Persepsi Guru Pelatih tentang Keberkesanan …

yakin dan kreatif dalam penggunaan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mengajar murid-murid yang mempunyai tahap kebolehan,...

0 downloads 24 Views 205KB Size
Persepsi Guru Pelatih tentang Keberkesanan Pelaksanaan Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) dalam Membantu Mereka Menjalani Program Praktikum – Satu Tinjauan dari Aspek Pedagogi oleh Ramachandran a/l Vengrasalam Azni bin Jaffar Maktab Perguruan Batu Pahat [email protected]

ABSTRAK Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui persepsi guru pelatih tentang keberkesanan pelaksanaan sukatan pelajaran Kemahiran Hidup KPLI dalam membantu mereka menjalani program praktikum dari aspek pedagogi. Soal selidik yang dibina berdasarkan sukatan pelajaran pedagogi Kemahiran Hidup KPLI dan borang penilaian praktikum telah digunakan dalam kajian ini. Kajian ini hanya menilai tahap reaksi guru pelatih sahaja. Soal selidik telah diedarkan kepada 77 orang guru pelatih opsyen Kemahiran Hidup (Pertanian), Ekonomi Rumah Tangga, Kemahiran Hidup (Sekolah Rendah) di Maktab Perguruan Batu Pahat, Johor untuk mengetahui persepsi mereka dalam pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pedagogi dan pelaksanaan sukatan pelajaran KPLI Kemahiran Hidup secara keseluruhan. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan statistik deskriptif dan inferential iaitu Analisis Varians Satu Hala (ANOVA). Hasil dapatan menunjukkan kesemua guru pelatih telah memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang cukup dalam aspek pengenalan kepada sukatan pelajaran, perancangan persediaan mengajar, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, pengujian dan penilaian, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dan amalan refleksi yang membantu mereka menjalani program praktikum. Walau bagaimanapun, mereka tidak memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang cukup dalam aspek pentadbiran dan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup. Hasil kajian juga menunjukkan pelaksanaan sukatan pelajaran pedagogi secara keseluruhannya adalah berkesan di maktab perguruan. Seterusnya beberapa cadangan untuk mempertingkatkan pelaksanaan sukatan pelajaran dibincangkan.

PENDAHULUAN 1.1

Latar Belakang Kajian Pengajian Kemahiran Hidup disediakan bertujuan menyediakan guru pelatih menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Selaras dengan keperluan menyediakan guru pelatih bagi mata pelajaran Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Kemahiran Hidup, konsep pengajaran dan pembelajaran seperti

2 pembelajaran masteri, pembelajaran akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri telah diterjemahkan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran ini (Sukatan Pelajaran KPLI KH, 2003). Sehubungan itu, matlamat opsyen Kemahiran Hidup KPLI adalah untuk melahirkan guru pelatih yang : i. berpengetahuan dan kemahiran dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup dan berkebolehan menjadi pemudahcara pembelajaran yang berkesan dan berwibawa di dalam bilik darjah. ii. yakin dan kreatif dalam penggunaan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mengajar murid-murid yang mempunyai tahap kebolehan, kecerdasan dan pencapaian yang berbeza. iii. bertindak sebagai agen perubahan bagi menangani cabaran masa kini yang berasaskan teknologi maklumat dan mengamalkannya dalam pengajaran dan pembelajaran. (Sukatan Pelajaran KPLI KH, 2003) Komponen pedagogi dalam matapelajaran Kemahiran Hidup diajar untuk melengkapkan guru pelatih dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan semasa program praktikum dan seterusnya bila ditempatkan di sekolah kelak. 1.2

Pernyataan Masalah Secara umumnya, guru pelatih yang mengikuti KPLI Kemahiran Hidup dijangka dapat mendalami pengetahuan dan kefahaman mengenai matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup, menguasai isi kandungan sukatan pelajaran ini melalui strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta mempraktikkan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan di dalam bilik darjah semasa menjalani program praktikum. Sukatan pelajaran pedagogi Kemahiran Hidup KPLI ini dirangka untuk mencapai tujuan tersebut. Walaupun struktur sukatan pelajaran pedagogi ini merangkumi semua aspek yang perlu dikuasai oleh guru pelatih untuk menjalani program praktikum, namun melalui pemerhatian, penyelidik mendapati sebahagian guru pelatih kurang memahami atau keliru tentang perancangan persediaan mengajar dan pelaksanaannya. Ada juga yang kurang memahami tentang kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Temubual dengan mereka mendapati mereka kurang terdedah dengan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran semasa di maktab perguruan. Ada juga yang mengatakan masa yang diperuntukkan untuk komponen pedagogi tidak mencukupi. Sejauh mana matlamat kursus ini tercapai dalam membantu guru pelatih menjalani program praktikum masih menjadi tanda tanya. Bagi menjawab persoalan tersebut, satu kajian yang terperinci dibuat bagi menilai keberkesanan pelaksanaan sukatan pelajaran pedagogi Kemahiran Hidup KPLI kepada guru pelatih semasa program praktikum di sekolah.

3 1.3

Tujuan Kajian Kajian ini dibuat dengan tujuan untuk : 1.3.1 meninjau persepsi guru pelatih tentang keberkesanan pelaksanaan sukatan pelajaran pedagogi Kemahiran Hidup KPLI dalam membantu mereka menjalani program praktikum dari aspek 1.3.1.1 Pengenalan kepada sukatan pelajaran 1.3.1.2 Pentadbiran dan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup 1.3.1.3 Perancangan persediaan mengajar 1.3.1.4 Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran 1.3.1.5 Pengujian dan penilaian 1.3.1.6 Kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran 1.3.1.7 Amalan refleksi 1.2.2 mengetahui samada terdapat perbezaan yang signifikan di antara empat kumpulan guru pelatih KPLI Kemahiran Hidup iaitu Kemahiran Hidup Pertanian (Sekolah Menengah), Ekonomi Rumah Tangga (Sekolah Menengah), Kemahiran Hidup (Sekolah Rendah) I dan Kemahiran Hidup (Sekolah Rendah) II dalam pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pedagogi semasa di maktab perguruan.

1.4

Rasional Kajian Peruntukan kewangan yang besar digunakan untuk melatih guru pelatih KPLI dalam bidang Kemahiran Hidup setiap tahun. Adakah peruntukan kewangan yang besar ini membawa manafaat yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia? Kajian ini amat perlu dilakukan bagi menilai keberkesanan kursus tersebut kepada guru-guru pelatih semasa program praktikum disebabkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh semasa praktikum akan dibawa ke sekolah. Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dibawa ke sekolah akan menentukan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan di sekolah.

1.5

Soalan Kajian Kajian ini menjawab persoalan yang berikut : 1.5.1 Apakah persepsi guru pelatih tentang keberkesanan pelaksanaan sukatan pelajaran pedagogi Kemahiran Hidup KPLI dalam membantu mereka menjalani praktikum dari aspek 1.5.1.1 Pengenalan kepada sukatan pelajaran 1.5.1.2 Pentadbiran dan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup 1.5.1.3 Perancangan persediaan mengajar 1.5.1.4 Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran 1.5.1.5 Pengujian dan penilaian 1.5.1.6 Kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran 1.5.1.7 Amalan refleksi 1.5.2

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara empat kumpulan guru pelatih KPLI Kemahiran Hidup yang dikaji iaitu Kemahiran Hidup Pertanian (Sekolah Menengah), Ekonomi Rumah Tangga (Sekolah Menengah), Kemahiran Hidup (Sekolah Rendah) I dan Kemahiran Hidup (Sekolah Rendah) II dalam

4 pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pedagogi semasa di maktab perguruan? 1.6 Batasan Kajian Kajian ini hanyalah berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen yang dilakukan ke atas 77 orang guru pelatih yang menjalani KPLI Kemahiran Hidup opsyen Pertanian (Sekolah Menengah), Ekonomi Rumah Tangga (Sekolah Menengah) dan Kemahiran Hidup (Sekolah Rendah) I dan II pada tahun 2004 di Maktab Perguruan Batu Pahat. Jadi sebarang generalisasi ke atas populasi di maktab perguruan lain tidak boleh dibuat.

