PERLEMBAGAAN PERSATUAN NELAYAN KAWASAN

2 (2) Bagi mencapai tujuan tersebut di atas maka bolehlah Persatuan ini membuat pekerjaan termasuk memilik, membeli, memajak, menyewa dan...

0 downloads 43 Views 309KB Size
PERLEMBAGAAN PERSATUAN NELAYAN KAWASAN 1

(a)

Persatuan ini akan dinamakan …………………………………... ……………………………………............................................... yang kemudiannya disebut sebagai Persatuan.

(b)

Wilayah Sempadan Persatuan ini di………………………………. …………………..………………………………………………… ……………………………………………………….……………… ………………………………………………………………......

(c)

Tempat mesyuaratnya di ………………………..………………... dan alamat untuk surat menyuratnya di ………………………...... ……………………………………………………………………. …………………………………………………………................

2. (1) Maka tujuan-tujuan Persatuan ini adalah hendak memajukan kepentingan ekonomi dan sosial ahli atau ahlinya atau ahli-ahlinya dan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang perlu untuk mencapai tujuan-tujuan itu dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan makna yang tersebut di atas, ia hendaklah mempunyai kuasa: (a) mengurus dan mengendalikan rancangan bantuan kewangan untuk mengadakan sumber-sumber kredit dan modal bagi ahli; (b) mengurus dan mengendalikan rancangan-rancangan Ekonomi, Kredit dan Perkembangan untuk ahli-ahli dan juga dalam kemajuan perikanan amnya; (c) memajukan pelajaran dan latihan bagi ahli termasuk pengedaran maklumat mengenai perkara-perkara yang mungkin menarik perhatian ahli; (d) mengatur pamiran, pasaria dan pertunjukan; (e) mengatur usaha menangkap ikan atau memelihara hiduphidupan dalam air,mengumpul, menyimpan, memproses, membahagi-membahagi dan melupas benda-benda keluaran ahli; (f) mengadakan pusat kesihatan,didikan kanak-kana, pertubuhan jimat cermat,insuran,bantuan bersama dan lain-lain rancangan kebajikan; (g) membantu dalam penyiasatan dan pengumpulan perangkaan mengenai perusahaan menangkap ikan. (h) mengadakan boya dan lain-lain alat bantuan pelayaran dan kemudahan-kemudahan di pelabuhan perikanan; (i) menjadi sebagai orang tengah dalam pertikaian-pertikaian yang berbangkit dalam perusahaan menangkap ikan dalam mana seorang atau beberapa orang ahli terlibat ; dan (j) mengatur penyertaan ahli dalam apa-apa rancangan pemuliharaan sumber perikanan. (k) Mengadakan kemudahan pemasaran,penyimpanan,pengeringan, penggudangan dan kemudahan-kemudahan lain; dan (l) Membolehkan pembentukan modal dan pelaburan melalui penubuhan syarikat atau penyertaan ekuiti dalam usaha-usaha perdagangan dan perniagaan.

1

Nama dan Kawasan pergerakan Persatuan Nelayan Kawasan

Tujuan-tujuan penubuhan Persatuan Nelayan Kawasan

(2) Bagi mencapai tujuan tersebut di atas maka bolehlah Persatuan ini membuat pekerjaan termasuk memilik, membeli, memajak, menyewa dan mendapatkan dengan belian, gadaian, pajakan, pertukaran, perkongsian dan sebagainya akan tanah, bangunan, pasar-pasar, jeti-jeti, kilang-kilang, bot-bot, alatalat dan perkakas lain yang perlu. 3. (1) Seorang yang bermastautin dalam kawasan kegiatan Persatuan in yang telah mencapai umur 18 tahun adalah layak menjadi ahli Persatuan Nelayan ini jika ia termasuk di bawah mana-mana daripada kategori yang berikut, iaitu:(a)

(b) (c)

Memiliki harta

Ahli-ahli Persatuan Nelayan Kawasan dan syarat-syaratnya

mana-mana orang yang bekerja menangkap,mengutip atau memelihara hidup-hidupan dalam air selama tempoh lebih satu ratus dua puluh hari dalam setahun; mana-mana orang yang bekerja sebagai memproses, mengendali atau berniaga ikan; mana-mana orang yang mendapat enam puluh peratus atau lebih daripada jumlah pendapatannya dari bekerja dalam perusahaan menangkap ikan.

(2) Mana-mana orang yang menjalankan penyelidikan berkenaan dengan atau mengambil bahagian dalam memperkembang dan memajukan perusahaan menangkap ikan adalah layak menjadi ahli bersekutu. (3) Ia tidak menjadi ahli dalam mana-mana Persatuan Nelayan Kawasan yang lain. (4) Apabila ia telah menjelaskan yuran masuk, yuran tahunan dan satu saham sekurang-kurangnya. (5)

Maka Persatuan ini tidak boleh kurang ahli-ahlinya daripada 50

orang. (6) Menandatangan atau menurunkan cap jari dalam daftar ahli yang disimpan oleh Persatuan ini,tandatangan atau cap ibu jari itu akan menjadi keterangan yang ia telah menerima segala kaedah-kaedah ataupun Perlembagaan ini. (7) didaftarkan.

Ahli baru boleh diterima masuk kemudian daripada Persatuan ini

4. Ahli biasa adalah mempunyai kuasa-kuasa dan keistimewaan keistimewaan seperti berikut:(a) Untuk memilih wakil-wakil unit; (b)

Untuk dilantik dan melantik pemegang jawatan dalam Persatuan ini;

(c)

Untuk menyuarakan buah fikirannya di mesyuarat agung Persatuan ini;

(d)

Seseorang ahli bersekutu mempunyai hak yang sama dengan ahli biasa kecuali kuasa untuk mengundi dan memegang jawatan di semua peringkat Persatuan ini. 2

-

Hak-hak Keistimewaan ahliahli biasa dan bersekutu.

5. Ahli-ahli yang layak mengundi dalam Mesyuarat Agung Unit atau Persatuan ini ialah :-

Siapa yang boleh mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan

(1) (a) ahli-ahli unit dalam Mesyuarat Agung Unit; atau (b) semua ahli-ahli Persatuan ini yang ada dalam Mesyuarat Agung Persatuan Nelayan Kawasan sekirannya tiada unit ditubuhkan. (2) Perwakilan-perwakilan unit, Ketua Unit dan Lembaga Pengarah dalam Mesyuarat Agung Persatuan Nelayan ini. 6.

Seseorang tidaklah dibenarkan menjadi ahli Persatuan ini jika:-

Larangan dari menjadi ahli

(a) ia dirampas kewarganegaraannya; (b) ia menjadi gila (c) dilarang mempunyai harta sendiri; dan (d) ia disabitkan dengan kesalahan jenayah atau penipuan yang menimbulkan wasangka yang boleh membawa kepada buruk sangka kepada Persatuan Nelayan ini. (e) ia tinggal di luar kawasan kegiatan persatuan ini. 7.

(1)

Seorang ahli Persatuan ini akan dilucutkan sebagai keahlinya jika:(a)

ia sendiri meminta berhenti;

(b)

ia meninggal dunia;

(c)

pindah di tempat lain di luar kawasan Persatuan ini sebagai yang ditetapkan di bawah Fasal 1 dan pindahnya itu berkekalan dan tanpa kebenaran Lembaga Pengarah;

(e)

ia dipecat;

(f)

ia gila berkekalan;(gila babi dikecualikan)

(g)

hilang bahagiannya dari Persatuan ini oleh kerana dijadikan denda di atas apa-apa kesalahannya;

(h)

ia bertukar milik semua bahagiannya;

(i)

apabila hilang kelayakannya menurut Fasal 3.

(2) (a) Seorang ahli yang dibuang mengikut Fasal Kecil (1) (e) akan diberitahu sifat-sifat kalau kelakuannya yang tidak baik itu dan ia diberi peluang membela dirinya; (b) sekirannya ia tidak puashati dengan keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pengarah, maka bolehlah ia dalam masa 14 hari merayu kepada Pendaftar yang mana keputusannya adalah muktamad.

