PLAGIARISME BERASASKAN INTERNET: SUATU ANALISIS

kerana Internet dijadikan alat untuk melakukan plagiarisme. Oleh yang demikian, objektif utama kertas kerja ini adalah untuk mengutarakan isu plagiari...

0 downloads 45 Views 49KB Size
647

1st International Malaysian Educational Technology Convention

PLAGIARISME BERASASKAN INTERNET: SUATU ANALISIS Fakhrul Anuar Aziz, 1Zulikha Jamaludin Fakulti Teknologi Maklumat Universiti Utara Malaysia {fakhrul, 1zulie}@uum.edu.my

ABSTRAK Plagiarisme merupakan sejenis masalah sosial yang mengancam kewibawaan bidang akademik. Apabila teknologi Internet diperkenalkan, masalah ini menjadi semakin teruk kerana Internet dijadikan alat untuk melakukan plagiarisme. Oleh yang demikian, objektif utama kertas kerja ini adalah untuk mengutarakan isu plagiarisme yang semakin merebak bukan sahaja di Malaysia, bahkan diseluruh dunia. Untuk menunjukkan betapa teruknya masalah ini, kertas kerja ini akan memaparkan data mengenai perlakuan plagiarisme yang diperolehi daripada kajian penyelidik-penyelidik dalam bidang ini. Seterusnya data yang telah dikumpulkan itu akan dianalisis. Kefahaman mengenai bentuk-bentuk plagiarisme penting untuk seseorang individu mengelakkan diri dari melakukan plagiat. Oleh itu, kertas kerja ini juga akan menerangkan mengenai lima jenis plagiarisme yang lazim. PENGENALAN Plagiarisme ditakrifkan sebagai perbuatan mencedok kata-kata, idea dan lain-lain daripada karya orang lain dan dipersembahkan sebagai karya sendiri (Kamus Dewan, 2005). Sebenarnya plagiarisme boleh dilakukan oleh pelbagai pihak misalnya pelajar, pensyarah, ahli sains, pereka pelan, wartawan, ahli politik, penggubah lagu, dan pengarah filem (Wikipedia.org, 2007). Ini bermakna bahawa plagiarisme berlaku di dalam pelbagai bidang. Akan tetapi, di dalam kertas kerja ini, penumpuan diberikan kepada plagiarisme di dalam bidang akademik sahaja. Takrifan plagiarisme yang khusus untuk bidang akademik dicadangkan oleh Hexham (2005). Beliau berkata bahawa: “Academic plagiarism occurs when a writer repeatedly uses more than four words from a printed source without the use of quotation marks and a precise reference to the original source in a work presented as the author’s own research and scholarship. Continuous paraphrasing without serious interaction with another person’s views, by way or argument or the addition of new material and insights, is a form of plagiarism in academic work.” KAEDAH Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data mengenai plagiarisme adalah dengan menggunakan carian perpustakaan dan disemak melalui pendekatan hermeneutics. Data daripada pelbagai sumber yang berkaitan plagiarisme itu dikumpulkan dan kemudiannya dianalisis. Tiada sebarang ujian statistik digunakan. Analisis dibuat hanya melalui pemerhatian terhadap data yang diperoleh. JENIS-JENIS PLAGIARISME Terdapat banyak pendapat mengenai pengkelasan plagiarisme yang dikemukakan oleh para pengkaji dan pakar bidang ini. Walau bagaimanapun untuk kertas kerja ini, hanya satu pengkelasan yang difikirkan paling umum dan mudah difahami dipilih untuk dibentangkan. Pengkelasan yang dimaksudkan itu dicadangkan oleh Barnbaum (2002). Beliau mengatakan bahawa plagiarisme boleh dikategorikan kepada lima jenis iaitu penyalinan dan penampalan, penukaran perkataan, peniruan gaya penulisan, peniruan metafora, dan peniruan idea. Jenisjenis plagiarisme ini diperjelaskan seperti berikut:

