PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DISIPLIN

Statistical Package for Social Science version 12.0 (SPSS) software to analyse raw data to get the frequency, ... 2.3.1 Pengertian Ilmu Faraid 18...

0 downloads 43 Views 472KB Size
PERSEPSI PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP ILMU FARAID

HALIMATUL ASHIKEN BINTI OTHMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS‹ JUDUL :

PERSEPSI PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP ILMU FARAID. SESI PENGAJIAN : 2007 / 2008

SAYA :

HALIMATUL ASHIKEN BINTI OTHMAN (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. 2.

Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 9 )



SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

_______________________ (TANDATANGAN PENULIS)

_________________________ (TANDATANGAN PENYELIA)

ALAMAT TETAP : NO. 64 FELCRA BELIMBING TUALAK, 06300 KUALA NERANG, KEDAH DARULAMAN.

PROF. MADYA AJMAIN BIN SAFAR

Tarikh : 30 APRIL 2008

Tarikh : 30 APRIL 2008

CATATAN: *

Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).”

Tandatangan

:

Nama Penyelia

:

Prof. Madya Ajmain Bin Safar

Tarikh

:

30 April 2008

PERSEPSI PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAPT ILMU FARAID.

HALIMATUL ASHIKEN BINTI OTHMAN

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

ii

“Saya mengakui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan

:

Nama Penulis :

Halimatul Ashiken Binti Othman

Tarikh

30 April 2008

:

iii

DEDIKASI Khas Buat Insan Teristimewa Ayahanda Othman Bin Salleh dan Bonda Kamariah binti Saad Terima kasih di atas segala pengorbanan, dorongan dan sokongan mu... Tidak akan ku lupakan bahkan menjadi kekuatan dan semangat ke puncak kejayaan Ku pohon doa restumu dan keredhaan di dunia dan akhirat...

Buat ahli keluargaku, Segala nasihat, dorongan dan kata-kata semangat kalian Akan ku kenang selamanya... Semoga keakraban kita sentiasa terpelihara...

Buat para pendidik yang berbakti, Halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan.. Terima kasih atas segalanya....

Buat sahabat-sahabat seperjuangan, Pahit manis perjuangan telah kita rasa bersama Semoga Allah meredhai persahabatan ini...

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya maka penyelidik dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda yang bertajuk “Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Ilmu Faraid”. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w. bersama keluarga dan sahabat-sahabat baginda r.a. Sekalung

penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Prof.

Madya Ajmain Bin Safar selaku penyelia Projek Sarjana Muda di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan projek ini. Begitu juga buat pihak Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) Universiti Teknologi Malaysia. Tidak ketinggalan buat ahli keluarga yang banyak memberi dorongan dan bantuan dalam segala kerja yang dilakukan.

Begitu juga kepada rakan-rakan

seperjuangan yang banyak memberi semangat dan berkongsi idea demi menyiapkan projek ini. Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan usaha penyelidik sepanjang menyiapkan projek ini.

Semoga segala usaha yang dilakukan akan

mendapat keberkatan daripada Allah Taala. Amin.

v

ABSTRAK

Ilmu faraid adalah antara ilmu pertama yang akan diangkat oleh Allah dari diri manusia. Ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu ini. Berikutan sikap tidak mengambil berat umat Islam sekarang membuatkan ilmu tersebut hilang ditelan zaman sehingga kini muncul perselisihan berkenaan dengannya, malahan terdapat segolongan yang meragui keadilan Allah seperti pertikaian hak lelaki dua kali ganda dari hak wanita. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan responden terhadap ilmu faraid, mengenal pasti tahap kefahaman responden terhadap ilmu faraid dan mengenal pasti persepsi responden berkaitan kepentingan ilmu faraid dalam kehidupan. Responden kajian ini adalah pelajar tahun dua kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM sesi 2007/2008. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang dibina sendiri dan terdiri daripada 32 item soalan. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α = .69. Walau bagaimanapun penyelidik telah membuat penambahbaikan untuk meningkatkan kebolehpercayaan alat kajian ini. Penyelidik telah menggunakan perisian Statistical Package for Social Science versi 12.0 (SPSS) untuk menganalisis data mentah bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan, persepsi responden berkaitan kepentingan ilmu faraid dan tahap pengetahuan responden terhadap ilmu faraid berada pada tahap yang tinggi. Manakala tahap kefahaman responden terhadap ilmu faraid berada pada tahap sederhana. Di akhir kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kefahaman di kalangan pelajar mahupun masyarakat. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

