PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT …

content for the Local Content Database. The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the...

0 downloads 33 Views 679KB Size
PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN LAMIN DANA MUKAH, SARAWAK.

FADHLUNISA BINTI MOHAMAD

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2014

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN LAMIN DANA MUKAH, SARAWAK.

FADHLUNISA BINTI MOHAMAD (30115)

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2014

PENGESAHAN

Projek bertajuk “PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN LAMIN DANA MUKAH, SARAWAK” ini telah disediakan oleh FADHLUNISA BINTI MOHAMAD dan diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni.

Diterima untuk diperiksa oleh:

_________________________ (Dr. NORIA ANAK TUGANG ) Tarikh: _________________________

PENGAKUAN Saya

mengaku

bahawa

Projek

Tahun

Akhir

(PTA)

yang

bertajuk

PERSEPSI

MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN LAMIN DANA MUKAH, SARAWAK ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali ada sesetengah maklumat yang telah saya petik dalam buku rujukan mahupun petikan maklumat dan sumber lain seperti internet. Saya telah mengolah maklumat tersebut dan saya juga telah nyatakan sumbernya.

_____________________________ (FADHLUNISA BINTI MOHAMAD)

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK Grade: _____________ Please tick () Final Year Project Report



Masters PhD

DECLARATION OF ORIGINAL WORK

23 JUN This declaration is made on the ……………..day of……………..2014.

Student’s Declaration: FADHLUNISA BINTI MOHAMAD, 30115, FACULTY OF APPLIED & CREATIVE ARTS ARTS

I ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ----------------------------PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN LAMIN - hereby declare that the work entitled -------------------------------------------------------------------------------------DANA MUKAH, SARAWAK --------------------------------------------------- is my original work. I have not copied from any other students’ work or from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person.

23 JUN 2014 ___________________ Date submitted

FADHLUNISA MOHAMAD (30115) _____________________________ Name of the student (Matric No.)

Supervisor’s Declaration: Dr. NORIA ANAK TUGANG I ------------------------------------------------------------ (SUPERVISOR’S NAME) hereby certifies that PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN the work entitled ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------KRAFTANGAN LAMIN DANA MUKAH, SARAWAK ---------------------------------------------------- was prepared by the above named student, and was submitted BACHELOR OF APPLIED to the “FACULTY” as a * partial/full fulfillment for the conferment of -----------------------------------------ARTS WITH HONOURS (ARTS MANAGEMENT) --------------------------------------------------------------------------------------(PLEASE INDICATE THE DEGREE), and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student’s work.

Received for examination by:_Dr NORIA TUGANG___

i

Date: 23 JUN 2014

Dr. Noria Tugang

I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick (√)): CONFIDENTIAL RESTRICTED

(Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)* (Contains restricted information as specified by the organisation where research was done)*

 OPEN ACCESS

Validation of Project/Thesis I therefore duly affirmed with free consent and willingness declare that this said Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and rights as follows:      

This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the purpose of academic and research only and not for other purpose. The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the content for the Local Content Database. The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute. No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS. This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS permission.

Student signature ________________________ ( 23 JUN 2014 )

Supervisor signature: ________________ ( 23 JUN 2014 )

Current Address: LOT 1147 JALAN 2A KAMPUNG LUAK, 98000, MIRI SARAWAK.

Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the organisation with the period and reasons of confidentiality and restriction

ii

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Syukur Alhamdullilah dengan izin Yang Maha Esa, akhirnya Penyelidikan Tahun Akhir Pengurusan Seni telah disiapkan dengan jayanya. Sokongan yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak telah menjadi pembakar semangat saya untuk menyiapkan penyelidikan ini. Di sini saya juga dengan begitu berbesar hati ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada Dr Noria Tugang selaku penyelia untuk penyelidikan saya ini. Beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar yang mencukupi dan pengalaman yang dikongsi kepada saya dalam persiapan melaksanakan penyelidikan ini. Tidak lupa juga kepada barisan pensyarah-pensyarah program Pengurusan Seni ynag lain kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar secara tidak langsung sepanjang menjayakan proses penyelidikan ini. Jutaan terima kasih juga kepada Syahrul Balkis Khairudin serta rakanrakan seperjuangan yang turut sama membantu dalam menjana idea yang bernas dan memberi sokongan yang padu demi menghasilkan penulisan kertas cadangan sehinggalah ke penulisan laporan kajian yang baik serta sempurna. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada masyarakat Mukah dan pihak Lamin Dana yang telah bertindak sebagai responden/informan atas kerjasama yang diberikan sepanjang sesi.