648

1st International Malaysian Educational Technology Convention

(i) Penyalinan dan Penampalan Plagiarisme jenis ini adalah yang paling mudah untuk dikesan dan difahami. Ia merujuk kepada perlakuan pemplagiat yang menyalin ayat atau frasa tertentu daripada dokumen asal dan kemudiannya dibubuh pada dokumen baru tanpa meletakkan tanda petikan dan rujukan sumber asalnya. Para pelajar didapati kerap melakukan plagiarisme jenis ini. (ii) Penukaran Perkataan Penukaran perkataan merujuk kepada perlakuan pemplagiat yang menyalin ayat atau perenggan daripada suatu sumber lalu diletakkan ke dalam sebuah dokumen baru dan kemudian menukar beberapa perkataan dengan perkataan yang seerti. Tujuannya ialah untuk menipu pembaca bahawa ayat yang diolah itu adalah asli. (iii) Peniruan Gaya Penulisan Peniruan gaya penulisan berlaku apabila seseorang penulis mengikut turutan persembahan dokumen asal, ayat demi ayat atau perenggan demi perenggan, walaupun tiada satu pun ayat yang sama dengan dokumen asal. Dalam keadaan ini apa yang sebenarnya ditiru oleh pemplagiat adalah reasoning style penulis lain. Plagiarisme jenis ini juga kerap dilakukan oleh para pelajar. (iv) Peniruan Metafora Untuk memahami plagiarisme jenis ini, seseorang harus memikirkan bahawa beliau perlu memberikan contoh untuk membuatkan sesuatu idea atau konsep itu menjadi lebih jelas. Oleh yang demikian, seseorang penulis mestilah menggunakan metafora atau analogi kepada pembaca dengan tujuan membolehkan mereka memahami sesuatu konsep dengan lebih baik. Jika seseorang penulis tidak mampu memberikan metafora sendiri, beliau boleh menggunakan metafora dari dokumen asal dan dinyatakan sumbernya. (v) Peniruan Idea Jika seseorang penulis memberi suatu idea kreatif atau mencadangkan suatu penyelesaian bagi sesuatu masalah, maka pencetus idea atau penyelesaian itu haruslah diiktiraf namanya. Para pelajar disarankan untuk memahami dan dapat membezakan antara idea penulis dengan penyelesaian daripada maklumat awam (public domain information). Maklumat awam adalah sebarang idea atau penyelesaian yang sudah diterima oleh orang ramai sebagai pengetahuan am. Sebagai contoh dalam bidang Fizik, maklumat mengenai black hole dan bagaimana ia didefinisikan adalah suatu pengetahuan am. Akan tetapi sebarang idea baru tentang kaedah untuk menjejaki black hole merupakan suatu penyelesaian kepada masalah Fizik dan perlu diberi rujukan kepada sumber asalnya. PENINGKATAN KES PLAGIARISME Data yang diperolehi melalui kajian secara empirikal, menunjukkan bahawa gejala plagiarisme semakin berkembang di kebanyakan sekolah dan universiti. Misalnya Hinman (2001) dalam kertas kerjanya melaporkan bahawa McCabe et al., (1999), mencadangkan bahawa dalam isu integriti akademik, terdapat 3 kategori pelajar iaitu never cheat, cheat occasionally dan habitually cheat. Pada peringkat awal kajian, pembahagian pelajar itu berada pada nisbah 20:60:20 (Rujuk Rajah 1).

Never Cheat (20%)

Cheat Occasionally (60%)

Habitually Cheat (20%)

Rajah 1: Kategori pelajar dalam kajian integriti akademik Namun, data yang dikutip pada tahun berikutnya menunjukkan bahawa berlaku perubahan terhadap komposisi pembahagian pelajar. Perubahan itu ialah bahagian paling kiri (never cheat) itu semakin pendek manakala bahagian paling kanan (habitually cheat) semakin panjang. Jones (2006) pula mengkaji tentang kes plagiarisme oleh pelajar-pelajar universiti di Scottland. Hasil kajian beliau menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang mengikuti kursus

1st International Malaysian Educational Technology Convention

undang-undang pun turut melakukan plagiarisme (Rujuk Rajah 2). Keadaan ini agak menarik perhatian kerana pelajar jurusan undang-undang dianggap memahami etika dan perundangan, tetapi masih melakukan tindakan tidak berwibawa. Kes yang melibatkan pelajar jurusan undang-undang didapati semakin meningkat tahun demi tahun. Ini termasuklah pelajar ijazah pertama dan lepasan ijazah. Situasi ini jelas menunjukkan betapa seriusnya gejala plagiarisme di dalam akademik masa kini. 60 50 Kes plagiarisme