vi

ABSTRACT

Islamic Law of Inheritance (‘ilm faraid) is among the first discipline to be deprived by God from every single human. This shows how important the knowledge is. Lack of concern attitude among Muslims nowdays, may gradually lead to the lost of this knowledge until it creates conflicts and doubt in God’s justice by disputing rights between gender. This study was conducted to identify respondents’ level of knowledge and comprehension concerning Islamic Law of Inheritance and also to identify respondents’ perception relating to the importance of Islamic Law of Inheritance in life. The study involved respondents from the second year of Bachelor of Science with Education (Islamic Studies), UTM session 2007/2008. The research instrument used was questionnaire that comprised of 32 items, which was contructed by the researcher. Reliability value of research tool was α = .69. However the researcher had made improvement in research tool reliability. Researcher used Statistical Package for Social Science version 12.0 (SPSS) software to analyse raw data to get the frequency, percentage and mean. The research findings showed that respondents’ perception relating to the importance of Islamic Law of Inheritance and respondents’ knowledge on faraid was at high level. While respondents’ level of understanding Islamic Law of Inheritance was at average level. At the end of this study, several proposals had been proposed to increase the level of knowledge and understanding of Islamic Law of Inheritance among the students as well as society. Further research also had been proposed for the future.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB

BAB I

PERKARA

MUKA SURAT

JUDUL

i

PERAKUAN PELAJAR

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

ISI KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xii

SENARAI RAJAH

xiv

SENARAI SINGKATAN

xv

SENARAI LAMPIRAN

xvi

PENGENALAN 1.1

Pendahuluan

1

1.2

Latar Belakang Masalah

2

1.3

Pernyataan Masalah

8

1.4

Objektif Kajian

9

1.5

Persoalan Kajian

9

1.6

Kepentingan Kajian

10

1.7

Batasan Kajian

11

1.8

Definisi/Istilah

11

viii

1.9

BAB 2

1.8.1 Persepsi

11

1.8.2 Pelajar

12

1.8.3 Ilmu Faraid

12

Kesimpulan

13

SOROTAN KAJIAN 2.1

Pendahuluan

14

2.2

Konsep Harta Pusaka

14

2.3

Konsep Ilmu Faraid

18

2.3.1 Pengertian Ilmu Faraid

18

2.3.2 Sumber Ilmu Faraid

18

Kepentingan dan Kelebihan Ilmu Faraid

19

2.4.1 Kepentingan Mempelajari Ilmu Faraid

19

2.4.2 Kelebihan Ilmu Faraid

20

Pentadbiran Harta Pusaka Selain Faraid

22

2.5.1

22

2.4

2.5

Wasiat

2.5.2 Hibah

24

2.5.3 Wakaf

27

2.6

Syarat-syarat Pembahagian Pusaka

28

2.7

Sebab-sebab Pembahagian Harta

28

2.7.1 Kerabat

29

2.7.2 Pernikahan

29

2.7.3 Wala’

29

2.7.4 Islam

30

Halangan

31

2.8.1 Perhambaan

31

2.8.2 Bunuh

31

2.8

2.8.3 Perbezaan Agama Antara Islam Dengan Kafir 2.9

32

Pembahagian Ahli Waris

33

2.9.1 Ashab al-Furud

33

2.9.2 ‘Asabah

34

ix 2.10

Masalah Yang Berlaku Dalam Pembahagian

35

2.10.1 Wang Pencen

35

2.10.2 Wang Kumpulan Simpanan Pengguna (KWSP)

2.11

2.12

BAB 3

35

2.10.3 Wang Manfaat Takaful/Insurans

35

2.10.4 Wang Pelaburan

36

2.10.5 Wang Pampasan/Diyat

36

2.10.6 Wasiat

36

Pembahagian Harta Pusaka Berdasarkan Faraid

37

2.11.1 Peneriman ½ Pusaka dan Syaratnya

37

2.11.2 Penerimaan ¼ Pusaka dan Syaratnya

37

2.11.3 Penerimaan 1/8 Pusaka dan Syaratnya

