PERANAN Media Sosial

FOKUS FOKUS Media Sosial : Baik atauBuruk PENGENALAN Media Sosial dalam erti kata lain ada-lah alat atau perantara untuk berko-munikasi, berhubungan d...

0 downloads 13 Views 2MB Size
BuletinICT NEGERI MELAKA

PERANAN

Media Sosial

Dalam Kehidupan

TOKOH Bill Gates : Pengasas Syarikat Microsoft

INFORMASI Perbandingan Tablet 2013

KERAJAAN Kerjasama Negeri Melaka - Red Hat Pelekat [email protected] Peraturan Perniagaan ‘Online’

Sistem Pengoperasian Linux Popular Aplikasi Telefon Pintar Terbaik

PROGRAM Bengkel Adobe Photoshop Bengkel CMS Joomla!

JULAI 2013

Bahagian K-Ekonomi Jabatan Ketua Menteri Melaka

BULETIN ICT

Perutusan Ketua ICT Negeri Melaka BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera Di era ICT ini, pelbagai saluran komunikasi telah melalui revolusi yang ternyata memberi impak yang begitu signifikan terhadap penduduk di seluruh dunia, terutama bagi pengguna dan penyedia kemudahan ICT. Seperti kebiasaan, setiap kekuatan teknologi, terdapat ruang yang boleh diambil peluang oleh sesetengah pihak.

YAB Datuk Wira Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron (DCSM, DMSM, DSM, BKC)

Mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Pihak umum sewajarnya menganalisa kenyataan yang dibaca dari segi kesahihah fakta serta kredibiliti pembawanya, supaya tindakbalas yang dilakukan ekoran dari pembacaan ini, memberikan penghasilan yang lebih matang dan rasional.

Dr. Mohamed Sulaiman Sultan Suhaibuddeen Ketua ICT Negeri Melaka @ Ketua Editor

ISI KANDUNGAN

Penaung

Y.A.B Datuk Wira Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron Ketua Menteri Melaka

FOKUS

Dan Menjemput Semua Pembaca Menghadiri

“ Majlis Rumah Terbuka ” Pada Hari Raya Pertama bertempat di

Media sosial yang sebelum ini dirasakan tidak formal, telah mula menjadi medium utama dalam komunikasi, terutama apabila masyarakat umum boleh mempercayai kenyataan yang dibawakan sungguhpun tiada asas dalam kenyataan berkenaan. Segelintir pengguna yang tidak bertanggungjawab turut terlibat dalam pemalsuan identiti atau menggunakan nama samaran dalam

akaun mereka. Melalui akaun ini pelbagai kenyataan yang negatif diutarakan, dengan harapan tindakan mereka ini tidak akan dikesan oleh pihak berkuasa. Terdapat juga cadangan agar aktiviti media sosial ini disekat, dan tidak kurang juga yang mempertahankan kebebasan internet ini, dengan merujuk kepada jaminan MSC Malaysia nombor tujuh iaitu tiada penapisan Internet, namun jaminan ini telah disalah interprestasi, sebenarnya, jaminan ini hanya diberi kepada syarikat-syarikat ICT yang mempunyai status MSC Malaysia, sungguhpun demikian, jaminan ini tidak memberi hak untuk penyebaran kandungan yang menyalahi undang-undang.

Dewan MITC

Idris Haron twitter.com/idrisharon66

Media Sosial : Baik atau Buruk? Statistik Media Sosial

4 5

KERAJAAN Kerjasama Negeri Melaka - Red Hat Peraturan Perniagaan Dalam Talian Pelekat [email protected] Aplikasi MyHRMIS & JPA Demo Bahaya

6 6 7 7

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

Ketua Editor

Ketua ICT Negeri Melaka

Editor

Muaz bin Ghazali

Sumbangan Bahan

Bahagian Perkhidmatan Teknologi Maklumat, Jabatan Ketua Menteri Melaka

Penerbit & Percetakan

8-10

INFORMASI Perbandingan Tablet 2013

11

Sistem Pengoperasian Linux Yang Popular

12

Aplikasi Percuma Paling Diminati

13

PROGRAM Laporan dan Gambar Program Bulanan

YB Datuk Hj. Naim bin Abu Bakar

Dr. Mohamed Sulaiman bin Sultan Suhaibuddeen

TOKOH Bill Gates: Pengasas Syarikat Microsoft

Penasihat

14-15

Bahagian K-Ekonomi, Inkubator K-Ekonomi, Jln Business City, Bandar MITC, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka. No.Tel : 06-2324425/4436 No.Faks : 06-2331460 Laman Web : http://www.emelaka.gov.my

Hak Cipta Terpelihara | Mana-mana bahagian

penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan, dalam apa-apa jua cara, sebelum mendapat izin bertulis daripada Bahagian K-Ekonomi. Sidang editor berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Bahagian K-Ekonomi mahupun Kerajaan Negeri Melaka tidak akan bertanggungjawab sekiranya maklumat di dalam Buletin ini menyebabkan kerugian kepada para pembaca kerana maklumat yang disampaikan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Bahagian KEkonomi mahupun Kerajaan Negeri Melaka.