iii

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga saya yang memberi sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada saya untuk menjalankan kajian penyelidikan ini daripada permulaan lagi. Selembar penghargaan diberikan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam menjayakan kajian ini. Besar harapan saya supaya saya dapat mempraktikkan dengan cemerlangnya kaedah penyelidikan yang telah dipelajari ini di peringkat yang lebih tinggi nanti.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

iv

JADUAL KANDUNGAN PERKARA

MUKA SURAT

TAJUK PENYELIDIKAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN

iii

JADUAL KANDUNGAN

v

SENARAI GAMBAR

vii

SENARAI JADUAL

ix

SENARAI RAJAH

x

ABSTRAK

xii

ABSTRACT

xiii

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1

Pengenalan

1

1.2

Hipotesis Kajian

2

1.3

Latar Belakang Kajian

2

1.4

Penyataan Masalah

9

1.5

Objektif Kajian

10

1.6

Rasional Kajian

11

v

BAB 2

BAB 3

1.7

Soalan Kajian

12

1.8

Skop Kajian

13

1.9

Definisi Pemboleh Ubah Kajian

16

1.10

Limitasi Sebelum Kajian

19

1.11

Rumusan

21

SOROTAN KESUSASTERAAN 2.1

Pendahuluan

22

2.2

Tinjauan Am

25

2.3

Kerangka Teori ( Theoritical Framework)

