Pengurusan Kualiti Majlis Perbandaran Seberang Perai

Di samping itu, MPSP turut mementingkan aspek penjagaan alam sekitar dalam usaha untuk membantu mencegah pencemaran alam yang menjadi salah satu penye...

0 downloads 7 Views 3MB Size
Pengurusan Kualiti Majlis Perbandaran Seberang Perai

YANG DIPERTUA SETIAUSAHA PERBANDARAN

24 AHLI MAJLIS

UNIT PENGIRING

KHIDMAT PENGURUSAN UNIT AUDIT DALAM

UNDANG - UNDANG

UNIT OSC

PERKHIDMATAN KESIHATAN

UNIT BUTTERWORTH BARU

KEJURUTERAAN

UNIT PELANCONGAN, SENI & WARISAN

BANGUNAN PERANCANG BANDAR PERBENDAHARAAN PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA PELESENAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN DIREKTORAT PENGUATKUASAAN PESURUHJAYA BANGUNAN KEMASYARAKATAN KORPORAT & PERHUBUNGAN ANTARABANGSA LANDSKAP TEKNOLOGI, INFORMASI & KOMUNIKASI PENGURUSAN KRISIS

“Seberang Perai Resilient, Inklusif,Hijau, Kompetitif dan Bandar Pintar Dipacu Teknologi”

3

Sistem Pengurusan berteraskan kualiti dilaksanakan dengan matlamat utama yang berorientasikan pelanggan, di mana setiap aspek pelaksanaan aktiviti mengambil kira kepentingan Stakeholders MPSP. Adalah menjadi keutamaan MPSP untuk memenuhi ekspektasi pelanggan yang juga warga Seberang Perai yang sentiasa mahu agar MPSP memberikan perkhidmatan cepat, berkesan, tepat, mudah dan telus. Di samping itu, MPSP turut mementingkan aspek penjagaan alam sekitar dalam usaha untuk membantu mencegah pencemaran alam yang menjadi salah satu penyebab kepada pemanasan global. ‘Tagline’ baru MPSP yang digubal “ Seberang Perai Aspirasi Bandar Masa Hadapan” merupakan komitmen MPSP untuk merealisasikan Seberang Perai sebagai Bandar Rendah Karbon menjelang 2022 berpaksikan Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) yang memberi fokus kepada Seberang Perai yang Resilient, Inklusif, Hijau, Kompetitif dan Bandar Pintar Dipacu Teknologi” Dalam melaksanakan tugas memberi perkhidmatan dan menyediakan kemudahan infrastruktur kepada komuniti, MPSP turut menitikberatkan soal keselamatan warga kerja MPSP dan orang awam sama ada semasa pelaksanaan kerja oleh pihak MPSP sendiri atau oleh kontraktor yang dilantik. Sistem Pengurusan Berteraskan Kualiti yang dilaksanakan mendokong erat hala tuju MPSP seperti mana yang digariskan dalam Pelan Strategi Seberang Perai 2018-2022 untuk MPSP terus bergerak ke depan mewujudkan International & Intelligent City berdasarkan objektif pelaksanaan sistem-sistem Kualiti yang mempunyai sasaran berikut:

1.

Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 (QMS) Dipersijilkan oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd pada 17 Disember 1999 bagi versi ISO 9002:1994 (Ditukar kepada ISO 9001:2015 dan dipersijilkan pada 18 November 2016) Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pemberian perkhidmatan, di mana proses kerja jabatan disusun atur secara sistematik dan dilaksanakan dengan penambahbaikan berterusan menggunakan kecekapan teknologi terkini untuk mempercepatkan perkhidmatan kepada pelanggan. Proses kerja disemak dari semasa ke semasa untuk mengenalpasti risiko yang boleh menjadi penghalang kepada keupayaan MPSP mencapai objektif Kualiti yang telah ditetapkan dalam perkhidmatan yang diberikan.

2.

Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001:2004 (EMS) Dipersijilkan oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd pada 14 Jun 2006. Ditukar kepada ISO 14001:2015 pada 18 November 2016 Sistem ini selari dengan usaha-usaha Pihak Berkuasa bukan sahaja di peringkat negeri dan persekutuan, malah di peringkat antarabangsa dalam usaha untuk mengurangkan pencemaran dan meningkatkan usaha mewujudkan persekitaran yang hijau, bersih dan sihat. MPSP mengambil inisiatif dengan melaksanakan sistem ini bagi menggalakkan kakitangan serta komuniti Seberang Perai meningkatkan akitiviti-aktiviti penjagaan alam sekitar. Serta mengurangkan pencemaran. Program-program yang dilaksanakan melalui sistem ini contohnya:a)

Mempromosi dan menggalakkan program kitar semula di kawasan perindustrian dan komuniti setempat untuk mengurangkan indeks pembuangan sampah;

b) c) d) e) f) g) h) 3.

Mengurangkan pencemaran asap hitam bagi semua kenderaan MPSP Mengurangkan penggunaan kertas, air dan elektrik; Mengambil langkah-langkah mengawal leachate di tapak pelupusan sampah ; Mengambil langkah-langkah mengawal keciciran sampah dan tumpahan leachate semasa proses kerja kutipan sampah; Mengambil langkah-langkah mengawal pembuangan sisa toksid di tapak pelupusan sampah; Melaksanakan pengasingan sisa di punca termasuk kepada peniaga-peniaga makanan; Menjalankan usaha pasar awam dan pasar malam bebas sampah serta turut melaksanakan pengasingan di punca;

Sistem Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan OHSAS 18001:2007 (OSHMS) Dipersijilkan pada 28 Ogos 2013 Sistem ini bertujuan meminimakan risiko berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan memastikan pelaksanaan prosedur kerja selamat . Ianya memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan terutamanya warga kerja MPSP terjaga, kerana kakitangan adalah aset yang tak ternilai bagi MPSP. Tidak ketinggalan juga MPSP mengambil kira aspek keselamatan orang awam dan kontraktor yang berada dalam kawasan bangunan MPSP serta di kawasan pelaksanaan kerja oleh kakitangan/kontraktor MPSP.

Melalui sistem ini program-program kesedaran telah diwujudkan di kalangan kakitangan dan pihakpihak/kontraktor-kontraktor yang melaksanakan kerja bagi MPSP. Penambahbaikan dari sistem ini, MPSP telah menyediakan dan menambahbaik keperluan peralatan keselamatan bagi pelaksaan aktiviti-aktiviti yang berisiko seperti kakitangan penyelenggaran pembersihan dan landskap, Unit Skuad Khas dan lain-lain kakitangan yang bertugas di lapangan. MPSP juga akan memastikan kontraktor-kontraktor yang melaksanakan kerja untuk MPSP dan bagi pihak MPSP memberikan keutamaan dalam aspek pengurusan kerja dan pemberian perkhidmatan yang berkualiti, mementingkan pemeliharaan alam sekitar dan penjagaan keselamatan kakitangan serta orang ramai ketika melaksanakan kerja-kerja bagi pihak MPSP. 4.

Sistem Pengurusan Tenaga ISO 50001:2011 (EnMS) Dipersijilkan oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd pada 15 Ogos 2014 MPSP mensasarkan pengurangan penggunaan tenaga sebagai mendokong usaha antarabangsa menangani masalah perubahan cuaca dunia . Konsep Go Green dan Green Inisiative diaplikasi melalui pelaksanaan sistem ini di MPSP yang mensasarkan pengurangan penggunaan tenaga. Pelepasan haba daripada penggunaan tenaga elektrik yang tinggi secara tak langsung memberi kesan kepada alam sekitar. Justeru, selari dengan pelaksanaan Sistem Pengurusan Alam Sekitar, sistem ini juga dilaksanakan dalam usaha mengurangkan penggunaan tenaga serta menggalakan aktiviti Green/hijau di kalangan kakitangan dan komuniti setempat.