3

Kelucutan sebagai ahli

8. (1) Maka tanggungan ahli-ahli kepada Persatuan ini adalah terhad kepada jumlah saham yang dimiliki dalam Persatuan Nelayan dan juga apa-apa perolehan yang didapati daripada penanaman modal tersebut yang masih tersimpan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah;

Tanggungan dan kewajipan seorang ahli dan seorang yang telah berhenti menjadi ahli

(2) Seorang ahli yang hendak keluar daripada Persatuan ini hendaklah mengemukakan borang permohonan kepada Persatuan untuk diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah; (3) Seseorang ahli telah dipecat dan pemberhatiannya telah diluluskan hendaklah mengembalikan kad ahlinya dan menjejaskan semua hutang-hutang atau pinjaman-pinjaman yang telah diambilnya daripada Persatuan, (4) Adalah menjadi tanggungjawab bersama seseorang ahli yang berhenti itu di atas hutang-hutang Persatuan yang wujud pada tarikh dia berhenti itu dan tanggungjawab itu berlanjutan sehingga dua tahun dari tarikh itu kecuali dia telah menjadi ahli Persatuan Nelayan yang lain pula; (5) Seseorang ahli baharu akan mempunyai tanggungjawab yang sama seperti ahli yang lama juga diatas hutang-hutang yang dibuat oleh Persatuan ini sebelum dia menjadi ahli; (6) Seorang ahli bolehlah melantik seorang atau lebih bagi menerima wang-wang yang terhak baginya daripada Persatuan ini yang hendak dibayar setelah ia meninggal dunia dan hendaklah memberitahu Persatuan ini akan perubahan-perubahan nama-nama atau alamat-alamat bagi penama-penamanya itu. 9. (1) Persatuan ini bolehlah menubuhkan unit-unit Nelayan Kecil mengandungi sebuah kampung atau lebih atau syarikat-syarikat yang berdaftar di bawah mana undang-undang Persatuan di Malaysia yang berjalan kuatkuasanya dan tujuannya tiada bercanggah matlamatnya dan tujuan Persatuan ini.

Penama

Penubuhan Unit-Unit Nelayan Kecil

(2) Unit-unit kecil juga boleh ditubuhkan oleh ahli-ahli yang mengejakan jenis atau cara perusahaan perikanan yang sama pada sesuatu kawasan itu. 10. (1) Untuk sebuah Unit Nelayan Kecil, seorang Ketua dan seorang Timbalannya akan dipilih di antara ahli-ahli untuk membantu Persatuan ini menjalankan rancangan-rancangannya.

Melantik Ketua Unit dan Timbalannya dan tempoh memegang jawatan

(2) Ketua dan Timbalannya tidak akan diberi gaji tetapi dengan kebenaran Pegawai Penyelia , mereka bolehlah diberi kemudahan-kemudahan untuk menjalankan tugas-tugas mereka; (3) Ketua dan Timbalan Unit Nelayan Kecil akan memegang jawatan itu selama dua tahun atau sehingga mesyuarat agung sekali lagi tetapi boleh dipilih semula untuk memegang jawatan yang sama selama dua tahun lagi jika ianya dicalonkan semula. 11. Jumlah Perwakilan Ahli-ahli Unit ialah dua orang wakil daripada 50 ahliahli biasa yang pertama di tiap-tiap satu unit nelayan dan seorang wakil tambahan 4

Bilangan Wakil Unit Nelayan

bagi tiap-tiap tambahan 50 orang ahli-ahli biasa lagi ataupun sebahagian daripadanya. 12. (1) Satu Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan ini akan mengandungi ………………orang yang dipilih oleh ahli-ahli di Mesyuarat Agung Tahunan. Bilangan yang dilantik oleh Menteri, jika ada, hendaklah dibuat mengikut fasal 12(2).

Kandungan Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan

(2) Jumalah Lembaga Pengarah yang dilantik oleh Menteri hendaklah tidak melebihi ½ daripada Pengarah-pengarah yang dipilih oleh ahli. (3) Sekirannya Menteri tidak melantik Pengarah dalam masa satu bulan daripada tarikh pemilihan Lembaga Pengarah oleh ahli-ahli, maka Lembaga Pengarah yang dipilih itu akan dikira mewakili semua Lembaga Pengarah dan akan mempunyai kuasa-kuasa seperti yang dibuat di bawah peraturan ini terhadap kuasa Lembaga Pengarah. (4) Pengarah samada dipilih oleh ahli-ahli atau dilantik oleh Menteri akan memegang jawatannya hinggalah kepada masa pemilihan yang akan datang yang diadakan dalam mesyuarat agung tahunan Persatuan ini. (5) Pengerusi Lembaga Pengarah akan dilantik oleh Menteri daripada ahli-ahli Lembaga Pengarah atau sesiapa sahaja tetapi jika Menteri tidak melantiknya dalam masa satu bulan daripada pemilihan itu, maka ahli-ahli Lembaga Pengarah bolehlah memilih salah seorang daripada mereka menjadi Pengerusi. (6) Menteri boleh sekirannya difikirkan perlu melantik seorang Pengerusi dan Pengarah-pengarah tambahan kepada pengarah-pengarah yang dipilih walaupun selepas jangkamasa yang ditetapkan dalam fasal 12(3) dan (5) tersebut. (7) Fasal 10(3) dipakai bagi maksud pemegangan jawatan seseorang Pengarah di dalam Persatuan ini.

Penamaan Calon dan Peraturan Mengundi

13. (1) Pemilihan ahli-ahli Lembaga Pengarah hendaklah dibuat bagi tiaptiap dua tahun sekali. (2) Sebelum pemilihan dibuat pencalonan akan dibuat bagi merekamereka yang layak bertanding dalam jawatan-jawatan Lembaga Pengarah. (3) Pemilihan dibuat secara berkertas undi di mana seseorang ahli dibenarkan mengundi sebanyak beberapa kali kepada calon-calon yang disenaraikan mengikut ramainya bilangan Lembaga Pengarah yang dicadangkan itu. 14. (1) Pada penutupan pengundian pegawai yang mengetuai penal peti undi akan menyediakan tiga senarai :(a) Senarai pertama akan disusun nama-nama calon mengikut jumlah undi yang didapati. Calon-calon ini hendaklah terdiri daripada ahli-ahli yang disebut di bawah Seksyen 11(1)(a) Akta Persatuan Nelayan, 1971

5

Pemilihan ahli-ahli Lembaga Pengarah Yang berjaya

(b) Dalam senarai yang kedua ia hendaklah menyusun semua nama-anam calon dan undi yang diperolehi yang akan dipilih untuk duduk dalam Lembaga Pengarah Persatuan ini. (c) Dalam senarai ketiga ia hendaklah menyusun semua nama-nama calon dan jumlah undi masing-masing yang akan mewakili Persatuan ini sebagai perwakilan. (2)

Cara pemilihan dibuat adalah seperti berikut:(a) 3/5 daripada ahli-ahli Lembaga Pengarah hendaklah diambil dari mereka-mereka yang mendapat undi terbanyak dalam senarai pertama. (b) 2/5 hendaklah dipilih dari mereka-mereka yang mendapat undi terbanyak dalam senarai kedua setelah dipotong bilangan minima Pengarah yang pertama yang dimaksudkan di Fasal 14(2)(a) di atas. (c) Bagi perwakilan pula dipilih dari mereka-mereka yang mendapat undi terbanyak dalam senarai ketiga.

15. Lembaga Pengarah Persatuan ini akan bertanggungjawab kepada ahli-ahli atau wakil-wakil ahli bagi menyusunkan dasar-dasar, kerja-kerja Persatuan dan melaksanakannya mengikut dasar dan keputusan yang ditetapkan di dalam Mesyuarat Agung tahunan atau Perwakilan Ahli seperti berikut:(a) Mengkaji permohonan menjadi ahli,kelulusan pemberhentian atau pemecetan ahli,menyemak dan menetapkan kategori ahli. Bagi pemegang jawatan Lembaga Pengarah, semakan dan penetapan kategori keahliannya hendaklah ditentukan oleh Pendaftar. (b) Menerima atau menamatkan perkhidmatan Pengurus Besar atau ahliahli yang menjadi kakitangan dengan sokongan Pengurus Besar serta menetapkan jumlah wang saguhati yang hendak dibayar kepada kakitangan-kakitangan. Walau bagaimanapun selagi Pengurus Besar Persatuan ini dibiayai oleh warga Kerajaan maka apa-apa tindakan menrima atau menamatkan perkhidmatan Pengurus Besar hendaklah dibuat melalui Pendaftar Persatuan ini yang mana keputusannya adalah muktamad. (c) Mengkaji laporan tahunan dan penyata kewangan dan mengemukakan kepada mesyuarat ahli atau perwakilan ahli. (d) Mengkaji rancangan-rancangan tahunan,jenis-jenis rancangan dan perbelanjaan tahunan. (e) Mengkaji rancangan bulanan dan laporan bulanan serta penyata kewangan dan mengemukakan kepada mesyuarat ahli atau perwakilan ahli. (f) Mengkaji dan member kuasa kepada Pengurus Besar meminjam bagi pihak Persatuan kadar jumlah yang telah diluluskan dalam mesyuarat ahli atau perwakilan ahli.

6

Kewajipan dan tugastugas Lembaga Pengarah

(g) Mengkaji pembelian dan penjualan harta Persatuan. (h) Memeriksa buku-buku dan kira-kira Persatuan ini. (i) Mengkaji dan memberi kebenaran kepada Pengurus Besar dan Pengerusi Lembaga Pengarah untuk memborong (kontrek) dan menandatangani surat-surat perjanjian kontrak bagi pihak Persatuan. (j)

Mengkaji deraf dan pindaan-pindaan kepada Perlembagaan atau kaedah-kaedah Persatuan ini.

