Penilaian dan Penambahbaikan Sistem Penilaian …

METODE KAJIAN 1. Kajian ... pembelajaran perlu memberi fokus kepada aplikasi secara praktikal terhadap strategi ... (Makalah dalam Prosiding) 1...

0 downloads 15 Views 165KB Size
PROSIDING SEMINAR PEMANTAUAN PROJEK PTS-FPI, 24 MAC 2012 Prosiding Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan Tindakan/Strategik (PTS) Fakulti Pengajian Islam 2012 disunting oleh: Ezad Azraai Jamsari, Zamri Arifin, Mohd. Al Adib Samuri, Mohd. Zamro Muda, Ahmad Munawar Ismail, Muhamad Razak Idris, Hakim Zainal, Roziah Sidik @ Mat Sidek, Muhamad Faisal Asha’ari, Salasiah Hanin Hamjah, Fadlan Mohd Othman, Latifah Abdul Majid, Moktar Hussain, Suhaila Zailani @ Ahmad, Hasbi Mat Harun & Mohd Faizal Khatab © Fakulti Pengajian Islam, UKM, ISBN 978-967-5478-47-5 (2012), http://www.ukm.my/fpipts/online%20proceedings.html

Penilaian dan Penambahbaikan Sistem Penilaian Subjek PZ6013 Bahasa Arab Pengukuhan I di Jabatan Pengajian Arab dan Tamdun Islam, FPI, UKM 1,2

Kod Projek: UKM-PTS-078-2010 Hakim Zainal (Ketua Projek), 1,2Kaseh Abu Bakar, 1Maheram Ahmad & 1Md. Nor Abdullah 1

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam 2 Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB) Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor

PENGENALAN / PERNYATAAN MASALAH Pelajar Pasca Siswazah bukan Arab yang diterima masuk ke Program Pengajian Siswazah, sama ada bidang Sarjana mahupun Doktor Falsafah, diwajibkan menduduki Peperiksaan Penempatan Bahasa Arab. Mereka yang gagal melepasi markah yang ditetapkan dikehendaki mendaftar subjek PZ6023 Bahasa Arab Pengukuhan II sahaja, atau bersekali dengan subjek PZ6013 Pengukuhan Bahasa Arab I. PZ6013 Pengukuhan Bahasa Arab I lebih menumpukan kepada bidang Morfologi di samping Tatabahasa dan penumpuan teks adalah kepada yang kontemporari sahaja, manakala PZ6023 Pengukuhan Bahasa Arab II pula mengukuhkan pengetahuan Morfologi dan memperkasakan Tatabahasa Arab dengan penumpuan teksnya kepada yang tradisional (Fakulti Pengajian Islam 2009). PZ6013 Pengukuhan Bahasa Arab I mempunyai sistem penilaian tersendiri, iaitu:    

Peperiksaan Akhir (Soalan berbentuk objektif) Tugasan (penyediaan portfolio Morfologi & Tatabahasa) Aktiviti (Persembahan Readers Theater bahasa Arab) Penglibatan dalam kelas

50% 30% 15% 05%

Namun begitu, ada rungutan dalam kalangan tenaga pengajar subjek tersebut bahawa sebilangan pelajar masih lagi tidak dapat mencapai objektif yang disasarkan, tambahan pula, sejak program ini dijalankan belum pernah satu usaha untuk menilai sejauhmana program dan sistem penilaiannya ini dapat mencapai objektif yang digariskan. Penilaian ini amat penting dilakukan demi memastikan bahawa program yang dijalankan dapat mencapai objektifnya dan sistem penilaian yang digunakan juga adalah satu sistem yang dapat mengukur keupayaan pelajar dalam menguasai bahasa Arab bagi peringkat pasca siswazah sama ada dari segi penguasaan kemahiran berbahasa Arab terutamanya aspek bacaan dan kefahaman.

1

PROSIDING SEMINAR PEMANTAUAN PROJEK PTS-FPI, 24 MAC 2012

OBJEKTIF KAJIAN 1.

Menilai kandungan subjek PZ6013 Pengukuhan Bahasa Arab I yang ditawarkan kepada pelajar pasca siswazah Fakulti Pengajian Islam yang gagal dalam Ujian Kelayakan Bahasa Arab.

