Penyertaan komuniti dalam bidang keusahawanan luar bandar

GEOGRAFIA Online TM Malaysia Journal of Society and Space 8 issue Themed Issue on Between Development and the Environment - Focus on the Community...

0 downloads 39 Views 239KB Size
GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space 8 issue 9 (84 - 96) Themed Issue on Between Development and the Environment - Focus on the Community © 2012, ISSN 2180-2491

84

Penyertaan komuniti dalam bidang keusahawanan luar bandar 1

2

3

Azlizan Talib , Hamzah Jusoh , Yahaya Ibrahim , Habibah Ahmad

2

1

Pusat Pengajian Kerajaan, Kolej Undang-undang, Kerajaan & Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, 2Pusat Pengajian Sosial Pembangunan and Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 3Universiti Malaysia Terengganu

Correspondence: Azlizan Talib (email: [email protected])

Abstrak Keusahawanan sering diiktiraf sebagai pemangkin dalam mengubah dan meningkatkan taraf hidup sesebuah komuniti. Bagi memastikan keberkesanannya, penyertaan komuniti dalam bidang keusahawanan adalah perlu, terutamanya dalam projek-projek pembangunan di kawasan luar bandar. Walau bagaimanapun, tahap penyertaan komuniti dalam bidang keusahawanan adalah masih rendah. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penyertaan komuniti dalam keusahawanan, agar hala tuju penyertaan komuniti dalam bidang ini dapat dikenal pasti. Selain itu, faktor-faktor pelengkap lain yang menentukan trend ini di kawasan luar bandar juga dibincangkan. Melalui penyertaan aktif dalam kalangan ahli-ahli komuniti, diharapkan keusahawanan luar bandar akan maju ke arah kemakmuran dan kejayaan pembangunan kawasan luar bandar Katakunci: Gerakan Daya Wawasan, keberkesanan, keusahawanan, luar bandar, penyertaan komuniti, taraf hidup

Community participation in rural entrepreneurship Abstract Entrepreneurship is often recognized as a catalyst in changing and improving the standard of living of community members. Ensuring the community participation in entrepreneurship is deemed necessary for its effectiveness, particularly in projects initiated in the rural areas. However, the level of community's participation in entrepreneurship is rather low. This article aims to identify factors that influence the level of community's participation in order to mark the future direction of entrepreneurship. Other complementary factors that determine these trends in rural areas are also discussed. Through active participation among community members, it is anticipated that rural entrepreneurship will be progressing towards prosperity and success in rural areas. Keywords: community participation, effectiveness, entrepreneurship, Gerakan Daya Wawasan, rural, standard of living

Pengenalan Penyertaan komuniti berperanan melatih dan membiasakan komuniti untuk melakukan kerja sendiri dan akan memudahkan mereka untuk meneruskan kerja tersebut atau membuat tindakan susulan di kemudiannya. Penyertaan juga dapat memastikan komuniti terlibat dan turut serta dalam proses perancangan, pelaksanaan, penilaian dan penambahbaikan kerja di setiap peringkat. Melalui penyertaan, komuniti bukan hanya berperanan sebagai penumpang sahaja, sebaliknya bertindak selaku peserta yang

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space 8 issue 9 (84 - 96) Themed Issue on Between Development and the Environment - Focus on the Community © 2012, ISSN 2180-2491

85

aktif dan turut bersama menyumbang ke arah memenuhi objektif program yang dianjurkan. Melalui penyertaan di dalam sesuatu aktiviti yang dianjurkan juga dapat memberikan rasa sepunya dan tanggungjawab terhadap aktiviti tersebut. Jika dilaksanakan dengan baik, ia boleh menimbulkan perasaan bangga komuniti terhadap usaha yang dicurahkan selain komitmen untuk mempertahan dan meneruskan usaha-usaha lain kelak. Penyertaan komuniti seharusnya berpaksikan dan menyasarkan perubahan atau pembangunan kepada komuniti terbabit bagi menghasilkan perubahan yang lebih baik di samping peningkatan dalam kualiti hidup masyarakat. Kerja komuniti yang dilaksanakan dengan tersusun dan mengikut prinsip dan kaedah yang sepatutnya pasti mampu membawa pembangunan atau perubahan yang positif kepada komuniti terbabit. Melalui penyertaan komuniti, perubahan dalam sikap, pandangan, cara berfikir, nilai, tindakan, perhubungan dan pergaulan, persepsi, kebolehan dan kemahiran diri, kepimpinan dan sebagainya seharusnya berlaku dalam diri anggota dan juga komuniti terbabit. Satu tanggungjawab yang amat penting ialah untuk memastikan anggota komuniti dapat menilai komuniti mereka dengan objektif, menyuarakan masalah dan mengenal pasti keutamaan yang perlu diberikan berdasarkan kepada situasi yang dihadapi. Komuniti secara amnya dapat digambarkan melalui kepelbagaian ciri-ciri unik yang dimiliki. Komuniti boleh terdiri dalam kalangan ahli-ahli yang mempunyai kepentingan yang sama atau berbeza serta individu yang tergolong di dalam pelbagai komuniti yang berbeza dan mempunyai hala tuju yang berlainan (Taylor, 2007). Namun begitu, walau pun mempunyai pelbagai kepentingan, keperluan dan objektif yang berbeza, golongan ini masih berkongsi nilai dan matlamat yang sama serta signifikan bagi membentuk satu kumpulan komuniti yang efektif (Arunachalam & Lawrence, 2010). Arnstein (1969) pula yang merupakan penulis awal dalam penyertaan komuniti menyatakan ianya melibatkan pengagihan semula kuasa yang membolehkan mereka mendorong kepada pemulihan sosial serta membolehkannya untuk berkongsi faedah-faedah bersama di dalam masyarakat. Perkara pokok penyertaan adalah berkenaan dengan pengagihan semula kuasa kerana tanpanya sesebuah program pembangunan itu kelihatan kosong dan mengecewakan. Pendapat Arnstein tentang penyertaan komuniti ini turut disokong oleh Rogers et al. (2008) yang mengutarakan konsep yang serupa dengan menyatakan penyertaan komuniti boleh melahirkan perasaan keempunyaan (sense of ownership) dan perasaan perkongsian tanggungjawab (shared responsibility). Penyertaan mampu mewujudkan kemapanan hidup komuniti yang tinggi dan memberikan kesan psikologi serta motivasi kepada pihak berkepentingan untuk mempunyai rasa sense of ownership contohnya dalam menghargai sesebuah projek pembangunan lebih-lebih lagi jika kos bagi projek itu ditanggung bersama oleh mereka. Dalam konteks penyertaan komuniti dalam bidang keusahawanan, perkara pokok yang menjadi tumpuan perbincangan ialah berkenaan dengan tahap penyertaan. Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa tahap penyertaan komuniti dalam bidang keusahawanan terutamanya di kawasan luar bandar adalah masih rendah. Faktor-faktor ini perlu dikenal pasti dan diteliti memandangkan bidang keusahawanan bakal memberikan impak yang besar dan mampu membawa perubahan terutamanya kepada perkembangan aspek sosioekonomi dan fizikal komuniti tempatan. Oleh sebab itu, pelaburan dalam bidang ini terbuka luas kepada sesiapa sahaja terutama bagi mereka yang berkemampuan dari segi modal, kemahiran dan juga kadang-kala kuasa politik bagi menzahirkan agenda pembangunan tersebut. Namun begitu, penyertaan komuniti tidak semudah seperti yang diharapkan. Dalam persekitaran sebenar, ianya dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan kekangan. Jika diteliti, anggota komuniti telah dibiasakan dengan persekitaran dan sistem yang tidak menggalakkan atau memberikan peluang kepada mereka untuk menyuarakan pendapat, membuat keputusan dan mengambil inisiatif untuk melaksanakan sesuatu aktiviti. Selain daripada itu, keadaan dan peraturan, nilai dan budaya serta norma dan amalan tertentu dilihat sudah berakar umbi dalam kehidupan komuniti dan masyarakat serta berkemungkinan komuniti terbabit mencurigai sesuatu perubahan yang cuba dilakukan. Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap penyertaan penduduk tempatan dalam bidang keusahawanan dan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penyertaan tersebut. Artikel ini memberi fokus kepada aspek penyertaan komuniti luar bandar dalam bidang keusahawanan melalui program