(k)

Mengkaji lain-lain penyata yang hendak dikemukakan ke mesyuarat ahli atau perwakilan ahli untuk kelulusan.

(l)

Mengaturkan mesyuarat-mesyuarat ahli atau perwakilan ahli.

(m)

Mengemukakan dokumen-dokumen dan penyata yang sah kepada Pendaftar atau Penyelia Persatuan Nelayan Negeri dan Persatuan Nelayan peringkat tinggi.

(n)

Lembaga Pengarah juga berhak untuk mendapatkan apa-apa maklumat mengenai Persatuan ini daripada Pengurus Besar.

16. (1) Tidak boleh menerima gaji tetap dari Persatuan ini tetapi mesyuarat agung dengan persetujuan ahli dan Pengurus Besar bolehlah member bonus sebanyak yang patut.

Tegahan kepada Lembaga Pengarah

(2) Tidak boleh menjalankan tugas-tugas atau kegiatan-kegiatan lain di mana-mana bahagian Persatuan ini yang boleh mendapat gaji. (3) Tidak boleh memegang jawatan yang bergaji di mana-mana pertubuhan samada secara rasmi atau bersendirian yang membawa kepada pertandingan atau persaingan dengan perniagaan-perniagaan atau pergerakanpergerakan Persatuan Nelayan. 17.

Seseorang Pengarah akan tamat jawatannya:(a) Jika ia jatuh muflis(bankrupt); (b) Jika ia disabitkan atas sesuatu kesalahan jenayah berkenaan tipuan, kecurangan atau keburukan akhlak; (c) Jika ia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran akhlak; (d) Jika ia terhenti menjadi seorang warganegara Malaysia atau ahli Persatuan ini; (e) Jika ia menjadi gila; (f) Jika ia mengambil bahagian dalam apa-apa juga urusan atau berlaku secara yang pada pendapat Menteri, mendatangkan mudarat kepada kepentingan-kepentingan Persatuan ini; 7

Kelucutan sebagai Pengarah

(g) Jika ia menjadi seorang pekerja Persatuan ini ;atau (h) Jka ia dibuang sebagai ahli mengikut Fasal 7(1)(e). 18. (1) Dengan sebab-sebab yang tertentu atau dengan persetujuan mesyuarat ahli atau perwakilan ahli,Pengarah Persatuan ini,Ketua dan Timbalan Unit Nelayan Kecil bolehlah dibenarkan meletakkan jawatan.

Perletakan dan Perlucutan Jawatan

(2) Pengarah, Wakil Ahli, Ketua atau Timbalan Ketua Nelayan hanya boleh dilucutkan jawatnnya setelah ia menjawat jawatannya lebih daripada enam bulan. (3) hendaklah:-

Satu cadangan hendakk melucutkan pegawai-pegawai yang dipilih

(a) tandatangani oleh tidak kurang dari separuh bilangan ahli-ahli unit nelayan atau persatuan ini yang berhak untuk mengundi dalam Mesyuarat Agung Unit atau Persatuan ini. (b) Menyatakan sebab-sebab bagi cadangan itu; dan (c) Menyerahkan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Persatuan ini. (4) Dalam masa 10 hari rayuan itu dibuat, Pengerusi Lembaga Pengarah hendaklah menyerahkan satu salinan rayuan itu atau notis kepada pegawai yang berkenaan (5) Pegawai itu dalam masa 15 hari dari tarikh menerima rayuan itu atau notis hendaklah member jawapannya kepada Pengerusi Lembaga Pengarah. (6) Dalam masa 14 hari selepas tamatnya tempoh 15 hari yang diberi mengikut Fasal kecil (5) ataupun selepas menerima jawapan itu yang mana lebih dahulu, maka Pengerusi Lembaga Pengarah hendaklah memanggil satu Mesyuarat Agung Luar Biasa bagi membincangkan cadangan tesebut oleh ahli-ahli. (7) Rayuan itu hendaklah diluluskan oleh 2/3 daripada ahli-ahli yang hadir dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa itu. (8) Pengundiaan hendaklah dijalankan secara undi sulit. (9) Pengerusi Lembaga Pengarah hendaklah memberitahu Pendaftar keputusan rayuan itu. 19. Fasal 18 ini tidak melibatkan Pengarah-pengarah yang dilantik oleh Menteri dan juga Pegawai-Pegawai Kerajaan yang bertugas di dalam Persatuan Nelayan ini. 20. (1) Jiak timbul apa-apa kekosongan di dalam mana-mana jawatan, Pengerusi Lembaga Pengarah hendaklah:(a)

memberitahu Pendaftar mengenai jawatan yang dikosongkan itu.

(b)

menyatakan samada oleh sebab kekosongan itu bilangan PengarahPengarah yang dipilih yang layak untuk menjadi ahli dibawah Seksyen 11(1)(a) Akta Persatuan Nelayan itu melebihi 3/5 dari Lembaga Pengarah yang dipilih.

8

Fasal 18 tidak melibatkan Pengarah yang dilantik oleh Menteri Acara jika terdapat kekosongan jawatan dan cara-cara mengisikannya

(2) Jika jawatan yang dikosongkan itu adalah jawatan seseorang Pengarah yang dilantik,Pendaftar hendaklah meminta Menteri menjalankan budibicaranya untuk melantik gantinya,tidaklah boleh lebih daripada ½ bilangan Pengarah-Pengarah yang dipilih. (3) Jika jawatan yang dikosongkan itu adalah jawatan Wakil, orang yang memperolehi undi yang terbanyak sekali di antara senarai simpanan dalam senarai ketiga hendaklah disifatkan sebagai Wakil itu. (4) Jika jawatannya yang dikosongkan itu ialah jawatan seorang Pengarah yang dipilih dan jika bilangan Pengarah yang dipilih daripada mereka yang layak menjadi ahli dibawah Seksyen 11(1)(a) Akta Persatuan Nelayan:(a)

tidak melebihi 3/5 maka ahli yang mendapat undi yang terbanyak sekali antara senarai simpanan dalam senarai pertama pemilihan terakhir hendaklah disifatkan sebagai seorang Pengarah Yang Dipilih.

(b)

melebihi 3/5 maka orang yang mendapat unti terbanyak sekali dikalangan senarai simpanan dalam Senarai Kedua dalam pemilihan yang terakhir diadakan hendaklah disifatkan sebagai seoarang Pengarah Yang Dipilih.

(5) Menteri bolehlah melantik seorang ahli memegang jawatan yang dikosongkan itu:(a) Jika tiada nama dalam senarai Pertama, Kedua atau Ketiga mengikut mana yang berkenaan, atau (b) Jika orang yang undinya tertinggi sekali dalam senarai simpanan memberitahu secara bertulis tentang hasratnya tidak mahu memegang jawatan dan oleh sebab itu tiada nama lain dalam Senarai Pertama,Kedua atau Ketiga mengikut mana yang berkenaan. (6) Jika Menteri tidak melantik siapa-siapa untuk memenuhi kekosongan jawatan,maka ahli-ahli dala Lembaga Pengarah yang ada, adalah dianggap sebagai Lembaga Pengarah sepenuhnya dan mempunyai sekelian kuasa Lembaga Pengarah. 21. (1) Pengarah-pengarah boleh, megikut kemampuan Persatuan menerima elaun-elaun untuk menghadiri mesyuarat.

kewangan

Pemberian elaun kepada Pengarah

(2) Pengarah yang dihantar oleh Lembaga Pengarah untuk menghadiri mesyuarat selain daripada mesyuarat Lembaga Pengarah dan sebagai wakil rasmi Persatuan bolehlah juga menerima elaun perjalanan dan sara hidup. (3) Elaun bolehlah dibayar kepada sesiapa juga yang menjalankan tugas-tugas rasmi Persatuan Nelayan ini. 22. (1) Pengurus Besar bagi Persatuan ini hendaklah dilantik dengan persetujuan mesyuarat Lembaga Pengarah. (2) Peruntukan 22 (1)tiada dipakai bagi perlantikan pegawai-pegawai yang gaji-gaji mereka dibayar oleh kerajaan. 9