27

2.4

Tinjauan Relevan dengan Tajuk Penyelidikan

37

2.5

Rumusan

50

METODOLOGI KAJIAN 3.1

Pendahuluan

51

3.2

Reka Bentuk Kajian

52

3.3

Kaedah Perpustakaan

54

3.4

Kaedah Kajian Lapangan

55

3.5

Instrumen Kajian

56

3.6

Persampelan Kajian

68

vi

BAB 4

BAB 5

3.7

Kesahan Kajian

71

3.8

Kebolehpercayaan Kajian

72

3.9

Prosedur Pengumpulan Data

73

3.10

Pemprosesan (Interpretasi) dan Analisis Data

75

ANALISIS DAN PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN 4.1

Pendahuluan

76

4.2

Implementasi Analisa Data

77

4.3

Dapatan Kajian Borang Soal Selidik

88

4.4

Analisa dan Temubual Informan

110

KESIMPULAN DAN CADANGAN KAJIAN 5.1

Kesimpulan Kajian

120

5.2

Cadangan Kajian

127

BIBLIOGRAFI

129

LAMPIRAN

132

vii

SENARAI GAMBAR

Gambar 1 Peta Negeri Sarawak

5

Gambar 2 Lamin Dana

6

Gambar 3 Peta Mukah

15

Gambar 4 Pusat Kebudayaan dan Kraftangan Lamin Dana

18

Gambar 5 Petikan Gambar Bella Hopes Youtube

78

Gambar 6 Petikan Gambar Jurnal BERNAMA Youtube

79

Gambar 7 Petikan Gambar Laman Blog Rasmi Lamin Dana

80

Gambar 8 Pengalaman Proses Sago

84

Gambar 9 Persembahan Kebudayaan

85

Gambar 10 Pengembaraan Hutan Paya Bakau

86

Gambar 11 Aktiviti di Lamin Dana

87

viii

SENARAI JADUAL

Jadual 1 Jumlah Pendapatan Program Homestay Seluruh Negara

25

Jadual 2 Protokol Soalan

67

Jadual 3 Analisis Taburan Masyarakat Tempatan Mengikut Jantina

88

Jadual 4 Analisis Taburan Masyarakat Tempatan Mengikut Bangsa

90

Jadual 5 Analisis Taburan Masyarakat Tempatan Mengikut Asal

92

Jadual 6 Analisis Taburan Masyarakat Tempatan Mengikut Tahap Pendidikan

94

Jadual 7 Analisis Taburan Masyarakat Tempatan Mengikut Kategori Responden

ix

97

SENARAI RAJAH

Rajah 1 Carta Aliran Tinjauan Literatur

23

Rajah 2 Reka Bentuk Kajian

52

Rajah 3 Skala Interval

61

Rajah 4 Populasi dan Sampel Kajian

70

Rajah 5 Pembinaan Alat Kajian

71

Rajah 6 Kebolehpercayaan Kajian

72

Rajah 7 Analisis Taburan Masyarakat Tempatan Mengikut Jantina

89

Rajah 8 Analisis Taburan Masyarakat Tempatan Mengikut Bangsa

91

Rajah 9 Analisis Taburan Masyarakat Tempatan Mengikut Asal

93

x

Rajah 10 Analisis Taburan Masyarakat Tempatan Mengikut Tahap Pendidikan

95

Rajah 11 Analisis Taburan Masyarakat Tempatan Mengikut Kategori Responden

98

Rajah 12 Analisis Tahap Pengenalan dan Pengetahuan Mengenai Lamin Dana

100

Rajah 13 Analisis Sumber Pengetahuan

102

Rajah 14 Analisis Persepsi Mengenai Penubuhan Lamin Dana

103

Rajah 15 Analisis Majoriti Sangat Setuju (Punca-punca)

105

Rajah 16 Analisis Majoriti Sangat Setuju (Punca-punca)

106

Rajah 17 Analisis Majoriti Punca Utama

107

Rajah 18 Analisis Majoriti Sangat Setuju (Langkah-langkah)

xi

108

Persepsi Masyarakat Terhadap Pusat Kebudayaan dan Kraftangan Lamin Dana Mukah, Sarawak.

Fadhlunisa Binti Mohamad

Penyelia: Dr Noria Anak Tugang

Kajian ini mengenai pusat kebudayaan dan warisan kraftangan Lamin Dana, di Mukah.

Lamin Dana melambangkan keunikan budaya masyarakat

Melanau. Fokus kajian ini ialah mengkaji tahap persepsi masyarakat, masalah utama dan langkah penyelesaian yang melibatkan pemilik Pusat Kebudayaan dan Kraftangan Lamin Dana. Hasil kajian ini penting kerana dapat merintis jalan kepada pemilik Lamin Dana serta masyarakat ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan pusat kebudayaan pada masa yang akan datang. Hasil kajian ini dapat memberi penambahan kepada himpunan ilmu pengetahuan tentang strategi dalam memartabatkan warisan kesenian dan kebudayaan etnik Melanau.

xii

The Communities Perception toward the Centre of Cultural and Craft Heritage, Lamin Dana Mukah.

Fadhlunisa Binti Mohamad

Supervisor: Dr Noria Anak Tugang

This research is about the cultural center and craft heritage of Lamin Dana in Mukah. Lamin Dana represent the uniqueness of the Melanau communities. The focus of this study is to examine the perception of the community, the main problems as well as the relevance solutions which involve the possessor of the Center of Culture and Heritage of Lamin Dana. The outcome of this research is important because it can create the opportunities to the possessor of Lamin Dana as well as the society towards conservation and preservation of the cultural centers in the upcoming future. It also can give additional knowledge about the strategies in order to be a symbol of cultural and heritage of the Melanau ethnic.

xiii

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1

Pengenalan Bab ini menerangkan secara keseluruhan tentang kajian yang dilaksanakan dan dihuraikan dalam beberapa bahagian subtopik kecil iaitu perbincangan mengenai latar belakang, pernyataan masalah, objektif dan persoalan kajian. Selain daripada itu kepentingan, skop serta definisi pembolehubah kajian juga turut dibincangkan. Latar belakang kajian merangkumi segala aspek yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam kajian yang dilaksanakan bagi mengupas tentang kajian ini. Pernyataan masalah pula menerangkan tentang faktor-faktor yang mendorong kajian ini dilaksanakan hasil daripada masalahmasalah yang timbul ketika kajian yang dijalankan sebelumnya. Selain daripada itu, objektif dan persoalan kajian juga turut dibincangkan yang mana menyingkap tentang persoalan yang ingin dicapai dan diketahui melalui kajian ini. Seterusnya di dalam bab ini juga membincangkan kepentingan kajian iaitu sasaran hasil kajian yang diharapkan dapat memenuhi tuntutan kumpulan tertentu di samping skop kajian yang menerangkan tentang perkara yang dinilai dan ingin dicapai dalam kajian ini. Selain daripada itu bab ini juga akan membincangkan secara terperinci tentang pembolehubah yang terlibat bagi diselaraskan di dalam penghasilan jawapan kepada objektif yang ingin dicapai dan persoalan yang ingin dijawab.

