Persepsi Pelajar Prasiswazah Terhadap Kebolehpasaran

78 in the northern region of Peninsular Malaysia. A total of 723 respondents from Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM) and...

0 downloads 20 Views 939KB Size
77

Jurnal Personalia Pelajar 16 (2013): 77-92

Persepsi Pelajar Prasiswazah Terhadap Kebolehpasaran Graduan dan Persaingan dalam Pasaran Pekerjaan (The Perception of Undergraduates’ Student Towards the Marketability of Graduate and Competition in the Job Market) NOORIAH YUSOF, ZAKIAH JAMALUDDIN & NORAIN MAT LAZIM ABSTRAK Masalah pengangguran dalam kalangan siswazah bukanlah merupakan satu isu yang baru. Isu ini telah menarik minat banyak penyelidik untuk meneliti dan mengenalpasti punca sebenar yang membawa kepada masalah pengangguran siswazah di negara ini. Sebahagian besar daripada kajian merujuk kepada kurangnya kelebihan dari segi kebolehpasaran dan kebolehkerjaan yang dimiliki oleh graduan sebagai faktor penting dalam menjelaskan masalah pengangguran ini. Rata-rata kajian mendapati wujudnya ketidakselarasan di antara kualiti graduan dengan keperluan pasaran buruh khususnya dari segi kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh siswazah di negara ini. Peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah semakin mendapat perhatian khususnya di negara membangun termasuk Malaysia kerana masalah ini boleh memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi dan peralihan ke arah ekonomi berasaskan berpengetahuan. Rentetan daripada masalah sumber buruh pada awal tahun 1992 telah membuka lembaran baru dalam polisi pembangunan sumber manusia di negara ini. Bermula dengan pengurangan tempoh pengajian daripada empat tahun kepada tiga tahun bagi mempercepatkan pengeluaran tenaga kerja sehinggalah kepada peningkatan besar dalam bilangan institusi pengajian tinggi serta liberalisasi dalam sektor pendidikan yang membenarkan kemasukan cawangan asing universiti luar negara, telah memberi impak yang besar terhadap pasaran buruh siswazah. Objektif utama artikel ini adalah untuk meneliti persepsi pelajar prasiswazah terhadap isu kebolehpasaran gradúan dan persaingan yang wujud dalam pasaran pekerjaan. Perbincangan adalah berdasarkan kepada hasil penyelidikan yang melibatkan beberapa universiti terpilih di wilayah utara Semenanjung Malaysia. Seramai 724 responden daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terlibat dalam kajian ini. Fokus perbincangan adalah untuk meneliti pandangan pelajar terhadap faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tahap kebolehpasaran dan kelebihan daya saing meraka dalam pasaran pekerjaan apabila tamat pengajian nanti. Kata kunci: pasaran buruh siswazah, kebolehpasaran, persaingan pekerjaan, pelajar prasiswazah ABSTRACT The unemployment problem among graduates is not a new issue. This issue has attracted the interest of many researchers to examine and identify the real causes that led to the unemployment problems of graduates in the country. Most of the study refers to the lack of advantage in terms of marketability and employability that possessed by graduate as important factor in explaining unemployment problem. Generally, studies have shown that there is mismatch between the quality of graduates with the needs of the labour market, especially in terms of skills and knowledge of graduates in the country. Rising of unemployment among graduates is gaining attention, especially in developing countries, including Malaysia, as this problem may affect the economic growth and the transition towards a knowledge-based economy. As a result of labour resources problems in early 1992 has led to major changes in the policy on human resources development in the country. Beginning with the reduction of the period of study from four years to three years to accelerating the production of workforce to the surge in the number of institutions of higher learning as well as the liberalization of the education sector which allows the entry of foreign branches of foreign universities, have a large impact on the labour market of graduates. The main objective of this article is to examine the perception of undergraduate students on employability and competition that exists in the job market. The discussion is based on the results of research involving some selected university

78

in the northern region of Peninsular Malaysia. A total of 723 respondents from Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM) and Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) involved in this study. The focus of the discussion is to examine undergraduates’ student perception of the factors which can influence the level of their marketability and competitive advantage in the job market when they graduate. Keywords: graduate labour market, marketability, job competition, undergraduate students PENDAHULUAN Masalah pengangguran dan kesukaran mendapat pekerjaan dalam kalangan siswazah bukan merupakan satu isu yang baru. Pertambahan institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta bilangan pelajar yang memasuki pusat pengajian tinggi, telah meningkatkan lagi tekanan terhadap persaingan untuk mendapatkan pekerjaan dalam pasaran. Daripada segi pembangunan modal manusia, peningkatan bilangan institusi pengajian tinggi ini merupakan satu petunjuk yang positif kerana ianya dapat memberi peluang yang lebih besar kepada penduduk untuk mendapatkan pendidikan tertiari dan seterusnya meningkatkan akumulasi modal manusia dalam negara. Namun demikian, sekiranya peningkatkan bilangan graduan tidak disertai dengan peluang pekerjaan yang selaras dengan kelulusan dan bidang pengajian, ianya boleh menimbulkan tanggapan bahawa pendidikan tinggi di sesebuah negara itu kurang berjaya dalam menghasilkan tenaga kerja yang sepadan dengan keperluan pasaran. Ini merupakan dilema yang dihadapi oleh kebanyakan negara membangun termasuk Malaysia apabila peningkatan dalam bilangan pelajar berpendidikan tinggi tidak dapat memenuhi keperluan pasaran pekerjaan. Ketidakselarasan penawaran dan permintaan dalam pasaran buruh siswazah telah menimbulkan banyak isu bukan sahaja dari segi peranan institusi pengajian tinggi dan program pengajian yang ditawarkan tetapi juga dari segi kualiti graduan yang dilahirkan. Kesukaran memperoleh pekerjaan dan pengangguran siswazah dikatakan berkait rapat dengan kekurangan kemahiran kebolehpasaran dan kebolehkerjaan graduan yang memasuki pasaran buruh. Pembangunan dari segi kualiti graduan adalah sangat penting agar selaras dengan perubahan pesat dalam pasaran buruh dan pekerjaan. Artikel ini membincangkan persepsi pelajar prasiswazah terhadap isu kebolehpasaran graduan dan persaingan yang wujud dalam pasaran pekerjaan berdasarkan kepada kajian di beberapa universiti terpilih di utara Semenanjung Malaysia. Perbincangan juga akan menyentuh pandangan pelajar prasiswazah terhadap faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tahap kebolehpasaran dan kelebihan daya saing meraka dalam pasaran pekerjaan apabila tamat pengajian nanti.

PERKEMBANGAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DAN PASARAN BURUH SISWAZAH DI MALAYSIA Pengeluaran pelajar IPT di Malaysia secara keseluruhannya mencatatkan trend yang semakin meningkat. Pada tahun 2000, jumlah keseluruhan pelajar yang berjaya dihasilkan oleh IPT di Malaysia yang terdiri daripada IPTA, IPTS, Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR), politeknik dan kolej komuniti seramai 116,673 orang. Jumlah ini terus meningkat hampir setiap tahun. Data terakhir yang diperoleh pada tahun 2011 mencatatkan jumlah pengeluaran pelajar seramai 198,625 orang (Kementerian Pengajian Tinggi, 2012). Merujuk Jadual 1, didapati sumbangan universiti utama Malaysia iaitu UM, USM, UKM, UPM dan UTM dari segi pengeluaran pelajar semakin merosot berbanding sumbangan pada awal penubuhannya dahulu. Ini berikutan munculnya universiti baru pada tahun-tahun 2000 yang menawarkan pelbagai bidang yang sangat diperlukan dalam ekonomi kontemporari seperti UNiMAP, UMP, UTeM dan beberapa lagi universiti baru yang lain. Walau bagaimanapun, secara keseluruhan sumbangan IPTA utama ini bagi tempoh 2005 hingga 2011 tetap besar berbanding IPT baru yang lain. UiTM sahaja menyumbang tidak kurang daripada 30 peratus graduan kepada pasaran buruh setiap tahun. Daripada jumlah pengeluaran pelajar yang berjaya dihasilkan oleh IPT sama ada universiti awam mahupun swasta di Malaysia pada tahun 2000 hingga 2010, didapati pelajar daripada bidang sastera lebih besar bilangannya berbanding pelajar daripada bidang sains dan teknikal. Walau bagaimanapun, pengeluaran pelajar dalam bidang teknikal di IPTA menunjukkan trend yang semakin meningkat (Rajah 1 dan 2). Ini berikutan strategi kerajaan untuk mengarusperdanakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional seperti yang ditekankan dalam RMK-10 bagi menyediakan alternatif untuk membolehkan individu merealisasikan potensi mereka sepenuhnya berdasarkan kecenderungan dan bakat masing-masing. Sehingga tahun 2010, bilangan pengeluaran pelajar bidang teknikal adalah seramai 28,171 orang. Pengambilan dalam institusi latihan teknikal dan vokasional awam meningkat sebanyak 1.5 peratus setahun berikutan pembinaan 10 buah institusi latihan kemahiran dan naik taraf 16 buah institusi sedia ada (Kerajaan Malaysia 2010).

3.7 7.7 1.7 3.3 2.2 0.5 31.3 1.4 2.9 0.6 0.1

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Universiti Utara Malaysia (UUM)

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Universiti Malaysia Pahang (UMP)

0.2

1.2

1.7

1.6

30.1

0.7

4.5

4.5

1.5

7.1

4.5

7.8

100.0

100.0

100.0

Sumber: Ubahsuai daripada Data Perangkaan Pengajian Tinggi Malaysia, 2005-2011. Malaysia. 2005 – 2011. Perangkaan Pengajian Tinggi Malaysia 2005 - 2010. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Jumlah

0.3

0.8

1.1

0.9

1.4

1.9

1.4

33.3

0.8

5.2

4.2

1.6

8.1

7.2

6.6

6.7

5.8

5.8

6.7

2010

100.0

0.4

0.4

1.0

1.0

0.9

1.3

2.3

1.5

33.4

0.6

4.1

3.8

1.5

7.5

6.3

7.1

7.2

6.5

6.9

6.8

2009

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

1.5

0.7

0.9

1.3

2.1

1.7

29.0

0.3

4.4

3.5

1.7

4.3

7.6

9.7

8.4

7.1

7.4

7.7

2008

-

100.0

0.7

0.8

1.6

1.8

1.8

29.0

0.7

4.4

4.9

1.8

5.0

4.4

9.8

9.3

8.0

8.4

7.6

2007

Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

100.0

7.8

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

8.7

0.8

13.0

Universiti Putra Malaysia (UPM)

8.0

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

8.6

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

8.7

0.1

7.3

Universiti Sains Malaysia (USM)

8.3

2006

Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)

7.8

2005

Universiti Malaya (UM)

Universiti

JADUAL 1. Peratusan pengeluaran pelajar mengikut IPTA di Malaysia, 2005 -2011

0.7

0.3

1.1

1.2

0.9

1.4

2.2

1.7

36.7

1.6

4.1

3.5

1.5

7.7

4.1

5.0

6.7

6.5

5.7

7.5

2011

100.0

0.3

0.04

0.8

0.7

0.7

1.3

2.1

1.6

32.1

0.8

4.2

3.9

1.6

6.8

5.5

7.6

8.3

7.1

7.1

7.4

Jumlah

79

80

RMK-10 bagi menyediakan alternatif untuk membolehkan individu merealisasikan potensi mereka sepenuhnya berdasarkan kecenderungan dan bakat masing-masing. Sehingga tahun 2010, bilangan pengeluaran pelajar bidang teknikal adalah seramai 28,171 orang. Pengambilan dalam institusi latihan teknikal dan vokasional awam meningkat sebanyak 1.5 peratus setahun berikutan pembinaan 10 buah institusi latihan kemahiran dan naik taraf 16 buah institusi sedia ada (Kerajaan Malaysia 2010).

RAJAH 1: Pengeluaran di institut tinggi tinggi awamawam di Malaysia mengikut bidang, 2000 – 2010 RAJAH 1:pelajar Pengeluaran pelajar pengajian di institut pengajian di Malaysia mengikut bidang, 2000 – 2010

Sumber: Data Pelbagai Tahun Perangkaan Pengajian Tinggi, 2000 - 2010. Malaysia. 2000 –2010. Perangkaan Pengajian Tinggi Malaysia 2000 - 2010. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

RAJAH 2. Pengeluaran pelajar di Institut Pengajian Tinggi Swasta di Malaysia mengikut bidang,

RAJAH 2. Pengeluaran pelajar di Institut Pengajian Tinggi 2001 – 2010Swasta di Malaysia mengikut bidang, 2001 – 2010



 

Sumber: Data Pelbagai Tahun Perangkaan Pengajian Tinggi, 2000 - 2010. Malaysia. 2000 – 2010. Perangkaan Pengajian Tinggi Malaysia 2000 - 2010. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Sehingga kini terdapat 20 buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan 437 buah

institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Malaysia, 2011) telah Selain daripada Sehingga kini terdapat 20 buah institusi pengajian Finland (Kerajaan 2010). ditubuhkan untukbuah menyediakan buruh berkemahiran yang diperlukan dalamyang konteks tinggi awam (IPTA) dan 437 institusitenaga pengajian itu, dari segi kualiti, siswazah ada kebanyakannya ekonomi berasaskan pengetahuan. Peningkatan bilangan universiti di Malaysia telah membawa tinggi swasta (IPTS) (Kementerian Pengajian Tinggi tidak dapat memenuhi keperluan yang dikehendaki kepada lambakan siswazah dalam pasaran buruh. Dari segi kuantiti, berlaku peningkatan Malaysia, 2011) bilangan telah ditubuhkan untuk oleh industri. berdasarkan kajian siswazah saban tahunmenyediakan (Jadual 2). Walau bagaimanapun, didapatiIni hanyaterbukti sedikit komuniti yang mempunyaiyang taraf pendidikan peringkat berbanding mereka yang mempunyai taraf tenaga buruh berkemahiran diperlukan dalamtertiari kebolehpasaran siswazah yang mendapati kebanyakan peringkat menengahPeningkatan di Malaysia (Jadual 3). Hanya yang 23 peratus sahajadari daripada jumlahpengajian tinggi konteks ekonomipendidikan berasaskan pengetahuan. siswazah keluar institusi tenaga kerja di Malaysia yang mempunyai pendidikan tertiari berbanding kadar purata bagi bilangan universiti di Malaysia membawa kepada tidak berupaya untukiaitu memenuhi kehendak majikan dari negara Pertubuhantelah Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) 28 peratus dan lambakan siswazah dalam pasaran buruh. Dari segi (Kerajaan segi kemahiran insaniah dandaripada kebolehkerjaan. Menurut mencecah 35 peratus di Singapura dan Finland Malaysia, 2010). Selain itu, segi kualiti,bilangan siswazah siswazah yang ada kebanyakannya tidak dapat kekurangan memenuhi keperluan yangberserta rungutan kuantiti, berlakudari peningkatan saban MPEN (2010) kemahiran dikehendaki oleh industri. Ini terbukti berdasarkan kajian kebolehpasaran siswazah yang tahun (Jadual 2).mendapati Walau bagaimanapun, didapati hanya tentang kurangnya kreativiti dan kemahiran berbahasa kebanyakan siswazah yang keluar dari institusi pengajian tinggi tidak berupaya untuk sedikit komunitimemenuhi yang mempunyai tarafdaripendidikan secara konsistennya adalah kehendak majikan segi kemahiran Inggeris insaniah dan kebolehkerjaan. Menurut MPEN rintangan utama kekurangan kemahiran rungutan yang tentang kurangnya kreativiti dan kemahiran peringkat tertiari(2010) berbanding mereka yang berserta mempunyai dihadapi oleh firma (MPEN, 2010). Isu lambakan Inggeris secara konsistennya adalah siswazah rintangan utama dihadapi firma taraf pendidikanberbahasa peringkat menengah di Malaysia dalamyang pasaran buruholeh bukan sahaja disebabkan (MPEN, 2010). Isu lambakan siswazah dalam pasaran buruh bukan sahaja disebabkan oleh (Jadual 3). Hanya 23 siswazah peratus kekurangan sahaja daripada jumlah oleh faktordansiswazah kekurangan dari segi kemahiran faktor dari segi kemahiran insaniah kebolehkerjaan, tetapi turut tenaga kerja di Malaysia yang mempunyai pendidikan dan banyak kebolehkerjaan, tetapi berkaitan dengan struktur guna tenaga di negara insaniah ini yang lebih tertumpu dalam jenis turut berkaitan pekerjaan yang tidak memerlukan lulusan di peringkat tertiari. tertiari berbanding kadar purata bagi negara Pertubuhan dengan struktur guna tenaga di negara ini yang lebih Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) iaitu banyak tertumpu dalam jenis pekerjaan yang tidak JADUAL 2. Penawaran dan permintaan dalam pasaran buruh di Malaysia, 2002 – Jun 2012 28 peratus dan mencecah 35 peratus di Singapura dan memerlukan lulusan di peringkat tertiari. Tahun

 

Penawaran Pengeluaran Pelajar Peringkat Ijazah

Bil. Tenaga Buruh

Permintaan Guna Tenaga (ribu)

Kadar Pengangguran



81

JADUAL 2. Penawaran dan permintaan dalam pasaran buruh di Malaysia, 2002 – Jun 2012 Penawaran Tahun

Permintaan

Pengeluaran Pelajar Peringkat Ijazah

Bil. Tenaga Buruh (ribu)

Guna Tenaga (ribu)

Kadar Pengangguran

Awam (ribu)

Swasta (ribu)

Jumlah (ribu)

2002

36.8

20.3

57.1

9,886.2

9,542.6

3.5

2003

50.2

17.8

68.0

10,239.6

9,869.7

3.6

2004

43.8

18.4

62.2

10,346.2

9,979.5

3.5

2005

51.8

20.3

72.1

10,413.4

10,045.4

3.5

2006

55.5

27.2

82.7

10,628.9

10,275.4

3.3

2007

59.5

23.6

83.1

10,889.5

10,538.1

3.2

2008

59.8

26.6

86.4

11,028.1

10,659.6

3.3

2009

65.8

40.5

106.3

11,315.3

10,897.3

3.7

2010

66.4

80.6

147.0

11,517.2

11,102.6

3.4

2011

66.3

54.3

120.6

12,825.9

12,440.3

3.0

12,912.6

12,524.0

3.0

Sehingga Jun 2012

Sumber: Ubah Suai daripada Data Pelbagai Tahun Perangkaan Pengajian Tinggi dan Jabatan Perangkaan Malaysia. 2002 - 2012

JADUAL 3. Peratusan penduduk bekerja mengikut pencapaian pendidikan di Malaysia, 2002 – 2010 Tahun

Tiada Pendidikan Rasmi (%)

Rendah (%)

Menengah (%)

Tertiari (%)

2002

5.4

23.9

54.1

16.6

2003

4.8

22.7

55.0

17.5

2004

4.7

22.2

54.8

18.2

2005

4.6

20.9

55.4

19.0

2006

3.8

20.7

56.2

19.2

2007

4.0

19.6

56.2

20.1

2008

4.5

18.6

55.9

21.1

2009

3.9

17.6

55.1

23.4

2010

3.6

16.7

55.5

24.1

Sumber: Ubah Suai daripada Data Pelbagai Tahun Jabatan Perangkaan Malaysia, 2002-2010. Malaysia. 2011. Data Siri Masa Penyiasatan Tenaga Buruh, 1982-2010. Diakses pada 27 September 2011. Daripada http://www.statistics.gov.my.

Dalam tempoh 2000 hingga 2009, hanya 23.1 peratus sahaja guna tenaga dalam lulusan peringkat tertiari daripada kumpulan pekerjaan pegawai kanan dan pengurus, profesional dan juruteknik dan profesional bersekutu (Jadual 4). Keperluan pekerjaan baru untuk

lulusan ijazah juga adalah kecil. Ini adalah berdasarkan nisbah bilangan pekerjaan baru dengan bilangan pengeluaran pelajar yang dicatatkan pada tahun 2008 dan 2009 (Jadual 5).

82

JADUAL 4. Guna tenaga mengikut kumpulan pekerjaan utama, 1995 – 2009 Kumpulan Pekerjaan Utama

2000

2005

2006

2007

2008

2009

Pegawai Kanan dan Pengurus

639.9

871.6

903.9

832.1

810.4

906.4

Profesional

537.9

680.9

613.8

649.7

671.4

697.2

Juruteknik dan Profesional Bersekutu

1,112.9

1,430.5

1,417.2

1,515.9

1,620.7

1,650.1

Jumlah Guna Tenaga

9,274.6

10,894.8

11,159.0

11,398.0

11,576.5

11,620.5

Sumber: Rancangan Malaysia Kesembilan (2005-2010) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015).

JADUAL 5. Keperluan pekerjaan baru untuk lulusan ijazah dan pengeluaran pelajar ijazah, 2008-2009 Lulusan

Ijazah

2008 Bil. Pekerjaan

Output Graduan (IPTA & IPTS)

Nisbah Pekerjaan: Output Graduan

Bil. Pekerjaan

Output Graduan (IPTA & IPTS)

Nisbah Pekerjaan: Output Graduan

12,222

72,066

1:6

13,284

106,294

1:8

Sumber: Ubah suai data daripada Perangkaan Pengajian Tinggi dan Perangkaan Kementerian Sumber Manusia.

