PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP …

orang pelajar DPLI pengkhususan Sains Pertanian (SP) dan Ekonomi Rumah Tangga (ERT) di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Pendidikan Sulta...

0 downloads 79 Views 681KB Size
PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP TEMPOH PENGAJIAN PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH

NOORZALIA BINTI ABDULLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

i

PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP TEMPOH PENGAJIAN PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH

NOORZALIA BINTI ABDULLAH

Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi Syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEI 2011

iii  

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga akhirnya saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini sebagai memenuhi keperluan syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan khasnya kepada Cik Sarimah Binti Ismail selaku Penyelia Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih tulus saya ucapkan kerana menunjukkan kesungguhan dan sikap prihatin yang sangat telus dalam usaha mendidik dan membimbing saya ke arah kemantapan ilmu pengetahuan dan kecekalan hati dalam mengharungi pengalamanpengalaman baru yang mengujakan.

Terima kasih juga saya tujukan kepada pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Asas di UPM dan UPSI kerana membenarkan saya menjalankan kajian ini. Sesungguhnya komitmen yang diberikan amat membantu dan mengajar saya erti usaha gigih yang mendorong saya berdikari meneruskan perjuangan sehingga ke tahap ini.

Akhir kata, saya panjatkan kesyukuran tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya, adik beradik serta tunang yang tersayang kerana tidak putus-putus memberi dorongan dan sokongan sehingga kini. Sekalung penghargaan turut saya tujukan kepada rakan seperjuangan serta kepada semua yang terlibat kerana sudi memberikan kerjasama sepanjang saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Sekian, terima kasih.

iv

DEDIKASI

Khas buat Ma, Puan Maimun Binti Haji Samah, Abah, Encik Abdullah Bin Hussain. Saudara-saudara kandungku yang disayangi, Marini (Akak), Rizalman (Abe), Noor Afzan (Ije), Zul Hafiz (Adik). Istimewa buat tunang tercinta, Encik Ahmad Boestaman Bin Samsudin (Abang Boes). Sesungguhnya, Berkat doa dan restu kalian, Sokongan dan semangat yang diberikan, Menguatkan lagi iktizam diri untuk berjaya hingga ke tahap ini. Buat rakan-rakan seperjuangan Terima kasih atas segala bantuan dan tunjuk ajar. Semoga jasa kalian semua diberkati Allah S.W.T.

v  

ABSTRAK

Isu pengajaran guru-guru yang kurang berkesan dalam kalangan guru-guru Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) telah dibahaskan. Ini mungkin ada kaitan dengan tempoh program yang singkat untuk mereka menguasai kursus ikhtisas pendidikan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti persepsi pelajar DPLI terhadap program DPLI dari aspek kesesuaian tempoh pengajian program DPLI, penguasaan kursus pendidikan teknikal, penguasaan kursus ikhtisas pendidikan dan tahap keyakinan pelajar untuk mengajar. Kajian tinjauan kuantitatif ini melibatkan 118 orang pelajar DPLI pengkhususan Sains Pertanian (SP) dan Ekonomi Rumah Tangga (ERT) di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Data dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 17.0. Darjah kebolehpercayaan bagi instrumen kajian ini ialah 0.8165. Dapatan kajian menunjukkan kesesuaian tempoh pengajian program DPLI selama 10 bulan berada pada tahap rendah sementara penguasaan pelajar-pelajar DPLI terhadap kursus pendidikan teknikal, kursus ikhtisas pendidikan dan keyakinan untuk mengajar pula berada pada tahap yang sederhana. Kajian ini mencadangkan tempoh pengajian program DPLI ditambah bersesuaian dengan kurikulum dan silibus bidang pengkhususan untuk pemantapan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam kursus-kursus pengkhususan dan ikhtisas pendidikan dan meningkatkan keyakinan mereka untuk mengajar.  

vi  

ABSTRACT

The less effectiveness of teaching issue among teachers of the Diploma Lepasan Ijazah (DPLI) has been debated. This might have relationship with short period of the program for the students to mastery the professional course of education. This study was conducted to identify DPLI students’ perception towards the program from the aspects of the suitableness of the DPLI program period, students’ mastery in the technical education courses, students’ mastery in the professional course of education, and students’ confident level to teach. The survey quantitative study involved 118 DPLI students majoring in Agriculture Science and Home Science at the Universiti Putra Malaysia (UPM) and Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Data were collected using questionnaire and analysed using the computer software of Statistical Package for the Social Science (SPSS) version 17.0. Alpha value for the questionnaire was 0.8165. Findings of the study showed that the suitableness of the 10 month period of the DPLI program was at the low level while students’ mastery in the technical education courses, students’ mastery in the professional course of education, and students’ confident level to teach were at the moderate level. The study was suggested for the period of DPLI program to be increased consistantly with curriculum and syllabus of subject major of the program in order to establish skill and knowledge of the students in the subject major as well as professional course of education and increase students’ confident level to teach.