1

1.2

Hipotesis Kajian Kajian ini memberi ramalan awal bahawa Pusat Kebudayaan dan Kraftangan Lamin Dana akan mencapai tahap persepsi yang memberangsangkan dan menerima persepsi yang positif daripada semua pihak yang terlibat dalam kajian ini. Pusat Kebudayaan dan Kraftangan Lamin Dana ini juga akan berpotensi menjadi sebuah pusat kebudayaan yang terkenal jika jalan penyelesaian yang relevan diberikan dalam usaha mengatasi masalah-masalah yang dihadapi.

1.3

Latar Belakang Kajian Malaysia amat terkenal dengan gelaran Malaysia Truly Asia kerana Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang kaya dengan warisan kebudayaan masyarakat yang terdiri daripada monumen, bangunan, artifak termasuklah warisan kebudayaan masyarakat seperti cara hidup dan kesenian tradisi masingmasing. Warisan sejarah boleh diklasifikasikan dalam dua bentuk iaitu bentuk warisan yang nyata atau tidak nyata. Contoh warisan sejarah yang nyata adalah bangunan, monumen dan tapak bersejarah. Manakala warisan sejarah yang tidak nyata pula adalah intepretasi budaya hidup masyarakat yang pelbagai seperti adat istiadat sesuatu upacara, kesenian seperti lagu-lagu rakyat, seni muzik, tarian, permainan tradisional dan kostum tradisional setiap suku kaum masing-masing. Terdapat pelbagai lokasi menempatkan produk warisan sejarah ini atau tapak bersejarah yang memiliki unsur-unsur kesenian dan kebudayaan tinggalan

2

nenek moyang terdahulu. Salah satu daripadanya yang terkenal adalah di Kota Bersejarah iaitu negeri Melaka. Negeri Melaka terkenal dengan sebuah lokasi yang mempunyai kronologi sejarah yang berkaitan dengan ketamadunan bangsa dan perkembangan negara. Secara tidak langsung, dengan adanya tapak bersejarah ini, negeri Melaka telah maju dalam sektor pelancongan dan namanya telah dijulang naik dalam bidang penyelidikan antropologi dunia. Selain negeri Melaka yang terkenal dengan gelaran Kota Bersejarah, Malaysia juga sangat bertuah kerana memiliki negeri Sarawak yang kaya dengan kehidupan biodiversiti yang mampan dan pelbagai. Bukan sahaja memiliki kepelbagaian biodiversiti, malah Sarawak juga memiliki rangkaian etnik yang cukup unik. Melalui rangkaian etnik inilah, wujudnya sebuah variasi yang mantap hasil daripada warisan kesenian dan kebudayaan masing-masing. Menerusi warisan kesenian dan kebudayaan juga, Sarawak mampu berdiri sama tinggi dengan bandar-bandar kesenian yang lain seperti Kota Cornwalis di Pulau Pinang, Kota Ngah Ibrahim di Taiping, Perak dan tapak warisan Candi Batu Pahat di Merbuk, Kedah. Sarawak Bumi Kenyalang, gelaran yang cukup gah untuk membuktikan Sarawak sebuah negeri yang harus diterokai dari segi kehidupan biodiversiti hutan dara tropikanya, warisan sejarahnya serta kesenian dan kebudayaan yang unik. Kepelbagaian etnik di Sarawak telah mengangkat nama Bumi Kenyalang dalam memperkenalkan eko-pelancongan yang terbaik di Asia.