Buletin ICT | Julai 2013 

3

FOKUS

FOKUS

STATISTIK Media Sosial

Media Sosial : Baik atau Buruk ? etahui tentang perkara yang perlu atau tidak perlu dilakukan sekiranya menggunakan media sosial? Adakah mereka mampu menjadi pengguna yang beretika semasa melayari media sosial ini?

KESAN BURUK PENGENALAN Media Sosial dalam erti kata lain adalah alat atau perantara untuk berkomunikasi, berhubungan dan perkongsian maklumat mengenai segala hal yang berkaitan kemasyarakatan yang kerap digunakan pada masa kini. Ia juga menjadi satu fenomena semasa di mana manusia lebih gemar menjadikan media sosial sebagai saluran atau sumber utama segala maklumat yang berlaku di dunia terutamanya penggunaan media sosial di kalangan belia. Ciri-ciri yang ada pada media sosial seperti mudah, cepat dan mampu menyampaikan maklumat secara terus melonjakkan populariti media sosial sehingga menggugat kewujudan media tradisional.

PENGGUNA Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah penduduk di negara ini sehingga suku pertama bagi tahun 2013 ini adalah sebanyak 29.6 juta penduduk. Daripada jumlah penduduk tersebut, seramai 19.2 juta penduduk di negara ini adalah merupakan pengguna internet. Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan sekarang ini untuk mengakses internet, tidak hairan sekiranya penduduk di negara ini begitu teruja menggunakan media sosial untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Namun persoalannya di sini adakah pengguna internet di negara meng-

4 

Buletin ICT | Julai 2013

Walaupun secara umumnya media sosial banyak menjurus ke arah kebaikan, tidak dinafikan ada segelintir pengguna yang tidak bertanggungjawab dan terlalu mementingkan diri sendiri menggunakannya untuk tujuan negatif seperti memfitnah, menyebar khabar angin, pornografi dan sebagainya.

“Wanita hina Agong di Facebook ditahan ”

kehidupan mahupun organisasi. Ini menunjukkan bahawa media sosial mempunyai peranan yang begitu besar dalam arus kehidupan masyarakat pada hari ini.

Pertanian “ Kementerian guna media sosial

tarik minat generasi muda

Akhbar KOSMO, 3 Julai 2013



Media sosial juga mempunyai tanggungjawab kepada masyarakat dan patut beroperasi mengikut undangundang dan berlandaskan hak asasi individu serta harus disesuaikan dengan budaya dan politik sesebuah negara bagi menjamin kesejahteraan masyarakat di sesebuah negara untuk jangka masa yang lama.

PEMANTAUAN

Sinar Harian, 4 Jun 2013

Kesan penyalahgunaan media sosial kadangkala membawa konflik dan keadaan yang kucar-kacir dalam masyarakat. Ini kerana ada kalanya cara penulisan dan penyebaran maklumat yang negatif ini nampak begitu meyakinkan hingga mereka seolaholah menjadi hakim yang menjatuhkan hukuman tanpa bukti kukuh. Penganiayaan yang dilakukan melalui media sosial pula lebih hebat kesannya kerana cepat disebar dan mendapat tindak balas segera daripada pengguna lain.

KEBAIKAN Sudah pasti banyak kebaikan yang boleh didapati daripada penggunaan media sosial ini. Media sosial dijadikan tempat berinteraksi, menyampaikan maklumat dan propaganda, ruangan iklan, mencari rakan lama, interaksi keluarga, bertukar pendapat serta sebagai wadah pembelajaran yang interaktif dan kreatif. Malah media sosial juga digunakan oleh pelbagai golongan umur atau status