Kebelakangan ini isu kebolehpasaran siswazah telah kerap dibincangkan dan ia bukan merupakan satu isu yang baru. Siswazah merupakan tenaga buruh yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Namun, golongan ini sering kali terbelenggu dengan permasalahan yang berlaku dalam pasaran buruh seperti masalah pengangguran yang tinggi dalam kalangan mereka. Berdasarkan statistik, kadar pengangguran di negara ini meningkat saban tahun terutamanya bagi lepasan pengajian tinggi. Sehingga tahun 2009, kadar pengangguran di negara ini adalah pada kadar 3.7 peratus berbanding pada tahun 1996 yang hanya 2.5 peratus sahaja (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011). Peningkatan kadar pengangguran ini dikaitkan dengan pengeluaran pelajar dari institut pengajian tinggi yang semakin meningkat saban tahun berikutan pertambahan bilangan universiti sama ada awam mahupun swasta di negara ini. Bilangan pengeluaran pelajar dari institusi pengajian tinggi di Malaysia sehingga tahun 2009 adalah seramai 104,870 orang bagi pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) sementara bagi institut pengajian tinggi swasta (IPTS) seramai 97,333 orang (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2011). Bilangan ini adalah sangat besar berbanding tahun-tahun 1980-an dan 1990-an. Namun, pertumbuhan struktur guna tenaga di negara sangat perlahan dan tidak mampu untuk menampung bilangan graduan yang semakin meningkat. Tambahan pula, berdasarkan statistik Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia Malaysia, struktur guna

tenaga di negara ini lebih banyak menyediakan peluang pekerjaan dalam kumpulan pekerja pengeluaran dan berkaitan, operator peralatan pengangkutan dan buruh di mana statistik menunjukkan peningkatan yang besar bagi kumpulan pekerjaan ini setiap tahun. Walau bagaimanapun, kumpulan pekerjaan ini tidak memerlukan tingkat kelulusan yang tinggi. Ini menyebabkan para graduan tidak cenderung untuk memenuhi kekosongan jawatan dalam pekerjaan tersebut kerana mengambil kira aspek penawaran gaji dan kepuasan bekerja. Masalah pengangguran graduan yang semakin membimbangkan ini sangat berkaitan dengan aspek penawaran yang tidak selaras dengan permintaan dalam pasaran buruh siswazah. Ketidakselarasan yang berlaku ini dapat dilihat daripada aspek kuantitatif dan kualitatif. SENARIO TAHAP KEBOLEHPASARAN GRADUAN DI MALAYSIA Bilangan siswazah yang memasuki pasaran buruh semakin meningkat dari tahun ke tahun. Ini adalah berikutan bertambahnya bilangan institusi pengajian tinggi di negara ini yang menghasilkan bilangan siswazah yang semakin ramai saban tahun. Bilangan siswazah yang memasuki pasaran buruh pada tahun 1982 hanya 231,800 orang berbanding 2.10 juta orang pada tahun 2010. Trend yang sama dapat dilihat bagi guna tenaga siswazah yang meningkat daripada

83

228,100 orang kepada 2.03 juta orang dalam tempoh yang sama (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011). Kadar pengangguran yang dicatatkan juga sangat dipengaruhi oleh keadaan ekonomi semasa. Pada tahun 1987, berlaku kejatuhan ekonomi. Oleh itu, kadar pengangguran pada tahun tersebut mencatatkan kadar pengangguran yang tertinggi bagi tempoh tahun 1982 hingga tahun 2010 iaitu 5.0 peratus. Walau bagaimanapun, kadar pengangguran tersebut semakin menurun selepas keadaan ekonomi semakin pulih. Sehingga tahun 2010, kadar pengangguran siswazah mencatatkan angka 3.1 peratus iaitu mencatatkan kadar pengangguran yang lebih rendah berbanding tahuntahun sebelumnya (Jadual 6). Kadar pengangguran

siswazah mengikut sijil tertinggi pula dapat dilihat berdasarkan graf dalam Rajah 3. Berdasarkan data yang diperoleh dari Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pemegang ijazah lebih tinggi yang menganggur pada tahun-tahun 1980-an berbanding mereka yang mempunyai sijil diploma. Walau bagaimanapun, senario telah berubah pada tahun-tahun 2000 di mana mereka yang mempunyai sijil diploma lebih ramai yang menganggur berbanding mereka yang mempunyai sijil ijazah. Ini terjadi mungkin kerana permintaan pasaran pada masa kini lebih mengutamakan mereka yang mempunyai kelayakan akademik yang lebih tinggi berbanding permintaan pada awal tahun-tahun 1980-an dahulu.

JADUAL 6. Perangkaan Utama Tenaga Buruh Siswazah, Malaysia, 1982–2010 Tahun

Bilangan Tenaga Buruh (‘000)

Bilangan Bekerja (‘000)

Kadar Pengangguran (%)

1985

281.8

271.0

3.8

1990

391.6

382.5

2.3

1995

572.8

563.1

1.7

2000

1,039.2

1,006.4

3.2

2005

1,637.2

1,574.3

3.8

2010

2,096.1

2,030.6

3.1

Sumber: Penyiasatan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia 2011

RAJAH 3. Kadar pengangguran siswazah di Malaysia mengikut sijil tertinggi, 1985-2010 Sumber: Penyiasatan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia 2011

84

Kajian Pengesanan Graduan yang dilaksanakan oleh KPT sejak tahun 2006 boleh dijadikan petunjuk terhadap tahap kebolehpasaran graduan selepas mereka tamat pengajian. Kajian yang dijalankan dalam tempoh enam bulan selepas graduan memasuki pasaran pekerjaan menunjukkan peratusan yang agak besar graduan yang tidak mendapat pekerjaan sebaik tamat pengajian. Rata-rata universiti (Jadual 7) menunjukkan bahawa tidak kurang daripada 20% graduan mereka masih mengganggur kecuali UPSI. Walau bagaimanapun lima universiti utama Malaysia iaitu UM, USM,

UKM, UPM dan UTM, UKM menunjukkan trend pengangguran yang semakin menurun iaitu pada tahun 2006 tahap pengangguran adalah pada kadar 49.6 peratus dan menurun secara konsisten pada tahuntahun berikutnya sehingga mencatatkan kadar 29.9 peratus pada tahun 2010. Kesemua universiti tersebut kecuali UM mencatatkan kadar pengangguran kurang daripada 30.0 peratus pada tahun 2010 (Jadual 7). Sementara universiti baru seperti UniMAP dan UnisZA mencatatkan kadar pengangguran yang tinggi bagi tahun tersebut iaitu melebihi 50.0 peratus.

