Rakyat pengikat tali perhubungan

dasar sahabat. Persahabatanitumen- ... Pendidikan Nasional (NIE). ... (AKB) di Tanglin Halt yang dikelilingi estet Lemba-ga Perumahan dan Pembangunan ...

0 downloads 38 Views 1MB Size
Berita Minggu | 9 Jun 2013

13

Gah!

Apa salahnya... ENAZRY MOKHTAR [email protected]

HUBUNGAN RAKYAT MUDA: Para peserta Titian Muda 1999 merangkumi peserta Singapura dan Brunei melawat Politeknik Temasek. Rancangan itu merupakan satu contoh usaha demi mengukuh hubungan rakyat antara dua negara tersebut. – Foto fail.

Rakyat pengikat tali perhubungan BENDERA Singapura yang disilang pasang bersama bendera Brunei di tiang-tiang lampu sepanjang jalan dari lapangan terbang Brunei menunju ke Bandar Seri Begawan, begitu menyegarkan pandangan. Pemasangan bendera kededua negara sebagai menyambut kehadiran Presiden Tony Tan Keng Yam sebagai tamu negara itu jelas menunjukkan betapa akrabnya hubungan kededua negara. Hubungan peribadi yang terjalin rapat itu bukan sehari dua – malah sejak sekurang-kurangnya lebih 40 tahun lalu. Sejak itu, Brunei sebagai sebuah negara kecil yang masih bertatih untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara jiran yang lebih besar, melihat ke Singapura untuk menjalin kerjasama. Singapura, juga negara kecil, yang ketika itu giat membangunkan perindustrian, pertahanan, sistem pendidikan dan menjalian hubungan dengan negara-negara luar, tidak keberatan menghulurkan tangan SETULUS kepada Brunei atas dasar sahabat. KATA Persahabatan itu menyaksikan ramai pelajar Brunei yang melanjutkan pelajaran menengah m e r e k a d i sekolah-sekolah di Singapura. Antara sekolah pilihan mereka ialah Sekolah Menengah Kaki Bukit, Tun Seri Lanang, Sang Nila Utama dan Sekolah Menengah Swiss Cottage. Sesetengah daripada SAINI SALLEH mereka mengikuti [email protected] sus perguruan di Institut Pendidikan Nasional (NIE). Para pelajar itu menginap di Asrama Kerajaan Brunei (AKB) di Tanglin Halt yang dikelilingi estet Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB). Pergaulan dengan rakan-rakan sepelajar dan sekitaran kehidupan setempat menjadikan mereka tidak asing kepada Singapura. Lebih 40 tahun sudah berlalu, namun ramai daripada mereka masih lagi turun naik Singapura untuk melungsuri jalan kenangan. Tempat yang mereka tuju ialah pusat-pusat makanan seperti di Adam Road, untuk menikmati makanan yang pernah menjadi kegemaran mereka seperti mi siam, mi rebus dan nasi lemak. Sebahagian lagi, yang telah jatuh cinta dan berakhir di jenjang pelamin dengan wanita Singapura, datang ke sini untuk menziarahi kaum keluarga sebelah isteri. “Ramai pegawai tinggi kerajaan Brunei yang mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan mereka di Singapura. “Mungkin kerana wanita Melayu Singapura lebih moden, berfikiran terbuka, anggun dan menarik. “Tetapi, ini soal jodoh dan pertemuan yang memangnya di tangan Tuhan,’’ kata seorang kawan sekolah lama yang kini menjadi pembesar negara kaya emas hitam atau minyak itu. Beliau bukan seorang sahaja yang meraih manfaat hasil belajar di sekolah di Singapura. Senarai 50 VIP yang menjadi tamu jamuan tengah hari bersama Presiden Tony Tan di Hotel Empire, sempena lawatan negara beliau ke Brunei, menunjukkan kesemua mereka menerima pendidikan menengah dan prauniversiti atau mengikuti kursus profesional di Singapura. Sebahagian besar mereka kini menyandang jawatan tinggi dan terhormat di Brunei seperti menteri, timbalan menteri, setiausaha tetap dan bos syarikat-starikat besar. Rata-rata mereka akur bahawa segala kejayaaan yang diraih adalah hasil pendidikan penuh disiplin di Singapura di samping usaha gigih masing-masing. Lagi satu sebab ialah kerana “Singapore’s connec-

tion” atau hubungan dengan Singapura. Berlatar belakangkan hubungan akrab Singapura-Brunei, rakyat dari Bandar Singapura yang bermastautin di Bandar Seri Begawan, hidup aman damai dan dilayan begitu baik. “Tinggal sini best... tak ada stres dan kos sara hidup rendah. Lagi pun, kita tak dilayan seperti warga asing atau orang luar kerana persamaan bahasa, budaya dan agama. “Macam mana pun saya tetap warga Singapura dan