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space 8 issue 9 (84 - 96) Themed Issue on Between Development and the Environment - Focus on the Community © 2012, ISSN 2180-2491

86

Gerakan Daya Wawasan (GDW). Program Gerakan Daya Wawasan (GDW) dilihat mampu memainkan peranan dan berfungsi sebagai medium utama dalam menyediakan peluang-peluang ekonomi di luar bandar.

Penyertaan komuniti dan keusahawanan Penyertaan merupakan wadah dan penentu kepada kejayaan atau kegagalan sesuatu program yang dianjurkan. Dalam menentukan hala tuju program terbabit, anggota komuniti seharusnya memainkan peranan yang aktif dengan melibatkan diri di dalam setiap aktiviti atau program yang dianjurkan. Secara umumnya, matlamat penyertaan adalah untuk melibatkan setiap anggota komuniti secara langsung di dalam penganjuran sesuatu program bermula daripada peringkat bawahan iaitu perancangan sehinggalah kepada peringkat pelaksanaan dan pemantauan. Untuk menggalakkan penyertaan komuniti luar bandar terutamanya dalam bidang keusahawanan, Gerakan Daya Wawasan memainkan peranan penting untuk membawa perubahan paradigma dalam kalangan masyarakat desa supaya mereka tidak lagi bergantung semata-mata kepada kerajaan apabila hendak membangunkan kampung mereka sendiri. Sebaliknya mereka sendiri yang menggerakkan inisiatif dan mengetuai usaha ke arah perubahan pembangunan di kawasan setempat dengan bantuan dan bimbingan oleh agensi-agensi kerajaan. Perubahan paradigma ini merupakan perkara praktikal bagi memajukan penduduk kampung kerana sifat terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan (subsidi) menjadikan mereka ini lemah, tidak bermotivasi dan gagal membangunkan kampung mereka sendiri. Lantaran itu, penduduk kampung melalui Gerakan Daya Wawasan ini perlu dibentuk menjadi manusia yang mampu berusaha membangunkan kampung sendiri melalui kesepakatan, struktur organisasi yang cekap dan berkebolehan memikirkan idea-idea baru yang praktikal dan menguntungkan. Dalam konteks luar bandar, penyertaan aktif komuniti di dalam program pembangunan yang dianjurkan amatlah dituntut bagi menentukan hala tuju dan menjamin kejayaan kepada sesuatu program pembangunan yang diadakan terutamanya berkaitan dengan bidang ekonomi. Bagi menyokong hal ini, salah satu strategi yang digariskan dalam menyusun semula masyarakat adalah untuk melahirkan usahawan bumiputera di semua lapangan dan peringkat kegiatan ekonomi bagi membolehkan mereka bersama-sama berganding bahu dengan bukan bumiputera dalam memajukan ekonomi negara dan perdagangan antarabangsa. Johannisson (1990) menyatakan terdapatnya keperluan kepada ‘keusahawanan komuniti’ untuk mengguna pakai sumber jaya yang ada untuk pembangunan setempat. Mereka melihat usahawan komuniti sebagai fasilitator untuk aktiviti keusahawanan berbanding seorang ahli perniagaan yang mewujudkan kerjasama dengan ahli komuniti. Usahawan komuniti seharusnya mengadakan usaha sama sama ada sesama individu atau komuniti terlibat. Haugh & Pardy (1999) menekankan rangkaian sebagai elemen utama dan menyangkal usahawan komuniti boleh memainkan peranan sebagai agen penting dalam persekitaran sosioekonomi. Usahawan komuniti bukan sahaja memainkan peranan di dalam persekitaran keusahawanan malahan turut merangsang ahli komuniti yang lain. Haugh & Pardy (1999) menghuraikan kumpulan komuniti itu sendiri yang memainkan peranan di dalam pelaksanaan ekonomi dan penjanaan sosial bagi komuniti terbabit. Mereka juga turut menjelaskan usahawan komuniti sebagai individu yang memulakan usaha sama berserta komitmen untuk memenuhi objektif komuniti. Berdasarkan kepada interpretasi yang dikemukakan, keusahawanan komuniti dirujuk sebagai penghasilan usaha sama yang baru di mana aktiviti-aktiviti yang dijanakan mampu meningkatkan kualiti persekitaran sosial dan ekonomi penduduk. Keusahawanan komuniti juga dilihat sebagai satu proses untuk membangunkan usaha sama dalam konteks penjanaan aktiviti baru, perkhidmatan atau institusi untuk manfaat dan keperluan anggota komuniti. Austin et al. (2006) menjelaskan usahawan komuniti seharusnya mencorakkan aktiviti keusahawanan ke arah penerokaan dan pengeksploitasian peluang-peluang sosial melalui penggunaan sumber-sumber

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space 8 issue 9 (84 - 96) Themed Issue on Between Development and the Environment - Focus on the Community © 2012, ISSN 2180-2491

