Seminar Bahasa Melayu 2012

Praujian dan pascaujian dijalankan untuk menguji keberkesanan strategi ini. ... mengajar peribahasa secara kritikal dan kreatif malah mereka perlu men...

0 downloads 17 Views 276KB Size
SEMINAR KEBANGSAAN PEMANTAPAN AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN BAHASA MELAYU Tarikh 16 - 20 September 2012 Tempat Merdeka Palace, Kuching, Sarawak

KERTAS KERJA FAUZIAH OSMAN, ANISAH MUSTAFFA DAN NURHIDAYAH ASHARI PENGGUNAAN PERIBAHASA DALAM PENULISAN KARANGAN MELALUI PEMBELAJARAN KOPERATIF Anjuran

Dengan kerjasama

Penggunaan Peribahasa dalam Penulisan Karangan Melalui Pembelajaran Koperatif Fauziah Osman, Anisah Mustaffa dan Nurhidayah Ashari Pusat Bahasa Melayu Singapura dan Jabatan Bahasa Ibunda Sekolah Rendah Greenwood Singapura Abstrak Analisis markah yang dijalankan menunjukkan murid Darjah 3 tidak mencapai markah yang baik untuk komponen peribahasa, sama ada dalam ujian kelas ataupun peperiksaan sekolah. Berdasarkan tinjauan guru, murid tidak mengaitkan peribahasa dalam kehidupan mereka dan jarang sekali menggunakan peribahasa dalam penulisan. Sekumpulan guru Bahasa Melayu Darjah 3 menyedari masalah ini lantas mengusulkan agar satu pendekatan yang baharu diambil untuk mengatasi masalah ini. Sehaluan dengan pendekatan sekolah terhadap penerapan Cooperative Learning Structures (CLS), satu kajian tindakan dijalankan untuk meningkatkan penggunaan peribahasa dalam penulisan karangan murid melalui CLS supaya pembelajaran murid lebih efektif. Praujian dan pascaujian dijalankan untuk menguji keberkesanan strategi ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa 89% murid mampu menggunakan peribahasa secara berkesan dalam penulisan karangan mereka. Pengenalan Peribahasa mula diperkenalkan kepada murid pada peringkat Darjah 3. Lazimnya, mereka menghadapi masalah untuk menguasai penggunaan peribahasa dengan baik meskipun guru telah mendedahkan mereka dengan menggunakan pelbagai teknik sewaktu pengajaran. Antara teknik pengajaran yang digunakan ialah kuiz, permainan bahasa, main peranan dan latih tubi. Murid selalunya sekadar menghafal makna peribahasa atas keperluan soalan peperiksaan. Format kertas peperiksaan memerlukan murid memilih jawapan yang betul daripada beberapa pilihan peribahasa yang disediakan. Namun, kebanyakan murid gagal mendapat markah yang baik untuk komponen peribahasa. Mereka tidak memahami maksud peribahasa, lantas mereka mempunyai kesukaran untuk memahami maksudnya. Berdasarkan analisis item ujian CA1 (Continual Assessment 1) yang dijalankan oleh guru, komponen peribahasa merupakan komponen yang mempunyai peruntukan markah yang paling rendah. Memandangkan prestasi murid dalam komponen peribahasa merupakan antara masalah yang dihadapi oleh guru setiap tahun, guru mencari kaedah alternatif untuk membantu murid memahami dan mengingati peribahasa dengan lebih efektif. Menurut Abbas Mohd Shariff (2006) guru bukan saja harus mengajar peribahasa secara kritikal dan kreatif malah mereka perlu menyampaikan pelajaran peribahasa secara terbuka dan objektif. Tujuan Kajian Kajian ini dijalankan untuk: 1. 2. 3.

meneliti sama ada murid boleh membina ayat dengan menggabungkan peribahasa yang sesuai; menilai keberkesanan kaedah alternatif iaitu penerapan Cooperative Learning Structures (CLS) ke dalam pengajaran dan pembelajaran peribahasa; dan mengukur keberkesanan penggunaan peribahasa melalui penulisan karangan. 1