vii  

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA

1

HALAMAN JUDUL

i

HALAMAN PENGAKUAN

ii

PENGHARGAAN

iii

DEDIKASI

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xii

SENARAI RAJAH

xv

SENARAI SINGKATAN NAMA

xvi

SENARAI LAMPIRAN

xvii

PENDAHULUAN

1

1.1

Pengenalan

1

1.2

Latar Belakang Masalah

6

1.3

Penyataan Masalah

16

viii  

1.4

Objektif Kajian

17

1.5

Persoalan Kajian

18

1.6

Kepentingan Kajian

18

1.6.1

Kementerian Pengajian Tinggi

19

1.6.2

Pelajar-pelajar DPLI

19

1.7

1.8

Skop Dan Batasan Kajian

20

1.7.1

Skop Kajian

20

1.7.2

Batasan Kajian

21

Definisi Operasional

22

1.8.1

Tempoh Pengajian

22

1.8.2

Kursus Ikhtisas Pendidikan

22

1.8.2.1

23

1.8.3

2

Kemahiran Pedagogi

Pendidikan Teknikal

23

SOROTAN KAJIAN

25

2.1

Pengenalan

25

2.2

Program DPLI

26

2.2.1

27

2.3

Tempoh Pengajian Program DPLI

Kursus Ikhtisas Pendidikan

29

2.3.1

Kemahiran Pedagogi

32

2.3.2

Kepentingan Pedagogi

33

2.3.3

Kemahiran Pedagogi Dalam Pendidikan

36

Teknikal 2.4

2.5

Pendidikan Teknikal

38

2.4.1

Kurikulum Pendidikan Teknikal

39

2.4.2

Pembahagian Kursus Mengikut Semester

40

Keyakinan Diri Bakal Guru

42

2.5.1

44

Persediaan Bagi Proses Pengajaran Dan

ix  

Pembelajaran 2.5.2 2.6

3

4

Pengetahuan Bakal Guru Mengajar Amali

Penilaian Pengajian Program DPLI Di IPTA

47 48

METODOLOGI KAJIAN

52

3.1

Pengenalan

52

3.2

Rekabentuk Kajian

52

3.3

Tempat Kajian

53

3.4

Populasi Dan Persampelan Kajian

54

3.5

Istrumen Kajian

55

3.6

Kesahan

57

3.7

Kajian Rintis

58

3.8

Kebolehpercayaan

58

3.9

Analisis Data

61

3.10

Proses Kerja

62

3.11

Prosedur Kajian

64

ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

65

4.1

Pengenalan

65

4.2

Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden

66

4.2.1

Peratus Responden Mengikut Jantina

66

4.2.2

Peratus Responden Berdasarkan Taraf

67

Perkahwinan 4.2.3

Peratus Responden Berdasarkan Pengalaman

68

Mengajar 4.2.4

Peratus Responden Mengikut Jurusan Pengkhususan Peringkat Sarjana Muda

69

x  

4.2.5

Peratus Responden Berdasarkan Pengkhususan

70

Major Program DPLI 4.2.6

Peratus Responden Berdasarkan Pengkhususan

71

Minor Program DPLI 4.3

Bahagian B: Analisis Item Soal Selidik

72

4.3.1

73

Tahap Kesesuaian Program DPLI Pendidikan Teknikal Berdasarkan 10 Bulan Pengajian

4.3.2

Tahap Penguasaan Kemahiran Pelajar-pelajar

76

DPLI Dalam Kursus Ikhtisas Pendidikan 4.3.3

Tahap Penguasaan Kemahiran Pelajar-pelajar

78

DPLI Dalam Kursus Pendidikan Teknikal 4.3.4

Tahap Keyakinan Pelajar-pelajar DPLI Dalam

80

Kursus Pendidikan Teknikal Untuk Mengajar 4.4

5

Rumusan

82

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

84

5.1

Pengenalan

84

5.2

Rumusan

84

5.3

Perbincangan Hasil Kajian

85

5.3.1

Perbincangan Latar Belakang Responden

85

5.3.2

Perbincangan Tahap Kesesuaian Program

87

DPLI Pendidikan Teknikal Berdasarkan 10 Bulan Tempoh Pengajian 5.3.3

Perbincangan Tahap Penguasaan Kemahiran

88

Pelajar-Pelajar DPLI Dalam Kursus Ikhtisas Pendidikan 5.3.4

Perbincangan Tahap Penguasaan Kemahiran Pelajar-Pelajar DPLI Dalam Kursus Pendidikan Teknikal

90

xi  

5.3.5

Perbincangan Tahap Keyakinan Pelajar-Pelajar

92

DPLI Program Teknikal Untuk Mengajar 5.4

Cadangan Kepada Pihak Yang Berkenaan

94

5.5

Cadangan Kajian Akan Datang

97

5.6

Kesimpulan

98

RUJUKAN

100

LAMPIRAN

105

xii  

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

HALAMAN

1.1

Pecahan Tempoh Pengajian Program KPLI Dan DPLI

4

1.2

Kursus-kursus Program DPLI Yang Ditawarkan Oleh IPTA

5

1.3

Statistik Pendaftaran Pelajar-pelajar DPLI Pengkhususan ERT

6

Dan SP Di UPM 1.4

Komponen Kursus Bagi Kurikulum Program DPLI

7

1.5

Agihan Kursus Mengikut Semester Bagi Program DPLI/ERT

8

Dan DPLI/SP 1.6

Kursus-kursus Tumpuan Kedua Bagi Program Perdana ERT

9

Dan SP 1.7

Kursus-kursus Ikhtisas Pendidikan Bagi Program Perdana

10

ERT Dan SP 1.8

Ringkasan Keputusan Peperiksaan Kursus Ikhtisas Pendidikan

12

Bagi Pelajar DPLI Program SP Dan ERT Semester Pertama Sesi 2009/2010 1.9

Ringkasan Keputusan Peperiksaan Kursus Pendidikan Teknikal

13

(Tumpuan Kedua) Bagi Pelajar DPLI Program SP Dan ERT Semester Pertama Sesi 2009/2010 1.10