Perlantikan Pengurus Besar

23. (1) Pengurus besar Persatuan ini akan bekerja penuh masa dan akan bertanggugnjawab kepada Lembaga Pengarah dalam menguruskan semua perniagaan dan pergerakan Persatuan mengikut dasar dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat ahli atau perwakilan ahli atau Lembaga Pengarah Persatuan. (2) Pengurus Besar akan bertugas dan bertanggungjawab dala hal-hal pentadbiran dan pengurusan am Persatuan Nelayan ini:(a) Mengurus dan mentadbir hal ehwal Persatuan Nelayan meliputi kegiatan-kegiatan ekonomi,kredit,perkembagan dan kakitangan. (b) Menasihatkan Lembaga Pengarah mengenai gerakan dan perjalanan Persatuan Nelayan juga dalam apa-apa perkara mengenai perjalanan dan kegiatan-kegiatan Persatuan Nelayan. (c) Menyediakan dan menyimpan dengan betul segala penyatapenyata dan daftar-daftar mengenai keahlian,kewangan dan lain-lain dokumen yang dibuat oleh Persatuan Nelayan ini. (d) Memungut kembali pinjaman-pinjaman yang diberi mengikut kaedah yang ditetapkan oleh Perlembagan ini dan Pendaftar. (e) Kaedah diatas ini juga dipakai bagi maksud pinjaman yang dipoerolehi daripada badan-badan kewangan lain daripada badan-badan kewangan lain daripada Persatuan Nelayan sendri. (3) Pengurus Besar akan bertugas dan bertanggungjawab dalam hal-hal pinjaman- meminjam dan kredit Persatuan Nelayan ini : (a) Menimbangkan permintaan pinjaman dan jumlahnya dan menetapkan samada patut diberi atau tidak. (b) Jika pinjaman itu difikirkan patut diberi,Pengurus Besar hendaklah menetapkan lamanya pinjaman itu mestilah dibayar kembali, syarat-syaratnya dan sandaran-sandarannya sekali seperti yang ditetapkan dalam peratuaran ini (c) Setelah pinjaman diberi,Pengurus Besar hendaklah mengawasi bahawa pinjaman-pinjaman itu dipakai bagi maksud-maksud yang ditentukan. Jika didapati bahawa pinjaman itu tidak digunakan dengan betul, mak ia berhak menarik kembali pinjaman itu, membatalkan segala perjanjian yang dibuat. Ia juga berhak menuntut apa-apa kerugian yang didapati dalam masa pinjaman itu diberi. (d) Memungut kembali pinjaman-pinjaman yang diberi mengikut kaedah yang ditetapkan oleh peraturan ini dan Pendaftar. (e) Kaedah diatas ini juga dipakai bagi maksud pinjaman yang diperolehi daripad badan-badan kewangan lain daripada Persatuan Nelayan sendiri. (4) Tugas dan tanggungjawab Pengurus besar dala peraturan dan syarat-syarat pinjaman-meminjam adalah seperti berikut:-

10

Kewajipan Pengurus Besar Kepada Persatuan ini.

(a)

Pengurus Besar hendaklah menentukan tarikh membayar balik akan wang yang diberi pinjam itu.

(b)

Tiada boleh seseorang ahli itu mendapat pinjaman baharu selagi hutangnya belum dijelaskan atau terlewat pembayarnya.

(c)

Dengan kebenaran Pendaftar Persatuan ini bolehlah member pinjaman kepada Persatuan-Persatuan lainya.

(d)

Pinjaman tidak akan diberi kepada sebarang ahli yang enggan menurut peraturan-peraturan Persatuan ini walaupun ia mempunyai cukup syarat-syarat. Pinjaman bolehlah diuntukkan bagi tujuan-tujuan berikut:(i)

kerana membayar hutang yang ada terdahulu daripada menjadi ahli;

(ii)

kerana membeli perkakas – perkakas menangkap ikan.

(iii)

kerana perbenlajaan pada masa tutup kuala oleh sebab-sebab lain yang mengganggu mata pencarian ahli-ahli;

(iv)

kerana sebab-sebab lain yang Pengurus Besar fikirkan patut

(5) Segala urusan pinjaman-meminjam dengan Pertubuhan lain daripada Persatuan ini hendaklah dibuat melalui Pengurus Besar dan Pengurus Besar hendaklah dengan seberapa segera yang boleh memberitahu Pendaftar tentang hal itu untuk mendapat pertimbangannya. (6) Sekirannya diluluskan pinjaman akan dikeluarkan dengan wang ataupun dengan matabenda jika ia berhubung dengan perkakas. (7) Syarat-syarat cagaran dan jaminan mengenai pinjaman adalah seperti di bawah :(a) Cagaran di atas pinjaman-pinjaman ialah 2 orang penjamin yang mesti terdiri daripada ahli biasa dan ahli bersekutu. (b) Cagaran juga bolehlah merupakan dalam bentuk-bentuk matabenda seperti perkakas-perkakas yang diberi kepadanya, jika pinjaman itu merupakan alat perkakas. (c) Cagaran juga boleh dibuat daripada saham-sahamnya dalam Persatuan dan juga wang pertaruhannya. (d) Harta-harta ahli sendiri boleh dijadikan cagaran dan nilai harta itu hendaklah melebihi nilai jumlah pinjaman yang diberikan. Nilai harta itu hendaklah dihisab mengikut nilai pasaran masa itu. (e) Cagaran juga boleh dibuat daripada mana-mana yang tersebut di atas dengan tujuan untuk memenuhi syarat-syarat mendapat 11

pinjaman itu. Tetapi berhubung dengan 2 orang penjamin itu hendaklah dipakai bagi mana-mana maksud pinjaman yang dibuat. (f) Persatuan nelayan ini juga boleh menjadi penjamin terhadap pinjaman yang diuruskan oleh Persatuan Nelayan sendiri untuk ahli atau Persatuan ini sendiri. (8)

Kewajipan si peminjam dan penjamin terhadap pinjaman:(a) Peminjam dikehendaki mengisi dan menandatangani segala borang-borang dan surat perjanjian yang dibuat itu sebelum pinjaman-pinjaman diberi dihadapan Pengurus Besar Persatuan Nelayan ini. (b) Penjamin hendaklah ia terdiri daripada orang – orang yang dibenarkan di bawah Perlembagaan ini. (c) Jika penjamin itu mati maka sipeminjam hendaklah mengadakan serta-merta seorang lain yang layak untuk menjadi penjamin. Sipenjamin yang baru ini akan tertakluk kepada perjanjian-perjanjian yang telah dibuat sebelumnya. (d) Selain daripada yang disebut di bawah peraturan ini adalah menjadi tanggungjawab penjamin untuk mengawasi dan melaporkan kepada Pengurus Besar apa-apa hal tentang peminjam seperti yang disebut di bawah ini:(i) Jika si peminjam mati; (ii) Sakit yang menyebabkan hilang pekerjaannya; (iii) Berpindah (iv) Menggunakan wang pinjaman untuk tujuan-tujuan lain daripada yang dipersetujui; (v) Si peminjam tidak berupaya membayar balik pinjaman itu.

(9) Segala pinjaman yang dibuat kepada Persatuan Nelayan in faedah adalah dikenakan :(a) Faedah untuk pinjaman akan dikenakan dan bagi pinjaman yang kurang daripada satu tahun faedahnya akan dikira mengikut hitung bulan. (b) Kira-kira faedah bagi suatu masa yang kurang daripada 1 bulan hendaklah dikira cukup bulan. (c) Jika satu tindakan untuk menarik balik pinjaman, maka jumlah yang mesti dibayar itu hendaklah dikira bersama-sama faedahnya seperti yang dinyatakan di atas termasuk apa-apa belanja perbelanjaan yang dibuat.

12

(10)

Lain-lain perkara am mengenai pinjaman:(a) Maka menjadi tanggungjawab Pengurus besar di atas segala hutang-hutang dan pinjaman-pinjaman yang diberi dan mengawasinya mengikut apa-apa persetujuan yang dibuat. (b) Hendaklah Pengurus Besar berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kemabali sekirannya pinjaman itu digunakan dengan tidak betul ataupun tempoh pinjaman sudahpun cukup. (c) Segala pinjaman yang dituntut pembayaranya hendaklah diberi notis 2 bulan sebelumnya dengan menyatakan segala kira-kira hutang yang lengkap. (d) Jika peminjammati maka segala perjanjian - perjanjian dan persetujuan mengenai pinjaman akan berhenti dan ditutup hinggalah seorang penama yang layak menjadi ahli dan mempunyai surat-surat yang tersebut di bawah peraturan ini didapati. Maka tanggungan penama itu hendaklah menurut sebagaimana peruntukan-peruntukan yang dibuat terhadap sipeminjam. (e) Jika si Peminjam itu hilang kelayakan atau dipecat daripada menjadi ahli, makasegala perjanjian dan persetujuan mengenai pinjaman akan ditutup dan hendaklah ahli yang dipecat itu seberapa segera menjelaskan segala hutang-hutangnya terhadap Persatuan. (f) Jika Si peminjam dengan sukarela untuk keluar daripada menjadi ahli ataupun dengan sengaja lari daripada Persatuan ini, maka tanggungan terhadap Persatuan ini mengenai hutanghutang dikira sebagai tanggungan seorang ahli juga dan sehingga segala hutang piutangnya dijelaskan barulah dia selesai tanggungannya terhadap Persatuan ini.

24. Pengurus Besar Persatuan Nelayan ini adalah ditegah atau dilarang sama sekali daripada melakukan perkara-perkara yang dibawah ini:(a)

Tiada boleh mengundi dalam apa-apa ketetapan yang dibuat di dalam Mesyuarat Agung atau Lembaga Pengarah.

(b)

Tiada boleh mengambil bahagian cergas dalam mana-mana pertubuhan politik.

