dunia telah melonjak enam mata daripada tempat kesepuluh pada 2001 kepada tempat keempat daripada 30 negara pada 2003 seperti yang dilaporkan dalam IMD World Competitiveness Yearbook 2003. Daya saing negara dari sudut keupayaan Kerajaan, kedudukan Malaysia kekal di tangga teratas pada tahun ini dengan dasar ekonominya yang properniagaan, dasar fiskal dan perundangan yang

menggalakkan keusahawanan. Penarafan kedaulatan Malaysia kekal pada BBB+ dengan tinjauan positif pada tahun ini.

Memajukan Punca Pertumbuhan Baru Kemajuan dicapai dalam bidang perkhidmatan, pelancongan dan ICT... Usaha gigih Kerajaan untuk meluaskan asas ekonomi dan mencari punca pertumbuhan baru telah membawa kepada peralihan beransur-ansur daripada kebergantungan yang keterlaluan kepada produk berpendapatan eksport tertentu sahaja. Sektor pembuatan kekal sebagai penyumbang kedua terbesar kepada pertumbuhan. Elektrik dan elektronik (E&E) masih merupakan penyumbang terbesar lebih kurang 39% kepada sektor pembuatan, yang mana 30% adalah daripada semikonduktor. Walau bagaimanapun, eksport kimia dan produk kimia telah menjadi semakin penting dengan eksport bernilai RM11,347 juta pada separuh pertama 2003 berbanding dengan RM9,135 juta pada 2002. Eksport produk-produk bernilai ditambah yang tinggi, seperti pakaian fesyen, kasut dan aksesori telah menjadi ciri penting dalam eksport pembuatan, terdiri daripada 3.2% jumlah eksport pembuatan. Selari dengan usaha ke arah ekonomi yang dipacu oleh permintaan dalam negeri, industri berasas-tempatan, terutamanya simen, keluli dan konkrit, telah kembali mencatatkan pertumbuhan tinggi 11.5% pada 2003 berbanding dengan 0.8% seperti yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2002. Bagi pertanian, sementara tanaman industri dan komoditi makanan kekal sebagai tanaman utama, lebih penekanan diberikan kepada penerokaan aktiviti pertanian baru yang berpotensi tinggi tetapi belum dimajukan. Antara aktiviti baru yang dikenal pasti, sumbangan akuakultur mengagumkan dengan mencatatkan output 197,000 tan metrik pada 2003, berbanding dengan 117,000 tan metrik pada 2000. Kebelakangan ini, output ikan hiasan juga telah meningkat hasil daripada permintaan yang lebih tinggi dari Taiwan dan Singapura. Usaha-usaha telah digiatkan lagi terhadap penubuhan Malaysia sebagai pusat serantau bagi pengeluaran dan agihan produk makanan halal untuk menembusi pasaran global produk makanan halal yang menguntungkan yang

12 bernilai RM1.63 trilion setahun. Berikutan prospek menarik bagi perusahaan seperti ini, industriindustri tempatan telah memulakan usaha pengeluaran makanan halal dan dijangka akan menggunakan sepenuhnya insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan, terutamanya yang berkaitan dengan promosi dan penjenamaan produk. Langkah-langkah Kerajaan terus menyokong pembangunan perantaian nilai bersepadu dalam perkhidmatan yang berkaitan seperti pengagihan, pemasaran, pembungkusan dan eksport. Sektor perkhidmatan kekal sebagai sektor terpenting ekonomi, menyumbang 56.8% kepada KDNK pada 2003. Pelancongan menyumbang 4.8% kepada KDNK manakala lebih 30% jualan runcit telah dijana daripada aktiviti berkaitan pelancongan. Usaha untuk mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang terpilih telah berhasil di mana ketibaan pelancong mencatat 13.3 juta, menyumbang pertukaran mata wang asing sebanyak RM25.8 juta pada 2002. Bagaimanapun, pelancongan telah terjejas oleh wabak SARS dan peperangan Iraq apabila ketibaan pelancong merudum kepada 457,900 pada April, 58.4% lebih rendah daripada purata bulanan 1.1 juta tahun lepas. Ketibaan dari China, Taiwan, Hong Kong dan Singapura adalah lebih rendah disebabkan oleh sekatan perjalanan yang dikenakan ke atas negara-negara ini, sebagai langkah membendung merebaknya wabak SARS. Peperangan Iraq dan SARS telah menjejas industri pelancongan di mana ketibaan pelancong menjunam ke paras terendah. Kerajaan yakin industri pelancongan akan kembali pulih setelah tamatnya SARS. Berpandukan peningkatan ketibaan pelancong kepada 753,000 pada Julai, industri pelancongan dijangka meningkat lagi menjelang akhir tahun. Pelbagai langkah Kerajaan, seperti penubuhan Dana Infrastruktur Pelancongan untuk memajukan produk pelancongan dan kempen Malaysia Rumah Keduaku, dijangka akan menarik lebih ramai pelancong dari China, Jepun dan Timur Tengah. Kerajaan, melalui Bajet 2003 dan Pakej Strategi Baru juga telah menambah Dana Infrastruktur Pelancongan kepada RM1 bilion sebagai sebahagian daripada usaha untuk menambahbaik kemudahan bagi menarik lebih ramai pelancong. Pada akhir Jun, enam permohonan yang melibatkan RM150.3 juta telah diluluskan untuk