Ringkasan Keputusan Peperiksaan Kursus Ikhtisas Pendidikan

13

xiii  

Bagi Pelajar DPLI Program SP Dan ERT Semester Kedua Sesi 2009/2010 1.11

Ringkasan Keputusan Peperiksaan Akhir Bagi Pelajar-pelajar

14

DPLI Program SP Sesi 2009/2010 Mengikut Jurusan Peringkat Sarjana Muda 1.12

Ringkasan Keputusan Peperiksaan Akhir Bagi Pelajar-pelajar

15

DPLI Program ERT Sesi 2009/2010 Mengikut Jurusan Peringkat Sarjana Muda 2.1

Agihan Kredit Mengikut Komponen Kursus Ikhtisas Pendidikan

30

2.2

Agihan Tempoh Pengajian Program DPLI

40

2.3

Agihan Kursus Mengikut Semester Bagi Program DPLI/ERT

41

Dan DPLI/SP 3.1

IPTA Yang Menawarkan Kursus-Kursus PTV Dalam

54

Program DPLI 3.2

IPTA Yang Dipilih Sebagai Sampel Kajian

55

3.3

Maklum Balas Dan Skor Skala Likert Terhadap Item

56

3.4

Pekali Alpha Cronbach

59

3.5

Nilai Alpha Bagi Item Dalam Borang Soal Selidik

60

3.6

Penambahbaikan Item Soal Selidik Dalam Pembolehubah

61

Kajian Ke-Dua 4.1

Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut Jantina

66

4.2

Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Berdasarkan Taraf

67

Perkahwinan 4.3

Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Berdasarkan

68

Pengalaman Mengajar 4.4

Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut Jurusan

69

Pengkhususan Peringkat Sarjana Muda 4.5

Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Berdasarkan Pengkhususan Major Program DPLI

70

xiv  

4.6

Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Berdasarkan

71

Pengkhususan Minor Program DPLI 4.7

Maklum Balas Dan Skor Skala Likert Terhadap Item

72

4.8

Maklum Balas Peratusan Dan Tahap Skor Skala Likert

73

Terhadap Item 4.9

Tahap Kesesuaian Program DPLI Pendidikan Teknikal

73

Berdasarkan 10 Bulan Tempoh Pengajian 4.10

Tahap Penguasaan Kemahiran Pelajar-pelajar DPLI Dalam

76

Kursus Ikhtisas Pendidikan 4.11

Tahap Penguasaan Kemahiran Pelajar-pelajar DPLI Dalam 78 Kursus Pendidikan Teknikal (ERT/SP)

4.12

Tahap Keyakinan Pelajar-pelajar DPLI Dalam Kursus Pendidikan

80

Teknikal Untuk Mengajar 4.13

Keputusan Keseluruhan Bagi Setiap Aspek Kajian Dalam Purata Peratusan

83

xv  

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

HALAMAN

2.1

Faktor Pengajaran Dan Pembelajaran

46

2.2

Model Penilaian Donald Kirkpatrick

48

3.1

Proses Kerja Keseluruhan Kajian

62

3.2

Prosedur Keseluruhan Kajian

64

4.1

Peratus Responden Mengikut Jantina

66

4.2

Peratus Responden Berdasarkan Taraf Perkahwianan

67

4.3

Peratus Responden Berdasarkan Pengalaman Mengajar

68

4.4

Peratus Responden Berdasarkan Pengkhususan Major

70

Program DPLI

xvi  

SENARAI SINGKATAN NAMA

DPLI

-

Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah

ERT

-

Ekonomi Rumah Tangga

IPG

-

Institut Pendidikan Guru

KPLI

-

Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah

KPM

-

Kementerian Pelajaran Malaysia

KPTM

-

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

PTV

-

Pendidikan Teknik Dan Vokasional

SP

-

Sains Pertanian

UPM

-

Universiti Putra Malaysia

UPSI

-

Universiti Pendidikan Sultan Idris

xvii  

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

HALAMAN

A

Set Borang Soal Selidik

105

B

Surat Permohonan Mendapatkan Maklumat Pelajar-pelajar

111

DPLI Yang Mengikuti Kursus ERT Dan SP Di UPM C

Surat Pemohonan Pengesahan Isi Kandungan Instrumen

114

Kajian (Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan) D

Surat Pengesahan Isi Kandungan Instrumen Kajian

115

(Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan) E

Surat Pemohonan Pengesahan Isi Kandungan Instrumen

116

Kajian (Jabatan Pendidikan Asas) F

Surat Pengesahan Isi Kandungan Instrumen Kajian (Jabatan Pendidikan Asas)

117

1  

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Bilangan penduduk Malaysia semakin bertambah dari setahun ke setahun. Pada tahun 2007 terdapat 27.17 juta penduduk negara, meningkat kepada 27.73 juta orang pada tahun 2008. Angka ini meningkat kepada 28.31 juta orang pada tahun 2009 (Laporan Jabatan Perangkaan Negara, 2009). Keadaan ini menyebabkan pembukaan sekolah-sekolah baru giat dijalankan untuk menampung pertambahan bilangan pelajar. Pada tahun 2008 sebanyak 9,825 buah sekolah ditubuhkan dan meningkat kepada 9,922 buah sekolah pada tahun 2010 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010). Ini bererti bilangan guru terlatih juga perlu ditambah untuk menampung kebanjiran pelajar-pelajar ini.

Seramai 1,473 daripada 60,000 jumlah pemohon bergraduan di seluruh negara, terpilih untuk memasuki program Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) ambilan Januari 2010 bagi memenuhi 17 bidang pengajian di 27 Institut Pendidikan Guru (IPG).

2  

Manakala seramai 1,136 calon guru lepasan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah

(DPLI)

yang

telah

menamatkan

pengajian

mereka

pada

bulan

November/Disember 2009 berjaya mengurangkan jumlah kekosongan guru-guru sekolah menengah sebanyak 11,238 orang. Sehingga Januari 2010 masih lagi terdapat kekurangan 11,238 orang guru di sekolah menengah dan 5,211 orang guru di sekolah rendah (Akhbar Utusan Malaysia, 29 Januari 2010). Pengambilan pelajar-pelajar DPLI dan KPLI telah berjaya membantu mengurangkan kekosongan guru di sekolah-sekolah yang terlibat.

Walaubagaimanapun penempatan pelajar-pelajar DPLI untuk mengisi jawatan guru tetap di setiap sesi persekolahan telah membangkitkan satu isu ketidakpuas hatian golongan guru perdana suatu ketika dahulu (Akhbar Utusan Malaysia, 29 Januari 2010). Di antara sebabnya ialah pelajar-pelajar DPLI diberi keistimewaan untuk diserap mengajar terlebih dahulu berbanding pelajar-pelajar aliran perdana kerana kos pengajian pelajar-pelajar DPLI telah ditaja oleh KPM (KPM, 2010).