(c)

Menggunakan pengaruh dan kedudukannya bagi faedah diri sendiri.

25. Persatuan ini bolehlah menubuhkan bahagian pergerakan seperti berikut ini untuk melicinkan pengurusan pentadbirannya:(a)

Bahagian Pentadbiran : Bahagian in akan mentadbirkan hal ehwal kakitangan, kerja-kerja pejabat dan perkara-perkara am seperti kertas-kertas fail, kewangan, perangkawan dan lain-lain perkara yang ada hubungan dengan lain-lain bahagian. 13

Tegahan terhadap Pengurus Besar Persatuan Nelayan

Bahagianbahagian Pergerakan Persatuan Nelayan

(b)

Bahagian Ekonomi : Bahagian ini akan bertanggungjawab dalam perkara – perkara penjualan, pasaran, pembelian gudang,proses, hasil-hasil pasaran, pengangkutan dan lain-lain yang termasuk dalam urusan ekonomi.

(c)

Bahagian Perkembangan Nelayan : Bahagian ini akan mengelolakan rancangan-rancangan dalam perkara pengeluaran hasil, nasihat-nasihat teknik,latihan dan kebajikan am.

(d)

Bahagian Kredit : Bahagian ini akan mengelolakan perkaraperkara yang bersangkutan dengan wang simpanan,pinjaman .dan lain-lain urusan kewangan yang berkenaan dengan menyediakan kemudahan-kemudahan kredit.

(e)

Bahagian Kira-kira : Bahagian in akan bertanggugnjawab untuk menyimpan kira-kira seperti buku kira-kira harian,bulanan dan tahunan, laporan kewangan bulanan dan tahunan juga dalam urusan-urusan kewangann Persatuan Nelayan amnya.

26. Persatuan Nelayan ini bolehlah mengikut kemampuan kewangan yang diluluskan;mengambil bekerja seorang Ketua dan beberapa orang kakitangan bagi tiap-tiap bahagian nuntuk menjalankan perniagaan dan urusan Persatuan ini.

Perlantikan Ketua Bahagian dan kakitangan

27. (1) Semua kakitangan Persatuan in akan bekerja penuh masa. Mereka tidaklah boleh memegang jawatan lain dalam masa perkhidmatan mereka seperti memegang jawatan di syarikat-syarikat ataupun di lain-lain badan perusahaan, dan mereka juga tidak dibenarkan memegang jawatan-jawatan yang mendapat upah atau menjadi penasihat-penasihat di dalam laian-lain Perbadanan baik secara rasmi ataupun bersendirian.

Tugas-tugas dan tanggungjawab kakitangan Persatuan Nelayan

(2) Pengurus Besar atau kakitangan yang berkuasa akan bersama-sama bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang dialami oleh Persatuan ini akibat dari kecuaian atau kesalahan mereka. (3) Jika didapati bahagian kredit tiada dapat memenuhi atau membayar balik wang-wang simpanan ahli yang diamanahkan kepada Persatuan oleh sebab kecuaian dan salah urus maka Pengurus Besar dan Ketua Bahagian akan bersamasama bertanggungjawab menjelaskan wang tersebut. (4) Pengurus Besar dan Ketua Bahagian Kredit Persatuan ini akan bertanggungjawab seperti yang diterangkan dalam kaedah-kaedah kecil(1),(2),(3) di atas sehingga 2 tahun selepas tamat jawatan mereka. 28. Pegawai-pegawai yang dilantik dan dipilih dan kakitangan Persatuan ini tidaklah boleh menggunakan nama Persatuan ini, jawatan mereka, atau pengaruh mereka dalam kempen-kempen politik untuk menyokong atau menentang manamana calon. Mereka juga tidaklah boleh memberi perakuan atau sebaliknya mengenai calon-calon politik itu. 29. (1) Persatuan ini dengan persetujuan Ahli-ahli atau Perwakilan Ahli dalam mesyuaratnya serta dengan kelulusan Pendaftar, bolehlah bergabung dengan lain-lain Persatuan Nelayan Kawasan di dalam Negeri supaya dijadikan sebuah Persatuan Nelayan Negeri. (2) Persatuan in bolehlah menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi mengkaji latarbelakang dan lain-lain jawatankuasa kecil mengikut kehendakkehendak urusan Persatuan ini. 14

Pegawai dan kakitangan tidak boleh menyalahgunakan jawatannya

Pergabungan dengan lain-lain Persatuan Nelayan Kawasan dan perlantikan sebuah jawatankuasa

30. Persatuan ini akan mengadakan mesyuarat ahli unit nelayan Persatuan di tempat masing-masing dan mengadakan mesyuarat ahli atau mesyuarat perwakilan ahli di mana Persatuan ini ditempatkan.

Mesyuarat bagi unit nelayan

31. (1) Mesyuarat Agung Tahunan bagi ahli-ahli unit Nelayan Persatuan ini hendaklah diadakan setahun sekali tidak lewat dari 28hb Februari tiap-tiap tahun dan akan dipengerusikan oleh ketua Unit yang berkenaan.

Tarikh Mesyuarat Agung Tahunan bagi unit dan kawasan

(2) Mesyuarat tahunan bagi Persatuan Nelayan Kawasan (Mesyuarat Agung Tahunan) hendaklah diadakan tidak lewat dari 31hb Mac tiap-tiap tahun dan dipengerusikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah. 32. (1) Mesyuarat Agung Luar Biasa bolehlah dipanggil oleh Pengerusi Lembaga Persatuan :(a)

bila difikirkan perlu atau

(b)

apabila menerima permohonan yang ditandatangani oleh 2/3 bilangan ahli Lembaga Pengarah.

(c)

Menerima permohonan yang ditandatangani oleh tidak kurang dari 1/3 bilangan ahli-ahli yang layak mengundi.

Mesyuarat Agung Luar Biasa

(2) Jika Mesyuarat Agung Luar Biasa itu yang dipanggil untuk membincangkan satu-satu cadangan untuk membuang seseorang wakil atau seseorang Pengarah yang dipilih, cara-cara di bawah Fasal 18 akan diikuti. (3)

(a)

Jika mesyuarat itu diadakan oleh ahli-ahli dan tidak terdapat korum,mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan.

(b)

Jika mesyuarat itu diadakan di bawah Fasal 32(1)(a) atau (b) dan tidak terdapat korum mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kesuatu tarikh sekurang-kurangnya tujuh hari tetapi tidak lebih daripada empat belas hari daripada tarikh mesyuarat yang pertama itu dan di mesyuarat yang dijadualkan itu urusan yang diuruskan hendaklah urusan yang dijadualkan bagi mesyuarat yang pertama.

(c)

Di mesyuarat yang ditanggungkan itu mana-mana ahli yang hadir hendaklah diluluskan oleh dua pertiga majoriti ahliahli yang hadir dan layak mengundi kecuali tiada pindaan bagi perlembagaan boleh dibuat melainkan jika setengah daripada ahli-ahli itu hadir.

(4) Mesyuarat Lembaga Pengarah hendaklah ditulis minitnya dan disimpan dalam buku minit mesyuarat. 33. (1) Mesyuarat Lembaga Pengarah Persatuan ini akan diatur dan dipengerusikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah. (2)

Mesyuarat Lembaga Pengarah akan diadakan tiap-tiap sebulan

sekali. (3) Mesyuarat Luar Biasa terpulang kepada Pengerusi,Lembaga Pengarah menetapkannya. 15

Mesyuarat Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan

Mesyuarat Luar Biasa Lembaga Pengarah Persatuan bolehlah juga diadakan di atas permintaan 1/3 daripada anggota-anggota Lembaga Pengarah. (4) Jika Mesyuarat Luar Biasa di atas permintaan Lembaga Pengarah tiada diadakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah dalam tempoh tujuh hari dari tarikh permintaan itu dibuat, maka anggota-anggota yang membuat permintaan itu bolehlah mengadakan mesyuarat itu dengan persetujuan Penyeliaan Persatuan Nelayan Negeri. (5) Mesyuarat Luar Biasa Lembaga Pengarah yang diatur oleh Pengerusi Lembaga Pengarah hendaklah dipengerusi olehnya sendiri. Mesyuarat Luar Biasa yang dibuat oleh Lembaga Pengarah hendaklah melantik salah seorang di antara mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu. (6) Dalam membuat ketetapan dalam mesyuarat, seorang ahli Lembaga Pengarah tidak boleh mengundi bagi hal yang berkenaan dengan dirinya sendiri. 33A. Persatuan Nelayan ini hendaklah memberitahu Pendaftar semua mesyuarat yang akan diadakan dan hendaklah member maklumat-maklumat mengenai tarikh,masa,tempat dan agenda mesyuarat-mesyuarat itu dan Pendaftar atau sebarang orang yang diberikuasa dengan perintah am atau khas yang bertulis oleh Pendaftar mempunyai kuasa menghadiri sebarang mesyuarat dan mengambil bahagian dalamnya.