87

sedia ada sebagai elemen utama proses ini. Aktiviti keusahawanan ini boleh dikendalikan sama ada oleh organisasi sedia ada atau mewujudkan organisasi baru untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan secara sukarela, peluang perniagaan dan penyertaan agensi kerajaan (Borch et al., 2008). Unsur-unsur asas penyertaan merujuk kepada bagaimana penduduk tempatan menentukan keperluankeperluan mereka sendiri sesuai dengan apa yang mereka cari serta gunakan di dalam meningkatkan taraf hidup dan bagaimana menyelesaikan masalah yang dihadapi agar kawasan mereka lebih bertambah maju (Hunt, 1990). Brannstorm et al. (1994) pula berpendapat bahawa penyertaan penduduk di mana mereka menangani keperluan masing-masing melalui penyertaan aktif di dalam kegiatan dan juga penyertaan di dalam membuat keputusan. Pemahaman mengenai penyertaan komuniti dalam pembangunan boleh dibuat berdasarkan sekurangkurangnya pemikiran asas iaitu teori demokrasi dan teori pertukaran sosial. Asas tanggapan mengenai teori demokrasi adalah setiap ahli komuniti mempunyai hak yang sama untuk menyuarakan isu-isu umum tentang keperluan hak mereka yang akan memberi kesan ke atas kehidupan mereka. Penyertaan mereka untuk bersuara menjelmakan keadaan yang membolehkan demokrasi dicapai. Penyertaan komuniti dalam hal-hal berkaitan komuniti juga bertindak sebagai pemantau aktiviti politik kerana ia berupaya untuk membanteras isu-isu yang menggugat demokrasi seperti nepotisme dan penyalahgunaan kuasa. Bagi mencapai hak ke atas dasar demokrasi, pihak yang memerintah harus memberi peluang kepada ahli-ahli komuniti yang menonjolkan perhatian dan kebimbangan terhadap isu-isu umum untuk pembangunan yang adil dan saksama (Irvin & Stansbury, 2004). Dalam konteks keusahawanan, ianya masih lagi merupakan suatu bidang yang baru dan asing bagi masyarakat luar bandar di negara ini terutamanya berkaitan dengan bidang pertanian di kawasan luar bandar. Penyertaan bidang pertanian dalam keusahawanan masih rendah berbanding dengan bidang lain seperti perkhidmatan dan pembuatan. Begitu juga dalam sub-sektor pertanian seperti perladangan, jumlah mereka yang terlibat dalam keusahawanan melalui bidang ini tidak begitu memberangsangkan. Penyertaan komuniti luar bandar dalam aktiviti-aktiviti perniagaan masih pada tahap yang rendah. Ini kerana kebanyakan mereka tidak berpendidikan tinggi, sikap terhadap usaha untuk meningkatkan pendapatan melalui perniagaan dan kemungkinan pemikiran hanya terbatas kepada aktiviti penanaman sahaja untuk memenuhi keperluan hidup seharian. Mereka masih lagi di tahap yang lama, tidak berpandangan jauh dan tidak mempunyai wawasan untuk memajukan diri dan masyarakat. Mereka juga tidak dapat melihat sektor pertanian sebagai satu peluang untuk meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan kepada masyarakat di sekeliling mereka (Mohd Noor Mohd Shariff & Samsuri Samsudin, 2008). Keusahawanan merupakan satu aktiviti unik yang dijalankan oleh seseorang sebagai kerjaya untuk mendapatkan keuntungan serta memerlukan gabungan perkara-perkara asas seperti keperibadian, kelakuan, pengalaman, pemikiran, keupayaan, modal, pengetahuan dan lain-lain lagi. Walau pun terdapat pelbagai definisi yang berbeza tetapi konsepnya adalah sama, iaitu berusaha untuk mendapatkan keuntungan dengan penggunaan sumber-sumber yang diperoleh. Keusahawanan ialah aktiviti perniagaan yang berpunca daripada kebolehan seseorang untuk mengenal pasti peluang pelaburan dan perniagaan serta bertindak untuk menjayakan rancangan yang menghasilkan keuntungan pada dirinya dan membantu pembangunan ekonomi negara.

Metodologi kajian Kajian ini dijalankan di Kampung Natoi dan Kampung Tradisi Paya Pahlawan, yang merupakan dua buah kampung yang terlibat secara aktif di bawah Program Gerakan Daya Wawasan di Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER). Artikel ini adalah merupakan sebahagian daripada penyelidikan yang dilakukan bagi melihat keberkesanan Program Gerakan Daya Wawasan dalam menjanakan penglibatan komuniti luar bandar dalam bidang keusahawanan. Beberapa fasa penyelidikan dilakukan, bermula daripada

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space 8 issue 9 (84 - 96) Themed Issue on Between Development and the Environment - Focus on the Community © 2012, ISSN 2180-2491

88

tinjauan awal, melakukan kajian soal selidik serta menjalankan temu bual secara mendalam terhadap anggota komuniti yang dikenal pasti. Kaedah temu bual secara mendalam dilakukan terhadap anggota-anggota komuniti yang merangkumi ketua kampung/ Pengerusi JKKK, Setiausaha dan penduduk kampung untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas kepada keperluan kajian yang dilakukan bagi mengenal pasti tahap penyertaan anggota komuniti di dalam aktiviti keusahawanan yang dianjurkan bagi membuat penilaian terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penyertaannya. Reka bentuk kajian ini mengaplikasikan kaedah tinjauan keratan rentas menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada dua kumpulan sasar utama iaitu penduduk kampung dan golongan usahawan. Hanya satu borang soal selidik disediakan dan dibahagikan kepada beberapa bahagian yang berkaitan untuk disesuaikan bagi melancarkan proses analisis data. Selain itu, senarai semak untuk temu bual dengan beberapa responden terpilih (penduduk dan pemimpin kampung) turut disediakan bagi melengkapkan proses pengumpulan data kajian. Borang kaji selidik ini dibina berdasarkan kepada ulasan karya dan model-model kajian terdahulu yang dirujuk. Soalan-soalan yang terdapat dalam borang soal selidik dibahagikan kepada tiga jenis iaitu soalan berbentuk terbuka, tertutup dan berbentuk pengujian. Proses pengumpulan data utama melalui tinjauan isi rumah, dijalankan secara formal dan sistematik bagi mengumpul maklumat secara seragam dan standard. Selain itu, pengumpulan data sekunder juga turut dilakukan bagi mendapatkan input-input tambahan bagi menyokong data-data dan input-input sedia ada melalui temu bual dengan pegawai-pegawai daripada pelbagai agensi yang berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) iaitu merupakan agensi-agensi yang bertanggungjawab secara langsung kepada pentadbiran kampung-kampung terbabit serta bahan-bahan rujukan bercetak daripada beberapa sumber seperti laporan agensi-agensi kerajaan, buku, jurnal, akhbar, buletin dan sebagainya.

Penemuan kajian dan perbincangan Keusahawanan dilihat sebagai satu pemangkin yang dapat mengatasi segala masalah yang berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi, ketidaksamaan sosial dan peluang pekerjaan. Semakin banyak negara di dunia yang begitu aktif mempromosikan bidang keusahawanan ini. Di kebanyakan negara membangun, usahawan dalam kalangan wanita semakin mendahului usaha berbanding dengan usahawan lelaki dalam membantu kerajaan untuk mengukuhkan dan membina kekuatan industri kecil dan sederhana (IKS) terutamanya industri desa yang akan menyumbang ke arah pengurangan kadar kemiskinan. Pembangunan dan promosi industri kecil dan sederhana (IKS) dapat membantu mengembangkan inisiatif keusahawanan dan dalam masa yang sama mengukuhkan proses mengurangkan jurang ekonomi dan sosial. Kepentingan industri kecil dan sederhana (IKS) terutamanya di kawasan luar bandar dapat dilihat melalui penyediaan peluang-peluang pekerjaan, menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan membantu menjana modal tambahan untuk operasi berskala lebih besar. Tambahan pula, pembangunan IKS ini dilihat sebagai pemacu kepada pencapaian ekonomi global dan objektif sosioekonomi termasuk mengurangkan kadar kemiskinan di negara membangun (Singh & Belwal, 2008). Keusahawanan adalah penting di dalam dunia hari ini dan menjadi faktor penggerak kepada perubahan dan perkembangan ekonomi. Peranan keusahawanan di dalam pembangunan ekonomi bukan sekadar meningkatkan kadar per kapita pengeluaran dan pendapatan, malahan ia juga melibatkan perubahan kepada struktur perniagaan dan masyarakat. Perubahan ini diiringi oleh pertumbuhan dan peningkatan pengeluaran. Teori pertumbuhan ekonomi menggambarkan inovasi adalah kunci utama kepada perkembangan ekonomi di dalam membina produk atau perkhidmatan baru di dalam pasaran. Aktiviti pembaharuan juga menjadi pendorong para pemodal untuk melabur di dalam peluang baru yang dicipta. Keusahawanan melalui proses pembaharuan mencipta pelaburan baru di dalam dunia perniagaan,