TINJAUAN LITERATUR 2.1

Tinjauan Am Kurikulum Kemahiran Hidup perlu digubal supaya guru pelatih dapat memperoleh kepakaran dalam bidang yang diajar dan juga kepakaran dalam pedagogi. Mengikut Lynch (1997), kurikulum latihan keguruan Kemahiran Hidup perlu mengandungi aspekaspek berikut : (a) teori-teori pendidikan yang berkaitan dengan pengajian Kemahiran Hidup (b) psikologi dan sosiologi pendidikan yang berkatian dengan pengajian Kemahiran Hidup (c) pengurusan bilik darjah, keadah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan pengajian Kemahiran Hidup dan kaedah penilaian pelajar (d) ilmu pengetahuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) (e) penyediaan bahan-bahan bantu mengajar (f) pengurusan dan pentadbiran bengkel Kemahiran Hidup termasuk keselamatan bengkel (g) suatu tempoh program praktikum di sekolah (i) suatu tempoh latihan industri Guru pelatih perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam kesemu aspek tersebut terutamanya dalam isi kandungan dan pedagogi untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Schulman (1987) telah mengorganisasikan ilmu pengetahuan yang perlu ada pada seorang guru pelatih ke dalam tujuh kateogori, iaitu : • Pengetahuan isi kandungan, iaitu ilmu tentang mata pelajaran yang hendak diajar; • Pengetahuan pedagogi – isi kandungan, iaitu amalgam khas antara isi kandungan dan pedagogi; • Pengetahuan tentang murid, misalnya ciri-ciri murid; • Pengetahuan pedagogi umum, misalnya prinsip dan strategi pengurusan kelas, organisasi penyampaian isi kandungan mata pelajaran; • Pengetahuan konteks pendidikan, meliputi cara kerja kumpulan dalam kelas, kewangan sekolah, hinggalah ciri-ciri komuniti dan budaya; • Pengetahuan kurikulum, misalnya bahan dan program yang memainkan peranan sebagai ”alat” untuk guru; dan

5 •

Pengetahuan hasil, matlamat dan nilai pendidikan, misalnya falsafah dan latar belakang pendidikan.

Menurut Schulman lagi, walaupun seorang guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kategori pengetahuan, kategori pengetahuan yang paling menonjol antara tujuh kategori itu ialah pengetahuan pedagogi-isi kandungan. Pengetahuan ini merupakan gabungan antara pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi. Pengetahuan yang tidak cukup dalam kategori ini akan menyebabkan pengajaran dan pembelajaran guru pelatih kurang berkesan di dalam bilik darjah. Memandangkan betapa pentingnya aspek pedagogi ini, maka kajian ini perlu dilaksanakan untuk meninjau setakat mana guru pelatih telah memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam aspek tersebut yang membantu mereka menjalani program praktikum. 2.2

Tinjauan Relevan dengan Soalan Kajian 2.2.1 Kurikulum Pengajian Kemahiran Hidup Aspek pedagogi yang terdapat di dalam kurikulum Pengajian Kemahiran Hidup perlu menekankan unsur Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Guru pelatih yang tamat kursus ini diharap dapat memiliki unsur KBKK dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah di dalam bilik darjah. Gregson (1993) menyatakan bahawa pensyarah Kemahiran Hidup perlu melengkapkan guru pelatih dengan ilmu pengetahuan yang boleh menjadikan mereka berfikir secara kritis dan kreatif. Ciri-ciri ini akan membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang timbul di sekolah. Ini di sokong oleh Miller (1996) yang mencadangkan bahawa objektif kurikulum Kemahiran Hidup perlu berdasarkan kepada Teori Konstruktivisme di mana pelajar membina ilmu pengetahuan melalui proses penyelesaian masalah. Objektif sukatan pelajaran yang digubal di maktab perguruan juga menekankan kedua-dua aspek ini. Guru pelatih diharap dapat memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya dalam pedagogi dan menguasai unsur KBKK supaya dapat menyelesaikan masalah yang timbul dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Hartley et al (1996) pula menekankan tentang kepentingan program praktikum dalam kurikulum Kemahiran Hidup. Menurut beliau, praktikum adalah masa yang sangat penting dalam latihan keguruan di mana guru pelatih mengaplikasi segala input yang diterima di maktab perguruan di dalam bilik darjah di sekolah. Jadi, tegas beliau guru pelatih mesti diberi pendedahan yang secukupnya dalam pedagogi semasa di maktab perguruan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di maktab perguruan juga perlu memastikan objektif sukatan pelajaran pedagogi tercapai. Gregson (1993) mengsyorkan pensyarah menggunakan pendekatan terkini dalam penyampaian kuliah. Mereka perlu menggunakan pendekatan seperti pembelajaran koperatif, pembelajaran berpusatkan pelajar yang menekankan kepada pemikiran reflektif. Guru pelatih juga perlu dilatih supaya mereka boleh menjadi fasilitator di dalam bilik darjah. Peranan sebagai fasilitator ini sangat penting terutamanya di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup yang

6 melibatkan pelbagai jenis tugasan seperti projek dan amali yang memerlukan pelajar melaksanakan pembelajaran kendiri dan aktiviti ’hands-on’ dan ’minds-on’. Kaedah penilaian menjadi salah suatu aspek yang sangat penting dalam pengajian Kemahiran Hidup. Menurut Schalock (1988), program pengajian Kemahiran Hidup perlu dinilai sacara formatif dari berbagai aspek seperti berikut : i. persediaan mengajar guru pelatih ii. aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah i. ilmu pengetahuan dan kemahiran pedagogi yang ada pada guru pelatih. Jadi, semua aspek pedagogi seperti persediaan mengajar, kaedah pengajaran dan pembelajaran, kaedah penilaian dan pengurusan bilik darjah harus dinilai di maktab perguruan untuk mengetahui samada guru pelatih telah memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya. 2.2.2 Model Penilaian Setiap kursus atau program yang dilaksanakan di maktab perguruan perlu dinilai keberkesanannya. Ini adalah untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam kursus tersebut. Donald Kirkpatrick (1979) yang dirujuk dalam Blanchard dan Thacker (1999) telah mengutarakan suatu model penilaian yang selalu digunakan dalam penilaian kursus atau program. Model ini digunakan dengan meluas dalam penilaian program. Berdasarkan model ini, penilaian program dibahagikan kepada empat tahap, iaitu reaksi, pembelajaran, perubahan kelakuan dan hasilan faedah / keuntungan kepada sesuatu organisasi. Menurut model penilaian ini, semua kursus harus dinilai pada tahap pertama, iaitu, tahap reaksi. Tahap reaksi guru pelatih terhadap keberkesanan pelaksanaan sukatan pelajaran pedagogi perlu dinilai sebaik sahaja kursus selesai dilaksanakan. Penilaian pada tahap ini hanya menujukkan reaksi, emosi dan penilaian subjektif guru pelatih terhadap kursus ini dan tidak menilai pembelajaran yang diperoleh. Penilaian pada tahap ini juga mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya, ia tidak mengukur ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh secara mendalam dan juga tidak memberikan input kepada penilai, sama ada yang dipelajari semasa kursus dipindahkan ke tempat kerja mereka atau sebaliknya. Penilaian tentang pelaksanaan sukatan pelajaran pedagogi yang dijalankan selepas sesuatu tempoh masa yang tertentu didapati akan memberikan maklum balas yang cepat tentang kekuatan dan kelemahan kursus tersebut. Soal selidik yang diberi selepas tempoh praktikum memberi masa yang cukup kepada guru pelatih untuk menilai sejauh mana ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh semasa kursus membantu tugasan harian mereka semasa program praktikum di sekolah. Kekangan masa dan populasi yang ramai telah menyebabkan penyelidik hanya meninjau keberkesanan pelaksanaan kursus tersebut pada tahap reaksi sahaja dengan menggunakan