Persatuan ini memberitahu Pendaftar ke semua mesyuarat-mesyuarat dan hak Pendaftar untuk menghadirinya.

34. Jika Pengerusi atau Timbalan dalam sesuatu mesyuarat tidak hadir, maka ahli-ahli yang hadir bolehlah , jika jumlah anggotanya mengizinkan, melantik seorang pengerusi untuk mempengerusi mesyuarat itu.

Pengganti pengerusi mesyuarat

35. (1) Korum bagi mana-mana mesyuarat agung ialah tidak kurang daripada satu pertiga dari ahli-ahli yang layak mengundi atau tiga puluh orang ahli,mengikut mana yang kurang , bagi cadangan untuk meminda perlembagaan korum ialah tidak kurang daripada setengah dari ahli-ahli Persatuan.

Anggota (korum)bagi mesyuarat

(2) Jika mesyuarat Unit Nelayan Kecil,Ahli atau mesyuarat Perwakilan Ahli itu kekurangan ahli-ahlinya dalam mesyuarat pertama, yang kedua akan dianggap sebagai cukup bilangan ahli-ahli yang sah untuk menjalankan mesyuarat tersebut. (3) Korum bagi mesyuarat Lembaga Pengarah ialah tidak kurang daripada setengah dari bilangan Pengarah-Pengarah,walaupun bahawa mungkin ada kekosongan dalam Lembaga itu atau tiada perlantikan Pengarah dibuat oleh Menteri. 36. (1) Semua keputusan yang mendapat suara terbanyak dari ahli-ahli yang hadir dalam sesuatu mesyuarat bolehlah diluluskan kecuali di atas perkaperkara yang diterangkan di bawah cerai-ceraian yang berikut.

Keputusan pendapat dalam mesyuarat

(2) Keputusan mengenai perlantikan wakil-wakil Unit nelayan kesil dan lantikan-lantikan ahli-ahli Lembaga Pengarah bolehlah diluluskan oleh sekurang-kurangnya separuh dari ahli-ahli yang hadir. (3) Keputusan untuk meminda perlembagaan ini hendaklah diluluskan oleh sekurang-kurangnya separuh dari jumlah ahli-ahli Persatuan Nelayan ini. 37.

(1)

Pengerusi Lembaga Pengarah hendaklah memberitahu :(a) Pendaftar (i) Tarikh,masa dan tempat mesyuarat agung 16

Pemberitahu Mesyuarat Agung

(b)

(ii)

Mesyuarat Agung Persatuan dan Unit Nelayan

(iii)

Tarikh terakhir pilihan bagi jawatan yang dipilih

(iv)

Perlantikan yang dicadangkan jika ada hendak dilakukan dalam Mesyuarat Agung.

Ahli-ahli (i)

Tarikh,masa dan tempat Mesyuarat Agung Persatuan atau Unit Nelayan

(ii)

Perlantikan yang dicadangkan jika ada hendaklah dilakukan.

(2) Pengerusi Lembaga Pengarah hendaklah mempamerkan satu senarai ahli-ahli yang berhak mengundi sekurang-kurangnya 14 hari sebelum diadakan Mesyuarat Agung Tahunan. (3) Seseorang ahli yang tidak ada namanya dalam senarai pengundipengundi yang dibuat mengikut Fasal Kecil (2), boleh dalam masa tiga hari selepas senarai itu dipamerkan merayu kepada Pendaftar untuk dimasukkan namanya dalam senarai itu. (4) Seorang ahli yang tidak puashati tentang kemasukkan nama-nama ahli yang ia berpendapat tidak layak mengundi mengikut Fasal (5) bolehlah merayu kepada Pendaftar supaya memotong nama ahli-ahli itu dalam senarai yang mana keputusannya adalah muktamad. 38. Penamaan calon dianggap tutup jam 12 tengahari pada hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan atau tarikh yang lebih awal sebagaimana yang ditetapkan oleh Pendaftar.

Penamaan calon dianggap tutup pada tengah hari

39. Pemilihan kepada jawatan-jawatan yang dipilih hendaklah diadakan tiaptiap dua tahun dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

Pemilihan diadakan dua tahun sekali

40. (1) Pada penutup penamaan calon,Pengerusi Lembaga Pengarah hendaklah menjeniskan calon-calon kepada Lembaga yang dipilih menurut kelayakan mereka di bawa Seksyen 11(1)Akta Persatuan Nelayan 1971.

Acara-acara diwaktu penamaan ditutup dan jika pemilihan tidak dilakukan

(2) Tiada pemilihan kepada Lembaga Yang Dipilih boleh dijalankan melainkan bilangan calon-calon yang layak di bawah seksyen 11(1) (a) Akta Persatuan Nelayan 1971 melebihi tiga perlima dari Lembaga Yang Dipilih. (3) Jika dengan sebab Fasal Kecil (2) tiada pemilihan dilakukan, ataupun oleh sebab tidak cukup korum maka Lembaga Pengarah yang dipilih yang sedia ada hendaklah disifatkan sebagai Lembaga Pengarah yang telah dipilih, seolah-olah dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang dijadualkan itu dan hendaklah memegang jawatan sehingga pemilihan yang akan datang. 41. (1) Tiap-tiap ahli yang berkelayakan mengundi hendaklah diberi kertas undi yang mengandungi nama-nama semua calon kepada Lembaga Yang Dipilih dan satu lagi kertas undi yang mengandungi nama-nama bagi semua calon di Jawatan Wakil di waktu ia masuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan setelah 17

Pengeluaran kertas undi,mengundi dan masanya

beliau mengemukakan kad ahlinya yang menunujukkan beliau seoarang ahli yang layak mengundi dan namanya tercatat dalam daftar undi. (2) Seorang ahli boleh mengundi seberapa banyak, tetapi dia tidaklah boleh memberikan dua atau lebih undi kepada mana-mana satu calon tertentu. (3) Pengundian hendaklah dijalankan di atas kertas undi yang telah disediakan semasa perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan itu. 42. (1) Mengundi secara proxy (berwakil) dalam mana-mana pemilihan adalah dilarang.

Mengundi secara proxy

43.

Pengesahan kertas undi

(1)

Kertas undi disifatkan tidak sah jika:(a)

tidak ada tandatangan pegawai yang mengeluarkan atau tanda cap mohor rasmi Unit atau Persatuan.

(b)

nama orang yang dipilih dalam kertas undi itu tidak boleh ditentukan

(2) Mana-mana calon yang tidak puashati dengan keputusan pegawai yang mengetuai ia hendaklah merayu kepada penal pembantu-pembantu pemilihan dan keputusan mereka adalah muktamad. 44.

(1)

Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah mempunyai kuasa:(a)

Membuat atau meminda Perlembagaan Persatuan ini.

(b)

Membubar Persatuan Nelayan ini.

(b)

Menghukumkan ahli-ahli Persatuan Nelayan ini.

(d)

Memilih Wakil-Wakil dan Lembaga Pengarah yang dipilih,mengikut mana yang berkenaan.

(e)

Pungutan wang untuk tabung

(f) Pembelian atau penjualan harta-harta yang tiada bergerak (g)

Menetapkan jumlah had pinjaman luar atau melanjutkan tempoh kredit.

(h)

Menyatukan Persatuan ke peringkat tinggi atau memasuki sebagai ahli Persatuan Nelayan peringkat tinggi.

(i)

Membincangkan segala perkara-perkara penting yang Berbangkit

(k)

Mengesahkan penyata kira-kira tahunan.

(l)

Melantik Juruaudit Luar.

(2) Apa-apa cadangan untuk meminda perlembagaan atau peraturan tambahan hendaklah dihantar kepada Pengerusi Lembaga Pengarah tidak kurang daripada 3 minggu sebelum hari mesyuarat agung tahunan itu akan diadakan.

18

Kuasa Mesyuarat Agung Tahunan

(3) Tiada keputusan meminda perlembagaan atau pembubaran Persatuan Nelayan ini kecuali bilangan ahli yang hadir dalam Mesyuarat Agung mempunyai separuh atau melebihinya daripada semua jumlah ahli-ahli kepada Persatuan Nelayan ini. 45. Keputusan-keputusan yang diperolehi dalam semua mesyuarat Persatuan ini akan dicatat dalam buku-buku minit. Satu salinan minit itu termasuklah butir-butir lengkap mengenai rancangan-rancangan perniagaan atau perbelanjaan, dan laporan penuh di atas pergerakan –pergerakan Persatuan dan kewangannya jika ada hendaklah dalam tempoh sepuluh hari selepas disemak dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah, Pengerusi hendaklah mengemukakan kepada Pendaftar, Penyelia Persatuan Nelayan Negeri dan kepada Persatuan Nelayan Negeri untuk tatapan mereka. 46. (1) Surat-surat penting atau dokumen-dokumen yang dihantar keluar dari Persatuan ini mengenai Mesyuarat Lembaga Pengarah,Mesyuarat Perwakilan Ahli, pengambilan pegawai-pegawai,menghadiah,menghukum Pengurus Besar bolehlah ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Pengarah dan tidak perlu ditambah dengan tandatangan Penguru Besar.