5.

Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti 5S (QEMS) Dipersijilkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 3 Disember 2014 Objektif pelaksanaan 5S di MPSP adalah : Peningkatan Kualiti Kerja Dan Perkhidmatan Peningkatan Produktiviti Penjimatan Kos Peningkatan Semangat Kerja Berpasukan Peningkatan Kepuasan Hati Pelanggan MPSP mensasarkan untuk meningkatkan tahap motivasi bekerja di kalangan kakitangan. Keselesaan persekitaran kerja serta sistem kerja yang teratur mewujudkan suasana kerja yang kondusif serta meningkatkan daya usaha kakitangan. Sistem ini sebenarnya adalah asas kepada semua sistem kualiti yang ada, di mana ianya menyediakan keperluan asas ke arah pemberian perkhidmatan yang efisyen. Antara hasil pelaksanaan 5S ini, pengurusan fail lebih mudah dan cepat. Sesebuah fail yang disimpan boleh dikesan dalam masa tidak lebih 30 saat. Selain daripada itu, setiap aktiviti kerja di MPSP mempunyai Standard Operating Procedure (SOP) bagi memudahkan pengurusan dan kakitangan sendiri melaksanakan tugas secara standard, cepat dan tepat serta memudahkan kerja pemantauan. Permasalahan yang berlaku boleh dikesan asal atau puncanya dari proses yang mana. Justeru, penambahbaikan segera boleh diambil bagi mengatasi masalah yang berlaku dan mengelakkan ianya berulang.

6.

7.

Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat ISO/IEC 27001:2013 (ISMS) . MPSP mendapt persijilan ISMS ini pada 25 Mac 2016. SIstem ini dilaksanakan dengan objektif untuk memelihara keselamatan maklumat dalam aspek a.

Kerahsiaan (Confidentiality): Melindungi /memelihara/menyekat maklumat daripada pendedahan yang

b.

Ketepatan Dan Kelengkapan Maklumat (Integrity)

c.

Ketersediaan (Availability) Memastikan maklumat yang diperlukan dalam proses pemberian perkhidmatan sentiasa ada dan boleh diguna serta perkhidmatan dapat diberikan kepada pengguna setiap kali apabila diperlukan

tidak dibenarkan

Sistem Pengurusan Anti-Suapan (Anti-Bribery) ISO 37001:2016 (ABMS) MPSP mendapat persijilan ini pada 20 Oktober 2017 dan MPSP merupakan organisasi pertama di Malaysia mendapat persijilan ini daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd. Sistem ini menekankan aspek integriti dalam pengurusan dan pemberian perkhidmatan. Kawalan ke atas semua warga kerja dibuat seawal proses pengambilan. Kawalan adalah secara komprehensif sama ada kawalan kewangan dan bukan kewangan. Ianya mementingkan prinsip ketelusan dalam melaksanakan kerja.

PENGURUSAN KUALITI MPSP Struktur Jawatankuasa Pemandu Kualiti YANG DIPERTUA (PENGERUSI) SETIAUSAHA PERBANDARAN (PENGURUS KUALITI)

PENGERUSI AUDIT KUALITI DALAMAN

AUDITOR KUALITI DALAMAN

PENGARAH PERANCANG BANDAR

PEGAWAI KUALITI & AHLI-AHLI

PENGARAH PERKHIDMATAN PERBANDARAN

PENGARAH KEJURUTERAAN

PENGARAH PELESENAN

PEGAWAI KUALITI & AHLI-AHLI

PEGAWAI KUALITI & AHLI-AHLI

KETUA UNIT OSC

PENGARAH PERBENDAHARAAN

PEGAWAI KUALITI & AHLI-AHLI

PEGAWAI KUALITI & AHLI-AHLI

PEGAWAI KUALITI & AHLI-AHLI

PENGARAH TEKNOLOGI, INFORMASI & KOMUNIKASI

PENGARAH PERKHIDMATAN KESIHATAN

PENGARAH PESURUHJAYA BANGUNAN (COB)