Pelaksanaan program pendidikan guru adalah bertujuan menghasilkan bakal guru yang berkesan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh yang demikian, pelajar-pelajar DPLI hendaklah didedahkan kepada pelbagai teknik dan strategi pengajaran yang boleh dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) membantu dalam menentukan unjuran keperluan guru bagi bekalan sekolah menengah yang mengambil kira perkara- perkara berikut:

a)

Kelulusan Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan oleh agensi Pusat (JPA)

yang diperoleh dari tahun ke setahun.

3  

b)

Tambahan norma perjawatan 1.5 kepada 1.7 guru bagi setiap kelas dan 2.0

kepada 2.5 guru bagi setiap kelas dibuat secara berperingkat-peringkat. Sehingga tahun 2010, tambahan norma 1.5 kepada 1.7 guru bagi setiap kelas di peringkat menengah telah diperoleh bagi Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5 dan norma 2.0 kepada 2.5 guru bagi setiap kelas Tingkatan 6.

c)

Perubahan dasar dari semasa ke semasa yang memberi implikasi keperluan guru

seperti perluasan pra sekolah dan memperkasa mata pelajaran teknik, vokasional dan kemahiran (Akhbar Utusan Malaysia, 29 Januari 2010).

Pada tahun 1960-an, beberapa perubahan dalam sistem pendidikan negara telah berlaku. Jawatan Kuasa Penyemak Pelajaran atau

lebih dikenali sebagai laporan

Rahman Talib telah mencadangkan supaya satu Program Integrasi dirancang secara menyeluruh untuk melatih guru bagi sekolah menengah rendah dan penubuhan Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional untuk melatih pelajar-pelajar dalam pelbagai bidang jurusan berbentuk kemahiran. Perlaksanaan rancangan tersebut telah dibahagikan kepada tiga tahap. Tahap pertama ialah pada tahun 1963 hingga 1965, manakala tahap kedua ialah pada tahun 1966 hingga 1970 dan tahap ketiga ialah pada tahun 1971 hingga 1975. Maka sehingga sekarang berkembangnya pengambilan tenaga pengajar untuk melatih guru-guru berkemahiran teknikal dan vokasional sehingga program DPLI bagi sekolah menengah dan KPLI bagi sekolah rendah telah dibuka untuk menampung keperluan guru berkemahiran di setiap sekolah (Mak Soon Sang, 2002).

Program KPLI telah diperkenalkan sejak Januari 2003 oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) di maktab-maktab perguruan yang kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru (IPG). Antara pengkhususan yang ditawarkan pada waktu tersebut ialah Pengajian Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Matematik, Sains, Pendidikan Pra Sekolah, Bimbingan dan

4  

Kunseling, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup (KPM, 2002).

Tempoh pengajian bagi program DPLI dan KPLI adalah ditetapkan selama 10 bulan (KPM, 2003). Di samping mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kuliah, pelajar-pelajar ini juga perlu menjalani aktiviti kokurikulum sebagai sebahagian daripada kurikulum kursus. Struktur dan komponen kursus yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran KPLI menetapkan pelajar-pelajar wajib menjalani latihan mengajar selama 12 minggu di sekolah rendah yang terpilih.

Jadual 1.1 : Pecahan Tempoh Pengajian Program KPLI dan DPLI Pecahan Pengajian Program KPLI dan DPLI Pengajian Semester Pertama Peperiksaan Akhir Semester Pertama Cuti Antara Semester Pengajian Semester Kedua Peperiksaan Akhir Semester Kedua Cuti Sebelum Latihan Mengajar Latihan Mengajar Jumlah

Tempoh Pengajian 12 Minggu 1 Minggu 1 Minggu 12 Minggu 1 Minggu 1 Minggu 12 Minggu 40 Minggu

Sumber : Universiti Putra Malaysia, 2010

Program DPLI pula ditawarkan kepada pelajar-pelajar lepasan ijazah yang melanjutkan pelajaran pada peringkat diploma pendidikan. Setelah tamat pengajian, mereka akan mengajar di sekolah-sekolah menengah harian, sekolah teknik dan vokasional. Antara kursus-kursus DPLI yang ditawarkan oleh KPTM adalah seperti dalam Jadual 1.2.

5  

Jadual 1.2 : Kursus-Kursus Program DPLI Yang Ditawarkan Oleh IPTA Bidang Pengkhususan Pendidikan Sains Dan Sastera Kursus Yang Ditawar Dalam Program IPTA Yang Menawarkan Program DPLI DPLI Pendidikan Jasmani Kaunseling ‘Teaching English as a Second Language’ Universiti Malaya (UM) (TESL) Universiti Sains Malaysia (USM) Sains Komputer Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Perdagangan/Perniagaan Universiti Putra Malaysia (UPM) Muzik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Seni Visual Universiti Utara Malaysia (UUM) Sejarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Geografi (UIAM) Pendidikan Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) Perdagangan/Keusahawanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Pendidikan Moral Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bahasa Antarabangsa Bahasa Arab Universiti Tun Hussin Onn (UTHM) Bahasa Cina Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Pengajian Am Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) Kesusasteraan Cina Sivik dan Kewarganegaraan Pendidikan Khas Bidang Pengkhususan Pendidikan Teknik Dan Vokasional (PTV) Kursus Yang Ditawar Dalam Program IPTA Yang Menawarkan Program DPLI DPLI Elektrik dan elektronik Amalan Bengkel Mesin Kimpalan Automotif Penyejukan Penyaman Udara UTM Binaan Bangunan UTHM Ekonomi Rumah Tangga (ERT) UPSI Sains Pertanian (SP) UPM Kemahiran Teknikal Perdagangan dan Keusahawanan Tanaman Masakan Lukisan Kejuruteraan

Sumber : KPTM, 2010

Statistik kemasukan pelajar-pelajar DPLI program ERT dan SP ke UPM semakin bertambah dari setahun ke setahun. Ini dibuktikan dengan senarai data

6  

kemasukan Januari 2009 iaitu seramai 27 orang pelajar ERT dan 62 orang pelajar SP. Ambilan Julai 2009 pula seramai 45 orang pelajar ERT dan 40 orang pelajar SP. Bagi ambilan Julai 2010 pula adalah seramai 61 orang pelajar ERT dan 43 orang pelajar SP (Buku Panduan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM, 2010) (rujuk Jadual 1.3).