2.

Menilai keberkesanan sistem penilaian subjek PZ6013 Pengukuhan Bahasa Arab I untuk mengukur keupayaan pelajar pasca siswazah FPI dalam berbahasa Arab.

3.

Mencadangkan penambahbaikan dalam sistem penilaian dan silibus subjek PZ6013 Pengukuhan Bahasa Arab I. METODE KAJIAN

1.

Kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis dokumen, iaitu dengan membuat penilaian terhadap silibus subjek PZ6013 Pengukuhan Bahasa Arab I dan sistem penilaian yang digunakan dalam subjek tersebut. Beberapa orang pakar pengajaran bahasa Arab akan diambil pandangan mereka terhadap silibus dan sistem penilaian subjek tersebut.

2.

Soal selidik: Satu set soal selidik telah diagihkan kepada pelajar yang mendaftar subjek PZ6013 Pengukuhan Bahasa Arab I bagi mendapatkan pandangan mereka terhadap keberkesanan silibus. ULASAN KEPUSTAKAAN

Kelesuan peningkatan kemahiran membaca dan kemahiran berbahasa yang penting untuk pengajian menggunakan bahasa Arab adalah berkemungkinan disebabkan oleh pergantungan secara berterusan keapda guru dan paradigma ‘makan disuap’ (spoon feeding) dalam pengalaman pembelajaran yang dilalui oleh pelajar sejak sekian lama. Untuk memenuhi keperluan yang dinyatakan di atas dan untuk mengatasi cabaran tersebut, kursus ini perlu direka untuk memberikan pelajar pengalaman kurikulum yang berbeza. Lantaran itu, reka bentuk semasa untuk kursus pengukuhan bahasa Arab ini telah dicadang dan diluluskan dalam satu bengkel yang diadakan pada bulan Mei 2008 (Kaseh, 2008). Ini adalah satu pengalaman baru yang cuba berenggang daripada pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru, dan cuba per’pindah kiblat’ kepada berpusatkan pelajar. Pelajarlah yang akan menjadi lebih banyak terlibat dalam proses pembelajaran yang berkesan (Nunan, 1988). Untuk meningkatkan pergantungan pelajar kepada diri mereka sendiri, dan untuk menggalakkan rasa kepunyaan, kebertanggungjawaban dan pelajar berkeupayaan untuk mengikuti pembelajaran sepanjang hayat, pereka kursus mencadangkan satu kurikulum yang membekalkan pelajar dengan kemahiran belajar dan strategi (Benson & Voller, 1997; Dickinson , 1992). Oleh itu, objektif kursus ini telah ditetapkan untuk melatih pelajar agar berupaya memahami teks Arab kontemporari dengan menekankan interaksi yang berkesan dengan teks dan pembinaan makna yang aktif (Bernhardt 1991). Pengajaran dan pembelajaran perlu memberi fokus kepada aplikasi secara praktikal terhadap strategi membaca, interaksi individu dan kumpulan dengan teks, penggunaan kamus sebagai sumber untuk pemahaman dan pengayaan perbendaharaan kata secara kendiri. Kedua-dua bacaan secara intensif dan ekstensif untuk kefahaman ditekankan. Penumpuan juga 2