Pemantauan ibu bapa terhadap anak-anak melalui media sosial amatlah penting kerana mereka boleh mengetahui apa yang dilakukan anak-anak dan membimbing mereka untuk menjadi seorang pengguna yang baik. Pemantauan yang lemah terhadap aktiviti anak-anak di media sosial akan menyebabkan mereka mudah leka dan terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak bertanggungjawab yang ada pada media sosial. Walaupun pertambahan pengguna internet setiap tahun dilihat sebagai satu petanda positif seiring dengan pembangunan negara, namun pelbagai aspek perlu dilihat terutamanya pihak kerajaan dalam memastikan penggunaan media sosial tidak menyebabkan kesejahteraan negara berada dalam keadaan yang membimbangkan. Kesimpulannya, baik atau buruk penggunaan media sosial ini terletak pada penggunanya. Jadilah seorang pengguna media sosial yang bertanggungjawab agar kesejahteraan negara sentiasa terjaga.

1.15 Bilion

Jumlah pengguna aktif bulanan

13.6 juta

Jumlah pengguna di Malaysia

699 juta

4.5 Bilion

Jumlah pengguna aktif setiap hari

Purata Harian Facebook Likes

Tertinggi di Malaysia Pemimpin

2,140,642 likes

Dr. Mahathir bin Mohamad

Selebriti

2,542,765 likes Lisa Surihani

* Data diambil pada 30 Julai 2013

500 juta

Jumlah pengguna yang berdaftar

200 juta

Jumlah pengguna yang aktif setiap bulan

1 Bilion

Lebih dari 1 Bilion pengguna unik melawat YouTube setiap bulan

‘FOLLOWERS’

400 juta

Aggaran jumlah ‘tweet’ yang dihantar setiap hari

170 minit

Jumlah minit yang diperuntukkan pengguna setiap bulan di Twitter

Tertinggi di Malaysia Pemimpin

@NajibRazak 1,684,900 pengikut Selebriti

@LisaSurihani

1,487,669 pengikut * Data diambil pada 30 Julai 2013

6 Bilion

Lebih dari 6 Bilion jam video ditonton setiap bulan

Sumber: expandedramblings.com, investor.fb.com, YouTube Press

100 jam

100 jam video di upload pada setiap minit

Gangnam Style

Video musik Gangnam Style adalah video yang paling banyak ditonton (hampir 1.72 Bilion) Buletin ICT | Julai 2013 

5

KERAJAAN

KERAJAAN Negeri Melaka jalin kerjasama dengan Red Hat Red Hat, sebuah syarikat penyelesaian sumber terbuka, telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan negeri Melaka dan Abyres, satu daripada rakan kongsi Red Hat di Malaysia pada 27 September 2012 yang lalu untuk membangunkan sebuah Pusat Kecemerlangan Sumber Terbuka di negeri ini. Negeri Melaka merupakan negeri yang pertama mengambil inisiatif untuk meningkatkan kesedaran sektor awam terhadap penggunaan teknologi sumber terbuka. Dalam perjanjian itu, Red Hat akan menyediakan bahan latihan di bawah kurikulum Akademi Red Hat ke Universiti tempatan, Politeknik dan Kolej Komuniti di Negeri Melaka. Selain itu, Red Hat akan memberikan 50 lesen bantuan untuk Pusat Sumber Terbuka Negeri Melaka dan sebanyak 20 lesen juga diberikan untuk Universiti, Politeknik dan Kolej Komuniti di negeri ini. Peperiksaan Sijil juga akan disediakan dengan bayaran diskaun untuk pelajar, pensyarah dan pengajar. Naib Presiden dan Pengurus Red Hat Asia Pasifik, Dirk-Peter van Leeuwen berkata, “ Red Hat sangat gembira bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Melaka untuk menggalakkan kesedaran perisian sumber terbuka di Melaka dan juga berharap dengan penubuhan Pusat Sumber Terbuka Kecemerlangan, kita akan mampu untuk menyediakan kepakaran dan sumber untuk melatih Profesional IT semasa dan masa depan di Malaysia.”

Peraturan ini diperkenalkan untuk meningkatkan keyakinan pengguna dalam menjalankan transaksi secara elektronik dengan memberi perlindungan menyeluruh dan sekali gus membangunkan perdagangan elektronik di Malaysia.

6 

Buletin ICT | Julai 2013

Selaras dengan inisiatif Jalur Lebar Negara (National Broadband Initiatives), Bahagian K-Ekonomi di dalam usaha untuk menggalakkan lebih banyak premis di Melaka menawarkan perkhidmatan internet tanpa wayar/jalur lebar (WiFi) dengan membuat penandaan pelekat [email protected] di premis-premis yang telah dikenalpasti. Pelekat [email protected] yang disediakan oleh Bahagian K-Ekonomi terdapat di dalam dua warna, bagi memberikan indikasi WiFi yang disediakan oleh pemilik premis. Pelekat warna biru menandakan perkhidmatan WiFi percuma manakala pelekat warna merah bagi menandakan perkhidmatan WiFi berbayar.