7 kaedah survei. Tinjauan awal ini diharap dapat memberikan maklumat tentang kekuatan dan kelemahan kursus ini. 2.3

Rumusan Keberkesanan pelaksanaan sukatan pelajaran pedagogi di maktab perguruan ini hanya dinilai hanya pada tahap reaksi sahaja seperti dalam Model Penilaian Kirkpatrick. Fokus kajian ini adalah hanya pada ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh guru pelatih semasa berkursus di maktab perguruan dan sejauh mana ianya membantu mereka menjalani program praktikum. Diharap kajian pada peringkat awal ini dapat memberi maklum balas yang cukup untuk kajian-kajian yang lebih mendalam pada masa akan datang.

METODOLOGI KAJIAN 3.1

Reka Bentuk Kajian Kaedah kajian yang digunakan berbentuk tinjauan berdasarkan respon oleh subjek kajian. Kaedah soal selidik digunakan sebagai alat kajian disebabkan ia adalah suatu kaedah yang biasa digunakan untuk mengumpul data daripada sampel yang ramai (Cohen et al, 2000). Di samping itu kaedah ini paling sesuai ditadbir seperti yang dinyatakan oleh Youngman (1982) disebabkan oleh kekangan masa.

3.2

Instrumen Kajian Soal selidik yang digunakan adalah dibina oleh penyelidik sendiri dengan bantuan para pensyarah yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran komponen pedagogi ini untuk mendapatkan keesahan pakar. Soal selidik ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu : Bahagian A : Maklumat Peribadi Bahagian B : Persepsi tentang Pemerolehan Ilmu Pengetahuan dan Kemahiran Bahagian C : Persepsi tentang keberkesanan pelaksanaan sukatan pelajaran pedagogi Kemahiran Hidup KPLI secara keseluruhan Pada akhir soal selidik diberikan ruang untuk subjek kajian menulis komen terbuka tentang pelaksanaan mata pelajaran ini.

3.3

Populasi Kajian Populasi kajian ialah 77 orang guru pelatih KPLI ambilan Januari 2004 di Maktab Perguruan Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Maklumat tentang populasi kajian adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.1 di bawah.

8

Jadual 3.1 : Maklumat Populasi Kajian mengikut Opsyen Kursus (N=77) Opsyen Kursus

Bilangan ( Orang )

Kemahiran Hidup Pertanian ( Sekolah Menengah )

19

Ekonomi Rumah Tangga ( Sekolah Menengah )

19

Kemahiran Hidup ( Sekolah Rendah ) I

19

Kemahiran Hidup ( Sekolah Rendah ) II

20

Jumlah

77

3.4

Kajian Rintis Seramai 30 orang guru pelatih yang telah mengikuti KPLI Mata Pelajaran Vokasional opsyen Akuakultur dan Haiwan Rekreasi serta Rekabentuk Landskap dan Nurseri ambilan Januari 2004 telah diberikan instrumen soal selidik untuk tujuan tersebut. Nilai kebolehpercayaan instrumen adalah sangat tinggi dengan nilai Cronbach Alpha = 0.94.

3.5

Prosedur Pengumpulan Data Soal selidik yang dicetak telah diedarkan kepada guru-guru pelatih selepas mereka menjalani program praktikum fasa I dan II. Penyelidik sendiri telah mengedarkan soal selidik tersebut dan mengutip kembali selepas diisi oleh guru pelatih.

3.6

Prosedur Analisis Data Penganalisisan data melibatkan statistik deskriptif yang mengandungi min dan sisihan piawai dilakukan. Analisis Varians Satu Hala atau ANOVA pada aras kesignifikanan 0.05 telah digunakan untuk menguji sama ada terdapat perbezaan yang signifikan di antara empat kumpulan guru pelatih iaitu opsyen Kemahiran Hidup Pertanian (Sekolah Menengah), Ekonomi Rumah Tangga (Sekolah Menengah), Kemahiran Hidup (Sekolah Rendah) I dan II dalam persepsi mereka tentang pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta keberkesanan pelaksanaan sukatan pelajaran pedagogi Kemahiran Hidup KPLI. Bagi menganalisis data daripada soalan terbuka yang meminta responden kajian memberi komen lain tentang pelaksanaan sukatan pelajaran pedagogi Kemahiran Hidup KPLI, pengkodan dan pengkatogerian telah dilakukan.

DAPATAN KAJIAN 4.1

Persepsi tentang Pemerolehan Ilmu Pengetahuan dan Kemahiran Bagi melihat keberkesanan pelaksanaan sukatan pelajaran pedagogi Kemahiran Hidup KPLI dalam membantu guru pelatih menjalani program praktikum, respon yang diberi oleh mereka mengikut tahap persetujuan dalam skala 4-likert diubah kepada skor dan pengiraan nilai min bagi setiap item dilakukan. Min bersamaan atau kurang 2.50 menunjukkan bahawa mereka tidak setuju manakala min lebih 2.50 menunjukkan bahawa mereka setuju dengan penyataan yang diberikan.

9

4.1.1

Aspek Pengenalan Kepada Sukatan Pelajaran

Jadual 4.1 menunjukkan min bagi aspek pengenalan kepada sukatan pelajaran pedagogi Kemahiran Hidup. Jadual 4.1 :

Min bagi Pengenalan kepada Sukatan Pelajaran (N = 77) KH ( PTN )

ERT

KH ( SR) I

KH ( SR ) II

Min Keseluruh an

A1. Mengenal pasti objektif sukatan pelajaran KH KPLI

3.00 ( 0.33 )

2.89 ( 0.45 )

3.05 ( 0.40 )

3.06 ( 0.47 )

3.06 ( 0.47 )

A2. Mengenal pasti kandungan sukatan pelajaran KH KPLI

2.89 ( 0.46 )

2.89 ( 0.56 )

3.05 ( 0.52 )

3.20 ( 0.62 )

3.01 ( 0.55 )

Min ( A1 + A2 )

2.95 ( 0.33 )

2.89 ( 0.49 )

3.05 ( 0.40 )

3.25 ( 0.55 )

3.04 ( 0.46 )

Item

Rujuk pada Jadual 4.1, min keseluruhan iaitu 3.04 bagi aspek pengenalan kepada sukatan pelajaran pedagogi Kemahiran Hidup KPLI menunjukkan bahawa kesemua kumpulan guru pelatih menyatakan mereka telah memperoleh aspek ini dan ianya telah membantu dalam menjalani praktikum. Kumpulan KH (Sekolah Rendah) II mempunyai min yang paling tinggi dalam aspek ini iaitu 3.25 (0.55), sementara kumpulan ERT mempunyai min yang paling rendah iaitu 2.89 (0.49). Ini menunjukkan kumpulan KH (Sekolah Rendah) II lebih setuju yang mereka telah memperoleh aspek ini daripada kumpulan-kumpulan lain. Analisis kesignifikanan perbezaan dalam persepsi empat kumpulan guru pelatih tentang pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam aspek pengenalan kepada sukatan pelajaran Kemahiran Hidup KPLI telah dijalankan melalui ujian Analisis Varians Satu Hala atau ANOVA dengan aras kesignifikanan 0.05. Analisis ujian tersebut menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (F = 2.361, p = 0.078) di antara empat kumpulan guru pelatih yang dikaji. 4.1.2

Aspek Pentadbiran dan Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup

Jadual 4.3 menunjukkan min bagi aspek pentadbiran dan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup.