pembinaan empat pusat pelancongan bersepadu, sebuah taman tema dan marina. Penjagaan kesihatan merupakan bidang yang mempunyai potensi tinggi untuk berkembang lebih-lebih lagi memandangkan tahap kemahiran dan kualiti peralatan di hospital awam dan swasta telah mencapai taraf antarabangsa. Bilangan orang asing yang mendapatkan rawatan dan perkhidmatan kesihatan di Malaysia telah bertambah, termasuk dalam bidang kardiologi, hematologi, dermatologi dan neurologi daripada 56,100 pesakit pada 2000 kepada 84,600 pesakit pada 2002. Tukaran wang asing yang diterima daripada pesakit luar negara berjumlah RM36 juta pada 2002. Sehingga Mac tahun ini, 34,400 pesakit asing telah membelanjakan RM13.3 juta untuk rawatan di hospital swasta di negara ini. Daya tarik industri penjagaan kesihatan di Malaysia ialah daya saing kos, selain daripada pakar-pakar terlatih, mesin dan peralatan termoden, kemudahan dan perkhidmatan sokongan yang terkini yang setanding dengan hospital-hospital di luar negara. Berdasarkan kepada angka-angka yang dikeluarkan oleh Persatuan Hospital-Hospital Swasta Malaysia, pembedahan pintasan jantung di hospital swasta ternama di Malaysia menelan belanja purata USD6,300, jauh lebih rendah daripada USD10,400 yang dikenakan di negara jiran. Kerajaan telah mengenal pasti 44 daripada 224 hospital swasta di negara ini sebagai sebahagian daripada program pelancongan kesihatan. Dengan usaha Kerajaan dalam mempromosi penjagaan kesihatan sebagai produk pelancongan di negara ini, pelancongan kesihatan dijangka akan terus berkembang. Dengan kemajuan dalam infrastruktur kesihatan berikutan pelaburan berterusan dalam membina keupayaan, Malaysia siapsiaga menjadi pusat maklumat kesihatan global bagi rantau ini. Kemajuan dalam sektor kesihatan, terutamanya dalam perkongsian maklumat kesihatan antarabangsa, telah menyaksikan usaha ke arah penubuhan Pusat Maklumat Global yang diterajui oleh Institut Penyelidikan Kesihatan (IMR) pada Julai 2003. Selaras dengan kemajuan perubatan bersepadu, kerja-kerja R&D akan bermula tahun ini dengan prospek untuk pengkomersialan dalam bidang perubatan tradisional dan pelengkap, perubatan herba serta vaksinologi, yang melibatkan Pusat Penyelidikan Perubatan Herba