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space 8 issue 9 (84 - 96) Themed Issue on Between Development and the Environment - Focus on the Community © 2012, ISSN 2180-2491

89

di mana ia akan meningkatkan perkembangan ekonomi, peluang pekerjaan baru tercipta dan mengurangkan kadar pengangguran. Lanjutan daripada itu, penyertaan aktif masyarakat tempatan di dalam bidang ini bukan sahaja akan membolehkan mereka memperoleh pendapatan lumayan, membantu menghindarkan daripada kemiskinan, malahan berpeluang untuk menikmati dan memanfaatkan sepenuhnya segala kemudahan yang disediakan untuk tujuan ini seperti infrastruktur, rangkaian komunikasi, pelbagai insentif dan sebagainya bagi menyokong pembangunan komuniti usahawan ini. Namun begitu, tahap penyertaan komuniti luar bandar di dalam aktiviti-aktiviti keusahawanan masih kurang memberangsangkan. Ini kerana, kebanyakan daripada mereka masih lagi mengamalkan cara pemikiran yang lama serta tidak berpandangan jauh. Selain taraf pendidikan, sikap dan mentaliti penduduk juga memainkan peranan dalam mempengaruhi penyertaan mereka di dalam aktiviti keusahawanan ini. Secara tidak langsung, perkara-perkara ini turut memberi kesan kepada perkembangan bidang keusahawanan di kawasan kajian. Selain daripada faktor-faktor umum seperti yang dinyatakan di atas, faktor-faktor lain yang dikenal pasti memberi pengaruh kepada penyertaan komuniti luar bandar dalam bidang keusahawanan termasuklah sikap penduduk, mentaliti subsidi yang menebal, kurangnya komitmen, tidak mempunyai inisiatif untuk berjaya, kekurangan kursus dan latihan serta pelbagai faktor lain yang berkaitan. Faktorfaktor ini seharusnya dinilai secara teliti bagi mendapatkan kepastian dan penjelasan secara terperinci sejauh mana faktor-faktor ini memainkan peranan dalam mempengaruhi tahap penyertaan penduduk dalam bidang keusahawanan di kawasan kajian. Tahap penyertaan penduduk tempatan dalam bidang keusahawanan Penyertaan penduduk melibatkan suatu tahap aktiviti dan sumbangan-sumbangan individu kepada komuniti mereka. Ianya memainkan peranan yang penting dalam sesebuah komuniti. Penyertaan secara sukarela di dalam aktiviti yang diadakan menunjukkan tahap kebanggaan serta komitmen penduduk terhadap komuniti terbabit. Setiap anggota komuniti mempunyai tanggungjawab sosial untuk menyumbang kepada komuniti terutamanya melalui penyertaan di dalam aktiviti yang diadakan. Ahli komuniti yang sering terlibat secara langsung dengan komuniti nya akan berasa dihargai dan lebih komited kepada komuniti terbabit (Scott & Vitartas, 2008). Jika dinilai kepada situasi di kawasan kajian, majoriti responden di Kampung Natoi atau 66 peratus mengatakan bahawa tahap penyertaan penduduk tempatan dalam bidang keusahawanan adalah rendah manakala 79 peratus responden di Kampung Tradisi Paya Pahlawan pula mengatakan bahawa tahap penyertaan penduduk di kawasan kajian adalah sederhana. Bagaimana pun, purata min menunjukkan nilai 2.19 bagi Kampung Natoi dan 2.17 bagi Kg. Tradisi Paya Pahlawan dapat dikategorikan berada pada tahap ‘rendah’ iaitu dalam julat 1.00 hingga 2.33. Jadual 1 menunjukkan nilai min bagi menilai tahap penyertaan usahawan dalam bidang keusahawanan. Jadual 1. Min tahap penyertaan penduduk dalam bidang keusahawanan

Item Soalan Sambutan penduduk terhadap aktiviti keusahawanan Aktif dalam komuniti Sentiasa menyertai aktiviti keusahawanan yang dianjurkan

Indikator

Kg. Natoi

Tahap penyertaan

2.66

Tahap keterlibatan Tahap kekerapan penyertaan

2.37 1.53

Analisis Min Kg. Tradisi Paya Pahlawan 2.18 2.32 2.00

Untuk lebih jelas lagi, tahap penyertaan penduduk di kawasan kajian dapat dikategorikan sebagai penyertaan pergerakan sendiri dengan merujuk kepada teori yang dikemukakan oleh Mowforth & Munt

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space 8 issue 9 (84 - 96) Themed Issue on Between Development and the Environment - Focus on the Community © 2012, ISSN 2180-2491