3

Sarawak mempunyai majoriti etnik sebanyak 27 etnik. Kesemua kumpulan etnik ini mempunyai bahasa, kebudayaan dan cara kehidupan yang tersendiri. Etnik di Sarawak terbahagi mengikut kawasan penempatan seperti persisiran pantai, lembah sungai, daerah pendalaman dan kawasan tanah tinggi. Kawasan yang paling padat dengan kapasiti penduduk ialah di dataran pantai, lembah sungai di bahagian barat Kuching dan kawasan antara Sungai Kayan dengan Sungai Mukah. Antara etnik yang terdapat di Sarawak ialah Iban, Bidayuh, Melanau, Kayan, Kenyah, Lun Bawang, Penan, Kelabit, Kedayan, Bisaya, Berawan, Lahanan, Sekapan, Kejaman, Punan, Baketan, Ukit, Sihan, Tagal, Tabun, Saban, Lisum dan Longkiput. Masyarakat Melanau adalah masyarakat terawal di Sarawak yang telah menetap di kawasan Mukah. Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik yang mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu, masyarakat Melanau merupakan salah satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu, masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Penyelidikan ini berfokuskan kepada etnik Melanau yang memiliki profil kesenian dan kebudayaan yang tinggi dari segi nilai-nilai warisan sejarah tinggalan nenek moyang yang lampau. Kebanyakan penduduk suku etnik Melanau mendiami kawasan di persisiran pantai seperti kawasan lembah utara Sungai Rajang, Igan, Mukah, Dalat, Oya dan Bintulu.

4

Gambar 1: Peta Sarawak Sumber: Laman Web Rasmi Pejabat Daerah, Mukah

Berdasarkan peta di atas merujuk kepada kedudukan bahagian Mukah di Sarawak. Sarawak dipisahkan sejauh 600 kilometer dari Semenanjung Malaysia oleh Laut Cina Selatan di sebelah barat dan bersempadan dengan negeri Sabah di Timur Laut, negara Brunei Darussalam di bahagian Utara dan Kalimatan, Indonesia pula berada di sebelah timur. Mukah pula berada di kedudukan koordinat geografi 2° 54' 0" Utara, 112° 6' 0" Timur dengan keluasan 2,536 km2. Bandar Mukah pula mempunyai variasi keunikan yang tersendiri seperti makanan yang eksotik, kebudayaan, kesenian dan kepercayaan. Bandar Mukah telah menjadi pusat kebudayaan suku etnik Melanau dan Pesta Kaul merupakan salah satu acara tahunan yang diraikan pada bulan April seperti yang tertakluk dalam takwim pelancongan Sarawak. Bandar Mukah telah diberi tanggungjawab

5

yang besar oleh Ketua Menteri Sarawak, iaitu Tan Sri Abdul Taib Mahmud, iaitu menjadikan

Mukah

sebagai

pusat

kebudayaan

yang

berfungsi

untuk

mempertahankan warisan kesenian dan kebudayaan suku etnik Melanau yang unik ini. Oleh itu, Pusat Kebudayaan dan Kraftangan Lamin Dana telah diberi tanggungjawab untuk menjadikan Bandar Mukah sebagai pusat pelancongan berdasarkan kepelbagaian seni dan budaya yang diwarisi zaman-berzaman oleh nenek moyang suku etnik Melanau.

R Gambar 2: Lamin Dana Sumber: Laman Web Rasmi Lamin Dana

6

Perkembangan kajian adalah selaras dengan anjakan paradigma dalam isu Dasar Kreatif Negara yang dibangkitkan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Malaysia iaitu Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim terhadap situasi industri kreatif negara tidak memberangsangkan berikutan dengan kadar kemasukan pelancongan saban tahun dari segi kesenian dan kebudayaan tidak menjanjikan pulangan kestabilan ekonomi. Kebimbangan beliau itu amat berasas kerana industri kreatif merupakan salah satu sumber penting dalam pertumbuhan ekonomi dan percambahan budaya bagi negara-negara maju. Untuk itu, pihak kerajaan telah menyedari bahawa negara Malaysia mampu menjadikan industri kreatif sebagai sumber pekerjaan dan pendapatan negara, seterusnya mencapai sasaran ekonomi negara berpendapatan tinggi. (Sumber: Perutusan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Jurnal Dasar Industri Kreatif) Penglibatan dalam kajian ini akan memupuk amalan pemikiran reflektif secara kritis dan seterusnya membina himpunan pengetahuan mengenai budaya dan warisan negara yang amat berguna. Perbincangan intelektual yang dibuat pada tahap awal adalah untuk mengenal pasti masalah, merancang strategi kajian, melaksanakan strategi, pengumpulan dan analisis data serta refleksi pula akan dapat menghasilkan sumber dan penemuan baru yang pasti dapat memperkaya pengetahuan seiring dengan memartabatkan seni budaya dan warisan negara yang unik dan pelbagai.

7