Antara perkara-perkara di bawah Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna 2012 ini adalah mewajibkan perniagaan memaparkan: Nama pengendali perniagaan/nama perniagaan/ nama syarikat Nombor pendaftaran perniagaan/syarikat Alamat emel dan nombor telefon atau alamat pengendali perniagaan Ciri utama barang atau perkhidmatan Harga penuh barang termasuklah harga kos-kos lain yang terlibat Kaedah pembayaran Terma-terma dan syarat-syarat Anggaran masa penghantaran

Penandaan pelekat [email protected] ini telah dilakukan di hampir semua premis yang mempunyai kemudahan WiFi di negeri Melaka, dan usaha ini adalah berterusan kepada penandaan bagi premis yang baru menawarkan perkhidmatan WiFi kepada pelanggan mereka. Tumpuan utama penandaan ini adalah di semua Quick Service Restaurant (QSR) diikuti dengan pasar raya, restoren serta premis persendirian yang terdapat di Negeri Melaka, sepanjang tahun ini. Bagi memudahkan para pengunjung mengenalpasti premis yang menyediakan perkhidmatan WiFi ini, Bahagian K-Ekonomi telah membangunkan satu portal penandaan lokasi WiFi di negeri Melaka yang boleh dicapai di http://nbi.emelaka.gov.my/

Dirk-Peter van Leeuwen (kiri) bersalaman dengan Dr. Mohamed Sulaiman, Ketua ICT Negeri Melaka selepas selesai menandatangani MoU persefahaman.

Peraturan perniagaan Online lindungi hak pengguna Berkuat kuasa pada 1 Julai 2013, perniagaan dan perkhidmatan dalam talian perlu mematuhi peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 bagi menjamin kepentingan kepenggunaan.

Bahagian K-Ekonomi Pelekat [email protected]

Salah sebuah premis perniagaan yang mempunyai pelekat [email protected]

Diharapkan dengan adanya usaha ini lebih banyak pengurus premis dapat menyediakan perkhidmatan internet tanpa wayar/jalur lebar kepada pelanggan dan seterusnya kadar penggunaan internet dapat dipertingkatkan terutamanya di Negeri Melaka ini.

Aplikasi MyHRMIS & JPA Demo di Google Play ‘Berbahaya’ Pengguna telefon pintar yang berasaskan sistem pengoperasian Android perlu berhati-hati dengan aplikasi MyHRMIS & JPA Demo di Google Play kerana aplikasi ini telah dimuatnaik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mencuri maklumat yang berada di telefon pengguna. Aplikasi ini dimuatnaik kononnya bertujuan untuk demo My HRMIS di Selangor pada 14 Mac 2013. Namun pihak JPA dan SUK Selangor mengesahkan bahawa pihak mereka tidak terlibat dalam pembangunan aplikasi tersebut. Sumber: Bahagian Perkhidmatan Teknologi Maklumat

Buletin ICT | Julai 2013 

7

TOKOH

TOKOH Bill Gates

Pengasas Syarikat Microsoft

PERMULAAN HIDUP Bill Gates atau nama sebenarnya William Henry Gates III dilahirkan pada 28 Oktober 1955 di Seattle, Washington. Anak kedua daripada tiga adik beradik ini datang daripada sebuah keluarga yang berkerjaya di mana bapa mereka William Henry Gates II adalah seorang peguam dan ibu mereka Mary Maxwell Gates pernah menjadi guru sebelum berhenti kerana mahu menumpukan masa kepada keluarga dan kemudiannya menjadi seorang ahli perniagaan. Bill Gates mula menunjukkan minat dalam bidang pengaturcaraan komputer semasa beliau belajar di ‘Lakeside School’. Ketika itu beliau baru berumur 13 tahun di mana beliau sangat meminati penggunaan bahasa pengaturcaraan BASIC pada komputer ‘General Electric’ sehingga beliau diberi perlepasan daripada kelas Matematik untuk meneruskan minat beliau. Hasilnya, beliau dapat membangunkan sebuah program komputer iaitu sebuah permainan tic-tactoe yang membolehkan pemain bermain dengan komputer. Bill Gates menghabiskan pelajarannya di ‘Lakeside School’ pada tahun 1973 dan meneruskan pelajarannya di ‘Harvard College’ atau lebih dikenali pada masa kini dengan nama ‘Harvard University’