90

(1998). Berdasarkan teori ini, penduduk itu sendiri yang mengambil inisiatif bagi menggerakkan sesuatu projek pembangunan. Keadaan ini berlaku di kawasan kajian di mana sesetengah daripada penduduk yang mempunyai keinginan untuk memperbaiki kehidupan mereka akan mengambil inisiatif sendiri untuk meneroka bidang perniagaan yang dijalankan berbekalkan kepada pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang diperoleh melalui kursus-kursus dan latihan-latihan yang telah diberikan oleh agensiagensi pembangunan luar bandar terutamanya Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Secara keseluruhannya, tahap penyertaan penduduk dalam bidang keusahawanan di kedua-dua kawasan kajian ini dapat dikaitkan dengan tiga aspek utama berkenaan dengan latar belakang responden iaitu umur, taraf pendidikan dan pekerjaan utama. Bagi Kampung Natoi yang mempunyai tahap penyertaan penduduk yang rendah, paparan jadual silang menunjukkan 29 peratus responden berumur di antara 20 hingga 40 tahun dan 25 peratus berumur melebihi 61 tahun, 53 peratus mempunyai kelulusan di antara sekolah rendah hingga SPM/MCE dan 54 peratus daripada responden adalah terdiri daripada mereka yang bekerja sendiri, pesara dan tidak bekerja. Manakala bagi Kampung Tradisi Paya Pahlawan yang mempunyai tahap penyertaan penduduk yang sederhana di dalam bidang keusahawanan pula adalah terdiri daripada 67 peratus responden yang berumur di antara 20 hingga 50 tahun, 68 berkelulusan di antara sekolah rendah hingga SPM/MCE dan 72 peratus daripada responden adalah terdiri daripada mereka yang bekerja sendiri, sektor kerajaan, swasta dan pesara. Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penyertaan penduduk Penyertaan penduduk merupakan elemen penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu program yang dijalankan. Melalui penyertaan, penduduk dapat menyelami, memberikan input serta maklum balas berkenaan dengan aktiviti terbabit dari segi manfaat dan keberkesanannya kepada ahli komuniti. Maklum balas yang diperoleh amat penting dalam membuat proses penambahbaikan untuk perencanaan aktiviti-aktiviti lain di masa hadapan. Penyertaan merupakan satu wadah untuk penduduk mendapat peluang melibatkan diri secara langsung di dalam program atau aktiviti yang dianjurkan. Dalam konteks umum, selain beroleh manfaat daripada program terbabit, budaya penyertaan juga dapat menyuburkan jalinan silaturahim sesama penduduk yang terlibat. Namun begitu, tidak semua penduduk mempunyai keinginan dan minat untuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan di kawasan mereka. Bagi tujuan itu, faktor-faktor sebenar yang dikenal pasti wujud di kawasan kajian perlu diteliti bagi mengkaji sejauh mana faktor-faktor ini mempengaruhi dan memberi kesan kepada penyertaan penduduk dalam bidang keusahawanan di kawasan kajian. Jika diteliti paparan secara deskriptif dalam Jadual 2, faktor modal/ kewangan dilihat paling dominan dalam mempengaruhi tahap penyertaan penduduk dalam bidang keusahawanan. Nilai 66 peratus (Kampung Natoi) dan 77 peratus (Kampung Tradisi Paya Pahlawan) yang ditunjukkan dapat menjelaskan betapa pentingnya aspek modal dan kewangan ini dalam menentukan hala tuju dan corak penyertaan kepada penduduk. Tanpa modal yang diperlukan dan kewangan yang mencukupi, akan membatas dan mengehadkan seseorang individu itu untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan walau pun mempunyai minat dan keinginan yang tinggi untuk berbuat sedemikian. Selain itu, faktor kedua paling dominan iaitu kekurangan kursus serta latihan keusahawanan yang ditawarkan juga didapati memberi pengaruh yang ketara kepada responden di kedua-dua kawasan kajian untuk melibatkan diri iaitu dengan nilai melebihi 60 peratus. Kenyataan ini disokong dengan statistik berkenaan dengan kursus dan latihan keusahawanan yang pernah diikuti oleh responden iaitu menunjukkan hanya 2 peratus daripada keseluruhan responden di Kampung Natoi pernah mengikuti kursus-kursus dan latihan keusahawanan yang dianjurkan berbanding 13 peratus responden di Kampung Tradisi Paya Pahlawan. Jika diteliti mengikut pecahan jenis kursus dan latihan yang pernah diikuti, responden di Kampung Natoi hanya pernah mengikuti kursus perniagaan sahaja manakala responden Kampung Tradisi Paya Pahlawan pernah mengikuti latihan jahitan, makanan, masakan, asuhan dan kursus perniagaan.

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space 8 issue 9 (84 - 96) Themed Issue on Between Development and the Environment - Focus on the Community © 2012, ISSN 2180-2491

91

Sebagai tambahan, faktor-faktor ini turut disokong dengan kelemahan-kelemahan sedia ada yang terdapat dalam komuniti terbabit di kedua-dua kawasan kajian iaitu Kampung Natoi dan Kampung Tradisi Paya Pahlawan. Ini termasuklah kurangnya sambutan dan sokongan penduduk (12/33 peratus), kurangnya inisiatif untuk melibatkan diri (16/22 peratus), kurangnya komitmen (6/26 peratus), sikap penduduk (8/22 peratus) dan kurangnya kefahaman terhadap program keusahawanan yang dianjurkan (2/28 peratus). Walau pun nilai peratusan yang ditunjukkan adalah rendah, namun perkara ini dilihat signifikan dan perlu diberi perhatian khusus memandangkan faktor-faktor sampingan ini mempunyai kaitan langsung dengan sikap dan peribadi penduduk serta merupakan hal ehwal dalaman ahli komuniti berkenaan yang mampu diatasi dan ditangani dengan sebaiknya terutamanya oleh organisasi kepimpinan kampung terbabit dalam usaha untuk menarik minat dan meningkatkan tahap penyertaan penduduk dalam bidang keusahawanan di kawasan kajian. Jadual 2. Faktor-faktor yang mempengaruhi penyertaan penduduk dalam aktiviti keusahawanan

Faktor Mempengaruhi Sikap penduduk Mentaliti subsidi Sambutan dan sokongan penduduk Kurang kefahaman terhadap program keusahawanan Kurangnya inisiatif untuk melibatkan diri Kurangnya komitmen Birokrasi Modal/ kewangan Perselisihan politik Kursus/ latihan

Kg. Natoi Bilangan Peratus 9 8 0 0 13 12 2 2 18 7 0 75 0 74

16 6 0 66 0 66

Kg. Tradisi Paya Pahlawan Bilangan Peratus 27 22 12 10 40 33 34 28 27 32 15 93 13 73

22 26 12 77 11 60

Daya tarikan penduduk terhadap bidang keusahawanan Secara umumnya, penduduk bukan tidak berkeinginan atau tidak mempunyai sebarang minat langsung untuk menyertai bidang ini. Namun halangan utama ialah masalah modal serta latihan keusahawanan. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak berani dan tidak mempunyai keyakinan untuk melibatkan diri di dalam bidang ini. Peranan pihak kerajaan atau agensi-agensi yang berkaitan dengan keusahawanan amat perlu dan ditagih dalam usaha untuk menggalak dan memperkembangkan lagi bidang keusahawanan di kawasan luar bandar. Secara umumnya, peranan yang dimainkan setakat ini adalah amat minimum. Agensi-agensi yang terlibat secara langsung dengan bidang keusahawanan baik daripada pihak kerajaan mahu pun swasta haruslah berganding bahu bagi membantu meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat luar bandar terutamanya dalam bidang ekonomi. Merujuk Jadual 3, aspek modal merupakan penghalang utama untuk responden terlibat dalam bidang keusahawanan. Walau pun 17 peratus responden di Kampung Natoi dan 55 peratus responden di Kampung Tradisi Paya Pahlawan menyatakan berminat untuk menceburi bidang keusahawanan, namun faktor kekurangan modal telah membataskan minat dan keinginan mereka itu. Kebanyakan penduduk atau 82 peratus responden di Kampung Natoi mempunyai pendapatan kurang daripada RM1000 sebulan manakala 90 peratus responden di Kampung Tradisi Paya Pahlawan pula mempunyai pendapatan kurang daripada RM1500. Ini jelas menunjukkan akan kekangan kewangan yang dihadapi sebelum menceburi bidang keusahawanan apatah lagi jika terus terlibat tanpa mempunyai bekalan modal yang mencukupi. Pendapatan yang rendah ini dilihat hanya mencukupi untuk keperluan seharian penduduk sahaja tanpa melibatkan sebarang pelaburan dalam bidang keusahawanan.