37

2.11.4 Penerimaan 2/3 Pusaka dan Syaratnya

37

2.11.5 Penerimaan 1/3 Pusaka dan Syaratnya

38

2.11.6 Penerimaan 1/6 Pusaka dan Syaratnya

38

2.11.7 Penerimaan 1/3 Baki

38

Kesimpulan

39

METODOLOGI KAJIAN 3.1

Pendahuluan

40

3.2

Reka Bentuk Kajian

40

3.3

Tempat Kajian

41

3.4

Populasi Dan Sampel Kajian

41

3.5

Instrumen Kajian

41

3.5.1 Bahagian A

42

3.5.2 Bahagian B

42

3.6

Analisis Data

44

3.7

Prosedur Kajian

46

3.7.1 Kajian Rintis

46

3.7.2 Kajian Sebenar

46

Kesimpulan

47

3.8

x

BAB 4

ANALISIS DATA 4.1

Pendahuluan

48

4.2

Analisis Data (Bahagian A)

49

4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut Jantina

49

4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut Aliran Pendidikan

50

4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut 4.3

Kelulusan Terakhir

51

Analisis Data (Bahagian B)

51

4.3.1 Analisis Data Mengenai Tahap Pengetahuan Pelajar Terhadap Ilmu Faraid 53 4.3.2 Analisis Data Mengenai Tahap Kefahaman Pelajar Terhadap Ilmu Faraid

60

4.3.3 Analisis Data Mengenai Persepsi Pelajar Berkaitan Kepentingan Ilmu Faraid Dalam Kehidupan 4.4

BAB 5

68

4.3.4 Analisis Keseluruhan

73

Kesimpulan

74

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1

Pendahuluan

75

5.2

Perbincangan

75

5.2.1 Bahagain A: Perbincangan Latar Belakang Responden

76

5.2.2 Bahagian B

77

5.3.2.1 Bahagian B1: Tahap Pengetahuan Pelajar Terhadap Ilmu Faraid

77

5.3.2.2 Bahagian B2: Tahap Kefahaman Pelajar Terhadap Ilmu Faraid 5.3.2.3 Bahagian B3: Persepsi Pelajar

79

xi Berkaitan Kepentingan Ilmu Faraid Dalam Kehidupan 5.4

Rumusan

82

5.5

Cadangan

83

5.5

Cadangan Kajian Lanjutan

85

5.6

Kesimpulan

86

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

80

87

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL

TAJUK

3.1

Pengkelasan Nombor Dalam Skala Likert

3.2

Jadual Pembentukan Ujian Berdasarkan

MUKA SURAT 42

Objektif Kajian

43

3.3

Jadual Ujian Soal Selidik

44

3.4

Skala Pemeringkatan Likert Untuk Min

45

3.5

Skala Nilai Min

45

4.1

Taburan Responden Mengikut Jantina

49

4.2

Taburan Responden Mengikut Aliran Pendidikan

50

4.3

Taburan Responden Mengikut Kelulusan Terakhir 51

4.4

Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Mengenai Konsep Ilmu Faraid

4.5

53

Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Mengenai Syarat-Syarat dan Sebab-Sebab Pembahagian Harta

4.6

Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Mengenai Penentuan Ahli Waris

4.7

56

Peratusan Responden dan Min Bagi Mengetahui Tahap Pengetahuan Pelajar Terhadap Ilmu Faraid

4.8

55

58

Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Mengenai Pentadbiran Harta Pusaka Selain Faraid 60

4.9

Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Mengenai Halangan Dalam Ilmu Faraid

4.10

Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Mengenai Pembahagian Harta Pusaka Berdasarkan

62

xiii Faraid 4.11

Peratusan Responden dan Min Bagi Mengetahui Tahap Kefahaman Pelajar Terhadap Ilmu Faraid

4.12

4.16

70

Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Mengenai Aspek Negara

4.15

68

Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Mengenai Kedudukan Ilmu Faraid

4.14

66

Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Mengenai Aspek Kehidupan

4.13

64

71

Peratusan Responden dan Min Bagi Persepsi Pelajar Berkaitan Kepentingan Ilmu Faraid