PAUL ALLEN Umum diketahui bahawa Paul Allen merupakan pengasas bersama Syarikat Microsoft dengan Bill Gates. Perkenalan mereka mula terjalin sejak di ‘Lakeside School’ di mana Paul Allen merupakan senior kepada Bill Gates. Mereka menggunakan

8 

Buletin ICT | Julai 2013

masa lapang yang ada dengan besama-sama membangunkan program komputer. Pada tahun 1970, mereka membangunkan sebuah program komputer yang dinamakan ‘Traf-O-Data’ di mana program ini dapat membantu memantau pola lalu lintas (traffic patterns) di Seattle dan seterusnya membentuk sebuah syarikat hasil daripada program tersebut dan dinamakan sebagai Syarikat Traf-O-Data.

Bill Gates bergambar bersama Paul Allen (kanan)

Kemudian mereka meneruskan pengajian mereka namun berlainan institusi pendidikan di mana Bill Gates meneruskan pengajian di ‘Harvard University’ manakala Paul Allen belajar di ‘Washington State University’. Walaubagaimanapun hubungan mereka tidak terputus pada ketika itu.

PERMULAAN KARIER Pengajian Bill Gates di ‘Harvard College’ tidak berjalan dengan sempurna. Beliau banyak menghabiskan masa beliau di makmal komputer berbanding dengan kelas. Beliau masih lagi berhubung dengan Paul Allen yang ketika itu tidak menamatkan pengajiannya di universiti dan berpindah ke Boston dan berkerja di syarikat Honeywell. Kemudian pada tahun 1974, Bill Gates mengikuti Paul Allen dengan bekerja di syarikat Honeywell.

Titik tolak perubahan besar dalam hidup mereka mula berlaku di mana Paul Allen telah menunjukkan Majalah ‘Popular Electronic’ kepada Bill Gates di mana muka hadapan majalah tersebut memaparkan sebuah minikomputer ‘MITS Altair 8800’.

Bill Gates pada masa itu merupakan presiden dan pengerusi lembaga syarikat telah menawarkan syarikat Microsoft kepada awam dengan IPO (Intial Public Offering) sebanyak USD21 untuk setiap pegangan. Syarikat Microsoft dan Bill Gates menjadi jutawan dalam serta merta semenjak penawaran IPO tersebut.

Mereka merasa begitu teruja dan berfikir bahawa kemungkinan mini-komputer ini berpeluang untuk dijadikan sebagai komputer peribadi pada suatu masa nanti dan mengambil peluang tersebut untuk membangunkan sebuah syarikat perisian komputer.

Kejayaan syarikat Microsoft juga dipengaruhi oleh gaya kepimpinan Bill Gates di mana beliau suka mencabar idea yang dihasilkan oleh pekerja-pekerjanya untuk memastikan perkembangan idea yang kreatif sentiasa berlaku.

Pada tahun 1975, mereka menubuhkan sebuah syarikat yang dipanggil ‘Micro-Soft’ yang terletak di Albuquerque dan ditukar namanya kepada Microsoft setahun kemudian. Syarikat Microsoft pada mulanya beroperasi dengan sebuah perisan BASIC yang menggunakan Komputer Altair namun penggemar komputer yang mendapatkan salinan perisian mereka di pra-pasaran telah menghasilkan semula dan mengedarkannya secara percuma. Bill Gates melihat perkara ini dari sudut berbeza iaitu pengedaran perisian secara percuma dilihat sebagai mencuri terutamanya pada perisian yang dihasilkan untuk dijual.

KEJAYAAN MICROSOFT Permulaan daripada kejayaan syarikat Microsoft adalah daripada melesenkan sistem operasi MS-DOS kepada syarikat IBM untuk dijadikan sistem operasi bagi komputer IBM. Pertumbuhan syarikat semakin hari semakin berkembang dari semua aspek seperti jumlah pekerja mahupun keuntungan syarikat. Pada tahun 1981, syarikat Apple telah menjemput syarikat Microsoft untuk membantu membangunkan perisian bagi kegunaan komputer Macintosh. Melalui perkongsian pengetahuan ini, syarikat Microsoft bercadang untuk membangunkan sebuah sistem operasi yang dipanggil Windows yang beroperasi menggunakan antara muka grafik. Akhirnya pada tahun 1985, syarikat Microsoft melancarkan sistem pengoperasian Windows.