JADUAL 7. Kadar pengangguran siswazah ijazah pertama mengikut IPTA di Malaysia, 2006 -2010 (Peratus) IPTA

2006

2007

2008

2009

2010

UM

41.5

26.0

28.6

28.6

31.7

UKM

49.6

37.4

33.0

32.6

29.9

UPM

30.4

26.5

15.9

23.7

20.3

UIAM

31.7

22.0

18.2

22.3

23.7

UiTM

33.4

26.2

21.3

27.0

24.6

USM

34.7

25.6

23.7

24.8

25.3

UTM

22.1

28.9

19.6

23.0

20.6

UUM

52.1

38.3

29.5

35.1

32.6

UNIMAS

55.2

53.0

43.3

41.2

40.9

UMS

58.3

54.0

51.7

44.4

40.9

UPSI

1.6

3.2

3.4

3.9

4.9

UTHM

31.9

27.7

31.9

37.1

27.2

UMT

60.2

51.5

64.1

50.9

49.9

UTeM

49.4

45.8

33.5

29.2

35.8

USIM

56.2

45.8

32.2

58.6

48.0

UMP

31.7

16.8

19.6

36.4

33.6

UniMAP

67.9

55.7

44.7

49.9

54.9

64.0

58.6

29.1

27.6

UnisZA MALAYSIA

37.3

30.3

26.2

Sumber: Kajian Pengesanan Graduan IPT, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2011

Status pekerjaan graduan ijazah pertama bagi setiap IPTA di Malaysia pada tahun 2010 ditunjukkan dalam Jadual 8. Berdasarkan data tersebut UPSI didapati mempunyai peratusan graduan yang bekerja paling rendah iaitu sebanyak 17.2 peratus sahaja. Ini adalah kerana majoriti graduan dari universiti tersebut masih lagi menunggu penempatan iaitu sebanyak 77.6 peratus walaupun setelah lebih enam bulan bergraduasi. Secara keseluruhannya universiti utama di Malaysia

mencatatkan kadar graduan yang bekerja yang tinggi iaitu melebihi 50.0 peratus kecuali UM. Walaupun UM mencatatkan graduan yang bekerja kurang daripada 50.0 peratus, namun kebanyakan graduan tersebut masih lagi menunggu penempatan sementara yang lain melanjutkan pelajaran dan meningkatkan kemahiran iaitu masing-masing 14.6 peratus, 5.9 peratus dan 2.9 peratus.

85

JADUAL 8. Status pekerjaan graduan ijazah pertama bagi setiap IPTA di Malaysia, 2010 IPTA

Bekerja

Melanjutkan Pengajian

Meningkatkan Kemahiran

Menunggu Penempatan

UM

44.9

5.9

2.9

14.6

UKM

50.2

6.7

2.3

10.9

UPM

61.6

7.9

0.7

9.5

UIAM

53.5

8.2

10.3

4.3

UiTM

62.3

5.8

2.5

4.8

USM

51.1

7.3

1.0

15.3

UTM

56.8

11.4

1.4

9.8

UUM

56.0

1.6

2.4

7.4

UNIMAS

47.7

3.9

2.4

5.1

UMS

42.0

2.6

0.7

13.8

UPSI

17.2

0.2

0.1

77.6

UTHM

48.5

5.9

1.2

17.2

UMT

34.1

7.3

2.1

6.6

UTeM

48.8

5.0

3.9

6.5

USIM

45.0

1.4

2.7

2.9

UMP

57.3

2.7

1.6

4.8

UniMAP

28.8

9.5

2.2

4.6

UnisZA

23.5

9.0

0.9

8.0

UPNM

80.3

5.4

3.4

10.9

Sumber: Ubah Suai Data Kajian Pengesanan Graduan IPT Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2011

OBJEKTIF DAN METODOLOGI KAJIAN Perkembangan pendidikan tinggi di negara ini telah menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan. Bilangan institusi pendidikan tinggi telah bertambah dengan hebatnya, selain daripada kemunculan institusi pendidikan tinggi swasta yang turut memainkan peranan penting dalam peningkatan output gradúan di pasaran buruh. Namun demikian, peningkatan bilangan graduan dalam pasaran buruh telah menimbulkan isu yang lebih penting terutamanya isu pengangguran dan kebolehpasaran graduan. Objektif utama kertas kerja ini adalah untuk membincangkan persepsi pelajar prasiswazah di beberapa universiti terpilih di utara Semenanjung Malaysia iaitu USM, UUM dan UniMAP terhadap isu kebolehpasaran dan persaingan dalam pasaran pekerjaan apabila tamat pengajian nanti. Kajian ini melibatkan pengumpulan data primer daripada graduan tahun akhir di universitiuniversiti tersebut. Persampelan responden [pelajar prasiswazah] pada awalnya dibuat berdasarkan fakulti/ pusat pengajian menggunakan kaedah persampelan sistematik dalam mendapatkan bilangan responden yang mencukupi untuk keperluan kajian. Namun demikian,

saiz sampel yang ditentukan agak sukar dicapai kerana penyelidik bergantung kepada respons daripada pelajar untuk melengkapkan dan mengembalikan borang soalselidik yang diedarkan kepada mereka. Penyelidik menggunakan pelbagai kaedah untuk mengedar borang soal selidik iaitu melalui lawatan penyelidik ke kampus, melalui pihak desasiswa dan juga edaran melalui atas talian serta pos. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan SPSS dan ditunjukkan melalui jadual dan rajah dalam membincangkan hasil dapatan kajian. PERBINCANGAN HASIL DAPATAN KAJIAN Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh KPT terhadap tahap kebolehpasaran graduan dalam kalangan universiti yang terlibat dalam kajian ini, jelas menunjukkan trend yang tidak konsisten bagi tempoh tahun 2006-2010 (Rajah 4). USM dan UniMAP mencatatkan peratusan kebolehpasaran graduan yang lebih tinggi bagi tempoh sebelum tahun 2008 tetapi UUM menunjukkan trend yang sebaliknya. Sementara Rajah 5 pula menunjukkan peratusan graduan yang

86

tidak mendapat pekerjaan setelah enam bulan tamat pengajian mereka. Didapati bahawa walaupun peratusan graduan UUM yang mendapat kerja adalah lebih tinggi berbanding USM tetapi peratus yang tidak bekerja (UUM) juga adalah tinggi. Manakala peratusan graduan yang tidak bekerja dalam kalangan graduan UniMAP pula agak tinggi iaitu melebihi 50 peratus pada tahun

2010. Peratusan graduan USM yang tidak bekerja lebih rendah adalah disebabkan peratusan yang agak tinggi yang memilih melanjutkan pelajaran setelah tamat pengajian peringkat ijazah pertama. Analisis secara terperinci persepsi graduan dalam kalangan universiti kajian akan dibincangkan dalam bahagian seterusnya.

RAJAH graduanyang yangbekerja bekerjasetelah setelahtamat tamat pengajian di universiti kajian, 2006RAJAH 4. 4. Peratusan Peratusan graduan pengajian di universiti kajian, 20062010     2010 Sumber:Kajian KajianPengesanan PengesananGraduan, Graduan, KPT, data pelbagai tahun Sumber: KPT, data pelbagai tahun

RAJAH 5. Peratusan graduan yang tidak bekerja setelah tamat pengajian di universiti kajian, RAJAH 5. Peratusan graduan yang tidak2006-2010 bekerja setelah tamat pengajian di universiti kajian,     2006-2010 Sumber: Kajian Pengesanan Graduan, KPT, data pelbagai tahun. 