Jadual 1.3 : Statistik Pendaftaran Pelajar-Pelajar DPLI Pengkhususan ERT Dan SP Di UPM Tahun Pendaftaran Pelajar DPLI Pengkhususan ERT/SP Januari 2009 Julai 2009 Julai 2010 Jumlah Keseluruhan

Statistik Pendaftaran Pelajar Mengikut Kursus ERT SP 27 62 45 40 61 43 133 145

Jumlah 89 85 104 278

Sumber : UPM, 2010

1.2

Latar Belakang Masalah

Buku Panduan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM 2009/2010, menggariskan tiga matlamat program DPLI iaitu untuk melahirkan guru yang : a)

mempunyai pengetahuan dan kemahiran professional dalam bidang pendidikan

b)

mampu mengajar dan mengurus mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah

c)

mempunyai keupayaan sebagai pemimpin intruksional

Bagi mencapai matlamat di atas, kurikulum program DPLI telah dirangka merangkumi lima komponen kursus dengan pemberatan sejumlah 40 kredit yang diperlukan untuk bergraduat dalam tempoh pengajian selama 10 bulan (rujuk Jadual 1.4).

7  

Jadual 1.4 : Komponen Kursus Bagi Kurikulum Program DPLI Komponen Kursus Ikhtisas Pendidikan Kaedah Mengajar Pengajaran Mikro Kursus Tumpuan Kedua (Berdasarkan pengkhususan PTV) a. Pengurusan Makanan I Pengkhususan b. Pengurusan Pakaian II ERT c. Kemahiran Manipulatif I d. Pengajaran Praktik Sains Pertanian Pengkhususan e. Pengantar Pendidikan Teknik Dan Vokasional SP f. Kemahiran Manipulatif I 5) Latihan Mengajar Jumlah 1) 2) 3) 4)

Kredit 17 4 2

9

8 40

Sumber : UPM, 2010

Komponen kursus ikhtisas pendidikan adalah teras dalam merealisasikan matlamat program DPLI bersama kursus-kursus kemahiran dalam PTV yang difokuskan pada semester pertama sahaja. Sembilan kredit diperuntukkan untuk pelajar-pelajar DPLI ini bagi menguasai kursus tumpuan kedua iaitu dalam bidang pengkhususan masing-masing. Ini berbeza dengan penawaran kursus kepada pelajarpelajar program perdana ERT di mana mereka diwajibkan mengikuti 16 kursus iaitu sebanyak 43 kredit. Manakala pelajar-pelajar program perdana SP diwajibkan mengikuti 18 kursus iaitu sebanyak 50 kredit (Buku Panduan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM, 2010).

Selain mengikuti kursus yang disenaraikan dalam kurikulum, pelajar DPLI juga diwajibkan mengikuti aktiviti Bina Insan yang akan dikendalikan selama seminggu. Tujuan aktiviti ini ialah untuk mendedahkan pelajar-pelajar tersebut kepada pelbagai kemahiran insaniah (KPTM, 2010).

Jadual waktu pembelajaran bagi pelajar-pelajar DPLI di setiap lokasi kajian didapati agak padat sepanjang dua semester. Pada semester pertama, mereka mengikuti agihan kursus mengikut pengkhususan samada ERT atau SP (rujuk Jadual 1.5).

8  

Jadual 1.5 : Agihan Kursus Mengikut Semester Bagi Program DPLI/ERT Dan DPLI/SP Program

ERT

SP

Semester 1 Kursus Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia. Aplikasi Psikologi dalam Pendidikan Sekolah dan Ikhtisas Pendidikan Masyarakat Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan Pengurusan dan Pengelolaan Kokurikulum Pengurusan Makanan I Pengurusan Tumpuan Pakaian II Kedua Kemahiran Manipulatif I Jumlah Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia. Aplikasi Psikologi dalam Pendidikan Sekolah dan Ikhtisas Pendidikan Masyarakat Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan Pengurusan dan Pengelolaan Kokurikulum Kemahiran Manipulatif I Pengajaran Praktik Tumpuan Sains Pertanian Kedua Pengantar Pendidikan Teknik Dan Vokasional Jumlah

Sumber : UPM, 2010

Kredit

Semester 2 Kursus

2 (2+0)

Kredit

Penaksiran Pembelajaran

3 (2+1)

Kajian Tindakan dalam Pendidikan

3 (2+1)

Kaedah Mengajar

4 (4+0)

2 (2+0) 2 (2+0)

Ikhtisas Pendidikan

3 (2+1)

2 (1+1) 3 (2+1) 3 (2+1)

Pengajaran Mikro

2 (0+2)

Jumlah

12

3 (2+1) 20 2 (2+0)

Penaksiran Pembelajaran

3 (2+1)

Kajian Tindakan dalam Pendidikan

3 (2+1)

Kaedah Mengajar

4 (4+0)

2 (2+0) 2 (2+0) Ikhtisas Pendidikan 3 (2+1)

2 (1+1) 3 (2+1) 3 (2+1)

Pengajaran Mikro

2 (0+2)

Jumlah

12

3 (3+0) 20

9  

Kursus-kursus tumpuan kedua merupakan subjek-subjek pengkhususan bagi program DPLI. Jadual 1.5 membuktikan, hanya tiga kursus asas dalam kursus tumpuan kedua iaitu Pengurusan Makanan I, Pengurusan Pakaian II dan Kemahiran Manipulatif yang wajib dipelajari oleh pelajar-pelajar DPLI program ERT. Manakala pelajar-pelajar DPLI program SP wajib mempelajari hanya tiga kursus tumpuan kedua iaitu Kemahiran Manipulatif I, Pengajaran Praktik Sains Pertanian dan Pengantar Pendidikan Teknik dan Vokasional. Kursus-kursus tumpuan kedua tersebut turut dipelajari oleh pelajar-pelajar program perdana ERT dan SP hanya pada tahun pertama sahaja (rujuk Jadual 1.6). Keadaan ini jelas menggambarkan penguasaan tahap kemahiran teknikal pelajar-pelajar DPLI hanya pada pengetahuan asas bagi setiap pengkhususan mereka.