10 Jadual 4.3: Min bagi Pentadbiran dan Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup (N = 77) KH ( PTN )

ERT

KH ( SR ) I

KH ( SR ) II

A3. Mengenal pasti susunan bengkel bagi setiap aktiviti

2.79 ( 0.54 )

2.74 ( 0.65 )

2.79 ( 0.42 )

3.10 ( 0.45 )

Min Keseluruh -an 2.86 ( 0.53 )

A4. Mengetahui cara menyimpan rak terbuka, panel alat dan almari

2.58 ( 0.51 )

2.63 ( 0.60 )

2.74 ( 0.45 )

3.00 ( 0.56 )

2.74 ( 0.55 )

A5. Menggunakan alat pemadam api yang diperlukan bagi jenis-jenis kebakaran

2.11 ( 0.74 )

2.21 ( 0.63 )

2.26 ( 0.56 )

2.45 ( 0.60 )

2.26 ( 0.64 )

A6. Melakukan aktiviti demonstrasi Pemulihan Pernafasan ( CPR)

2.05 ( 0.52 )

1.95 ( 0.62 )

1.89 ( 0.46 )

1.90 ( 0.45 )

1.95 ( 0.51 )

A7. Merekod buku stok, inventori dan buku pinjaman

1.95 ( 0.52 )

2.42 ( 0.69 )

2.68 ( 0.58 )

2.90 ( 0.64 )

2.49 ( 0.70 )

Min (A3 + A4 + A5 + A6 + A7)

2.30 ( 0.33 )

2.39 ( 0.42 )

2.47 ( 0.27 )

2.67 ( 0.32 )

2.46 ( 0.36 )

Item

Rujuk pada Jadual 4.3, min keseluruhan iaitu 2.46 (0.36) menunjukkan semua kumpulan guru pelatih kecuali opsyen KH (Sekolah Rendah) II menyatakan mereka kurang memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam aspek pentadbiran dan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup dengan secukupnya. Walaupun item A3, iaitu mengenal pasti susunan bengkel bagi setiap aktiviti dan item A4, iaitu mengetahui cara menyimpan rak terbuka, panel alat dan almari menunjukkan mereka memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang cukup tetapi item A5, A6 dan A7 menunjukkan mereka kurang memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam aspek menggunakan alat pemadam api bagi jenis-jenis kebakaran, melakukan aktiviti demonstrasi Pemulihan Pernafasan (CPR) dan merekod buku stok, inventori dan buku pinjaman. Item A6, iaitu melakukan aktiviti demonstrasi Pemulihan Pernafasan (CPR) menunjukkan min yang paling rendah iaitu 1.95 (0.51) dalam aspek ini. Analisis kesignifikanan perbezaan dalam persepsi empat kumpulan guru pelatih tentang pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam aspek pentadbiran dan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (F = 4.370, p = 0.007) di antara empat kumpulan guru pelatih yang dikaji.

11 Ujian Pos Tukey menunjukkan bahawa hanya terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan KH (Pertanian) dan KH (Sekolah Rendah) II. Kumpulan KH (Sekolah Rendah) II lebih setuju bahawa mereka lebih memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam aspek ini berbanding dengan dengan kumpulan KH (Pertanian) yang mengatakan mereka tidak memperolehnya dengan secukupnya aspek ini. 4.1.3 Aspek Perancangan Persediaan Mengajar Jadual 4.5 menunjukkan min bagi aspek perancangan persediaan mengajar. Jadual 4.5: Min bagi Perancangan Persediaan Mengajar (N = 77) KH (PTN)

ERT

KH (SR) I

KH (SR) II

A8. Menyediakan rancangan kerja tahunan/ semester dan mingguan

3.00 (0.58)

3.05 (0.62)

2.95 (0.52)

3.05 (0.76 )

Min Keseluruh an 3.01 (0.62)

A9. Menulis objektif pembelajaran dalam rancangan tahunan/ semester

3.16 (0.37)

3.42 (0.51)

3.10 (0.66)

3.15 (0.67)

3.20 (0.57)

A10. Menulis objektif pembelajaran secara eksplisit dalam rancangan pengajaran harian

3.16 (0.37)

3.42 (0.51)

3.31 (0.58)

3.35 (0.58)

3.31 (0.52)

A11. Memilih isi pelajaran yang sesuai dengan objektif pembelajaran

3.05 (0.40)

3.53 (0.51)

3.26 (0.56)

3.25 (0.55)

3.27 (0.53)

A12. Memilih sumber yang sesuai dalam p-p

3.05 (0.23)

3.58 (0.51)

3.05 (0.52)

3.05 (0.69)

3.18 (0.55)

A13. Memilih nilai-nilai yang sesuai untuk diterapkan dalam p-p

3.11 (0.32)

3.53 (0.51)

2.95 (0.40)

3.05 (0.51)

3.16 (0.49)

A14. Memilih unsur kemahiran berfikir yang sesuai dalam p-p

2.95 (0.40)

3.47 (0.51)

3.05 (0.62)

3.05 (0.51)

3.13 (0.55)

Min ( A8 + A9 + A10 + A11 + A12 + A13 + A14 )

3.07 (0.29)

3.43 (0.32)

3.10 (0.37)

3.13 (0.39)

3.18 (0.37)

Item

12 Rujuk pada Jadual 4.5, min keseluruhan bagi aspek perancangan persediaan mengajar didapati agak tinggi iaitu 3.18 (0.37). Ini menunjukkan bahawa kesemua kumpulan guru pelatih telah memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya dalam kesemua item dalam aspek ini dan ini membantu mereka dalam menjalani praktikum. Kumpulan ERT menunjukkan min yang paling tinggi iaitu 3.43 (0.32) sementara kumpulan KH (Pertanian) menunjukkan min yang paling rendah iaitu 3.07 (0.29). Analisis kesignifikanan perbezaan dalam persepsi empat kumpulan guru pelatih tentang pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam aspek perancangan persediaan mengajar menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (F = 4.449, p = 0.006) di antara empat kumpulan guru pelatih yang dikaji. Ujian Pos Tukey yang telah dijalankan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan di antara kumpulan KH (Pertanian) dan ERT di mana kumpulan ERT lebih setuju yang mereka telah memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang lebih dalam aspek ini. Keadaan yang sama juga wujud di antara kumpulan ERT dengan KH (Sekolah Rendah) I dan II di mana kumpulan ERT lebih setuju bahawa mereka telah memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang lebih dalam aspek ini berbanding dengan dua kumpulan sekolah rendah ini. Ini menunjukkan kumpulan ERT telah lebih memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam aspek perancangan persediaan mengajar berbanding dengan kumpulan-kumpulan lain. 4.2.4 Aspek Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Jadual 4.7 menunjukkan min bagi aspek pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Jadual 4.7:

Min bagi Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (N = 77)

Item

KH ( PTN )

ERT

KH ( SR ) I

KH ( SR ) II

A15. Melaksanakan set induksi dengan berkesan

3.16 ( 0.37 )

3.58 ( 0.51 )

3.16 ( 0.37 )

3.25 ( 0.72 )

Min Keseluruh an 3.29 ( 0.53 )

A16. Melaksanakan langkah p-p dengan teratur dan baik

3.11 ( 0.46 )

3.47 ( 0.51 )

3.21 ( 0.53 )

3.30 ( 0.47 )

3.27 ( 0.50 )

A17. Menguruskan aktiviti p-p dengan berkesan

3.11 ( 0.46 )

3.42 ( 0.51 )

2.89 ( 0.46 )

3.20 ( 0.52 )

3.16 ( 0.51 )

A18. Mengawal disiplin pelajar

2.89 ( 0.46 )

3.26 ( 0.45 )

2.53 ( 0.51 )

2.85 ( 0.67 )

2.88 ( 0.58 )

A19. Menggunakan teknik penyoalan dengan berkesan

3.11 ( 0.46 )

3.47 ( 0.51 )

2.68 ( 0.58 )

3.00 ( 0.56 )

3.06 ( 0.59 )

A20. Menggunakan sumber p-p dengan berkesan

3.16 ( 0.50 )

3.47 ( 0.51 )

2.79 ( 0.42 )

3.20 ( 0.62 )

3.16 ( 0.56 )

13

A21. Menggunakan variasi rangsangan dengan berkesan

2.95 ( 0.40 )

3.32 ( 0.48 )

2.63 ( 0.68 )

2.85 ( 0.75 )

2.94 ( 0.64 )

A22. Menerang dan menggunakan contoh yang sesuai

3.16 ( 0.37 )

3.42 ( 0.51 )

3.00 ( 0.47 )

3.05 ( 0.39 )

3.16 ( 0.46 )

A23. Membuat pengukuhan dengan berkesan

3.05 ( 0.40 )

3.37 ( 0.50 )

3.05 ( 0.62 )

2.90 ( 0.31 )

3.09 ( 0.49 )

A24. Membuat penutup dengan berkesan

3.05 ( 0.40 )

3.42 ( 0.51 )

2.95 ( 0.52 )

2.90 ( 0.55 )

3.08 ( 0.53 )

A25. Menerapkan nilainilai murni yang sesuai dalam p-p Min ( A15 + A16 + A17 + A18 + A19 + A20 + A21 + A22 + A23 + A24 + A25 )

3.16 ( 0.50 )

3.53 ( 0.51 )

2.95 ( 0.62 )

2.95 ( 0.51 )

3.14 ( 0.58 )

3.08 ( 0.31 )

3.43 ( 0.43 )

2.89 ( 0.34 )

3.04 ( 0.37 )

3.11 ( 0.41 )

Rujuk pada Jadual 4.7, min keseluruhan bagi aspek pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menujukkan min yang tinggi iaitu 3.11 (0.41). Ini menunjukkan kesemua guru pelatih telah memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya dalam aspek ini. Kumpulan ERT menunjukkan min yang paling tinggi iaitu 3.43 sementara kumpulan KH (Sekolah Rendah) I menunjukkan min yang paling rendah iaitu 2.89 (0.34). Item A15, iaitu melaksanakan set induksi dengan berkesan menujukkan min yang paling tinggi iaitu 3.29 (0.53) dalam aspek ini. Item A21 pula iaitu menggunakan variasi rangsangan dengan berkesan menunjukkan min yang paling rendah iaitu 2.94 (0.64). Analisis kesignifikanan perbezaan dalam persepsi empat kumpulan guru pelatih tentang pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam aspek pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (F = 7.417, p = 0.00) di antara empat kumpulan guru pelatih yang dikaji. Ujian Pos Tukey yang telah dijalankan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan di antara kumpulan KH (Pertanian) dan ERT di mana kumpulan ERT lebih setuju yang mereka telah memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang lebih dalam aspek ini. Keadaan yang sama juga wujud di antara kumpulan ERT dengan KH (Sekolah Rendah) I dan II di mana kumpulan ERT lebih setuju bahawa mereka telah memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang lebih dalam aspek ini berbanding dengan dua kumpulan sekolah rendah ini. Ini menunjukkan bahawa kumpulan ERT lebih setuju yang mereka telah memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang lebih dalam aspek ini.

14 4.2.5 Aspek Pengujian dan Penilaian Jadual 4.9 menunjukkan min bagi aspek pengujian dan penilaian. Jadual 4.9: Min bagi Pengujian dan Penilaian (N = 77) Item

KH ( PTN )

ERT

KH ( SR ) I

KH ( SR ) II

A 26. Mengenal pasti jenis-jenis penilaian

2.89 ( 0.66 )

3.16 ( 0.50 )

2.95 ( 0.62 )

2.80 ( 0.52 )

Min Keseluruh an 2.95 ( 0.58 )

A27. Mengenal pasti kesesuaian jenis penilaian untuk mencapai tujuan penilaian

2.79 ( 0.53 )

3.16 ( 0.60 )

2.74 ( 0.65 )

2.90 ( 0.55 )

2.90 ( 0.60 )

A28. Menyedia item-item soalan yang sesuai bagi setiap jenis penilaian

2.89 ( 0.57 )

3.05 ( 0.62 )

2.58 ( 0.61 )

2.85 ( 0.37 )

2.84 ( 0.56 )

Min ( A26 + A27 + A28 )

2.86 ( 0.49 )

3.12 ( 0.40 )

2.75 ( 0.55 )

2.85 ( 0.40 )

2.90 ( 0.48 )

Min keseluruhan bagi aspek pengujian dan penilaian juga menunjukkan min yang agak tinggi iaitu 2.90 (0.48). Didapati kesemua guru pelatih telah memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam aspek ini. Kumpulan ERT menunjukkan min yang tinggi iaitu 3.12 (0.40) sementara kumpulan KH (Sekolah Rendah) I menunjukkan min yang paling rendah iaitu 2.75 (0.55). Analisis kesignifikanan perbezaan dalam persepsi empat kumpulan guru pelatih tentang pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam aspek pengujian dan penilaian yang dijalankan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (F = 2.204, p = 0.095) di antara empat kumpulan guru pelatih yang dikaji. Kumpulan ERT lebih setuju yang mereka telah memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang lebih daripada kumpulan-kumpulan lain dalam aspek ini.