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space 8 issue 9 (84 - 96) Themed Issue on Between Development and the Environment - Focus on the Community © 2012, ISSN 2180-2491

92

Faktor seterusnya yang turut memberi kesan kepada tahap penyertaan penduduk dalam bidang keusahawanan ialah kursus dan latihan. Secara umumnya, hanya 2 peratus responden di Kampung Natoi dan 13 peratus responden di Kampung Tradisi Paya Pahlawan pernah mengikuti kursus-kursus dan latihan berkaitan keusahawanan yang dianjurkan manakala selebihnya tidak pernah mendapat sebarang input keusahawanan secara formal memandangkan tidak berpeluang untuk mengikuti kursus-kursus sedemikian selain daripada individu-individu yang tidak berminat untuk menyertai kursus dan latihan keusahawanan ini. Agensi-agensi yang berkenaan haruslah menyediakan pelbagai bentuk kursus dan latihan dalam membantu penduduk untuk mendapatkan pendedahan, pengetahuan serta kemahiran sebagai bekalan untuk menyelami bidang keusahawanan. Kekurangan kursus dan latihan keusahawanan yang disediakan dilihat sebagai kelemahan utama dalam menarik minat penduduk untuk terlibat dalam bidang keusahawanan ini. Mereka berasa tidak yakin untuk memasuki bidang kerana tidak mempunyai ilmu dan asas yang mencukupi tentang keusahawanan. Selain daripada faktor modal serta kursus dan latihan, aspek pendedahan dan insentif lain juga perlu diberi perhatian dalam membantu memberi motivasi dan galakan untuk penduduk tampil melibatkan diri dalam bidang keusahawanan ini. Aspek pendedahan penting bagi membolehkan para penduduk mendapat gambaran sebenar tentang bidang keusahawanan sebelum menyelami dan mendalami bidang ini. Pendedahan sebaiknya dilakukan melalui taklimat, kursus, latihan, perbincangan, lawatan dan sebagainya bagi membuka minda dan meluaskan pandangan penduduk tentang bidang keusahawanan ini. Bagi aspek insentif, kebanyakan penduduk mengharapkan bantuan-bantuan yang berbentuk tenaga pengajar, peralatan dan pemasaran bagi membantu dan melancarkan proses keusahawanan di kawasan kajian selain daripada modal, kursus dan latihan kemahiran yang turut dialu-alukan oleh penduduk. Sebaiknya, agensiagensi yang berkenaan dan penduduk kampung dapat duduk semeja, bermuafakat dan bergabung dalam mendengar dan menyuarakan pendapat tentang peluang, insentif dan galakan yang dapat ditawarkan dan diterima oleh penduduk kampung Jadual 3. Cara tingkat tahap penyertaan dalam keusahawanan

Aspek Pendedahan Modal Kursus dan Latihan Insentif

Kg. Natoi Bilangan Peratus 74 66 108 96 100 89 36 32

Kg. Tradisi Paya Pahlawan Bilangan Peratus 88 73 111 92 109 90 65 54

Selain daripada faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penyertaan penduduk, alasan berminat dan tidak berminat dalam keusahawanan, elemen insentif dan galakan juga harus dilihat bagi menilai sejauh mana elemen ini turut memberi kesan dalam mempengaruhi tahap penyertaan anggota komuniti di kawasan kajian. Potensi bidang keusahawanan Jadual 4 menunjukkan jenis-jenis aktiviti keusahawanan yang terdapat di kawasan kajian iaitu penternakan, perniagaan makanan, kedai runcit dan diikuti dengan pertanian, kraftangan, jahitan dan bengkel kimpalan. Jika teliti, keseluruhan daripada aktiviti-aktiviti perniagaan yang dijalankan ini adalah berskala kecil dan hanya melibatkan pasaran tempatan sahaja. Faktor modal serta kursus/ latihan dilihat sebagai penghalang utama untuk mengembangkan lagi perniagaan sedia ada dan potensi bidang keusahawanan di kawasan kajian. Faktor-faktor yang disenaraikan harus diambil kira dan diberi perhatian khusus agar potensi bidang keusahawanan dapat diperkembangkan lagi di samping mengeksploitasi sepenuhnya bidang keusahawanan di kawasan kajian.

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space 8 issue 9 (84 - 96) Themed Issue on Between Development and the Environment - Focus on the Community © 2012, ISSN 2180-2491

93

Banyak faktor dan penyebab yang dilihat kenapa bidang keusahawanan di kawasan kajian dapat dirujuk kepada bidang perniagaan berskala kecil sahaja. Ianya lebih tepat jika dirujuk kepada individu terlibat iaitu para usahawan. Kebanyakan usahawan di kawasan kajian didapati kurang mempunyai jati diri bagi seseorang usahawan yang tulen dan mempunyai tahap kompetensi yang rendah. Keadaan inilah yang menyebabkan para usahawan kurang berkeyakinan untuk menceburi bidang perniagaan yang berskala lebih besar. Tambahan pula, masalah kekurangan modal turut menyumbang kepada permasalahan ini di samping kurangnya inisiatif dalam kalangan para usahawan itu sendiri dalam usaha untuk mengembangkan lagi perniagaan yang mereka sedang usahakan. Kenyataan ini ada kebenaran dan rasionalnya. Merujuk kepada hasil analisis berkenaan dengan penyertaan usahawan dalam bidang ekonomi tempatan berkaitan dengan faktor kronisme, mempunyai hubungan dengan ahli politik serta tahap kompetensi usahawan, ianya jelas menunjukkan bahawa usahawan sebenar yang wujud di kawasan kajian adalah sekadar peniaga sahaja. Aspek-aspek yang disenaraikan ini sememangnya berkait rapat dengan ciri-ciri seorang peniaga bagi menjamin kelangsungan perniagaan yang dijalankan. Berbanding dengan seorang usahawan tulen yang mempunyai visi yang jelas dan jati diri yang kukuh dalam mengharungi dugaan dan cabaran dalam bidang keusahawanan yan diceburi. Golongan peniaga ini dilihat masih belum mencapai tahap untuk menjadi seorang usahawan memandangkan kepada kekurangan kepakaran dan kemahiran yang dimiliki terutamanya berkaitan dengan ciri-ciri yang harus dimiliki untuk menjadi seorang usahawan tulen yang sejati. Oleh sebab itulah, keadaan ini menyumbang kepada kewujudan bidang peniagaan berskala kecilkecilan di kawasan kajian dan bukannya bidang keusahawanan sebenar seperti tanggapan awal pengkaji di kawasan kajian. Jadual 4. Jenis aktiviti keusahawanan di kawasan kajian

Jenis Bidang Keusahawanan Penternakan Makanan Kedai Runcit Pertanian Kraf tangan Jahitan Bengkel Tidak pasti