Sumber: Kajian Pengesanan Graduan, KPT, data pelbagai tahun.  Jadual 9 menunjukkan profil responden yang terlibat dalam kajian yang dijalankan. Sebahagian Jadual 9 menunjukkan profil responden yang terlibat dalam kajiandidapati yang dijalankan. Sebahagian pelajar adalah USM, dariperatus segi gender pelajar perempuan Jadualbesar 9 menunjukkan profildaripada responden yangsementara terlibat 60 dan tidak kurang daripada 80 peratus besar pelajar adalah daripada USM,dansementara dari daripada segi gender didapati pelajar perempuan lebih daripada 60 peratus tidak kurang 80 peratus merupakan pelajar dalammewakili kajian yang dijalankan. Sebahagian besar pelajar merupakan pelajar berbangsa Melayu. Rata-rata mewakili lebih daripada 60 responden peratus dan tidak kurang 80 PGNK peratusantara merupakan pelajar Rata-rata PGNKdaripada antara 2.50-3.49. adalahberbangsa daripada Melayu. USM, sementara dari segi mempunyai gender responden mempunyai 2.50-3.49.

berbangsa Rata-rata responden mempunyai PGNK antara 2.50-3.49. didapati pelajar Melayu. perempuan mewakili lebih daripada JADUAL 9. Profil responden [N=724] JADUAL 9. Profil responden [N=724]

JANTINA  Lelaki JANTINA



 

 

Lelaki

PROFIL PROFIL

BIL BIL 238 486238

486

%

% 32.9 67.132.9

67.112 

12 

87

JADUAL 9. Profil responden [N=724] PROFIL

BIL

%

JANTINA •

Lelaki

238

32.9



Perempuan

486

67.1

BANGSA •

Melayu

576

79.8



Cina

110

15.2



India

16

2.2



Lain-lain Bangsa

20

2.8

UMUR •

19 - 22 tahun

317

44.5



23 - 26 tahun

388

54.5



27 tahun dan ke atas

8

10.0

UNIVERSITI •

UNIMAP

171

23.6



USM

303

41.9



UUM

250

34.5

PNGK •

Kurang daripada 2.00

2

0.3



2.00 – 2.49

63

8.8



2.50 – 2.99

291

40.6



3.00 – 3.49

293

40.9



3.50 – 4.00

67

9.3



Nota – bagi ítem yang tidak mencapai N=724 kerana terdapat responden yang tidak memberi jawapan. Sumber: Kajian lapangan, 2012

Sementara Jadual 10 pula menunjukkan persepsi responden terhadap beberapa isu penting dalam pasaran buruh siswazah. Jelas ditunjukkan dalam jadual tersebut, min untuk ítem ‘persaingan untuk pekerjaan semakin sengit’ mencatatkan nilai tertinggi. Ini menunjukkan bahawa pelajar prasiswazah menyedari hakikat wujudnya persaingan yang sengit dalam memperoleh pekerjaan apabila tamat pengajian nanti. Lambakan siswazah dalam pasaran buruh juga merupakan faktor penting kepada meningkatnya kadar pengangguran dalam kalangan siswazah. Ini menyebabkan kemahiran kebolehkerjaan dilihat oleh

responden sebagai perkara penting yang perlu diberikan perhatian kerana pasaran pekerjaan pada masa kini semakin mementingkan kemahiran kebolehkerjaan yang pelbagai selain daripada kelulusan akademik yang dimiliki oleh para gradúan. Walaupun demikian, kebanyakan responden mempunyai keyakinan akan memperolehi pekerjaan apabila tamat pengajian nanti. Berdasarkan Skala Likert 5 pilihan [1 = Sangat Yakin sehingga 5 = Sangat Tidak Yakin] menunjukkan bahawa min tahap keyakinan dalam kalangan responden tidak melebihi 2.3 dengan aras keyakinan yang tinggi adalah dalam kalangan pelajar prasiswazah UUM (Rajah 6).

88

JADUAL 10. Persepsi responden terhadap pasaran buruh siswazah [nilai Min] PASARAN BURUH SISWAZAH

UniMAP

USM

UUM

Jumlah

Masalah pengangguran siswazah semakin meningkat dan membimbangkan

3.9825

4.1067

4.2694

4.1327

Masalah pengangguran disebabkan sikap pekerjaan Lambakan graduan berbanding peluang siswazah yang memilihmeningkat kerja punca pengangguran Lambakan graduan berbanding peluang Kepentingan kemahiran kebolehkerjaan pekerjaan punca pengangguran meningkat semakin meningkat Kepentingan kemahiran kebolehkerjaan semakin meningkat Persaingan untuk pekerjaan semakin sengit Persaingan untuk pekerjaan semakin sengit Sukarmendapat mendapatpekerjaan pekerjaandidisektor sektorawam awam tanpa Sukar tanpa ‘kabel’ ‘kabel’

4.0526 4.1228

3.9500 4.1967

4.1265 4.2163

4.0349 4.1858

4.1228 4.1053

4.1967 4.1879

4.2163 4.2327

4.1858 4.1835

4.1053

4.1879

4.2327

4.1835

4.3743 4.3743 4.2515 4.2515

4.4933 4.4933 4.0234 4.0234

4.4286 4.4286 4.0163 4.0163

4.4427 4.4427 4.0755 4.0755

4.0175 4.0175

4.1167 4.1167

4.1469 4.1469

4.1034 4.1034

Penguasaan bahasa Inggeris yang lemah adalah Penguasaan bahasa Inggeris yang lemah adalah punca utama pengangguran meningkat punca utama pengangguran meningkat Sumber: Kajian lapangan, 2012

Sumber: Kajian lapangan, 2012

RAJAH 6. Min tahap keyakinan mendapat pekerjaan apabila tamat pengajian Sumber: Kajian lapangan, 2012 Selain daripada tahap keyakinan mendapat pekerjaan yang agak rendah dalam kalangan