15 4.2.6 Aspek Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Jadual 4.11 menunjukkan min bagi aspek kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Jadual 4.11: Min bagi Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran (N = 77) Item

A29. Menggunakan pelbagai kaedah dalam p-p dengan berkesan A30. Menggunakan pelbagai teknik yang bersesuaian dengan situasi p-p Min ( A29 + A30 )

KH ( PTN )

ERT

KH ( SR ) I

KH ( SR ) II

3.11 ( 0.46 )

3.32 ( 0.48 )

3.05 ( 0.52 )

2.95 ( 0.51 )

Min Keseluruh an 3.10 ( 0.50 )

3.00 ( 0.47 )

3.26 ( 0.45 )

2.94 ( 0.62 )

2.95 ( 0.60 )

3.03 ( 0.55 )

3.05 ( 0.40 )

3.29 ( 0.42 )

3.00 ( 0.53 )

2.95 ( 0.54 )

3.07 ( 0.48 )

Min keseluruhan bagi aspek kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran tinggi iaitu 3.07 (0.48). Kesemua guru pelatih bersetuju mereka telah mendapat ilmu pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya dalam aspek ini untuk menjalani praktikum. Kumpulan ERT menunjukkan min yang paling tinggi iaitu 3.29 (0.42) untuk aspek ini sementara kumpulan KH (Sekolah Rendah) II menunjukkan min yang paling rendah iaitu 2.95 (0.54). Analisis kesignifikanan perbezaan dalam persepsi empat kumpulan guru pelatih tentang pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam aspek kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (F = 1.914, p = 0.135) di antara empat kumpulan guru pelatih yang dikaji. Keputusan yang sama didapati bagi aspek ini di mana kumpulan ERT memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang lebih daripada kumpulan-kumpulan lain. 4.2.7 Aspek Amalan Refleksi Jadual 4.13 menunjukkan min bagi aspek amalan refleksi. Jadual 4.13: Min bagi Amalan Refleksi (N = 77) Item

A31. Melaksanakan sesi refleksi untuk membuat tindakan susulan

KH ( PTN )

ERT

KH ( SR ) I

KH ( SR ) II

Min Keseluruhan

3.16 ( 0.50 )

3.21 ( 0.63 )

3.00 ( 0.58 )

3.05 ( 0.39 )

3.10 ( 0.53 )

16 Aspek amalan refleksi juga menunjukkan min yang tinggi iaitu 3.10 (0.53). Kesemua kumpulan guru pelatih memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam aspek ini. Kumpulan ERT menunjukkan min yang paling tinggi iaitu 3.21 (0.63) sementara kumpulan KH (sekolah Rendah) I menunjukkan min yang paling rendah iaitu 3.00 (0.58). Analisis kesignifikanan perbezaan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (F = 0.630, p = 0.598) di antara empat kumpulan guru pelatih yang dikaji. 4.2.8 Perbandingan Min bagi Pemerolehan Ilmu Pengetahuan dan Kemahiran Jadual 4.15 menunjukkan perbandingan min bagi pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran oleh empat kumpulan guru pelatih yang dikaji. Jadual 4.15: Perbandingan min bagi aspek pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran oleh guru pelatih (N = 77) Aspek

KH ( PTN )

ERT

KH ( SR ) I

KH ( SR ) II

1.Pengenalan kepada sukatan pelajaran

2.95

2.89

3.05

3.25

Min Keseluruh an 3.04

2. Pentadbiran dan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup

2.30

2.39

2.47

2.67

2.46

3. Perancangan persediaan mengajar

3.07

3.43

3.10

3.13

3.18

4. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

3.08

3.43

2.89

3.04

3.11

5. Pengujian danpenilaian

2.86

3.12

2.75

2.85

2.90

6. Kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran

3.05

3.29

3.00

2.95

3.07

7. Amalan refleksi

3.16

3.21

3.00

3.05

3.10

Rujuk pada Jadual 4.15, kesemua aspek menunjukkan min yang tinggi kecuali aspek pentadbiran dan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup. Aspek perancangan persediaan mengajar menunjukkan min yang paling tinggi iaitu 3.18 sementara aspek pentadbiran dan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup menunjukkan min yang paling rendah iaitu 2.46. Kumpulan guru pelatih ERT menunjukkan min yang paling tinggi dalam empat aspek iaitu perancangan persediaan mengajar, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, pengujian dan

17 penilaian, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dan amalan refleksi. Sementara itu, guru pelatih KH (Sekolah Rendah) II menunjukkan min yang paling tinggi dalam aspek pengenalan kepada sukatan pelajaran dan pentadbiran dan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup. Kumpulan KH (Pertanian) menunjukkan min yang paling rendah dalam aspek pentadbiran dan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup dan perancangan persediaan mengajar. Kumpulan ERT menunjukkan min yang paling rendah dalam aspek pengenalan kepada sukatan pelajaran sementara kumpulan KH (Sekolah Rendah) II menunjukkan min yang paling rendah dalam aspek kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan KH (Sekolah Rendah) I pula menunjukkan min yang paling rendah dalam aspek pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dan pengujian dan penilaian. 4.3 Persepsi tentang Keberkesanan Pelaksanaan Kemahiran Hidup KPLI secara keseluruhan

Sukatan

Pelajaran

Pedagogi

Bagi melihat keberkesanan pelaksanaan sukatan pelajaran pedagogi Kemahiran Hidup KPLI dalam membantu guru pelatih menjalani program praktikum secara keseluruhan, jawapan yang diberi oleh mereka mengikut tahap persetujuan dalam skala 4-likert diubah kepada skor dan pengiraan nilai min bagi setiap item ditunjukkan dalam Jadual 4.16. Min bersamaan atau kurang 2.50 menujukkan bahawa mereka tidak setuju manakala min lebih 2.50 menunjukkan bahawa mereka setuju dengan penyataan yang diberikan. Jadual 4.16: Min bagi Persepsi tentang Keberkesanan Pelaksanaan Sukatan Pelajaran Pedagogi Kemahiran Hidup KPLI secara keseluruhan (N = 77) Item

B1. Cara penyampaian kuliah pensyarah B2. Kaedah dan teknik dalam p- p yang digunakan oleh pensyarah B3. Kesesuaian masa yang diperuntukkan untuk setiap komponen pedagogi B4. Kesesuaian kandungan sukatan pelajaran yang diajar dengan sukatan pelajaran di sekolah B5. Penyediaan rancangan pengajaran tahunan / semester, mingguan dan harian B6. Sesi pengajaran mikro

KH ( PTN )

ERT

KH ( SR ) I

KH ( SR ) II

2.95 ( 0.23 ) 2.89 ( 0.56 )

3.11 ( 0.57 ) 3.21 ( 0.42 )

2.84 ( 0.37 ) 2.74 ( 0.45 )

2.90 ( 0.31 ) 2.80 ( 0.41 )

Min Keseluruh an 2.95 ( 0.39 ) 2.91 ( 0.49 )

2.16 ( 0.60 )

3.11 ( 0.66 )

2.42 ( 0.51 )

2.40 ( 0.68 )

2.52 ( 0.70 )

2.68 ( 0.58 )

3.37 ( 0.60 )

2.74 ( 0.65 )

2.80 ( 0.41 )

2.90 ( 0.62 )

3.00 ( 0.67 )

3.47 ( 0.51 )

2.84 ( 0.50 )

2.60 ( 0.60 )

2.97 ( 0.65 )

2.89

3.58

2.63

2.75

2.96

18 yang dijalankan B7. Sesi pengajaran makro yang dijalankan Min ( B1 + B2 + B3 + B4 + B5 + B6 + B7 )

( 0.57 ) 1.95 ( 0.91 ) 2.65 ( 0.31 )

( 0.60 ) 3.53 ( 0.70 ) 3.33 ( 0.45 )

( 0.60 ) 2.68 ( 0.58 ) 2.70 ( 0.28 )

( 0.64 ) 2.60 ( 0.60 ) 2.69 ( 0.31 )

( 0.70 ) 2.69 ( 0. 89 ) 2.84 ( 0.44 )