Kg. Natoi (n = 113) Peratus 64 25 5 6

Kg. Tradisi Paya Pahlawan (n = 121) Peratus 10 36 20 3 8 3 3 17

Sumber: Profil Kg Natoi (2010), Profil Kg Tradisi Paya Pahlawan (2010) dan kaji selidik (2010)

Jika dinilai dari segi potensi bidang keusahawanan di kawasan kajian, 19 peratus responden di Kampung Natoi dan 44 peratus responden di Kampung Tradisi Paya Pahlawan berpendapat bidang ini masih mempunyai potensi untuk berkembang dengan lebih maju pada masa hadapan seperti ditunjukkan dalam Jadual 5. Kenyataan ini secara amnya dipengaruhi oleh minat dan sejauh mana keyakinan penduduk terhadap bidang keusahawanan di kawasan kajian. Penduduk di kawasan kajian didapati masih terkongkong dengan mentaliti konvensional serta tidak berfikiran jauh. Secara rasionalnya, setiap kampung mempunyai ciri-ciri serta keunikan-keunikan yang tertentu dan kebanyakan kampung-kampung GDW ini mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan tersebut di samping potensi-potensi tersembunyi yang harus dicungkil dan dieksploitasi sebaiknya. Penduduk seharuslah lebih berfikiran terbuka dan mencari jalan bagaimana untuk mengoptimumkan segala sumber jaya yang terdapat di dalam kampung masingmasing secara sebaik-baiknya dengan bantuan dan rujukan daripada agensi-agensi yang terlibat.

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space 8 issue 9 (84 - 96) Themed Issue on Between Development and the Environment - Focus on the Community © 2012, ISSN 2180-2491

94

Jadual 5. Potensi bidang keusahawanan di kawasan kajian

Potensi Bidang Keusahawanan Setuju Tidak setuju Tidak pasti

Kg. Natoi (n = 113) Peratus 19 41 41

Kg. Tradisi Paya Pahlawan (n = 121) Peratus 44 12 44

Masyarakat luar bandar lazimnya digambarkan sebagai satu kumpulan masyarakat yang beku, lembab dan kekurangan inisiatif untuk maju. Justeru itu pada peringkat awalnya, ia memerlukan bantuan atau tolakan daripada pihak luar untuk berubah. Golongan ini digambarkan sebagai satu kelompok yang miskin, mundur dan terbiar. Kemiskinan dan kemunduran ini pula terus berlanjutan kerana dari segi sosialnya, anggota komuniti tersebut dikatakan tidak mempunyai kesedaran untuk mengubah nasib ke arah satu taraf kehidupan yang lebih baik serta seiring dengan peredaran semasa. Keadaan ini antara lainnya adalah disebabkan kerana golongan ini masih dibelenggu oleh adat resam dan cara hidup tradisional yang sangsi tentang pemikiran baru dari luar yang belum pasti akan kesan baik dan buruknya. Morrison (2006) menyatakan bahawa keusahawanan berpunca daripada gerak hati dan dalam diri seseorang itu sendiri, masyarakat serta budaya. Ia merupakan sesuatu yang lebih penting berbanding fungsi mudah ekonomi serta mewakili satu gabungan material dan bukan material, pragmatisme dan idealisme. Asas keusahawanan merujuk kepada pengaplikasian proses inovasi serta penerimaan terhadap suatu fungsi menanggung risiko, berorientasikan perubahan terhadap kedua-dua aspek sosial dan ekonomi. Ringkasnya, hasil daripada inovasi tersebut akan memberikan kesan yang positif. Tahap penyertaan di dalam bidang keusahawanan baik dalam kalangan usahawan mahu pun penduduk secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana Namun begitu, tahap penyertaan penduduk di Kampung Natoi adalah rendah. Hasil kajian menunjukkan keadaan ini berkait rapat dengan faktor demografi iaitu umur, taraf pendidikan dan pekerjaan utama. Dalam memperkatakan tentang pengaruh taraf pendidikan dalam bidang keusahawanan, hasil kajian oleh Zaidatol dan Habibah (1997) mendapati terdapat hubungan yang positif di antara pendidikan keusahawanan dengan kejayaan usahawan sementara pendidikan pula mempunyai hubungan positif dengan pembangunan ekonomi. Maka itulah sebab usahawan yang berjaya adalah usahawan yang lebih berpendidikan. Justeru itu pendidikan keusahawanan yang berterusan penting kerana ia dapat memberi pelbagai faedah seperti membantu seseorang usahawan mengenali potensi diri dan aspirasinya terhadap bidang keusahawanan, membentuk personaliti dan ciriciri yang perlu dimiliki oleh usahawan berjaya serta membolehkan usahawan mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan sesuatu perniagaan. Hakikat yang diakui, bidang keusahawanan sememangnya terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai tekad dan keinginan untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Paling penting ialah membuat persediaan yang secukupnya di samping memiliki modal dan kemahiran-kemahiran keusahawanan yang diperlukan bagi melancarkan perancangan perniagaan. Sememangnya diakui, bidang keusahawanan di kawasan kajian mempunyai potensi untuk di maju dan diperkembangkan lagi di masa hadapan. Secara ringkasnya, berdasarkan temu bual serta kaji selidik yang dilakukan, potensi bidang keusahawanan di kawasan kajian lebih menjurus kepada pengeksploitasian terhadap sumber jaya-sumber jaya sedia ada di dalam kampung tersebut terutamanya bidang pertanian dan ternakan. Dalam bidang pertanian, tanaman yang mendapat permintaan yang tinggi termasuklah buah naga dan jagung manakala dalam bidang ternakan pula lebih menjurus kepada ternakan ayam, lembu dan kambing. Di samping itu, juga terdapat permintaan terhadap perusahaan jahitan dan tenunan terutama sekali untuk diceburi oleh kaum wanita. Sebenarnya, bidang keusahawanan ini akan lebih terserlah sekiranya individu-individu terbabit benarbenar mempunyai minat, komited terhadap pekerjaan dilakukan, mempunyai kemahiran-kemahiran keusahawanan yang diperlukan serta modal permulaan bagi menggerakkan perniagaan yang akan dilakukan. Selepas itu, barulah tindakan susulan dan sokongan diambil bagi memantapkan lagi perniagaan yang telah dimulakan itu.