Jadual 1.6 : Kursus-Kursus Tumpuan Kedua Bagi Program Perdana ERT Dan SP

5

Program ERT Kursus Asas Keusahawan Pertanian Dan Manusia Asas Anatomi Dan Fisiologi Pengajaran Pengurusan Keluarga Prinsip Pemakanan Manusia

6

Pengenalan Sains Pengguna

3

7 8 9 10 11

Sains Dalam Penjagaan Rambut Kemahiran Manipulatif I Kemahiran Manipulatif II Pengurusan Makanan I Kosmetologi

2 3 3 3 2

12

Kemahiran Manipulatif III

3

13 14

Pengurusan Pakaian I Pengurusan Makanan II Pengurusan Makmal Sains Rumah Tangga Pengurusan Pakaian II Perkhidmatan Makanan Kaedah Mengajar Sains Rumah Tangga Pengurusan Pakaian III Jumlah

3 3

Bil. 1 2 3 4

15 16 17 18 19

Sumber : UPM, 2010

Kredit 3 2 2 3 3

2 3 3 3 3 52

Program SP Kursus Pertanian Dan Manusia Asas Keusahawanan Pengajaran Praktik Sains Pertanian Pengantar Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Prinsip Ekonomi Botani Dan Fisiologi Tanaman Hortikultur Olerikultur Mekanisasi Pertanian Pengurusan Makmal Dan Bengkel Kemahiran Manipulatif I Kemahiran Manipulatif II Biodiversiti Organisma Dan Pemuliharaan Kemahiran Manipulatif III Pengenalan Perlindungan Tumbuhan Pengajaran Pengurusan Agrateknologi Hortikultur Hiasan Sains Tanah Asas Prinsip-Prinsip Pengeluaran Ternakan Kaedah Mengajar Sains Pertanian Jumlah

Kredit 2 2 3 3 3 4 3 3 2 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 55

10  

Berdasarkan Jadual 1.5 didapati pelajar-pelajar DPLI pada semester kedua memerlukan 12 kredit untuk menguasai kursus ikhtisas pendidikan dan pengajaran mikro. Hanya 8 kursus ikhtisas pendidikan yang wajib dipelajari sepanjang semester satu dan dua. Jumlah kursus ikhtisas pendidikan bagi pelajar-pelajar DPLI menunjukkan perbezaan sebanyak 39 kredit berbanding 13 kursus ikhtisas pendidikan telah diambil oleh pelajar-pelajar program perdana, (rujuk Jadual 1.7).

Jadual 1.7 : Kursus-Kursus Ikhtisas Pendidikan Bagi Program Perdana ERT Dan SP Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

Kursus Kokurikulum Falsafah Dan Konsep Pendidikan Psikologi Pendidikan Kemahiran Berfikir Sosiologi Pendidikan Reka Bentuk Kurikulum Teknologi Pendidikan Pengujian Dan Penilaian Penyelidikan Dan Pendidikan Projek Ilmiah Tahun Akhir Etika Dan Profesionalisme Keguruan Latihan Mengajar Major Latihan Mengajar Tumpuan Kedua Jumlah

Kredit 3 2 3 2 2 2 3 3 3 6 2 4 4 39

Sumber : UPM, 2010

Jadual 1.6 dan Jadual 1.7 membuktikan pelajar-pelajar program perdana pengkhususan ERT dan SP mempunyai tempoh pengajian selama empat tahun dengan pengagihan kursus sebanyak 52 kredit bagi pengkhususan ERT dan 55 kredit bagi pengkhususan SP dalam kursus tumpuan kedua. Manakala kursus ikhtisas pendidikan, kaedah mengajar, pengajaran mikro dan latihan mengajar menetapkan syarat untuk lulus adalah sebanyak 39 kredit.

Berdasarkan syarat-syarat pengambilan pelajar-pelajar DPLI yang ingin mengikuti pengkhususan SP dan ERT, mereka dikehendaki memiliki Ijazah Sarjana

11  

Muda dengan Kepujian dalam mana-mana satu bidang pengkhususan dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh kerajaan dan diluluskan oleh Senat Universiti (KPTM, 2010). Antara bidang-bidang pengkhususan pelajar-pelajar DPLI pada peringkat Sarjana Muda yang kini berjaya mengikuti kursus ERT ialah Sains Makanan, Teknologi Makanan, Perkhidmatan Makanan, Pembangunan Manusia dan Pengurusan Sumber Manusia. Manakala pelajar-pelajar DPLI bagi kursus SP, mereka dipilih berdasarkan bidang pengkhususan pada peringkat Sarjana Muda Sains Perhutanan, Sains Pertanian, Sains Hortikultur, Sains Biologi dan Sains Bioindustri.

Walaubagaimanapun, bidang-bidang pengkhususan pelajar-pelajar DPLI pada peringkat Sarjana Muda kurang mempunyai perkaitan dengan kursus-kursus teknikal dan lazimnya langsung tidak mempelajari kursus-kursus ikhtisas pendidikan yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar DPLI sepertimana yang telah ditunjukkan dalam Jadual 1.4. Berdasarkan Jadual 1.5, jelas membuktikan terdapat 10 kursus ikhtisas pendidikan yang wajib dipelajari bagi semua pelajar-pelajar DPLI, manakala hanya terdapat 3 kursus tumpuan kedua yang perlu dipelajari oleh pelajar-pelajar DPLI pengkhususan SP dan ERT.