Gambar pekerja-pekerja Syarikat Microsoft seawal penubuhannya.

KEHIDUPAN PERIBADI Bill Gates berkahwin dengan pasangannya iaitu Melinda French pada 1 Januari 1994 di Hawaii. Perkenalan dengan isterinya bermula pada tahun 1989 di mana isterinya merupakan seorang eksekutif di syarikat Microsoft. Pasangan yang dilihat sangat ideal itu telah dikurniakan tiga orang anak hasil daripada perkahwinan mereka. Selain itu, berlaku juga satu peristiwa penting dalam kehidupan Bill Gates iaitu kematian ibu kandungnya yang amat disayangi pada tahun 1994 akibat daripada barah payu dara.

DERMAWAN Bill Gates menubuhkan Yayasan Bill & Melinda Gates khusus untuk menyokong pendidikan, kesihatan, pelaburan untuk golongan berpendapatan rendah dengan mendermakan sebanyak USD 28 Bilion kekayaan mereka. Minat terhadap usaha ini dipengaruhi oleh isterinya, Melinda.

Sumber: gatesfoundation.org, Forbes.com, Wikipedia, biography.com

Buletin ICT | Julai 2013 

9

TOKOH

INFORMASI

Fakta Menarik Bill Gates

1

Manusia terkaya dunia (Mei 2013) dengan kekayaan sebanyak USD 72.7 Billion

- Blommberg.com

2

Manusia ke-4 paling berpengaruh di dunia pada tahun 2012 - Forbes.com

3

Tidak menghabiskan pembelajarannya di Harvard kerana ingin mengambil peluang menubuhkan syarikat Microsoft - TIME.com

4

Pernah digantung persekolahan kerana ‘mencuri’ waktu penggunaan komputer dengan mengekploitasi kelemahan yang ada pada sistem komputer berkenaan - Wikipedia.org

5

10 

Meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Microsoft pada tahun 2000 - CNN.com

Buletin ICT | Julai 2013

iPad 4

Samsung Galaxy Tab 2

Microsoft Surface RT

Dual-core A6X with quad-core graphics

Dual-core 1 GHz Cortex-A9

Quad-core NVIDIA Tegra 3

iOS 6

Android 4.0

Windows RT

1GB RAM

1GB RAM

2GB RAM

9.7 inch (2048x1536)

10.1 inch (1280x800)

10.6 inch (1366x768)

5MP/1.2MP (front)

3MP/VGA (front)

1.2MP/1.2MP (front)

11560 mAh (battery)

7000 mAh (battery)

31000 mAh (battery)

652 gram

588 gram

680 gram

RM1499 (16GB)

RM1099 (16GB)

RM1099 (32GB)

Perbandingan

tablet

2013 (Semasa)

RM1499 (16GB)

RM2199 (32GB)

RM1499 (16GB)

9000 mAh (battery)

6757 mAh (battery)

6000 mAh (battery)

5MP/1.9MP (front)

8MP/2MP (front)

8.1MP/2.2MP (front)

10.1 inch (2560x1600)

10.1 inch (1920x1200)

10.1 inch (1920x1200)

2GB RAM

1GB RAM

2GB RAM

Android 4.2

Android 4.0

Android 4.1

Dual-core 1.7 GHz Cortex-A15

1.6 GHz quad-core NVIDIA Tegra 3

Quad-core 1.5 GHz Krait

Galaxy Nexus 10

Asus Transformer Pad Infinity

Sony Xperia Tablet Z

603 gram

598 gram

Sumber: Apple, Sony Malaysia, Samsung, Asus, Google, Microsoft dan GSMArena

495 gram

Buletin ICT | Julai 2013 

11

INFORMASI

INFORMASI

Sistem Pengoperasian Linux 2013 Yang POPULAR Ubuntu “Linux For Human Beings” Pembangunan berasaskan Debian oleh Canonical Ltd dan Komuniti Ubuntu sendiri. Keluaran pertama pada 20 Oktober 2004 iaitu Ubuntu 4.10 dengan kod nama ‘Warty Warthog’ Antara sistem pengoperasian yang sangat popular di kalangan penggemar Linux. Keluaran terkini adalah Ubuntu 13.04 dengan kod nama ‘Raring Ringtail’.

Linux Mint “From Freedom Came Elegance” Pembangunan berasaskan Debian dan Ubuntu yang diketuai oleh Clement Lefebvre. Keluaran pertama pada 27 Ogos 2006 iaitu Linux Mint 1.0 dengan kod nama ‘Ada’. Penggunaan Linux Mint semakin popular di kalangan pengguna dan sentiasa membayangi Ubuntu.