649

40 Ijazah pertama

30

Lepasan Ijazah

20 10 0 2002-2003

2003-2004

2004-2005

Tahun akademik

Rajah 2: Peningkatan kes plagiarisme di kalangan pelajar jurusan undang-undang di Scotland Diubahsuai daripada Jones (2006) Anna (2007), pula melaporkan bahawa kajian terkini oleh Center for Academic Integrity (CAI) ke atas 50,000 pelajar ijazah pertama di Amerika Syarikat menunjukkan berlakunya peningkatan kes plagiarisme yang sangat ketara. Data CAI menunjukkan bahawa 10 peratus pelajar mengakui melakukan plagiarisme pada 1999, seterusnya pada tahun 2005, terdapat 40 peratus pelajar mengaku membuat perkara sama. Ini jelas menunjukkan pelajar yang melakukan plagiarisme meningkat sebanyak 30 peratus dalam masa enam tahun, Menurut McCabe (2001), terdapat bukti yang menunjukkan bahawa penipuan dalam bidang akademik semakin meningkat sejak beberapa dekad yang lalu dan Internet memburukkan lagi masalah ini. Oleh yang demikian adalah dipercayai, dengan adanya Internet (secara spesifiknya perkhidmatan World Wide Web), maka gejala plagiarisme mampu berkembang dengan pantas. Gejala plagiarisme juga diakui bahaya oleh penyelidik lain seperti Knight et al. (2003). Mereka menegaskan bahawa proses mengesan dan mencegah plagiarisme menjadi semakin mencabar. Masalah ini sebenarnya telah tersebar ke universiti-universiti seluruh dunia (Anna, 2007). PERBANDINGAN DATA PLAGIARISME Bagi membolehkan perbandingan dapat dibuat, data mengenai plagiarisme dikumpulkan daripada negara-negara yang banyak terdapat penyelidikan mengenai plagiarisme dalam bidang akademik. Negara-negara yang terlibat ialah Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia, Sweeden dan Hong Kong. Data ini ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah. Jadual 1: Perbandingan data plagarisme Negara Amerika Syarikat



United Kingdom



Kes Plagiarisme Pada tahun 1999 hanya 10 peratus pelajar memplagiat. Seterusnya, pada 2005 terdapat 40 peratus pelajar memplagiat. Ini bersamaan dengan 5 peratus setahun (Anna, 2007). 73.9 peratus pelajar di UK menyalin beberapa perenggan daripada buku atau Internet tanpa menulis sumber rujukan. 11.2 peratus pelajar memindah turun keseluruhan esei daripada laman web yang memberi perkhidmatan penulisan tugasan (Hart & Friesner, 2004).

1st International Malaysian Educational Technology Convention

Negara Kanada



Australia



Sweeden







Hong Kong

Kes Plagiarisme 73 peratus pelajar Kanada pernah menipu dalam kerja penulisan pada peringkat sekolah tinggi. 53 peratus pelajar ijazah pertama mengaku menipu dalam kerja penulisan. 35 peratus pelajar lepasan ijazah mengaku pernah melakukan perkara yang sama (University of Guelph, 2006). Hasil pemeriksaan terhadap 1751 esei daripada enam buah universiti menunjukkan bahawa 22 peratus daripadanya mempunyai bahan yang dicedok dari Internet pada kadar purata 15 peratus (Urkund.com, 2007). Hasil soal selidik portal pelajar Sweeden (www.student.se) pada 2004 menunjukkan bahawa 9.8 peratus pelajar pernah memplagiat beberapa kali manakala 15.9 peratus pernah memplagiat sekali. Sweedish National Agency for Higher Education mendedahkan bahawa di antara tahun 2002 hingga 2003 kes plagiarisme meningkat dengan mendadak iaitu sebanyak 90 peratus setahun (Urkund.com, 2007). Kajian terhadap 622 pelajar bidang perniagaan menunjukkan bahawa 30.2 peratus (188 orang) daripadanya mengaku pernah melakukan penipuan akademik semasa di sekolah tinggi. Hanya 0.5 peratus mengaku menipu semasa di universiti (Chapman dan Lupton, 2004).

ANALISIS Daripada Jadual 1 di atas, sebuah graf yang memaparkan data plagiarisme yang digandingkan dengan nilai keluaran dalam negara kasar (KDNK) sesebuah negara dapat dibentuk. Tujuan gandingan ini ialah untuk menunjukkan perhubungan antara kemajuan sesebuah negara dengan peratus kes plagiarisme yang wujud dinegara berkenaan. Perbandingan ini ditunjukkan dalam Rajah 3 di bawah. Dengan menganalisis Rajah 3, diadapati secara umumnya, negara yang lebih kaya atau maju menunjukkan peratus plagiarisme yang lebih tinggi berbanding dengan negara yang kurang maju. Ini mungkin disebabkan di negara yang lebih maju, kemudahan Internetnya lebih meluas dan boleh dicapai oleh kebanyakan rakyat. 80 70 60 50 Data

650

Plagiarisme (%)

40

KDNK (juta USD)

30 20 10 0 A.S

U.K

KAN

AUS

SWE

H.K

Negara

Rajah 3: Perbandingan data plagiarisme dengan KDNK Namun, terdapat kemusykilan iaitu mengapa peratusan plagiarisme di Amerika Syarikat adalah lebih rendah berbanding United Kingdom dan Kanada sedangkan ia adalah negara paling maju. Faktor yang menyebabkan peratusan plagiarisme di negara berkenaan rendah adalah kerana kesedaran mengenai bahaya plagiarisme sangat tinggi. Teradapat banyak usaha untuk mengekang masalah itu misalnya melalui perisian anti-plagiarisme, pelaksanaan

651

1st International Malaysian Educational Technology Convention

kod etika di universiti, perbincangan dengan pelajar, penubuhan pusat integriti akademik, dan penguatkuasaan undang-undang (CAI, 2007). Negara yang kurang maju dalam graf berkenaan iaitu Hong Kong, sebaliknya memperlihatkan peratusan plagiarisme yang lebih tinggi berbanding negara yang lebih maju seperti Australia, dan Sweeden. Ini dapat diterangkan melalui tahap kesedaran mengenai plagiarisme di kalangan pelajar Asia yang masih pada tahap rendah. Para pelajar di Hong Kong terdorong untuk melakukan plagiarisme kerana teraruh dengan budaya tempatan yang terlalu mementingkan keuntungan, perolehan duit, dan kejayaan dunia kebendaan (Shivers, 1994, dipetik daripada Chapman dan Lupton, 2004). KESIMPULAN Kertas kerja ini telah menunjukkan data mengenai plagiarisme daripada beberapa buah negara. Ia juga telah mendedahkan tentang betapa seriusnya gejala plagiarisme berasaskan Internet pada masa kini. Jenis-jenis plagiarisme yang lazim juga dibincangkan. Perbandingan data plagiarisme antara negara turut dipersembahkan. Akhir sekali kertas kerja ini telah mengutarakan analisis berkenaan data yang telah dikumpulkan dalam bentuk graf. Perkaitan antara kemajuan sesebuah negara dan peratusan plagirisme mendedahkan bahawa negaranegara yang lebih maju mempunyai kes plagiarisme yang lebih tinggi berbanding negara yang kurang maju. Jadi, kini nyatalah bahawa, plagiarisme berasaskan Internet sedang mengancam bidang akademik secara serius. Atas alasan berkenaan, ia perlu dicadangkan sebagai suatu bidang penyelidikan yang penting pada masa ini. Demi menyelamatkan integriti akademik maka usaha-usaha untuk mengatasi masalah plagiarisme harus dilaksanakan segera oleh pihak-pihak yang berkenaan. RUJUKAN Anna, B. (2007, March 7). Copy-and-paste papers put profs on the offensive. The Institute. Retrieved April 5, 2007, from http://www.theinstitute.ieee.org Barnbaum, C. (2002). Plagiarism: a student’s guide to recognizing it and avoiding it. Retrieved May 10, 2007, from Valdosta State University website: http://www.valdosta.edu/~cbarnbau/personal/teaching_MISC/plagiarisme.htm CAI (2007). Center for Academic Integrity. Retrieved October 1, 2007, from http://www.academicintegrity.org/ Chapman, K.J., & Lupton, R.A. (2004). Academic dishonesty in a global educational market. The International Journal of Education Management, 18 (7), 425-435. Hart, M., & Friesner, T. (2004, February). Plagiarism and poor academic practice – a threat to the extension of e-learning in higher education? Electronic Journal on e-Learning, 2, 89-96. Retrieved April 24, 2007, from http://www.ejel.org/volume-2/vol2issue1/issue1-art5.htm Hexham, I. (2005). Academic plagiarism defined. Retrieved April 24, 2007, from http://www.ucalgary.ca/~hexham/study/plag.html Hinman, L.M. (2004, September 3). How to fight college cheating. Washington Post. Retrieved April 5, 2007 from http://ethics.sandiego.edu/LMH/oped/CollegeCheating/index.asp Jones, M. (2006, June 19). Plagiarism proceedings in higher education – quality assured? Paper presented at the 2nd Plagiarism International Conference 2006. Retrieved 6 April, 2007, from http://www.jiscpas.ac.uk/conference2006/documents/papers/2006papers12.pdf Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Knight,A., Almeroth, K., & Bimber, B. (2004). An automated system for plagiarism detection using the internet. Retrieved March 25, 2007, from http://www.imj.ucsb.edu/papers/EDMEDIA-04b.pdf.gz McCabe, D.L. (2001). Cheating: why students do it and how we can help them stop [Electronic version]. American Educator, 25(4), 38-43. University of Guelph. (2006, September 29). Academic misconducts major problem in Canada, Study Finds. Retrieved April 9, 2007, from http://www.uoguelph.ca/mediarel/2006/09/academic_miscon.html Urkund.com (2007). Plagiarism - a problem. Retrieved July 4, 2007, from http://www.urkund.com/EN/The_Problem.asp