PREVIEW COPY Kebangsaan Malaysia)

sebagai ibnu sabil ataupun anak kepada ... makalah ini turut mengkaji adakah terdapat ... perlindungan dan keperluan lain...

0 downloads 39 Views 531KB Size
45 Jurnal Personalia Pelajar 18 (2)(2015): 45-62 [PREVIEW COPY]

Pola Perbelanjaan dan Haddul Kifayah Zakat bagi Pelajar Sarjana Muda di Universiti Kebangsaan Malaysia (Expenditure Pattern and Haddul Kifayah of Zakat of Undergraduate Students in Universiti Kebangsaan Malaysia) SARAH ATHIRAH SARUCHI, AISYAH ABDUL-RAHMAN & HAIRUNNIZAM WAHID ABSTRAK Mutakhir ini, harga barang dan perkhidmatan semakin meningkat sekali gus meningkatkan peruntukan bulanan isi rumah untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungan. Antara yang terjejas dengan senario ekonomi ini ialah pelajar yang tidak mempunyai sumber pendapatan yang kukuh khususnya kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di mana perlu berhadapan dengan yuran yang jauh lebih tinggi berbanding di peringkat primari dan sekunderi. Di sinilah zakat memainkan peranan penting dan berpotensi tinggi untuk berkolaborasi dengan pihak kerajaan bagi menyalurkan dana kepada pembangunan pendidikan dengan memberi bantuan kepada pelajar. Walaupun telah ada bantuan pendidikan menggunakan dana zakat diagihkan kepada pelajar, namun dilihat jumlah bantuan yang diberi kurang mengikut keperluan ekonomi semasa. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji corak perbelanjaan pelajar dengan mendapatkan purata perbelanjaan sebulan bagi mencadangkan haddul kifayah khusus kepada pelajar. Selain itu, kajian terhadap perbezaan perbelanjaan antara pelajar aliran sains sosial dan sains tulen dibuat bagi mengetahui keperluan institusi zakat memberikan bantuan zakat berbeza mengikut aliran pengajian seterusnya mengkaji faktor-faktor demografi yang mempengaruhi perbelanjaan pelajar ke atas makanan dan bukan makanan. Seramai 160 responden iaitu dalam kalangan pelajar sarjana muda Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dipilih bagi menjalankan kajian ini. Hasil kajian menunjukkan purata perbelanjaan pelajar sebulan ialah sebanyak RM974.88. Selain itu, tiada perbezaan yang signifikan dalam corak perbelanjaan pelajar aliran sains sosial dan sains tulen yang menunjukkan haddul kifayah tidak perlu dibezakan oleh institusi zakat mengikut aliran pengajian. Faktor demografi umur dan lokasi kediaman pula mempengaruhi perbelanjaan bukan makanan pelajar. Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak institusi zakat dalam menilai semula haddul kifayah khusus kepada pelajar bagi melicinkan lagi perlaksanaan agihan zakat. Kata kunci: Zakat, haddul kifayah, pelajar institusi pengajian tinggi. ABSTRACT In recent days, the prices increment of goods and sevices affected the household monthly allowance to meet the basic needs of themselves and their dependents. Students with no steady income are one of those who are affected by this economic scenario. For instance, this worsen scenario seriously influenced university students who need to face high educational fees. Therefore, Zakat plays an important role to channel funds to the development of education by providing assistance to students. Herein, the objective of this study is to investigate the spending patterns of students to find the average monthly expenditure for proposing ‘haddul kifayah’ specifically for students. Furthermore, the difference between expenditure in social science stream students and pure science had been made to determine the need for zakat institutions to provide aid vary according to the student’s

46 stream. In addition, this study examined demographic factors that influence students' expenditure on food and non-food. A total of 160 respondents, among the undergraduate student of Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) were selected to carry out the surveys. The results showed the student’s average monthly expenditure stood at RM974.88. The results also showed that there is no significant differences in the spending patterns of social science and pure science students. Based on the results, it can be concluded that the determination of ‘haddul kifayah’ is no need to be distinguished by zakat institutions. This study is expected to help the zakat institution in reviewing ‘haddul kifayah’ especially for university students to facilitate the implementation of zakat distribution. Keywords: Zakat, haddul kifayah, university students.

47

PENGENALAN Ibadah zakat sangat berbeza dengan ibadah yang lain kerana ia merupakan satu-satunya ibadah yang menghubungkan secara langsung tiga komponen penting iaitu antara manusia dengan pencipta (Allah), manusia dengan manusia dan manusia dengan lahiriahnya sendiri. Zakat merupakan ibadah maliah yang sangat besar hikmahnya dan sangat banyak ditekankan dalam dua masdar utama pensyariatan Islam iaitu Al-quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam kitab ‘aziz-Nya: “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, ‘amil-‘amil yang mengurusnya, mu’allaf-mu’allaf yang dijinakkan hatinya, untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orangorang yang berhutang, untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan musafir-musafir dalam perjalanan. (ketetapan yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

Ayat di atas diakhiri dengan perkataan “sebagai satu ketetapan dari Allah” menunjukkan bahawa sedekah-sedekah yang dimaksudkan dalam ayatdi atas, iaitu zakat, bukannya satu bentuk derma pilihan (optional charity), sebaliknya satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan (obligatory) (Ibrahim 2008). Justeru, pemilik harta yang telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan syarak diwajibkan ke atasnya untuk mengeluarkan sebahagian tertentu daripada jumlah hartanya yang bersih untuk diagihkan kepada lapan asnaf zakat sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah

s.w.t. Ketidak patuhan dalam melaksanakan kewajipan zakat akan mempengaruhi ikrar keislaman seseorang muslim dan akan dikenakan ‘penalti’ sama ada di dunia atau akhirat oleh Allah s.w.t. Zakat menjadi salah satu wasilah utama dalam agihan semula kekayaan antara orang kaya dengan orang miskin yang diimplementasikan dalam ekonomi Islam (Ali & Aziz 2014; Ali et al. 2014; Mohamad et al. 2010). Ini adalah kerana Islam telah menggariskan bahawa setiap kekayaan adalah satu amanah dan dalam harta orang kaya wujud hak golongan yang memerlukan. Allah s.w.t melarang amalan pengagihan harta hanya beredar dalam kalangan orang kaya sahaja (Latiff & Sayin 2014). Bukan itu sahaja, terbukti secara empiriknya, zakat dapat dijadikan alat yang ampuh bagi menangani kebejatan ekonomi marcapada ini melalui kajian oleh (Hassan & Khan 2007; Ibrahim 2008; Othman & Noor 2012) yang membuktikan keberkesanan agihan zakat dalam menangani masalah ketidaksamaan agihan pendapatan. Ia juga dapat dilihat melalui peratusan insiden kemiskinan tegar di Malaysia dapat dikurangkan. Berdasarkan data insiden kemiskinan tegar di Malaysia yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi, terdapat penurunan yang agak drastik khusus kepada etnik bumiputera yang majoritinya beragama Islam daripada 1.1 pada tahun 2009 berkurang kepada 0.3 pada) tahun 2012 (EPU2012). Realitinya, dalam abad ke 21 ini, perbelanjaan semakin meningkat saban tahun menyebabkan kuasa membeli semakin kurang. Tambahan pula setelah terlaksananya Goods and Services Tax(GST) di Malaysia bermula tanggal 1 April 2015 menyebabkan masyarakat semakin dihimpit dengan kekangan kewangan bagi menampung perbelanjaan harian dek kerana majoriti harga barang dan perkhidmatan yang meningkat. Antara golongan yang akan terjejas disebabkan perubahan polisi kerajaan ini ialah pelajar yang tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh (Davies & Lea 1995). Umumnya, mereka hanya bergantung kepada

48 biasiswa, pinjaman atau bantuan kewangan yang ditampung oleh ibu bapa. Kos pendidikan semakin hari dijangka semakin meningkat seiring dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan di Malaysia. Institusi pengajian swasta pula berlumba-lumba menawarkan peluang pendidikan kepada pelajar yang mencapai keputusan peperiksaan kurang cemerlang namun dengan mengenakan yuran pengajian yang agak tinggi dan membebankan pelajar (Mustaffa & Muda 2014). Kenaikan kos pendidikan perlu dibimbangi kerana akan menjejaskan jumlah enrolmen pelajar ke institusi pengajian tinggi (Berger & Kostal 2002; Ismail & Zainal 2004) sekali gus menyebabkan pembinaan modal insan yang berkualiti akan berkurang dan akhirnya menyebabkan ekonomi negara terjejas. Di sinilah zakat berperanan menjadi salah satu solusi bagi meringankan bebanan pelajar disebabkan hasil kutipan zakat juga akan disalurkan kepada pelajar-pelajar atas kapasiti sebagai ibnu sabil ataupun anak kepada golongan fakir atau miskin. Oleh sebab itu, nilai bantuan zakat perlu disemak semula berdasarkan keperluan ekonomi semasa (Ali et al. 2014; Wahid et al. 2004). Nilai bantuan zakat yang diberi kepada asnaf sangat bergantung kepada haddul kifayah yang diguna pakai oleh institusi zakat. Pendekatan kewangan dalam mengukur kemiskinan berdasarkan kaedah haddul kifayah ini adalah hampir sama dengan pendapatan garis kemiskinan (PGK) yang didefinisikan sebagai pendapatan yang diperlukan bagi memenuhi keperluan minimum termasuklah makanan, kesihatan, pakaian, pendidikan, rekreasi, pengangkutan, minyak dan sewa (Ali et al. 2014; Jamil & Che Mat 2014) manakala beberapa komponen utama dalam menentukan keperluan haddul kifayah ialah tempat tinggal, makanan, pakaian, kesihatan, pendidikan dan pengangkutan berdasarkan maqasid syariah (JAWHAR2007). Secara ringkasnya, haddul kifayah yang ditentukan oleh institusi zakat dijadikan satu penanda aras keperluan minimum isi rumah dalam sebulan dan dengan berpandukan kadar tersebut, ‘amil zakat akan menentukan

pemohon layak menerima zakat atau tidak dan sekiranya layak, berapakah jumlah bantuan yang akan diberi kepada pemohon. Kajian ini bertujuan mencadangkan haddul kifayah yang relevan perlu ditentukan khusus kepada golongan pelajar yang menuntut di institusi pengajian tinggi berdasarkan dapatan purata perbelanjaan pelajar dalam sebulan.Ini kerana bantuan pendidikan yang diberi perlu seiring dengan keadaan ekonomi semasa berbetulan dengan sumber kewangan pelajar yang masih kurang stabil. Selain itu, makalah ini turut mengkaji adakah terdapat perbezaan corak perbelanjaan antara pelajar aliran sains sosial dan sains tulen. Perbezaan ini dikaji bagi menentukan keperluan institusi zakat untuk menentukan haddul kifayah yang berbeza mengikut aliran pengajian. Seterusnya, kajian terhadap faktor-faktor demografi yang mempengaruhi perbelanjaan pelajar ke atas makanan dan bukan makanan dilakukan supaya penentuan haddul kifayah turut mengambil kira faktor demografi yang mempengaruhi keduadua perbelanjaan tersebut. KAJIAN LEPAS Konsep Had Kifayah: Kebanyakan institusi zakat menggunakan pendekatan kewangan dalam mengukur kemiskinan berdasarkan kaedah haddul kifayah yang juga boleh diinterpretasikan sebagai purata garis kemiskinan zakat (Ali et al. 2014). Secara praktikalnya di Malaysia, haddul kifayah ditentukan berbeza mengikut institusi zakat masing-masing (Ali & Aziz 2014; Zakaria 2014). JAWHAR (2007) mendefinisikan haddul kifayah sebagai kadar asas keperluan minimum diri dan tanggungan dalam menentukan tahap kelayakan penerima zakat untuk asnaf fakir dan miskin dengan mengambil kira perbezaan tempat, masa, keperluan dan keadaan sosioekonomi. Menurut Dr Wahbah al-Zuhayli, keperluan ialah kemudahan yang diperlukan oleh manusia untuk kemudahan kehidupan mereka dan menghindarkan daripada kepayahan hidup dan dengan ketiadaannya akan

49 menyebabkan hidup mereka ditimpa kesusahan dan kesulitan (Tarimin 2005). Qardhawi (2009) pula menafsil fikrah Imam Nawawi yang mengatakan keperluan minimum tersebut ialah dengan mengambil kira keperluan makanan, pakaian, perlindungan dan keperluan lain. Tambahnya, dalam konteks sekarang, keperluan lain yang dimaksudkan harus meliputi keperluan pendidikan, kesihatan dan keperluan sosial lain yang sesuai mengikut keperluan hidup semasa. Keperluan asasi yang diambil kira dalam menentukan haddul kifayah semasa ialah makanan, perlindungan, pakaian, pengangkutan, pendidikan dan perubatan (JAWHAR2007). Penggunaan haddul kifayah yang meliputi semua keperluan manusia mengikut perpektif maqasid syariah iaitu agama, ilmu, diri, keturunan dan harta ini mempengaruhi secara positifnya kecekapan agihan zakat (Zakaria 2014) dan merupakan model yang terbaik bagi perlaksanaan agihan zakat (Ibrahim 2006; Mansor et al. 2013). Secara umumnya, haddul kifayah ini menjadi garisan pemisah antara mereka yang layak menerima zakat dan mereka yang perlu membayar zakat (Mansor et al. 2013). Lateff et al. (2014) mengatakan secara logiknya, haddul kifayah yang terlalu rendah akan menyebabkan lebihan wang zakat sekali gus mempengaruhi keefesienan agihan zakat. Oleh itu, penentuan haddul kifayah yang relevan mendorong ke arah pengagihan zakat secara adil dan cekap dan memastikan bantuan zakat yang diterima benarbenar efektif dalam mengurangkan bebanan asnaf. Dana Zakat Dalam Bantuan Pendidikan Asnaf:Berdasarkan Imam Malik, Imam Shafie dan Imam Ahmad ibn Hanbal, fakir ialah orang yang tidak memiliki harta dan sumber pekerjaan yang halal untuk menampung keperluan asas diri dan tanggungannya seperti makan, minum, tempat penginapan dan persalinan (Tarimin 2005). Pelajar sepenuh masa layak dikategorikan sebagai golongan asnaf fakir miskin yang bertaraf penganggur sementara (Qardhawi 2009; Tarimin 2005). Ia merujuk kepada golongan pelajar yang menuntut di institusi pengajian tinggi yang menumpukan

sepenuh masa pengajian sehingga tidak berpeluang untuk bekerja atau wujud peraturan yang menghalangnya bekerja. Mereka layak menerima agihan zakat sekiranya terbukti pelajar sepenuh masa, telah mencapai umur baligh, tidak berkemampuan menyara diri dan bidang pengajian yang diambil bermanfaat kepada umat (Tarimin 2005). Qardhawi (2009) berpendapat menuntut ilmu merupakan kewajipan sosial atau fardu kifayah yang perlu dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat untuk kebaikan seluruh masyarakat. Disebabkan inilah, pelajar berkelayakan menerima bantuan pendidikan menggunakan dana zakat di mana pengetahuan pelajar tersebut akhirnya akan menyumbang kepada kebaikan seluruh masyarakat. Pendidikan adalah termasuk salah satu keperluan asasi haddul kifayah yang diambil kira dalam pemberian zakat kepada fakir dan miskin (LZS 2014). Pembiayaan projek-projek dengan menggunakan dana zakat dalam bidang pendidikan, kesihatan, kebajikan sosial dan sebagainya akan meningkatkan produktiviti gologan miskin dengan memenuhi keperluan asas mereka (Ibrahim 2008).Wahid et al. (2004) pula mendapati bantuan zakat memberi kesan yang signifikan kepada kualiti hidup golongan asnaf terutamanya aspek pendidikan dan penyertaan sosial. Pendididikan merupakan tiket penting dalam mengubah kehidupan golongan asnaf fakir melalui proses pembelajaran yang berterusan daripada peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi yang akan membuka peluang pekerjaan yang lebih baik (Latiff & Sayin 2014). Tuntasnya, bantuan pendidikan yang digunakan daripada dana zakat sangat penting untuk diutilisasi bagi meringankan bebanan pelajar untuk membiayai kos pendidikan sekali gus akan meningkatkan semangat pelajar untuk meneruskan pengajian sehingga ke peringkat tertinggi. Walaupun kajian oleh Wahid et al. (2004) mendapati kesan zakat tidak begitu besar terhadap kualiti pendidikan anak-anak mereka kerana pihak kerajaan telah pun menyediakan bantuan pendidikan termasuklah bantuan yuran,

50 biasiswa dan makanan di sekolah kepada anakanak golongan miskin namun bantuan pendidikan di peringkat tertiari tidak diberi secara menyeluruh kerana yuran yang sangat tinggi mengakibatkan jumlah penerima bantuan pendidikan daripada kerajaan sangat terhad. Jumlah perbelanjaan oleh kerajaan ke atas institusi pengajian tinggi awam (IPTA) adalah besar, dan pada tahun 2006, jumlah perbelanjaan mengurus bagi 20 buah IPTA sahaja ialah kira-kira RM6.6 bilion malah secara puratanya, kira-kira 88% daripada perbelanjaan IPTA dibiayai oleh kerajaan sementara baki sebanyak 12% lagi dibiayai daripada sumber-sumber lain, termasuk bayaran yuran yang dikenakan kepada pelajar pengajian tinggi (Hassan 2007). Kebanyakannya terpaksa bergantung kepada pinjaman pendidikan yang akhirnya menanggung bebanan hutang selepas bergraduasi. Malah, kajian oleh (Jariah et al. 2004) menyatakan pinjaman pendidikan sememangnya dapat mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa namun dalam jangka masa panjang akan membebankan pelajar itu sendiri. Lebih membimbangkan, segelintir pelajar yang tidak mempunyai sebarang bantuan kewangan, berhasrat untuk tidak meneruskan pengajian di mana akan mengakibatkan kuantiti modal insan yang berkualiti berkurang dan menurut Jamil&Che Mat (2014) antara sub-indeks bagi Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) ialah pendidikan yang antaranya disumbangkan oleh kadar penyertaan universiti juga boleh terjejas. Ini kerana yuran pengajian yang semakin meningkat akan mempengaruhi tahap kemasukan pelajar ke institusi pengajian (Berger&Kostal 2002). Maka, pembiayaan pendidikan melalui zakat merupakan salah satu langkah yang baik bagi menangani isu ini (Latiff&Sayin 2014). Tidak dapat dinafikan usaha daripada institusi zakat bagi memperkasa bantuan pendidikan dapat dilihat daripada semasa ke semasa. JAWHAR (2007) menerangkan antara skim bantuan yang diberi kepada golongan asnaf ialah bantuan pendidikan bertujuan membantu anak-anak asnaf supaya tidak tercicir

dalam pelajaran di samping dapat memperbaiki taraf hidup keluarga. Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah memperuntukkan sebanyak RM17.9 juta bantuan pendidikan kepada golongan asnaf yang melibatkan seramai 32919 orang pada tahun 2013 (Latiff&Sayin 2014). Melalui kajian oleh (Tahir 2009), LZS turut memperuntukkan sebanyak lebih kurang RM15 juta untuk program pembangunan pendidikan bagi membantu golongan asnaf sedar akan peri pentingnya pendidikan untuk berjaya dalam hidup. Skim bantuan ini juga diberikan kepada hampir semua asnaf di seluruh negara Malaysia (Rahman&Anwar 2014). Walaupun begitu, keperluan pendidikan ini akan terus berkembang berikutan keperluan dan tuntutan perubahan masa kini, maka bentuk skim bantuan pendidikan yang menggunakan dana zakat perlu dinilai semula, dikemaskini supaya sentiasa memenuhi tuntutan dan kehendak semasa. Beberapa kajian telah dibuat mengenai cadangan penelitian semula nilai bantuan zakat melalui haddul kifayah kerana nilai bantuan yang diberi tidak berdasarkan keperluan ekonomi semasa (Ali & Aziz 2014; Ali et al. 2014; Lateff et al. 2014). Namun, kajian khusus mengenai penelitian semula haddul kifayah yang memfokuskan kepada golongan pelajar masih belum dibuat. Kajian ini penting dijalankan berdasarkan kepada urgensi jumlah bantuan pendidikan yang perlu dipertingkat di samping membantu kerajaan menampung kos bantuan pendidikan yang diberi kepada pelajar. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini melibatkan pengumpulan data daripada dua sumber iaitu data primer dan data sekunder. Data primer melibatkan pengumpulan data melalui kerja lapangan dengan pengedaran borang soal selidik secara rawak kepada 160 pelajar ijazah sarjana muda Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kepada lapan buah fakulti yang menawarkan program ijazah sarjana muda. Borang soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A: Latar Belakang Responden dan Bahagian B:

51 Perbelanjaan Responden. Analisa kajian bagi latar belakang responden dilakukan secara deskriptif. Pola perbelanjaan responden pula dibanci mengikut beberapa kategori iaitu perbelanjaan makanan, keperluan harian bukan makanan, perubatan, pakaian, pendidikan, pengangkutan dan perlindungan bagi mendapatkan perbelanjaan pelajar secara puratanya dalam sebulan. Data yang diperoleh melalui soal selidik dianalisis untuk mendapatkan purata perbelanjaaan pelajar dalam sebulan yang dapat dijadikan rujukan bagi menentukan haddul kifayah yang sesuai kepada pelajar institusi pengajian tinggi secara khususnya pelajar di

UKM. Purata perbelanjaan pelajar kemudiannya dipecahkan mengikut dua kategori iaitu makanan dan bukan makanan dan dua aliran pengajian iaitu sains sosial dan sains tulen untuk mengetahui perbezaan corak perbelanjaan pelajar antara dua aliran pengajian tersebut seterusnya mengkaji apakah faktor-faktor demografi yang mempengaruhi perbelanjaan makanan dan bukan makanan dengan menggunakan metod fungsi Engel berdasarkan model Working-Leser yang diperkenalkan oleh H. Working dan C.E.V Leser (Terano & Mohamed 2012). Oleh itu, model yang dianggarkan secara umumnya dalam kajian ini adalah seperti berikut:

MODEL 1. Faktor demografi yang mempengaruhi perbelanjaan makanan 𝑀𝑝 = 𝛼0 + 𝛼1 𝑌𝑝 + 𝛼2 𝑢𝑚𝑢𝑟𝑝 + 𝛼3 𝑓𝑎𝑘𝑢𝑙𝑡𝑖𝑝 + 𝛼4 𝑙𝑜𝑘𝑎𝑠𝑖𝑝

(1)

di mana: 𝑀𝑝 𝑌𝑝 𝑢𝑚𝑢𝑟𝑝 𝑓𝑎𝑘𝑢𝑙𝑡𝑖𝑝 𝑙𝑜𝑘𝑎𝑠𝑖𝑝

adalah perbelanjaan makanan adalah pendapatan pelajar adalah umur pelajar adalah pemboleh ubah dami; 0 = Sains sosial, 1= Sains tulen adalah pemboleh ubah dami; 0 = Kolej, 1= Luar kolej

MODEL 2 . Faktor demografi yang mempengaruhi perbelanjaan bukan makanan 𝐵𝑝 = 𝛼0 + 𝛼1 𝑌𝑝 + 𝛼2 𝑢𝑚𝑢𝑟𝑝 + 𝛼3 𝑓𝑎𝑘𝑢𝑙𝑡𝑖𝑝 + 𝛼4 𝑙𝑜𝑘𝑎𝑠𝑖𝑝 di mana:

𝐵𝑝 𝑌𝑝 𝑢𝑚𝑢𝑟𝑝 𝑓𝑎𝑘𝑢𝑙𝑡𝑖𝑝 𝑙𝑜𝑘𝑎𝑠𝑖𝑝

adalah perbelanjaan bukan makanan adalah pendapatan pelajar adalah umur pelajar adalah pemboleh ubah dami; 0 = Sains sosial, 1= Sains tulen adalah pemboleh ubah dami; 0 = Kolej, 1= Luar kolej

(2)

52 Data sekunder pula melibatkan pengadaptasian kaedah pengumpulan data melalui penganalisisan kandungan dokumen berkaitan yang diperoleh daripada sumbersumber rujukan seperti buku, artikel jurnal, kertas persidangan, tesis dan carian di internet sama ada dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. HASIL KAJIAN Jadual 1 menunjukkan profil demografi responden dalam kajian ini di mana kesemua responden ialah pelajar UKM. Jumlah pelajar lelaki dan perempuan adalah sama iaitu sebanyak 80 orang lelaki dan 80 orang perempuan. Majoriti pelajar berstatus bujang iaitu sebanyak 93.8%. Hampir keseluruhan pelajar berumur dalam lingkungan 20-30 tahun iaitu sebanyak 96.9%. Kertas soal

selidik telah diedarkan kepada lapan buah fakulti dengan jumlah pelajar yang sama iaitu sebanyak 20 orang bagi setiap fakulti. Majoritinya, tinggal di kolej iaitu sebanyak 83.1%. Berdasarkan bancian sumber pendapatan pula, majoriti responden membuat pinjaman pendidikan iaitu sebanyak 46.3% dengan 49.4% pelajar mempunyai jumlah pendapatan kurang daripada RM1000 sebulan.

53 JADUAL 1. Profil demografi responden Profil Responden Jantina:  Lelaki  Perempuan Status:  Bujang  Berkahwin Umur:  20-30  31-40 Fakulti:  Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP)  Fakulti Sains dan Teknologi (FST)  Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)  Fakulti Pengajian Islam (FPI)  Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB)  Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM)  Fakulti Pendidikan (FPEND)  Fakulti Undang-Undang (FUU) Tempat tinggal:  Kolej  Rumah sewa  Rumah sendiri Sumber pendapatan:  Biasiswa  Pinjaman  Ibu bapa  Gaji  Zakat Jumlah pendapatan (RM):  <1000  1001-2000  2001-3000  3001-4000  4001-5000  >5001

Frekuensi

Peratus (%)

80 80

50 50

150 10

93.8 6.3

155 5

96.9 3.1

20 20 20 20 20 20 20 20

12.5 12.5 12.5 12.5 12.5 12.5 12.5 12.5

133 17 10

83.1 10.6 6.3

50 74 17 14 5

31.3 46.3 10.6 8.8 3.1

79 34 21 10 3 13

49.4 21.3 13.1 6.3 1.9 8.1

54 Jadual 2 menunjukkan purata perbelanjaan responden yang dibahagikan mengikut beberapa kategori iaitu makanan, keperluan harian bukan makanan seperti keperluan sanitari dan alat penjagaan kebersihan, kesihatan, pakaian, perbelanjaan IPT, pengangkutan dan perlindungan yang merupakan keperluan asasi seseorang. Purata perbelanjaan ini boleh dijadikan sebagai rujukan untuk menentukan haddul kifayah yang sesuai bagi pelajar kerana meliputi semua perbelanjaan yang merupakan keperluan asas

had kifayah. Hasil kajian menunjukkan purata perbelanjaan sebulan bagi responden iaitu pelajar IPT ialah sebanyak RM 974.88 sebulan di mana secara puratanya, pelajar paling banyak membelanjakan wang bagi keperluan makanan iaitu sebanyak RM 274.90. Perbelanjaan purata kedua tertinggi ialah perbelanjaan IPT bagi keperluan pendidikan dengan RM 242.50 diikuti perlindungan dengan RM 252.79 seterusnya pengangkutan, pakaian, keperluan harian bukan makanan dan perbelanjaan paling rendah diperuntukkan untuk kesihatan.

JADUAL 2. Purata perbelanjaan pelajar Mahasiswa UKM Kategori

Purata (RM)

%

Makanan Keperluanharianbukanmakanan

274.90 41.90

28.20 4.30

Kesihatan Pakaian Perbelanjaan IPT Pengangkutan

25.23 66.32 242.50 71.24

2.59 6.80 24.87 7.31

Perlindungan

252.79

25.93

JUMLAH

974.88

100.0

Jadual 3 pula menunjukkan purata perbelanjaan pelajar yang dikelaskan mengikut kategori makanan dan bukan makanan (keperluan harian bukan makanan, kesihatan, pakaian, perbelanjaan IPT, pengangkutan, perlindungan) serta dipecahkan mengikut aliran

pengajian sains sosial (FEP, FSSK, FPI, FUU, FPEND) dan sains tulen (FST, FTSM, FKAB). Pengelasan ini dibuat untuk mengetahui adakah perlu institusi zakat membezakan haddul kifayah atau jumlah bantuan pendidikan mengikut aliran pengajian.

55 JADUAL 3. Purata perbelanjaan pelajar mengikut kategori makanan dan bukan makanan serta aliran sains social dan sains tulen SainsSosial (N=100)

SainsTulen (N=60)

Purata(RM)

SD

Purata(RM)

SD

tvalue

266.07

141.58

289.63

129.33

-1.05

Keperluanharianbukanmakanan

92.44

34.28

85.99

68.74

0.41

Kesihatan

27.57

44.46

21.35

31.35

0.95

Pakaian

69.04

40.57

63.36

43.73

0.46

Perbelanjaan IPT

273.27

112.03

288.58

75.15

-0.55

Pengangkutan Perlindungan

76.17 260.00

86.81 324.82

65.86 240.78

87.72 180.60

0.40 0.42

JUMLAH

1064.56

784.55

1055.55

616.62

Kategori a) Makanan Makanan b) Bukanmakanan

Purata perbelanjaan pelajar menunjukkan pelajar aliran sains sosial lebih banyak berbelanja dalam sebulan berbanding pelajar sains tulen di mana perbezaan perbelanjaan hanya sebanyak RM 9.01. Kesemua keperluan asas tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan antara kedua-kedua aliran pengajian sains sosial dan sains tulen. Jadual 4 menunjukkan pengujian faktor demografi yang mempengaruhi perbelanjaan

makanan antara dua kategori fakulti iaitu sains sosial dan sains tulen. Antara faktor demografi yang diuji ialah pendapatan, umur, kategori fakulti dan lokasi kediaman. Hasil kajian menunjukkan kesemua faktor demografi tidak signifikan dengan perbelanjaan makanan pelajar. Ini membuktikan perbelanjaan pelajar ke atas makanan tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor demografi tersebut.

56 JADUAL 4. Anggaran faktor perbelanjaan makanan antara pelajar Sains Sosial dan Sains Tulen Working-Leser Pembolehubah Konstan Pendapatan Umur Kategorifakulti (SainsSosial=0, SainsTulen=1) Lokasikediaman (Kolej=0, Luarkolej=1) Durbin Watson R2 Nilai F

Nota: * signifikanpadaaraskeertian10%

Regresi Koefisien 118.910 -1.094 77.978

Nilai t

Nilai p

0.854 -0.148 1.116

0.395 0.883 0.266

24.204

1.071

0.286

-54.108*

-1.706

0.090

2.109 0.027 1.086

57

JADUAL 5. Anggaran faktor perbelanjaan bukan makanan antara pelajar sains sosial dan sains tulen Pembolehubah

Working-Leser Nilai t

Nilai p

Konstan

Regresi Koefisien -1552.387

-4.177

0.000

Pendapatan

46.635**

2.357

0.020

1139.511***

6.114

0.000

-13.327

-0.221

0.825

356.080***

4.208

0.000

Umur Kategori fakulti (Sains Sosial=0, Sains Tulen=1) Lokasi kediaman (Kolej=0, Luar kolej=1) Durbin Watson R

2

Nilai F

1.771 0.423 28.445

Nota: *** signifikan pada aras keertian 1% ** signifikan pada aras keertian 5%

Jadual 5 menunjukkan pengujian faktor demografi yang mempengaruhi perbelanjaan pelajar aliran sains sosial dan sains tulen ke atas perbelanjaan bukan makanan. Perbelanjaan bukan makanan ini merangkumi keseluruhan jumlah perbelanjaan pelajar ke atas keperluan harian bukan makanan, kesihatan, pakaian, pendidikan (keperluan IPT), pengangkutan dan perlindungan. Hasil kajian menunjukkan faktor pendapatan, umur dan lokasi kediaman signifikan dengan perbelanjaan bukan makanan. Maka, daripada segi faktor pendapatan, semakin tinggi pendapatan, semakin tinggi perbelanjaan pelajar ke atas bukan makanan. Berdasarkan faktor umur pula, semakin meningkat umur, semakin banyak wang dibelanjakan oleh pelajar ke atas bukan makanan dan berdasarkan pemboleh ubah dami, lokasi kediaman, ia menunjukkan pelajar yang tinggal di luar kolej lebih banyak berbelanja ke atas bukan makanan.

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI DASAR Hasil kajian menunjukkan pelajar membelanjakan secara puratanya sebanyak RM 974.88 di mana perbelanjaan paling tinggi diperuntukkan untuk perbelanjaan makanan dengan 28.20%. Kajian ini menyokong kajian oleh (Rahman et al. 2008) yang menunjukkan perbelanjaan pelajar UITM Pulau Pinang ke atas keperluan makanan paling tinggi berbanding keperluan lain. Tambahan lagi, secara fitrahnya, makanan merupakan salah satu daruriat dan keperluan paling asas untuk meneruskan hidup. Purata perbelanjaan kedua tertinggi ialah perbelanjaan IPT. Ini disebabkan oleh, secara umumnya, majoriti pelajar akan memperuntukkan terlebih dahulu pendapatan yang ada untuk melunaskan hutang pengajian sebelum berbelanja untuk keperluan lain selain makanan kerana sekiranya hutang pengajian tidak dibayar, boleh menyebabkan pelajar menerima tindakan daripada pihak universiti.

58 Perbelanjaan bagi keperluan kesihatan pula paling rendah dengan purata, hanya RM 25.23 sebulan. Ini kerana pelajar boleh mendapatkan rawatan kesihatan daripada Pusat Kesihatan yang disediakan oleh pihak universiti secara percuma. Berdasarkan Jadual 3 pula, semua keperluan asas tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan antara pelajar aliran sains sosial dan sains tulen. Ini membuktikan pihak institusi zakat tidak perlu membezakan haddul kifayah atau jumlah bantuan pendidikan kepada pelajar aliran sains sosial ataupun sains tulen. Pengujian faktor demografi ke atas perbelanjaan makanan bagi pelajar menunjukkan kesemua faktor demografi iaitu pendapatan, umur, lokasi kediaman dan kategori fakulti tidak signifikan yang membuktikan perbelanjaan pelajar ke atas makanan tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor demografi tersebut. Maka, penentuan haddul kifayah ke atas perbelanjaan makanan tidak

perlu mengambil kira faktor-faktor demografi seperti pendapatan, umur, kategori fakulti dan lokasi kediaman. Sebaliknya, pengujian faktor demografi ke atas perbelanjaan bukan makanan menujukkan faktor pendapatan, umur dan lokasi kediaman adalah signifikan. Natijahnya, melalui pengujian faktor demografi ini, pihak institusi zakat perlu mengambil kira faktor seperti umur dan lokasi kediaman dalam menentukan haddul kifayah bagi keperluan perbelanjaan bukan makanan. Ini kerana, faktor tersebut mempengaruhi perbelanjaan pelajar ke atas bukan makanan dan boleh dijadikan antara faktor penentu yang sesuai bagi memastikan haddul kifayah yang terbaik dapat dibina. Haddul kifayah yang digunakan oleh pihak LZS bagi menentukan garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf melalui kategori anak asnaf yang belajar di IPT ialah seperti di Jadual 6.

JADUAL 6. Haddul kifayah bagi kategori anak asnaf belajar di IPT Kategori

Keperluan asas

Anak belajar IPT

Makanan Pakaian Perubatan Pendidikan

JUMLAH

Kadar (RM) 145.00 35.00 10.00 45.00 235.00

Sumber: Lembaga Zakat Selangor (LZS)

Berdasarkan Jadual 6, haddul kifayah bagi golongan anak asnaf yang belajar di IPT hanya sebanyak RM 235.00. Kadar ini dilihat tidak begitu bersesuaian dengan senario ekonomi sekarang atau lebih khususnya kepada sektor pendidikan di mana kos pengajian yang terpaksa ditampung oleh pelajar di peringkat tertiari ini semakin meningkat. Keperluan asas

pula hanya mengambil kira keperluan makanan, pakaian, perubatan dan pendidikan. Oleh itu, beberapa cadangan diusulkan kepada pihak institusi zakat berdasarkan kepada hasil kajian yang diperoleh. Jadual 7 menunjukkan rangka cadangan kepada institusi zakat.

591 JADUAL 7. Cadangan kepada institusi zakat Kategori

Keperluan asas

Pelajar IPT - Umur (20-30 tahun)

a) Makanan

Pelajar IPT - Umur (31 tahun ke atas)

b) Bukan makanan 

Pakaian



Perubatan



Pendidikan

Kolej



Perlindungan

Luar Kolej



Pengangkutan



Keperluan harian bukan makanan

a) Makanan b) Bukan makanan 

Pakaian



Perubatan



Pendidikan



Perlindungan



Pengangkutan



Keperluan harian bukan makanan

Dapat disimpulkan melalui Jadual 7, keperluan asas perlindungan, keperluan harian bukan makanan, dan pengangkutan perlu ditambah dalam penentuan haddul kifayah tersebut. Ini kerana, ternyata melalui hasil kajian yang membuktikan bahawa pelajar bukan sahaja memerlukan bantuan untuk memenuhi keperluan makanan tetapi juga keperluan bukan makanan yang memakan lebih banyak kos. Bukan itu sahaja, perbelanjaan pelajar ke atas bukan makanan turut dipengaruhi oleh faktor demografi umur dan lokasi kediaman. Semakin meningkat umur, semakin banyak perbelanjaan

Kolej Luar Kolej

terhadap bukan makanan manakala pelajar yang tinggal di luar kolej lebih banyak berbelanja ke atas bukan makanan. Sehubungan dengan itu, kesignifikanan faktor tersebut dalam mempengaruhi perbelanjaan bukan makanan perlu diambil kira dalam menentukan haddul kifayah bagi keperluan bukan makanan. Cadangan ini bertujuan agar haddul kifayah bagi pelajar IPT lebih relevan dan sesuai berdasarkan kepada keperluan semasa pelajar IPT yang semakin bertambah.

60 KESIMPULAN Haddul kifayah khusus kepada pelajar perlu dinilai semula oleh pihak institusi zakat supaya sistem agihan zakat yang lebih ‘adl wal ihsan dapat dilaksanakan.Haddul kifayah yang mempengaruhi kelayakan seseorang menerima bantuan zakat memainkan peranan penting bagi membantu lebih ramai golongan pelajar yang tidak mampu menampung perbelanjaan untuk keperluan menuntut ilmu.Ini kerana semakin tinggi haddul kifayah, semakin ramai yang layak menerima bantuan zakat.Melalui hasil kajian yang mendapati purata perbelanjaan pelajar sebanyak RM974.88 sebulan, diharapkan dapat membantu pihak institusi zakat menetapkan haddul kifayah yang relevan bagi kategori pelajar IPT. Selain itu, tiada perbezaan signifikan yang ditunjukkan oleh corak perbelanjaan pelajar aliran sains sosial dan sains tulen di mana pihak institusi zakat tidak perlu membezakan kadar had kifayah berdasarkan aliran pengajian. Hasil kajian juga menunjukkan faktor-faktor demografi yang diuji iaitu pendapatan, umur, kategori fakulti dan lokasi kediaman tidak mempengaruhi perbelanjaan pelajar ke atas makanan manakala faktor umur dan lokasi kediaman mempengaruhi perbelanjaan pelajar ke atas bukan makanan.Oleh itu, pihak institusi zakat perlu mengambil kira faktor tersebut bagi menentukan haddul kifayah bagi keperluan asas perbelanjaan bukan makanan. Kajian lanjut berkenaan corak perbelanjaan pelajar perlu dilaksanakan di IPT lain supaya haddul kifayah dapat ditentukan dengan mengambil kira perbezaan sebenar antara kos sara hidup antara universiti yang berada di bandar dan luar bandar. RUJUKAN Ali, A. F. M. & Aziz, M. R. A. 2014. Zakat Poverty Line Index and

Gender Poverty in Malaysia: Some Issues and Practices. International Journal of Business and Social Science 5(10): 286-293. Ali, A. F. M., Ibrahim, M. F., Aziz, M. R. A. & Johari, F. 2014. Konsep Dan Isu Had Kifayah, Kemiskinan Bandar Dan Jantina Dalam Pengagihan Zakat. Labuan e-Journal of Muamalat and Society 8: 14-26. Berger, M. C. & Kostal, T. 2002. Financial Resources, Regulation, and Enrollment in Us Public Higher Education. Economics of Education Review 21(2): 101-110. Davies, E. & Lea, S. E. 1995. Student Attitudes to Student Debt. Journal of Economic Psychology 16(4): 663679. EPU. 2012. Insiden Kemiskinan Tegar Mengikut Etnik, Strata Dan Negeri, Malaysia, 1984-2012. Hassan, D. D. Z. B. A. 2007. Isu Dan Strategi Ke Arah Pembangunan Modal Insan Sektor Pengajian Tinggi Bertaraf Dunia. Jurnal Pengurusan Awam 23: 23-44. Hassan, M. K. & Khan, J. M. 2007. Zakat, External Debt and Poverty Reduction Strategy in Bangladesh. Journal of Economic Cooperation 28(4): 1-38. Ibrahim, P. 2006. Economic Role of Zakat in Reducing Income Inequality and Poverty in Selangor. Tesis Universiti Putra Malaysia. Ibrahim, P. 2008. Pembangunan Ekonomi Melalui Agihan Zakat: Tinjauan Empirikal. Jurnal Syariah 16(2): 223-244. Ismail, N. & Zainal, N. S. 2004. Analisis Penggunaan Wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (Ptptn) Di Kalangan Pelajar Universiti Teknologi Mara (Uitm). Jamil, N. & Che Mat, S. H. 2014. Realiti Kemiskinan: Satu Kajian Teoritikal.

61 Jurnal Ekonomi Malaysia 48(1): 167-177. Jariah, M., Husniyah, A., Laily, P. & Britt, S. 2004. Financial Behavior and Problems among University Students: Need for Financial Education. Journal of Personal Finance 3(1): 82-96. JAWHAR. (2007). Manual Pengurusan Zakat. Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri. Lateff, E. E. A., Patil, M. R. & Hassan, M. S. 2014. Prestasi Kecekapan Agihan Kewangan Dan Bukan Kewangan Di Kalangan Institusi Zakat Di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia 48(2): 51-60. Latiff, A. Z. A. & Sayin, B. 2014. Pengurusan Zakat Di Institusi Pengajian Tinggi: Pengalaman Dan Hala Tuju. ACIS Universiti Teknologi MARA. LZS. 2014. Asas Pertimbangan Had Kifayah. http://www.zakatselangor.com.my/in fo-agihan/had-kifayah/ LZS. 2014. Kadar Had Kifayah. http://www.zakatselangor.com.my/in fo-agihan/had-kifayah/kadar-hadkifayah/ Mansor, S., Hasan, A., Irfan, A., Hisham, I., Noradilah, M. N. & Saharudin, R. 2013. Had Al-Kifayah Di Kalangan Masyarakat Islam: Merungkai Keperluan Kaedah Penentuan Garis Miskin Dan Kaya Berasaskan Sunnah Di Malaysia. Mansor, S., Hasan, A., Irfan, A., Hisham, I., Noradilah, M. N. & Saharudin, R. 2013. Had Al-Kifayah Di Kalangan Masyarakat Islam: Merungkai Keperluan Kaedah Penentuan Garis Miskin Dan Kaya Berasaskan Sunnah Di Malaysia. Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiyah.

Anjuran Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Mohamad, S., Ab Rahman, A., Ismail, S. & Hayaati, S. 2010. Kesejahteraan Ummah Dan Agihan Semula Kekayaan Menurut Perspektif Islam. Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat. Anjuran Universiti Islam Sultan Sharif Ali Brunei Darussalam, Mustaffa, N. & Muda, M. Z. 2014. Pengurusan Wakaf Pendidikan Di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia: Satu Sorotan Literatur. UMRANInternational Journal of Islamic and Civilizational Studies (EISSN: 22898204) 1(1): 45-57. Othman, A. & Noor, A. H. M. 2012. Role of Zakat in Minimizing Economie Inequalities among Muslim: A Preliminary Study on Non Recipients of Zakat Fund (Nrzf). 3 rd International Conference on Business and Economic Research (ICBER 2012), Bandung, Indonesia, hlm. Qardhawi, Y. 2009. Fiqh Al Zakat, Translated by MD Kahf. Rahman, A. A. & Anwar, S. M. 2014. Dana Zakat Dalam Pendidikan Asnaf Dan Sumbangannya Terhadap Ekonomi Malaysia. Prosiding PERKEM, hlm. 208-215. Rahman, N. H. A., Darus, F. M., Japeri, A. Z. U.-S. M., Asmahyunos, M. S. & Noor, R. M. 2008. Impak Ekonomi Perbelanjaan Pelajar Universiti Teknologi Mara Pulau Pinang Di Kawasan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Tahir, H. M. 2009. Konsep Agihan Zakat Dan Aplikasi Semasa. The Concept of Distribution of Zakat and Current Practices). Jurnal Pengurusan Jawhar 3(1): 31-54.

62 Tarimin, M. 2005. Zakat Menuju Pengurusan Profesional. Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd. Terano, R. & Mohamed, Z. 2012. Expenditure Analysis of the Farm Household Economy in Malay Paddy Growing Villages. 3rd International Conference on Business and Economic Research Proceeding. Wahid, H., Ahmad, S. & Noor, M. a. M. 2004. Kesan Bantuan Zakah Terhadap Kualiti Hidup Asnaf Fakir Dan Miskin. Proceedings National Seminar in Islamic Banking and Finance (iBAF), Kolej Universiti Islam Malaysia, March, hlm. 2-3. Zakaria, M. 2014. The Influence of Human Needs in the Perspective of Maqasid Al-Syari’ah on Zakat Distribution Effectiveness. Asian Social Science 10(3): 165.

Aisyah Abdul Rahman (Prof. Madya Dr.) Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia. E-mel: [email protected] Sarah Athirah Saruchi (Cik) Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia. 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia. E-mel: [email protected] Hairunnizam Wahid (Dr.) Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor. Malaysia E-mel: [email protected]