1. Maps

Google Inc.

2. Gmail

Google Inc.

3. YouTube YouTube

4. Facebook Facebook

5. Google Search

Google Inc.

Keluaran terkini adalah Linux Mint 15 dengan kod nama ‘Olivia’.

Fedora Debian

Dibangunkan oleh komuniti yang dipanggil ‘Fedora Project’ di mana ia dimiliki oleh Red Hat.

“The Universal Operating System” Dibangunkan oleh kolabirasi sukarelawan yang menamakan diri mereka ‘The Debian Project’ Keluaran pertamanya pada 16 Ogos 1993 iaitu Debian 1.1 dengan kod nama ‘Buzz’ Debian popular digunakan untuk kegunaan persendirian dan mesin ‘Server’ Keluaran terkini adalah Debian 7.1 dengan kod nama ‘Wheezy’.

12 

Buletin ICT | Julai 2013

Sumber: Wikipedia, DistroWatch.com

openSUSE Dibangunkan oleh komuniti yang dipanggil ‘openSUSE Project’ dan ditaja oleh SUSE sebuah syarikat perisian sumber terbuka di German.

Arch Linux Dimulakan oleh Judd Vinet pada Mac 2002 sebelum menyerahkannya kepada Aaron Griffin kerana kekangan masa.

APPS

1. YouTube Esunoka

2. Facebook

Microsoft Corp

3. Pandora

Pandora Media Inc.

4. Unit

Converter Microsoft Corp

5. Skype Microsoft Corp

1. Facebook

6. Street View On Google Maps

Facebook, Inc.

Google Inc.

2. Pandora Radio

7. Voice Search Google Inc.

Pandora Media, Inc.

3. Instagram

8. Skype-free IM & video calls

Burbn, Inc.

Skype

9. Angry Birds

4. YouTube

10. WhatsApp

5. Skype for

Google, Inc.

Rovio Mobile Ltd

iPhone

Messenger

Skype S.a.r.l

WhatsApp Inc.

6. Words With Friend Free

Zynga Inc.

7. The Weather Channel

The Weather Channel Interactive

8. Twitter

Twitter, Inc.

9. Temple Run

Imangi Studios, LLC

10. Google Search Google, Inc.

Aplikasi Percuma Paling Diminati GAMES

1. AE City Jump AE Mobile

2. AE 3D Moto The Lost City

APPS

1. WhatsApp

Mesengger

AE Mobile

4. Super Golf Land

2. Photo Studio KVAD Group

3. Blackberry

Mesengger

Imangi Studio, LLC

Spice

2. Candy Crush World FREE Ajani Infotech

3. Logo Quiz Spice

RIM Ltd.

4. LINE

LINE Corporation

Random Salad Games LLC

5. Temple Run

1. Shark Attack

Whatsapp Inc.

AE Mobile

3. AE Bubble

GAMES

4. Bomberman vs Zombies Contlex Labs LLP

5. WeChat

WeChat International Pte. LTD

Sumber: Google Play, iTunes, Windows Store, Blackberry World

5. Amazing Pool Contlex Labs LLP Buletin ICT | Julai 2013 

13

HEADINGS PROGRAM

PROGRAM HEADINGS KAKITANGAN KERAJAAN

Sertai BENGKEL ASAS JOOMLA!

Bengkel Asas Pembangunan Laman Web CMS: Joomla! telah diadakan selama dua hari yang bermula pada 16-17 Julai 2013 bertempat di Pusat ICT Negeri Melaka, Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC). Bengkel ini telah mendapat penyertaan yang sangat menggalakkan di mana 36 orang peserta telah mendaftarkan diri. Peserta bengkel telah didedahkan dengan potensi sebenar perisian sumber terbuka Joomla! yang boleh digunakan sebagai sebuah laman web portal korporat atau organisasi. Peserta juga dilatih secara teori dan praktikal pembangunan Joomla! sehingga menjadi sebuah laman web dan boleh dikemaskini sendiri tanpa perlu menggunakan khidmat profesional. Secara keseluruhannya latihan membina laman web tersebut menggalakkan organisasi menggunakan perisian sumber terbuka yang terbaik untuk mereka agar dapat menjimatkan kos tetapi tidak menjejaskan kualitinya. Di akhir bengkel ini, sebuah laman web Content Management System menggunakan Joomla! dapat dihasilkan oleh setiap peserta.