Perjalanan Mesyuarat

Menandatangan suratsurat penting (dokumen)

(2) Surat-surat atau dokumen-dokumen yang dihantar keluar dari Persatuan ini mengenai urusan-urusan pentadbiran am dan kegiatan perkhidmatan tahunan, perbelanjaan atau penyata kewangan tahunan persatuan ini hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Besar yang akan bertanggungjawab di atas semua langkah-langkah yang telah diambil. (3) Surat-surat atau dokumen-dokumen yang tidak masuk dalam perkara-perkara tersebut diatas bolehlah ditandatangani oleh Pengurus Besar tanpa tandatangan Pengerusi Lembaga Pengarah. (4) Segala urusan-urusan mengenai hal ehwal kewangan Persatuan Nelayan ini akan ditandatangani oleh Pengurus Besar sendiri atau beserta pegawaipegawai lain yang diberi kuasa oleh Pendaftar bagi makdus itu. 47. (1) Yuran ahli baru (yuran masuk) ialah ………………..bagi seorang ahli dan akan dibayar sekali gus selepas permohonannya menjadi ahli diluluskan. (2)

Kewangan yuran ahli baru dan yuran tahunan

Jumlah yuran ahli bagi tahun ialah…………………………….

48. (1) Persatuan ini adalah berkuasa untuk menjual saham-saham kepada ahli-ahlinya. Tiap-tiap sijil saham permodalan ini berharga RM 5.00 dan tiap-tiap ahli hendaklah membeli sekurang-kurangnya satu saham atau sebanyak 20% daripada jumlah nilai sijil-sijil saham yang telah dikeluarkan. Wang pembelian saham-saham ini hendaklah dijelaskan dalam satu bayaran ataupun beransur-ansur jika difikirkan mustahak. (2) Tiap-tiap sijil saham tidak akan ditulis tarikh yang tetap untuk pembayaran dividennya tetapi akan ditulis faedah (pemabhagian)mengikut harga yang telah dipertetapkan oleh Lembaga Pengarah, dan faedah-faedah yang tersebut tidak boleh melebihi 10% setahun. (3) Semua saham permodalan tidak akan mempunyai kuasa mengundi. Bagi tujuan-tujuan permodalan,menebusan,penukaran,mempusakai atau jaminan ,tiap-tiap satu saham Persatuan ini akan dibayar mengikut harga pada mukanya sahaja.

19

Kumpulan Modal dan peraturan mengenai saham

(4) Semua hutang-hutang Persatuan ini baik pun yang ada sandaran atau tidak,hendaklah dijelaskan terlebih dahulu dari semua hutang-hutang permodalan. (5) Penukaran dan mempusakai sijil-sijil saham dan penggunaan saham-saham permodalan tersebut sebagai sandaran atau bayaran-bayaran hutanghutang hendaklah mendapat kelulusan Lembaga Pengarah, dan ahli-ahli yang mewarisi atau mengambilalih sijil-sijil saham itu akan mempunyai tanggungjawab dan hak ,dan mendapat kemudahan yang sama seperti pemegang asal sijil-sijil saham tersebut juga. (6) Ahli-ahli yang berhenti dari Persatuan ini boleh menuntut wangnya kembalidi atas harga sijil saham permodalan yang dibelinya. (7) Ahli-ahli yang cuai membayar mana-mana tabung dalam masa yang ditetapkan seperti yang tersebut di dalam aturan-aturan dan tidaklah akan dibenarkan memohon pinjaman,mendapat bekalan atau mengguna kemudahankemudahan Persatuan ini. (8) Seseorang ahli juga boleh menuntut balik sebahagian dari sahamsaham yang telah dibelinya dan mengekalkannya beberapa saham dalam Persatuan ini. Tetapi tindakan menarik keluar saham-saham tersebut hendaklah dikemukakan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan ini. 48A. Jumlah peruntukan Persatuan Nelayan ini diakhiri tiap-tiap tahun kewangan hendaklah mengandungi keuntungan usaha-usaha ekonomi dan kreditnya, dan hendaklah dibahagikan mengikut cara yang dinyatakan dibawah ini:(1) Selepas menolak kerugian-kerugian yang berkumpul, kerugian tahun semasa mana-mana bahagian, jika ada, dan dividen bagi ahli-ahli dan lain-lain perkara yang diarahkan oleh pihak-pihak kerajaan yang berkaitan supaya ditolak, baki keuntungan tersebut hendaklah diperuntukan seperti berikut:(a)

25%disimpan sebagai kumpulan wang simpanan

(b)

10% hendaklah diuntukkan bagi tujuan kebajikan yang memberi faedah kepada orang ramai dan derma kepada kumpulan-kumpulan wang yang dibenarkan oleh Pendaftar.

(c)

10% hendaklah dihadiahkan kepada Pengarah-Pengarah dan pekerja-pekerja sebagai bonus dan lain-lain tujuan yang dibenarkan oleh Pendaftar;

(d)

30% hendaklah digunakan sebagai kumpulan wang bagi kerja perkembangan;

(e)

15% hendaklah dibahagikan sebagai bonus kepada ahli-ahli yang telah menjual ikan atau membeli barang-barang yang dibelinya:

(f)

Keuntungan atas saham tidak lebih daripada 10%.

(2) Potongan dan pembahagian keuntungan tersebut di atas hendaklah masing-masing diuruskan bagi bahagian-bahagian kredit dan ekonomi berdasarkan kepada prinsip kiraan tidak berikat bagi tiap-tiap bahagian urusan.

20

Pembahagian keuntungan

(a) Kumpulan wang simpanan di bawah Ceraian 48A1 (a) tidak boleh dibahagi kecuali untuk menutupi kerugian Persatuan Nelayan yang terkumpul dengan kebenaran mesyuarat perwakilan ahli dan persetujuan Pendaftar. (b)

Penggunaan Kumpulan wang bagi tujuan kebajikan yang diperuntukan di bawah Ceraian 48A 1(b) hendaklah ditentukan oleh mesyuarat Lembaga Pengarah dengan syor dibuat oleh Pengurus.

(c)

Kumpulan wang yang hendak dibahagiakan sebagai bonus seperti di bawah Ceraian 48A (e) hendaklah dipindahkan kepada bahagian urusan asal masing-masing mengikut jumlah bahagian keuntungan mereka, kemudian dibahagikan kepada ahli-ahli mengikut jumlah bahagian atau nilai urusan yang dijalankan oleh tiap-tiap ahli dibahagiakan kredit dan ekonomi masing-masing di tahun kewangan tersebut. Pengkalan hal-hal urusan di mana bonus untuk pelanggan akan dikira seperti di atas ditetapkan oleh Persatuan Nelayan dari masa ke semasa. Bonus-bonus ini hendaklah dibayar tidak lewat dari bulan ke sepuluh selepas penutupan tahun kewangan tersebut.

(d)

Cara membahagikan kumpulan wang untuk Lembaga Pengarah dan pekerja-pekerja sebagai bonus di bawah Ceraian 48A (1) (c) hendaklah disyorkan oleh Pengurus dengan persetujuan Pengarah dan tertakluk kepada kebenaran dari Pegawai Penyelia Persatuan Nelayan Negeri.

(e)

Persatuan Nelayan ini boleh menyimpan kumpulan wang tersebut untuk dibahagikan di bawah Ceraian 48 A 1(c) dan (e) sebagai kumpulan wang simpanan atau sebagai kumpulan wang kerja perkembangan bagi tujuan mengukuhkan yayasan kewangan dan memajukan rancangan khidmat ahli-ahli,tetapi simpanan seperti ini hendaklah tertakluk kepada kebenaran mesyuarat agung dan persetujuan Pendaftar.

(f)

Maka sebarang wang untung atau hadiah yang belum dibayar atau dituntut oleh mereka yang berhak selepas 1 bulan daripada tarikh bayaran itu patut diperbuat, bolehlah dimasukkan ke dalam kumpulan saham atau pertaruhan mereka.

(g)

Maka Persatuan Nelayan ini hendaklah membayar sebagai bayaran pemeriksaan kira-kira wang sebanyak yang akan ditentukan dari masa ke semasa oleh Pendaftar jika dikehendaki demikian.

(h)

Adalah kumpulan wang simpanan itu tidak boleh dibahagikan dan ahli-ahli tidak berhak menuntut sebarang bahagian daripadanya,dengan kebenaran Pendaftar maka 21

kumpulan wang simpanan itu bolehlah digunakan di dalam pekerjaan atau perniagaan Persatuan Nelayan itu. 49. Persatuan Nelayan juga boleh memperolehi lain-lain sumber kewangan menerusi:(a) Bayaran masuk ahli: (b)

Pemberian

(c)

Wang pertaruhan tetap daripada orang-orang lain daripada ahli;

(e)

Pinjaman daripada [email protected] institusi-institusi lain:

(f)

Kumpulan wang simpanan;

(g)

Wang pertaruhan tiap-tiap kali jual ikan;

(h)

Wang kelabaan @ komisen yang didapati oleh persatuan;

(i)

Lain-lain perolehan yang diperolehi mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan persatuan ini.