Selain daripada tahapUSM, keyakinan mendapat pekerjaan pengetahuan berkaitan dengan responden didapati hanya 32.7 peratus dengan daripadamaklumat respondendan USM bersetuju bahawa yang agak program rendah dalam kalangan responden USM, pasaran buruh dandiri pasaran pekerjaan bagi mebolehkan pengajian yang diikuti mencukupi dalam mempersiapkan pelajar untuk bersaing didapati hanya 32.7 peratus daripada responden merancang strategi dalam kerjaya dan mengambil dalam pasaran pekerjaan. Sementara peratusan mereka yang lebih tinggi dicatatkan kalangan responden UniMAP (54.1%)pengajian dan UUM yang (42%). tindakan Ini menunjuukan bahawa rata-rata responden USM bersetuju bahawa program pro aktif sebagai persiapan untuk bersaing mendapati bahawa program pengajian yang diikuti masih tidak mampu untuk mengukuhkan diikuti mencukupi dalam mempersiapkan diri pelajar dalam pasaran pekerjaan. kelebihan daya saing dan kebolehpasaran graduan tamatkajian pengajian nanti. Oleh yang hanya 47 untuk bersaing dalam pasaran pekerjaan. Sementara apabila Hasil mendapati bahawa demikian, kemahiran kebolehkerjaan merupakan elemen penting yang perlu diintegrasikan dalam peratusan yang lebih tinggi dicatatkan dalam kalangan peratus daripada keseluruhan responden kajian yang kurikulum pengajaran di universiti selain daripada menyediakan kursus atau latihan secara responden khusus UniMAP (54.1%) dandalam UUM (42%). Ini mempunyai dan strategi yang khusus kepada pelajar aspek pembangunan kemahiranperancangan insaniah. Pelajar juga perlu menunjuukan bahawa rata-rata responden mendapati dalam mencapai matlamat kerjaya jangka didedahkan dengan maklumat dan pengetahuan berkaitan dengan pasaran buruh dan pasaran panjang, bahawa program pengajian yang diikuti masih tidak sementara 19.7 dan peratus hanya tindakan mempunyai pekerjaan bagi mebolehkan mereka merancang strategi kerjaya mengambil pro matlamat mampu untuk mengukuhkan dayadalam saing kerjaya jangka pendek dan 33.3 peratus tidak aktif sebagai persiapankelebihan untuk bersaing pasaran pekerjaan. dan kebolehpasaran graduan apabila tamat pengajian mempunyai ide yang jelas serta pengetahuan untuk nanti. Oleh yang demikian, kemahiran kebolehkerjaan merancang kerjaya dan strategi mendapatkan 14  pekerjaan merupakan  elemen penting yang perlu diintegrasikan nanti. Ini menggambarkan bahawa sebahagian besar dalam kurikulum pengajaran di universiti selain daripada responden yang merupakan pelajar tahun daripada menyediakan kursus atau latihan secara akhir pengajian masih tidak mempunyai kemahiran khusus kepada pelajar dalam aspek pembangunan dan pengetahuan dalam membuat perancangan kerjaya kemahiran insaniah. Pelajar juga perlu didedahkan dan strategi mendapatkan pekerjaan apabila tamat

89

pengajian nanti. Hal ini pastinya boleh mempengaruhi tahap kebolehpasaran mereka nanti kerana sebahagian besar responden memilih untuk mencari pekerjaan dan bekerja setelah tamat pengajian nanti. Kajian juga mendapati hanya 41.5 peratus daripada responden UniMAP yang telah membuat carian pekerjaan dari segi pengumpulan maklumat dan membina portfolio atau resume berbanding dengan 66.4 peratus responden UUM dan 63.4 peratus USM. Ini memberi gambaran bahawa walaupun responden kajian menyedari persaingan yang semakin meningkat dalam memperoleh pekerjaan namun tidak ramai yang membuat persiapan dan perancangan dalam meningkatkan kelebihan daya saing mereka apbila memasuki pasaran buruh nanti. Pelajar prasiswazah di UniMAP misalnya, yang mengikuti program pengajian kejuruteraan yang mempunyai bidang kerjaya yang jelas seharusnya telah mula membuat carian senarai majikan atau organisasi yang sesuai dengan bidang pengajian. Jadual 11 menunjukkan persepsi responden (mengikut universiti) terhadap kelebihan diri sendiri dalam menghadapi persaingan dalam pasaran pekerjaan apabila tamat pengajian nanti. Rata-rata responden (81.1%) melihat ciri-ciri personaliti yang positif sebagai kelebihan utama yang dimiliki dan diikuti oleh pendedahan kepada pengalaman kerja melalui praktikum/internship (78.8%) yang diikuti semasa belajar di universiti. Didapati 70% daripada responden percaya mereka memiliki kemahiran insaniah yang dapat meningkatkan kebolehpasaran dan persaingan dalam pasaran pekerjaan. Hampir kesemua ítem kelebihan diri mencatatkan peratusan lebih 50 peratus kecuali kelebihan dari segi pemasaran diri. Persaingan akan bertambah sengit kerana sebahagian besar

responden tidak mempunyai kemahiran pemasaran diri dan ini akan menyebabkan mereka sukar untuk bersaing dengan pesaing yang mempunyai kemahiran dalam pencarian kerja. Hal ini juga boleh menjadi faktor yang akan melambatkan graduan memperoleh pekerjaan sebaik tamat pengajian kerana tiadanya persiapan awal atau tindakan pro aktif yang diambil oleh graduan dalam mempersiapkan diri sebelum memasuki pasaran pekerjaan. KESIMPULAN Hasil kajian yang dibincangkan menunjukkan dengan jelas bahawa pelajar prasiswazah di universiti kajian mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap isu kebolehpasaran dan persaingan yang wujud dalam pasaran pekerjaan. Namun demikian, rata-rata responden mempunyai aras keyakinan yang agak tinggi dalam memperoleh pekerjaan apabila tamat pengajian nanti. Memandangkan pada masa kini kemahiran insaniah semakin menjadi faktor yang penting selain daripada kelulusan akademik, ternyata kebanyakan responden kajian mengakui mereka memiliki kelebihan ini yang akan meningkatkan lagi tahap kebolehpasaran mereka dalam pasaran pekerjaan. Walau bagaimanapun, persaingan yang semakin sengit akibat daripada peningkatan bilangan gradúan dan pencari kerja dalam pasaran boleh memberi kekangan dalam usaha untuk memperoleh pekerjaan sebaik tamat pengajian. Ini jelas khususnya kepada gradúan yang tidak mempunyai kemahiran pemasaran dan kemahiran mencari pekerjaan.

90

JADUAL 11. Persepi responden terhadap kelebihan, kekurangan, peluang dan kekangan yang boleh mempengaruhi kebolehpasaran dalam pasaran pekerjaan (%) UniMAP

USM

UUM

Jumlah

Praktikum/ internship[pengalaman kerja]

74.3

77.2

77.6

78.8

Gred ijazah yang baik

58.5

61.4

58.0

62.3

Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum

45.0

56.1

52.8

53.4

Pengalaman teknikal yang baik

63.7

55.4

46.4

56.8

Kemahiran insaniah

59.6

70.3

71.6

70.1

Ciri personaliti positif (etika kerja berdisiplin, kreatif, bermotivasi)

73.1

81.2

80.8

81.1

Perhubungan personel dan networking yang baik

57.9

60.4

68.8

64.4

Kemahiran pemasaran diri

45.0

48.8

52.0

49.8

Tiada pengalaman kerja

55.6

55.4

60.4

57.2

Gred CGPA yang rendah

57.9

54.8

52.8

54.8

Bidang pengkhususan yang tidak sesuai

31.6

27.4

27.2

28.3

Kekurangan kemahiran teknikal

49.1

47.5

51.6

49.3

Kekurangan kemahiran insaniah

40.4

42.2

47.6

43.6

Tiada matlamat kerjaya, pengetahuan dan maklumat berkaitan pekerjaan

39.2

41.9

42.4

41.4

Kekurangan kemahiran mencari kerja

41.5

43.9

39.6

41.9

Ciri personaliti negatif (tiada disiplin, terlalu emosi, kurang motivasi)

35.1

39.6

39.6

38.4

Tiada kemahiran pemasaran diri

42.1

52.8

47.2

48.3

Tren kerjaya yang positif (bidang pengajian akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan)