13 dan National Institute of Natural Products and Vaccinology yang baru ditubuhkan. Dalam bidang bioteknologi untuk kesihatan, empat buah projek sedang dilaksanakan yang melibatkan kerjasama antara institut penyelidikan dan universiti. Berkaitan ini, projek LembahBio yang telah bermula dengan fasa pertamanya dijangka siap pada 2006, akan menempatkan hampir semua kerja penyelidikan bioteknologi dalam bidang kesihatan. Sebagai langkah untuk menambahbaik perkhidmatan kesihatan di negara ini, Kerajaan telah membenarkan pengambilan 1,000 orang pakar perubatan daripada negara luar. Usaha terbaru dalam menjadikan pendidikan sebagai produk pelancongan termasuklah penubuhan empat buah pejabat promosi baru di Arab Saudi, China, Indonesia dan Vietnam. Kini sudahpun terdapat 17 institusi pengajian tinggi awam di negara ini yang bertaraf dunia manakala dalam sektor swasta, 30 institusi telah diakreditasi bertaraf tinggi di peringkat pendidikan tinggi. Pada 2002, institusi tempatan telah menarik 28,495 pelajar asing yang mana China berada di senarai teratas dengan seramai 11,058 pelajar, diikuti dengan Indonesia (7,503), India (1,409), Thailand (1,369) dan Singapura (1,296). Melalui langkah memudahkan lagi prosedur imigresen serta kebenaran yang diberikan kepada agensi swasta untuk mengambil pelajar asing, jumlah pelajar asing dijangka meningkat kepada 30,000 orang pada akhir tahun. Tujuan mempromosi modal teroka, selain daripada menjana punca pertumbuhan baru dan menggalak ekonomi janaan dalam negeri, ialah untuk memajukan pertumbuhan keusahawanan dalam pelaburan ICT baru. Sehingga April 2003, daripada sejumlah RM500 juta yang diperuntukkan kepada Malaysian Venture Capital Berhad (MAVCAP), sebanyak RM132.83 juta telahpun komited. Di bawah Pakej, peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta telah disediakan kepada MAVCAP untuk menerajui seed investment melalui Cradle Investment Programme (CIP) yang telah dilancarkan pada Julai 2003. Dana berkaitan ICT ini telah digunakan untuk pembiayaan penyambung bagi syarikat-syarikat teroka yang terlibat dengan ICT dalam bentuk pinjaman kadar faedah sifar bagi tempoh sehingga 10 tahun. Terdapat 35 projek dalam enam kategori

utama, iaitu teknologi maklumat, jaringan dan komunikasi, bioteknologi, elektronik dan semikonduktor. MAVCAP telah melabur dalam lapan syarikat bagi direct ventures dan dua belas bagi seed ventures. Untuk meluaskan jaringan bagi mencari pengusaha yang lebih berkualiti dan berupaya, Kerajaan, melalui MAVCAP telah melantik empat syarikat di bawah program outsourcing. Selain daripada itu, dalam usaha menggerak dan mempromosikan inovasi dan kreativiti dalam kegiatan bukan ICT, Kerajaan telah menubuhkan dana baru bernilai RM1 bilion bagi usaha teroka bidang bukan ICT, yang mana beberapa syarikat telah menunjukkan minat dalam bidang pembuatan lanjutan dan bioteknologi. Koridor Raya Multimedia terus menunjukkan kemajuan dalam penyediaan infrastruktur sokongan bagi memajukan industri ICT ketika negara menuju ke arah ekonomi berasaspengetahuan. Sehingga Ogos 2003, 914 syarikat telah dianugerahkan taraf MSC yang mana 20% daripadanya merupakan syarikat asing. Pelaburan yang dirancang dalam bidang terpilih yang meliputi aktiviti perkhidmatan IT dan pembangunan perisian telah mencecah RM13 bilion, peningkatan sebanyak 34% berbanding tahun sebelumnya. MSC telah mewujudkan 21,270 pekerjaan, 86% daripadanya terdiri daripada pekerja ilmu. Pada masa ini, 59 syarikat bertaraf dunia beroperasi di MSC berbanding 53 pada tahun sebelumnya. Berikutan permintaan bagi sektor teknologi yang bertambah baik, jumlah jualan yang dijana oleh MSC bernilai RM5.83 bilion yang mana 17.5% daripadanya adalah eksport.

Mempertingkatkan Sistem Serahan Garis panduan prosedur prosesan di peringkat negeri dan tempatan dipersetujui buat pertama kali... Kejayaan dasar dan strategi pembangunan negara adalah berlandaskan kepada sistem serahan yang efisien dan berkesan dalam keduadua sektor awam dan swasta. Memperbaiki lagi perkhidmatan awam dari segi kualiti dan kepantasan serahan merupakan agenda berterusan bagi Kerajaan. Sedang sistem saraan kakitangan awam telah beransur baik dan menjadi