Min keseluruhan bagi persepsi tentang keberkesanan pelaksanaan sukatan pelajaran pedagogi Kemahiran Hidup KPLI secara keseluruhan ialah 2.84. Ini bermakna kesemua guru pelatih setuju bahawa pelaksanaan sukatan pelajaran adalah berkesan. Kumpulan ERT menunjukkan min yang paling tinggi iaitu 3.33 sementara guru pelatih KH (Pertanian ) menunjukkan min yang paling rendah iaitu 2.65. Aspek penyediaan rancangan pengajaran tahunan/semester, mingguan dan harian menunjukkan min yang paling tinggi iaitu 2.97 sementara aspek kesesuaian kandungan sukatan pelajaran yang diajar dengan sukatan pelajaran di sekolah menunjukkan min yang paling rendah iaitu 2.52. Walau bagaimanapun semua aspek dalam kategori ini menunjukkan min keseluruhan yang kurang daripada 3.00. Analisis kesignifikanan perbezaan dalam persepsi empat kumpulan guru pelatih tentang keberkesanan pelaksanaan sukatan pelajaran pedagogi Kemahiran Hidup secara keseluruhan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (F = 17.318, p = 0.000) di antara empat kumpulan guru pelatih yang dikaji. Ujian Pos Tukey yang telah dijalankan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan di antara kumpulan KH (Pertanian), ERT, KH (Sekolah Rendah) I dan II di mana kumpulan ERT setuju bahawa pelaksanaan sukatan pelajaran pedagogi secara keseluruhan lebih berkesan bagi mereka berbanding dengan kumpulan-kumpulan lain. Secara keseluruhannya, kesemua kumpulan guru pelatih berpuas hati dengan cara pelaksanaan sukatan pelajaran pedagogi yang dilaksanakan di maktab perguruan. 4.4

Analisis Soalan Terbuka

Oleh kerana hanya beberapa orang guru pelatih sahaja yang memberi respon dalam bahagian ini, penyelidik tidak dapat menganalisis data tersebut. Sedikit data yang diperoleh tidak dibincangkan di dalam laporan kajian ini. 4.5

Rumusan

Bab ini telah membincangkan dapatan kajian berdasarkan respon subjek kajian melalui soal selidik tentang keberkesanan pelaksanaan sukatan pelajaran pedagogi Kemahiran Hidup KPLI secara keseluruhannya. Dalam bab berikut dibuat perbincangan tentang dapatan kajian ini.

19 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Perbincangan 5.1.1 Aspek Pengenalan kepada Sukatan Pelajaran Kesemua kumpulan guru pelatih telah memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang cukup dalam aspek ini. Kemungkinan perkara ini timbul disebabkan oleh pendedahan yang diberikan oleh pensyarah Kemahiran Hidup tentang sukatan pelajaran Kemahiran Hidup KPLI pada awal semester satu. Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) turut membantu dalam aspek ini. Semasa program ROS, guru pelatih diminta mengumpulkan sukatan pelajaran Kemahiran Hidup sekolah dan membuat tugasan mengenal pasti matlamat, objektif dan isi kandungan sukatan tersebut. 5.1.2 Aspek Pentadbiran dan Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup Hanya kumpulan ERT sahaja bersetuju yang mereka mendapat ilmu pengetahuan dan kemahiran yang cukup dalam aspek ini. Kumpulan-kumpulan guru pelatih yang lain kurang mendapat ilmu pengetahuan dan kemahiran yang cukup. Ini menunjukkan latihan menggunakan alat pemadam api, aktiviti CPR dan merekod buku stok, inventori dan pinjaman kurang dijalankan di bengkelbengkel Kemahiran Hidup. Aspek ini adalah sangat penting dalam sukatan pelajaran pedagogi Kemahiran Hidup sebab guruguru Kemahiran Hidup sentiasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel. Kepentingan aspek ini ditekankan oleh Lynch (1997) dalam kurikulum latihan keguruan Kemahiran Hidup. 5.1.3 Aspek Perancangan Persediaan Mengajar Kesemua kumpulan guru pelatih telah memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang cukup dalam aspek ini. Mereka dapat menyediakan rancangan kerja tahunan dan mingguan serta menulis objektif pembelajaran secara eksplisit dengan baik. Mereka juga boleh memilih isi pelajaran, sumber p-p, nilai-nilai dan unsur kemahiran berfikir yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. 5.1.4 Aspek Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kesemua kumpulan guru pelatih juga didapati telah memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang cukup dalam aspek ini. Mereka dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan semasa program praktikum. Min aspek ini tinggi disebabkan oleh latihan pengajaran mikro dan makro yang dijalankan di maktab perguruan didapati berkesan. Program ROS juga telah membantu dalam aspek ini. Mereka telah diberi pendedahan yang cukup semasa ROS iaitu mereka diberi peluang untuk memerhatikan pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah. 5.1.5 Aspek Pengujian dan Penilaian Kesemua kumpulan guru pelatih telah memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang cukup dalam aspek ini. Mereka dapat mengenal pasti jenis-jenis penilaian dan kesesuaiannya untuk mencapai tujuan penilaian. Mereka juga turut dapat menyediakan item-item soalan yang sesuai untuk jenis penilaian. Tugasan membuat Jadual Penentuan Ujian (JPU) dan membina item-item soalan dalam subjek pedagogi Kemahiran Hidup dan Pengajian Ilmu Pendidikan telah membantu

20 guru pelatih memperoleh aspek ini. Guru pelatih juga telah diuji pengetahuan pedagogi mereka semasa pengajaran mikro dan makro yang telah dilaksanakan di maktab perguruan. 5.1.6 Aspek Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Aspek ini juga turut memberi min yang tinggi bagi semua kumpulan guru pelatih. Mereka telah memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang cukup dalam menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang bersesuaian dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. 5.1.7 Aspek Amalan Refleksi Aspek ini juga turut menunjukkan min yang tinggi untuk kesemua kumpulan guru pelatih. Mereka dapat melaksanakan sesi refleksi untuk membuat tindakan susulan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini disebabkan oleh bimbingan jawatan kuasa praktikum maktab perguruan dalam penulisan refleksi sebelum guru pelatih menjalani program praktikum. Perkara ini turut dibantu oleh bimbingan yang berkesan oleh pensyarah pembimbing Kemahiran Hidup semasa program praktikum. Aspek penulisan reflektif sangat penting bagi seorang guru pelatih seperti yang dinyatakan oleh Gregson (1993). Guru pelatih perlu berfikiran kritis dan kreatif supaya mereka boleh menyelesaikan masalah yang timbul di dalam bilik darjah. 5.1.8 Pemerolehan Ilmu Pengetahuan dan Kemahiran Secara Keseluruhan Min bagi semua aspek adalah tinggi kecuali aspek pentadbiran dan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup. Ini bermakna guru pelatih telah memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam semua aspek yang dikaji kecuali aspek pentadbiran dan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup. Aspek ini perlu diberi penekanan oleh pensyarah yang mengajar pedagogi memandangkan aspek ini sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup di sekolah. Setiap guru Kemahiran Hidup mesti memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya dalam aspek ini. Kumpulan guru pelatih ERT didapati telah memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang cukup dalam enam daripada tujuh aspek yang dikaji berbanding dengan kumpulan-kumpulan lain. Kemungkinan perkara ini timbul disebabkan oleh lebih masa diperuntukkan untuk kumpulan guru pelatih opsyen ERT iaitu 45 jam berbanding dengan kumpulan-kumpulan yang lain iaitu hanya 15 jam sahaja. Masa yang diperuntukkan untuk tajuk-tajuk kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran, pengajaran mikro dan makro adalah lebih lama untuk kumpulan ERT berbanding dengan kumpulan-kumpulan yang lain. Peruntukan masa yang lebih didapati membawa kesan yang baik. 5.1.9

Persepsi tentang Keberkesanan Pelaksanaan Kemahiran Hidup Secara Keseluruhan

Sukatan

Pelajaran

Pedagogi

Kesemua kumpulan guru pelatih bersetuju bahawa pelaksanaan sukatan pelajaran pedagogi Kemahiran Hidup secara keseluruhannya berkesan. Mereka berpuas hati dengan cara penyampaian kuliah serta kaedah dan teknik yang digunakan pensyarah. Aspek kesesuaian masa yang diperuntukkan untuk setiap komponen pedagogi didapati mempunyai min yang rendah bagi semua kumpulan guru pelatih kecuali kumpulan ERT. Masa yang diperuntukkan perlu di tambah supaya guru pelatih mendapat pendedahan yang lebih di dalam setiap komponen pedagogi.