Permasalahan Kajian Jumlah murid yang gagal dalam komponen peribahasa sama ada dalam kertas peperiksaan tahunan ataupun ujian kelas amat tinggi. Masalah ini merupakan masalah yang dihadapi oleh para guru setiap tahun. Murid mengalami kesukaran memahami peribahasa kerana mereka sekadar menghafal peribahasa untuk menduduki peperiksaaan. Ramai yang tidak memahami maksud peribahasa dalam konteks petikan yang diberikan lantas mereka gagal memberikan jawapan yang betul. Kajian Lepas Menurut James Bellanca (1997), pendekatan yang menggunakan pemikiran kritis terhadap persediaan bahan pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja mencabar kebolehan guru untuk berfikir secara kritis malah memupuk kemahiran dalam diri murid untuk memahami dan mengaplikasikan pemahaman mereka kepada situasi harian. Marzano, Pickering dan Pollock (2009) menyatakan bahawa CLS merupakan strategi pengajaran secara berkumpulan yang amat berkesan dan fleksibel berbanding strategi pengajaran yang lain-lain. Kajian-kajian yang telah dijalankan mengesahkan keberkesanan CLS dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kesan tersebut boleh dilihat dari aspek persekitaran di bilik darjah, kadar pencapaian akademik, pembentukan perwatakan murid seperti keyakinan diri serta kemahiran sosial sewaktu berinteraksi secara berkumpulan. Kaedah Kajian Kajian ini mengapliklasikan teori CLS. Struktur CLS ini diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran peribahasa melalui penulisan karangan. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada keberkesanan penerapan CLS dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya adalah untuk meningkatkan tahap pencapaian, mengeratkan perhubungan dalam kalangan murid serta pembentukan perwatakan. Selain itu, kelebihan struktur ini juga adalah untuk mempersiapkan murid dengan kemahiran yang sejajar dengan kemahiran murid pada abad ke-21 iaitu kemahiran bertutur dan kemahiran bekerjasama secara berkumpulan. Jadual 1: Model Rangka Kerja Teori CLS

P

I

E

S

Prinsip PIES Transforming Instruction (Mengubah Penyampaian Pengajaran) Transforms Outcomes (Mengubah Hasil Pembelajaran) Positive Interdependence (Kebergantungan Positif) Kebergantungan positif membina sikap saling membantu dan membina budaya kecemerlangan dalam kalangan murid serta menambah kekerapan dan mutu bantuan yang diberikan oleh rakan dalam kumpulan. Individual Accountability (Tanggungjawab Individu) Tanggungjawab individu meningkatkan penglibatan dan motivasi murid secara berkesan. Equal Participation (Pelibatan Saksama) Murid yang biasanya tidak mahu atau kurang terlibat akan terangsang untuk terlibat dalam aktiviti pembelajaran apabila penglibatan murid disamaratakan. Simultaneous Interaction (Interaksi Serentak) Penglibatan murid, keberkesanan pengajaran dan pengurusan kelas 2

menunjukkan peningkatan yang tinggi apabila interaksi serentak dijalankan berbanding struktur yang berurutan.

Subjek Kajian Subjek kajian terdiri daripada 26 orang murid dari Darjah 3D dan 3E. Murid-murid ini merupakan kumpulan pencapaian tahap sederhana. Instrumen Kajian Beberapa instrumen telah digunakan bagi kajian ini. Guru menyediakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran secara bertahap sepanjang 6 minggu kajian dijalankan. Markah untuk praujian dan pascaujian digunakan untuk melihat sejauh mana CLS dapat membantu meningkatkan pencapaian murid. Prosedur Kajian Teknik pengajaran penulisan secara Parallel writing Teknik pengajaran penulisan seperti membina penghasilan ayat diajarkan kepada murid. Murid diberi ayat-ayat contoh yang menggunakan peribahasa. Kemudian murid harus membina ayat yang serupa pula. Selain itu, pembinaan perenggan juga digunakan. Guru memaparkan contoh karangan menggunakan peribahasa dan muridmurid dikehendaki menulis karangan yang bermula dengan perenggan satu dan beralih ke dua dan tiga. Strategi CLS Strategi pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan diterapkan untuk menilai pemahaman murid. Struktur yang digunakan ialah Simultaneous Round Table dan Numbered Heads Together. Rubrik Pengubahsuaian telah dibuat kepada skema pemarkahan bagi karangan. Kini, komponen rubrik bagi bahagian bahasa disisipkan penggunaan peribahasa dalam kategori gaya bahasa. Pengubahsuaian kepada skema ini dapat memantau penggunaan peribahasa sewaktu penulisan. Dengan pembaharuan ini, guru mampu memantau sama ada murid sekadar menggunakan peribahasa tanpa mengaitkan peribahasa tersebut dalam penjelasan ayat-ayat seterusnya. Langkah-langkah Murid yang telah dipilih untuk terlibat dalam kajian tindakan ini adalah dalam peringkat Darjah 3. Pada sesi pengajaran yang pertama, Penggal 2 Minggu 5, murid diberi kertas praujian untuk menulis sebuah karangan. Melalui kertas praujian ini, guru meneliti struktur ayat serta penggunaan bahasa sewaktu menggabungkan idea mereka dalam penulisan. Markah untuk kertas praujian ini juga dicatat oleh guru. Pada sesi pengajaran kedua, Penggal 2 Minggu 6, guru memperkenalkan peribahasa kepada murid. Peribahasa tersebut harus digunakan oleh murid sewaktu mereka membina ayat. Peribahasa yang harus murid gunakan telah pun didedahkan kepada mereka sewaktu ujian CA1. Selain itu, guru juga menjalankan kerja berkumpulan yang menggunakan CLS. Antara struktur CLS yang digunakan ialah Simultaneous Round Table dan 3