14 insentif serta penarik kepada personel yang berkaliber tinggi, pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia tahun ini telah menjadi pendorong bagi kakitangan awam untuk menghasilkan output yang cemerlang. Merujuk kepada perbelanjaan sebagai penunjuk kepada keberkesanan sistem serahan, adalah dijangka bahawa semua peruntukan untuk 2003 akan dibelanjakan sepenuhnya, menunjukkan pelaksanaan pantas program dan projek yang telah dirancang untuk tahun ini. Bajet 2003 telah mengiktiraf keperluan untuk menambahbaik sistem serahan, manakala Pakej Strategi Baru pula mengandungi langkah-langkah tertentu untuk menyokong aktiviti sektor swasta dan prestasi sektor awam secara amnya. Bagi memastikan kecekapan dan ketepatan waktu dalam sistem serahan, garis panduan standard untuk memproses permohonan lesen, tanah dan pelan bangunan telah diberikan takrif lebih jelas dan dipersetujui di peringkat persekutuan, negeri dan penguasa tempatan. Garis panduan ini memberi perhatian terhadap hal-hal di bawah bidang kuasa pihak yang berwajib dan memberi tumpuan ke atas penyelarasan dasar dan langkahlangkah di kalangan pihak-pihak berkuasa. Pelbagai langkah berkenaan bertujuan untuk menghapuskan kerenah birokrasi dan prosedur yang tidak perlu dalam memproses permohonan untuk kelulusan, umpamanya melalui penubuhan agensi sehenti bagi meningkatkan penyelarasan. Dalam kes Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) bagi sektor pembuatan, pegawai projek yang dilantik khas akan memimpin tangan dan menuntun pelabur memperoleh segala kelulusan yang diperlukan sehinggalah ke peringkat pelaksanaan projek. Bagi PKS, selain daripada terma yang lebih longgar dan kos pinjaman yang lebih rendah yang ditawarkan melalui IPP, bank perdagangan juga menyediakan kaunter khas untuk memudahkan permohonan, pemprosesan dan kelulusan pinjaman PKS. Pemprosesan dan kelulusan bagi pelan bangunan dan sijil layak menduduki juga akan diselaras dan dipercepatkan melalui penubuhan pusat sehenti di peringkat kerajaan negeri dan tempatan. Semua agensi Kerajaan yang berkaitan di peringkat persekutuan, negeri, daerah dan

tempatan telah meyambut baik syor-syor yang terkandung dalam Pakej yang meliputi proses berhubung dengan lesen, hal-hal tanah, bil dan pembayaran termasuk penggunaan ICT di mana berkaitan. Tempoh sah laku lesen dan permit untuk perniagaan dan pelaburan akan dilanjutkan untuk mengurangkan beban kekerapan pembaharuan. Tempoh bagi kelulusan pelan bangunan telah dipendekkan kepada 12 minggu dan pengeluaran sijil layak menduduki telah dikurangkan kepada empat minggu. Berkenaan pindah milik tanah dan tukar syarat, satu kaedah pantas telah digunapakai, yang mana kelulusan telah diturunkuasa daripada kerajaan negeri kepada Pengarah Tanah dan Galian atau Pentadbir Tanah di peringkat daerah. Penubuhan Kerajaan-elektronik merupakan inisiatif ke arah penambahbaikan aliran maklumat dan proses Kerajaan, dengan tumpuan ke atas perkhidmatan yang berkesan dan efisien daripada Kerajaan kepada rakyat. Usaha ini terlaksana melalui peningkatan capaian Internet kepada semua kementerian dan jabatan kerajaan yang telah membina laman web mereka masingmasing. Pautan Perkhidmatan Sivil Malaysia dan portal juga menyediakan capaian orang ramai kepada jentera Kerajaan manakala Biro Pengaduan Awam terus melayan aduan awam dan menyelesaikannya melalui agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan. Sistem Pemantauan Projek yang telah dipasang di 25 kementerian dan 14 negeri, bertujuan untuk memudahkan penyeliaan pelaksanaan projek-projek Kerajaan. Selain itu, perolehan elektronik, yang telah meliputi perkhidmatan pendaftaran pembekalpembekal dalam kontrak pusat dan belian terus, telah diperluaskan untuk meliputi perolehan melalui tender dan sebutharga. Program ini telah membantu memudah dan melicinkan proses perolehan Kerajaan dan penghubungannya dengan pejabat Akauntan Negara akan mempercepatkan pembayaran kepada kontraktor. Kemajuan dalam sistem serahan yang dicapai di semua peringkat pentadbiran Kerajaan sehingga kini, telah meningkatkan daya saing negara. Penambahbaikan berterusan akan menjamin kelicinan dan keberkesanan pelaksanaan dasar dan strategi.