Adobe [email protected] Melaka

6 Julai 2013

Bengkel Asas Joomla [email protected] Melaka 16 -17 Julai 2013

Salah seorang peserta, Pn. Mazliyana dari INSPIM, berkata, program ini sungguh memberi manfaat dan sesuai kepada beliau dan rakan–rakan. Tambahnya lagi, walaupun beliau bukan kakitangan terlibat dalam kerja Teknologi Maklumat (IT), beliau dapat mempelajari modul ini dengan baik. Latihan sebegini seharusnya diberikan kepada semua penjawat awam tambah beliau lagi. Salah seorang lagi peserta En. Amran Amad, dari Kem Terendak begitu gembira dapat menyertai kursus ini. Ini merupakan pekara baru kepada beliau yang merupakan seorang tentera. “ Kini baru saya tahu begitu mudah untuk membina laman web,” kata beliau.

GURU 40 SK CONVENT INFANT JESUS 2

Pelajari ADOBE PHOTOSHOP Bertempat di Aras 6 Pusat ICT Negeri Melaka, Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Bahagian K-Ekonomi telah menganjurkan Bengkel Adobe Photoshop pada 6hb Julai 2013 yang lalu. Ini merupakan kerjasama pertama di antara Bahagian KEkonomi dan SK Convent Infant Jesus 2 dalam membantu meningkatkan pengetahuan dalam bidang ICT dan Multimedia kepada pendidik.

Corel Video Studio [email protected] Tinggi Melaka 20 Julai 2013

yang dijalankan oleh mereka dengan menyediakan bahan pendidikan yang lebih informatif dan menarik perhatian pelajar.

Pengetua SK Convent Jesus 2, Puan Rosalind Chan yang turut serta dalam program ini berasa seronok menjalani latihan Adobe Photoshop ini. Beliau berpandangan kursus sebegini perlu diterapkan kepada guru – guru bagi meningkatkan kemahiran kreatif dan kritis. Ini kerana pengetahuan sebegini juga sedikit sebanyak dapat diaplikasikan dalam perkhidmatan

14 

Buletin ICT | Julai 2013

Para Guru SK Convent Infant Jesus 2 menjalani bengkel

Latihan Asas Komputer & Internet Kakitangan Awam Gred 1-17 23 Julai 2013

Taklimat Program ICON di Auditorium Seri Negeri

22 Julai 2013

Buletin ICT | Julai 2013 

15

Youtube

Facebook

Twitter

1.15 bilion pengguna www.facebook.com

1 bilion pengguna www.youtube.com

500 juta pengguna twitter.com

Google+

Tagged

LinkedIn

343 juta pengguna aktif plus.google.com

Instagram

225 juta pengguna www.linkedin.com

330 juta pengguna www.tagged.com

Flickr

Tumblr

130 juta pengguna instagram.com

127.7 juta blog www.tumblr.com

Netlog

Pinterest

84 juta pengguna netlog.com

70 juta pengguna pinterest.com

WordPress

Flipboard

66 juta blog wordpress.com

87 juta pengguna www.flickr.com

reddit

69.9 juta pengguna www.reddit.com

Keek

45 juta pengguna www.keek.com

56 juta pengguna flipboard.com

Media Sosial

Yang Perlu Anda Tahu ! Foursquare

foursquare.com

Classmates

MyLife

www.mylife.com

deviantART

Bebo

www.bebo.com

Flixster

busuu

www.busuu.com

Formspring

classmates.com

www.deviantart.com

www.flixster.com

formspring.me

hi5

Hyves

Last.fm

LiveJournal

www.hi5.com

hyves.nl

www.last.fm

livejournal.com

Livemocha

MocoSpace

MyHeritage

Myspace

livemocha.com

mocospace.com

myheritage.com

myspace.com

orkut

Plaxo

Plurk

Ravelry

www.orkut.com

www.plaxo.com

www.plurk.com

www.ravelry.com

Sonico

Stickam

StumbleUpon

Tylted

www.sonico.com

Viadeo

www.stickam.com

Virb

stumbleupon.com

Xanga

m.cellufun.com

delicious

www.viadeo.com

virb.com

www.xanga.com

delicious.com

eToro

GetGlue

Kiwibox

aNobii

www.etoro.com

getglue.com

www.kiwibox.com

www.anobii.com

Sumber: expandedramblings.com, Wikipedia.org

Bahagian K-Ekonomi Jabatan Ketua Menteri Melaka

“ Selamat Hari Raya Aidilfitri ” Maaf Zahir dan Batin