Numbered Heads Together. Berikut merupakan penerangan bagi kaedah CLS secara terperinci. Simultaneaous Round Table Guru memberi setiap kumpulan 4 helai kertas dan 4 batang pena. Setiap ahli kumpulan menulis sepotong ayat yang menggunakan peribahasa. Apabila masa sudah tamat, murid berhenti. Murid menukar kertas mereka secara bergilir-gilir dengan mengikut urutan jam. Murid menambah idea mereka di kertas yang mereka dapat. Murid berhenti menulis dan berkongsi.

Numbered Heads Together Guru memberi setiap ahli kumpulan sehelai kertas dan sebatang pena. Guru memberi setiap ahli kumpulan nombor 1 hingga 4. Guru memaparkan soalan peribahasa dan murid-murid dalam kumpulan memikirkan jawapannya. Murid menulis jawapan mereka tanpa bercakap. Murid menunjukkan jawapan mereka dan berbincang. Apabila kesemua bersetuju tentang jawapan yang sesuai, mereka bersedia untuk mengemukakan jawapan mereka. Guru memanggil nombor tertentu. Ahli kumpulan atau murid tertentu akan berdiri dan menunjukkan jawapannya. Guru menggunakan struktur CLS ini melalui pengajaran yang dijalankan untuk mengajar teknik membina ayat dengan menggunakan peribahasa. Kerja berkumpulan yang menggunakan struktur tersebut dapat memastikan proses pembelajaran yang efektif dalam kalangan murid. Pada sesi pengajaran yang ketiga, Penggal 2 Minggu 7, guru memaparkan karangan contoh yang menggunakan peribahasa kepada murid. Kemudian, murid menulis perenggan pertama sebuah karangan berdasarkan contoh rangka karangan yang telah guru paparkan. Proses ini diulang untuk sesi pengajaran keempat dan kelima, iaitu pada Penggal 2 Minggu 8 dan Minggu 9 untuk menulis perenggan dua dan tiga. Karangan yang telah murid-murid lengkapkan kemudiannya disemak oleh guru. Pada Minggu 10, guru mengumpulkan data untuk kajian ini. Pengubahsuaian telah dibuat kepada skema pemarkahan bagi karangan. Kini, komponen markah bagi bahagian bahasa disisipkan penggunaan peribahasa. Pengubahsuaian kepada skema ini dapat memantau penggunaan peribahasa dalam penulisan murid. Sila rujuk Lampiran A. Dapatan Kajian Rajah 1 di bawah merupakan hasil kajian praujian dan pascaujian murid. Markah penuhnya ialah 30. Murid harus mendapat sekurang-kurangnya 15 markah untuk lulus.

4

Rajah 1: Keputusan Praujian dan Pascaujian 90 80 70 60 50 40 Lulus 30

Gagal Penggunaan Peribahasa

20 10 0

Pra

Pasca

Lulus

30.8

80.95

Gagal

69.2

19.05

0

89

Penggunaan Peribahasa

Rajah 1 menunjukkan analisis kajian yang membandingkan pencapaian murid sebelum dengan sesudah proses usaha intervensi dilakukan. Sebelum peribahasa diperkenalkan dalam penulisan karangan murid, peratusan murid yang lulus hanya 30.8%, manakala peratusan yang gagal ialah 69.2%. Tiada murid yang menggunakan peribahasa dalam penulisan karangan sebelum usaha intervensi dijalankan. Sesudah peribahasa diperkenalkan dalam karangan murid, peratusan yang lulus meningkat kepada 80.5%, manakala peratusan murid yang gagal turun sebanyak 19.05%. Sebanyak 89% daripada murid menggunakan peribahasa dalam penulisan karangan mereka. Analisis item sebelum dan sesudah kajian dijalankan untuk meneliti pencapaian murid. Markah keseluruhannya ialah 30. Jadual 2: Markah Murid Markah Sebelum Sesudah

26-30 0 1

20-25 4 9

15-19 5 6

0-14 17 4

* 6 orang murid tidak hadir sewaktu penulisan karangan. Berdasarkan analisis markah, kebanyakan murid yang tidak menggunakan peribahasa dalam penulisan karangan mereka mendapat markah sebanyak 0-14. Setelah usaha intervensi dijalankan, kebanyakan murid yang mendapat markah antara 0-14 meningkat kepada 15-19 dan 20- 25. 5