15

Meneruskan Agenda Sosial Dasar Kerajaan telah menyumbang kepada pertumbuhan seimbang dan kualiti hidup yang bertambah baik... Berikutan usaha Kerajaan dalam mengekalkan kesejahteraan ekonomi rakyat, kualiti hidup rakyat Malaysia telah meningkat secara menyeluruh. Biarpun terdapat kebimbangan terhadap SARS dan beberapa serangan pengganas di negaranegara jiran, Malaysia terus menikmati suasana sosio-ekonomi yang aman, harmoni dan stabil. Perkembangan ekonomi yang berterusan telah menyumbang kepada pertambahan pendapatan per kapita kepada RM14,343 pada 2003 daripada RM13,683 pada 2002. Seiring dengan ini, pariti kuasa beli turut meningkat daripada USD8,862 kepada USD9,390 dalam tempoh yang sama. Sebagai langkah mencapai pertumbuhan yang lebih seimbang dan perkongsian kekayaan yang saksama, sebanyak RM2.56 bilion, iaitu pertambahan sebanyak 36% daripada tahun sebelumnya, telah dibelanjakan bagi pelaksanaan program di luar bandar. Ini meliputi perkhidmatan lanjutan pertanian dan subsidi baja, jalan kampung, bekalan elektrik dan air, klinik kesihatan desa dan sekolah. Lebih kurang 12,400 isi rumah telah mendapat manfaat daripada program elektrik luar bandar melalui perbelanjaan RM99.5 juta manakala di bawah projek bekalan air luar bandar, tambahan 41,300 isi rumah telah dibekalkan dengan air bersih pada kos RM102.4 juta. Penambahbaikan juga dibuat dalam penyediaan jaringan pengangkutan darat di kawasan luar bandar bagi meningkatkan pembangunan ekonomi luar bandar melalui pembinaan 7,600 kilometer jalan luar bandar dan jalan kampung, dengan kos RM582.7 juta di 126 daerah di seluruh negara. Masyarakat Orang Asli terus menikmati kemudahan kesihatan dan pendidikan di samping peluang meningkatkan pendapatan melalui program pengembangan ekonomi dalam perladangan dan industri kampung, terutamanya kraftangan. Pakej Strategi Baru turut menumpukan perhatian kepada isu sosio-ekonomi khasnya dalam usaha menyediakan rumah-rumah mampu milik kepada

kumpulan berpendapatan rendah dan membantu peniaga kecil. Selain daripada skim kredit mikro yang disediakan untuk peniaga-peniaga kecil, termasuk peruncit-peruncit di bandar dan luar bandar, Kerajaan juga telah memperkenalkan Projek Harapan Rakyat Memiliki Perumahan Berpatutan (HARAPAN). Di bawah program ini, pembeli baru rumah bernilai kurang daripada RM100,000 akan diberikan subsidi ke atas faedah, pinjaman pendahuluan tanpa faedah, rebat dan pengecualian cukai ke atas bayaran faedah. Pada akhir Ogos, 85 permohonan bernilai RM3.4 juta telah diterima dan 57 diluluskan yang melibatkan RM2.1 juta. Sejajar dengan tujuan Kerajaan untuk menyediakan lebih banyak rumah yang mampu dimiliki, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 150,000 rumah mampu milik untuk kumpulan berpendapatan rendah yang mana 50,000 unit akan disediakan pada tahun ini. Suatu program pemilikan rumah yang unik juga telah diperkenalkan, yang mana askar, polis, balu kepada kakitangan Kerajaan dan ibu tunggal yang belum memiliki rumah layak mendapat rumah yang disediakan oleh Kerajaan melalui peraturan sewa-dengan-pilihan-untuk-beli pada kadar RM50 sebulan. Sehingga akhir Julai, SPNB sedang dalam proses untuk menyewa 40 unit rumah pangsa kos rendah manakala 450 unit sedang dalam proses untuk diperoleh oleh SPNB di bawah program ini. Dalam hubungan menangani masalah sosial, khususnya dalam membanteras penyakit sosial termasuk keganasan, penyalahgunaan dadah, ponteng sekolah, rogol, masalah juvana dan pelbagai lagi aktiviti jenayah dan anti-sosial, Kerajaan telah melancarkan Dasar Sosial Negara pada Ogos untuk meningkatkan pembangunan sosial melalui penerapan nilai-nilai murni pada semua peringkat masyarakat di seluruh negara. Di samping itu, pelbagai program di bawah Rakan Muda terus membantu menerapkan nilai positif di kalangan remaja. Selain daripada menyediakan landasan bagi langkah-langkah pencegahan di bawah program ini, Kerajaan juga terus menyediakan perlindungan keselamatan dan jagaan kepada golongan orang kurang upaya, daif dan miskin melalui pelbagai program kebajikan. Dalam hal ini, penglibatan organisasi bukan kerajaan (NGO) telah melengkapkan usaha Kerajaan, terutamanya dalam penjagaan orang kurang upaya dan orang tua, menunjukkan

