PROGRAM ARAMA-ICT 2014 DAERAH RANAU

d) Fail artikel hendaklah dikemukakan dalam format pdf (.pdf), OpenOffice Writer (.odt) atau MicrosoftWord. e) Panjang artikel di antara 350-500 patah...

0 downloads 1 Views 349KB Size
PROGRAM ARAMA-ICT 2014 DAERAH RANAU Program ARAMA-ICT Peringkat Daerah Ranau akan diadakan di Dewan Masyarakat Ranau, Ranau pada 12 – 13 September 2014. Sempena penganjuran program ini, beberapa aktiviti akan diadakan termasuk pertandingan yang sedang berlangsung sekarang iaitu :

PERTANDINGAN INSTAGRAM DAN TWITTER PERTANDINGAN PENULISAN ARTIKEL Peraturan dan syarat-syarat penyertaan adalah disertakan. Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan pihak Urusetia di talian 088 288333/4/5 atau melalui email [email protected]

PERTANDINGAN INSTAGRAM DAN TWITTER ARAMAICT OBJEKTIF : Menggalak perkongsian foto secara kreatif melalui aplikasi sosial Instagram dan Twitter TEMA

: “Impak ICT kepada Masyarakat”

PERATURAN DAN SYARAT PENYERTAAN:

1. 2.

Terbuka kepada masyarakat setempat Daerah Ranau. Ikuti (follow) @aramaict melalui aplikasi Instagram dan @aramaictsabah melalui aplikasi Twitter. 3. Foto hendaklah selaras dengan Tema. 4. Kongsikan foto dengan caption “Impak ICT kepada Masyarakat” ke @aramaict melalui Instagram dan @aramaictsabah melalui Twitter. 5. Ketetapan foto yang dikongsikan melalui Instagram dan Twitter mestilah ditetapkan kepada public. 6. Pihak penganjur pertandingan berhak untuk menolak sebarang penyertaan yang melanggar peraturan berikut: a) Penyertaan mestilah tidak mengandungi bahan yang menganggu dan melanggar hak orang lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada privasi, publisiti atau hak harta intelek, atau yang merupakan pelanggaran hak cipta. b) Penyertaan mestilah tidak mengandungi bahan perlakuan lucah, tidak senonoh atau menunjukkan perlakuan biadap atau tidak menghormati kepada seseorang, bangsa dan agama. 7. Peserta pertandingan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, tetapi setiap peserta hanya boleh memenangi satu hadiah sahaja dalam kategori ini. 8. Penentuan pemenang hanya dilakukan kepada penyertaan yang dikemukakan sebelum 9 September 2014 pada jam 12:00 tengahari. 9. Pemenang akan dimaklumkan melalui akaun emel yang didaftarkan melalui profil Instagram atau Twitter. 10. Hadiah hendaklah dituntut oleh peserta sendiri, selewat-lewatnya tiga bulan selepas pemenang diumumkan. HADIAH PERTANDINGAN INSTAGRAM DAN TWITTER ARAMAICT · Johan · Naib Johan · Tempat Ke-Tiga · Saguhati Pertama · Saguhati Kedua · 5 buah hadiah saguhati

Satu Unit Telefon Pintar Satu Unit External HardDisk 1TB Satu Unit External Harddisk 500GB Satu Unit Power Bank ( At least 10,000 Mah) LED Rechargeable Light 2in1

PERTANDINGAN PENULISAN ARTIKEL ARAMA-ICT OBJEKTIF : Untuk mendapatkan maklumat mengenai kesan dan impak ICT dalam kehidupan penulis. TEMA

: “ICT dalam Kehidupan Saya”

PERATURAN DAN SYARAT PENYERTAAN: 1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua penduduk warganegara Malaysia yang berasal dari

Daerah Ranau atau sedang menetap di Daerah Ranau (Orang Ranau). 2. Penyertaan yang disenaraipendekkan diperlukan untuk mengemukakan pengesahan tempat asal sama ada melalui alamat pada Kad Pengenalan atau melalui pengesahan pemimpin kampung asal 3. Tajuk artikel hendaklah ringkas dan padat, dan mengikut kreativiti penulis. 4. Artikel yang ditulis adalah karya asli penulis dan belum pernah diterbitkan dalam apa jua bentuk penerbitan sebelum ini. 5. Kandungan artikel hendaklah ditulis dalam bentuk berikut: a) Pengertian mengenai ICT dan bagaimana ICT memberi kesan kepada kehidupan penulis. b) Artikel ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. c) Artikel ditulis di atas kertas A4 dalam jarak langkau satu setengah (1.5 spacing), menggunakan Times New Roman atau Arial dengan saiz Font 12. d) Fail artikel hendaklah dikemukakan dalam format pdf (.pdf), OpenOffice Writer (.odt) atau MicrosoftWord. e) Panjang artikel di antara 350-500 patah perkataan atau 5 – 8 halaman sekiranya disokong dengan gambar. 6. Artikel-artikel terpilih akan diterbitkan dalam laman sesawang www.sabah.my di bawah kategori “Sabah Events”- Arama-ICT Ranau. 7. Peserta pertandingan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, tetapi setiap peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja dalam kategori ini. 8. Artikel hendaklah disertakan dengan satu lampiran yang mempunyai nama penuh, no Kad. Pengenalan, alamat surat-menyurat, alamat asal, alamat email dan nombor telefon penulis. 9. Artikel perlu dihantar kepada [email protected] dan salinan kepada [email protected] sebelum atau pada 9 September 2014 jam 12.00 tengahari. 10. Hadiah hendaklah dituntut oleh peserta sendiri, selewat-lewatnya tiga bulan selepas pemenang diumumkan. 11. Keputusan penghakiman adalah muktamad.

HADIAH PERTANDINGAN PENULISAN ARTIKEL ARAMA-ICT Johan Satu Unit Komputer Tablet Naib Johan Satu Unit Telefon Pintar Tempat Ke-Tiga Satu Unit External HardDisk 1TB Saguhati Pertama Satu Unit External Harddisk 500GB Saguhati ke-2 Satu Unit Power Bank 5 buah hadiah saguhati Untuk Maklumat Lanjut : Bahagian Kemajuan IT, Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Tel: 088 288 333/4/5, 016 803 7601 (Liliy Badsit), 013 863 9638 (Dorothia George) Email: [email protected] Laman sesawang: www.kpsktm.sabah.gov.my