72

Nilai Min Bagi Keseluruhan Objektif

73

xiv

SENARAI RAJAH

NO RAJAH

TAJUK

3.1

Rangka kerja kajian

MUKA SURAT 47

xv

SENARAI SINGKATAN

ARB

Amanah Raya Berhad

JAKIM

Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia

KS

Kurang Setuju

KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

r.a

Radhiallahu ’Anhu

PPIPS

Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial

S

Setuju

SS

Sangat Setuju

STS

Sangat Tidak Setuju

SAR

Sekolah Agama Rakyat

s.a.w

Salallahu ‘Alaihi Wasallam

SMK

Sekolah Menengah Kebangsaan

SMKA

Sekolah Menegah Kebangsaan Agama

SBP

Sekolah Berasrama Penuh

SPI

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

SPSS

Statistical Packages for Social Science

STAM

Sijil Tinggi Agama Malaysia

STPM

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

S.W.T

Subhanahu Wa Ta’ala

Terj.

Terjemahan

TS

Tidak Setuju

UTM

Universiti Teknologi Malaysia

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

A

Soal Selidik

B

Surat Kebenaran Perpustakaan Sultanah

MUKA SURAT

100

Zanariah Untuk Membuat Rujukan di Perpustakaan Utama Universiti Malaya C

105

Surat Kebenaran Perpustakaan Sultanah Zanariah Untuk Membuat Rujukan di Perpustakaan Pendidikan Universiti Malaya

D

106

Surat Kebenaran Perpustakaan Sultanah Zanariah Untuk Membuat Rujukan di Pusat Sumber Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

107

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Ilmu faraid telah disyariatkan dalam Islam. Ia telah dinyatakan oleh al-Quran, Sunnah dan ijmak ulama’. Dalil pensyariatannya telah dinyatakan oleh Allah S.W.T. dalam surah an-Nisa’ ayat 7:-

x8ts? $£ϑÏiΒ Ò=ŠÅÁtΡ Ï™!$|¡ÏiΨ=Ï9uρ tβθç/tø%F{$#uρ Èβ#t$Î!≡uθø9$# x8ts? $£ϑÏiΒ Ò=ŠÅÁtΡ ÉΑ%y`Ìh=Ïj9 ∩∠∪ $ZÊρãø¨Β $Y7ŠÅÁtΡ 4 uèYx. ÷ρr& çμ÷ΖÏΒ ¨≅s% $£ϑÏΒ šχθç/tø%F{$#uρ Èβ#t$Î!≡uθø9$# Maksudnya: “Orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; Iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).”

2 Ilmu faraid mampu mengatur umat Islam bagi melaksanakan pelbagai aktiviti keduniaan dengan tidak melupakan bahagiannya di hari akhirat dan sebaliknya. Manusia sewajarnya bekerja untuk meningkatkan kesejahteraan hidup di dunia tanpa memikirkan soal ajal, umat Islam akan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja yang dilakukan. Begitu juga, dalam usaha untuk meningkatkan amal ibadat untuk bekalan akhirat. Dengan memikirkan kematian yang semakin hampir, pasti akan menjadi motivasi bagi umat Islam untuk beribadat dengan penuh khusyuk dan keikhlasan kepada Allah. Apabila perkara ini tersemat dalam peribadi individu Muslim, maka dengan mudah kadar ketaqwaan umat Islam akan sentiasa meningkat dan terpelihara. Akhirnya, keadaan ketaqwaan umat yang tidak meragukan pasti menjamin peningkatan kesejahteraan umat manusia.

1.2

Latar Belakang Masalah

Islam amat menggalakan umatnya berusaha meningkatkan ekonomi dan pendapatan. Dalam dunia tanpa sempadan dan arus globalisasi sekarang, kekuatan ekonomi memainkan peranan penting dalam menentukan maju mundurnya sesebuah negara atau sesuatu bangsa. Oleh yang demikian, Allah menegaskan dalam al-Quran tentang keperluan umat Islam bersedia dalam segala bidang termasuk ekonomi sebagaimana firmanNya dalam surah al-Anfal ayat 60:-