Kesimpulan Kajian ini mengukuhkan keberkesanan struktur CLS dalam pengajaran dan pembelajaran. Struktur ini tidak terikat kepada mana-mana aspek pengajaran malah juga boleh digunakan dalam pengajaran karangan. Kajian ini juga menunjukkan bahawa peribahasa harus diterapkan dalam penulisan murid supaya mereka dapat memahaminya dengan baik. Melalui proses pemikiran yang kritis dan mengaitkan peribahasa dalam sesebuah situasi dapat meluaskan pemahaman murid terhadap peribahasa. Murid telah menggunakan daya pemikiran mereka untuk meneliti peribahasa yang sesuai untuk penulisan karangan mereka. Kajian ini juga menunjukkan peningkatan yang besar dalam hasil penulisan murid serta penggunaan bahasa mereka. Kajian tindakan ini telah berjaya meningkatkan prestasi murid dalam dua aspek yakni penulisan dan penggunaan bahasa dalam karangan mereka serta komponen peribahasa dalam kertas bahasa. Kajian tindakan yang sama boleh dijalankan untuk peringkat yang sama dengan menumpukan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan eksperimental dan kumpulan terkawal untuk melihat keberkesanannya. Rujukan Abbas Mohd Shariff (2006). Strategi Pengajaran & Pembelajaran Bahasa. Singapura: Alfa Media. James Bellanca (1997). Active learning Handbook for MI classroom. Illinois: Skylight Training and Publish. Jeremy Harmer (2004). How to Teach Writing. Harlow:Pearson Education Limited. Kay Burke (2005). How to Assess Authentic Learning. California: Corwin Press. Marzano, Pikering and Pollock (2009). Classroom Instruction That Works: Research Based Strategies for Increasing Student. Association for Supervision and Curriculum. Alexandria, Virginia. Marzano and Pickering (2003). Classroom Management that Works: Research – Based strategies for Every Teacher. Association for Supervision and Curriculum Development. USA. Solomon (1998). The Assessment Bridge: Positive Ways to Link Tests to Learning standards and Curriculum Improvements. Spencer Kagan (1992). Kagan Cooperative learning. San Juan Capistrano: California.

6

SEKOLAH RENDAH GREENWOOD SKEMA PEMARKAHAN KARANGAN DARJAH 3

Lampiran A

Peringkat

Markah Tatabahasa

Cemerlang

15

 

Kepujian

12-14

 

Baik

8-11





Penerangan Perbendaharaan Kata

Ejaan dan Tanda Baca

Bahasa Susunan , Kaitan dan Pemerengganan Idea  Tersusun rapi  Amat baik

Gaya Bahasa

Hampir tiada kesilapan Struktur ayat beragam dan luas



Hampir tiada kesilapan

 

Sesuai Pelbagai dan tepat

Sedikit kesilapan besar dan kecil Struktur ayat beragam tetapi tidak begitu menonjol



Sedikit kesilapan besar dan kecil

 

Sesuai Pelbagai tetapi tidak begitu menonjol



Baik

  

Sedikit kesilapan besar, terdapat juga beberapa kesilapan kecil Menggunakan ayatayat mudah



Sedikit kesilapan besar, terdapat juga beberapa kesilapan kecil



Boleh dikatakan sesuai Terdapat percubaan untuk mempelbagaikan penggunaan perbendaha-raan kata



Susunan munasabah dan terdapat pemerengganan

  



7

    

Sesuai Bermutu Asli Amat menarik Peribahasa yang digunakan dapat menunjukkan kesinambungan cerita Sesuai Menarik Peribahasa yang digunakan dapat menerangkan makna yang sebenar Masih sesuai Kurang menarik Peribahasa yang digunakan tepat dan jelas

Sederhana

5-7

 

Lemah

0-4

 

Terdapat kesilapan yang ketara Struktur ayat yang agak lemah



Terlalu banyak kesilapan Struktur ayat sangat lemah



Terdapat kesilapan yang ketara

Terlalu banyak kesilapan

 

 

8

Masih sesuai Maksudnya tidak diragui walaupun terhad



Sangat terhad Kesilapan menggunakan perbendaharaan kata asas dan ada kalanya berkecamuk







Pemerengganan agak lemah Terdapat percubaan untuk menyusun Pemerengganan sangat lemah Beberapa bahagian penulisannya tidak dapat difahami

  

Kurang sesuai Tidak menarik Peribahasa yang digunakan tidak jelas

 

Tidak sesuai Peribahasa yang digunakan tidak tepat