21

Kandungan sukatan pelajaran didapati sesuai dengan sukatan pelajaran di sekolah. Ini disebabkan oleh penyediaan sukatan pelajaran pedagogi Kemahiran Hidup maktab perguruan adalah selaras dengan sukatan pelajaran Kemahiran Hidup sekolah yang disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Mereka juga dapat menyediakan rancangan pengajaran tahunan / semester, mingguan dan harian dengan baik. Guru pelatih juga berpuas hati dengan sesi pengajaran mikro yang telah dilaksanakan di maktab perguruan. Sesi pengajaran mikro didapati telah membantu guru pelatih memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjalani program praktikum. Manakala, sesi pengajaran makro didapati berkesan untuk guru pelatih ERT, KH (Sekolah Rendah) I dan II tetapi tidak untuk kumpulan KH (Pertanian). Aspek ini perlu ditekankan oleh pensyarahpensyarah berkenaan memandangkan aspek ini banyak membantu guru pelatih dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran semasa program praktikum. 5.2 Kesimpulan 5.2.1 Pemerolehan Ilmu Pengetahuan dan Kemahiran oleh Guru Pelatih secara keseluruhan Secara keseluruhannya, boleh dikatakan bahawa ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh guru pelatih dalam aspek ini memuaskan. Min bagi semua aspek dalam katogeri ini didapati lebih daripada 3.00 kecuali aspek pentadbiran dan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup yang menunjukkan min 2.46. 5.2.2

Pemerolehan Ilmu Pengetahuan dan Kemahiran mengikut Opsyen Guru Pelatih Kumpulan guru pelatih Ekonomi Rumah Tangga telah memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tertinggi berbanding dengan kumpulan KH (Pertanian), KH (Sekolah Rendah) I dan II.

5.3

Persepsi tentang Keberkesanan Pelaksanaan Sukatan Pelajaran Pedagogi Kemahiran Hidup KPLI secara keseluruhan Min keseluruhan aspek ini ialah 2.84. Pelaksanaan sukatan pelajaran pedagogi Kemahiran Hidup KPLI secara keseluruhannya didapati berkesan di maktab perguruan. Pelaksanaan sukatan pelajaran didapati paling berkesan untuk kumpulan guru pelatih opsyen KPLI Ekonomi Rumah Tangga (min = 3.33), sementara paling rendah untuk guru pelatih opsyen Kemahiran Hidup ( Pertanian ) iaitu min = 2.65. 5.4

Cadangan-cadangan untuk Meningkatkan Keberkesanan Pelaksanaan Sukatan Pelajaran Pedagogi Kemahiran Hidup KPLI di Maktab Perguruan

Daripada dapatan kajian, tindakan berikut perlu diambil oleh pihak maktab perguruan untuk mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan sukatan pelajaran pedagogi iaitu : 1. Keperluan penambahan jumlah masa interaksi kuliah pedagogi Peruntukan masa interaksi kuliah pedagogi Kemahiran Hidup perlu ditambah terutamanya untuk kumpulan guru pelatih Kemahiran Hidup (Pertanian), KH (Sekolah

22 Rendah) I dan II. Jumlah masa untuk tajuk pentadbiran dan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup perlu ditambah untuk semua kumpulan guru pelatih disebabkan aspek ini kurang diperoleh oleh mereka. 5.5

Cadangan bagi Kajian Lanjutan

Kajian ini dilaksanakan hanya dengan mendapatkan maklum balas daripada guru pelatih. Satu kajian yang lebih menyeluruh dengan mendapatkan maklum balas daripada pensyarah, penggubal kurikulum dan pihak sekolah dicadangkan supaya dapatannya lebih menyeluruh tentang keberkesanan pelaksanaan sukatan pelajaran pedagogi Kemahiran Hidup KPLI. Pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran guru pelatih ini akan menentukan prestasi guru pelatih semasa berkhidmat di sekolah kelak. 5.6

Rumusan

Pelaksanaan sukatan pelajaran pedagogi Kemahiran Hidup KPLI secara keseluruhannya didapati berkesan di maktab perguruan. Guru pelatih telah memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam semua aspek yang dikaji kecuali aspek pentadbiran dan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup. Para pensyarah perlu memberi penekanan dalam aspek ini untuk memperbaiki keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru pelatih. Cadangan-cadangan yang diberikan untuk mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan sukatan pelajaran pedagogi harus diberi perhatian oleh semua pihak yang terlibat seperti pensyarah Kemahiran Hidup dan pihak penggubal kurikulum supaya guru pelatih yang keluar berkhidmat di sekolah mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya dalam aspek pedagogi. Ini akan memastikan guru pelatih dapat memberi sumbangan yang bermakna di sekolah. RUJUKAN Blanchard, P. N. dan Thacker, J. W. (1999). Effective Training: Systems, Strategies ands Practices. New Jersey : Prentice Hall. Cohen, L., Manion, L., and Morrison, K. (2000). Research Methods in Education.5th ed. London: Routledge / Falmer. Gregson, J. A. (1993). Critical Pedagogy for Vocational Education: The role of teacher education. Journal of Industrial Teacher Education 30. no.4 : Pp 7-28. Hartley, N. K., Mantle-Bromley, C. and Cobb, R.B. (1996). Building a Context for Reform : In Beyond Tradition. University of Missouri. Pp 23-52. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Garis Panduan Praktikum Latihan Perguruan Praperkhidmatan. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Panduan Pelaksanaan Komponen Pengalaman Berasaskan Sekolah Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Kursus Perguruan Lepas Ijazah Kemahiran Hidup. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru.

23 Lynch, R. L. (1997). Designing Vocational and Technical Teacher Education for the 21st Century: Implications from the Reform Literature. ERIC Clearinghouse on Adult, Career, and Vocational Education. Miller, M. D. (1996). Philosophy: The Conceptual Framework gor Designing a System of Teacher Education: In Beyond Tradition. University of Missouri. Salkind, N. J. ( 2003 ). Exploring Reserach. 5th ed. New Jersey: Prentice Hall. Schalock, H. D. (1988). Teacher Selection: A Problem of Admission Criteria, Certification Criteria or Prediction of Job Performance. Teacher Education Evaluation. Boston: Kluwar Academic Publishers. Schulman, L. S. (1987). Knowledge and Teaching: Foundations of the New System. Harvard Education Review, 57. Pp 1-22. Sharp, L. and Frechtling, J. (1997). Overview of the Design Process forMixed Method Evaluation. Available: http://www.her.nsf.gov/EHR/REC/pubs/NSF97-153/satrt.htm.8.14.2003. Wiersma,W. (2000). Research Methods in Education: An Introduction. Boston: Allyn and Bacon. Youngman, M. B. (1982). Designing Questionnaires in Bell, J. (1984: Conducting Small-scale Investigations in Educational Management. London: Harper & Row.