⎯ÏμÎ/ šχθç7Ïδöè? È≅ø‹y⇐ø9$# ÅÞ$t/Íh‘ ∅ÏΒuρ ;ο§θè% ⎯ÏiΒ ΟçF÷èsÜtGó™$# $¨Β Νßγs9 (#ρ‘‰Ïãr&uρ 4 öΝßγßϑn=÷ètƒ ª!$# ãΝßγtΡθßϑn=÷ès? Ÿω óΟÎγÏΡρߊ ⎯ÏΒ t⎦⎪Ìyz#u™uρ öΝà2¨ρ߉tãuρ «!$# ¨ρ߉tã šχθßϑn=ôàè? Ÿω óΟçFΡr&uρ öΝä3ö‹s9Î) ¤∃uθム«!$# È≅‹Î6y™ †Îû &™ó©x« ⎯ÏΒ (#θà)ÏΖè? $tΒuρ ∩∉⊃∪

3

Ertinya: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.” Dalam ayat tersebut bukan sahaja merujuk kepada persediaan untuk berperang tetapi ia juga merangkumi persiapan ekonomi umat Islam (Ahmad Hidayat Buang 2007). Menurut Sidek Baba (1999), Islam memberikan landasan yang amat jelas mengenai kecenderungan memiliki harta, yang mana kesemuanya ini merupakan sifat semula jadi atau fitrah manusia. Jangan ada suatu tanggapan yang mengatakan bahawa Islam tidak memerlukan kepada kebendaan. Sebagai umat Islam, kebendaan itu adalah alat dan bukannya matlamat. Yang penting ialah bagaimana Islam itu membina asas kebendaan, menyebarkan dan memanfaatkan sumber-sumber kebendaan ini secara adil, betul, baik serta ikhlas dan kemudian memberikan manfaat tersebut kepada sekalian manusia.

Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah yang ke-100 iaitu al-‘Aadiaat ayat 8:-

∩∇∪ ωt±s9 Îösƒø:$# Éb=ßsÏ9 …çμ¯ΡÎ)uρ Ertinya: “Sesungguhnya manusia itu sangat cinta kepada harta benda.” Berdasarkan ayat di atas telah terbukti manusia diciptakan Allah mempunyai naluri sukakan kepada harta benda. Justeru Islam mewajibkan pencarian harta benda melalui cara yang halal. Pemilikan harta secara halal seharusnya disertakan dengan

4 tanggungjawab sosial. Oleh itu, setiap harta yang dikumpulkan mesti dibelanjakan pada jalan yang betul.

Menurut Ahmad Hidayat Buang (2007), perbelanjaan terhadap harta terbahagi kepada dua iaitu perbelanjaan yang wajib dan perbelanjaan yang sunat. Perbelanjaan wajib adalah seperti mengeluarkan nafkah untuk keluarga, pendidikan, rumah dan zakat manakala perbelanjaan sunat adalah lebihan daripada perbelanjaan tersebut. Berdasarkan pemerhatiannya, kebanyakan orang Melayu kurang bijak menguruskan lebihan wang ini. Ramai yang lebih suka berbelanja mewah sehingga berhutang walaupun kadang kala barang yang dibeli itu bukan barang keperluan. Islam memang melarang umatnya berlebih-lebihan sehingga boleh membawa kepada pembaziran kerana perbuatan itu adalah bersahabat dengan syaitan. Sehubungan itu, dalam Islam bukan kekayaan yang mesti dicari tetapi keselesaan hidup yang dituntut.

Harta sering menjadi pertikaian hidup manusia sehingga mampu memutuskan persaudaraan dan mencetuskan permusuhan. Namun begitu, Allah S.W.T. telah berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 9:-

öΝÎγøŠn=tæ (#θèù%s{ $¸≈yèÅÊ Zπ−ƒÍh‘èŒ óΟÎγÏù=yz ô⎯ÏΒ (#θä.ts? öθs9 š⎥⎪Ï%©!$# |·÷‚u‹ø9uρ ∩®∪ #´‰ƒÏ‰y™ Zωöθs% (#θä9θà)u‹ø9uρ ©!$# (#θà)−Gu‹ù=sù Maksudnya:” Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anakanak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).”

5 Sistem faraid bukan sahaja memperteguhkan ikatan kekeluargaan, malah ia juga memastikan keadilan kerana ia dapat menghapuskan kemungkinan berlaku pilih kasih atau sebarang ketidakadilan dalam pembahagian harta, sehingga boleh membawa kepada perbalahan dan perpecahan. Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan agar ilmu faraid ini dipelajari kerana tanpa ilmu dan pembahagian yang betul secara faraid persengketaan sangat sukar untuk dielakkan kerana sifat manusia yang terlalu cintakan harta benda.