50. (1) Ahli-ahli berhak menaruh wang pertaruhan dalam Persatuan Nelayan ini dan jumlahnya hendaklah tidak kurang daripada 10 sen pada tiap-tiap kali menyimpan. (2)

Peruntukan khas wang pertaruhan ahli

Wang ini boleh digunakan untuk tujuan-tujuan berikut :(a)

Bagi membayar cukai tanah,cukai air,lesen perahu dan lesen menangkap ikan.

(b)

Belanja bersalin

(c)

Belanja dalam masa pekerjaan menangkap ikan tergendala.

(d)

Untuk perubatan

(e)

Dan lain-lain tujuan yang dibenarkan oleh Lembaga Pengarah dan Pengurus Besar.

(3) Wang pertaruhan ini akan diasingkan daripada kumpulan wang lain dan akan diberi faedah. Wang ini akan dikembalikan kepada ahli-ahli bila mereka sudah berhenti daripada pekerjaan menangkap ikan. (4) Jika ahli itu mati,maka wang itu akan dikembalikan kepada penama @ warisnya yang ada hak. 51. (1) Pendaftar berkuasa bagi menjaga kepentingan ahli-ahlinya amnya menggantung perlembagaan ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya. (2) Dalam masa penggantungan sesuatu Persatuan Nelayan Kawasan ini maka tiadalah sah bagi Persatuan ini menjalankan apa-apa urusan yang diputuskan.

22

Pergantungan dan rayuan.

(3) Pendaftar adalah berkuasa meletak seorang atau beberapa orang bagi menguruskan hal ehwal Persatuan ini masa penggantungan ini dan sehinggalah penggantungan tersebut ditarik semula. (4) Mana-mana orang yang tiada puashati dengan apa-apa perintah Pendaftar yang dibuat di bawah Seksyen ini dalam masa 30 hari dari tarikh perintahan ini dibuat merayu kepada Menteri yang mana keputusannya adalah muktamad.

52. (1) (a) Mana-mana pertikaian antara ahli-ahli, bekas-bekas ahli dan orang yang menurut melalui ahli –ahli,bekas-bekas ahli atau ahli Persatuan ini yang telah mati atau;

Pertikaian

(b) Antara seorang ahli, bekas ahli atau seseorang yang menuntut melalui seorang ahli,bekas ahli atau ahli yang sudah mati dengan Persatuan ini atau Lembaga Pengarahnya . atau (c) Antara Persatuan Nelayan ini dengan Persatuan-Persatuan Nelayan Kawasan yang lain,Persatuan Nelayan Negeri dan Kebangsaan maka pertikaian ini hendaklah dirujukkan kepada Pendaftar untuk keputusannya. (2) (a) Sesuatu tuntut oleh Persatuan Nelayan kawasan kerana apaapa hutang atau tagihan yang berhutang kepadanya daripada seseorang ahli, bekas ahli, atau orang yang dinamakan , waris atau wakil di sisi undang—undang bagi seseorang ahli yang sudah mati. atau (b) Sesuatu tuntutan oleh pihak-pihak lain kepada Persatuan Nelayan ini berhubung dengan apa-apa hutang,tagihan,kontrak dan sebagainya hendaklah disifatkan sebagai suatu pertikaian yang menyentuh urusan Persatuan Nelayan. 53. (1) Tindakan atau permintaan bagi maksud pembubaran akan berkuatkuasa setelah Pendaftar member kelulusannya. (2) Apabila menjalankan tindakan pembubaran maka, segala pembahagian harta-harta bersih iaitu baki harta setelah ditolak apa-apa hutang Persatuan Nelayan ini dan hendaklah pembahagiannya dibuat mengikut peraturanperaturan berikut:(a)

Sekirannya nilai bersih harta kurang daripada jumlah kumpulan modal yang dimiliki oleh ahli-ahli maka pembahagian harta-harta bersih itu akan dibahagiakan kepada ahli-ahli mengikut baki jumlah saham-saham yang ada bagi menetukan nilai tiap-tiap modal yang ada pada masa itu.

(b)

Sekirannya nilai bersih harta melebihi jumlah kumpulan modal ahli-ahli,pembahagian harta bersih ini akan dibuat berasaskan nilai muka tiap-tiap saham itu bersama-sama kadar bunga yang dipersetujui.

(c)

Setelah perkiraan dan pembahagian dibuat seperti peraturan diatas maka apa-apa baki harta bersih daripadanya hendaklah dikhaskan dan akan dimiliki oleh Persatuan Nelayan Negeri yang ditubuhkan bagi Negeri itu dan tiada 23

Pembubaran dan pembahagian harta bersih

seorang ahlu pun mempunyai hak menuntutnya. 54. Tahun kewangan Persatuan Nelayan ini akan bermula pada hari pertama bulan Januari dan berakhir pada hari terakhir bulan Disember tiap-tiap tahun. Persatuan Nelayan ini akan menyediakan dokumen-dokumen berikut bagi dan tiaptiap akhir tahun kewangannya:(a)

Rancangan perkhidmatan tahunan yang telah dilaksanakan dan belanjawan-belanjawan yang dibuat oleh Bahagian Perkembagan.

(b)

Penyata Kewangan tahunan bagi bahagian-bahagian ekonomi dan kredit Persatuan Nelayan ini.

(c)

Satu timbang kira-kira tahunan bagi keseluruhan aktiviti dan pergerakannya juga penyata-penyata untung dan rugi tahunan bagi Persatuan Nelayan ini.

(d)

Menilai segala stok yang ada dimiliki oleh Persatuan Nelayan ini.

(e)

Mengadakan cadangan untuk pembahagian untung atau menambahkan kepada kumpulan modal Persatuan Nelayan ini.

55. (1) Maka hendaklah ada satu cap mohor Persatuan Nelayan ini berbentuk bulat dan berukuran 1.6 inci sukatan lebar yang menunjukkan nama Persatuan Nelayan ini dan kawasannya. (2) Mana-mana dokumen penting yang dikeluarkan oleh Persatuan nelayan ini hendaklah disertakan dengan cap mohor Persatuan Nelayan ini yang mana akan menjadi keterangan dan juga tanggungjawab kepada tindakan-tindakan yang telah dibuat. (3) Dokumen-dokumen ini bolehlah dianggap penting yang mana dikeluarkan bersama-sama cap mohornya yang akan ditandatangani oleh Pengurus Besar dan juga Pengerusi Lembaga Pengarah. (a)

Sijil Saham

(b)

Surat-surat perjanjian yang dibuat oleh Persatuan Nelayan ini dengan pihak –pihak lain yang berkenaan.

(c)

Penyata Kewangan Tahunan dan apa-apa dokumen mengenainya.

(e)

Surat-surat akuan oleh Persatuan Nelayan ini

(e)

Dan lain-lain dokumen uyang difikirkan penting.

(4) Pengurus Besar Persatuan Nelayan ini hendaklah menyimpan cap mohor ini dengan cermat.

24

Tahun Kewangan

Cap Mohor (seal)

56. Bahawa sesungguhnya kami yang bertandatangan ini mengesahkan kaedah Perlembagaan Persatuan Nelayan ………………………………………………….... ………………………………………………ini telah diterima dan disahkan oleh Mesyuarat Agung Luar Biasa yang bersidang pada………………………………….. ……………………..untuk didaftarkan.

25

Pengesahan Perlembagaan/kaedah -kaedah

………………………………………… ( Tandatangan ) (Nama Penuh Dengan Huruf Besar )

Pengerusi

………………………………………….. ( Tandatangan ) (Nama Penuh Dengan Huruf Besar )

Lembaga Pengarah

………………………………………….. ( Tandatangan ) (Nama Penuh Dengan Huruf Besar )

Lembaga Pengarah

………………………………………….. ( Tandatangan ) (Nama Penuh Dengan Huruf Besar )

Lembaga Pengarah

………………………………………….. ( Tandatangan ) (Nama Penuh Dengan Huruf Besar )

Lembaga Pengarah

………………………………………….. ( Tandatangan ) (Nama Penuh Dengan Huruf Besar )

Lembaga Pengarah

………………………………………….. ( Tandatangan ) (Nama Penuh Dengan Huruf Besar )

Lembaga Pengarah

26

………………………………………….. ( Tandatangan ) (Nama Penuh Dengan Huruf Besar )

Lembaga Pengarah

………………………………………….. ( Tandatangan ) (Nama Penuh Dengan Huruf Besar )

Lembaga Pengarah

………………………………………….. ( Tandatangan ) (Nama Penuh Dengan Huruf Besar )

Lembaga Pengarah

27