PEGAWAI KUALITI & AHLI-AHLI

PEGAWAI KUALITI & AHLI-AHLI

PEGAWAI KUALITI & AHLI-AHLI

PENGARAH KHIDMAT PENGURUSAN

PEGAWAI KUALITI & AHLI-AHLI

PENGARAH LANDSKAP

PEGAWAI KUALITI & AHLI-AHLI

PENGARAH DIREKTORAT PENGUATKUASAAN

PEGAWAI KUALITI & AHLI-AHLI

PENGARAH BANGUNAN

PENGARAH UNDANGUNDANG

PEGAWAI KUALITI & AHLI-AHLI

PEGAWAI KUALITI & AHLI-AHLI

WAKIL PENGURUSAN KUALITI

PEMBANTU WAKIL PENG.URUSAN KUALITI

PENGARAH KEMASYARAKATAN

PENGARAH PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA

PEGAWAI KUALITI & AHLI-AHLI

PEGAWAI KUALITI & AHLI-AHLI

PENGARAH KORPORAT & PERHUBNGAN ANTARABANGSA

KETUA JABATAN PENGURUSAN KRISIS

PEGAWAI KUALITI & AHLI-AHLI

PEGAWAI KUALITI & AHLI-AHLI

MPSP membuat perancangan hala tuju Seberang Perai yang didokumenkan untuk membolehkan penduduk mengetahui apa yang akan dilaksanakan oleh MPSP dalam memacu pembangunan di Seberang Perai. Sumber-sumber informasi berkenaan ekspektasi dan keutamaan yang perlu diberi fokus oleh MPSP diperolehi melalui sesi soal selidik bajet dan soal selidik penduduk secara rawak yang dijalankan oleh MPSP serta informasi langsung daripada pelbagai medium yang disediakan oleh MPSP untuk memberi ruang kepada penduduk/stakeholders memberi pandangan, cadangan, komen dan sebagainya. Hasil daripada informasi yang diperolehi serta digembelingkan, MPSP merangka Pelan Strategi Seberang Perai untuk tempoh beberapa tahun. Diawal perancangan ianya dibuat untuk tempoh sepuluh tahun dan bermula 2011, Pelan Strategi digubal untuk tempoh lima tahun bagi memudahkan semakan , penambahbaikan dan pembaharuan dilaksanakan mengikut perubahan arus semasa dan ekspektasi penduduk/stakeholders.

11

12

Seberang Perai Aspirasi Bandar Masa Hadapan

13

14

1. Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 (QMS) Persijilan QMS sejak 1999. Pada tahun ini telah ditukar kepada ISO 9001:2015 2. Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001:2004 (EMS) Persijilan EMS sejak 2006. Pada tahun ini telah ditukar kepada ISO 14001:2015 3. Sistem Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan OHSAS 18001:2007 (OSHMS) Persijilan Sejak 2013 4. Sistem Pengurusan Tenaga ISO 50001:2011 (EnMS) Persijilan sejak 2014 5. Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti 5S (QEMS) . Persijilan Sejak 2014 6. Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat ISO/IEC 27001:2013 (ISMS) Persijilan sejak 2016 7. Sistem Pengurusan Anti-Suapan/Sogokan ISO 37001:2016 (ABMS) Persijilan pada 20 Oktober 2017 15

PERSIJILAN KUALITI MPSP DAN PENGIKTIRAFAN THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS (MBR)

PERJALANAN ISMS DI MPSP

Persijilan ABMS 2017 2016 Persijilan ISMS

2015 The Malaysia Book Of Records

2014 Persijilan EnMS dan Persijilan 5S 2013 Persijilan OSHMS

2006 Persijilan EMS 1999 Persijilan QMS 16

17

INTEGRASI SISTEM KUALITI MPSP 2015

-

Pelaksanaan Integrasi Sistem Pengurusan Kualiti (QMS), Alam Sekitar (EMS), Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHMS) , Sistem Pengurusan Tenaga (EnMS). Integrasi dari segi dokumentasi dan pelaksanaan. Menjadi PBT pertama mengintegrasikan empat sistem serentak dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Berteraskan Kualiti.