70.2

62.0

68.8

66.3

Peluang melanjutkan pelajaran

59.1

58.1

61.2

59.4

Kelebihan geografi (tempat tumpuan pekerjaan)

36.8

41.3

40.8

40.1

Networking yang kuat

48.0

40.9

49.6

45.6

Bidang pengajian menawarkan horizon pasaran buruh yang lebih luas

40.4

34.3

40.0

37.7

Peluang menambah baik kemahiran (Skim Latihan Siswazah)

52.0

48.5

51.6

50.4

Peluang menceburi bidang pekerjaan yang lain

56.7

51.8

58.8

55.4

Tren kerjaya yang negatif (bidang pengajian kelenyapan/ kekurangan pekerjaan)

38.6

41.9

41.6

41.0

Persaingan dengan graduan lain semakin meningkat

68.4

77.6

80.0

76.2

Bilangan pencari kerja semakin meningkat

62.0

69.3

72.0

71.3

Tidak banyak syarikat yang mengupah pekerja daripada pengkhususan anda

35.1

50.8

40.4

43.5

Persaingan dengan pesaing yang mempunyai kemahiran dalam pencarian pekerjaan

62.6

67.0

72.0

67.7

KELEBIHAN

KEKURANGAN

PELUANG

KEKANGAN

Sumber: Kajian lapangan, 2012

91

PENGHARGAAN Makalah ini merupakan sebahagian daripada hasil penyelidikan Geran Universiti Penyelidikan, Universiti Sains Malaysia (RU-USM) [1001/ PHUMANITI/816167]. RUJUKAN Becker, G. 1994. Human capital: A theoritical and empirical analysis with special reference to education. Chicago: The University of Chicago Press. Berry, C. R. & Gleaser, E. L. 2005. “The divergence of human capital levels across cities.” Papers in Regional Science, 83, pp.407-444. Ducker, P. 1993. Post-capitalist society. London: Harper Collins. Faggian, A. & McCann, P. 2008. “Human capital, graduate migration and innovation in British Regions.” Cambridge Journal of Economics, 33, pp.317-333. Faggian, A. & McCann, P. 2009. “Universities, agglomerations and graduate human capital mobility.” Tijdschrift voor Economische eb Sociale Geografie, 100(2), pp. 210-223. Florida, R. 2000. The economic geography of talent. Pittsburgh, PA: Carnegie Mellon University. Fitzsimons, P. 1999. Human capital theory and education. Encyclopedia of Philosophy of Education. Goldstein, H. & Drucker, J. 2006. “The Economic Development Impacts of Universities on Regions: Do Size and Distance Matter?” Economic Development Quarterly, 20(1), pp. 22-43. Harvey, L. (2001). “Defining and Measuring Employability”. Quality in Higher Education. 7:2. pp. 97-109. International Labour Organization. (1996) Population Active Selon La Situation Le Sexe Et Le Niveau D’Instruction Le Plus Eleve, Special Tabulation (Genova, Switzerland). Knight, P. T. & Yorke, M. 2003. “Employability and good learning in higher education.” Teaching in Higher Education, 8(1), pp. 3-16. Koo Yew Lie., Vincent Pang. & Fadhil Mansur. 2009. Employer perception on graduate literacy’s in higher education in relation to the workplace. fhttp://www.esp-world.info/Articles_20/DOC/ Koo_vp_employer_Journal18Oct09.pdf. [Diakses pada 28 April 2011]. Kotler, P., Hamlin, M.A., Rein, I., & Haider, D.H. 2002. Marketing Asian places: Attracting investment,

industry and tourism to cities, states and nation. Singapore: John Wiley & Sons (Asia) Pte Ltd. Lee, M. N. N. 2004. Restructuring higher education in Malaysia. Monograph Series No: 4/2002. Universiti Sains Malaysia: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan. Lucas, R. E. 1988. On the Mechanism of Economic Development, Journal of Monetary E c o n o m i c s , 22, pp. 3-42. Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN). 2010. Model baru ekonomi untuk Malaysia. Putrajaya: Majlis Penasihat Ekonomi Negara. Malaysia. 1966. Rancangan Malaysia pertama 19661970. Kuala Lumpur: Jabatan Cetak Kerajaan. Malaysia. 2005. Rancangan Malaysia kesembilan 2006 – 201 Kuala Lumpur: Percetakan Negara. Malaysia. 2007. Pelan tindakan pengajian tinggi negara 2007-2010. Putrajaya : Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Malaysia. 2008. Quick facts: Malaysian higher education statistics 2008. Kuala Lumpur: Kementerian Pengajian Tinggi. Malaysia. 2010. Perangkaan pengajian tinggi Malaysia 2009. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Malaysia. 2010. Rancangan Malaysia kesepuluh 2011 – 2015. Kuala Lumpur: Unit Perancang Ekonomi. Malaysia. 2011. Data siri masa penyiasatan tenaga buruh, 1982-2010. Jabatan Perangkaan Malaysia. http://www.statistics.gov.my. [Diakses pada 27 September 2011]. Malaysia. 2011. Perangkaan pengajian tinggi Malaysia 2010. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Malaysia. 2011. Perangkaan tenaga buruh siswazah: Penyiasatan tenaga buruh. Jabatan Perangkaan Malaysia. http://www.statistics.gov. my. [Diakases pada 10 September 2012]. Malaysia. 2011. Buku tahunan perangkaan Malaysia 2010. Jabatan Perangkaan Malaysia. Malaysia. 2012. Perangkaan pengajian tinggi Malaysia 2011. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Malaysia. 2012. Siaran bulanan: Perangkaan tenaga buruh, Malaysia, Jun 2012. Jabatan Perangkaan Malaysia. http://www.statistics.gov.my. [Diakases pada 10 September 2012]. Mincer, J. (1991) Education and Unemployment, NBER Working Papers # 3838. Nickel, S. 1979. “Education and the lifetime pattern of employment”, Journal of Political Economy, 87, 5, 117-131. OECD. 2000. From Initial Education to Working Life. (OECD, Paris).

92

OECD. 2007. Education at a Glance: OECD Indicators 2007. Paris: OECD. Psacharopoulos, George. (1994). “Returns to Investment in Education: Global Update”. World Development 22(9): 1325-1343. Romer, P. M. 1986. Increasing return and long-run growth. Journal of Political Economy, 94, 10021037. Sarjit Kaur dan Shakila Abdul Manan. 2010. Market forces and globalisation: Implication for higher education in Malaysia. Dalam Morshidi Sirat. Contemporary issues in the global higher education marketplace: Prospects and challenges. Monograph Series No: 15/2010. Universiti Sains Malaysia: Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara. Venhorst, V., Dijk, J. V. & Wissen, L. V. 2010. Do the best graduates leave the peripheral areas of the Netherlands? Tijdschrift voor Economische en Sociale Geografie, 521–537. Woolbers, M.H. (2000) “The effects of level of education and mobility bet on employment and unemployment in the Netherlands”, European Sociological Review, 16, 2, 185-200. Nooriah Yusof (Dr.) Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang E-mel: [email protected] Zakiah Jamaluddin (Dr.) Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok , Kedah E-mel: [email protected] Norain Mat Lazim (Cik) Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang E-mel: [email protected]