“Tempat yang mereka (warga Brunei) tuju ialah pusat-pusat makanan seperti di Adam Road, untuk menikmati makanan yang pernah menjadi kegemaran mereka seperti mi siam, mi rebus dan nasi lemak. Sebahagian lagi, yang telah jatuh cinta dan berakhir di jenjang pelamin dengan wanita Singapura, datang ke sini untuk menziarahi kaum keluarga sebelah isteri.” – Penulis.

selalu pulang ke tanah air agar hubungan keluarga dan negara tidak terputus,’’ kata Sheikh Adnan Bagharib, 51 tahun, ayah tiga anak dan bertugas sebagai mutawif jemaah umrah dan haji dengan syarikat Darussalam Holdings. Beliau sudah bermastautin dan hidup bahagia di Brunei sejak 26 tahun lalu. Ramai lagi profesional kelahiran Singapura juga mengungkapkan cerita yang sama. Kemewahan dan ketenteraman yang dikecapi warga Singapura yang bermastautin di Brunei dan kejayaan yang diraih warga Brunei itu semuanya adalah hasil semangat setiakawan dan hubungan istimewa dua negara yang dipisahkan hanya dua jam penerbangan dengan pesawat.

SAYA pernah bercuti di Malaysia dengan beberapa kawan tidak lama dulu. Kawan-kawan saya – seorang Cina, seorang India dan seorang Mat Salleh dari Eropah – menumpang kereta saya. Di Pusat Pemeriksaan Woodlands, saya menghulurkan pasport kami kepada pegawai imigresen yang bertugas. Selepas mengambil pasport, seperti rutin hariannya, pegawai imigresen menyebut satu persatu nama yang tertera dalam pasport untuk mengesahkan identiti pemilik pasport. Pegawai imigresen hanya menyebut nama kami apabila memeriksa pasport saya, kawan Cina dan kawan India saya. Tetapi bila giliran kawan Mat Salleh saya, John, pegawai imigresen itu memanggilnya “Mister” John dengan nada hormat. Saya dan dua kawan yang lain tercengang buat seketika. Kelu lidah hendak berkata melihat layanan yang begitu berbeza – bak langit dan bumi. Ternyata ego kami terguris. Malu pun ada, geram pun ya. Tetapi, kami tidak mahu bersuara kerana takut panjang cerita. Melihat reaksi kami yang agak tergamam, si John hanya mampu tersenyum simpul depan pegawai imigresen. Tetapi di dalam hati, tentulah beliau gembira bukan kepalang. Selepas kami melepasi kaunter imigresen, beliau ketawa terbahak-bahak. Sejak itu, kami kawan-kawan semua memanggilnya “Mister” dan bukan lagi John. Menurut John, layanan istimewa seperti itu sudah lumrah setiap kali beliau berada di sini atau negara jiran untuk bercuti atau bekerja. Malah, layanan yang diterimanya lebih baik daripada tempat tinggalnya di Sweden.

Di sini, beliau dilayan bagaikan putera raja. Malah, beliau boleh berselipar ke mana sahaja termasuk di kelab malam dan orang tidak akan menegur apatah lagi melarang perbuatannya. Saya sendiri dapat perhatikan layanan yang berbeza itu apabila melanggani kedai atau restoran di sini. Contohnya, bila saya masuk kedai dengan John, beliau akan disapa dulu. Saya macam “invisible man” atau watak hero yang ada kuasa halimunan – tidak ada orang yang nampak saya. Biasanya, layanan yang saya terima tidaklah teruk sangat dan saya pun tidak pernah komplen. Tetapi, tentunya layanan itu tidak sebaik yang diterima “Mister” John. Mungkin, pelanggan Mat Salleh dilayan dengan lebih baik kerana terdapat tanggapan bahawa mereka ada kemampuan untuk berbelanja lebih. Mungkin juga mereka dilayan dengan lebih mesra kerana sifat peramah mereka. Saya pun percaya ada jurujual yang gerun dengan pelanggan seperti ini kerana mereka dianggap lantang bersuara. Bagaimanapun, ini tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk kita membeza-bezakan pelanggan. Sebaiknya, berilah perkhidmatan terbaik kepada semua kerana layanan sebegitu mencerminkan keikhlasan niat dan kesungguhan etika kerja kita. Tentunya, perkhidmatan yang cemerlang merupakan kunci kejayaan dalam pekerjaan lebih-lebih lagi bagi sektor perkhidmatan yang kian menjadi tunggak ekonomi negara. Jadi, jika kita boleh memberi layanan yang terbaik kepada semua pelanggan tidak kira latar belakang, apa salahnya?