2016

-

Integrasi QMS, EMS, OSHMS, EnMS, Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS). Integrasi dari segi pelaksanaan dokumentasi, pelaksanaan, audit dalaman dan audit luar. Juga menjadi PBT pertama mengintegrasikan lima sistem serentak dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Berteraskan Kualiti dan pengauditan.

2017

-

Melaksanakan pertukaran QMS dan EMS versi baru (ISO 9001:2015 dan ISO 14001:2015) serta menjadi ORGANISASI pertama melaksanakan Sistem Pengurusan Anti-Suapan/Sogokan ISO 37001:2016 (ABMS) . Ketiga- tiga sistem ini berkuatkuasa pada 1 Mei 2017. Integrasi dibuat ke atas enam sistem ( QMS, EMS, ISMS, OSHMS, ABMS dan EnMS) termasuk dari segi dokumentasi dan pelaksanaan serta pengauditan.

SKOP PERSIJILAN SISTEM PENGURUSAN BERINTEGRASI MPSP Pengurusan Perkhidmatan Munisipal Seberang Perai merangkumi proses utama dan sokongan: - Kelulusan Dan Kawalan Pembangunan - Penilaian Harta Berkadar - Penyelenggaraan Pembersihan (Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Am) - Penyelenggaraan Landskap - Pelesenan - Penguatkuasaan - Perundangan

Untuk ISO 50001:2011 (EnMS) Skop Persijilan adalah: Operasi dan Penyelenggaraan Bangunan Ibu Pejabat MPSP, Perda

DOKUMENTASI INTEGRASI BIL

NAMA PROSEDUR

NO. DOKUMEN

1

MANUAL/WP

2

Manual Sistem Pengurusan Berintegrasi : ISO 9001:2015 (QMS) ISO 14001:2015 (EMS) ISO/IEC 27001:2013 (ISMS) ISO 37001:2016 (ABMS) OHSAS 18001:2007 (OSHMS) ISO 50001:2011 (EnMS) Audit Dalaman

3

Kawalan Dokumen Dan Rekod

PK-KDR / WP

4

Kawalan Ketidakpatuhan

PK-KTP / WP

5

Komunikasi, Penyertaan Dan Perundingan

PK-KM/WP

6 7

Kesedaran, Latihan Dan Kompetensi Objektif, Sasaran, Program Dan PelanTindakan

PK-LAT/KP PK-OSP/WP

8

Pemantauan Dan Pengukuran

PK-PP/KP

9

Perolehan

PK- / KP

10

Perundangan Dan Lain-Lain Keperluan

PK – UU / UND

11

Tindakan Pembetulan

PK-TP / WP

12

Pengurusan Risiko (kecuali EnMS)

PK – AD /WP

PK-PR/WP

13

Tindakan Menghadapi Kecemasan (EMS, OSHMS dan ISMS sahaja)

PK-TK/WP

14

Pengurusan Insiden (EMS, OSHMS dan ISMS sahaja)

PK-PI/WP

15

Tindakan Pencegahan (EnMS dan OSHMS sahaja)

PK-TPC/WP

SENARAI DOKUMENTASI SISTEM PENGURUSAN KUALITI MPSP

SISTEM PENGURUSAN

MANUAL

PROSEDUR

ARAHAN KERJA

EMP

SOP

JUMLAH DOKUMENTASI

QMS

-

41

8

-

3

52

EMS

-

3

3

15

-

21

ISMS

-

2

-

-

-

2

ABMS

1

-

-

-

20

21

OSHMS

-

4

-

-

2

6

ENMS

-

2

-

-

-

2

SISTEM PENGURUSAN BERINTEGRASI

1

14

-

-

-

15

JUMLAH

2

66

11

15

25

119