Dapat disimpulkan bahawa penekanan banyak diberikan kepada kursus-kursus ikhtisas pendidikan untuk membolehkan pelajar-pelajar menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran. Kursus-kursus tumpuan kedua kurang diberi penekanan, walaupun ianya amat penting bagi melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran kandungan kursus pendidikan teknikal yang menjadi opsyen utama. Berdasarkan latar belakang pendidikan pelajar-pelajar DPLI yang berlainan pengkhususan pada peringkat Ijazah Sarjana Muda, maka penguasaan mereka terhadap kursus-kursus ikhtisas pendidikan dan kursus-kursus tumpuan kedua memberikan kesan kepada keputusan peperiksaan akhir yang kurang membanggakan seperti mana yang dapat dibuktikan dalam Jadual 1.8, 1.9 dan 1.10.

12  

Jadual 1.8, 1.9 dan 1.10 menunjukkan ringkasan keputusan peperiksaan akhir semester satu dan semester dua bagi pelajar-pelajar DPLI ambilan Julai 2009. Seramai 85 orang pelajar mengambil program DPLI di mana terdapat 40 orang pelajar mengambil pengkhususan SP sementara 45 orang pelajar lagi mengikuti pengkhususan ERT.

Jadual 1.8 : Ringkasan Keputusan Peperiksaan Kursus Ikhtisah Pendidikan Bagi Pelajar DPLI Program SP dan ERT semester pertama sesi 2009/2010 Kursus Ikhtisas Pendidikan Gred

A+ A AB+ B BC+ C CF Jumlah

Sekolah Dan Masyarakat 0 6 13 30 27 6 2 1 0 0 85

Sumber : UPM, 2010

Teknologi Dan Inovasi Dalam Pendidikan 0 0 5 19 24 18 13 5 1 0 85

Pengurusan Dan Pengelolaan Kokurikulum 0 39 35 8 3 0 0 0 0 0 85

Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Malaysia 0 5 11 19 26 23 1 0 0 0 85

Aplikasi Psikologi Dalam Pendidikan 0 3 12 16 31 11 12 0 0 0 85

13  

Jadual 1.9 : Ringkasan Keputusan Peperiksaan Kursus Pendidikan Teknikal (Tumpuan Kedua) Bagi Pelajar DPLI Program SP dan ERT semester pertama sesi 2009/2010 Kursus Pendidikan Teknikal (Tumpuan Kedua) SP ERT Pengantar Pengajaran Kemahiran Pendidikan Pengurusan Pengurusan Praktik Sains Manipulatif I Teknik Dan Pakaian II Makanan I Pertanian Vokasional 0 0 0 0 0 11 4 11 5 2 30 18 25 11 11 27 9 4 6 13 14 7 0 9 10 3 2 0 9 6 0 0 0 2 3 0 0 0 2 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 85 40 40 45 45

SP Dan ERT Gred

A+ A AB+ B BC+ C CF Jumlah

Sumber : UPM, 2010

Jadual 1.10 : Ringkasan Keputusan Peperiksaan Kursus Ikhtisas Pendidikan Bagi Pelajar DPLI Program SP dan ERT semester kedua 2009/2010 Gred A+ A AB+ B BC+ C CF Jumlah

Penaksiran Pembelajaran 0 2 9 24 30 17 2 1 0 0 85

Sumber : UPM, 2010

Kursus Ikhtisas Pendidikan Kajian Tindakan Kaedah Pengajaran Dalam Pendidikan Mengajar Mikro 0 0 0 2 14 38 29 21 29 29 23 12 23 16 6 2 11 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 85 85 85

14  

Jadual 1.8, 1.9 dan 1.10 menunjukkan pelajar-pelajar DPLI tidak berjaya mendapatkan gred A+ dalam kursus ikhtisas pendidikan dan kursus pendidikan teknikal (tumpuan kedua). Jadual tersebut juga jelas menunjukkan masih ada segelintir pelajarpelajar DPLI yang mendapat gred C dalam kursus ikhtisas pendidikan dan kursus pendidikan teknikal (tumpuan kedua). Keadaan ini akan mendorong IPTA melahirkan guru-guru pelatih DPLI yang kurang berkeyakinan, kurang kemahiran mengajar (pedagogi), kurang menguasai bidang pengkhususan dan kurang mahir dalam komunikasi (Akhbar Utusan Malaysia, 31 Oktober 2004).

Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan daripada Jadual 1.8, 1.9 dan 1.10, didapati pencapaian akademik pelajar-pelajar DPLI mempunyai perkaitan antara subjek pengkhususan ERT dan SP dengan jurusan pengkhususan peringkat Sarjana Muda yang telah diikuti oleh mereka seperti mana dalam Jadual 1.11 dan 1.12:

Jadual 1.11 : Ringkasan Keputusan Peperiksaan Akhir Bagi Pelajar DPLI Program SP sesi 2009/2010 Mengikut Jurusan Pengkhususan Peringkat Sarjana Muda Jurusan Pengkhususan Pelajar DPLI Pada Peringkat Sarjana Muda Sains Perhutanan Sains Pertanian Sains Hortikultur Sains Biologi Sains Bioindustri

Sumber : UPM, 2010

Keputusan Peperiksaan Akhir Bagi Kursus DPLI Pengkhususan SP Pengajaran Praktik Sains Pertanian A 2 A2 A 2 A 0 A 0

B2 B 0 B 0 B+ 1 B 1

15  

Jadual 1.11 menunjukkan ringkasan keputusan peperiksaan bagi kursus SP, bagi pelajar-pelajar DPLI pengkhususan SP pada sesi 2009/2010. Keputusan peperiksaan menunjukkan kursus pengajaran Praktik Sains Pertanian dapat dikuasai dengan baik oleh pelajar-pelajar yang telah mengikuti jurusan Sains Perhutanan, Sains Pertanian dan Sains Hortikultur pada peringkat Sarjana Muda. Keadaan ini adalah kerana, pelajarpelajar tersebut sudah mempelajari secara mendalam mengenai asas sains pertanian sehingga membolehkan mereka menguasai kursus pengajaran praktik sains pertanian. Jadual juga menunjukkan bahawa keputusan peperiksaan pelajar-pelajar jurusan Sains Biologi dan Sains Bioindustri kurang memberangsangkan dalam menguasai kursus ini kerana bidang pengkhususan yang diambil pada peringkat sarjana muda tidak berkaitan dengan silibus pengkhususan SP.