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space 8 issue 9 (84 - 96) Themed Issue on Between Development and the Environment - Focus on the Community © 2012, ISSN 2180-2491

95

Kesimpulan Tahap penyertaan penduduk di kawasan kajian secara amnya adalah merujuk kepada usaha dan inisiatif sendiri untuk terlibat di dalam sesuatu program yang dianjurkan. Mereka tidak dipaksa sebaliknya boleh bekerjasama dan berkongsi idea ke arah menambah baik program-program tersebut. Namun begitu, terdapat golongan minoriti penduduk yang mengharapkan sesuatu insentif jika inginkan mereka untuk sama turut serta dalam program terbabit. Isu penyertaan penduduk di dalam bidang keusahawanan pula seharusnya dilihat dalam konteks yang lebih luas memandangkan bidang ini mempunyai potensi yang baik untuk di maju dan diperkembangkan lagi pada masa hadapan. Faktor-faktor dan kelemahan-kelemahan yang telah dikenal pasti memberi kesan dan pengaruh kepada tahap penyertaan penduduk seperti modal, kursus dan latihan, kronisme, hubungan dengan ahli politik, kurang kefahaman terhadap bidang keusahawanan, masalah komitmen, kurang inisiatif penduduk untuk melibatkan diri serta faktor jantina, taraf perkahwinan, umur dan taraf pendidikan sebaiknya cuba diatasi, diperbaiki dan dibuat penambahbaikan dalam usaha untuk menggalak dan meningkatkan tahap penyertaan penduduk dalam bidang keusahawanan terutamanya di kawasan kajian. Sementara itu, agensi-agensi yang terlibat dalam bidang keusahawanan pula seharusnya bersatu dan bersepakat dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih menyeluruh dan memberikan komitmen yang lebih jitu agar proses peningkatan kualiti kehidupan komuniti luar bandar akan dapat dicapai sepenuhnya dengan lebih menyeluruh dan efisien. Sememangnya diyakini bahawa bidang keusahawanan merupakan di antara pemangkin utama bidang ekonomi di kawasan luar bandar. Sewajarnya bidang keusahawanan ini diperkembangkan ke arah memakmurkan lagi potensi ekonomi luar bandar. Bagi merealisasikan matlamat ini, semua pihak baik dalam kalangan penduduk kampung, usahawan mahu pun agensi-agensi yang berkenaan haruslah bekerjasama dan berganding bahu bagi memperkukuh dan memperkembangkan lagi bidang keusahawanan luar bandar. Untuk tujuan itu, penduduk luar bandar seharusnya bangkit, sedar dan mempunyai inisiatif sendiri ke arah meningkatkan tahap ekonomi masing-masing. Pelbagai insentif dan galakan seperti kemudahan mendapatkan modal, peluang-peluang untuk mengikuti kursus dan latihan keusahawanan, aspek pemasaran yang lebih meluas serta pendedahan yang lebih mendalam terhadap bidang keusahawanan haruslah dibantu bagi menyemaikan minat dan kecenderungan untuk menyertai bidang keusahawanan. Selain itu, setiap agensi pembangunan luar bandar haruslah memainkan peranan yang lebih efektif dan efisien dalam membantu dan menggalakkan penyertaan penduduk dan memperkembangkan lagi bidang keusahawanan di kawasan luar bandar. Diharapkan agar kerjasama rapat yang terjalin di antara penduduk dan agensi-agensi pembangunan ini akan dapat memperkukuh dan menyerlahkan lagi potensi bidang keusahawanan di kawasan luar bandar. Dalam menggalakkan penyertaan komuniti dalam bidang keusahawanan di kawasan luar bandar, faktor-faktor yang disenaraikan merangkumi aspek modal, kursus/ latihan keusahawanan, kronisme serta mempunyai hubungan dengan ahli politik perlu disedari oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan wajar diberikan perhatian khusus di dalam merangka strategi, pendekatan serta program-program yang bersesuaian untuk membangunkan kawasan luar bandar pada masa akan datang. Berdasarkan kepada maklum balas daripada responden dan tinjauan yang dilakukan di kedua-dua kawasan kajian, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang dikemukakan ke arah meningkatkan penyertaan penduduk dalam bidang keusahawanan. Pertama ialah berkenaan dengan aspek insentif dan bantuan. Ianya termasuklah kemudahan untuk mendapatkan modal dan pinjaman, menambah baik terhadap penyediaan kursus dan latihan berkaitan bidang keusahawanan, membantu di dalam aspek pemasaran barangan dan perkhidmatan serta khidmat nasihat yang berterusan daripada agensi-agensi yang berkaitan seperti KEMAS dan MARA. Selain itu, peranan agensi pembangunan luar bandar terutamanya KEMAS, MARA, KEDA, RISDA dan sebagainya haruslah dikaji semula ke arah meningkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan setiap

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space 8 issue 9 (84 - 96) Themed Issue on Between Development and the Environment - Focus on the Community © 2012, ISSN 2180-2491

96

agensi-agensi terbabit. Ini penting bagi mengelakkan pertindihan tugas di samping dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada kumpulan sasaran terutamanya penduduk luar bandar. Di samping itu, setiap anggota komuniti terbabit juga haruslah bersikap proaktif dalam menyemai minat dan menimbulkan kesedaran tentang kepentingan untuk melibatkan diri di dalam setiap aktiviti yang diadakan terutamanya dalam bidang keusahawanan.

Rujukan Arnstein SR (1969) A ladder of citizen participation. American Institute of Planners Journal 35 (4), 216224. Arunachalam M, Lawrence S (2010) Constructing strategies for sustainable development the communitarian way. Journal of Sustainable Accounting, Management and Policy 1 (1), 66-80. Austin J, Stevenson H, Wei-Skillern J (2006) Social and commercial entrepreneurship: same, different or both? Entrepreneurship Theory & Practice 30 (1), 1-22. Borch OJ, Forde A, Ronning L, Vestrum IK, Alsos GA (2008) Resource configuration and creative practices of community entrepreneurs. Journal of Enterprising Communities: People and Places in the Global Economy 2 (2), 100-123. Brannstorm I, Pearson L, Wall S (1994) Towards a framework for outcome assessment of health intervention: Conceptual and methodological considerations. European Journal of Public Health 4, 125-130. Haugh HM, Pardy W (1999) Community entrepreneurship in north east Scotland. International Journal of Entrepreneurial Behaviour & Research 5 (4), 163-172. Hunt S (1990) Building alliance. Professional and political issue in community participation. Example from a health and community development project. Health Promotion International, pp.179-185. Irvin R, Stansbury J (2004) Citizen participation in decision making: Is it worth the effort? Public Administration Review 64, 55-65. Johannisson B (1990) Community entrepreneurship- cases and conceptualisation. Entrepreneurship & Regional Development 2, 71-85. Mohd Noor Mohd Shariff, Samsuri Samsudin (2008) Keusahawanan peladang di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA): Kajian dari sudut pendekatan sikap. International Journal of Management Studies 15 (1), 161-180. Morrison A (2006) A contextualisation of entrepreneurship. International Journal of Entrepreneurial Behaviour & Research 12 (4), 192-209. Mowforth M, Munt I (1998) Tourism and sustainability: New tourism in the third world. Routledge, London & New York. Profil Kampung Natoi (2010) Profil Kampung Tradisi Paya Pahlawan (2010) Rogers PP, Jalal KF, Boyd JA (2008) An introduction to sustainable development. Prentice Hall of India, New Delhi. Scott D, Vitartas P (2008) The role of involvement and attachment in satisfaction with local government services. International Journal of Public Sector Management 21(1), 45-57. Singh G, Belwal R (2008) Entrepreneurship and SMEs in Ethiopia: Evaluating the role, prospects and problems faced by women in this emergent sector. Gender in Management: An International Journal 23 (2), 120-136. Taylor M (2007) Community participation in the real world: Opportunities and pitfalls in new governance spaces. Urban Studies 44 (2), 297-317. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Habibah Elias (1997) Keusahawanan dan motivasi diri. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang.