Prestasi Ekonomi dan Prospek

3 aporan Ekonomi Prestasi Ekonomi dan Prospek 25 Tinjauan Pertumbuhan dijana oleh permintaan domestik yang kukuh… Prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia...

0 downloads 58 Views 2MB Size
3

Laporan Ekonomi 2007/2008

Prestasi Ekonomi dan Prospek

Tinjauan

perdagangan yang lebih kecil, berikutan peningkatan momentum pertumbuhan import sejajar dengan kecergasan aktiviti ekonomi domestik. Imbangan pembayaran (BOP) keseluruhan dijangka kekal kukuh dengan disokong oleh pertambahan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI), bilangan masuk pelancong yang lebih tinggi dan hasil eksport yang mapan. Pendapatan per kapita dijangka meningkat 7.2% kepada RM22,345 pada tahun 2007 (2006: 9.9%; RM20,841), manakala dari segi pariti kuasa beli (PPP), ia dianggar bertambah 13.9% kepada USD13,289 (2006: 13.0%; USD11,663).

Pertumbuhan dijana oleh permintaan domestik yang kukuh…

P

rospek pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal kukuh pada tahun 2007, meskipun persekitaran ekonomi dunia tidak menentu. Asasasas ekonomi dalam negeri yang kukuh dijangka membolehkan negara mencatat pertumbuhan pada kadar 6.0% pada tahun 2007 (2006: 5.9%). Dari sudut penawaran, pertumbuhan ekonomi disokong oleh pengembangan output dalam keseluruhan sektor. Sektor perkhidmatan dijangka menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar, diterajui oleh kerancakan perbelanjaan isi rumah dan kecergasan aktiviti perniagaan. Sektor pembuatan diunjur meningkat dalam tempoh separuh kedua 2007, didorong oleh pemulihan permintaan produk elektronik di pasaran antarabangsa, manakala pengembangan sektor pertanian disokong oleh pertambahan pengeluaran komoditi makanan. Pelaksanaan projek-projek yang mengikut jadual di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) dan pemulihan pasaran harta tanah akan meningkatkan lagi kegiatan sektor pembinaan. Sektor perlombongan dijangka mencatat pertumbuhan positif berikutan peningkatan pengeluaran minyak mentah dalam tempoh separuh kedua. Dari sudut permintaan, pertumbuhan akan dijana oleh permintaan domestik yang kukuh daripada sektor swasta dan awam, disokong sebahagian besar oleh peningkatan sentimen pengguna dan keyakinan perniagaan serta perbelanjaan Kerajaan yang lebih tinggi. Malaysia dijangka merekodkan lebihan

Prestasi Mengikut Sektor Sektor Perkhidmatan Sektor perkhidmatan terus memacu pertumbuhan KDNK... Nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dijangka mencatat pertumbuhan positif, diterajui oleh sektor perkhidmatan seperti di Jadual 3.1. Pada tahun 2007, sektor perkhidmatan dijangka mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 9.0% (2006: 7.2%), melebihi kadar pengembangan keseluruhan ekonomi. Pertumbuhan sektor ini dijangka mengatasi sektor pembuatan, menyumbang 4.6 mata peratusan kepada pertumbuhan KDNK (2006: 3.7 mata peratusan). Perkembangan ini mencerminkan anjakan secara beransur struktur ekonomi negara yang berasaskan pembuatan kepada perkhidmatan. 25

JADUAL 3.1

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mengikut Sektor 2006-2008 (pada harga 2000) Perubahan (%)

Bahagian kepada KDNK (%)

Sumbangan kepada pertumbuhan KDNK (mata peratusan)

2006

20071

20082

2006

20071

20082

2006

20071

20082

Perkhidmatan

7.2

9.0

8.6

51.8

53.2

54.3

3.7

4.6

4.6

Pembuatan

7.1

3.1

3.8

31.1

30.3

29.6

2.2

1.0

1.2

Pertanian

5.2

3.1

3.5

7.9

7.7

7.5

0.4

0.2

0.3

Perlombongan

-0.4

3.3

4.0

8.8

8.6

8.4

0.0

0.3

0.3

Pembinaan

-0.5

5.2

6.3

3.1

3.0

3.0

0.0

0.2

0.2

Tolak : Fisim yang tidak diagihkan 3

3.4

7.4

6.9

3.9

3.9

3.9

0.1

0.3

0.3

-12.1

0.8

1.0

1.1

1.1

1.0

-0.2

0.0

0.0

5.9

6.0

6.0-6.5

100.0

100.0

100.0

5.9

6.0

6.0-6.5

Tambah : Duti import KDNK 1 2 3

Anggaran. Unjuran. Perkhidmatan Perantaraan Kewangan yang Diukur Secara Tidak Langsung (FISIM).

Sumber: Jabatan Perangkaan dan Kementerian Kewangan, Malaysia.

135,189 transaksi dalam tempoh separuh pertama 2007 (Januari-Jun 2006: -4.1%; 131,313 transaksi). Nilai urus niaga meningkat 12.4% kepada RM32.3 bilion (Januari-Jun 2006: 0.9%; RM28.8 bilion), menggambarkan prestasi lebih baik dalam pasaran harta tanah bernilai tinggi. Pinjaman yang diluluskan untuk pembelian harta kediaman tumbuh 27.8% kepada RM20.9 bilion dalam tempoh separuh pertama 2007, sementara pinjaman kepada subsektor harta tanah meningkat 93.9% kepada RM5.7 bilion (Januari-Jun 2006: -10.2%, RM16.4 bilion; 35.4%, RM2.9 bilion).

Pertumbuhan sektor perkhidmatan diterajui oleh kumpulan perkhidmatan perantaraan yang terdiri daripada subsektor kewangan dan insurans, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan, pengangkutan dan penyimpanan serta komunikasi. Kumpulan perkhidmatan perantaraan dianggar berkembang pesat sebanyak 10.6% pada tahun 2007 (2006: 7.6%), disokong oleh pertumbuhan dua angka dalam subsektor kewangan dan insurans, harta tanah serta perkhidmatan perniagaan. Pada masa yang sama, aktiviti subsektor pengangkutan dan penyimpanan serta komunikasi dijangka mengekalkan pertumbuhan mantap. Perkhidmatan akhir yang terdiri daripada subsektor utiliti, perdagangan borong dan runcit serta penginapan dan restoran dijangka mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 8.7% (2006: 6.1%). Kerancakan perbelanjaan isi rumah dan aktiviti pelancongan yang kukuh akan mendorong permintaan bagi perkhidmatan akhir.

Sementara itu, pertumbuhan segmen perkhidmatan perniagaan disokong oleh aktiviti broker saham, perkongsian perkhidmatan dan penyumberan luar (SSO) serta perkhidmatan teknologi maklumat (IT) yang rancak. Peningkatan volum pasaran ekuiti sebanyak 95.7% kepada 255,250 juta unit serta peningkatan nilai transaksi sebanyak 149.2% kepada RM381,570 juta dalam tempoh tujuh bulan pertama 2007 turut merangsang aktiviti broker saham (Januari-Julai 2006: 70.2%, 130,409 juta unit; 19.0%, RM153,111 juta). Indeks Komposit Kuala Lumpur ditutup tinggi pada 1,373.7 mata pada akhir Julai 2007 dengan nilai pasaran modal sebanyak RM1,077.3 bilion (akhir 2006: 1,096.2 mata; RM848.7 bilion).

Pertumbuhan subsektor harta tanah dan perkhidmatan perniagaan dianggar berkembang pesat sebanyak 15.6% pada tahun 2007 (2006: 9.9%), disokong oleh peningkatan aktiviti harta tanah dan kecergasan urus niaga pasaran ekuiti. Bagi segmen harta tanah, keseluruhan bilangan urus niaga meningkat 3.0% mencapai 26

JADUAL 3.2

Prestasi Sektor Perkhidmatan 2006-2008 (pada harga 2000) Perubahan (%)

Sumbangan kepada KDNK (%)

2006

20071

20082

2006

20071

20082

Perkhidmatan Perantaraan

Pengangkutan dan penyimpanan Komunikasi Kewangan dan insurans

5.2 6.8 7.7

7.6 7.2 10.7

7.8 7.7 9.2

3.6 3.7 10.2

3.7 3.8 10.7

3.7 3.8 11.0



Harta tanah dan perkhidmatan perniagaan

9.9

15.6

9.8

4.6

5.0

5.1

5.2 7.1 6.0 4.7

4.6 11.6 9.4 5.0

5.0 10.0 9.5 5.9

3.1 11.6 2.2 5.8

3.0 12.2 2.3 5.7

3.0 12.6 2.3 5.7

Perkhidmatan kerajaan

9.8

4.6

8.6

7.1

7.0

7.1

Jumlah

7.2

9.0

8.6

51.8

53.2

54.3

Perkhidmatan Akhir

Utiliti (elektrik, air dan gas) Perdagangan borong dan runcit Penginapan dan restoran Perkhidmatan lain

1 2

Anggaran. Unjuran.

Sumber: Jabatan Perangkaan dan Kementerian Kewangan, Malaysia.

Bagi aktiviti SSO pula, sejumlah 66 pertubuhan serantau telah diluluskan di Malaysia dalam tempoh enam bulan pertama 2007 (akhir 2006: 2,280), terdiri daripada tujuh ibu pejabat operasi, enam pusat perolehan antarabangsa, 21 pejabat serantau dan 32 pejabat perwakilan. Kebanyakan entiti tersebut terlibat dalam industri elektrik dan elektronik (E&E), kimia, penjagaan kesihatan, automotif dan logistik. Di samping itu, sebanyak 19 syarikat SSO telah diberi status Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia.

MSC Malaysia ke wilayah Koridor Utara, Selatan dan koridor ekonomi lain dijangka melonjakkan lagi subsektor perkhidmatan perniagaan. Subsektor kewangan dan insurans dijangka berkembang 10.7% pada tahun 2007 (2006: 7.7%). Perkembangan ini disokong oleh aktiviti pembiayaan kredit pengguna dan pelaburan perniagaan yang cergas serta pengenalan pelbagai rangkaian produk dan perkhidmatan baru bagi simpanan persaraan, pelaburan dan insurans. Pertumbuhan kewangan Islam turut memberi kesan positif kepada prestasi subsektor tersebut apabila penyedia perkhidmatan mengembangkan perniagaan mereka, disokong oleh peningkatan simpanan domestik dan kedudukan negara sebagai hab kewangan Islam utama. Sehingga akhir Jun 2007, jumlah pinjaman terkumpul dalam sistem perbankan meningkat 6.0% kepada RM614 bilion (akhir 2006: 6.3%; RM593 bilion), dengan pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berjumlah 17.4% dan isi rumah 56.1% (akhir Jun 2006: 17.5%; 55.5%). Peningkatan inovasi produk serta pendapatan berasaskan fi dan faedah yang lebih tinggi turut melonjakkan sistem perbankan. Sementara itu, pertumbuhan subsektor kewangan dan insurans juga disokong oleh peningkatan

Bagi perkhidmatan IT, sehingga akhir Julai 2007, terdapat 1,875 syarikat berstatus MSC Malaysia yang mana 1,394 daripadanya adalah syarikat milik tempatan termasuk 92 syarikat multinasional (MNC). Dalam tempoh tujuh bulan pertama 2007, sebanyak 147 syarikat baru telah diluluskan status MSC Malaysia (Januari-Julai 2006: 131 syarikat baru). Syarikat tersebut dijangka menyediakan 9,775 pekerjaan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM1.8 bilion dalam tempoh tiga tahun beroperasi. Dari segi teknologi, syarikat-syarikat baru tersebut terlibat dalam aktiviti multimedia kreatif (16.3%), perisian aplikasi (40.1%), mobiliti, perisian dan perkakasan terbenam (19.0%) serta perniagaan berasaskan internet (10.2%). Peluasan 27

aktiviti insurans berikutan permintaan kukuh bagi produk berkaitan pelaburan serta insurans kesihatan dan perubatan.

Industri pelancongan kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan sektor perkhidmatan. Aktiviti promosi TMM 2007 yang mantap dijangka akan terus melonjakkan prestasi sektor pelancongan. Dalam tempoh enam bulan pertama, ketibaan pelancong bertambah 24.8% kepada 10.7 juta (Januari-Jun 2006: 4.9%; 8.6 juta), membolehkan Malaysia mencapai sasaran ketibaan pelancong sebanyak 20.1 juta pada tahun 2007 dengan jumlah pendapatan sebanyak RM44.5 bilion (2006: 17.5 juta; RM38.2 bilion). Jumlah pelancong tertinggi dari Januari hingga Jun 2007 ialah dari Singapura (5.3 juta), Indonesia (910,388) dan Thailand (817,550) seperti di Carta 3.1.

Pertumbuhan subsektor perdagangan borong dan runcit dijangka kukuh pada kadar 11.6% pada tahun 2007 (2006: 7.1%), manakala subsektor penginapan dan restoran akan berkembang 9.4% (2006: 6.0%). Perkembangan yang menggalakkan ini selaras dengan perbelanjaan penggunaan swasta yang teguh disokong oleh pendapatan boleh guna yang lebih tinggi, kecergasan aktiviti perdagangan runcit dan peningkatan jumlah ketibaan pelancong seiring dengan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2007.

Industri Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) merupakan segmen yang semakin membangun bagi sektor pelancongan yang mana menyumbang sekurang-kurangnya 10.0% jumlah ketibaan pelancong di negara ini. Pada tahun 2007, sejumlah 8,375 acara MICE antarabangsa telah dirancang, melibatkan lebih daripada dua juta delegasi asing dengan pendapatan dijangka mencapai RM4.5 bilion atau pertumbuhan sebanyak 73.8% (2006: 3,148 acara; 820,243 delegasi asing; RM2.6 bilion; 12.8%). Sejajar dengan usaha menggalakkan rakyat asing menetap lebih lama di Malaysia, Kerajaan akan meneruskan usaha bagi mengukuh dan mempromosi program Malaysia Rumah KeduaKu (MM2H) secara aktif. Sejak pelancarannya pada tahun 1996 hingga akhir 2006, program ini telah berjaya menarik 9,551 peserta asing yang mana 2,021 adalah dari China, Bangladesh (1,429) dan Britain (1,049). Dalam tempoh Januari hingga Julai 2007, program ini telah berjaya menarik 940 peserta dengan bilangan tertinggi dari Britain (146), diikuti oleh Jepun (123), Bangladesh (112), Korea Selatan (111) dan China (52).

Perbelanjaan pelancong asing yang semakin bertambah dan juga perbelanjaan isi rumah yang kukuh mempunyai kesan pengganda yang positif dan ini memberi penunjuk yang baik kepada industri perdagangan runcit. Sejajar dengan usaha Kerajaan untuk mempromosi Malaysia sebagai destinasi pilihan membeli-belah, perbelanjaan bagi aktiviti membeli-belah oleh pelancong dijangka bertambah 26.3% kepada RM11.8 bilion pada tahun 2007 (2006: 25.7%; RM9.3 bilion). Kerancakan aktiviti runcit juga didorong oleh perbelanjaan pengguna tempatan yang lebih tinggi disokong oleh prospek pekerjaan dan pendapatan yang stabil serta kedudukan kredit pengguna yang menggalakkan. Kredit penggunaan meningkat 7.1% kepada RM145.2 bilion pada akhir Jun 2007 (akhir Jun 2006: 21.3%; RM136 bilion), manakala import barangan penggunaan berkembang pada kadar 5.0% kepada RM13.8 bilion (Januari-Jun 2006: 13.4%; RM13.2 bilion). Aktiviti peluasan dan pembukaan outlet perniagaan runcit yang sedia ada dan baru oleh kedua-dua pengendali rangkaian tempatan dan antarabangsa juga merangsang prestasi industri perdagangan runcit. Pada masa ini, terdapat 60 outlet pasar raya besar beroperasi di negara ini, menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 16,000 pekerja tempatan. Sementara itu, jumlah perbelanjaan pelancong asing bagi penginapan juga menyumbang kepada pertumbuhan subsektor penginapan dan restoran. Pada tahun 2007, perbelanjaan pelancong bagi penginapan dijangka melonjak 35.4% kepada RM17.4 bilion (2006: 35.4%; RM12.8 bilion) dan kekal sebagai komponen utama dalam jumlah keseluruhan perbelanjaan pelancong.

Subsektor komunikasi dijangka berkembang 7.2% pada tahun 2007 (2006: 6.8%), terutamanya berikutan pertumbuhan industri telekomunikasi. Prospek subsektor telekomunikasi kekal menggalakkan dengan pertumbuhan ketara dalam segmen selular dan jalur lebar didorong oleh usaha gigih pemasaran dan penambahbaikan kualiti perkhidmatan oleh penyedia perkhidmatan. Pada akhir Jun 2007, langganan selular adalah 21.2 juta dengan kadar penembusan 78.0% (akhir 2006: 19.5 juta; 72.3%), menyumbang kepada peningkatan penggunaan perkhidmatan suara, data dan multimedia. Peningkatan kemampuan memiliki 28

&$57$

,QGXVWUL3HODQFRQJDQ 



3HUWXPEXKDQ.HWLEDDQ3HODQFRQJ.DGDU3HQJLQDSDQ +RWHOGDQ3HQGDSDWDQ'DULSDGD3HODQFRQJ 50ELOLRQ



3HUWXPEXKDQNHWLEDDQSHODQFRQJ .DGDUSHQJLQDSDQKRWHO 3HQGDSDWDQGDULSDGDSHODQFRQJ VNDODNDQDQ



EDKDJLDQ 

3HODQFRQJ

 MXWD 

-HSXQ %UXQHL &KLQD ,QGRQHVLD 7KDLODQG 6LQJDSXUD

 



.HWLEDDQSHODQFRQJ VNDODNDQDQ

  



 







  







































6XPEHU/HPEDJD3HQJJDODNDQ3HODQFRQJDQGDQ-DEDWDQ3HUDQJNDDQ0DOD\VLD

(akhir Jun 2006: 4.5%; 3.7 juta) dan dijangka mencapai empat juta pada akhir tahun 2007. Sejajar dengan itu, pengguna jalur lebar meningkat 68.4% kepada 1.1 juta dengan kadar penembusan 4.1% (akhir Jun 2006: 84.9%; 653,100; 2.5%). Usaha berterusan penyedia perkhidmatan bagi menambah baik infrastruktur dan perkhidmatan jalur lebar di kawasan luar bandar serta pengenalan pakej yang menarik, dijangka meningkatkan lagi kadar langganan jalur lebar. Penggunaan internet tanpa wayar meningkat seiring dengan jumlah pertambahan hotspot di seluruh negara. Pada akhir Jun 2007, jumlah hotspot adalah sebanyak 1,463 (akhir Jun 2006: 1,320). Pemberian empat lesen World Interoperability for Microwave Access (WiMAX) pada Mac 2007 membolehkan operator baru menyediakan liputan yang lebih luas di kawasan bandar dan luar bandar yang dijangka akan terus meningkatkan kadar penembusan jalur lebar. Peningkatan ini sejajar dengan usaha Kerajaan untuk menambah kadar penembusan jalur lebar isi rumah kepada 50.0% menjelang 2010 dan seterusnya mengurangkan jurang digital.

telefon selular multimedia dilengkapi dengan ciri-ciri moden yang menepati gaya hidup terkini terus memacu pertumbuhan segmen selular. Di samping itu, penggunaan perkhidmatan pesanan pendek (SMS) yang tinggi turut menyumbang kepada prestasi segmen selular dengan merekod pertumbuhan pesat sebanyak 64.2% kepada 24.7 bilion mesej dalam tempoh separuh pertama 2007 (Januari-Jun 2006: 80.1%; 15.1 bilion). Langganan selular dijangka mencapai 23 juta pada akhir tahun 2007. Peningkatan kadar langganan bagi perkhidmatan generasi ketiga (3G) merupakan satu lagi faktor yang memacu industri telekomunikasi. Pada akhir Jun 2007, bilangan pengguna 3G mencapai 829,600 (akhir 2006: 406,717). Peningkatan ini berpunca daripada kemampuan memiliki telefon 3G dan tawaran yang inovatif. Selain itu, bilangan pengguna talian tetap tumbuh secara marginal sebanyak 0.3% kepada 4.4 juta (akhir Jun 2006: -0.3%; 4.3 juta), berikutan peralihan kepada perkhidmatan mudah alih. Bilangan pelanggan internet dial-up meningkat 3.6% kepada 3.9 juta pada akhir Jun 2007 29

SUMBANGAN SEKTOR PELANCONGAN KEPADA PERTUMBUHAN EKONOMI MALAYSIA PENGENALAN Pelancongan merupakan salah satu daripada industri terbesar dan pesat berkembang di dunia, menyumbang 10.3% kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dunia dan menyediakan 234 juta pekerjaan atau 8.2% daripada jumlah keseluruhan guna tenaga pada tahun 2006. United Nations World Tourism Organisation (UNWTO) mengunjurkan jumlah ketibaan pelancong antarabangsa di seluruh dunia mencapai 1.1 bilion orang menjelang 2010. Trend sebelum ini menunjukkan 80.0% daripada perjalanan pelancong antarabangsa di seluruh dunia adalah antara wilayah serantau, namun kebelakangan ini perjalanan jarak jauh telah meningkat. Perubahan ini merupakan satu perkembangan yang boleh dimanfaatkan oleh Malaysia untuk meningkatkan jumlah ketibaan pelancong dan pendapatan daripada sektor pelancongan. PERKEMBANGAN INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA Industri pelancongan telah menyumbang dengan ketara kepada ekonomi negara sejak 30 tahun yang lalu, terutamanya dari segi sumbangan kepada pendapatan tukaran asing dan pewujudan peluang pekerjaan. Sektor pelancongan di negara ini telah berubah daripada pelancongan berorientasi domestik dan wilayah serantau pada tahun 1970an kepada pelancongan secara besar-besaran pada tahun 1980an. Sejak tahun 1990an, lebih penekanan telah diberi kepada pengsegmenan pasaran pelancongan, termasuk membangunkan produk khusus untuk meningkatkan jumlah pelancong yang berbelanja tinggi serta menarik pelancong berjarak jauh. Dalam mempromosikan industri ini, sektor swasta telah digalakkan untuk membangun produk pelancongan bagi memenuhi permintaan pasaran, sementara Kerajaan menyokong inisiatif mereka dengan menyediakan infrastruktur dan kemudahan. Usaha ini memberi penekanan kepada menambah baik sumber sedia ada serta pembangunan produk pelancongan yang lebih menarik, berkualiti dan berpatutan. Antara langkah yang telah diambil bagi menggalakkan usaha sektor swasta membangunkan industri pelancongan termasuk penubuhan dua dana khusus bagi pelancongan iaitu Tabung Infrastruktur Pelancongan dan Tabung Pelancongan PKS. Dana ini bertujuan memenuhi peningkatan permintaan bagi pembiayaan mudah projek pelancongan baru serta memperluas dan menambah baik infrastruktur serta kemudahan pelancongan sedia ada. Bagi meningkatkan penyertaan penduduk tempatan dalam aktiviti ekonomi berkaitan pelancongan, Kerajaan telah memulakan program Inap Desa dan Kelab Pelancongan Pelajar. Pada tahun 2002, Program Silver Hair telah digantikan dengan Program Malaysia Rumah KeduaKu (MM2H) pada tahun 2002 bagi menggalak dan melanjutkan tempoh penginapan pelancong asing di negara ini. Bagi menambah baik perkhidmatan agensi barisan hadapan industri ini, Kerajaan telah mengadakan kursus seperti ‘Think Tourism’, ‘Eco-Host’ dan ‘Mesra Malaysia’. Sementara itu, pembangunan pelancongan mapan akan dipromosikan dan ini disokong oleh pengiktirafan Langkawi sebagai geopark pada 1 Jun 2007 oleh United Nations Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO), menjadikannya geopark pertama di Asia Tenggara dan ke-52 di dunia. langkawi adalah satu-satunya geopark di dunia yang bertaraf bebas cukai dan merangkumi 99 buah pulau. SUMBANGAN PELANCONGAN KEPADA PERTUMBUHAN EKONOMI Pendapatan pelancongan dan sumbangannya kepada KDNK Industri pelancongan telah menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan jumlah ketibaan pelancong meningkat hampir 15 kali ganda daripada 1.2 juta sejak pada tahun 1974 kepada 17.5 juta orang pada tahun 2006. Pendapatan kasar juga telah meningkat kepada RM38.2 bilion pada tahun 2006 meliputi 6.7% daripada KDNK nominal. Berikutan kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2007 telah mendapat sambutan menggalakkan, sebagaimana dicatatkan oleh peningkatan jumlah ketibaan pelancong asing dalam tempoh enam bulan pertama 2007, pendapatan kasar industri pelancongan dijangka terus meningkat dan menyumbang 7.1% kepada KDNK pada tahun 2007.

30

Jumlah terbesar ketibaan pelancong adalah dari negara ASEAN diikuti oleh Jepun, China dan Australia, manakala India dan Timur Tengah adalah pasaran yang semakin berkembang. Bagi mempercepatkan momentum pertumbuhan industri pelancongan untuk mencapai potensi sepenuhnya, usaha berterusan telah diambil untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa dan domestik. Usaha ini termasuk melaksanakan strategi promosi yang lebih fokus, membangunkan pakej dan produk yang inovatif, menjadi tuan rumah kepada acara berprofil tinggi serta menaik taraf kemudahan dan infrastruktur. Peluang Pekerjaan Industri pelancongan menyumbang dengan ketara kepada jumlah pekerjaan di negara ini. Aktiviti berkaitan pelancongan menyediakan 492,000 peluang pekerjaan pada tahun 2006, iaitu 4.4% daripada jumlah keseluruhan guna tenaga dan peningkatan 26.0% berbanding 390,600 pekerjaan atau 4.2% daripada jumlah keseluruhan guna tenaga pada tahun 2000. Bagaimanapun, peluang pekerjaan adalah lebih tinggi sekiranya kaitan kukuh antara sektor pelancongan dengan segmen ekonomi yang lain seperti sektor pengangkutan, perdagangan runcit, utiliti, makanan dan minuman serta perkhidmatan kewangan diambilkira. Di samping itu, industri pelancongan juga memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah melalui penglibatan mereka dalam aktiviti berkaitan pelancongan seperti program inap desa, aktiviti pemandu pelancong bagi pelancongan eko dan agro serta industri kraf tangan. Pelancongan dan Imbangan Pembayaran Industri pelancongan telah mencatatkan prestasi yang baik dalam beberapa tahun kebelakangan ini kecuali pada tahun 2003 apabila terimaan perjalanan berkurangan, berikutan ketegangan geopolitik di Timur Tengah dan wabak Sindrom Akut Pernafasan Teruk (SARS). Pendapatan kasar industri ini meningkat pada kadar purata 14.1% setahun dalam tempoh 2000 hingga 2006. Perbelanjaan pelancongan kekal sebagai penyumbang utama pendapatan dalam akaun perkhidmatan, menjana secara purata 45.3% daripada pendapatan kasar setiap tahun. Aliran keluar perjalanan juga meningkat berikutan semakin ramai rakyat Malaysia mengunjung negara luar untuk tujuan perniagaan, percutian, pendidikan, kesihatan dan urusan keagamaan termasuk haji. Pembayaran kasar meningkat secara purata sebanyak 11.3% setahun dalam tempoh yang sama. Walau bagaimanapun, jumlah perbelanjaan pelancong yang kukuh telah mengimbangi aliran keluar dalam akaun perkhidmatan, dicerminkan oleh aliran masuk bersih yang lebih tinggi dalam tempoh berkenaan. Aliran masuk bersih telah meningkat sekali ganda daripada RM11.2 bilion pada tahun 2000 kepada RM23.5 bilion pada tahun 2006, seterusnya mengurangkan defisit dalam akaun perkhidmatan. Bagi keseluruhan tahun, defisit akaun perkhidmatan dijangka bertambah baik berikutan usaha intensif dan bersepadu untuk menarik pelancong, sejajar dengan TMM 2007. Jadual 1 Akaun Perkhidmatan, Imbangan Pembayaran (Bersih) (RM juta) 2000

2001

2002

Perkhidmatan

-10,670

-8,366

-5,996 -15,300

Pengangkutan

-11,736 -11,352 -11,572 -13,486 -17,545 -16,433 -19,620 -18,965 -19,102

Perjalanan Perkhidmatan lain Urus niaga kerajaan 1 2

11,158 16,148 17,102

2003

25

2005

2006

20071

20082

-8,199

-9,010

-6,931

-3,985

-4,646

11,523 19,096 19,449 23,501 27,280 28,604

-10,030 -13,187 -11,242 -13,011 -62

2004

-284

-327

-9,029 -11,676 -10,378 -11,908 -13,756 -721

-350

Anggaran Unjuran

Sumber: Jabatan Perangkaan, Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kewangan, Malaysia.

31

-433

-392

-392

PELANCONGAN DOMESTIK Pelancongan domestik juga memainkan peranan penting dalam keseluruhan industri pelancongan. Sehubungan ini, pelancongan domestik terus dipromosi untuk menarik lebih ramai rakyat tempatan melancong di dalam negeri. Dikenal pasti sebagai satu sektor yang mengalami pertumbuhan pesat, pelancongan domestik boleh merangsang penggunaan swasta, mengurangkan aliran keluar tukaran asing serta menanam rasa cintakan alam semula jadi di Malaysia. Pelancongan domestik yang kukuh dan pesat juga mampu mengurangkan naik turun jumlah ketibaan pelancong akibat kesan luaran seperti bencana alam, wabak penyakit dan ancaman keselamatan. Antara faktor yang mendorong pelancongan domestik termasuk peningkatan pendapatan isi rumah dan kualiti hidup yang lebih baik. Perkembangan ini membolehkan rakyat Malaysia melancong dengan lebih kerap dan bercuti lebih lama. Peningkatan jumlah mesyuarat korporat, insentif dan retreat serta kem remaja turut menyumbang kepada pertumbuhan tinggi industri ini. Di samping itu, penawaran harga kompetitif oleh syarikat penerbangan tambang murah dan Sistem Penerbangan Malaysia serta pakej percutian domestik yang berpatutan turut merangsang pelancongan domestik. Pelaksanaan masa bekerja lima hari seminggu bagi sektor awam sejak Julai 2005 telah merancakkan lagi pertumbuhan sektor pelancongan. PROSPEK Pelancongan dijangka kekal sebagai sektor penting yang menyumbang secara ketara kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, keseluruhan dasar pelancongan adalah bertujuan mencapai potensi penuh sektor tersebut sebagai sumber pertumbuhan penting dalam menjana pendapatan, mewujudkan peluang pekerjaan, pendapatan tukaran asing dan pembangunan usahawan. Di samping TMM 2007, pihak Kerajaan melaksanakan beberapa strategi bagi meningkatkan imej Malaysia sebagai destinasi berkualiti, unggul dan berpatutan. Fokus akan diberi kepada kualiti dengan mengubah komposisi ketibaan pelancong kepada segmen jarak jauh dan berpendapatan tinggi. Bagi mencapai matlamat ini, sektor swasta disaran menghasilkan produk yang lebih menarik, kreatif dan berpatutan, terutamanya pembangunan produk khusus dan meningkatkan perkhidmatan serta kualiti bagi memenuhi permintaan pelancong berpendapatan tinggi. Melalui aktiviti promosi yang agresif dan lebih fokus, ketibaan pelancong dijangka meningkat kepada 21.5 juta pada tahun 2008 dengan jangkaan pendapatan kasar RM49 bilion dan menyumbang 7.2% kepada KDNK nominal. Menjelang tahun 2010, jumlah ketibaan pelancong dijangka bertambah kepada 24.6 juta pelancong, menjana pendapatan sebanyak RM59.4 bilion dan menyediakan 520,700 pekerjaan.

Walaupun media elektronik kini digunakan secara meluas, namun, mel konvensional kekal sebagai satu perantaraan komunikasi yang masih relevan. Jumlah keseluruhan mel (surat dan kiriman bungkusan biasa dan berdaftar) yang dikendalikan oleh Pos Malaysia Berhad (PMB) meningkat 7.8% kepada 652 juta item dalam tempoh enam bulan pertama 2007 (Januari-Jun 2006: -2.9%; 605 juta). Bilangan surat meningkat 8.0% kepada 639.7 juta item (Januari-Jun 2006: -2.6%; 592.2 juta) sementara segmen kiriman bungkusan merosot 11.9% kepada 587,977 item (Januari-Jun 2006: 12.0%; 667,161). Meskipun kemerosotan berlaku dalam tempoh separuh pertama 2007, segmen kiriman bungkusan dijangka meningkat semula dalam tempoh separuh kedua dengan mencatat pertumbuhan 8.9% kepada 1.4

juta bagi keseluruhan tahun 2007 (2006: 5.9%; 1.3 juta). Sebahagian besar peningkatan aktiviti kiriman bungkusan ini didorong oleh pertambahan permintaan terutama pada musim perayaan utama dan cuti akhir tahun. Sungguhpun terdapat persaingan daripada penyedia perkhidmatan penghantaran ekspres dari dalam dan luar negara, perkhidmatan kurier PMB terus mencatat pertumbuhan kukuh dengan bilangan kendalian item meningkat 14.5% dalam tempoh enam bulan pertama 2007 (Januari-Jun 2006: -26.8%). Usaha penambahbaikan berterusan dalam meningkatkan kemampuan operasi PMB melalui rangkaian pejabat pos dan outlet, penawaran produk baru serta penambahan mod pembayaran melalui kad kredit dan e-pembayaran menyokong pertumbuhan dalam segmen kiriman pos. 32

Bagi perkhidmatan penyiaran, kemampuan komunikasi satelit Malaysia dijangka meningkat tiga kali ganda berikutan pelancaran Measat-3 pada Disember 2006. Measat-3 berupaya menyokong peningkatan permintaan bagi perkhidmatan komunikasi generasi berikutnya, seperti siaran televisyen direct-to-home (DTH), liputan jalur lebar dan capaian hubungan di kawasan terpencil. ASTRO, penyedia perkhidmatan DTH, mempunyai 2.3 juta pelanggan dengan kadar penembusan sebanyak 35.4 per 100 isi rumah pada akhir Mac 2007 (akhir 2006: 2.2 juta; 34.5%). Kemudahan Measat-3 bukan sahaja membolehkan rakyat Malaysia menikmati pilihan yang lebih luas malah akses yang lebih mudah melalui rangkaian internet berkelajuan tinggi.

Di samping itu, pelabuhan-pelabuhan utama tersebut telah mengambil pelbagai inisiatif untuk menyediakan beberapa perkhidmatan sokongan. Pelabuhan Klang telah mempelbagaikan aktiviti perniagaannya dengan mengendalikan perkhidmatan tambah nilai seperti pusat pengagihan (distripark), hab halal, pusat transit kenderaan, kendalian kargo konvensional dan perdagangan dengan kapal bersaiz kecil. PTP pula menguruskan 800 hektar Zon Bebas Pelepas dengan menyediakan kemudahan untuk aktiviti komersial dan perindustrian. Syarikat yang beroperasi dalam zon bebas tersebut terlibat dalam penyediaan perkhidmatan logistik yang menyeluruh, pengagihan dan penggudangan; membina, membaiki dan menyelenggara kapal; dan pembuatan elektronik, sistem penggerudian bagi industri minyak dan gas serta kanta lekap. Memandangkan PTP adalah sebahagian dari koridor ekonomi Selatan, pelaburan dalam zon bebas dijangka meningkat dan seterusnya menjana kendalian kargo tempatan.

Pertumbuhan subsektor pengangkutan dan penyimpanan dijangka meningkat 7.6% pada tahun 2007 (2006: 5.2%), disokong oleh prestasi perjalanan yang kukuh dan kecergasan aktiviti berkaitan perdagangan. Sejajar dengan peningkatan perdagangan kontena dunia, kendalian kontena di tujuh pelabuhan utama (Klang, Johor, Tanjung Pelepas (PTP), Kuantan, Pulau Pinang, Bintulu dan Kuching) mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 14.7% kepada 7.3 juta twenty-foot equivalent units (TEUs) dalam tempoh separuh pertama 2007 (JanuariJun 2006: 9.6%; 6.3 juta TEUs). Prestasi yang menggalakkan ini disokong oleh peningkatan kecekapan, produktiviti dan kapasiti pelabuhan. Aktiviti pendalaman dermaga, penambahan bilangan tambatan kapal untuk menarik lebih banyak syarikat perkapalan dengan kapal bersaiz besar serta usaha berterusan peningkatan kemudahan dan perkhidmatan telah merancakkan lagi aktiviti di pelabuhan. Pelabuhan Klang yang terdiri daripada Northport dan Westports telah mengendali 3.4 juta TEUs, menyumbang 46.6% kepada jumlah keseluruhan kendalian kontena, manakala PTP mengendali 2.7 juta TEUs bersamaan 37.5% jumlah kendalian kontena. Sementara itu, bilangan kapal yang berlabuh di tujuh pelabuhan utama tersebut meningkat kepada 21,729 (Januari-Jun 2006: 21,710 kapal) dengan Pelabuhan Klang menguasai 38.4% daripada jumlah kapal berlabuh. Pelabuhan Klang dan PTP kekal tersenarai dalam 20 Pelabuhan Kontena Utama Dunia sejak 2003.

Pengangkutan darat terus mencatat pertumbuhan positif, disokong oleh penambahan infrastruktur serta peningkatan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Bilangan kenderaan di lebuh raya bertol meningkat kepada 551 juta dalam tempoh separuh pertama 2007 (Januari-Jun 2006: 545 juta). Purata harian bilangan penumpang bagi perkhidmatan bas RapidKL meningkat kepada 161,000 pada akhir Jun 2007 (akhir Jun 2006: 104,000). Prestasi yang menggalakkan ini adalah berikutan pertambahan bilangan bas, peningkatan kekerapan perkhidmatan, peluasan kawasan perkhidmatan dan harga yang inovatif. Perkhidmatan bas awam juga terus meningkat dengan bermulanya operasi RapidPenang pada 31 Julai 2007. Penggunaan perkhidmatan rel bandar di Lembah Klang dan kawasan sekitarnya meningkat 4.5% kepada 82 juta penumpang (Januari-Jun 2006: 2.8%; 78.5 juta) berikutan pengenalan sistem tiket berintegrasi, peningkatan kapasiti, tambang mampu bayar serta perkhidmatan yang lebih cekap. Pertumbuhan tersebut juga disokong oleh tambahan perkhidmatan komuter baru antara Rawang-Rasa bermula April 2007 yang dijangka menambah bilangan penumpang sebanyak dua juta orang setahun. Peningkatan perkhidmatan rel bandar adalah selaras dengan usaha Kerajaan 33

untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.

Penerbangan Malaysia (MAS) yang beroperasi dari Pulau Pinang mulai April 2007. Pada akhir Julai 2007, bilangan penumpang Firefly adalah sebanyak 47,146 orang. Prospek pengangkutan udara akan terus meningkat dengan cadangan AirAsia X melancarkan perkhidmatan tambang murah jarak jauh dalam tempoh suku keempat 2007.

Sementara itu, bilangan penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) antara bandar merosot 7.7% kepada 1.7 juta (Januari-Jun 2006: 8.5%; 1.9 juta), dengan kutipan hasil berkurangan 3.1% kepada RM32.8 juta (Januari-Jun 2006: 7.8%; RM33.9 juta). Walau bagaimanapun, hasil kargo KTMB mencatat peningkatan kukuh sebanyak 8.4% kepada RM58.7 juta (Januari-Jun 2006: 0.3%; RM54.1 juta) berikutan permintaan tinggi dan tawaran perkhidmatan yang lebih baik ekoran penggunaan lokomotif berkuasa tinggi. Lokomotif berkuasa tinggi ini mampu mengurangkan masa perjalanan serta mengangkut volum barangan yang lebih besar dengan penambahan bilangan gerabak. Kemajuan ketara telah dicapai di kawasan utara dalam pengendalian kargo antara Padang Besar dan Pelabuhan Pulau Pinang, terutamanya pengangkutan produk berasaskan getah dan makanan tin yang diproses dari Selatan Thailand. Selain itu, pelaksanaan projek landasan berkembar elektrik Rawang-Ipoh dijangka meningkatkan lagi bilangan penumpang dan kendalian kargo.

Volum kargo udara kendalian Malaysia Airports Holdings Berhad merosot 9.6% kepada 464 juta tan dalam tempoh enam bulan pertama 2007 (JanuariJun 2006: 7.8%; 513.5 juta tan). Kemerosotan ini disebabkan eksport barangan elektronik yang lebih perlahan. Walau bagaimanapun, volum kargo udara dijangka meningkat dalam tempoh separuh kedua 2007 selaras dengan jangkaan peningkatan eksport produk tersebut. Pertumbuhan subsektor utiliti dijangka sebanyak 4.6% pada tahun 2007 (2006: 5.2%). Jualan elektrik naik 4.8% dalam tempoh separuh pertama 2007 berikutan peningkatan aktiviti perdagangan, industri dan isi rumah (Januari-Jun 2006: 3.5%). Dalam tempoh tersebut, permintaan maksimum bekalan elektrik mencecah tahap tertinggi iaitu 13,409 megawatt (MW) pada Mac 2007 (JanuariJun 2006: 12,842 MW; Jun). Di samping itu, bekalan air kepada pengguna merekodkan pertumbuhan 2.6% kepada 6,247 juta liter sehari (mld) (Januari-Jun 2006: 5.3%; 6,088 mld), manakala jumlah penggunaan bermeter meningkat 4.1% kepada 3,983 mld (Januari-Jun 2006: 4.0%; 3,827 mld).

Pertumbuhan segmen pengangkutan udara dirangsang oleh peningkatan berterusan bilangan penumpang walaupun volum kargo menguncup. Dalam tempoh enam bulan pertama 2007, bilangan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) meningkat 7.3% kepada 12.5 juta (Januari-Jun 2006: 5.4%; 11.7 juta). Peningkatan ini disebabkan sebahagiannya oleh pertambahan jumlah ketibaan pelancong serta penyertaan lebih banyak syarikat penerbangan antarabangsa. Penggunaan perkhidmatan tambang murah AirAsia meningkat dengan pesat sebanyak 42.6% kepada 4.5 juta penumpang (Januari-Jun 2006: 37.2%; 3.1 juta). Permintaan untuk perjalanan tambang murah dirangsang oleh promosi agresif serta harga yang kompetitif semasa musim perayaan dan percutian. Penerbangan tersebut juga telah mendapat manfaat daripada routing berkualiti serta peningkatan kekerapan dan sambungan penerbangan. Volum penumpang tambang murah terus meningkat melalui perkhidmatan Firefly iaitu anak syarikat Sistem

Subsektor perkhidmatan lain yang terdiri daripada perkhidmatan kemasyarakatan, sosial dan persendirian serta sewa tertaksir daripada kediaman yang diduduki oleh pemilik dianggar kukuh dengan pertumbuhan 5.0% pada tahun 2007 (2006: 4.7%). Pertumbuhan ini berpunca daripada pengembangan aktiviti perkhidmatan kesihatan dan pendidikan swasta. Sehingga akhir Jun 2007, terdapat 525 institusi pendidikan tinggi swasta merangkumi 36 universiti dan 489 kolej swasta. Bilangan pelajar asing di Malaysia dijangka bertambah 8.4% kepada 51,310 pelajar pada tahun 2007 (2006: 13.9%; 47,320 pelajar), yang mana 39,260 adalah pelajar institusi

34

pendidikan swasta. Sementara itu, jumlah warga asing yang mendapatkan rawatan dijangka bertambah dengan adanya promosi besar-besaran program pelancongan kesihatan dan peningkatan kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan yang ditawarkan di negara ini. Majoriti pesakit tersebut adalah dari Indonesia, mewakili 79.2% daripada jumlah keseluruhan, manakala selebihnya dari Jepun, Eropah, India, China, Amerika Syarikat (AS), Singapura, Australia dan Korea.

&$57$

3UHVWDVL6HNWRU3HPEXDWDQ SHUXEDKDQWDKXQDQ 





 -XDODQ





Pertumbuhan subsektor perkhidmatan kerajaan dianggar pada kadar 4.6% (2006: 9.8%), mencerminkan perbelanjaan yang tinggi bagi perkhidmatan kerajaan. Pertambahan perbelanjaan Kerajaan ini berikutan peningkatan penawaran dan penambahbaikan kualiti perkhidmatan awam.

(NVSRUW 







2XWSXW



Sektor Pembuatan Pengeluaran dipacu industri berorientasi domestik…



Sektor pembuatan dijangka mencatat pertumbuhan 3.1% pada tahun 2007 (2006: 7.1%) disokong oleh industri berorientasi domestik terutamanya industri berasaskan produk kimia, makanan dan industri berkaitan pembinaan. Dalam tempoh separuh pertama 2007, permintaan luar yang perlahan terutamanya bagi produk E&E, tekstil dan pakaian serta jentera dan peralatan memberi kesan kepada keseluruhan sektor pembuatan yang mencatat pertumbuhan 0.5% (Januari-Jun 2006: 8.8%).



6

6



6

6

6

6

6



6

6

6





6XPEHU-DEDWDQ3HUDQJNDDQ0DOD\VLD

penggunaan kapasiti sektor pembuatan meningkat tinggi kepada 80.4%, terutamanya bagi produk berasaskan getah, kertas dan kimia. Output industri berorientasi domestik, seperti Jadual 3.3, meningkat dengan lebih pesat sebanyak 5.3% dalam tempoh enam bulan pertama 2007 (Januari-Jun 2006: 5.0%). Dalam tempoh tersebut, kumpulan industri utama seperti makanan dan minuman serta industri berkaitan pembinaan mencatat pertumbuhan dua angka.

Pengeluaran industri berorientasi domestik merekodkan pertumbuhan 5.3% sementara industri berorientasi eksport menyusut 1.9% dalam tempoh enam bulan pertama (Januari-Jun 2006: 5.0%; 11.1%). Walaupun output industri berorientasi eksport mencatat penyusutan, ia masih menjadi penyumbang utama kepada keseluruhan output sektor pembuatan. Sementara itu, nilai jualan sektor pembuatan meningkat 2.9% kepada RM248 bilion (Januari-Jun 2006: 9.4%; RM241 bilion) disumbangkan terutamanya oleh penjualan produk injap dan tiup elektronik serta besi dan keluli asas. Dalam tempoh tersebut,

Industri kimia dan produk kimia, termasuk kimia pertanian dan perindustrian, produk kosmetik dan dandanan diri, cat serta sabun, merupakan penyumbang utama kepada sektor pembuatan. Walaupun harga minyak mentah meningkat lebih tinggi dalam tempoh enam bulan pertama 2007, output industri ini berkembang dengan kukuh sebanyak 9.2% (Januari-Jun 2006: 1.7%) serta meningkatkan sumbangan kepada 10.0% daripada keseluruhan pengeluaran sektor pembuatan dalam tempoh tersebut. Industri kimia 35

JADUAL 3.3

Indeks Pengeluaran Pembuatan Januari-Jun (2000 = 100)



Indeks



Industri

2006

2007

Perubahan (%) 2006 2007

Industri berorientasi eksport Produk elektronik dan elektrik Produk petroleum Tekstil, pakaian dan kasut Kayu dan produk kayu produk getah Jentera dan kelengkapan Instrumen saintifik, optik dan perubatan Industri berorientasi domestik Kimia dan produk kimia Produk galian bukan logam dan yang berkaitan Produk plastik produk makanan Kelengkapan pengangkutan Pemprosesan luar estet produk logam yang direka logam asas Kertas dan produk kertas Minuman Produk tembakau Jumlah

137.1 140.1 157.0 89.2 111.0 137.8 127.9 114.5 136.6 139.4 112.9 178.1 130.3 156.3 128.1 148.2 103.5 127.0 107.3 85.3 136.9

134.5 132.2 170.5 80.2 114.7 148.8 110.4 126.0 143.8 152.2 120.4 171.6 146.9 126.6 118.1 187.0 121.6 146.0 112.1 85.0 137.6

11.1 13.4 11.9 12.6 0.9 0.4 -1.7 8.3 5.0 1.7 -1.9 21.7 1.1 5.3 1.4 20.0 -6.9 4.1 -6.8 -7.0 8.8

-1.9 -5.6 8.6 -10.1 3.3 8.0 -13.7 10.0 5.3 9.2 6.6 -3.6 12.7 -19.0 -7.8 26.2 17.5 14.9 4.5 -0.3 0.5



Bahagian (%) 2006 2007 63.7 39.5 12.2 2.5 3.0 3.4 1.9 1.1 36.3 9.2 3.9 5.4 3.6 3.7 3.0 3.4 1.9 1.8 0.4 0.2 100.0

63.3 38.3 13.4 2.2 3.0 3.9 1.5 1.1 36.7 10.0 3.7 5.2 3.9 2.7 2.7 3.7 2.0 1.9 0.5 0.2 100.0

Sumber: Jabatan Perangkaan dan Kementerian Kewangan, Malaysia.

asas merekodkan pertumbuhan menggalakkan sebanyak 11.8% (Januari-Jun 2006: 1.3%), didorong oleh pengeluaran gas perindustrian yang lebih tinggi berikutan peningkatan aktiviti dalam industri pembuatan domestik lain dan permintaan luar yang lebih tinggi. Bagaimanapun, harga input yang lebih tinggi dalam industri oleokimia, terutama minyak sawit mentah (CPO) telah mengakibatkan pengeluaran produk isi rumah dan penjagaan diri menyusut 16.0% serta farmaseutikal sebanyak 36.0% (JanuariJun 2006: 15.6%; 9.2%). Walau bagaimanapun, keseluruhan output industri oleokimia dijangka terus meningkat dalam tempoh separuh kedua disebabkan pengeluar mendapat jaminan bekalan CPO yang mencukupi daripada pelaburan mereka di luar negara. Pengeluaran bagi racun perosak, baja dan produk kimia pertanian lain bertambah 15.6%, manakala jualannya sebanyak 3.4% (Januari-Jun 2006: -6.6%; 17.8%) dalam tempoh yang sama, sejajar dengan peningkatan yang lebih tinggi bagi permintaan luar dan penggunaan domestik oleh sektor pertanian.

Output industri berkaitan pembinaan, seperti Jadual 3.4, terus berkembang dengan ketara sebanyak 30.8% (Januari-Jun 2006: 4.3%) disumbangkan oleh pertumbuhan kukuh dalam produk besi asas dan keluli serta produk struktur logam. Pengeluaran kedua-dua logam ini melonjak sebanyak 29.5% dan 62.1%, berikutan peningkatan pelaksanaan projek di bawah RMKe-9. Di samping itu, dengan jangkaan peningkatan permintaan pasaran harta tanah serta bermulanya operasi kilang baru, prospek industri keluli tempatan kekal menggalakkan. Ini dijangka meningkatkan purata penggunaan kapasiti pengeluaran kilang, terutamanya bagi industri produk kepingan besi kepada paras melebihi 65.0%. Begitu juga pengeluaran produk galian bukan logam, meningkat lebih tinggi sebanyak 13.1% dalam tempoh separuh pertama 2007 (Januari-Jun 2006: -2.6%), berikutan industri simen hidraulik dan konkrit siap dibancuh terus mendapat manfaat daripada pelaksanaan Sistem Bangunan Perindustrian dalam sektor pembinaan. Keadaan ini telah membantu industri berkaitan 36

dan getah, telah merosot 7.8% (Januari-Jun 2006: 1.4%) disebabkan oleh kekangan bekalan susu getah dan CPO. Industri produk plastik mengalami pengurangan output sebanyak 3.6% dan juga jualan sebanyak 0.7% (Januari-Jun 2006: 21.7%; 13.3%), disebabkan oleh pengurangan permintaan komponen dari industri E&E dan kelengkapan pengangkutan serta bekalan stok petroleum yang rendah. Ini dicerminkan oleh penguncupan mendadak dalam pengeluaran beg dan filem plastik sebanyak 25.1% serta produk tiupan teracu plastik sebanyak 14.0% (JanuariJun 2006: 44.9%; 1.1%). Bagaimanapun, produk acuan suntikan plastik terus mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 20.1% (Januari-Jun 2006: 17.5%), sebahagiannya disebabkan peningkatan permintaan bagi bahan pembungkusan oleh industri minuman serta komponen plastik industri automotif, khususnya bagi pasaran eksport.

JADUAL 3.4

Pertumbuhan Industri Berkaitan Pembinaan Januari-Jun (2000 = 100)



Perubahan (%)

Bahagian (%)

2006

2007

2006

2007

4.3

30.8

7.5

7.4

-0.9

-2.7

1.6

1.4

Produk galian bukan logam

-2.6

13.1

2.3

2.2

Produk struktur logam, tangki, takungan dan penjana wap

39.7

62.1

1.1

1.2

Dawai, produk dawai dan kancing logam

36.3

-11.3

0.8

0.8

-10.6

29.5

0.8

0.9

-2.8

10.9

0.9

0.9

Industri Berkaitan Pembinaan Kaca dan produk kaca

Besi asas dan keluli Logam asas berharga dan bukan ferus

Output kelengkapan pengangkutan yang terjejas oleh kemerosotan berterusan jualan kenderaan bermotor di pasaran tempatan sejak Jun 2006 terus menyusut 19.0% dalam tempoh

Sumber: Jabatan Perangkaan dan Kementerian Kewangan, Malaysia.

pembinaan mengimbangi penguncupan 20.0% yang dialami oleh produk seramik refraktori.

&$57$

3UHVWDVL,QGXVWUL%HURULHQWDVL'RPHVWLN 7HUSLOLK

Output industri produk makanan meningkat dengan ketara 12.7% (Januari-Jun 2006: 1.1%). Peningkatan ini dipacu oleh pengeluaran yang lebih tinggi dalam pemprosesan dan pengawetan ikan dan produk ikan yang meningkat 27.1%, seiring dengan pertambahan hasil pendaratan ikan laut. Tambahan pula, peningkatan produk makanan yang memberangsangkan juga dihasilkan oleh pertambahan pengeluaran hasil tenusu (16.0%) dan produk bijirin (7.0%) khususnya peningkatan 17.7% keluaran pengilangan beras yang mendapat manfaat daripada penghasilan padi yang tinggi. Sementara itu, industri produk makanan lain terutamanya produk penapisan gula dan biskut turut mencatat pertumbuhan dua angka antara 23.0% dan 25.0%. Prestasi lebih baik industri produk makanan juga didorong oleh kesungguhan industri untuk bergerak seiring dengan kemajuan teknologi dan pilihan pengguna.

SHUXEDKDQWDKXQDQ  

  3URGXNSODVWLN





























6

6

6 

6

6

6 6 

6XPEHU-DEDWDQ3HUDQJNDDQ0DOD\VLD

37



3URGXNPDNDQDQ



pengeluaran beberapa kumpulan utama industri berorientasi domestik, seperti industri pemprosesan luar estet, plastik dan kelengkapan pengangkutan menunjukkan trend penurunan. Output industri pemprosesan luar estet, sebahagian besarnya merangkumi minyak sawit



.LPLD GDQ SURGXN NLPLD

6

6

6 



industri instrumen perubatan, optik dan saintifik serta industri berasaskan sumber terutamanya produk getah dan petroleum. Pengeluaran instrumen perubatan, optik dan saintifik didorong oleh permintaan tinggi dari perkhidmatan kesihatan, manakala peningkatan pertumbuhan dalam industri berasaskan getah pula didorong oleh pertambahan permintaan industri automotif, terutamanya di China. Begitu juga dengan peningkatan tinggi industri berasaskan kayu yang mendapat manfaat inovasi dalam pengeluaran perabot kayu untuk pasaran dunia dan juga memenuhi permintaan industri pembinaan tempatan.

&$57$

2XWSXW6HNWRU3HPEXDWDQ SHUXEDKDQWDKXQDQ 





 ,QGHNV3HQJHOXDUDQ3HULQGXVWULDQ ,QGXVWUL%HURULHQWDVL'RPHVWLN ,QGXVWUL%HURULHQWDVL(NVSRUW ,QGHNV3HQJHOXDUDQ3HPEXDWDQ



















6

6

6 

6

6

6

6



6

6

6

Output industri E&E, seperti Jadual 3.5, menguncup 5.6% (Januari-Jun 2006: 13.4%) disebabkan permintaan dunia yang berkurangan. Pengeluaran semikonduktor mengalami pertumbuhan negatif 0.3% (Januari-Jun 2006: 14.8%) sementara kelengkapan pejabat, mesin kira dan kelengkapan komputer seperti audio visual merosot 18.0% manakala kelengkapan komunikasi sebanyak 14.5% (Januari-Jun 2006: 26.1%; 1.7%). Industri semikonduktor dunia menghadapi persaingan hebat disebabkan pengeluar melabur dalam pengeluaran cip bermemori tinggi pada harga purata yang lebih rendah.





6XPEHU-DEDWDQ3HUDQJNDDQGDQ.HPHQWHULDQ.HZDQJDQ0DOD\VLD

separuh pertama 2007 (Januari-Jun 2006: 5.3%). Keadaan ini disebabkan sebahagiannya oleh syarat pinjaman sewa beli yang lebih ketat serta kenaikan harga petrol dan diesel. Kemelesetan pasaran kereta terpakai turut menjejaskan prestasi keseluruhan industri kelengkapan pengangkutan. Trend menurun ini mengakibatkan penguncupan pengeluaran alat ganti dan komponen automotif sebanyak 13.4% (Januari-Jun 2006: 22.5%). Bagaimanapun, industri ini dijangka pulih dalam tempoh separuh kedua 2007 berikutan peningkatan pendapatan boleh guna dan pengenalan beberapa model baru. Usaha menembusi pasaran automotif China oleh pengeluar tempatan juga akan meningkatkan pengeluaran dan jualan kereta penumpang serta memantapkan prestasi industri kelengkapan pengangkutan.

JADUAL 3.5

Pertumbuhan Industri E&E Januari-Jun (2000 = 100) Perubahan (%) 2006

2007

2006

2007

Jumlah Pembuatan

8.8

0.5

100.0

100.0

Jumlah produk E&E

13.4

-5.6

39.5

38.3

14.8

-0.3

24.4

24.6

1.7

-14.5

6.0

5.5

Mesin pejabat, perakaunan dan pengiraan

26.1

-18.0

6.9

6.2

Jentera dan perkakas elektrik

-7.2

13.9

1.6

1.8

6.3

-53.5

0.3

0.2

Semikonduktor dan lainlain komponen Perkakas komunikasi dan visual audio

Industri berorientasi eksport menyusut dalam tempoh enam bulan pertama 2007 berikutan penurunan permintaan global produk E&E, terutama mesin pejabat, dan perakaunan serta peralatan video dan komunikasi. Walau bagaimanapun, pertumbuhan disokong oleh pengukuhan dalam

Peralatan domestik

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.

38

Bahagian (%)

Namun begitu, pengeluaran kelengkapan dan peralatan elektrik mencatat peningkatan pesat 13.9%. Memandangkan kepentingan subsektor E&E yang merangkumi 38.3% daripada pengeluaran sektor pembuatan, usaha sedang diambil untuk memajukan kluster E&E. Antara langkah yang telah dilaksanakan ialah pembangunan produk dan perkhidmatan yang lebih inovatif dan bernilai tambah tinggi, terutamanya di bidang pembungkusan dan litar bersepadu termaju. Penggunaan kapasiti industri E&E kekal tinggi melebihi 80.0% memandangkan pengeluar menjangka prestasi yang lebih baik dalam tempoh separuh kedua 2007.

Output instrumen perubatan, optik dan saintifik mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 10.0% dalam tempoh enam bulan pertama 2007 (Januari-Jun 2006: 8.3%). Ini disumbangkan terutamanya oleh peningkatan permintaan untuk kelengkapan perubatan dan pembedahan serta peralatan ortopedik yang merekodkan pertumbuhan dua angka 37.8% (Januari-Jun 2006: 17.5%). Jangkaan pertumbuhan yang mantap ini dijangka disebabkan peningkatan permintaan dalam dan luar negara, terutamanya dari rantau Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). Ini sejajar dengan usaha menaiktarafkan kemudahan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan, hospital dan klinik swasta serta kesedaran pengguna terhadap penjagaan kesihatan. Kelengkapan perubatan dan pembedahan serta peralatan ortopedik semakin menjadi produk eksport niche bagi Malaysia. Dalam kumpulan instrumen optik dan saintifik, pengeluaran jam tangan dan jam telah pulih dan merekodkan 10.0% pertumbuhan (JanuariJun 2006: -0.4%) manakala jualan meningkat 12.5% (Januari-Jun 2006: -14.8%). Pengukuhan jualan ini mencerminkan usaha berterusan oleh industri untuk meningkatkan pengeluaran produk yang bertepatan serta bernilai sederhana dan tinggi bagi memenuhi cita rasa pengguna yang berubah-ubah.

Industri berasaskan kayu berintensif modal, mengandungi veneer, produk panel, ukiran, perabot dan lekapan, berkembang 3.3% dalam tempoh separuh pertama 2007 (Januari-Jun 2006: 0.9%). Pertumbuhan didorong terutamanya oleh pengeluaran tinggi papan berlamina sebanyak 5.4% dan veneer sebanyak 2.3% (Januari-Jun 2006: -15.2%; 5.9%). Jumlah eksport yang tinggi untuk pasaran utama seperti Jepun dan EU turut menyumbang kepada pertumbuhan industri ini. Pertambahan permintaan komponen perabot yang ditempah khas serta peningkatan kesedaran untuk produk kayu papan bergergaji berkualiti tinggi dan disahkan di kalangan pembuat perabot dijangka terus meningkatkan pertumbuhan industri berkaitan.

Sejajar dengan pengeluaran minyak mentah yang rendah, output produk petroleum tumbuh sederhana 8.6% dalam tempoh enam bulan pertama 2007 (Januari-Jun 2006: 11.9%). Bekalan stok yang rendah dan permintaan luar yang berkurangan mengakibatkan pertumbuhan yang lebih perlahan sebanyak 0.9% jualan produk petroleum bertapis (Januari-Jun 2006: 23.7%). Harga purata minyak mentah Tapis yang tinggi pada USD69 satu tong dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2007 sama pula menyebabkan kos input yang tinggi untuk produk petroleum.

Industri berasaskan getah merekodkan pertumbuhan 8.0% (Januari-Jun 2006: 0.4%), menyumbang 3.9% kepada pengeluaran pembuatan. Sejajar dengan permintaan domestik dan luar yang tinggi, jualan produk getah juga bertambah 7.4% (Januari-Jun 2006: 34.6%) dalam tempoh yang sama. Sarung tangan getah yang merupakan komponen terbesar industri berasaskan getah kembali pulih dan merekodkan pertumbuhan 3.6% (Januari-Jun 2006: -1.8%), hasil daripada penggunaan yang lebih tinggi dalam perkhidmatan kesihatan. Jualan catheters berasaskan susu getah turut mencatat pertumbuhan 66.5% (Januari-Jun 2006: -21.9%). Permintaan sarung tangan getah dan catheters buatan Malaysia amat memberangsangkan kerana diperbuat daripada susu getah asli yang mempunyai keunikan campuran bahan yang menghasilkan sifat kekenyalan dan kekuatan tegangan yang tinggi serta ciri pembentukan filem yang baik.

Pengeluaran industri tekstil, pakaian dan kasut menyusut 10.1% dalam tempoh enam bulan pertama 2007 (Januari-Jun 2006: 12.6%). Penurunan ini adalah disebabkan penguncupan 21.4% dalam output tekstil dan 2.5% dalam pengeluaran pakaian (JanuariJun 2006: 9.8%; 31.4%), berpunca daripada persaingan hebat negara pengeluar berkos rendah, terutamanya China, India, Thailand dan 39

MEMPERGIATKAN INDUSTRI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK MALAYSIA PENGENALAN Industri elektrik dan elektronik (E&E) adalah penggerak utama pembangunan perindustrian di Malaysia dan merupakan penyumbang penting kepada pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar (KDNK), pendapatan eksport, pelaburan dan pekerjaan. Artikel ini menganalisis status industri E&E tempatan dan mengetengahkan usaha Kerajaan dalam mempergiatkan pengeluar tempatan untuk bergerak dalam rantaian nilai lebih tinggi, ke arah mencapai potensi mereka yang sepenuhnya dalam industri ini. DASAR DAN STRATEGI UNTUK MEMPROMOSI E&E DI MALAYSIA Pada tahun 1960an, dasar perindustrian negara lebih berciri pandang ke dalam, dengan memberi tumpuan kepada penggantian import dan industri berintensif buruh bagi menangani kadar pengangguran yang tinggi. Di samping itu, projek perindustrian juga digalakkan untuk ditempatkan di kawasan kurang membangun bagi mengatasi ketidakseimbangan pembangunan wilayah. Ini dipermudah dengan Ordinan Industri Perintis (Pelepasan Cukai Pendapatan), 1958 dan Akta Penggalakan Pelaburan, 1968 yang menyediakan pelepasan cukai atau taraf perintis kepada pelabur. Bagaimanapun, pembangunan perindustrian dibatasi oleh pasaran domestik yang kecil dan modal yang terhad serta kadar pengangguran yang kekal tinggi. Dengan mengenal pasti batasan yang ada pada dasar pandang ke dalam, proses perindustrian telah beranjak secara strategik ke arah industri berorientasi eksport pada tahun 1970an. Anjakan ini telah menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan melalui industri berintensif buruh dan eksport seperti elektrik dan tekstil. Menyedari usaha penempatan semula syarikat multinasional (MNC) untuk mengurangkan kos operasi, pelbagai insentif dan kemudahan telah disediakan bagi menarik syarikat tersebut ke Malaysia. Ini termasuk pembangunan estet perindustrian, zon perdagangan bebas dan gudang pembuatan tempatan. Antara insentif cukai yang disediakan ialah pelepasan cukai import bahan mentah dan Elaun Pelaburan Semula. Hasilnya, terdapat pengaliran masuk ketara pelaburan langsung asing (FDI), terutamanya dalam industri E&E dengan pembinaan kilang semikonduktor yang pertama di Pulau Pinang pada tahun 1972. Industri E&E semakin berkembang dengan pembentukan kluster di Pulau Pinang dan Lembah Klang, seterusnya ke Melaka, Kulim dan Johor Bahru. Pada penghujung 2006, lebih daripada 1,600 syarikat telah beroperasi dan menyediakan pekerjaan kepada lebih daripada 433,800 orang. Rancangan Malaysia Kesembilan Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) Industri E&E, khususnya elektronik, telah disasarkan sebagai salah satu industri utama untuk meningkat ke arah penerimaan teknologi dan menghasilkan output bernilai tambah yang lebih tinggi. Sehubungan itu, kluster E&E di Wilayah Ekonomi Koridor Utara merangkumi Pulau Pinang dan Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) akan terus dibangunkan. Satu hab elektronik berteknologi tinggi yang diterajui oleh sektor swasta diwujudkan untuk melengkapi KHTP. Kehadiran MNC dalam industri ini akan kekal signifikan. Bagaimanapun, pengeluar tempatan telah membangunkan kepakaran dan kemahiran bagi menyokong keperluan MNC untuk peralatan dan komponen. Pengeluar tempatan digalak bergerak ke arah rantaian nilai lebih tinggi melalui peningkatan keupayaan reka bentuk dan pembangunan produk tempatan untuk memenuhi permintaan produk bernilai tinggi dan canggih. Dalam persekitaran antarabangsa yang kompetitif, pengeluar tempatan juga perlu menjalin permuafakatan antara sesama mereka, institusi penyelidikan dan MNC bagi meningkatkan keupayaan inovasi untuk bergerak ke aktiviti bernilai tinggi dalam rantaian nilai E&E. Pelan Induk Perindustrian Ketiga Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3) menyediakan pelan tindakan yang jelas bagi menggerakkan industri E&E ke rantaian nilai yang lebih tinggi. Antara strateginya adalah:

• •

Memperkukuh dan memperdalam subsegmen semikonduktor; Memperdalam dan memperluas pembangunan rantaian nilai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT);

40

• • • •

Meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta reka bentuk; Mempromosi dan mengaplikasi teknologi baru muncul; Mengintegrasi syarikat tempatan ke dalam rantaian bekalan serantau dan dunia; dan Menyediakan sumber tenaga mahir.

Di samping itu, IMP3 mencadangkan pengukuhan institusi sokongan termasuk pakej skim bantuan menyeluruh bagi menggalakkan pelaburan serta meluaskan peranan dan fungsi persatuan industri. Dengan pelaksanaan pelan tindakan yang komprehensif ini, industri E&E dijangka akan terus kukuh dan beralih ke arah aktiviti berintensif pengetahuan, berteknologi dan bernilai tinggi.

STATUS SEMASA INDUSTRI E&E Sumbangan Kepada Ekonomi Pada tahun 2006, industri elektronik mencatat pertumbuhan 9.6% melebihi kadar sasaran purata pertumbuhan tahunan 7.7% di bawah RMKe-9, manakala elektrik tumbuh 3.6% (sasaran RMKe-9: 3.0%), seperti di Jadual 1. Elektronik kekal sebagai penyumbang utama, sebanyak 30.7% kepada keseluruhan nilai tambah sektor pembuatan dan 9.6% kepada KDNK.

Jadual 1 Nilai Ditambah Industri E&E (pada harga 2000) elektronik

Tahun

jumlah elektrik Pembuatan Pembuatan (kelengkapan dan Keseluruhan Jumlah peralatan radio, TV, peralatan elektrik) E&E Elektronik pejabat dan kelengkapan perkakasan dan komputer peralatan Nilai Perubahan Nilai Perubahan Nilai Perubahan (RM juta) komunikasi (RM juta) (%) (RM juta) (%) (RM juta) (%) (RM juta)

2001

8,078

22,487

30,565

-13.5

2,039

-45.9

32,604

-16.6

2002

8,822

24,347

33,169

8.5

2,197

7.8

35,366

8.5

2003

9,559

26,235

35,794

7.9

2,392

8.9

38,186

8.0

2004

10,309

29,278

39,587

10.6

2,572

7.5

42,159

10.4

2005

10,987

30,450

41,437

4.7

2,749

6.9

44,186

4.8

2006

12,790

32,630

45,420

9.6

2,848

3.6

48,268

9.2

  Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia.

Dari segi eksport (Jadual 2), industri ini mencatat purata sumbangan 53.2% kepada keseluruhan eksport pembuatan dalam tempoh 2001-2006. Destinasi utama eksport produk E&E Malaysia ialah Singapura, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Jepun dan Taiwan, manakala China mula muncul sebagai pasaran utama. Corak eksport menggambarkan industri E&E dipacu oleh permintaan dunia, terutamanya semikonduktor. Pasaran semikonduktor antarabangsa diunjur tumbuh 1.8% (USD270 bilion) pada tahun 2007 dan 8.5% (USD293 bilion) pada tahun 20081. Perkembangan ini dijangka, mendorongkan lagi pembangunan industri E&E di Malaysia.



1

  Sumber: Semiconductor Industry Association, AS.

41

Jadual 2 Prestasi Industri E&E Malaysia Eksport, Pengeluaran dan Tenaga Kerja Mengikut Tahun Eksport E&E Tahun



a



b



c

Nilai (RM Juta)

Indeks Pengeluaran Perindustrian E&E

(%)

Perubahan tahunan

Sumbangana

(%)

Tenaga Kerja

Sumbanganb

(%)

Guna Tenaga Dalam E&E

(‘000)

Sumbanganc (%)

2001

189,486.5

56.7

-18.4

33.7

535.1

21.6

2002

201,203.3

56.3

8.5

34.8

493.9

19.0

2003

210,724.0

53.0

15.3

36.1

471.9

17.0

2004

241,687.1

50.2

20.9

38.8

465.2

15.7

2005

264,698.9

49.6

4.8

38.6

468.4

14.9

2006

281,017.3

47.7

9.0

39.2

495.4

15.3

Sumbangan kepada jumlah eksport pembuatan. Sumbangan kepada jumlah pengeluaran sektor pembuatan. Sumbangan kepada jumlah tenaga kerja dalam sektor pembuatan.

Sumber: Jabatan Perangkaan dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia.

Pelaburan Dalam Industri E&E Malaysia merupakan salah satu daripada negara pengeluar utama dalam pasaran E&E yang berkembang pesat di rantau Asia Pasifik. Selama tiga dekad, Malaysia telah berjaya menarik beberapa syarikat elektronik terkemuka dunia. Sumbangan FDI kepada industri E&E (Jadual 3) telah meningkat kukuh daripada 46.0% pada tahun 1985 kepada 85.8% pada tahun 2006. Pertumbuhan FDI yang mantap, terutamanya dalam industri E&E, mencerminkan keyakinan pelabur berikutan persekitaran pelaburan yang menarik; infrastruktur, kerangka perundangan dan peraturan yang baik; serta tenaga kerja mahir yang mampu menguasai pelbagai bahasa. Industri E&E terus mengembang dan melabur semula untuk beralih kepada rantaian nilai yang lebih tinggi dengan membawa masuk proses dan teknologi baru. Ini dicerminkan oleh jumlah pelaburan yang diluluskan dan peningkatan kadar pelaburan modal bagi setiap pekerja (CIPE). IMP3 mensasarkan industri ini tumbuh pada kadar 7.2% atau RM5.5 bilion setahun, dengan jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak RM82.4 bilion pada tahun 2020. Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran IMP3, berdasarkan jumlah pelaburan yang diluluskan bagi industri ini telah mencecah RM8.5 bilion dalam tempoh separuh pertama 2007. Pertumbuhan pelaburan yang pesat meningkatkan lagi import barangan modal yang menyumbang 13.2% (RM31.5 bilion) kepada jumlah import, manakala barangan pengantara menyumbang 71.5% (RM171.2 bilion). Bahagian import barangan pengantara yang tinggi menunjukkan terdapat potensi besar bagi pengeluar tempatan untuk menambah baik dan menghasilkan produk bernilai tambah tinggi bagi memenuhi permintaan barangan pengantara tempatan.

42

Jadual 3 Projek E&E Diluluskan Pelaburan (RM juta)

Tahun

Jumlah Projek Diluluskan Pelaburan Tempatan

Jumlah Pelaburan Modal

FDI

FDI Kepada Jumlah Pelaburan Modal

Tenaga kerja

Nisbah CIPE (RM)

(%)

2002

178

1,645.5

4,005.4

5,650.9

70.9

24,754

228,283

2003

185

1,347.7

3,629.9

4,977.6

72.9

17,488

284,628

2004

195

1,800.9

6,826.0

8,626.9

79.1

24,530

351,686

2005

227

2,474.8

11,318.9

13,793.8

82.1

47,317

291,518

2006

170

1,422.2

8,601.5

10,023.7

85.8

24,293

413,536

Sumber : Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia.

Industri Elektronik Malaysia : Analisis Jurang Industri E&E di Malaysia telah berpandukan kepada model pembangunan berorientasi eksport yang bergantung dari segi kelebihan kos operasi dan FDI. Model ini telah mewujudkan industri dalam negeri didominasi oleh MNC berbanding hanya beberapa syarikat tempatan. Untuk menanganinya, usaha bersepadu melibatkan pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan dalam industri ini diperlukan untuk meningkatkan jumlah syarikat tempatan dan membantu mereka bergerak ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi, seperti Carta 1. Sementara Kerajaan telah berusaha memenuhi keperluan industri, namun hanya sebilangan kecil syarikat pengeluar telah menyahut saranan untuk bergerak ke arah aktiviti bernilai tambah yang lebih tinggi, terutamanya dalam reka bentuk dan membangun produk serta teknologi tempatan, sejak tahun 90an. Keadaan ini memerlukan kajian terperinci untuk mengenal pasti kedudukan terkini syarikat pembuatan Malaysia dalam rantaian nilai E&E. Secara umumnya, syarikat Malaysia telah memperoleh banyak pengalaman dalam aktiviti pemasangan dan pengujian dengan melibatkan volum yang besar, aktiviti nilai tambah yang rendah. Bagaimanapun, persaingan kos yang kompetitif, berhadapan dengan proses pemindahan teknologi yang terhad. Keadaan ini menyebabkan syarikat Malaysia kekal sebagai pengeluar komponen dengan keupayaan terhad untuk berkembang dalam aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi, terutamanya dari segi pembentukan konsep dan reka bentuk produk. Di samping itu, syarikat Malaysia terus menghadapi cabaran dalam menembusi rangkaian pemasaran E&E yang didominasi MNC. Secara perbandingan, Taiwan berjaya dalam industri original design manufacturer yang dinamik, dengan menguasai aktiviti nilai tambah lebih tinggi dalam pembentukan konsep dan reka bentuk produk, sementara Republik Korea pula telah berjaya menguasai ruang original brand manufacturer (obm). Dengan itu, memantapkan kehadiran mereka dalam pasaran. MEMPERKUKUHKAN KEDUDUKAN MALAYSIA DALAM INDUSTRI E&E Memperkukuh dan Memperdalamkan Kluster Semikonduktor Konsep kluster, terutamanya dalam industri semikonduktor, menyokong usaha Kerajaan untuk memperkukuhkan industri E&E. Sinergi yang terhasil daripada operasi syarikat dalam keseluruhan rantaian nilai E&E akan membolehkan mereka memperoleh faedah optimum serta meminimumkan

43

&$57$ &$57$

5$17$,$11,/$,( ( 5$17$,$11,/$,( ( 7LQJJL 7LQJJL

1,/$,7$0%$+ 1,/$,7$0%$+

.HUMDVDPD .(5-$6$0$

5HQGDK /RZ

6HJPHQWDVL3URGXN 6HJPHQWDVL  3HPDVDUDQ

3HPEHQWXNDQ 3URGXFW .RQVHS3URGXN   &RQFHSWXDOLVDWLRQ

-XDODQ 6DOHV 3HQJDJLKDQ  'LVWULEXWLRQ

5HNDEHQWXN 'HVLJQ )DEULNDVL )DEULFDWLRQ

3HPDVDQJDQ $VVHPEO\   3HQJHOXDUDQ 3URGXFWLRQ

3HQJXMLDQ 7HVWLQJ

% %

$ $

3HQHNDQDQSDGDWDKXQDQ (PSKDVLVLQWKHµV 5 ' 5 '

5HNDEHQWXN 3URGXFW SURGXN 'HVLJQ

3HQJHOXDUDQ $VVHPEO\ 3HPDVDQJDQ 3URGXFWLRQ

3HQJDJLKDQ 'LVWULEXWLRQ

3HPDVDUDQ 0DUNHWLQJ

$$.(6 $.7,9,7,

6XPEHU0,0266+5'&860.HPHQWHULDQ3HUGDJDQJDQ$QWDUDEDQJVDGDQ,QGXVWULGDQ.HPHQWHULDQ.HZDQJDQ0DOD\VLD 6RXUFH0,0266+5'&DQG860

$  

%HUJHUDNVHSDQMDQJUDQWDLDQQLODLPHQLQJNDWNDQQLODLWDPEDK GDODPUDQWDLDQ

%  

0HQJDQMDNNHVHOXUXKDQUDQWDLDQQLODLNHSDGDDNWLYLWLEHUQLODLWLQJJLXQWXN PHQJXNXKGDQPHPSHUGDODPNDQNHVHOXUXKDQUDQWDLDQQLODL

0HQHPSDWNDQ6\DULNDW0DOD\VLDGL6HSDQMDQJ5DQWDLDQ1LODL( ( .RPSHWDQVLNXNXKVHGLDDGD .RPSHWDQVLVHGLDDGD\DQJWHUKDGXQWXNGLEDQJXQNDQ .RPSHWDQVLEDUXXQWXNGLEDQJXQNDQ 0HQJJDODNNDQNHUMDVDPDGLNDODQJDQNOXVWHU( (

kos. Sehubungan ini, pembangunan kluster semikonduktor di Pulau Pinang dan KHTP di Kedah akan membantu menarik lebih banyak pelaburan ke dalam semua aspek rantaian nilai industri E&E. Ini dapat mewujudkan sekumpulan besar syarikat dan memperluaskan pasaran serta memperkukuhkan industri E&E. Memanfaatkan Peningkatan ICT dan Kemunculan Teknologi Baru Industri E&E dan ICT telah mendapat manfaat daripada hubungan simbiosis sesamanya. Dengan mengambil manfaat daripada kemajuan ICT yang meliputi perkhidmatan seperti kemudahan internet; produk konvergen seperti pembantu digital peribadi (PDA) serta komponen termasuk cakera dan media storan data, kegiatan industri E&E, terutama industri elektronik semakin berkembang dengan pesat. Teknologi baru bagi kedua-dua industri tersebut adalah meliputi sistem microelectromechanical (MEMS) seperti penderia pintar, WiMAX, grid computing berprestasi tinggi, reka bentuk bahasa dan protokol dan kandungan kreatif. Di samping itu, teknologi baru yang dipromosi di bawah IMP3 seperti bioteknologi, teknologi kognitif dan nanoteknologi akan memperkukuhkan lagi industri E&E di Malaysia. Kerajaan dengan kerjasama industri akan menubuhkan Panel Penasihat Industri Elektronik bertujuan merangsang dan mempromosi kewujudan teknologi baru serta mengenal pasti syarikat tempatan yang mampu menggunakan teknologi tersebut.

44



Memperhebatkan Keupayaan Penyelidikan dan Pembangunan Secara umumnya, aktiviti bernilai tambah dan penjanaan pendapatan yang lebih tinggi dalam industri E&E sering dikaitkan dengan reka bentuk dan fabrikasi. Sebagai contoh, pembuatan litar bersepadu (IC), reka bentuk dan fabrikasi menyumbang 80% daripada jumlah pendapatan yang dijana. Bagaimanapun, kebanyakan syarikat tempatan hanya terlibat dalam aktiviti pemasangan, pembungkusan dan pengujian yang merangkumi 8-12% daripada jumlah pendapatan, seperti dalam Carta 2. Oleh yang demikian, syarikat tempatan mesti mengambil peluang daripada pelbagai insentif dan dana yang disediakan oleh Kerajaan untuk mempertingkatkan diri mereka ke dalam aktiviti bernilai tinggi seperti reka bentuk dan fabrikasi. Bagi membuat perubahan ini, syarikat tempatan perlu membangunkan kemahiran, pengetahuan dan mengintegrasikan diri ke dalam jaringan E&E yang lebih luas. Ke arah tujuan ini, beberapa agensi seperti Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, Perbadanan Pembangunan Multimedia Multimedia dan Malaysia Biotechology Corporation telah bergiat dalam menyediakan dana R&D dan pengkomersilan, termasuk Skim Dana Teknologi dan Pengkomersilan, Skim Dana Inovasi, Dana Perolehan Teknologi untuk membangunkan reka bentuk dan keupayaan R&D tempatan serta teknologi, disamping penubuhan syarikat elektronik multinasional milik Malaysia. CARTA 2 INDUSTRI LITAR BERSEPADU: PENJANAAN PENDAPATAN MENGIKUT AKTIVITI

-XDODQ 3DVDUDQ

)DEULNDVL

5HND%HQWXN,&

3HPDVDQJDQGDQ3HQJXMLDQ 6XPEHU&('(&860

Sumber: CEDEC, USM.

Pembangunan Kapasiti dan Keupayaan Sumber Manusia Pelaburan yang besar dalam modal insan merupakan prasyarat untuk membangunkan keupayaan R&D yang mapan dan meningkatkan inovasi dalam industri E&E. Pembangunan ini memerlukan usaha spesifik bagi memastikan latihan dan taraf kemahiran ditumpukan kepada reka bentuk dan pembangunan produk. Institusi pengajian tinggi telah mengkaji semula kurikulum dengan lebih kerap, di samping mengadakan program sangkut industri yang lebih menekankan pembangunan kemahiran bagi memenuhi keperluan industri. Sementara itu, pusat pembangunan kemahiran menyediakan latihan lanjutan kepada graduan dan pekerja industri untuk meningkatkan keupayaan reka bentuk. Usaha ini telah membantu mewujudkan sekumpulan tenaga kerja berbakat dan berkemahiran bagi membantu syarikat menempatkan diri mereka ke dalam segmen reka bentuk bernilai tambah tinggi dalam rantaian nilai E&E. Terdapat beberapa program bagi memudahkan pembangunan sumber manusia industri E&E. Bagi program Microsystems, beberapa kursus seperti reka bentuk IC dan papan litar bersepadu, teknologi pembungkusan dan aplikasi IC, sistem nano-elektro-mekanikal dan reka bentuk RF serta IC analog telah diadakan. Kursus tersebut diterima baik oleh industri kerana telah dibangunkan bersama beberapa pusat reka bentuk terkenal di peringkat antarabangsa seperti Pusat Reka Bentuk Teknikal Toppan, Jepun; Institut Teknikal Lembah Silikon, AS; dan IPC, AS. Di samping itu, Malaysia Institute

45

of Microsystems (MIMS) di bawah Pusat Pembangunan Sumber Manusia Selangor (SHRDC), telah menubuhkan pusat pengajian teknologi tinggi bagi reka bentuk dan inovasi, terutamanya dalam reka bentuk IC. Program yang bertujuan melengkapkan mereka dengan keupayaan inovasi dan kompetensi yang sesuai meliputi latihan jangka pendek dan kursus peningkatan kemahiran profesional bagi graduan secara berterusan, pekerja teknikal dan jurutera profesional industri. Selain daripada program latihan tersebut, kemudahan untuk aktiviti reka bentuk sehingga prototaip untuk industri juga terdapat di MIMS berdasarkan perkongsian masa. Dari segi pembiayaan, Pembangunan Sumber Malaysia Berhad yang menguruskan Dana Pembangunan Sumber Manusia telah membantu dalam pembiayaan kos latihan yang ditanggung oleh industri bagi meningkatkan kemahiran halus dan teknikal pekerja. Mewujud Pusat Kecemerlangan Satu lagi inisiatif strategik Kerajaan untuk mengukuhkan sektor E&E ialah dengan mewujud Pusat Kecemerlangan. Pusat ini bertanggungjawab untuk menyedia sokongan teknologi, kemudahan R&D, inkubator bagi syarikat yang baru ditubuhkan, risikan pasaran serta akses kepada pembiayaan. Dalam IMP3, beberapa langkah akan diperkenal untuk mempromosi pengkhususan dalam R&D dengan mewujudkan Pusat Kecemerlangan di universiti awam, khususnya, USM bagi mengendalikan mikroelektronik; UTM dan MMU bagi ICT, UKM bagi MEMS serta UM bagi fotonik. Sejajar dengan mandat yang diberi, USM telah mempelopori naik taraf Collaborative Micro-electronic Design Excellence Centre (CEDEC) yang merangkumi tujuh universiti tempatan dengan USM sebagai sekretariat kepada Pusat Kecemerlangan mikroelektronik. Inisiatif CEDEC dalam memenuhi aspirasi nilai tambah negara dapat dirumuskan seperti berikut: • Meningkatkan jumlah pereka bentuk IC untuk mewujudkan sekumpulan besar pereka. Penuntut Tahun Ketiga dan Keempat dalam bidang kejuruteraan elektronik dan elektrik di tujuh buah universiti tersebut dibenarkan untuk memilih pengkhususan mikroelektronik; • Menyokong fabrication foundries dengan membangun kluster pusat reka bentuk tempatan dan meningkatkan kemahiran reka bentuk universiti tempatan dalam fabrikasi; • Menggalakkan penubuhan fabless tempatan menerusi pengukuhan keupayaan pembangunan dan teknologi serta semangat keusahawanan; dan • Menjayakan dan memperhebat keupayaan reka bentuk sistem menerusi pembangunan jurutera dalam reka bentuk perisian dan perkakasan yang seterusnya dapat mewujudkan reka bentuk sistem serta ekosistem pembuatan. CEDEC telah membolehkan kerjasama dan penyelarasan dalam aktiviti reka bentuk di kalangan ahlinya. Untuk meningkatkan kerjasama berterusan ini, Fabless Malaysian Integrated Circuit Design Association (MICDA) telah ditubuhkan pada Jun 2007. Penubuhan MICDA dan naik taraf CEDEC telah mempercepatkan peningkatan aktiviti reka bentuk serta membimbing lebih ramai pereka bentuk dan pembangun produk tempatan. KESIMPULAN Pembangunan perindustrian di Malaysia telah lama bergantung kepada industri E&E. Namun begitu, sebahagian besar pengeluar tempatan masih terlibat dalam segmen yang bernilai tambah rendah. Memandangkan sektor E&E menyumbang ketara dalam sektor pembuatan, manfaat lebih besar akan dapat dicapai sekiranya industri maju ke segmen nilai tinggi. Ke arah ini, inisiatif strategik Kerajaan yang menumpu kepada kluster semikonduktor; peningkatan dalam ICT; peningkatan kapasiti dan keupayaan R&D; pembangunan sumber manusia dan pewujudan Pusat Kecemerlangan akan dapat memainkan peranan yang penting dalam memperkukuh industri E&E tempatan dan memastikan pengeluar tempatan beralih dalam rantaian nilai. Pada peringkat negara, manfaat yang ketara akan diperoleh dengan mengukuh dan meningkatkan sumbangan industri E&E. Peningkatan pendapatan yang tinggi akan dinikmati dengan industri bergerak ke peringkat rantaian nilai yang lebih tinggi. Di samping itu, bil import bagi produk pengantara dijangka dapat dikurangkan melalui lebih tumpuan kepada elemen reka bentuk dan pembangunan produk dalam rantaian nilai. Tambahan lagi, usaha meningkatkan rantaian nilai akan memberi peluang dan meningkatkan potensi untuk mewujudkan hubungan secara mendatar dan menegak di kalangan industri E&E dan industri lain. Dalam jangka masa panjang, penglibatan dalam aktiviti nilai tambah lebih tinggi dalam rantaian nilai industri E&E. Usaha-usaha ini akan membolehkan Malaysia mencipta jenama antarabangsa dan dapat dihubungkan dengan rantaian bekalan dunia.

46

Viet Nam. Bagaimanapun, pengeluaran produk dikait dan dikrusye kembali pulih sebanyak 24.3% manakala jualannya mencatat 4.8% pertumbuhan (Januari-Jun 2006: -11.8%; 0.8%), hasil daripada usaha pengeluar merasionalisasikan proses pengeluaran menerusi peningkatan kualiti dan mencapai pengeluaran ekonomi berskala. Di samping itu, pengeluar tekstil dan pakaian pula melaksanakan penyumberan luar dan pelaburan rentas sempadan sebagai usaha meningkatkan margin keuntungan.

JADUAL 3.6

Nilai Ditambah Sektor Pertanian 2006-2007 (pada harga 2000)

Perubahan (%)

Pengeluaran industri jentera dan kelengkapan, termasuk mesin penyaman udara, penyejuk dan pengalih udara merosot 13.7% (Januari-Jun 2006: -1.7%) dalam tempoh enam bulan pertama 2007 berikutan nilai jualan yang negatif 5.9% (JanuariJun 2006: 2.8%). Kelembapan jualan dalam tempoh tersebut disebabkan oleh pengurangan permintaan dari dalam dan luar negara yang mengakibatkan penggunaan kapasiti berada di paras 60.0% sahaja.

Sumbangan kepada Pertanian (%)

2006

20071

2006

Pertanian

5.2

3.1

100.0

100.0



Kelapa sawit

5.8

-0.6

30.5

29.4



Getah

12.6

1.0

6.9

6.7



Perhutanan dan pembalakan

-0.4

2.8

22.2

22.1



Pertanian lain-lain2

5.3

7.0

24.6

25.7



Perikanan

9.3

5.2

15.8

16.1

1 2

20071

Anggaran. Termasuk ternakan, padi, koko, buah-buahan, sayur-sayuran, kopra, tembakau, teh, bunga, lada hitam dan nenas.

Sumber: Jabatan Perangkaan dan Kementerian Kewangan, Malaysia.

Sektor Pertanian Pengembangan sektor disokong komoditi makanan...

Cadangan pembangunan berkaitan pertanian di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dijangka meningkatkan lagi sumbangan sektor pertanian kepada pertumbuhan KDNK.

Nilai ditambah sektor pertanian dianggar berkembang 3.1% pada tahun 2007 (2006: 5.2%) dengan disumbangkan sebahagian besarnya oleh komoditi makanan, termasuk penternakan, perikanan dan pertanian lain. Nilai ditambah yang lebih tinggi bagi subsektor pertanian adalah selaras dengan dasar Kerajaan mengurangkan bil import dan meningkatkan tahap sara diri (SSL), terutamanya bagi daging dan produk tenusu. Sementara itu, nilai ditambah bagi subsektor perladangan dijangka berkembang perlahan disebabkan keadaan cuaca yang kurang baik pada awal tahun di Semenanjung Malaysia. Meskipun berkembang perlahan, sumbangan sektor pertanian kepada KDNK kekal pada kadar 7.7% pada tahun 2007 (2006: 7.9%). Usaha berterusan Kerajaan bagi mengubah sektor pertanian kepada penjana pertumbuhan yang penting boleh dilihat melalui beberapa program yang usahakan oleh agensi yang terlibat, seperti menubuhkan Pusat Fidlot Kebangsaan dan Taman Kekal Pengeluaran Pertanian, melahirkan agroentrepreneurs dan menggalakkan Ladang Kontrak.

Pengeluaran CPO diunjur mencatat output yang lebih rendah sebanyak 15.7 juta tan metrik pada tahun 2007 (2006: 15.9 juta tan metrik). Pada awal tahun 2007, banjir besar telah memusnahkan kawasan matang yang baru dan mengganggu aktiviti mengait buah di Wilayah Selatan Semenanjung Malaysia dan keadaan ini diburukkan lagi oleh musim kitaran menurun hasil pengeluaran buah kelapa sawit. Pengeluaran CPO di Johor yang merupakan negeri yang terjejas dengan teruk oleh banjir merosot 15.5% dalam tempoh suku pertama. Walau bagaimanapun, pengeluaran kawasan matang yang baru, pengurusan ladang yang lebih baik dan input pertanian yang berkualiti tinggi dijangka dapat mengurangkan kesan negatif cuaca yang buruk. Harga minyak sawit yang lebih tinggi juga dijangka dapat menggalakkan lagi aktiviti mengait buah kelapa sawit dengan lebih cekap. 47

Output CPO berkurangan 8.0% dalam tempoh enam bulan pertama 2007 (Januari-Jun 2006: 1.3%) disebabkan oleh kadar hasil buah tandan segar (FFB) yang lebih rendah kesan daripada musim melawas selepas mengalami kemuncak pengeluaran pada penghujung 2006. Pengurangan output juga disebabkan oleh penguncupan pengeluaran di kawasan yang dilanda banjir pada awal tahun 2007. Kadar hasil FFB merosot 9.7% kepada 8.2 tan metrik sehektar (JanuariJun 2006: 0.7%; 9.1 tan metrik sehektar) dalam tempoh enam bulan pertama 2007. Sungguhpun demikian, kadar perahan minyak sawit (OER) meningkat kepada 20.0% dalam tempoh yang sama (Januari-Jun 2006: 19.7%). Jumlah kawasan penanaman kelapa sawit bertambah 2.7% kepada 4,277,548 hektar pada tahun 2007 (2006: 2.8%; 4,165,215 hektar) dengan 3,813,597 hektar merupakan kawasan matang. Daripada jumlah keseluruhan kawasan kelapa sawit, seluas 2,531,604 hektar dimiliki oleh syarikat perladangan swasta, 923,525 hektar di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Lembaga Pembangunan Pekebun Kecil Industri Getah (RISDA) dan FELCRA Berhad sementara 822,419 hektar dimiliki oleh agensi Kerajaan negeri dan pekebun kecil persendirian. Sebahagian besar daripada kawasan kelapa sawit baru adalah di Sarawak (22,844 hektar) dan Sabah (16,156 hektar). Sabah merupakan negeri yang mempunyai kawasan penanaman kelapa sawit terbesar dengan jumlah keluasan 1,267,262 hektar atau mewakili 29.6% daripada keseluruhan kawasan tanaman. Pada masa ini, Malaysia kekal sebagai pengeluar minyak sawit terbesar dunia dengan sumbangan sebanyak lebih kurang 43.0%.

JADUAL 3.7

Keluasan Tanaman dan Pengeluaran Kelapa Sawit 2006–2007

Perubahan (%) 2006

20071

2006

20071

Keluasan tanaman (‘000 hektar)

4,165

4,278

2.8

2.7

Kawasan matang (‘000 hektar)

3,703

3,814

2.0

3.0

15,881

15,690

6.1

-1.2

Minyak isirong kelapa sawit

1,956

1,900

6.1

-2.8

Hasil (tan/hektar) 2

19.6

19.0

3.8

-3.1

Sumber: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Kementerian Kewangan, Malaysia.



Pengeluaran (‘000 tan metrik) Minyak kelapa sawit

1

Anggaran. Hasil buah tandan segar.

2

dengan paras harga tertinggi dicapai pada RM2,886 satu tan metrik pada Jun 2007. Selain daripada kekurangan bekalan dan permintaan dunia yang tinggi, kenaikkan harga juga berpunca daripada peningkatan harga bagi produk pengganti, terutama minyak kacang soya dan biji sawi. Tambahan pula, Indonesia yang merupakan pengeluar kedua terbesar CPO selepas Malaysia telah memperketat eksport CPO dengan mengenakan duti eksport yang lebih tinggi bagi memenuhi permintaan minyak masak negara tersebut. India, salah sebuah negara pengimport terbesar bagi minyak boleh dimakan, telah mengurangkan duti import minyak sawit mentah dan bertapis sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk mengawal tekanan inflasi. Di AS, lebih banyak pengeluar makanan dan rantaian makanan segera telah menukar bahan asas masakan kepada minyak bebas asid berlemak seperti minyak sawit. Berikutan larangan penggunaan asid berlemak bagi pengusaha penyediaan makanan oleh pihak berkuasa bandar raya New York, berkuat kuasa 1 Julai 2007, bandar-bandar lain di AS dijangka turut mengambil langkah yang sama. Perkembangan ini akan memberi impak positif kepada harga CPO yang dijangka kekal tinggi pada paras RM2,400 satu tan metrik pada tahun 2007 (2006: RM1,503 satu tan metrik).

Kedudukan stok dunia minyak sawit dijangka berkurangan pada tahun 2007 berikutan pengurangan bekalan dan peningkatan permintaan di pasaran utama, terutama dari China, di samping permintaan yang tinggi daripada industri biodiesel. Purata stok minyak sawit Malaysia merosot 17.9% kepada 1.3 juta tan metrik dalam tempoh enam bulan pertama (Januari-Jun 2006: 12.5%; 1.6 juta tan metrik). Unjuran permintaan dunia yang lebih besar bagi minyak dan lemak sayuran dan industri biofuel berasaskan minyak sawit serta kekangan bekalan akan meningkatkan lagi harga minyak sawit ke paras yang lebih tinggi. Purata harga CPO mencatatkan pertumbuhan 60.4% kepada RM2,266 satu tan metrik dalam tempoh tujuh bulan pertama 2007 berbanding RM1,413 satu tan metrik dalam tempoh yang sama 2006, 48

Harga getah asli (SMR 20) dianggar kekal kukuh pada RM7.00 sekilogram (skg) bagi tahun 2007 (2006: RM7.11 skg), memandangkan getah sintetik dijangka mencatatkan harga yang tinggi seiring dengan kenaikan harga minyak mentah. Selain itu, unjuran permintaan yang lebih tinggi dari industri tayar di China dan India dijangka meningkatkan lagi harga getah. Dalam tempoh enam bulan pertama 2007, purata harga eksport berada pada paras RM7.00 skg (Januari-Jun 2006: RM6.94 skg). Peningkatan harga getah yang kukuh adalah disebabkan oleh kekangan bekalan akibat cuaca yang kurang baik dan permintaan global yang terus kukuh, terutama dari China. Perkembangan harga getah asli yang menggalakkan ini dijangka membantu meningkatkan pendapatan bulanan 320,671 pekebun kecil sebanyak RM700 sehektar pada tahun 2007 (2006: RM676 sehektar) dan akan menggalakkan mereka meningkatkan lagi aktiviti menoreh dan menanam semula.

Pengeluaran getah menguncup 3.5% kepada 589,379 tan metrik dalam tempoh enam bulan pertama 2007 (Januari-Jun 2006: 17.9%; 610,512 tan metrik), meskipun harga getah kukuh. Penguncupan ini disebabkan sebahagian besarnya oleh musim luruh dan hujan yang berlebihan, terutama dalam tempoh suku pertama yang telah mengganggu aktiviti penorehan. Bagi keseluruhan tahun 2007, pengeluaran getah dianggar menokok 1.3% (2006: 14.0%) dengan output dijangka kembali meningkat dalam tempoh separuh kedua. Sementara itu, kawasan penanaman getah terus berkurangan kepada 1,201,000 hektar (2006: 1,225,000 hektar) berikutan harga getah yang rendah pada tahun 2006 yang kurang mendorong aktiviti penanaman semula. Memandangkan output getah adalah input penting bagi menyokong aktiviti hiliran industri getah, Kerajaan terus menyediakan bantuan pinjaman mudah kepada pekebun kecil bagi meluaskan kawasan penanaman getah. Usaha penggabungan dan penyusunan semula pekebun kecil juga dilaksanakan bagi meningkatkan produktiviti.

Nilai ditambah industri perikanan sebaliknya berkembang kukuh sebanyak 4.0% dalam tempoh separuh pertama 2007 (Januari-Jun 2006: 9.4%). Peningkatan ini disumbangkan oleh hasil pendaratan ikan laut yang lebih tinggi sebanyak 5.1% kepada 656,580 tan metrik (Januari-Jun 2006: 11.4%; 624,600 tan metrik), berikutan sebahagian besarnya oleh pengembangan aktiviti perikanan laut dalam. Pertambahan pendaratan ikan laut juga hasil daripada sambutan positif para nelayan terhadap inisiatif Kerajaan. Ini termasuk pewujudan taman ikan laut berasaskan komuniti berskala besar, pembinaan terumbu karang dan tukun tiruan, di samping menaik taraf kapal menangkap ikan dan peralatan berkaitan. Hasil pendaratan ikan laut dijangka meningkat dengan siapnya pelabuhan perikanan laut dalam di Tanjung Manis, Sarawak pada September 2007. Selain itu, pelaburan bagi membangunkan pelabuhan perikanan tuna bersepadu yang pertama di Batu Maung, Pulau Pinang oleh Malaysian International Tuna Port Sdn Bhd, sebuah syarikat usaha sama antara Kerajaan dan sektor swasta, akan mengembangkan lagi industri perikanan Malaysia. Pelabuhan seluas 105 hektar tersebut berkeupayaan menampung 100 buah kapal pada satu masa dan mampu menarik sejumlah 2,000 bot perikanan tuna antarabangsa, di samping dapat mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan. Sementara itu, nilai ditambah bagi sektor

JADUAL 3.8

Kawasan, Hasil dan Pengeluaran Getah 2006-2007 Perubahan (%) 2006

20071

1,225

1,201

-2.0

-2.0

1,172 53

1,153 48

3.3 -53.9

-1.6 -9.4

1,350 1,525

1,380 1,545

2.3 10.4

2.2 1.3

Jumlah pengeluaran (‘000 tan metrik) Kebun kecil Estet

1,284

1,300

14.0

1.3

1,215 68

1,230 70

14.5 5.2

1.2 2.9

% daripada pengeluaran dunia

13.3

13.0

Jumlah kawasan (‘000 hektar) Kebun kecil Estet Hasil (kg sehektar) Kebun kecil Estet

1

2006

20071

Anggaran.

Sumber: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Kementerian Kewangan, Malaysia.

49

berkembang 12.0% dalam tempoh enam bulan pertama 2007 (Januari-Jun 2006: 9.4%), didorong oleh pengeluaran yang lebih tinggi daripada ternakan ayam-itik (11.9%) dan lembu (8.1%).

JADUAL 3.9

Pengeluaran Pertanian Lain 2006-2007 (‘000 tan metrik)

Nilai ditambah bagi pertanian lain, termasuk padi, nanas, tembakau, kelapa, sayuran, buahbuahan, teh dan lada hitam, dijangka menokok dengan pesat sebanyak 5.0% pada tahun 2007 (2006: 4.2%) hasil daripada pengeluaran sayuran dan buah-buahan yang lebih tinggi. Pertambahan kawasan penanaman, pelaksanaan pengeluaran berskala besar secara intensif seperti Taman Kekal Pengeluaran Makanan serta amalan pertanian yang baik dan moden, termasuk pertanian organik, dijangka dapat meningkatkan lagi pengeluaran sayuran. Nilai ditambah bagi sayuran terus meningkat 8.8% dalam tempoh enam bulan pertama 2007 (Januari-Jun 2006: 6.1%). Nilai ditambah bagi buah-buahan juga terus menokok 1.9% (Januari-Jun 2006: 6.8%) berikutan pertambahan kawasan penanaman buah-buahan dan peningkatan permintaan domestik. Buah-buahan seperti belimbing, tembikai dan betik, menjadi semakin popular di pasaran antarabangsa. Pada tahun 2006, sebanyak 240,000 tan metrik buah-buahan telah dieksport ke pasaran utama seperti Singapura, Hong Kong, Belanda, Jerman dan Emiriyah Arab Bersatu.

Perubahan (%) 2006 Koko Padi Ternakan Daging2 Ayam Telur (juta) Susu (juta liter)

20071

2006

20071

32 2,154

30 2,277

14.1 -6.9

-6.0 5.7

244 1,035 7,751 45

269 1,159 8,200 51

3.2 5.6 5.0 10.6

10.2 12.0 5.8 12.4

1,135 19 591 24 158 146

1,190 20 623 20 166 161

12.0 -5.0 1.8 96.9 6.6 43.2

4.8 5.3 5.3 -15.3 5.1 10.2

Pertanian pelbagai

buah-buahan3 Lada hitam Sayuran Kopra Nanas Bunga (juta keratan)

Anggaran. Termasuk daging lembu, khinzir dan kambing. 3 Terdiri daripada belimbing, betik, durian, jambu batu, manggis, pisang, rambutan, tembikai dan dokong. 1 2

Sumber: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Kementerian Perusahaan Perladangan dan komoditi.

akuakultur dijangka berkembang kukuh berikutan pertambahan output sebanyak 80.6% kepada 369,000 tan metrik (2006: -1.4%; 204,360 tan metrik). Inisiatif Kerajaan dalam membangunkan projek berimpak tinggi, seperti zon industri akuakultur di Terengganu seluas 2,800 hektar dan aktiviti yang memberi penekanan spesies bernilai tinggi, termasuk udang harimau dan ikan kerapu serta ikan hiasan, dijangka memajukan lagi industri akuakultur.

Pengeluaran koko berkurangan dalam tempoh separuh pertama 2007 kesan daripada keadaan cuaca yang kurang baik pada awal tahun serta pengurangan kawasan tanaman koko berikutan pertukaran tanaman oleh pekebun kecil kepada pertanian yang lebih menguntungkan. Dengan demikian, pengeluaran koko telah merosot 1.5% kepada 19,055 tan metrik (Januari-Jun 2006; 37.1%; 19,348 tan metrik). Bagi pengeluaran padi pula, ia dijangka bertambah sejajar dengan peningkatan produktiviti serta disokong oleh usaha berterusan Kerajaan bagi mencapai SSL. Output padi dianggar menokok 5.7% pada tahun 2007 (2006: -6.9%) berikutan peningkatan hasil sehektar di Semenanjung Malaysia yang dijangka bertambah kepada 3.8 tan sehektar (2006: 3.5 tan sehektar) didorong oleh penyatuan kawasan tanaman padi pesawah kecil dan pengurusan estet yang lebih baik serta penggunaan klon yang berpenghasilan lebih tinggi.

Nilai ditambah subsektor ternakan diunjur meningkat pesat sebanyak 10.5% pada tahun 2007 (2006: 6.9%) dan menyumbang 9.9% kepada sektor pertanian. Penternakan lembu dan kambing dalam ladang kelapa sawit dan getah serta projek fidlot dan kaedah ternakan moden ayam-itik seperti sistem reban tertutup akan meningkatkan pengeluaran ternakan. Di samping itu, nilai ditambah bagi industri ternakan 50

&$57$

1LODL'LWDPEDK.RPRGLWL8WDPD SDGDKDUJD 50MXWD 

50PLOOLRQ 

3(57$1,$1 3HUWDQLDQODLQ WHUPDVXNWHUQDNDQGDQNRNR

50MXWD 

0LQ\DNPHQWDK

3HUKXWDQDQGDQSHPEDODNDQ 

*HWDK

  

  





 

 













































 









3HQJJDOLDQODLQGDQNXDUL

*DVDVOL

0LQ\DN6DZLW

3HULNDQDQ

50MXWD 

3(5/20%21*$1











 







































D









































 D





D $QJJDUDQ 6XPEHU-DEDWDQ3HUDQJNDDQGDQ.HPHQWHULDQ.HZDQJDQ0DOD\VLD

Sektor Perlombongan

mengeluarkan output dalam tempoh suku ketiga 2007. Memandangkan sumber minyak mentah dan gas asli semakin berkurangan dan harga minyak mentah dijangka kukuh dalam masa terdekat, lebih banyak aktiviti penerokaan minyak mentah dan gas dilakukan di kawasan laut dalam. Selaras dengan perkembangan ini, sejumlah empat medan minyak baru di luar persisiran pantai Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia ditemui pada tahun 2007. Rizab minyak mentah dan kondensat dianggarkan berjumlah 5.4 bilion tong dan dijangka bertahan selama 22 tahun, manakala gas asli sebanyak 88.92 trilion kaki padu standard yang mampu menampung selama 39 tahun (2006: 5.3 bilion tong, 21 tahun; 87.95 trilion kaki padu standard, 34 tahun). Peningkatan aktiviti penerokaan dan pengeluaran minyak dan gas telah merangsang permintaan industri berkaitan minyak dan gas, termasuk industri kimia, pembuatan kelengkapan, besi direka serta perkhidmatan pengangkutan sewa udara dan laut.

Pertumbuhan disokong oleh pengeluaran medan minyak yang baru... Pertumbuhan sektor perlombongan diunjur berkembang 3.3% pada tahun 2007 (2006: -0.4%), didorong oleh pengeluaran minyak mentah dan gas asli yang lebih tinggi dalam tempoh separuh kedua. Dalam tempoh enam bulan pertama, pengeluaran minyak mentah (termasuk kondensat), meningkat 2.7% kepada 678,207 tong sehari (tsh) (Januari-Jun 2006: -3.3%; 660,589 tsh), berikutan pertambahan semula pengeluaran output selepas proses penyelenggaraan dan baik pulih pelantar minyak siap sepenuhnya. Bagi keseluruhan tahun 2007, pengeluaran minyak mentah dianggar meningkat 3.5% kepada 690,000 tsh (2006: -5.2%; 666,925 tsh). Selain itu, medan minyak Kikeh yang terletak di luar persisiran pantai Sabah, dijangka 51

Pengeluaran gas asli meningkat 4.4% kepada 1,083,103 juta kaki padu standard (jkps) dalam tempoh enam bulan pertama 2007 (Januari-Jun 2006: -4.5%; 1,037,178 jkps) berikutan permintaan domestik yang kukuh daripada sektor pembuatan dan tenaga. Pengeluaran LNG Malaysia dijangka terus meningkat berikutan permintaan kukuh dari Asia Pasifik, terutama Jepun, Korea Selatan dan Taiwan. Di samping itu, pasaran baru seperti China dan India telah melaksanakan projek terminal import bagi LNG dan ini dijangka merangsang pengembangan eksport LNG Malaysia ke negara-negara tersebut. Pada masa ini, Kompleks LNG Petronas di Bintulu merupakan kemudahan terbesar bagi pengeluaran LNG di dunia dengan tahap pengeluaran sebanyak 21.5 juta tan metrik setahun.

JADUAL 3.10

Pengeluaran dan Simpanan Minyak Mentah dan Gas Asli 2006–2007 Perubahan (%) 2006

20071

2006

20071

666.9

690.0

-5.2

3.5

Simpanan (bilion tong)

5.3

5.4

1.7

2.1

Simpanan/pengeluaran (tahun)

21

22

8.0

2.9

3.2

1.1

Minyak mentah Pengeluaran (‘000 tong sehari)2

Gas asli Pengeluaran 3 (juta kaki padu sehari) Simpanan (trilion kaki padu sehari) Simpanan/pengeluaran (tahun)

6,258.9 6,439.6 87.95

88.92

34

39

Pengeluaran timah dalam negeri berkurangan 8.3% kepada 1,100 tan metrik dalam tempoh separuh pertama 2007 (Januari-Jun 2006: -19.6%; 1,202 tan metrik) meskipun harga pasaran timah dunia tinggi. Ini disebabkan oleh pengeluaran yang tidak menguntungkan dan kawasan perlombongan yang terhad. Di samping itu, kos pengeluaran yang meningkat akibat harga minyak yang tinggi telah memberi kesan kepada kegiatan perlombongan. Oleh kerana pengeluaran timah dunia lebih rendah berbanding permintaan yang terus meningkat, harga purata timah yang diniagakan di Kuala Lumpur Tin Market terus kukuh pada USD13,385 satu tan metrik (Januari-Jun 2006: USD8,088 satu tan metrik).

Anggaran. Termasuk kondensat. 3 Tidak termasuk pembakaran dan suntikan semula. 1 2

Sumber: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).

Harga minyak mentah dunia terus meningkat memandangkan pasaran antarabangsa berhadapan dengan kekangan bekalan minyak mentah, kekurangan tenaga kerja mahir dan peningkatan kos cari gali dan pengeluaran. Kos kadar sewa harian kapal penggali telah meningkat melebih 200.0%, manakala harga keluli dan saluran paip bertambah lebih kurang 40.0%. Pada masa yang sama, permintaan global terutama dari China dan AS terus kukuh. Berdasarkan kepada faktor-faktor ini, harga minyak mentah dunia kekal pada paras melebihi USD65 setong (West Texas Intermediate) dalam tempoh tujuh bulan pertama 2007. Sejajar dengan harga minyak dunia yang tinggi ini, harga eksport purata minyak mentah blend Tapis kekal tinggi pada paras USD70.98 setong (Januari-Julai 2006: USD71.25 setong).

Sektor Pembinaan Aktiviti pembinaan yang memberangsangkan… Nilai ditambah bagi sektor pembinaan meningkat dengan ketara sebanyak 4.4% dalam tempoh separuh pertama 2007 (Januari-Jun 2007: -1.2%), selepas kembali mencatatkan peningkatan dalam tempoh suku keempat 2006. Pengembangan ini didorong terutamanya oleh kerancakan aktiviti kejuruteraan awam berikutan pelaksanaan projek di bawah RMKe-9. Bagi keseluruhan tahun 2007,

52

JADUAL 3.11

Projek Pembinaan Utama Dalam Pelaksanaan Projek Pembangunan RMKe-9

Projek Pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI)

Lebuh raya Pantai Timur (Fasa II), Terengganu

Pusat Pentadbiran Negeri, Nusajaya

Lebuh raya Duta-Ulu Kelang

Pembersihan Sungai Seget, Sungai Skudai dan Sungai Tebrau

Lebuh raya Kuala Lumpur- Putrajaya

Pembinaan dua persimpangan bertingkat di Jalan Tampoi

Naiktaraf Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Sabah Kuarters Kerajaan di Putrajaya Fasa III

Pembinaan Persimpangan Bertingkat Senai

Universiti Teknologi MARA – Kampus Puncak Alam

Naiktaraf Persimpangan Perling

Pembinaan Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur

Projek Pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)

Projek Landasan Berkembar Sentul-Batu Caves

Jambatan Kedua Pulau Pinang Naiktaraf Jambatan Pulau Pinang Sumber: Unit Perancang Ekonomi, Malaysia.

sektor pembinaan dijangka mencatat pertumbuhan 5.2% (2006: -0.5%).

pembeli yang berhati-hati berikutan kadar faedah dan inflasi yang lebih tinggi. Akibatnya, dalam tempoh separuh pertama 2007, sebahagian besar pemaju harta tanah kediaman berkos rendah dan sederhana telah menangguhkan pelancaran kediaman unit baru dan ini menyebabkan pengurangan bagi unit mula dibina kepada 65,045 unit (Januari-Jun 2006: 85,025 unit). Walau bagaimanapun, dengan kadar faedah yang stabil dan inflasi yang lebih rendah, sentimen pembeli kembali pulih dalam tempoh suku kedua 2007, dengan pembelian unit yang baru dilancarkan meningkat kepada 30.8% (April-Jun 2006: 11.0%). Pasaran harta tanah kediaman bernilai tinggi (lebih daripada RM250,000) menunjukkan prestasi yang lebih baik, terutamanya bagi pelancaran unit baru segmen rumah sesebuah dengan kadar belian meningkat 57.1% manakala segmen kondominium bernilai tinggi sebanyak 42.8% (April-Jun 2006: 3.6%; 33.6%). Prestasi subsektor yang menggalakkan ini disokong oleh pelbagai langkah proaktif Kerajaan, seperti pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT), penarikan had jumlah bilangan pinjaman yang diberikan kepada bukan pemastautin

Subsektor kejuruteraan awam terus mendapat faedah daripada peruntukan perbelanjaan pembangunan persekutuan yang besar pada tahun 2007. Pertumbuhan subsektor ini juga dirangsang oleh projek-projek yang sedang dilaksanakan seperti Lebuh raya Pantai Timur (Fasa II), Lebuh raya Kuala Lumpur-Putrajaya dan Lebuh raya Duta-Ulu Kelang. Pelaksanaan bagi projek-projek Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), termasuk Pusat Pentadbiran Negeri, jalan dan lebuh raya, perumahan dan bandar waterfront, dijangka memberangsangkan lagi sektor pembinaan. Aktiviti kejuruteraan awam lain, seperti projek tebatan banjir di Lembah Klang, kerja-kerja binaan industri minyak dan gas serta pembinaan Hab Petroleum Asia bernilai RM1.4 bilion di Tanjung Bin, Johor juga akan menyumbang kepada pertumbuhan sektor pembinaan dengan ketara. Aktiviti subsektor kediaman berkembang secara sederhana pada tahun 2006 disebabkan sentimen 53

Jun 2006: 1.9%) dengan harga purata yang lebih tinggi dicatatkan bagi kawasan Lembah Klang dan Pulau Pinang.

&$57$

3HQXQMXN3HQDZDUDQ.HGLDPDQ XQLW  

Subsektor bukan kediaman mencatat prestasi yang lebih baik seiring dengan kegiatan ekonomi dalam negeri yang kukuh dalam tempoh separuh pertama 2007. Prestasi yang menggalakkan ini dicerminkan oleh kecergasan aktiviti pembinaan, terutamanya bagi pembinaan ruang pejabat di samping penawaran akan datang yang kembali meningkat kepada 19.2% pada akhir Jun 2007 (akhir-Jun 2006: -15.9%). Jumlah ruang bagi segmen bangunan baru siap dibina pula mencatat 126,871 meter persegi (mp) dan ini telah meningkatkan paras stok bangunan pejabat yang sedia ada kepada 14,680,860 mp (akhir-Jun 2006: 142,427 mp; 14,412,571 mp). Kerancakan aktiviti perniagaan baru, terutamanya yang berkaitan dengan industri perbankan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta kegiatan penyumberan luar, telah membawa peningkatan kadar penghunian ruang pejabat kepada 84.9% pada akhir Jun 2007 (akhir-Jun 2006: 84.4%).

XQLW  

6WRNVHGLDDGD 

6 6 6

6

3HQDZDUDQDNDQGDWDQJ

VNDODNDQDQ 3HQDZDUDQGLUDQFDQJULJKWVFDOH













  















Aktiviti pembinaan bagi ruang niaga bagaimanapun lebih perlahan, berikutan jumlah segmen penawaran akan datang telah mengalami pengurangan 6.7% pada akhir Jun 2007 (akhirJun 2006: 36.6%). Sungguhpun demikian, paras stok sedia ada meningkat kepada 8,124,391 mp dengan siapnya lima kompleks membeli-belah yang baru (akhir-Jun 2006: 4 kompleks; 7,533,704 mp). Dengan mengambil kira perkembangan ini, kadar penghunian ruang niaga berada pada paras tinggi 79.8% (akhir-Jun 2006: 80.1%).

6XPEHU3XVDW0DNOXPDW+DUWD7DQDK1HJDUD 1$3,& 

dan pemansuhan kelulusan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) ke atas pemilikan asing harta tanah kediaman yang melebihi RM250,000. Dari segi penawaran, penubuhan pusat sehenti bagi mempercepatkan kelulusan pembangunan projek perumahan serta pemberian insentif kepada pemaju yang melaksanakan konsep jual dan beli telah meningkatkan lagi keyakinan pemaju. Seiring dengan perkembangan ini, jumlah permit baru bagi jualan dan iklan untuk pembinaan unit kediaman dan rumah kedai meningkat kepada 490 (Januari-Jun 2006: 488 permit) dan jumlah pembaharuan permit meningkat kepada 874 (Januari-Jun 2006: 790 permit). Pinjaman sistem perbankan bagi harta kediaman juga meningkat 7.4% kepada RM167,549 juta pada akhir Jun 2007 (akhir-Jun 2006: RM156,044 juta). Memandangkan peningkatan permintaan dan sentimen pengguna yang lebih baik, indeks harga rumah Malaysia terus meningkat sebanyak 3.6% dalam tempoh separuh pertama 2007 (januari-

Bagi segmen hotel, sejumlah lapan hotel baru dengan 967 bilik telah disiapkan dalam tempoh separuh pertama 2007 (Januari-Jun 2006: 4 hotel; 780 bilik). Paras stok sedia ada turut meningkat kepada 2,180 hotel dengan 149,820 bilik (akhirJun 2006: 2,154 hotel; 147,510 bilik). Langkah promosi yang agresif sempena TMM 2007 telah meningkatkan lagi kadar purata penghunian hotel tiga hingga lima bintang kepada 64.4% dalam tempoh suku kedua 2007 (April-Jun 2006: 58.4%). Bilangan transaksi harta tanah meningkat 3.0% mencecah 135,189 urus niaga dalam tempoh separuh pertama 2007 (Januari-Jun 2006: 54

&$57$

3HQXQMXN3HQDZDUDQ%XNDQ.HGLDPDQ PHWHUSHUVHJL  

3HQDZDUDQ$NDQ'DWDQJ

XQLW 

8QLWLQGXVWUL

.HGDL 5XDQJQLDJD 5XDQJSHMDEDW

VNDODNDQDQ

.DGDU3HQJKXQLDQ3HQJLQDSDQ





5XDQJSHMDEDW











5XDQJQLDJD



  



 +RWHO ELQWDQJ

   







6 

6

6 

6

6 

6

6



6 

6







6 6 

6 6 

6 6 

6 6 

6 6 

6 



6XPEHU3XVDW0DNOXPDW+DUWD7DQDK1HJDUD 1$3,& 

pengguna. Perbelanjaan sektor awam juga dijangka meningkat, meskipun peratusan bahagian sektor ini kepada KDNK masih rendah berbanding peratusan bahagian perbelanjaan swasta seperti di Jadual 3.12.

-4.1%; 131,313 urus niaga). Namun begitu, nilai keseluruhan transaksi meningkat 12.4% kepada RM32.3 bilion (Januari-Jun 2006: 0.9%; RM28.8 bilion), berikutan sentimen pembelian sektor harta tanah yang lebih baik, khususnya bagi segmen kediaman bernilai tinggi. Segmen kediaman menyumbang 63.6% kepada jumlah keseluruhan transaksi, diikuti oleh pertanian (20.0%), komersil (8.8%), pembangunan (4.9%) dan perindustrian (2.6%).

Perbelanjaan sektor swasta dijangka bertambah kukuh sebanyak 8.6% (2006: 7.0%) sejajar dengan sentimen pengguna yang positif serta persekitaran perniagaan yang menggalakkan. Prestasi kukuh sektor swasta disokong oleh pelbagai langkah mesra perniagaan, termasuk pengurangan kadar cukai korporat dan pelaksanaan dasar monetari yang akomodatif. Tambahan pula, pendapatan sektor swasta dijangka meningkat dengan ketara sebanyak 9.9% (2006: 12.5%) berikutan aktiviti ekonomi yang semakin berkembang dan kadar syarat perdagangan yang lebih baik. Sehubungan itu, sektor swasta dijangka menyumbang 5.2 mata peratusan kepada pertumbuhan ekonomi, dengan peratusan bahagian kepada KDNK meningkat 61.5% (2006: 4.2 mata peratusan; 60.1%). Sebaliknya, sektor awam akan berkembang 10.1%,

Prestasi Permintaan Dalam Negeri Pertumbuhan diterajui oleh permintaan dalam negeri… Pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada tahun 2007 dipacu oleh perbelanjaan permintaan dalam negeri yang lebih tinggi sebanyak 9.0% (2006: 7.0%). Sektor swasta terus menjadi penggerak utama pertumbuhan disokong oleh pelaburan swasta yang kukuh dan kerancakan perbelanjaan 55

JADUAL 3.12

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mengikut Permintaan Agregat 2006-2008 (pada harga 2000) Perubahan (%)

Bahagian kepada KDNK (%)

Sumbangan kepada pertumbuhan KDNK (mata peratusan)

2006

20071

20082

2006

20071

20082

2006

KDNK

5.9

6.0

6.0-6.5

100.0

100.0

100.0

5.9

6.0

6.0-6.5

Permintaan dalam negeri3

7.0

9.0

6.8

84.1

86.5

86.9

5.8

7.6

5.9

Perbelanjaan swasta

7.0

8.6

8.2

60.1

61.5

62.7

4.2

5.2

5.1

Penggunaan

7.1

9.0

7.9

48.6

49.9

50.8

3.4

4.4

4.0

Pelaburan

7.0

7.1

9.5

11.5

11.6

11.9

0.8

0.8

1.1

Perbelanjaan awam

6.8

10.1

3.2

24.0

25.0

24.2

1.6

2.4

0.8

Penggunaan

5.0

10.8

5.5

12.9

13.5

13.4

0.6

1.4

0.7

Pelaburan

8.9

9.3

0.5

11.1

11.5

10.8

1.0

1.0

0.1

-0.2

-0.2

0.4

0.1

-0.1

0.7

Perubahan dalam stok

20071

20082

Sektor luar

0.1

-9.6

-1.9

16.1

13.7

12.7

0.0

-1.5

-0.3

Eksport4

7.4

4.1

5.7

125.0

122.7

122.0

9.1

5.2

6.9

6.2

6.6

108.9

109.0

109.3

9.1

6.7

7.2

Import

4

KDNK (RM bilion, harga semasa) Perubahan (%) 1 2 3 4

8.6 572.6 10.2

625.1 681.7 9.2

9.1

Anggaran. Unjuran. Tidak termasuk perubahan dalam stok. Barangan dan perkhidmatan.

Sumber: Jabatan Perangkaan dan Kementerian Kewangan, Malaysia.

menyumbang 2.4 mata peratusan kepada pertumbuhan KDNK (2006: 6.8%; 1.6 mata peratusan). Hasilnya, agregat permintaan domestik (tidak termasuk perubahan dalam stok) dijangka semakin kukuh pada kadar 9.0% (2006: 7.0%). Sumbangan permintaan luar kepada pertumbuhan ekonomi dijangka berterusan walaupun perdagangan antarabangsa berkembang sederhana. Ini disokong oleh harga komoditi yang kukuh dan jangkaan peningkatan semula permintaan produk E&E dalam tempoh separuh kedua 2007. Import, terutamanya barangan modal dan barangan pengantara, dijangka meningkat dengan lebih pesat seiring dengan kerancakan kegiatan ekonomi dalam negeri.

s e b a n y a k 11 . 6 % , b e r i k u t a n p e r s e k i t a r a n perniagaan yang lebih baik (2006: 7.0%; 11.5%). Perkembangan ini sejajar dengan peningkatan keyakinan pelabur terhadap prospek ekonomi Malaysia yang dicerminkan oleh Business Conditions Index (BCI) yang mencatat 122.1 mata pada suku kedua 2007, paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun (April-Jun 2006: 102.4 mata). Pertumbuhan pelaburan swasta yang menggalakkan digambarkan dalam beberapa penunjuk pelaburan utama, seperti di Carta 3.8. Ini termasuk peningkatan import barangan pengantara, pengeluaran simen hidraulik serta pengeluaran besi dan keluli bagi tempoh enam bulan pertama 2007. Pengembangan aktiviti pelaburan turut didorong oleh peningkatan penggunaan kapasiti dalam sektor pembuatan ke paras 80.4% dalam tempoh suku kedua 2007

Pelaburan swasta dijangka meningkat 7.1%, dengan peratusan bahagian kepada KDNK 56

berbanding paras 70.0% dalam suku pertama tahun yang sama.

&$57$

3HQXQMXN3HODEXUDQ6ZDVWD

Hasil Penyiasatan Jangkaan Perniagaan yang dikendalikan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam tempoh separuh pertama 2007 juga menunjukkan perbelanjaan modal yang lebih tinggi oleh sektor swasta iaitu sebanyak 16.6% (Januari-Jun 2006: -13.2%). Sektor perkhidmatan dijangka menjadi penyumbang terbesar kepada perbelanjaan modal sebanyak 48.6%, diikuti oleh perlombongan dan elektrik (23.7%), pembuatan (23.1%) serta pertanian (2.6%). Pelaburan dalam sektor perkhidmatan sebahagian besar dijangka daripada subsektor pengangkutan dan komunikasi serta pengantaraan kewangan. Bagi sektor pembuatan, projek yang diluluskan untuk pelaburan langsung domestik (DDI) meningkat dengan ketara sebanyak 71.3% kepada RM14.3 bilion dalam tempoh enam bulan pertama 2007 (Januari-Jun 2006: 28.1%; RM8.4 bilion), terutamanya dalam industri petroleum, logam asas, kimia dan produk kimia serta E&E. Sementara itu, nilai pinjaman keseluruhan yang dikeluarkan (tidak termasuk sektor isi rumah) oleh sistem perbankan bertambah 12.9% kepada RM35,876 juta dalam tempoh enam bulan pertama (penghujung Jun 2006: -4.5%, RM31,775 juta). Sebahagian besar pinjaman yang dikeluarkan adalah untuk sektor pembuatan (termasuk asas tani) sebanyak 31.2%, diikuti perdagangan borong, runcit, restoran dan hotel (20.6%) serta aktiviti kewangan, insurans dan perniagaan (18.3%). Dalam tempoh yang sama, pinjaman yang dikeluarkan kepada PKS meningkat 2.0% kepada RM67.5 bilion, mewakili 36.2% daripada keseluruhan pinjaman sistem perbankan (JanuariJun 2006: 35.2%; RM66.1 bilion).

50ELOLRQ 

-XPODKSLQMDPDQGLNHOXDUNDQ VNDODNDQDQ

50ELOLRQ 





 

3HQJHOXDUDQSLQMDPDQGDQSHQGDKXOXDQVLVWHPSHUEDQNDQ SHPEXDWDQ



  





3HQJHOXDUDQSLQMDPDQGDQSHQGDKXOXDQVLVWHPSHUEDQNDQ SHPELQDDQ 









50ELOLRQ 



D

50ELOLRQ  ,PSRUWEDUDQJDQSHQJDQWDUD VNDODNDQDQ



 ,PSRUWEDUDQJDQPRGDO





























50ELOLRQ 

50ELOLRQ 

/XDUQHJHUL GLOXOXVNDQROHK0,'$ -XPODKSHODEXUDQ





3HODEXUDQODQJVXQJDVLQJ %23 VNDODNDQDQ



Malaysia terus berupaya menarik FDI, walaupun dalam persekitaran pelaburan antarabangsa yang mencabar. Dalam tempoh suku pertama 2007, jumlah bersih kemasukan FDI mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan sebanyak 54.1% kepada RM5,697 juta (Januari-Mac 2006: 21.2%; RM3,696 juta). Sektor pembuatan terus menjadi penyumbang utama merangkumi 52.2% daripada jumlah FDI, diikuti oleh perdagangan borong dan runcit (26.4%), pengantaraan kewangan (16.8%) serta perlombongan dan



D



     

 



D$QJJDUDQ

57









D





kuari (7.7%). Sementara itu, kelulusan untuk pelaburan asing dalam projek pembuatan bertambah dengan ketara sebanyak 114.1% kepada RM14.5 bilion dalam tempoh enam bulan pertama 2007 (Januari-Jun 2006: 3.5%; RM6.8 bilion), terutamanya dalam industri E&E (53.3%), petroleum (20.5%), kimia dan produk kimia (6.3%) serta galian bukan logam (6.1%).

&$57$

3HQXQMXN3HQJJXQDDQ6ZDVWD 50ELOLRQ 

50ELOLRQ 

.UHGLWSHQJJXQDDQ VNDODNDQDQ ,PSRUWEDUDQJDQSHQJJXQDDQ





Perbelanjaan penggunaan swasta dijangka meningkat 9.0%, merangkumi 49.9% daripada KDNK pada tahun 2007 (2006: 7.1%, 48.6%). Antara faktor utama bagi peningkatan ini ialah persekitaran kewangan yang menggalakkan disokong oleh kadar faedah yang rendah dan stabil, peningkatan pendapatan boleh guna isi rumah berikutan prospek pekerjaan yang stabil dan pelarasan gaji kakitangan awam. Ia juga didorong oleh kesan positif kekayaan daripada pasaran saham dan harga komoditi yang kukuh. Trend perbelanjaan penggunaan swasta turut dibayangkan oleh Consumer Sentiments Index (CSI) yang mencatat peningkatan ketara sebanyak 11.7 mata kepada 115.9 mata dalam tempoh suku kedua 2007 (April-Jun 2006: 104.2 mata). Dalam tempoh enam bulan pertama 2007, penunjuk penggunaan utama, khususnya jualan makanan mencatat pertumbuhan dua angka sebanyak 17.9% dan kutipan cukai perkhidmatan sebanyak 12.5% (Januari-Jun 2006: 1.4%; 0.3%). Urusniaga kad kredit bertambah kukuh sebanyak 21.1% dan kredit penggunaan meningkat 7.1% (akhir Jun 2006: 16.2%; 21.3%). Sementara itu, jualan motosikal berkembang 4.5% (Januari-Jun 2006: 3.6%).





 -XDODQPDNDQDQ



 















D

XQLW 



 ,QGHNV 

,QGHNV.RPSRVLW .XDOD/XPSXU VNDODNDQDQ



  -XDODQPRWRVLNDO



















VHQNJ 

 D   50WDQ 



Penggunaan awam dianggar berkembang 10.8% (2006: 5.0%), didorong terutamanya oleh peningkatan perbelanjaan bagi bekalan dan perkhidmatan serta emolumen yang lebih tinggi. Perbelanjaan bagi bekalan dan perkhidmatan adalah untuk menambah baik jentera pentadbiran dan sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam, manakala peningkatan perbelanjaan emolumen disebabkan oleh kenaikan gaji kakitangan awam antara 7.5% hingga 35.0% mulai 1 Julai 2007. Sementara itu, pelaburan awam dijangka bertambah 9.3%, merangkumi 11.5% bahagian kepada KDNK (2006: 8.9%; 11.1%), didorong sebahagian besarnya oleh projek-projek pembangunan yang sedang dilaksanakan.



+DUJDJHWDK 



 





+DUJDPLQ\DNVDZLW VNDODNDQDQ



 











 D  

D

$QJJDUDQ 3DGDDNKLUWDKXQGDQSDGD-XODL



58

Kedudukan Sumber Negara

&$57$

Kemantapan sumber negara menyokong pertumbuhan ekonomi…

-XUDQJ7DEXQJDQ3HODEXUDQ 50ELOLRQ 

Pendapatan negara mengikut nilai semasa mencatat pertumbuhan pesat sebanyak 9.4% pada tahun 2007 (2006: 12.0%), sejajar dengan kecergasan aktiviti ekonomi domestik dan harga komoditi yang teguh. Sungguhpun perbelanjaan penggunaan meningkat lebih tinggi pada kadar 12.7% (2006: 9.7%), Tabungan Negara Kasar (TNK) terus berkembang 4.9%, menyumbang 36.6% kepada Keluaran Negara Kasar (KNK) (2006: 17.1%; 38.2%). Daripada jumlah TNK tersebut, sektor swasta menyumbang 62.2% (2006: 60.8%) dan sumber ini boleh digembleng untuk tujuan pembiayaan pelaburan domestik. Jumlah perbelanjaan pelaburan (termasuk perubahan dalam stok) dijangka meningkat 11.6% (2006: 12.6%), didorong terutamanya oleh inisiatif sektor swasta. Justeru, jurang tabungan pelaburan dijangka untuk terus mencatat lebihan RM90 bilion atau menyumbang 14.8% kepada KNK pada tahun 2007 (2006: RM93.4 bilion; 16.8%), mencerminkan pengukuhan asas-asas ekonomi negara.

7DEXQJDQQHJDUDNDVDU VNDODNDQDQ

GDULSDGD.1. 

7DEXQJDQQHJDUDNDVDU  -XPODKSHODEXUDQ



7DEXQJDQVHNWRUDZDP



 -XUDQJWDEXQJDQ SHODEXUDQ



 7DEXQJDQVHNWRU VZDVWD 



  7DEXQJDQVHNWRU DZDP









D





X

D

$QJJDUDQ 8QMXUDQ 7HUPDVXNSHUXEDKDQGDODPVWRN

X 

JADUAL 3.13

Jurang Tabungan Pelaburan 2006-2008 (pada harga semasa) 2004

2005

2006

20071

20082

RM juta Sektor awam Tabungan Pembentukan modal dalam negeri Lebihan/Defisit Sektor swasta Tabungan Pembentukan modal dalam negeri3 Lebihan/Defisit Keseluruhan Tabungan negara kasar (% daripada KNK) Pembentukan modal dalam negeri3 (% daripada KNK) Lebihan/Defisit (% daripada KNK) 1 2 3

73,000 48,744 24,256

70,506 53,480 17,026

83,079 58,761 24,318

84,030 65,385 18,645

86,214 66,968 19,246

93,569 60,523 33,046

110,493 51,837 58,656

128,876 59,775 69,101

138,242 66,923 71,319

150,765 81,297 69,468

166,569 37.0 109,267 24.3 57,302 12.7

180,999 36.5 105,317 21.3 75,682 15.3

211,955 38.2 118,536 21.4 93,419 16.8

222,272 36.6 132,308 21.8 89,964 14.8

236,979 35.8 148,265 22.4 88,714 13.4

Anggaran. Unjuran. Termasuk perubahan dalam stok.

Sumber: Kementerian Kewangan dan Jabatan Perangkaan Malaysia.

59

Prestasi Perdagangan Luar

Eksport Barangan Pembuatan

Prestasi Eksport

Eksport produk berasaskan sumber mengukuh…

Momentum eksport dijangka meningkat… Pendapatan eksport barangan pembuatan meningkat sedikit pada kadar 0.5% dalam tempoh separuh pertama 2007 (Januari-Jun 2006: 10.1%), disebabkan sebahagian besarnya oleh kelemahan permintaan global produk E&E, seperti di Jadual 3.15. Bagaimanapun, pengukuhan eksport produk berasaskan sumber telah mengimbangi hasil eksport E&E yang sederhana.

Eksport berkembang sederhana sebanyak 1.1% (Januari-Jun 2006 : 10.5%) dalam tempoh enam bulan pertama 2007, sejajar dengan permintaan luar produk E&E yang terus perlahan, khususnya peranti semikonduktor, mesin dan alat ganti memproses data automatik (ADP) serta kelengkapan dan alat ganti telekomunikasi. Walau bagaimanapun, momentum pertumbuhan eksport dijangka meningkat dalam tempoh separuh kedua, disokong oleh harga komoditi yang kukuh dan peningkatan semula permintaan dunia untuk produk E&E. Bagi keseluruhan tahun, eksport kasar dijangka terus kukuh walaupun perdagangan dunia berkembang sederhana. Pendapatan eksport (f.o.b) dijangka meningkat 4.8% (2006: 10.3%) dengan barangan pembuatan menyumbang 79.3% kepada jumlah eksport. Sementara itu, permintaan dunia yang memberangsangkan bagi komoditi utama seperti minyak kelapa sawit, minyak mentah dan LNG dijangka meningkatkan pendapatan eksport untuk produk pertanian sebanyak 33.6% dan galian sebanyak 8.3% (2006: 14.6%; 9.3%). Dengan prestasi yang kukuh, Malaysia dijangka mencatat lebihan perdagangan bagi tahun kesepuluh berturut-turut sejak 1998.

Dalam tempoh separuh pertama 2007, eksport bukan E&E meningkat 8.9% (Januari-Jun 2006: 16.1%) didorong oleh peningkatan eksport produk berasaskan sumber, terutamanya keluaran kimia, plastik, getah serta besi, keluli dan logam. Tambahan lagi, pertumbuhan dua angka dalam eksport industri makanan, minuman dan tembakau turut menggambarkan peningkatan permintaan dalam industri tersebut. Eksport produk kimia dan plastik mencatat pertumbuhan mantap sebanyak 22.1% kepada RM20,128 juta dalam tempoh enam bulan pertama 2007 (Januari-Jun 2006: 2.4%; RM16,488 juta). Pertumbuhan ini didorong oleh eksport keluaran kimia yang kembali meningkat dengan ketara sebanyak 31.8% (Januari-Jun 2006: -3.6%), hasil peningkatan permintaan bagi bahan kimia

JADUAL 3.14

Eksport Kasar 2006-2007 RM juta

Barangan Pembuatan

Perubahan (%)

2006

20071

2006

Sumbangan (%)

20071

2006

20071

479,674

489,734

10.1

2.1

81.4

79.3

Barangan Pertanian

39,091

52,245

14.6

33.6

6.6

8.5

Barangan Perlombongan

55,824

60,438

9.3

8.3

9.5

9.8

Lain-lain

14,377

14,814

11.7

3.0

2.4

2.4

588,966

617,229

10.3

4.8

100.0

100.0

Eksport kasar 1

Anggaran.

Sumber: Jabatan Perangkaan dan Kementerian Kewangan, Malaysia.

60

JADUAL 3.15

Eksport Barangan Pembuatan Januari-Jun Nilai

Perubahan

Bahagian

(RM juta)

(%)

(%)

2006

2007

2006

2007

2006

2007

143,088

136,759

6.9

-4.4

62.9

59.8

Semikonduktor

44,976

46,453

1.0

3.3

19.8

20.3

Kelengkapan dan alat ganti elektronik

61,294

54,811

13.8

-10.6

26.9

24.0

Produk elektrik dan jentera

36,817

35,495

3.7

-3.6

16.2

15.5

84,532

92,073

16.1

8.9

37.1

40.2

Kimia, produk kimia dan plastik

16,488

20,128

2.4

22.1

7.2

8.8

Produk berasaskan petroleum

12,098

11,473

34.9

-5.2

5.3

5.0

Produk besi, keluli dan logam

11,081

12,674

29.3

14.4

4.9

5.5

Produk berasaskan kayu

6,713

7,363

5.2

9.7

2.9

3.2

Tekstil, pakaian dan kasut

5,408

4,954

8.9

-8.4

2.4

2.2

Makanan, minuman dan tembakau

5,448

6,287

13.3

15.4

2.4

2.7

Produk berasaskan getah

4,249

4,961

28.1

16.7

1.9

2.2

Kelengkapan pengangkutan

5,067

4,003

80.0

-21.0

2.2

1.7

Peralatan elektronik, elektrik dan jentera

Produk bukan elektronik dan elektrik

Produk galian bukan logam Produk pembuatan lain Jumlah

1,587

1,824

12.0

14.9

0.7

0.8

16,394

18,407

6.2

12.3

7.2

8.0

227,619

228,832

10.1

0.5

100.0

100.0

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.

organik dan bukan organik khususnya oleh China dan Thailand. Sementara itu, permintaan kukuh dari pasaran ASEAN, China dan Jepun telah menyumbang kepada peningkatan eksport keluaran minyak pati, pewangi dan sediaan pembersihan yang mencatat pertumbuhan ketara sebanyak 16.8% (Januari-Jun 2006: 11.7%).

pemprosesan pengeluaran, berkuat kuasa mulai Oktober 2007, akan memastikan produk plastik tempatan lebih diterima di peringkat antarabangsa. Eksport produk besi, keluli dan logam terus mengukuh pada kadar 14.4% kepada RM12,674 juta dalam tempoh enam bulan pertama 2007 (Januari-Jun 2006: 29.3%; RM11,081 juta), disokong oleh harga yang tinggi dan permintaan luar yang mantap. Kepesatan aktiviti pembinaan, terutamanya di rantau Asia, serta persediaan Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China, akan meningkatkan lagi pendapatan eksport produk ini.

Eksport produk plastik, satu lagi komponen utama, meningkat 10.8% (Januari-Jun 2006: 10.2%) dalam tempoh enam bulan pertama 2007, berikutan terutamanya oleh peningkatan permintaan industri ICT dan peralatan perubatan. Singapura, Jepun dan Thailand merupakan antara pasaran utama bagi produk plastik. Eksport produk plastik ke negara EU mengalami peningkatan, berikutan penyelesaian penyiasatan isu antilambakan dan antisubsidi terhadap produk beg plastik yang diimport dari Malaysia pada tahun 2006. Di samping itu, langkah Malaysia melarang import sisa plastik untuk dikitar semula dan digunakan sebagai input

Nilai pendapatan eksport produk berasaskan getah meningkat 16.7% dalam tempoh enam bulan pertama 2007(Januari-Jun 2006: 28.1%) berikutan harga getah asli yang melambung tinggi akibat kekangan bekalan getah asli dunia. Bagaimanapun, 61

minuman keluaran Malaysia. Usaha berterusan memajukan Malaysia sebagai hab halal dunia untuk menguasai pasaran baru akan merangsang lagi perkembangan industri makanan tempatan.

&$57$

3UHVWDVL(NVSRUW3HPEXDWDQ7HUSLOLK SHUXEDKDQWDKXQDQ 







-XPODKHNVSRUWSHPEXDWDQ 3URGXNEHVLNHOXOLGDQORJDP .LPLDSURGXNNLPLDGDQSODVWLN ( ( 0DNDQDQPLQXPDQGDQ WHPEDNDX 3URGXNJHWDK



























6

6 

6

6

6

6 

6

Hasil eksport produk berasaskan kayu juga mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 9.7% (Januari-Jun 2006: 5.2%), didorong oleh peningkatan permintaan daripada pasaran utama seperti Taiwan, Jepun dan negara EU. Tambahan lagi, penurunan kadar tarif yang dipersetujui di bawah Perjanjian Kerjasama Ekonomi JepunMalaysia yang berkuat kuasa pada Julai 2006 terus menjana pendapatan eksport produk berasaskan kayu. Permintaan yang mapan bagi produk venir, papan lapis dan perabot kayu bagi pasaran tradisi serta peningkatan permintaan daripada pasaran baru seperti Emiriyah Arab Bersatu dan India amat memberangsangkan bagi eksport industri berasaskan kayu.

6

6

6 

Eksport produk berasaskan petroleum merosot 5.2% kepada RM11,473 juta dalam tempoh enam bulan pertama 2007 (Januari-Jun 2006: 34.9%; RM12,098 juta) disebabkan oleh bekalan pengeluaran minyak mentah yang lebih rendah. Republik Korea, India, Jepun, Singapura dan China kekal sebagai pasaran eksport utama. Nilai eksport ke Republik Korea bertambah dengan ketara sebanyak 86.0% kepada RM1,121 juta (Januari-Jun 2006: 192.6%; RM603 juta), manakala bagi India meningkat 18.4% kepada RM536 juta (Januari-Jun 2006: 24.5%, RM452 juta).



6RXUFH-DEDWDQ3HUDQJNDDQ0DOD\VLD

langkah rasionalisasi dan pengoptimuman proses pengeluaran telah membolehkan produk berasaskan getah Malaysia menyaingi produk getah tiruan. AS kekal sebagai pasaran eksport terbesar bagi industri ini, menyumbang 24.1% (RM 1,197 juta) daripada jumlah eksport dalam tempoh enam bulan pertama 2007 (Januari-Jun 2006: 25.6%; RM 1,089 juta). Manakala, China muncul sebagai pasaran eksport yang mengalami pertumbuhan terpantas sebanyak 32.7% dalam tempoh enam bulan pertama 2007.

Pendapatan keseluruhan eksport kelengkapan pengangkutan menguncup 21.0% kepada RM4,003 juta dalam tempoh enam bulan pertama 2007 (Januari-Jun 2006: 80.0%; RM5,067 juta) berikutan pengurangan 46.4% dalam eksport bagi pengangkutan lain seperti kelengkapan pengangkutan kereta api, kapal dan bot serta struktur terapung. Sebaliknya, prestasi eksport pengangkutan jalan raya meningkat kukuh sebanyak 32.5% (Januari-Jun 2006: 0.5%), disokong terutamanya oleh permintaan tinggi bagi peralatan dan aksesori kenderaan bermotor, motosikal dan kenderaan penumpang bermotor, kecuali bas. Prospek eksport kelengkapan pengangkutan dijangka bertambah baik didorong oleh peningkatan permintaan luar, terutamanya dari China.

Perolehan eksport makanan, minuman dan tembakau kekal memberangsangkan pada 15.4% (Januari-Jun 2006: 13.3%) dengan Singapura, Indonesia dan AS sebagai destinasi eksport utama. Eksport produk makanan meningkat 15.9% (RM5,268 juta) sementera minuman 106.5% (RM580 juta), berikutan usaha berterusan pengeluar untuk mendapatkan jaminan kualiti dan pengiktirafan terhadap produk makanan dan 62

disumbangkan terutamanya oleh nilai eksport yang lebih tinggi bagi minyak sawit, isi rong sawit, minyak mentah dan gas asli. Dalam tempoh enam bulan pertama 2007, pendapatan eksport komoditi pertanian meningkat 13.6% kepada RM20,044 juta (Januari-Jun 2006: 3.8%; RM17,640 juta), mewakili 7.1% daripada eksport kasar (JanuariJun 2006: 6.4%). Prestasi memberangsangkan ini didorong oleh harga komoditi yang lebih kukuh dan peningkatan permintaan global bagi CPO dan getah. Sementara itu, hasil eksport perlombongan meningkat hanya 0.9% kepada RM27,705 juta (Januari-Jun 2006: 17.7%; RM27,464 juta) disebabkan sebahagian besar oleh peningkatan eksport yang sedikit bagi minyak mentah. Peratusan bahagian sektor perlombongan kepada eksport kasar kekal sebanyak 9.8% (Januari-Jun 2006: 9.8%).

&$57$

(NVSRUW6HPLNRQGXNWRU0DOD\VLDGDQ -XDODQ6HPLNRQGXNWRU6HGXQLD SHUXEDKDQWDKXQDQ

 

 



-XDODQVHPLNRQGXNWRUVHGXQLD





















 6

6



6

6

6

6

6



6

Kuantiti eksport minyak sawit menyusut 8.3% kepada 6.1 juta tan metrik dalam tempoh enam bulan pertama 2007 (Januari-Jun 2006: -1.6%; 6.6 juta tan metrik) berikutan pengeluaran minyak sawit yang berkurangan kesan daripada keadaan cuaca yang kurang baik dalam tempoh suku pertama 2007. Bagi keseluruhan tahun, eksport minyak sawit dijangka menurun 2.2% kepada 14.1 juta tan metrik (2006: 7.3%; 14.4 juta tan metrik). China kekal sebagai pengimport terbesar minyak sawit Malaysia, mewakili 27% jumlah eksport, diikuti oleh Belanda (13%), Pakistan (8%) dan AS (5%). Peningkatan permintaan dunia bagi biofuel dan kekangan bekalan telah melonjakkan harga purata nilai unit eksport minyak sawit kepada RM2,076 satu tan metrik dalam tempoh enam bulan pertama 2007. Hasilnya, nilai eksport terus meningkat kepada RM12,609 juta dalam tempoh enam bulan pertama 2007 (Januari-Jun 2006: RM9,866 juta). Harga CPO dijangka stabil pada paras RM2,450 satu tan metrik pada tahun 2007 dengan nilai eksport diramal pada RM34,545 juta (2006: RM22,687 juta). Ketika ini, Malaysia merupakan pengeksport terbesar CPO, mewakili 62% jumlah eksport dunia dan 22% bagi eksport global minyak sayuran dan lemak. Pendapatan eksport minyak isi rong sawit (PKO) kembali meningkat dengan ketara sebanyak 40.0% kepada RM1,305 juta dalam tempoh enam bulan pertama 2007 (Januari-Jun 2006: -18.9%; RM932 juta) berikutan peningkatan kuantiti eksport kepada



(NVSRUWVHPLNRQGXNWRU0DOD\VLD

6

6





6XPEHU-DEDWDQ3HUDQJNDDQ0DOD\VLD 6HPLFRQGXFWRU,QGXVWU\$VVRFLDWLRQ$6

Sebaliknya, eksport produk E&E telah menguncup 4.4% (Januari-Jun 2006: 6.9%) dalam tempoh separuh pertama 2007, berikutan pengurangan eksport kelengkapan dan alat ganti elektronik (-10.6%) serta produk elektrik dan jentera (-3.6%). Namun begitu, eksport semikonduktor yang mencatat pertumbuhan positif sebanyak 3.3% (Januari-Jun 2006: 1.0%) telah dapat menampung pengurangan permintaan eksport E&E. Meskipun mengalami prestasi yang kurang memberangsangkan, eksport E&E kekal sebagai penyumbang utama meliputi 59.8% daripada keseluruhan eksport pembuatan.

Eksport Komoditi Utama Pendapatan eksport disokong oleh harga komoditi yang teguh... Pendapatan eksport dari komoditi utama dijangka meningkat 18.7% kepada RM 112,682 juta pada tahun 2007 (2006: 11.4%; RM 94,916 juta), 63

&$57$

JADUAL 3.16

(NVSRUW.RPRGLWL8WDPD

Eksport Komoditi Utama 2006-2007 2006

20071

2006

20071



Minyak sawit

2

Kuantiti ( ‘000 tan metrik) Nilai seunit (RM/tan metrik) Nilai (RM juta)

14,423

14,100

7.3

-2.2

1,573

2,450

5.6

55.8

22,687

34,545

13.3

52.3



933

950

9.7

1.8

2,313

2,700

-9.8

16.7

Nilai (RM juta)

2,158

2,565

-1.0

18.9

5,000

-17.1

4.8

474

480

10.7

1.3

2,261

2,400

-8.3

6.1

Kuantiti ( ‘000 meter padu)

2,939

3,281

-10.3

11.6

Nilai seunit(RM/ meter padu)

1,203

1,250

13.6

3.9

Nilai (RM juta)

3,536

4,101

1.9

16.0

50MXWD  

Kayu gergaji

Getah Kuantiti ( ‘000 tan metrik)

1,134

1,165

0.6

2.7

Nilai seunit(RM/tan metrik)

7,259

7,200

41.5

-0.8

Nilai (RM juta)

8,235

8,388

42.3

1.9

Nilai seunit (RM/tan metrik) Nilai (RM juta)

16.5

15.6

-8.0

-5.5

8,684

10,500

28.9

20.9

139

164

14.4

18.2

Nilai seunit(RM/tan metrik) Nilai (RM juta)   Minyak mentah Kuantiti ( ‘000 tan metrik) Nilai seunit (RM/tan metrik) Nilai (RM juta)

14

14

45.7

3.6

5,800

3.7

3.1

76

81

51.2

6.9

16,858

17,640

-7.5

4.6

1,896

1,968

17.7

3.8

31,955

34,723

8.8

8.7

21,534

22,470

-1.9

4.3

Nilai seunit(RM/tan metrik) Nilai (RM juta)

1,081

1,099

14.2

1.6

23,286

24,560

12.0

5.5

19

25

-42.3

29

Nilai seunit(RM/tan metrik) Nilai (RM juta) Jumlah nilai (RM juta) 1 2

30

46

8.2

53.5

583

1,155

-37.7

98.1

94,916 112,682

11.4

18.7







.D\X*HUJDMLGDQ.D\X%DODN (NVSRUWGDQ1LODL6HXQLW

(NVSRUW 6 6 6 6 1LODLVHXQLWND\XJHUJDML 1LODLVHXQLWND\XEDODN



 50PHWHU SDGX  

VNDODNDQDQ



















*HWDK (NVSRUWGDQ+DUJD

 VHQNJ 

(NVSRUW

6 6 6 6 605 VNDODNDQDQ

  





 

 

 







3HWUROHXP0HQWDK (NVSRUWGDQ+DUJD

50MXWD

Tin Kuantiti ( ‘000 tan metrik)





Gas asli cecair Kuantiti ( ‘000 tan metrik)







5,624



50MXWD 

Koko Kuantiti ( ‘000 tan metrik)







Lada hitam Kuantiti ( ‘000 tan metrik)



 

4,772

Nilai (RM juta)





Kayu balak Nilai seunit(RM/ meter padu)

(NVSRUW

6 6 6 6 +DUJDPLQ\DNVDZLWPHQWDKWHPSDWDQ VNDODNDQDQ



Nilai seunit(RM/tan metrik)

Kuantiti ( ‘000 meter padu)

50WDQ PHWULN 



Minyak isirong kelapa sawit Kuantiti ( ‘000 tan metrik)

0LQ\DN6DZLW (NVSRUWGDQ+DUJD

50MXWD 

Perubahan (%)

(NVSRUW 6 6 6 6 +DUJDSXUDWDZDMDUDQ VNDODNDQDQ





86'WRQJ   



 





Anggaran. Termasuk minyak sawit mentah, minyak sawit diproses dan stearin.



Sumber: Jabatan Perangkaan, Lembaga Minyak Sawit dan Kementerian Kewangan, Malaysia.

 

66XNXWDKXQDQ

64











kepada RM1,067 satu tan metrik dalam tempoh enam bulan pertama 2007 (Januari-Jun 2006: RM1,037 satu tan metrik).

523,292 tan metrik. Harga eksport bagi PKO terus meningkat kepada RM2,494 satu tan metrik dalam tempoh yang sama. Dengan harga PKO yang kekal kukuh, jumlah pendapatan eksport PKO bagi keseluruhan tahun 2007 dianggar mencecah RM2,565 juta.

Prestasi Import

Pendapatan eksport getah menguncup 15.6% kepada RM3,385 juta (Januari-Jun 2006: 55.0%; RM4,010 juta) berikutan pengeluaran yang lebih rendah disebabkan faktor cuaca, meskipun permintaan dunia dan harga adalah kukuh. Kesannya, kuantiti eksport berkurangan 16.3% kepada 483,542 tan metrik (Januari-Jun 2006: 4.5%; 577,657 tan metrik), manakala harga eksport purata kekal pada RM7.00 sekilogram. Harga getah yang kukuh adalah berikutan peningkatan permintaan luar, terutama dari China, Jerman, AS dan Perancis. China kekal sebagai pengimport terbesar getah Malaysia, mewakili 31.4% jumlah eksport, diikuti oleh Jerman (14.5%), AS (5.9%) dan Perancis (5.5%). Malaysia kekal sebagai pengeksport ketiga terbesar getah asli selepas Thailand dan Indonesia, mewakili 11% daripada eksport dunia.

Import terus meningkat… Import kasar yang dinilai pada kos, insurans dan fret (c.i.f.) dijangka berkembang 7.6% kepada RM517,264 juta pada tahun 2007 (2006: 10.8%; RM480,773 juta). Dalam tempoh enam bulan pertama, import kasar meningkat 3.5% kepada RM239,393 juta (Januari-Jun 2006: 12.6%; RM231,237 juta) berikutan permintaan kukuh bagi barangan pengantara yang merangkumi 71.5% daripada jumlah import, seperti di Jadual 3.17. Begitu juga dengan import barangan penggunaan yang meningkat sejajar dengan peningkatan perbelanjaan isi rumah dan pertambahan jumlah ketibaan pelancong. Jumlah nilai import barangan modal terus mapan. Dari segi sektor barangan, sebahagian besar import terdiri daripada produk E&E, jentera, peralatan dan alat ganti, kimia dan produk kimia, perkilangan logam serta produk besi dan keluli.

Kuantiti eksport bagi minyak mentah meningkat sedikit pada kadar 0.1% kepada 8.37 juta tan metrik dalam tempoh enam bulan pertama 2007 (Januari-Jun 2006: -5.4%; 8.36 juta tan metrik) berikutan permintaan dunia bagi minyak mentah kekal tinggi. Nilai unit eksport merosot kepada RM1,750 satu tan metrik dalam tempoh enam bulan pertama (Januari-Jun 2006: RM1,912 satu tan metrik). Sehubungan itu, pendapatan petroleum menguncup 8.4% kepada RM14,640 juta (Januari-Jun 2006: 24.3%; RM15,976 juta). Sebahagian besar minyak mentah dieksport ke Singapura, India, Thailand, Republik Korea dan Indonesia.

Import barangan pengantara meningkat 7.6% kepada RM171,235 juta (Januari-Jun 2006: 8.0%; RM159,134 juta) dalam tempoh enam bulan pertama, didorong oleh aktiviti pelaburan dan pengeluaran yang mapan. Mengikut kategori, import bekalan perindustrian, termasuk logam dan kimia meningkat dengan ketara sebanyak 23.1% (Januari-Jun 2006: 1.0%) didorong oleh peningkatan permintaan dalam industri berorientasikan domestik seperti kimia, besi, keluli dan logam lain serta industri berkaitan pembinaan. Import juga termasuk saluran paip bagi industri minyak dan gas dan makanan haiwan ternakan. Import barangan industri makanan dan minuman yang utama dan diproses meningkat 7.9% (Januari-Jun 2006: 28.5%), mencerminkan peningkatan perbelanjaan penggunaan. Barangan import utama bagi industri ini ialah biji koko, kacang soya, gula tebu, minyak sawit serta susu dan krim dalam pelbagai bentuk. Kenaikan

Sebaliknya, pendapatan eksport LNG terus meningkat 14.9% kepada RM12,878 juta (JanuariJun 2006:11.4%; RM11,205 juta) berikutan permintaan yang memberangsangkan dari Jepun, Taiwan dan Korea Selatan yang mewakili 98.9% daripada jumlah eksport. Kuantiti eksport LNG kembali pulih sebanyak 11.7% kepada 12.1 juta tan metrik (Januari-Jun 2006: -5.3%; 10.8 juta tan metrik), manakala harga eksport meningkat 65

JADUAL 3.17

Import Barangan Mengikut Penggunaan Akhir Januari-Jun RM juta

Perubahan (%)

Sumbangan (%)

2006

2007

2006

2007

2006

2007

Barangan modal

32,448

31,525

16.7

-2.8

14.0

13.2

Barangan modal (kecuali peralatan pengangkutan) Kelengkapan pengangkutan (perusahaan)

27,237

27,545

8.6

1.1

83.9

87.4

5,211

3,980

92.2

-23.6

16.1

12.6

159,134 5,344

171,235 5,764

8.0 28.5

7.6 7.9

68.8 3.4

71.5 3.4

48,510

59,732

1.0

23.1

30.5

34.9

16,196

16,416

30.7

1.4

10.2

9.6

5,968

5,692

-0.6

-4.6

3.8

3.3

28,555

28,027

6.3

-1.8

17.9

16.4

Injap dan tiub termionik

54,563

55,604

9.2

1.9

34.3

32.5

Barangan penggunaan Makanan dan minuman utama dan diproses, khusus untuk penggunaan isi rumah Alat kelengkapan pengangkutan (bukan perusahaan) Barangan penggunaan lain

13,164 4,635

13,824 5,039

13.4 4.4

5.0 8.7

5.7 35.2

5.8 36.5

150

144

19.3

-4.1

1.1

1.0

8,378

8,641

18.9

3.1

63.6

62.5

Barangan tahan lama Barangan separa tahan lama

1,829 2,899

2,119 2,664

10.3 34.9

15.9 -8.1

21.8 34.6

24.5 30.8

Barangan tidak tahan lama

3,650

3,858

12.8

5.7

43.6

44.6

Lain-lain (termasuk barang dwiguna)

10,106

10,257

10.6

1.5

4.4

4.3

Import untuk eksport semula

16,384

12,552

72.3

-23.4

7.1

5.2

231,237

239,393

12.6

3.5

100.0

100.0

Barangan pengantara Makanan dan minuman, utama dan diproses khusus untuk industri Bekalan perindustrian utama dan diproses Bahan api dan pelincir, utama dan diproses Alat ganti dan aksesori kelengkapan pengangkutan Alat ganti dan aksesori dan tiub termionik

Jumlah Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.

eksport untuk terus berkembang. Kemerosotan penjualan dan pengeluaran yang lebih rendah bagi kenderaan bermotor serta kelemahan pasaran kereta terpakai terus menjejaskan industri kelengkapan pengangkutan. Import alat ganti dan aksesori kelengkapan pengangkutan menguncup 4.6% (Januari-Jun 2006: -0.6%). Sungguhpun demikian, subkategori ini disokong terutamanya oleh peningkatan import bagi enjin dan alat ganti kapal terbang serta jet turbo, kipas dan alat ganti berkaitan. Bagi keseluruhan tahun, import barangan pengantara dijangka meningkat 7.9% (2006: 8.8%) bagi memenuhi permintaan tempatan berikutan aktiviti pelaburan, pengeluaran

harga petroleum dan kelembapan permintaan bagi kelengkapan pengangkutan menyebabkan import bahan api dan pelincir mengalami peningkatan kecil pada kadar 1.4% (JanuariJun 2006: 30.7%). Selain minyak mentah yang menyumbang 50.0% kepada subkategori ini, import lain juga terdiri daripada nafta, minyak diesel, arang batu dan gas asli. Walaupun permintaan luar bagi produk E&E adalah perlahan, namun nilai import bagi injap dan tiub termionik yang merupakan input bagi industri E&E kekal tinggi kepada RM55,604 juta (Januari-Jun 2006: RM54,563 juta). Ini menunjukkan prospek yang lebih baik bagi industri semikonduktor berasaskan 66

dan perbelanjaan penggunaan yang bertambah kukuh. Di samping itu, peningkatan kitaran E&E dunia dalam tempoh separuh kedua dijangka menyokong pertumbuhan import barangan pengantara.

pengangkutan bukan perusahaan seperti motor sangkut, motosikal dan basikal merosot 4.1% (Januari-Jun 2006: 19.3%), manakala import makanan dan minuman mencatat peningkatan ketara sebanyak 8.7% (Januari-Jun 2006: 4.4%), seiring dengan peningkatan penggunaan swasta dan perbelanjaan pelancong. Daging sejukbeku, buah-buahan, makanan laut segar dan sejukbeku, sayur-sayuran, susu dan krim dalam pelbagai bentuk serta minuman alkohol merupakan antara barangan yang diimport. Di samping itu, import barangan tahan lama meningkat kukuh sebanyak 15.9% dan barangan tidak tahan lama sebanyak 5.7% (Januari-Jun 2006: 10.3%; 12.8%). Sebahagian besar barangan penggunaan terdiri daripada ubat-ubatan, farmaseutikal, kosmetik dan produk penjagaan kesihatan, bateri, perabot, bahan cetak serta perkakas elektrik isi rumah. Justeru, sumbangan barangan penggunaan kepada keseluruhan import meningkat kepada 5.8% berbanding 5.7% dalam tempoh yang sama tahun 2006. Bagi keseluruhan tahun 2007, import barangan penggunaan dianggar meningkat kepada 9.4% (2006: 13.4%), dirangsang oleh peningkatan pendapatan boleh guna, jumlah ketibaan pelancong yang lebih besar serta musim perayaan dan cuti akhir tahun.

Import barangan modal yang merangkumi 13.2% daripada keseluruhan import merosot 2.8% kepada RM31,525 juta dalam tempoh enam bulan pertama 2007 setelah mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 16.7% dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2006. Pertumbuhan kukuh tersebut disebabkan oleh pembelian item pukal seperti kapal, kapal terbang, kapal sokongan luar pesisir, lokomotif serta jentera dan kelengkapan sejajar dengan keperluan untuk menampung peningkatan permintaan luar yang kukuh bagi komoditi eksport serta pengembangan kapasiti dalam pelbagai sektor seperti minyak dan gas, pelancongan dan pembuatan. Walaupun mengalami pertumbuhan negatif dalam tempoh enam bulan pertama 2007, nilai import barangan modal kekal tinggi disokong terutamanya oleh permintaan barangan modal bukan kelengkapan pengangkutan. Subkategori ini yang menyumbang 87.4% kepada barangan modal meningkat 1.1% (Januari-Jun 2006: 83.9%; 8.6%) selaras dengan aktiviti perniagaan dan pelaburan yang mapan. Produk import utama ini adalah termasuk kelengkapan dan alat ganti elektronik, kelengkapan telekomunikasi serta dok terapung untuk industri minyak dan gas. Import kelengkapan pengangkutan bagi tujuan perusahaan merosot 23.6% kepada RM3,980 juta setelah mengalami peningkatan yang amat ketara dalam tempoh separuh pertama 2006 (Januari-Jun 2006: 92.2%; RM5,211 juta). Namun begitu, import barangan modal dalam tempoh enam bulan 2007 yang meliputi kapal terbang, tangki dan kenderaan berat masih mencatat paras yang mapan. Bagi keseluruhan tahun 2007, import barangan modal dijangka meningkat 4.6% kepada RM68,279 juta (2006: 7.4%; RM65,257 juta), sejajar dengan peningkatan pelaburan dalam loji, jentera dan kelengkapan berikutan kecergasan aktiviti perniagaan yang didorong oleh pelaksanaan projek pembangunan.

Import barangan lain, termasuk barang dwiguna, meningkat sedikit pada kadar 1.5% (JanuariJun 2006: 10.6%) disokong oleh permintaan berterusan untuk minyak pelbagai gred dan kereta, termasuk station wagon dan van. Sementara itu, kelembapan permintaan dunia bagi produk E&E telah dicerminkan oleh kemerosotan import untuk eksport semula sebanyak 23.4% (Januari-Jun 2006: 72.3%). Komponen utama import untuk eksport semula yang meliputi alat ganti dan aksesori untuk mesin ADP dan digital monolithic integrated circuits menyumbang 5.2% (JanuariJun 2006: 7.1%) daripada keseluruhan import. Produk lain adalah termasuk saluran paip dan struktur terapung bagi industri minyak dan gas, keluaran besi gelek rata serta alat ganti kapal terbang dan enjin kapal terbang. Barangan import tersebut dipasang semula, dibungkus dan dilabel di kawasan zon bebas komersial di pelabuhan dan lapangan terbang untuk dieksport semula ke AS, Thailand, China, Hong Kong, Singapura, Australia dan India. Bagi keseluruhan tahun 2007, barangan eksport semula dijangka berkembang 5.3% (2006: 50.6%) disokong oleh kitaran

Import barangan penggunaan berkembang 5.0% dalam tempoh enam bulan pertama (JanuariJun 2006: 13.4%) sejajar dengan peningkatan taraf hidup masyarakat. Import alat kelengkapan 67

elektronik dunia yang dijangka kembali meningkat dalam tempoh separuh kedua serta perbelanjaan pelaburan berterusan bagi pengeluaran minyak dan gas serta aktiviti cari gali.

lebih rendah berikutan peningkatan keyakinan peniaga hasil daripada peluang-peluang pelaburan baru yang diwujudkan melalui WPI dan NCER, dasar-dasar mesra perniagaan serta prestasi korporat GLC dan sektor swasta yang lebih baik. Dengan demikian, rizab antarabangsa dijangka kekal kukuh dan memantapkan lagi daya tahan ekonomi negara.

Imbangan Pembayaran Lebihan akaun semasa yang kukuh…

Di sebalik harga komoditi yang menggalakkan dan jangkaan peningkatan kitaran elektronik global dalam tempoh separuh kedua, lebihan dalam akaun barangan pada tahun 2007 dijangka berkurangan pada kadar 4.3% kepada RM128,791 juta (2006: 7.2%; RM134,558 juta), seiring dengan pengembangan sederhana dalam perdagangan dunia. Sungguhpun demikian, harga dan permintaan kekal kukuh komoditi utama, khususnya minyak sawit dan minyak mentah daripada pasaran membangun yang berkembang pesat seperti China dan India, dijangka meningkatkan pendapatan eksport komoditi utama dan sumbangannya kepada 18.3% daripada keseluruhan eksport pada tahun 2007 (2006: 16.1%). Walau bagaimanapun, pertumbuhan import dijangka mengatasi eksport,

Kedudukan keseluruhan imbangan pembayaran Malaysia dijangka kekal mantap pada tahun 2007 dengan akaun semasa mencatat lebihan bagi tahun kesepuluh berturut-turut, seperti di Jadual 3.18. Walau bagaimanapun, lebihan ini dijangka berkurangan kepada 14.8% daripada KNK (2006:16.8%), sejajar dengan pengembangan berterusan dalam aktiviti pembuatan dan pelaburan. Sementara kedudukan lebihan akaun barangan dijangka berkurang sedikit, pertambahan terimaan pelancong dan peningkatan pendapatan akaun pengangkutan dijangka memperbaiki defisit dalam akaun perkhidmatan. Sementara itu, paras defisit dalam akaun pendapatan dan pindahan dijangka terus mapan. Akaun kewangan pula dijangka mencatat aliran keluar bersih yang

JADUAL 3.18

 

 

 

 

 

 

Akaun Semasa Imbangan Pembayaran 2007-2008 (RM juta) 20071

20082

+ 619,164

490,373

Bersih 128,791

+ 661,209

530,454

Bersih 130,755

617,229

517,264

99,965

659,143

559,544

99,599

4.8

7.6

6.8

8.2

Perkhidmatan Pengangkutan Perjalanan Perkhidmatan lain Urus niaga kerajaan

91,861 19,927 44,500 26,947 487

95,846 38,892 17,220 38,856 878

-3,985 -18,965 27,280 -11,908 -392

102,120 24,121 49,000 28,413 587

106,766 43,223 20,396 42,169 978

-4,646 -19,102 28,604 -13,756 -392

Pendapatan Pampasan pekerja Pendapatan pelaburan

33,804 5,388 28,416

51,644 5,561 46,083

-17,840 -173 -17,667

35,524 5,654 29,870

55,498 6,922 48,576

-19,974 -1,268 -18,706

1,293

18,295

-17,002

1,364

18,785

-17,421

746,122

656,158

89,964

800,217

711,503

88,714

Barangan   Akaun perdagangan (Eksport/Import)   (% perubahan tahunan) 

Pindahan semasa Akaun Semasa

1

Anggaran. Unjuran.

   2   

Sumber : Kementerian Kewangan, Malaysia.

68

sejajar dengan peningkatan permintaan domestik terhadap barangan pengantara, modal dan penggunaan. Oleh itu, import diunjur meningkat 7.7% kepada RM490,373 juta (2006: 10.6%; RM455,185 juta) manakala eksport bertambah 5.0% kepada RM619,164 juta (2006: 9.8%; RM589,743 juta).

lain lapangan terbang, pendapatan yang lebih tinggi juga dijangka diperoleh daripada bayaran pelabuhan berikutan pengembangan volum kontena di semua pelabuhan utama. Oleh itu, akaun pengangkutan dijangka mencatat defisit yang lebih rendah sebanyak 3.3% kepada RM18,965 juta bagi tahun 2007 (2006: 19.4%; -RM19,620 juta). Bagaimanapun, aliran keluar bersih dalam akaun perkhidmatan lain dijangka lebih tinggi memandangkan Malaysia terus bergantung kepada kepakaran teknikal, perniagaan dan profesional asing. Pembayaran royalti, fi lesen, pembinaan dan perkhidmatan pemasangan serta aktiviti ekonomi yang cergas dalam perniagaan berkaitan perkhidmatan, termasuk insuran, telekomunikasi, kewangan dan sewaan, juga dijangka menyumbang kepada aliran keluar bersih berkenaan.

Akaun perkhidmatan terdiri daripada akaun pengangkutan, perjalanan, urus niaga kerajaan dan perkhidmatan lain dijangka bertambah baik dengan merekodkan defisit yang lebih rendah sebanyak RM3,985 juta (2006: -RM6,931 juta) didorong oleh peningkatan ketibaan pelancong dan pendapatan yang lebih baik dari perjalanan penumpang udara. Akaun perjalanan dianggar mencatat peningkatan aliran masuk bersih sebanyak 16.1% kepada RM27,280 juta (2006: 20.8%; RM23,501 juta) sejajar dengan TMM 2007 dan langkah agresif mempromosi Malaysia sebagai hab kesihatan, pendidikan dan pameran serta konvensyen antarabangsa. Bagi keseluruhan tahun, perbelanjaan pelancong merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan dalam akaun perkhidmatan, diunjur berkembang 16.4% kepada RM44,500 juta (2006: 14.1%; RM38,237 juta). Aliran keluar kasar termasuk perbelanjaan perniagaan, percutian, pendidikan, kesihatan dan juga urusan keagamaan, termasuk haji, dianggar meningkat 16.9% kepada RM17,220 juta (2006: 4.9%; RM14,736 juta) berikutan lebih ramai rakyat Malaysia mengunjungi negara luar. Perkembangan ini disokong oleh peningkatan pendapatan boleh guna dan tambang perjalanan udara yang lebih murah. Walaupun pembayaran untuk pengangkutan dijangka lebih tinggi disebabkan Malaysia masih bergantung kepada perkhidmatan fret asing bagi pengangkutan barang, jumlah penerimaan kasar dijangka meningkat berikutan segmen penumpang udara terus menunjukkan prestasi yang menggalakkan. Penggunaan perkhidmatan penerbangan domestik terus meningkat, disokong oleh pengembangan kapasiti kemudahan lapangan terbang, kecergasan aktiviti perniagaan dan kempen TMM 2007. Di samping itu, peningkatan perjalanan udara berikutan rangkaian hubungan yang lebih baik antara wilayah dan disokong oleh tambang yang kompetitif serta pelancaran destinasi-destinasi baru dijangka terus menggalakkan pertumbuhan dalam penerimaan pengangkutan. Selain daripada bayaran pendaratan pesawat dan perbelanjaan

Defisit akaun pendapatan dijangka kekal pada RM17,840 juta (2006: -RM17,356 juta), berikutan peningkatan pendapatan faedah, keuntungan dan dividen terakru yang di bawa balik oleh syarikat Malaysia di luar negara. Penerimaan kasar dianggar meningkat 9.1% kepada RM33,804 juta pada tahun 2007, terutama daripada aktiviti minyak dan gas, utiliti, pembuatan, perbankan, telekomunikasi dan pembinaan yang mana syarikat Malaysia telah bertapak dengan kukuh di luar negara. Peningkatan pulangan pegangan rizab luar juga dijangka dapat mengimbangi defisit dalam akaun pendapatan. Begitu juga dengan pembayaran kasar, meliputi pendapatan faedah, keuntungan dan dividen MNC yang beroperasi di Malaysia, dijangka meningkat 6.8% kepada RM51,644 juta (2006: 9.3%; RM48,349 juta) berikutan jangkaan perolehan korporat yang lebih baik sejajar dengan aktiviti ekonomi yang kukuh. Sebahagian besar pendapatan korporat dijangka dikekalkan di Malaysia untuk tujuan pelaburan semula, memandangkan usaha mewujudkan persekitaran pelaburan yang lebih baik melalui pelbagai dasar dan inisiatif yang sedang dilaksanakan. Ini menandakan keyakinan pelabur yang berterusan terhadap ekonomi negara. Komponen lain dalam akaun pendapatan, seperti pampasan pekerja termasuk gaji dan faedah rakyat asing yang bekerja di Malaysia dan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negeri, dijangka merekodkan defisit yang lebih rendah sebanyak RM173 juta pada tahun 2007 (2006: -RM283 juta) seiring dengan perkembangan beberapa tahun yang lepas. Ini disokong terutamanya 69

oleh jangkaan peningkatan aliran masuk yang berikutan permintaan dari luar negara terhadap kemahiran profesional dan kepakaran teknikal tempatan dalam pelbagai bidang, termasuk minyak dan gas, pembinaan, perladangan dan profesional lain berkaitan perniagaan.

aliran masuk portfolio, hasil daripada jangkaan pulangan yang lebih baik ke atas pegangan ekuiti dan sekuriti. Walau bagaimanapun, komponen pelaburan lain dalam akaun kewangan dijangka mencatat aliran keluar bersih, disebabkan terutamanya oleh pembayaran semula bersih pinjaman luar oleh Kerajaan, kredit perdagangan yang disediakan oleh pengeksport Malaysia dan pembayaran semula hutang perniagaan oleh pengimport Malaysia. Tambahan pula, penempatan aset di luar negara oleh sektor perbankan dan penyelesaian urusan pinjaman antara bank terus menyumbang kepada aliran keluar.

Aliran keluar bersih pindahan semasa yang mencerminkan kiriman wang keluar oleh pekerja asing di Malaysia dan kiriman balik oleh rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara dijangka terus stabil. Ini sejajar dengan usaha Kerajaan memastikan kemasukan pekerja asing terus terkawal berdasarkan keperluan pelbagai sektor ekonomi. Justeru, pembayaran pindahan dijangka hanya meningkat sedikit pada kadar 1.6% kepada RM18,295 juta pada tahun 2007 (2006: -0.5%; RM17,999 juta), berbanding penerimaan pindahan wang masuk yang diunjur berkembang 12.7% kepada RM1,293 juta (2006: 1.4%; RM1,147 juta). Dengan demikian, defisit dalam akaun pindahan dijangka menokok rendah sebanyak 0.9% kepada RM17,002 juta (2006: -0.7%; -RM16,852 juta).

Kedudukan rizab antarabangsa Malaysia berjumlah RM339.7 bilion (USD98.4 bilion) pada 15 Ogos 2007, berikutan aliran dua hala yang kukuh sejajar dengan pengembangan ekonomi. Pertambahan rizab antarabangsa bersih sebanyak RM49.3 bilion sejak akhir Disember 2006 (RM290.4 bilion / USD82.5 bilion), disumbang

&$57$

5L]DE$QWDUDEDQJVD

Akaun kewangan yang terdiri daripada pelaburan langsung, pelaburan portfolio dan pelaburan lain dijangka terus bertambah baik berikutan usaha bersepadu oleh Kerajaan untuk menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif. Langkah liberalisasi dalam pasaran harta tanah, termasuk pengecualian RPGT, aktiviti penggabungan dan pengambilalihan yang semakin bertambah dalam sektor kewangan, perladangan dan komunikasi serta pulangan korporat yang lebih baik dijangka terus menarik kemasukan FDI. Di samping itu, peningkatan keyakinan peniaga, hasil daripada perkembangan dalam WPI dan NCER, liberalisasi peraturan pertukaran asing dan pelaksanaan projek di bawah RMKe-9 yang berjalan lancar juga dijangka meningkatkan aliran masuk FDI. Sementara itu, aliran keluar dijangka meningkat dengan ketara berikutan syarikat Malaysia terus mengembang dan mempelbagaikan kegiatan mereka di luar negara, terutamanya dalam sektor minyak dan gas, pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan.

50ELOLRQ 

%XODQNDOL 

5L]DE ,PSRUWWHUWDQJJXK 5L]DEKXWDQJOXDUMDQJNDSHQGHN

VNDODNDQDQ 





    





Keyakinan pelabur juga dijangka meningkat, diperkukuhkan oleh asas-asas makroekonomi yang mantap. Perkembangan ini akan meningkatkan





-

$

2005

2

-

6XPEHU%DQN1HJDUD0DOD\VLD

70

$

2006

2

-

$ 2007

-



oleh penghantaran balik pendapatan eksport serta aliran masuk FDI dan dana portfolio yang berterusan. Sebahagian besar aliran keluar terdiri daripada pembayaran import yang tinggi untuk barangan dan perkhidmatan, pembayaran balik dan pembayaran awal hutang luar, penghantaran balik pendapatan faedah, keuntungan dan dividen oleh syarikat asing yang beroperasi di Malaysia serta pelaburan luar oleh syarikat Malaysia. Jumlah rizab ini boleh diguna tanpa halangan serta mampu membiayai 8.9 bulan import tertangguh dan 8.7 kali lebih tinggi daripada hutang luar jangka pendek.

pelincir (4.7%) dan pengangkutan penumpang udara (11.9%). Harga bagi kumpulan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain bertambah 1.4%, menyumbang 0.3 mata peratusan kepada peningkatan dalam IHP (Januari-Julai 2006: 1.4%; 0.3 mata peratusan). Dari segi subkumpulan, terdapat sedikit peningkatan harga antara 1.1% hingga 1.2% bagi sewa, bekalan elektrik dan air, manakala harga gas meningkat 5.1%. Sementara itu, harga kumpulan pakaian dan kasut terus berkurangan 1.6% disebabkan oleh persaingan sengit daripada harga barangan import yang lebih murah (Januari-Julai 2006: -1.2%).

Harga

JADUAL 3.19

Tekanan inflasi rendah...

Indeks Harga Pengguna (IHP) Januari-Julai

Inflasi, diukur melalui peratus perubahan tahunan Indeks Harga Pengguna (IHP), berkurang dengan ketara kepada 2.0% dalam tempoh tujuh bulan pertama 2007 (Januari-Julai 2006: 3.8%) berikutan keadaan bekalan yang lebih baik, persaingan yang sengit, pengawalan harga yang efektif dan pengukuhan nilai ringgit. Sebahagian besar peningkatan dalam IHP disebabkan oleh harga yang lebih tinggi bagi makanan dan minuman tanpa alkohol, pengangkutan serta sewa dan utiliti. Ketiga-tiga kumpulan ini menyumbang 87.4% kepada pertumbuhan dalam IHP.

(2005=100)

Jumlah

Kumpulan makanan dan minuman tanpa alkohol merekodkan peningkatan sebanyak 2.8% dan menyumbangkan 0.9 mata peratusan kepada IHP dalam tempoh tujuh bulan pertama 2007 (JanuariJulai 2006: 3.5%; 1.1 mata peratusan). Kenaikan harga dalam kategori makanan disebabkan oleh gangguan bekalan sayur-sayuran akibat hujan lebat dan banjir besar yang berlaku pada awal tahun, di samping permintaan yang tinggi pada musim perayaan dan cuti sekolah.

Sumbangan kepada pertumbuhan IHP (%)

Wajaran

2007

2007

100.0

2.0

100.0

Makanan dan minuman bukan alkohol

31.4

2.8

45.4

Minuman alkohol dan tembakau

1.9

6.2

6.2

Pakaian dan kasut

3.1

-1.6

-2.5

Perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain

21.4

1.4

14.7

Hiasan perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah

4.3

1.1

2.2

Kesihatan

1.4

1.6

1.1

Pengangkutan

Dalam kumpulan pengangkutan, harga meningkat 3.2%, menyumbang sebanyak 0.5 mata peratusan kepada pertumbuhan keseluruhan IHP dalam tempoh tujuh bulan pertama (Januari-Julai 2006: 12.6%; 2.0 mata peratusan). Peningkatan ketara dicatat oleh kos pembaikan dan penyelenggaraan pengangkutan persendirian (8.0%), bahan api dan

Perubahan (%)

15.9

3.2

27.3

Komunikasi

5.1

-1.4

-3.9

Perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan

4.6

0.7

1.5

Pendidikan

1.9

2.0

1.9

Restoran dan hotel

3.0

2.7

4.3

Pelbagai barangan dan perkhidmatan

6.0

0.6

1.8

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.

71

Kadar Inflasi Teras seperti diukur dalam perubahan IHP dengan tidak mengambil kira harga barang kawalan, tenaga dan utiliti, berkurangan kepada 1.6% dalam tempoh tujuh bulan pertama 2007 (Januari-Julai 2006: 2.1%). Penurunan y a n g s t a b i l d a l a m a l i r a n I n f l a s i Te r a s menunjukkan jangkaan inflasi yang terus terkawal.

CARTA 3.15

(% perubahan tahunan) %

%

12

12

IHPG IHP

Perbezaan kadar inflasi di antara kawasan bandar dan luar bandar berkurangan dalam tempoh tujuh bulan pertama 2007. Kadar inflasi di kawasan bandar meningkat 1.6% (Januari-Julai 2006: 3.9%), manakala di luar bandar meningkat pada kadar yang lebih rendah kepada 1.8% (Januari-Jun 2006: 4.3%). Pertambahan kos sara hidup kawasan bandar dan luar bandar adalah disebabkan oleh peningkatan harga dalam kumpulan makanan dan minuman, sewa dan utiliti serta pengangkutan.

9

6

9

6

6.0 4.2

3

3 1.7

1.6

0

0

Sungguhpun kadar inflasi pada keseluruhannya adalah rendah, Kerajaan mempunyai pelbagai strategi untuk meminimumkan kesan kenaikan harga, terutama kepada golongan yang berpendapatan rendah. Antara langkah yang dilaksanakan ialah memastikan bekalan barangan dan perkhidmatan yang mencukupi, memperketat penguatkuasaan undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta penerapan kesedaran kepenggunaan. Oleh kerana kadar inflasi secara relatifnya lebih tinggi di kawasan bandar, pelbagai usaha telah diambil termasuk memperbaiki perkhidmatan pengangkutan awam dan membina lebih banyak rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah.

undang dan peraturan telah dikuatkuasakan untuk menangani kegiatan mengaut untung secara berlebihan serta meningkatkan penguatkuasaan. Program-program berterusan, termasuk pendidikan kepenggunaan, untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepenggunaan dan perbelanjaan berhemat juga giat dijalankan.

Untuk memastikan paras harga barang makanan asas terus stabil, beberapa agensi Kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), telah dipertanggungjawab untuk memastikan bekalan hasil ladang, produk ikan dan makanan mencukupi. Antara pendekatan yang diambil oleh agensi berkenaan ialah memperluaskan rangkaian pasar tani dan pusat pengedaran. Di samping itu, Kerajaan dengan kerjasama pasar raya besar telah memberi jaminan bahawa barangan pengguna berada pada paras harga yang berpatutan. Beberapa undang-

Indeks Harga Pengeluar (IHPG), pengukur perubahan harga komoditi yang dibayar oleh pengeluar dalam negeri dan pengimport tempatan, mencatat peningkatan sederhana sebanyak 4.1% dalam tempoh enam bulan pertama 2007 (Januari-Jun 2006: 7.3%), walaupun harga komoditi tinggi. IHPG kekal pada tahap sederhana disebabkan oleh peningkatan penggunaan automasi dalam industri pembuatan serta kesan daripada perubahan tahun asas daripada tahun 1989 kepada tahun 2000. Perubahan tahun asas ini memberi wajaran lebih besar kepada barangan bukan komoditi. Peningkatan IHPG

-3

-3 2003

2004

2005

2006

2007

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

72

JADUAL 3.20

Indeks Harga Pengeluar (IHPG) Januari-Jun (2000=100) Perubahan (%) Wajaran

Sumbangan kepada pertumbuhan IHPG (%)

2006

2007

2006

2007

100.0

7.3

4.1

100.0

100.0

Makanan dan binatang hidup

5.3

2.6

8.7

1.9

10.8

Minuman dan tembakau

1.0

2.9

1.6

0.4

0.4

Bahan mentah tak boleh dimakan kecuali bahan api

4.4

12.9

15.6

8.1

16.3

11.9

17.4

-4.7

29.5

-13.2

Minyak dan lemak binatang dan sayur-sayuran

3.8

1.6

34.8

0.9

31.4

Bahan kimia dan produk berkaitan t.s.t.l

5.1

3.0

4.5

2.2

5.4

Barang keluaran kilang dijeniskan mengikut bahan

11.0

2.0

6.1

3.2

15.9

Jentera dan Kelengkapan

Ekonomi Domestik

Minyak galian, pelincir dan bahan yang berhubungan

50.5

6.6

2.5

47.9

30.0

Pelbagai barang keluaran kilang

3.7

5.6

1.1

5.4

1.8

Komoditi dan transaksi yang tidak dikelaskan di mana-mana dalam SITC1

0.4

8.1

12.9

0.5

1.2

Pengeluaran tempatan

65.6

10.7

3.8

95.3

60.2

Import

34.4

1.0

4.8

4.7

39.8

Klasifikasi Piawaian Perdagangan Antarabangsa. Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia. 1

mata peratusan kepada pertumbuhan harga import dalam IHPG (Januari-Jun 2006: -1.5 mata peratusan).

untuk kategori ekonomi domestik disebabkan sebahagian besarnya oleh kumpulan sayuran, minyak dan lemak haiwan yang menyumbang 1.3 mata peratusan dan begitu juga bagi kumpulan jentera dan pengangkutan sebanyak 1.3 mata peratusan (Januari-Jun 2006: 0.1 mata peratusan; 3.4 mata peratusan).

Pasaran Buruh Guna tenaga terus bertambah…

IHPG untuk pengeluaran tempatan dalam tempoh enam bulan pertama adalah sederhana pada kadar 3.8% (Januari-Jun 2006: 10.7%). Penyederhanaan harga bagi kategori ini disebabkan oleh pengurangan harga kumpulan minyak galian, pelincir dan bahan berkaitan sebanyak 21.6% (Januari-Jun 2006: 22.6%). Sementara itu, IHPG untuk kategori import meningkat 4.8% (Januari-Jun 2006: 1.0%) berikutan kenaikan harga kumpulan jentera dan kelengkapan pengangkutan, menyumbang 3.5

Pasaran buruh dijangka terus menggalakkan sejajar dengan aktiviti ekonomi domestik yang rancak pada tahun 2007. Seluruh sektor ekonomi akan menjana lebih banyak peluang pekerjaan dengan guna tenaga berkembang 2.1% (2006: 2.4%). Memandangkan pekerjaan baru dianggarkan meningkat 2.1% kepada 232,600, kedudukan pengangguran dijangka terus kekal rendah pada kadar 3.3% daripada jumlah tenaga buruh (2006: 385,500; 3.3%). 73

Kadar keseluruhan penyertaan tenaga buruh, mewakili kumpulan tenaga kerja aktif berumur dalam lingkungan 15 hingga 64 tahun, secara relatifnya dijangka terus tinggi pada 67.0% pada tahun 2007 (2006: 66.9%). Kadar penyertaan lelaki terus meningkat kepada 87.0% manakala wanita kekal kepada 46.1% (2006: 86.7%, 46.1%). Penglibatan dari tenaga kerja muda, khususnya dalam lingkungan kumpulan umur 15 hingga 24 tahun, dijangka berkurangan kepada 24.6% (2006: 24.8%). Manakala kadar tenaga buruh yang memiliki pendidikan tertiari dianggar meningkat kepada 22.5% (2006: 21.2%), menggambarkan pertambahan enrolmen pelajar.

&$57$

3HQXQMXN3DVDUDQ.HUMD ELOSHNHUMD   

Jumlah guna tenaga dianggar sebanyak 11.8 juta pada tahun 2007 (2006: 11.5 juta). Sektor perkhidmatan dijangka kekal sebagai penyedia peluang pekerjaan yang terbanyak, menyumbang 51.5% daripada jumlah guna tenaga dengan subsektor perdagangan borong dan runcit, penginapan dan restoran menyumbang bahagian terbesar sebanyak 34.8%. Sumbangan sektor pembuatan pula berjumlah 29.3% dengan peluang pekerjaan dijana sebahagian besarnya oleh industri E&E, manakala pertanian menyumbang sebanyak 12.1% dan sektor pembinaan 6.7%.

20071

Tenaga buruh

11,544.5

11,775.1

2.2

2.0

Guna tenaga

11,159.1

11,391.7

2.4

2.1

385.5

383.5

Pengangguran 1 2

3.3

2

 



































bilangan kekosongan terbesar sebanyak 33.5%, diikuti oleh perkhidmatan (25.6%), pertanian (23.6%) dan pembinaan (17.1%). Jenis pekerjaan yang diiklankan dalam ELX kebanyakannya terdiri daripada kategori pekerjaan asas yang memerlukan kemahiran dan kelayakan yang lebih rendah, menyumbang 55.2% daripada jumlah kekosongan. Namun begitu, bilangan kekosongan yang dilaporkan oleh majikan lebih rendah daripada angka sebenar pasaran kerja, memandangkan pendaftaran ELX dibuat secara sukarela. Dalam meningkatkan lagi penggunaan ELX, kios diperkenalkan di kompleks membelibelah utama bagi memudahkan pencari kerja untuk menggunakan perkhidmatan berkenaan. Pada masa yang sama, sistem ELX turut dipertingkatkan untuk menjadi lebih mesra pengguna, di samping menambah baik kecekapan proses pemadanan antara majikan dan pekerja.

Perubahan (%) 2006

.HNRVRQJDQ

-DQXDUL-XQ 6XPEHU.HPHQWHULDQ6XPEHU0DQXVLD0DOD\VLD

Penunjuk Pasaran Buruh

20071

3HQHPSDWDQ



JADUAL 3.21

2006

3HQGDIWDUDQDNWLI





Kategori kekosongan pekerjaan terus stabil menggambarkan keadaan guna tenaga yang positif disokong oleh aktiviti ekonomi dalam negeri yang rancak. Jumlah kekosongan pekerjaan yang dilaporkan oleh Bursa Buruh Elektronik (ELX) telah meningkat 379,945 dalam tempoh enam bulan pertama 2007 (JanuariJun: 396,745). Sektor pembuatan merekodkan

(‘000)

3HQGDIWDUDQEDUX

ELOSHNHUMD   3HPEHUKHQWLDQ

3.32

Anggaran. Peratus kepada tenaga buruh.

Bilangan pencari kerja aktif meningkat 32.0% kepada 93,314 orang dalam tempoh enam bulan pertama 2007, (Januari-Jun 2006: -14.5%; 70,718).

Sumber : Unit Perancang Ekonomi, Malaysia.

74

JADUAL 3.22

Guna Tenaga mengikut sektor (‘000) 2006 Pertanian, perhutanan, ternakan dan perikanan Perlombongan

1,392.4

Perubahan (%) 2007

Sumbangan (%)

1

2006

2007

1,377.5

-0.6

-1.1

1

2006

20071

12.5

12.1

42.6

42.9

-0.2

0.7

0.4

0.4

Pembuatan

3,244.3

3,342.8

3.5

3.0

29.0

29.3

Pembinaan

755.2

766.3

-0.6

1.5

6.8

6.7

5,724.6

5,862.2

3.0

2.4

51.3

51.5

95.0

97.2

2.2

2.3

0.9

0.9

1,993.6

2,038.3

3.5

2.2

17.9

17.9

Kewangan, insurans, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan

771.0

791.1

5.0

2.6

6.9

6.9

Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi

646.4

662.1

2.5

2.4

5.8

5.8

1,064.0

1,075.3

1.1

1.1

9.5

9.4

Perkhidmatan Elektrik, gas dan air Perdagangan borong dan runcit, penginapan dan restoran

Perkhidmatan Kerajaan Perkhidmatan lain

1,154.7

1,198.2

3.3

3.8

10.3

10.5

11,159.1

11,391.7

2.4

2.1

100.0

100.0

Sektor pertama

1,435.0

1,420.4

-0.6

-1.0

12.9

12.5

Sektor kedua

3,999.5

4,109.1

4.1

2.7

35.8

36.1

Sektor ketiga

5,724.6

5,862.2

3.0

2.4

51.3

51.5

Jumlah

1

Anggaran.

Sumber : Unit Perancang Ekonomi, Malaysia.

Peningkatan ini disebabkan terutamanya oleh individu yang sedang bekerja turut mendaftar untuk mencari pekerjaan yang lebih baik. Sehingga akhir Jun 2007, kumpulan yang sedang bekerja merupakan 35.0% daripada keseluruhan b i l a n g a n y a n g b e r d a f t a r, m e n c e r m i n k a n peningkatan keyakinan dan prospek untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik. Daripada jumlah keseluruhan pencari kerja, 59.0% merupakan kumpulan umur 20 hingga 24 tahun, manakala 22.3% adalah kumpulan umur 25 hingga 29 tahun. Dari segi kelayakan akademik, 45.4% merupakan pemegang ijazah dan diploma, diikuti oleh 31.0% lepasan sekolah dengan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kebanyakan lepasan siswazah yang mendaftar dengan sistem ini terdiri daripada lulusan pentadbiran perniagaan, IT, sastera, sains dan bidang teknikal.

2006: 40.8%; 10,250). Mereka yang terlibat kebanyakannya terdiri daripada operator loji, kilang dan pemasang serta pekerja am, termasuk kategori pertukangan dan perdagangan berkaitan. Sektor pembuatan mencatat bilangan pemberhentian terbesar (6,351; 76.9%), terutamanya dalam subsektor pembuatan radio, televisyen dan kelengkapan serta peralatan perhubungan (6,264: 98.6% daripada sektor pembuatan). Pemberhentian dalam sektor perkhidmatan berjumlah 19.8% (Januari-Jun 2006: 3,731; 36.4%), terutamanya dalam subsektor perdagangan borong, runcit, pembaikan kenderaan persendirian dan motosikal, di samping barangan isi rumah serta hotel dan restoran. Secara keseluruhannya, faktor pemberhentian disebabkan terutamanya oleh proses rasionalisasi operasi firma bagi meningkatkan produktiviti dan keberuntungan.

Jumlah pekerja yang diberhentikan telah berkurangan 18.2% kepada 8,382 (Januari-Jun

Sehingga akhir Mei 2007, sejumlah 1.91 juta pekerja asing termasuk pegawai dagang telah 75

pertumbuhan ekonomi dunia. Perdagangan dunia dijangka tumbuh pada kadar yang lebih pantas sebanyak 7.4% (2007: 7.1%), didorong oleh permintaan tinggi bagi komoditi, pengembangan berterusan perdagangan dalam perkhidmatan dan permintaan elektronik yang mapan. Tekanan inflasi dijangka terkawal, ditangani sebahagiannya oleh pertumbuhan produktiviti yang lebih tinggi, dolar AS yang sederhana serta langkah proaktif yang diambil oleh ekonomi utama dalam mengekang inflasi.

berdaftar di Malaysia, meliputi 16.8% daripada jumlah guna tenaga. Mereka kebanyakannya terlibat dalam kerja-kerja yang memerlukan kemahiran separa dan berkemahiran rendah seperti dalam sektor pembuatan (34.7%) dan pertanian (25.5%) serta pembantu rumah domestik sebanyak 16.7%. Warga Indonesia merangkumi seramai 75.6% daripada jumlah pekerja asing, diikuti oleh Nepal (14.5%) dan India (9.1%). Dalam mengurangkan kebergantungan yang keterlaluan, langkah-langkah sedang diambil untuk mengurangkan bilangan mereka sehingga kepada 1.5 juta menjelang 2010, khususnya bagi kategori pekerja tidak berkemahiran. Pada masa yang sama, majikan turut digalakkan untuk meningkatkan lagi rantaian operasi dengan penggunaan teknologi baru serta memperkenalkan penggunaan jentera dan automasi dalam proses pengeluaran.

Di sebalik prospek antarabangsa yang menggalakkan, masih terdapat beberapa risiko yang boleh memperlahankan momentum pertumbuhan ekonomi dunia. Antaranya, termasuk pertumbuhan ekonomi AS yang lebih perlahan dari jangkaan, termasuk kesan berlarutan krisis gadai janji subprima, ketidakseimbangan global yang lebih besar, kejutan peningkatan harga minyak yang membawa kepada tekanan inflasi dunia serta ketegangan geopolitik dan penularan wabak penyakit. Walaupun menghadapi cabaran luar, ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan, disokong oleh struktur ekonomi yang pelbagai dan menyeluruh serta asas-asas makroekonomi yang teguh sejak beberapa tahun yang lalu.

Sejumlah 35,052 pegawai dagang telah bekerja di Malaysia sehingga akhir Julai tahun 2007 (2006: 26,697). Mereka merupakan golongan profesional, pakar dan pekerja mahir, terutamanya dalam sektor perkhidmatan (16,871) dan pembuatan (12,284). Majoriti pegawai dagang terdiri daripada warga India (48.1%; 7,040), Jepun (10.1%; 3,535) dan China (9.8%; 3,444). Perkhidmatan mereka di negara ini selari dengan usaha Kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan sektor berteknologi tinggi, menerusi peningkatan kapasiti, terutamanya dalam perkhidmatan teknikal dan profesional.

Ekonomi Malaysia dijangka bertambah kukuh sebanyak 6.0-6.5% pada tahun 2008 (2007: 6.0%) dengan sumbangan positif daripada semua sektor ekonomi. Ekonomi dijangka diterajui oleh permintaan domestik, manakala permintaan luar diunjur meningkat sejajar dengan prospek perdagangan dunia yang semakin baik. Pelaburan dan penggunaan swasta dijangka terus rancak, manakala perbelanjaan awam terus meningkat. Inflasi dijangka kekal rendah, meskipun dengan perkembangan ekonomi yang kukuh memandangkan pertumbuhan output masih di bawah paras potensi. Prestasi ekonomi berupaya menampung perbelanjaan permintaan yang tinggi sejajar dengan peningkatan produktiviti. Selaras dengan peningkatan output dan harga komoditi yang kukuh, KNK nominal per kapita dianggar menokok 6.8% kepada RM23,864 pada tahun 2008 (2007: 7.2%; RM22,345). Dari segi PPP, pendapatan per kapita diunjur meningkat 6.9% kepada USD14,206 (2007: 13.9%; USD13,289), menggambarkan kualiti hidup rakyat yang bertambah baik.

Prospek 2008 Ekonomi Malaysia Sektor swasta menerajui pertumbuhan, diperkukuh oleh persekitaran luar yang lebih baik... Prospek pertumbuhan ekonomi dunia kekal menggalakkan pada tahun 2008. Ekonomi dunia diunjur berkembang 5.2% (2007: 5.2%) disokong oleh pertumbuhan di segenap rantau yang lebih seimbang dan menyeluruh. Pertumbuhan akan diterajui oleh ekonomi membangun berkembang pesat, terutamanya China, India dan Rusia. Pemulihan ekonomi AS dan pertumbuhan mampan di kawasan Euro akan memperkukuhkan lagi 76

Prospek Mengikut Sektor

peningkatan pengeluaran komoditi makanan serta pengeluaran kelapa sawit dan getah yang lebih tinggi. Pengeluaran minyak sawit dijangka meningkat 2.0% berdasarkan kadar hasil pengeluaran yang lebih baik dan pertambahan keluasan kawasan matang. Selain itu, langkah diambil bagi mencapai matlamat 35:25 iaitu penghasilan 35 tan metrik FFB sehektar dan 25.0% OER melalui penggunaan biji benih berkualiti tinggi dan teknologi terkini serta sistem pengeluaran berasaskan pengetahuan dijangka meningkatkan output kelapa sawit. Pengeluaran getah juga dijangka bertambah, disokong oleh harga getah yang kukuh, dan akan menggalakkan pekebun kecil meningkatkan aktiviti penorehan. Penggunaan klon yang lebih baik dan sistem torehan berintensiti rendah serta penggunaan bahan perangsang juga menyumbang kepada pengeluaran getah yang lebih tinggi. Kemajuan pesat dalam industri agro makanan dan promosi sumber-sumber pertumbuhan pertanian lain, termasuk akuakultur, hortikultur, rumpai laut, penangkapan ikan laut dalam serta penanaman kenaf akan meningkatkan lagi pengeluaran sektor pertanian. Output industri ternakan dijangka meningkat melalui sumbangan projek-projek ladang bersepadu yang melibatkan penternakan lembu dan kambing dalam ladang kelapa sawit dan getah. Output ayam-itik dan telur juga dijangka meningkat dengan penggunaan sistem penternakan moden bagi memenuhi permintaan tempatan dan luar. Selain itu, projek berkaitan pertanian di bawah NCER dijangka menyumbang secara positif kepada pertumbuhan keseluruhan sektor pertanian pada tahun 2008.

Kerancakan sektor perkhidmatan dan aktiviti pembinaan yang memberangsangkan… Semua sektor ekonomi dijangka mencatat pertumbuhan kukuh pada tahun 2008, diterajui oleh sektor perkhidmatan dan dimantapkan lagi oleh kadar pelaksanaan aktiviti pembinaan yang lebih cepat serta permintaan elektronik global yang tinggi. Sektor perkhidmatan dijangka mengekalkan pertumbuhan teguh pada kadar 8.6% (2007: 9.0%) dengan prestasi keseluruhan subsektor yang menggalakkan. Perbelanjaan penggunaan domestik yang kukuh, jumlah ketibaan pelancong yang tinggi serta pembukaan outlet peruncitan baru akan menyumbang kepada pertumbuhan kukuh dalam subsektor perdagangan borong dan runcit serta penginapan dan restoran. Selain itu, subsektor harta tanah dan perkhidmatan perniagaan serta kewangan dan insurans dijangka mendapat manfaat, terutamanya daripada pertambahan urus niaga harta tanah dan peningkatan permintaan berterusan bagi perkhidmatan berkaitan IT dan kewangan. Pertumbuhan subsektor pengangkutan dan penyimpanan serta komunikasi dijangka terus mapan berikutan kerja-kerja menaik taraf kemudahan pelabuhan serta pelaburan yang lebih tinggi bagi segmen pengangkutan udara dan darat, di samping penambahbaikan dalam rangkaian telekomunikasi. Nilai ditambah sektor pembuatan diunjur meningkat 3.8% (2007: 3.1%) sejajar dengan pengembangan perdagangan global. Permintaan dunia untuk produk pembuatan, terutamanya E&E, dijangka meningkat pesat berikutan ekonomi dunia yang terus berkembang dan prestasi ekonomi AS yang dijangka bertambah baik. Perkembangan ini akan memberi manfaat kepada industri berorientasi eksport di Malaysia. Pengeluaran produk berasaskan sumber dijangka berkembang berikutan permintaan yang kukuh bagi produk petroleum bertapis, plastik dan kimia (termasuk biofuel), sarung tangan getah, perabot dan kelengkapan berasaskan kayu. Pertumbuhan bagi industri galian bukan logam dan logam akan terus disokong oleh pertambahan aktiviti ekonomi domestik, terutamanya pembinaan.

Pengeluaran minyak mentah dan gas asli yang lebih tinggi dijangka menyokong pertumbuhan sektor perlombongan sebanyak 4.0% (2007: 3.3%). Bagi minyak mentah, pengeluarannya diunjur bertambah dengan siapnya kerja-kerja penyelenggaraan utama dan pembaharuan beberapa telaga minyak sejak beberapa tahun lepas. Pengeluaran dijangka terus bertambah dengan peningkatan kapasiti dari medan minyak Kikeh. Pengeluaran LNG dijangka bertambah berikutan kerja-kerja naik taraf dan pengembangan kemudahan loji MLNG DUA di Bintulu, Sarawak. Pengeluaran aktiviti kuari dijangka meningkat bagi memenuhi permintaan industri simen yang lebih tinggi dan produk-produk galian bukan logam lain, selaras dengan aktiviti memberangsangkan dalam sektor pembinaan.

Pertumbuhan sektor pertanian dijangka berkembang 3.5% (2007: 3.1%) didorong oleh 77

baik pada tahun 2008, pelaburan swasta dijangka mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 9.5% dan menyumbang 11.9% kepada KDNK (2007: 7.1%; 11.6%). Aktiviti pelaburan dijangka mengukuh berikutan pelbagai langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk menambah baik iklim perniagaan, termasuk pengurangan cukai pendapatan syarikat sebanyak satu mata peratusan lagi kepada 26.0% bagi tahun taksiran 2008. Langkah-langkah memperkukuhkan hak harta intelek, termasuk menambah bilangan mahkamah khas, dijangka meningkatkan keyakinan pelabur dan menjana lebih banyak aktiviti R&D. Di samping itu, peningkatan penyertaan sektor swasta dalam pelaksanaan WPI, NCER dan koridorkoridor ekonomi lain dijangka mempercepatkan lagi aktiviti pelaburan. Pelaksanaan projek saluran paip minyak semenanjung merentasi wilayah utara, terminal petroleum bersepadu di Tanjung Bin, Johor serta aktiviti huluan yang lebih besar dijangka meningkatkan perbelanjaan pelaburan industri minyak dan gas. Selain itu, MNC dijangka meningkatkan tahap penggunaan kapasiti syarikat bagi menampung jangkaan permintaan luar yang lebih tinggi, terutamanya bagi sektor E&E. Dengan peningkatan ketara kelulusan DDI dalam pelbagai sektor yang kini mula dilaksanakan, penglibatan PKS dalam kegiatan ekonomi dalam negeri dijangka meningkatkan lagi perbelanjaan pelaburan. Dengan demikian, aktiviti pelaburan dijangka bertambah kukuh pada tahun 2008 dan seterusnya menambah kapasiti pengeluaran ekonomi. Ini akan meningkatkan potensi pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam jangka masa sederhana dan panjang.

Aktiviti sektor pembinaan diunjur bertambah kukuh dengan pertumbuhan 6.3% (2007: 5.2%), didukung oleh projek-projek yang sedang berjalan dan pelancaran projek-projek infrastruktur baru di bawah RMKe-9, khususnya bagi pelaksanaan koridor ekonomi. Aktiviti sektor ini juga dijangka cergas melalui pelaksanaan projek-projek berkaitan pengangkutan utama, seperti projek Jambatan Kedua Pulau Pinang, Monorel Pulau Pinang, projek Landasan Berkembar Ipoh-Padang Besar dan penyambungan laluan Transit Aliran Ringan Ampang Kelana Jaya. Usaha untuk membangunkan Johor Selatan sebagai salah satu hab logistik petroleum terbesar di dunia dan pelaksanaan NCER akan terus merangsang kegiatan sektor pembinaan. Selain itu, subsektor bukan kediaman dijangka berkembang, dirangsang oleh peningkatan permintaan ruang pejabat serta pertambahan aktiviti perniagaan, terutamanya di kawasan bandar dan perindustrian utama. Subsektor kediaman juga dijangka terus kukuh, didorong oleh sentimen pengguna yang memberangsangkan dan peningkatan permintaan asing berikutan pelbagai langkah liberalisasi dan pengenalan insentif bagi pasaran harta tanah.

Permintaan Dalam Negeri Permintaan domestik yang kukuh diterajui oleh sektor swasta… Momentum pertumbuhan ekonomi pada tahun 2008 dijangka mengukuh, dipacu oleh perkembangan positif yang menyokong kegiatan ekonomi dalam negeri pada tahun 2007. Agregat perbelanjaan permintaan domestik (tidak termasuk perubahan dalam stok) dijangka meningkat 6.8% (2007: 9.0%), diperteguhkan oleh perbelanjaan sektor swasta yang dijangka meningkat 8.2% (2007: 8.6%). Peranan sektor swasta sebagai penggerak utama pertumbuhan ekonomi digambarkan melalui sumbangan kepada pertumbuhan KDNK yang tinggi sebanyak 5.1 mata peratusan (2007: 5.2 mata peratusan). Sementara itu, sumbangan sektor awam dijangka menyederhana kepada 0.8 mata peratusan pada tahun 2008 (2007: 2.4 mata peratusan), berikutan pertumbuhan perbelanjaan awam yang lebih perlahan pada kadar 3.2% (2007: 10.1%).

Penggunaan swasta dijangka meningkat 7.9% (2007: 9.0%) berikutan pendapatan boleh guna yang lebih tinggi didorong oleh harga komoditi yang kukuh dan kegiatan ekonomi dalam negeri yang teguh serta persekitaran guna tenaga yang stabil. Kenaikan gaji mulai Julai 2007 yang membawa kepada penambahan pendapatan tetap bagi kakitangan awam dijangka meningkatkan lagi kecenderungan berbelanja. Impak positif kekayaan daripada pasaran ekuiti dan harta tanah juga akan meningkatkan kecenderungan berbelanja. Hasilnya, sumbangan penggunaan swasta kepada KDNK akan meningkatkan lagi kepada 50.8% pada tahun 2008 (2007: 49.9%).

Sejajar dengan sentimen perniagaan yang menggalakkan dan persekitaran luar yang lebih 78

Penggunaan awam diunjur meningkat 5.5% pada tahun 2008 (2007: 10.8%), berikutan perbelanjaan yang lebih tinggi bagi emolumen seiring dengan peningkatan produktiviti dalam perkhidmatan awam. Bahagian penggunaan awam kepada KDNK dijangka kekal pada paras 13.4% pada tahun 2008 (2007: 13.5%). Sementara itu, pelaburan awam dijangka menokok 0.5% dan menyumbang 10.8% bahagian kepada KDNK (2007: 9.3%; 11.5%), disokong oleh peruntukan pembangunan Kerajaan Persekutuan serta perbelanjaan modal oleh Perusahaan Awam Bukan Kewangan yang lebih tinggi.

bagi memenuhi permintaan barangan pembuatan yang semakin meningkat. Harga komoditi yang teguh dan permintaan yang lebih tinggi untuk produk E&E dijangka terus meningkatkan lagi pertumbuhan eksport (f.o.b) sebanyak 6.8% kepada RM661,209 juta (2007: 5.0%; RM619,164 juta), manakala import (f.o.b) diunjur mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 8.2% kepada RM530,454 juta (2007: 7.7%; RM490,373 juta). Barangan pembuatan dijangka menyumbang 80.1% kepada keseluruhan eksport sementara 83.6% daripada import adalah barangan pengantara dan modal (2007: 79.3%; 83.2%).

Kedudukan Sumber Negara

Akaun perkhidmatan diunjur merekodkan defisit yang lebih besar sebanyak RM4,646 juta (2007: -RM3,985 juta), walaupun jumlah ketibaan pelancong lebih tinggi. Peningkatan defisit ini berikutan pembayaran kasar yang lebih tinggi untuk pengangkutan dan perkhidmatan lain, termasuk perkhidmatan profesional, teknikal dan perniagaan. TMM 2007 yang dilanjutkan sehingga 2008, di samping aktiviti tambahan untuk mempromosi negeri-negeri dan produkproduk niche pelancongan, dijangka meningkatkan jumlah terimaan pelancong kepada RM49,000 juta (2007: RM44,500 juta). Ini akan menghasilkan lebihan bersih yang lebih tinggi dalam akaun perjalanan sebanyak RM28,604 juta (2007: RM27,280 juta). Sebaliknya, aliran keluar bersih yang lebih tinggi sebanyak RM19,974 juta (2007: -RM17,840 juta), dianggarkan dalam akaun pendapatan. Ini berikutan MNC terus menghantar balik pendapatan faedah, keuntungan dan dividen daripada hasil eksport yang lebih tinggi dan kedudukan kewangan syarikat yang lebih baik. Sementara itu, aliran keluar akaun pindahan yang sebahagian besarnya disebabkan penghantaran balik wang oleh pekerja asing, dijangka meningkat sedikit kepada RM17,421 juta (2007: -RM17,002 juta). Ini berikutan pendapatan boleh guna yang semakin meningkat kesan daripada pengembangan berterusan ekonomi domestik. Walaupun lebihan akaun barangan lebih dari mencukupi untuk menyerap aliran keluar yang tinggi dalam akaun perkhidmatan, pendapatan dan pindahan, akaun semasa imbangan pembayaran dijangka mencatat lebihan yang lebih rendah sebanyak RM88,714 juta atau 13.4% daripada KNK (2007: RM89,964 juta; 14.8%) sejajar dengan aktiviti pelaburan yang kukuh.

Pengurangan lebihan jurang tabungan pelaburan… Sejajar dengan pengembangan aktiviti ekonomi domestik dan pendapatan eksport yang menggalakkan, pendapatan negara pada nilai semasa dijangka mencatat pertumbuhan 9.0% pada tahun 2008 (2007: 9.4%). Walaupun perbelanjaan penggunaan kekal tinggi pada paras 10.7% (2007: 12.7%), pertumbuhan dalam TNK dianggar meningkat 6.6% kepada RM237 bilion. Perbelanjaan pelaburan (termasuk perubahan dalam stok) dijangka mencatat pertumbuhan dua angka 12.1% kepada RM148.3 bilion (2007: 11.6%; RM132.3 bilion) dan menyumbang 22.4% kepada KNK (2007: 21.8%), didorong terutamanya oleh aktiviti pelaburan sektor swasta. Sehubungan itu, jurang tabungan pelaburan pada tahun 2008 dijangka berkurangan kepada RM88.7 bilion atau 13.4% kepada KNK (2007: RM90 bilion; 14.8%).

Sektor Luar Negeri Lebihan akaun semasa yang lebih kecil bagi menampung pengembangan aktiviti ekonomi... Kedudukan sektor luar negeri Malaysia dijangka kekal kukuh seiring dengan prospek pertumbuhan dunia dan perdagangan antarabangsa yang lebih baik. Akaun barangan dalam BOP dijangka mencatatkan lebihan RM130,755 juta (2007: RM128,791 juta), walaupun kadar peningkatan import terus mengatasi eksport. Ini berikutan aktiviti ekonomi domestik yang lebih cergas 79