PROSIDING SEMINAR PEMANTAUAN PROJEK PTS-FPI, 24 MAC 2012

diberikan kepada aspek membaca dengan kuat untuk pembelajaran bahasa Arab (Larkin 1995). Pembacaan dengan kuat dilaksanakan melalui aktiviti Reader’s Theater menggunakan teks sastera (Noble 1976; Koziol & Richards, 1996). Pembacaan Teater ini memberikan penumpuan terhadap tatabahasa, aplikasi praktikal morfologi asas bahasa Arab dan tatabahasanya untuk membantu kefahaman dan cara penggunaan kamus. Walaupun penekanan terhadap i'rab sangat ditekankan dalam kelas pengajaran bahasa Arab tradisional, namun, ia diberikan penekanan yang sangat minima, kerana peranannya dalam pemahaman boleh diabaikan dan terkadang ia boleh menghalang kefahaman (Khaldieh, 2001). Merujuk kepada penilaian hasil pembelajaran, pencapaian pelbagai petunjuk dan kemajuan pembelajaran (Nitko, 2004; Genesee & Upshur, 1996) serta penilaian pendidikan (Wiggins, 1998) dipercayai boleh menambah lebih pengalaman pembelajaran yang berkesan dan pencapaian hasil pembelajaran yang optimum. Sehingga kini, penilaian berasaskan bilik darjah dan penilaian berasaskan prestasi dimasukkan ke dalam kurikulum di samping pemeriksaan formal. Manakala semua kriteria untuk penilaian disampaikan secara lisan dan di cetak untuk pelajar pada pertemuan pertama (Kaseh & Maheram, 2008; Hakim & Kaseh, 2010). Pelajar dinilai berdasarkan i) prestasi peperiksaan secara objektif dalam morfologi, kemahaman dan tatabahasa; ii) berjaya menyediakan portfolio pembelajaran yang merangkumi pembacaan ekstensif, aplikasi strategi membaca, morfologi dan tatabahasa; dan iii) persembahan dalam aktiviti Reader’s Theatre. PERBINCANGAN DAPATAN Aspek yang perlu penambahbaikan Ia adalah jelas daripada dapatan di atas bahawa pelajar berpuas hati dengan objektif kursus, kandungan kursus, pengajaran, pengalaman pembelajaran dan penilaian. Kepuasan yang lebih rendah secara relatif berhubung dengan perkara-perkara logistik untuk Readers Theatre tidak menghalang pencapaian hasil yang diharapkan. Walau bagaimanapun, penyelidik percaya bahawa logistik dan kemudahan yang lebih baik boleh menjadikan pelajar menjalankan aktiviti secara lebih serius dengan persediaan dan prestasi yang lebih baik. Dengan merujuk kepada peningkatan persepsi, peningkatan dalam tatabahasa adalah agak lebih rendah berbanding dengan perkara-perkara lain. Salah satu sebabnya ialah berkemungkinan pelajar telah belajar tatabahasa secara terperinci dalam pengalaman mereka yang lalu, sedangkan dalam pembelajaran semasa, sangat sedikit aspek tatabahasa ditekankan dan terhad kepada aspek-aspek yang penting yang membawa nilai komunikatif teks. Dapatan juga membayangkan bahawa terdapat juga keperluan untuk mengkaji sebabsebab yang mendasari peningkatan yang sedikit dirasai oleh sesetengah pelajar. Antara Faktor kurang kesediaan untuk menjadikan bentuk pengajaran berpusatkan pelajar dan autonomi pembelajaran (Cotterall, 1995) ialah kaedah pengajaran yang tidak konsisten, kurang motivasi (Dornyei, 2001) atau terdapat tahap keupayaan yang berbeza di dalam kelas. Pengukuhan melalui pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan aktiviti penilaian Pelajar memberi keterangan bahawa pengalaman pembelajaran mereka yang diperolehi dalam kursus ini adalah berbeza dan lebih berkesan daripada pengalaman mereka sebelum ini. Prinsip-prinsip reka bentuk yang mendasari kursus ini seperti pengajaran perpusatkan pelajar, pembelajaran autonomi, dan penilaian mendidik nampaknya berhasil dalam 3

PROSIDING SEMINAR PEMANTAUAN PROJEK PTS-FPI, 24 MAC 2012

meningkatkan keyakinan pelajar, motivasi dan kemahiran untuk berinteraksi dengan teks bahasa Arab. Ia juga telah membawa kepada beberapa penambahbaikan dalam aspek morfologi dan sintaksis yang penting untuk kefahaman bacaan. Penambahbaikan sikap dan tatacara dalam penggunaan kamus Arab-Arab berbanding kamus lain juga membantu pelajar menjadi lebih pintar dan bebas dalam bacaan mereka. Semua ini memperkasakan pelajar dengan erti kata bahawa mereka bertanggungjawab dalam pembelajaran mereka. Mereka boleh berada di dalam kawalan proses dan telah bersedia untuk berbuat demikian, dan kerana itu mereka seharusnya mampu untuk meneruskan lagi pembelajaran dengan yakin dan secara kendiri (Benson & Voller,1997; Dickinson, 1992). Ini adalah selaras dengan tujuan kursus yang membolehkan pelajarpelajar siswazah untuk melanjutkan pengajian dan mendapat manfaat daripada sumbersumber berbahasa Arab dengan yakin dan kendiri untuk penyelidikan, pembelajaran dan pembangunan profesional sepanjang hayat mereka. PENCAPAIAN PROJEK (OUTPUT) Penerbitan (Buku Suntingan) 1.

