Seminar Bahasa Melayu 2011

206 Seminar Bahasa Melayu 2011 serta tidak menggalakkan pelajar berfikir secara kritis. Maka itu, pendekatan induktif diperkenalkan kepada pelajar unt...

0 downloads 21 Views 312KB Size
205

Seminar Bahasa Melayu 2011

20

KAJIAN PENGAJARAN: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IMBUHAN APITAN ‘meN-...-i’ DAN ‘meN-...-kan’ Ernie Jacinta Jamaludin, Haniza Abdul Manan & Siti Asnah Basir Sekolah Menengah Guangyang

ABSTRAK

Kertas kerja ini berkongsi proses dan dapatan Kajian Pengajaran, khususnya dalam pelajaran imbuhan apitan ‘meN-..i’, ‘meN-…-kan’. Strategi pengajaran yang digunakan ialah teknik menyoal secara memerancah. Aktiviti berkumpulan turut dijalankan untuk menggalakkan budaya berfikir dalam kalangan pelajar. Kajian pengajaran ini telah dijalankan oleh Jabatan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Guangyang untuk menangani isu pedagogi yang dihadapi di dalam bilik darjah. Kajian Pengajaran merupakan satu usaha kolaboratif dan sistematik untuk meningkatkan mutu pembelajaran pelajar dan pengajaran guru. Pendekatan ini memberi peluang kepada guru untuk meneliti kembali dan memperbaik rancangan pengajaran yang telah dibina. Natijahnya, pengajaran dan pembelajaran menjadi semakin berkesan lantas mempertingkat tahap professionalisme para guru.

Pengenalan Selaras dengan misi sekolah - An Engaged Learner Today, A Life-long Learner Tomorrow, Jabatan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Guangyang memulakan projek Kajian Pengajaran untuk menangani isu pedagogi di bilik darjah. Kajian Pengajaran merupakan satu usaha kolaboratif dan sistematik untuk meningkatkan pembelajaran pelajar dan pengajaran guru. Lazimnya, pengajaran dan pembelajaran apitan ‘meN-..i’, ‘meN-…-kan’ berpusatkan guru. Pelajar akan didedahkan kepada konsep, bentuk dan contoh imbuhan ‘meN-..i’ dan ‘meN-…kan’. Kaedah pengajaran ini bersifat deduktif dan condong ke arah penghafalan

206

Seminar Bahasa Melayu 2011

serta tidak menggalakkan pelajar berfikir secara kritis. Maka itu, pendekatan induktif diperkenalkan kepada pelajar untuk menggalakkan budaya berfikir dalam kalangan pelajar dan mengekalkan motivasi mereka terhadap pembelajaran. Guru memainkan peranan sebagai agen motivasi dan bertanggungjawab memancing minat pelajar terhadap pembelajaran bahasa Melayu menerusi teknik menyoal secara bertahap-tahap atau secara memerancah. Berlandaskan teori konstruktivisme sosial yang diperkenalkan oleh Vygotsky, Dewey, dan Bruner (1958) kebolehan pelajar menggarap konsep dan belajar secara berkesan berlaku apabila pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baharu. Pembelajaran berlaku dalam situasi sosial dan aktif yang membolehkan pelajar membina dan berkongsi pengetahuan dengan rakan. Dengan perkongsian ilmu, pelajar dapat menilai dan meningkatkan pengetahuan diri dan kemahiran berfikir. Kajian Lepas Mantan Perdana Menteri Encik Goh Chok Tong telah menggariskan visi Singapura menghadapi cabaran pada masa hadapan menerusi ‘Thinking Schools, Learning Nation’ pada tahun 1997. Untuk merealisasikan ‘Thinking Schools’ perlu ada para pendidik yang berfikir dan sentiasa berusaha untuk memperbaik pedagogi mereka dan mempelajari sesuatu yang baharu. Sejajar dengan ini, kajian pengajaran merupakan satu wadah yang sesuai untuk mempertingkatkan pembangunan professional di samping menangani isu pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran. “Lesson study is a collaborative process in which teachers engage in sustained, intellectually rigorous study of what they teach and how they teach it” (Sparks, 1999) “Lesson study is a professional development process that Japanese teachers engage in to systematically examine their practice, with the goal of becoming more effective. This examination centers on teachers working collaboratively on a small number of "study lessons". Working on these study lessons involves planning, teaching, observing, and critiquing the lessons.” Teachers College, Columbia University (http://www.tc.columbia.edu/lessonstudy/lessonstudy.html)