Walaupun terdapat sistem pusaka dalam Islam, namun masih wujud segelintir masyarakat Islam yang tidak prihatin atau tidak mengambil berat berkenaan pembahagian harta pusaka ini. Menurut Mohamad Sofee Razak (2007), sekitar tahun 1990-an, kita dikejutkan dengan laporan hampir RM30 bilion nilai aset umat Islam dibekukan dan tidak dituntut akibat kematian yang rata-ratanya tanpa wasiat di samping sistem pentadbiran dan pengurusan harta dan wang tunai yang sukar diagihkan kepada waris di negara ini mencecah RM40 bilion pada awal tahun ini yang melibatkan lebih daripada satu juta kes. Pendedahan ini dibuat oleh Amanah Raya Berhad (ARB), sebuah syarikat milik penuh kerajaan yang ditubuhkan untuk menguruskan harta pusaka si mati. Menurut ARB, kebanyakan harta tersebut kepunyaan orang Islam.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM38 bilion harta pusaka dalam bentuk tanah dan hartanah. RM1.5 bilion berupa wang tunai dan RM70 juta daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Kebanyakan orang Islam tidak mengetahui betapa sukarnya menguruskan harta pusaka jika tidak dibuat perancangan awal sebelum seseorang itu meninggal dunia. Keadaan ini menyebabkan banyak harta yang ditinggalkan tidak diurus dan dibekukan. Akibat pembekuan ini, harta gagal dimanfaatkan oleh waris malah menjejaskan penjanaan ekonomi orang Melayu dan negara kerana harta tidak dapat digunakan untuk sebarang perbelanjaan. Perkara ini turut dibangkitkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang menyuarakan keresahannya bahawa masalah ini amat merugikan orang Melayu (Dewan Masyarakat, Julai 2007).

6 Menurut Ahmad Hidayat Buang (2007) Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang pada 1981 memfatwakan pihak berkuasa boleh menghadkan pemilikan kepada seseorang ke atas tanah pusaka yang kecil untuk mengelakkan masalah sosial. Ini berdasarkan kepada kaedah fiqiyyah iaitu:

‫دﻓﻊ اﻟﻀﺮر ﻣﻘﺪم ﻋﻠﻰ ﺟﻠﺐ اﻟﻤﺼﺎﻟﺢ‬ Maksudnya: Menolak kerosakan daripada mengambil manfaat.

Kerosakan di sini mengenai harta pusaka yang tertunggak dan seterusnya menghalang pembangunan dan menimbulkan masalah sosial seperti perebutan atau berlaku permohonan bertindih di antara ahli keluarga.

Kes yang tertunggak kebanyakannya melibatkan tanah iaitu harta yang tidak boleh diubah. Walaupun ia pusaka tetapi perlu diberi layanan khas kerana melibatkan kepentingan umum. Ia perlu diselesaikan mengikut hukum Islam. Ulama’, cendiakawan dan pengamal undang-undang perlu berbincang supaya situasi menang-menang dapat dicapai. Dari segi hukum fikah, apabila bertembung masalah umat dan individu maka keutamaan mestilah kepada maslahat umum.

Walau bagaimanapun, harta yang dikendalikan oleh nafsu dan perasaan emosi, boleh menimbulkan persengketaan dan permusuhan. Persengketaan harta ini juga boleh mengakibatkan retaknya hubungan persaudaraan. Di antara perkara yang sering menimbulkan persengketaan adalah masalah harta warisan. Kematian seseorang sering menimbulkan persengketaan di kalangan ahli waris mengenai harta peninggalannya (Ahmad Hidayat Buang, 2007). Dewasa ini masyarakat sering dikejutkan dengan pelbagai isu berkaitan perebutan harta pusaka. Seperti yang berlaku di Kuala Terengganu pada 9 Julai 2007. “Gara-Gara Harta Pusaka Adik Tendang Abang Di Mahkamah”. Seorang peniaga daging bertindak agresif menendang kaki seorang warga emas (69 tahun) yang juga abangnya di hadapan seorang hakim di Mahkamah Syariah II, Kuala Terengganu. Pun

7 begitu, pada tahun 1998 dihebohkan juga dengan kes Tan Sri Md Khir Johari bekas Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu telah mengemukakan saman pemula memohon satu perisytiharan mahkamah bahawa beliau adalah pemilik sah hartanah di Bukit Damansara yang menjadi pertikaian dengan enam orang anaknya serta pusaka Puan Sri Kalsom Abdul Rahman (Fawzi Kassim, 2001).