16 wujudnya semangat kesukarelawanan sosial yang kukuh di negara ini. Bagi mengiktiraf peranan mereka dalam membina negara, RM67.8 juta telah disediakan sebagai sokongan kewangan kepada NGO bagi membantu meningkatkan keberkesanan dalam memberikan perkhidmatan termasuk kebajikan, penjagaan orang kurang upaya, pembangunan keluarga, hemodialisis serta pemulihan penagih dadah.

Tinjauan 2004 Pertumbuhan lebih kukuh melalui aktiviti berasas-luas dan bernilai tinggi... Pertumbuhan dan perdagangan dunia dijangka akan bertambah baik dengan kebanyakan aktiviti ekonomi kembali seperti biasa. Bagaimanapun, keyakinan dan sentimen peniaga yang kian optimis, masih berhati-hati memandangkan ancaman serangan pengganas masih lagi wujud. Pertumbuhan dunia masih berpaksi kepada prestasi sederhana ekonomi AS dengan ekonomi rantau euro yang masih lemah meskipun Jepun, ekonomi kedua terbesar dunia, telah mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang lebih meyakinkan. Keseluruhannya, terdapat tandatanda yang menunjukkan tinjauan yang lebih baik bagi 2004, biarpun masih terdapat risiko tertentu. Aktiviti pasaran saham cergas di bursabursa saham utama menjelang separuh tahun kedua 2003 sepatutnya meningkatkan lagi harapan terhadap pemulihan ekonomi global. Dari itu, ekonomi dunia dijangka mencatat pertumbuhan yang lebih tinggi sebanyak 4% dengan AS mencatat 3.6%, rantau euro 2.3% dan Jepun 1% pada 2004. Di rantau ini, dengan terbendungnya wabak SARS dan impak positif berikutan pelaksanaan pelbagai pakej pemulihan ekonomi yang diperkenalkan oleh negara-negara yang diserang oleh SARS, pertumbuhan serantau dijangka bertambah pesat pada 2004. China dijangka mengekalkan pertumbuhan pesatnya dengan mencatat 7.5% pada tahun hadapan. Seiring dengan ekonomi negara-negara ASEAN yang

semakin kukuh dan perdagangan serantau yang terus berkembang, ekonomi Malaysia diramal mencatat pertumbuhan lebih tinggi pada 2004. Teras strategik pengurusan makroekonomi bagi 2004 adalah berasaskan kepada sektor swasta yang lebih dinamik dan cergas, disokong oleh persekitaran kondusif yang telah dibina melalui langkah-langkah yang telah dilaksanakan sejak beberapa tahun kebelakangan. Kerajaan akan terus memainkan peranan membantunya dalam meningkatkan keberkesanan sistem serahan. Gandingan kerjasama erat antara sektor swasta dan awam di bawah semangat Pensyarikatan Malaysia akan meningkatkan lagi daya saing negara untuk memastikan pertumbuhan mapan dan berpanjangan. Untuk membolehkan sektor swasta menerajui ekonomi, Kerajaan akan mengambil langkah untuk menggalakkan inisiatif sektor swasta dan merealisasikan potensi ouput daripada punca pertumbuhan baru, terutamanya aktiviti menambah nilai dalam bidang pertanian dan perkhidmatan. Langkah-langkah akan diambil untuk membangun dan mengubah sektor pertanian dan luar bandar kepada satu sektor ekonomi yang dinamik dan berupaya menjana pendapatan lebih tinggi. Sektor ini dijangka akan mengambil peluang yang diwujudkan oleh langkah-langkah propertumbuhan Kerajaan untuk membuka potensinya dan menyumbang nilai ditambah yang lebih tinggi kepada ekonomi. Bagi sektor perdagangan, untuk memperbaiki lagi kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan yang pada masa ini berada di tahap ketujuh belas terbesar, usaha akan ditingkatkan untuk memperkenalkan barangan berjenama Malaysia. Di samping penekanan kepada usaha-usaha untuk menjana kekayaan, agenda sosial ke arah mencapai matlamat masyarakat penyayang akan terus diberi keutamaan, khususnya bagi meningkatkan taraf dan kualiti hidup rakyat, terutamanya di kalangan orang miskin, kurang upaya, warga usia emas dan yang kurang bernasib baik. Selaras dengan komitmen untuk mencapai bajet berimbang dalam masa terdekat, pendekatan