Buku Panduan Praktikal Pelaksanaan Readers’ Theatre untuk pembelajaran bahasa. Ia meliputi panduan terperinci untuk persediaan, pelaksanaan dan penilaian bagi memacu perkembangan kemahiran bacaan pelajar (dalam proses penyediaan dan penerbitan).

Penerbitan (Makalah dalam Prosiding) 1.

Hakim Zainal, Kaseh Abu Bakar, Maheram Ahmad, Md.Nor Abdullah, 2011: The Empowerment of Postgraduate Students in Arabic. Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM, 2010; Tanjung Keling, Melaka (Procedia - Social and Behavioral Sciences), Vol. 18, 2011, 481-490.

2.

Hakim Zainal, Md. Nor Abdullah, Maheram Ahmad, Kaseh Abu Bakar, 2010, Pemerkasaan bahasa Arab dalam Pengajian Pasca Siswazah Fakulti Pengajian Islam UKM, Kongres Pengajaran dan Pembelajaran 2010, UKM.

Persidangan/Bengkel 1.

Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM 2010. 12 - 15 Disember 2010. Melaka.

Modal Insan (Pembantu Penyelidik) 1.

Hanif Md Lateh @ Junid (No. K/P: 861120335679)

4

PROSIDING SEMINAR PEMANTAUAN PROJEK PTS-FPI, 24 MAC 2012

PERBELANJAAN

RUJUKAN Bernhardt, E. (1991). Reading development in a second language: theoretical, empirical and classroom perspectives. Norwood: Ablex. Benson, P. & Voller, P. (1997). Autonomy and independence in language learning. London: Longman. Cotterall, S. (1995). Readiness for autonomy: Investigating learner beliefs. System, 23 (2), 195-205. Dickinson, L. (1992). Learner training for language learning. Dublin: Authentik. Dornyei, Z. (2001). New themes and approaches in second language motivation research. Annual Review of Applied Linguistics, 21, 43-59. Fakulti Pengajian Islam. (2010). Panduan Siswazah Sesi Akademik 2010-2011. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Genesee, F. & Upshur, J.A. (1996). Classroom-based evaluation in second language education. Cambridge: Cambridge University Press. Hakim Zainal & Kaseh Abu Bakar. (2010). Modul PZ6013 Bahasa Arab pengukuhan 1. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kaseh Abu Bakar & Maheram Ahmad. (2008). Modul PZ6013 Bahasa Arab Pengukuhan 1. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kaseh Abu Bakar. (2008). Bahasa Arab Pengukuhan PZ6013 dan PZ6023. A paper presented at Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam 2008 [Workshop on Remedial Arabic Department of Arabic Studies & Islamic Civilization 2008] 9-11 May 2008, Kuala Lumpur. Khaldieh, S. (2001). The relationship between Knowledge of I'rab, lexical knowledge and reading comprehension of non-native readers of Arabic. The Modern Language Journal, 85 (3), 416-431. 5

PROSIDING SEMINAR PEMANTAUAN PROJEK PTS-FPI, 24 MAC 2012

Koziol, S.M. Jr. & Richards, L.A. Basic informal drama exercises for active learning in the primary classroom: A practical handbook. Sarajevo, Bosnia: UNICEF Larkin, M. (1995). The role for close reading in the elementary Arabic curriculum. In M. Al-Batal (ed.) The teaching of Arabic as a foreign language: Issues and directions (pp. 157-173). Provo: American Association of Teachers of Arabic. Nitko, A.J. (2004). Educational assessment of students. Upper Saddle River: Merril. Noble, J.A. (1976). Readers Theatre: Oral reading with purpose. ED Reproduction No. 177519. www.eric.ed.gov/EricWebPortal. Nunan, D. (1988). The learner-centered curriculum. Cambridge: Cambridge University Press. Wiggins, S. (1998). Educative assessment: Designing assessments to inform and improve student performance. San Francisco, CA: Jossey Bass.

6