207

Seminar Bahasa Melayu 2011

Kajian Pengajaran bukan sahaja memberi fokus kepada mengkaji bahan pengajaran dan membina pengajaran yang berfaedah. Bahkan, Kajian Pengajaran juga meneroka idea untuk meningkatkan pemikiran, membantu mencari penghuraian masalah, memahami topik serta memperluas kemahiran dan keupayaan. Menerusi Kajian Pengajaran guru dapat meraih pemahaman yang lebih baik tentang cara pelajar belajar dan guru mengajar. Kajian Pengajaran juga meningkatkan pembelajaran secara sistematik dan kolaboratif. Seorang guru dapat menimba pengetahuan melalui proses kerja sama dengan guru lain. Kaedah Kajian Perancangan Objektif keseluruhan Kajian Pengajaran adalah untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu sebagai wadah pemikiran kritis. Usaha ini dijalankan menerusi pendekatan penggalakan-pemikiran atau ‘thinking-encouraging approach’. Tujuan kedua adalah untuk meningkatkan pembangunan profesional guru Bahasa Melayu dengan memperdalam ilmu asas pedagogi (pedagogical content knowledge). Manakala matlamat khusus Kajian Pengajaran ialah para pelajar dapat memahami penggunaan imbuhan ‘men-...-kan’ dan ‘men-...-i’ melalui pendekatan induktif , satu pendekatan yang menggalakkan pemikiran melalui penemuan kendiri. Pada akhir kajian pengajaran juga pelajar diharapkan dapat membezakan penggunaan imbuhan ‘men-...-kan’ dan ‘men-...-i’. Kumpulan sasaran projek ini merupakan para pelajar Menengah 3 Normal Akademik seramai 15 orang. Pelaksanaan Kajian ini bermula dari bulan 22 April 2010 hingga 25 Ogos 2010. No.

Tarikh

Tahap

Catatan

1

22 April 10

Pengenalan Kajian Pengajaran

Bengkel di MLCS dengan Guru Pakar

208

Seminar Bahasa Melayu 2011

2

31 Mei 10

Perancangan a) Perbincangan mengenai isu-isu pedagogi (Areas of Concern) b) Penghasilan rancangan pengajaran

Ahli kumpulan Kajian Pengajaran

3

26 Julai 10

Perancangan a) Peninjauan semula rancangan pengajaran b) Sumbang saran tentang aktiviti pelajar

Ahli kumpulan Kajian Pengajaran & Guru Pakar

4

5 Ogos 10

Perancangan: a) Perbaikan pada rancangan pengajaran Persiapan untuk pencerapan pengajaran

Ahli kumpulan Kajian Pengajaran & Guru Pakar

5

24 Ogos 10

Pelaksanaan: a) Kajian Pengajaran b) Pencerapan Sesi Maklum Balas

Ahli kumpulan Kajian Pengajaran, Adiguru & pemerhati bertauliah yang dijemput hadir

6

25 Ogos 10

Pengimbasan: a) Maklum Balas Perekodan

Ahli kumpulan Kajian Pengajaran

Dalam proses pelaksanaan Kajian Pengajaran, pelajar didedahkan kepada pengajaran bersifat induktif secara bertahap-tahap: 1. Langkah 1 menguji pengetahuan sedia ada para pelajar 2. Langkah 2 memahami konsep ‘objek’ 3. Langkah 3 mengintepretasi gambar menggunakan perkataan berimbuhan ‘meN-...-kan’ dan ‘meN-...-i’. 4. Langkah 4 membuat rumusan tentang perbezaan antara konsep ‘objek bergerak’ dan ‘subjek yang bergerak’ 5. Langkah 5 mengenal pasti, menilai dan memperbaik kesalahan kumpulan lain