Jadual 1.12 : Ringkasan Keputusan Peperiksaan Akhir Bagi Pelajar DPLI Program ERT sesi 2009/2010 Mengikut Jurusan Pengkhususan Peringkat Sarjana Muda Jurusan Pengkhususan Pelajar DPLI Pada Peringkat Sarjana Muda Pembangunan Manusia Pengurusan Sumber Manusia Teknologi Makanan Sains Makanan Perkhidmatan Makanan

Keputusan Peperiksaan Akhir Bagi Kursus DPLI Pengkhususan ERT Makanan I A 0 A 0 A1 A 2 A2

C+ 3 B1 B 0 B 0 B 0

Sumber : UPM, 2010

Jadual 1.12 menunjukkan pelajar-pelajar yang mengambil jurusan Teknologi Makanan, Sains Makanan dan Perkhidmatan Makanan pada peringkat Sarjana Muda, berupaya menguasai dengan baik kursus Makanan I yang diwajibkan untuk pelajarpelajar

DPLI

pengkhususan

ERT.

Berbeza

dengan

pelajar-pelajar

jurusan

16  

Pembangunan Manusia dan Pengurusan Sumber Manusia, di mana mereka hampir tidak dapat menguasai kursus Makanan I seperti mana yang ditunjukkan dalam Jadual 1.12 di atas kerana pengkhususan yang diambil tidak berkaitan dengan jurusan peringkat Sarjana Muda masing-masing.

Kesimpulannya, pelajar-pelajar DPLI hanya berjaya menguasai dengan baik kursus-kursus pengkhususan DPLI yang berkaitan dengan pengkhususan mereka semasa mengikuti Ijazah Sarjana Muda sahaja. Keadaan ini turut menggambarkan bahawa kursus-kursus pendidikan yang lain kurang dikuasai dengan cemerlang seperti mana dalam Jadual 1.8, 1.9 dan 1.10 yang menunjukkan masih lagi terdapat sebilangan pelajar yang memperolehi gred B-, C+, C dan juga C-.

1.3

Penyataan Masalah

Isu pengajaran guru-guru DPLI yang kurang berkesan di sekolah akibat tempoh pengajian yang singkat untuk mereka menguasai kursus yang diambil telah dipertikaikan (Akhbar Utusan Malaysia, 31 Oktober 2004). Masalah ini dikaitkan dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh IPTA terhadap silibus-silibus program DPLI, di mana mereka hanya mengikuti 3 kursus asas kemahiran teknikal, 7 kursus ikhtisas pendidikan, kaedah mengajar dan pengajaran mikro selama 2 semester berbanding pelajar-pelajar perdana yang lain. Satu semester lagi, mereka akan ditempatkan di sekolah-sekolah menengah untuk menjalani latihan mengajar. Tempoh pengajian selama 10 bulan, telah membuktikan pelajar-pelajar DPLI pengkhususan ERT dan SP gagal mencapai gred A+ dalam kursus pendidikan teknikal dan kursus ikhtisas pendidikan (UPM, 2010). Keadaan ini mendorong pelajar menjadi kurang berkeyakinan

17  

untuk mengajar sekiranya mereka tidak dapat menguasai dengan baik pengetahuan teori dan amali dalam pengkhususan yang diambil (Mohd Shukri, 1999). Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesesuaian tempoh pengajian program DPLI terhadap penguasaan kursus pendidikan teknikal dan kursus ikhtisas pendidikan di universiti tempatan Malaysia. Krusus-krusus PTV seperti program ERT dan SP merupakan bidang pendidikan yang memerlukan kemahiran khusus yang diiktiraf. Dalam kajian ini terdapat empat pembolehubah yang dikaji iaitu penguasaan kursus pendidikan teknikal, kemahiran dalam bidang ikhtisas pendidikan, keyakinan pelajar DPLI untuk mengajar dan tempoh pengajian program DPLI. Kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan Sains dan Teknikal, UPM dan Fakulti Seni dan Muzik di UPSI. Sampel kajian terdiri daripada pelajar-pelajar DPLI bagi pengkhususan ERT dan SP iaitu seramai 104 orang di UPM dan 33 orang di UPSI.

1.4

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti: a. tahap kesesuaian program DPLI pendidikan teknikal berdasarkan 10 bulan tempoh pengajian b. tahap penguasaan kemahiran pelajar-pelajar DPLI dalam kursus ikhtisas pendidikan c. tahap penguasaan kemahiran pelajar-pelajar DPLI dalam kursus pendidikan teknikal d. tahap keyakinan pelajar-pelajar DPLI dalam kursus pendidikan teknikal untuk mengajar

18  

1.5

Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang menjadi asas kepada penyelidikan ini boleh dibahagikan kepada empat aspek iaitu: a. apakah tahap kesesuaian program DPLI pendidikan teknikal berdasarkan 10 bulan tempoh pengajian? b. apakah tahap penguasaan kemahiran pelajar-pelajar DPLI dalam kursus ikhtisas pendidikan? c. apakah tahap penguasaan kemahiran pelajar-pelajar DPLI dalam kursus pendidikan teknikal? d. apakah tahap keyakinan pelajar-pelajar DPLI dalam kursus pendidikan teknikal untuk mengajar?