17 fiskal Kerajaan ialah ke arah mengawal perbelanjaan awam untuk mengurangkan defisit Kerajaan yang telah dialami sejak enam tahun kebelakangan. Jumlah perbelanjaan dirancang akan dikurangkan 1.1% dengan perbelanjaan pembangunan menurun dengan ketara sebanyak 21.1%. Anggaran perbelanjaan sektor awam yang lebih rendah jelas menunjukkan usaha ke arah konsolidasi fiskal selepas beberapa tahun mengamalkan bajet mengembang untuk mengekalkan momentum pertumbuhan. Oleh itu, kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan dijangka bertambah kukuh dengan defisit dikurangkan daripada 5.5% KDNK pada 2003 kepada 3.4% pada 2004, manakala akaun awam disatukan dijangka mencatatkan lebihan. Perbelanjaan pembangunan memberi tumpuan kepada projek di bawah Kajian Semula Rancangan Malaysia KeLapan yang telah diluluskan dan terikat, terutamanya projek-projek yang mempunyai rantaian luas dan berpotensi untuk meningkatkan nilai dalam ekonomi. Perhatian khusus akan diberi ke atas usaha untuk memupuk dan memodenkan sektor pertanian dan luar bandar supaya menjadikan sektor ini sebagai penjana pertumbuhan ekonomi yang penting. Walaupun peruntukan bajet dikurangkan, perbelanjaan untuk pembangunan luar bandar dijangka meningkat sekali ganda pada 2004 bagi program-program termasuk jalanraya, pendidikan, kesihatan, dan kemudahan asas seperti air dan elektrik. Secara amnya, tumpuan sektor awam dalam ekonomi akan mengutamakan perkhidmatan awam dan menambahbaik sistem serahan di samping memberi sokongan kepada usaha membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai langkah meningkatkan

kecekapan dan seterusnya, daya saing negara. Bagi menyokong aktiviti ekonomi dalam negeri, dasar monetari dijangka terus akomodatif, dalam persekitaran kecairan yang tinggi dan kadar inflasi yang rendah. Dasar monetari yang akomodatif akan meningkatkan penggunaan dalam negeri dan menggalakkan aktiviti perniagaan selain memudahkan akses kepada pinjaman secara lebih meluas. Pertumbuhan dijangka berasas-luas di mana semua sektor mencatatkan pertumbuhan lebih tinggi diterajui oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan. Berikutan prospek ekonomi dunia bertambah cerah, sektor luar juga dijangka menyumbang kepada pertumbuhan keseluruhan ekonomi negara. Berikutan pelaksanaan langkahlangkah menyeluruh untuk mempertingkatkan kecergasan dan daya saing ekonomi dalam jangka sederhana dan panjang, sektor swasta dijangka menerajui pertumbuhan dengan perbelanjaan mencatat 7% dan pelaburan sebanyak 9.9%. Asas makroekonomi yang bertambah kukuh, struktur ekonomi yang bertambah luas dan kemunculan punca-punca pertumbuhan baru akan menjadi asas kepada pertumbuhan ekonomi yang mapan. Berlandaskan pengurusan makroekonomi yang pragmatik berserta dengan langkah-langkah pro-pertumbuhan bagi menyokong inisiatif sektor swasta, Bajet 2004 dijangka mempertingkatkan lagi daya saing negara dan memperkukuhkan daya tahan ekonomi untuk menghadapi ancaman luar demi menjamin pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi. Dengan demikian, ekonomi Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan yang lebih kukuh di paras antara 5.5% hingga 6% bagi 2004.