Untuk menangani persengketaan dan permusuhan yang tercetus akibat harta warisan, maka Islam telah meletakan peraturan supaya segala persengketaan atau rasa ketidakpuasan hati dikembalikan mengikut hukum Allah. Hal ini kerana, hukum Allah telah menggariskan soal pembahagian harta warisan dalam ilmu faraid. Ia telah diatur begitu rapi sehingga tiada syak kepada sesiapa yang berhak menerima harta warisan dan bilangan kadarnya. Segelintir masyarakat hari ini kurang faham berkenaan ilmu faraid. Oleh itu, terdapat pelbagai sebab untuk mereka tidak mahu mengambil tahu dan mengamalkan pembahagian harta mengikut sistem Islam. Timbul pernyataan yang mengatakan peraturan Islam menindas kaum wanita dan berat sebelah.

Sehubungan itu, Muhammad Abdul Mannan (1989) telah menyatakan bahawa perbezaan antara bahagian yang biasa diterima oleh waris perempuan dan waris lelaki yang mempunyai perhubungan yang sama dengan si mati sebenarnya bukanlah bersifat diskriminasi dan prasangka ke atas waris perempuan. Ini adalah kerana di bawah sistem Islam, tanggungjawab membiayai keluarga dipikul oleh suami walaupun dalam sesetengah kes pendapatan isteri mungkin melebihi dari suami. Bagi membolehkan pihak lelaki menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, bahagiannya dalam harta pusaka adalah dua kali ganda dari bahagian perempuan yang mempunyai tingkat perhubungan kekeluargaan yang sama sepertinya.

Justeru sebarang persoalan yang dilontarkan kepada Islam bahawa Islam tidak adil kerana mengurangkan bahagian perempuan dalam pembahagian harta pusaka adalah tidak tepat. Sekiranya perundangan pembahagian harta pusaka dan kewajipan memberi

8 nafkah kepada keluarga direalisasikan menurut ajaran Islam, soal ketidakpuasan tidak akan wujud.

1.3

Pernyataan Masalah

Masyarakat Islam sekarang lebih gemar berlumba-lumba mengumpul harta kekayaan dunia. Kebanyakan mereka tidak membuat persiapan awal sebelum meninggal dunia seperti pembahagian harta agar kehidupan keluarga yang ditinggalkan tidak mengalami kesulitan. Sehubungan itu, disebabkan ketidakfahaman dan ketidakjelasan tentang ilmu faraid timbullah pelbagai kemungkinan seperti perselisihan dan permusuhan di antara saudara-saudara dan ahli-ahli waris. Pun begitu terdapat perselisihan dan permusuhan sehingga membawa kepada permusuhan seumur hidup.

Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap pengetahuan, kefahaman dan persepsi pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) tahun dua, berkenaan ilmu faraid memandangkan setiap pelajar bakal berdepan dengan masyarakat sebagai pendidik. Masyarakat pasti akan mencari para ilmuan untuk dijadikan tempat rujukan. Sungguhpun begitu, menjadi tanggungjawab pendidik untuk memberi tunjuk ajar dan panduan supaya kehidupan lebih sempurna.

9 1.4

Objektif Kajian

Fokus utama dalam kajian ini: 1.4.1

Mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar terhadap ilmu faraid.

1.4.2

Mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap ilmu faraid.

1.4.3

Mengenal pasti persepsi pelajar berkaitan kepentingan ilmu faraid dalam kehidupan.

1.5

Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang dibincangkan dalam kajian ini: 1.5.1

Apakah tahap pengetahuan pelajar terhadap ilmu faraid?

1.5.2

Apakah tahap kefahaman pelajar terhadap ilmu faraid?

1.5.3

Apakah persepsi pelajar mengenai kepentingan ilmu faraid dalam kehidupan?