209

Seminar Bahasa Melayu 2011

6. Langkah 6

-

mengenal pasti, menilai dan memperbaik kesalahan sendiri 7. Penutup dan kegiatan susulan Disebabkan pelajar didedahkan kepada aktiviti kumpulan, guru memainkan peranan sebagai fasilitator yang membimbing para pelajar. Dapatan Kajian Impak kepada pelajar Untuk memantau dan menilai pencapaian dan kemampuan para pelajar tanpa bimbingan guru, satu praujian telah dijalankan sebelum pelaksanaan kajian pengajaran ini. Dapatan ujian itu menunjukkan tiada pelajar yang berjaya memperoleh markah penuh. Namun setelah menjalani strategi induktif ini , guru mendapati bahawa pascauijian yang dijalankan menunjukkan satu peningkatan dalam pencapaian para pelajar. 26.7% pelajar yang menduduki pascaujian tersebut memperoleh markah yang jauh lebih baik daripada pencapaian praujian. Secara umum, para pelajar melibatkan diri secara aktif ketika berlangsungnya pembelajaran. Kegiatan berpusatkan pelajar berjaya meningkatkan minat. Bahasa digunakan sebagai alat untuk menjana idea. Tambahan, kerja berkumpulan yang dijalankan memberi penekanan kemahiran Pembelajaran Sosio-Emosi atau Social Emotional Learning yakni sebahagian daripada kemahiran abad ke-21 yang ingin diterapkan kepada para pelajar. Usaha dan pencapaian ini jelas kelihatan dalam maklum balas pencerapan di mana nilai kebudimanan dipupuk kerana terdapat ahli kumpulan yang memberi peluang kepada ahli yang lain untuk memberi pendapat tanpa gangguan atau komen yang tidak menyenangkan. Para pelajar juga diperhatikan dapat berbincang dengan konstruktif dan dapat menyumbang idea tanpa sebarang tengkarah. Latihan bertulis pelajar selanjutnya memperlihatkan peningkatan yang memberangsangkan. Pelajar mampu untuk mencerap dan mengaplikasikan konsep imbuhan yang dipelajari dengan berkesan melalui ayat yang dibina. Namun demikian, terdapat beberapa cabaran ketika menjalankan projek kajian pengajaran ini. Berdasarkan maklum balas pencerapan, penelitian rancangan pengajaran Kajian Pengajaran boleh ditingkatkan lagi dengan

210

Seminar Bahasa Melayu 2011

menyelitkan subobjektif untuk setiap langkah pengajaran agar dapat memantau pemahaman pelajar dari segi penilaian untuk pembelajaran. Rubrik penilaian untuk pembelajaran boleh disediakan oleh guru untuk memberikan pendekatan pengajaran yang bersifat holistik dan berkesan untuk memastikan pembelajaran telah berlaku dengan jayanya. Kesimpulan Kajian Pengajaran menawarkan proses pembelajaran dan pengajaran yang berstruktur dan bermatlamat. Di samping itu, Kajian Pengajaran menonjolkan pentingnya guru membuat renungan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran. Unsur sikap collegial perlu wujud dalam kalangan guru kerana Kajian Pengajaran menuntut para guru untuk sering bekerjasamna dan saling memberi dorongan serta pandangan yang bersifat konstruktif. Ternyata, Kajian Pengajaran merupakan satu wadah yang membantu guru memperhalus dan memperdalam ilmu asas pedagogi (pedagogical content knowledge) dan berkongsi mengenai pembelajaran pelajar di samping menyediakan platform untuk guru mempertingkat profesionalismenya.

Rujukan Dewey, J. (1958). Experience and nature. New York: Dover Publications. Campbell. (2002). Lesson Study Research Project – Fall Report daripada lelaman http://www.tc.columbia.edu/lessonstudy/doc/LSR.Campbell.pdf. Sparks. (1999). Using lesson study to improve teaching daripada lelaman http://www.tc.columbia.edu/lessonstudy/doc/LSR.Campbell.pdf.