Seminar Bahasa Melayu 2013

Penulisan deskriptif adalah salah satu genre dalam komponen penulisan bagi peperiksaan di Peringkat Biasa atau Normal (Akademik). Walaupun...

0 downloads 22 Views 328KB Size
Seminar Bahasa Melayu 2013

14

KESAN PENGGUNAAN PAKEJ SOAL DIRI-KUKUH (PaSKu) DALAM PEMIKIRAN KRITIS MELALUI PENULISAN DESKRIPTIF DALAM KALANGAN PELAJAR MENENGAH TIGA EKSPRES Daniel Phua [email protected] Sekolah Menengah St. Hildas Effendy Ahmadi [email protected] Sekolah Menengah First Toa Payoh

ABSTRAK Pemikiran kritis merupakan satu kemahiran yang perlu di abad ke-21. Namun, pemikiran kritis bukanlah suatu kemahiran yang mudah untuk dikuasai oleh pelajar lebih-lebih lagi di peringkat sekolah menengah. Ketidakmampuan pelajar untuk berfikir secara kritis boleh menjejas pembelajaran mereka termasuklah dalam penghasilan karangan jenis deskriptif. Pakej Soal Diri-Kukuh (PaSKu) dihasilkan menggunakan teknik soal diri dan teknik pengukuhan. Penyoalan dapat membantu pelajar mempertingkatkan daya pemikiran kritis dengan menggunakan soalan beraras tinggi. Berdasarkan kajian lalu, teknik soal-diri kurang diterapkan dalam proses pembelajaran pelajar selain guru yang sebaliknya lebih banyak mengajukan soalan berdaya rendah di bilik darjah. Teknik pengukuhan digunakan dalam PaSKu untuk membantu pelajar membina kemahiran berfikir secara kritis dengan menggunakan soalan berdaya tinggi secara berperingkat. Daripada dapatan kajian ini didapati 56% daripada isi serta penjelasan pelajar bersifat kritis. Dalam laporan lapor balik itu juga, semua pelajar mendapati teknik soal diri amat mudah untuk digunakan. 40% pelajar amat bersetuju sementara 60% daripada pelajar menggunakan PaSKu dalam komponen penulisan deskriptif dan lisan mereka. Kata kunci Pemikiran kritis, Kemahiran Berfikir, Soal Diri, Penulisan Deskriptif

176

Seminar Bahasa Melayu 2013

PENGENALAN Pemikiran kritis bukanlah sesuatu yang mudah untuk digarap oleh seseorang pelajar. Ketidakmampuan pelajar untuk berfikir secara kritis boleh menjejas kualiti hasil penulisan mereka termasuklah dalam penghasilan karangan jenis deskriptif. Hal ini secara langsung akan menjejas markah dan juga keputusan keseluruhan subjek Bahasa Melayu. Menurut Duron et.al (2006), Critical thinking is, very simply stated, the ability to analyze and evaluate information. Critical thinkers raise vital questions and problems, formulate them clearly, gather and assess relevant information, use abstract ideas, think openmindedly, and communicate effectively with others. Duron dengan jelas menyatakan bahawa berfikiran kritis memampukan seseorang untuk menganalisis dan menilai sesuatu informasi. Individu yang berfikiran kritis juga mampu berkomunikasi dengan efektif baik secara tulisan mahupun lisan. Dikaitkan dengan penulisan deskriptif, pemikiran kritis memampukan seseorang pelajar untuk menulis secara mendalam, terperinci dan berkesan. Dalam erti kata yang lain, kualiti penulisan pelajar akan dipertingkat dan hal ini akan memberikan kesan terhadap kualiti markah pelajar juga. Menurut Shen dan Butsakorn (2011), salah satu cara untuk menggalakkan pemikiran secara kritis ialah melalui penyoalan khususnya soalan-soalan yang beraras tinggi. Soalan-soalan sebegini membolehkan pelajar menghasilkan isi atau dapatan yang melampaui tahap pencapaian biasa. Kajian ini akan memperlihatkan cara untuk menjana idea kritis pelajar melalui teknik menyoal diri sendiri yang dimuatkan dalam pakej PaSKu.

177

Seminar Bahasa Melayu 2013

TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk: 1. menghasilkan satu proses pembelajaran penulisan yang dapat melatih dan menjana pemikiran kritis dalam kalangan pelajar yang terlibat; 2. melihat keberkesanan kaedah PaSKu terhadap pelajar; dan 3. memberi penilaian kualitatif terhadap dapatan kuantitatif kajian yang telah dijalankan.

PERMASALAHAN KAJIAN Penulisan deskriptif adalah salah satu genre dalam komponen penulisan bagi peperiksaan di Peringkat Biasa atau Normal (Akademik). Walaupun genre ini nampak mudah kerana pelajar hanya perlu menceritakan semula apa yang pernah dialami, namun isi yang terhasil lazimnya tidak sedalam atau terperinci seperti yang diperlukan dalam skema pemarkahan. Hal ini boleh menjejas pelajar untuk mendapatkan keputusan yang berkualiti. Di antara punca permasalahannya ialah ketidakupayaan pelajar untuk berfikir secara kritis. Tanpa pemikiran kritis pelajar tidak dapat menghasilkan isi karangan yang berkualiti dan kritis atau memberikan penjelasan pada isi yang lebih mendalam. Isi yang berkualiti dan kritis, atau penjelasan yang mendalam merujuk kepada isi atau penjelasan yang melangkaui batas pancaindera. Ketidakupayaan pelajar untuk berfikir secara kritis menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan menceritakan semula apa yang digarap oleh pancaindera semata. Tambahan lagi, pemikiran kritis yang dijana melalui penyoalan diri bukanlah suatu kemahiran yang mudah bagi semua pelajar untuk diamalkan lebih-lebih lagi di peringkat sekolah menengah. Kemahiran ini perlu diajar, diaplikasi dan diperkukuh hingga menjadi satu kelaziman bagi pelajar di dalam bilik darjah.

178

Seminar Bahasa Melayu 2013

KAJIAN LEPAS Guru bertanggungjawab menentukan arah tuju sesebuah proses pembelajaran dan pengajaran. Pendapat ini dikongsi oleh Cazden (2001), Thornborrow (2002), Farrell (2004) & Hinkel (2006). Kajian yang dijalankan oleh Habsah (2009) dan Effendy (2010) pula mendapati bahawa guru mempunyai kuasa penuh khususnya dalam mengajukan soalan kepada para pelajar dalam proses pembelajaran. Namun ada beberapa penyelidik seperti Cotton (1989), Rafiei (1998) dan Habsah (2009) yang mendapati bahawa soalan-soalan yang sering diajukan oleh guru merupakan soalan-soalan beraras rendah. Dalam kajiannya, Habsah (2009) mendapati bahawa terdapat guru yang terlalu mengawal pelajar sehingga jawapan atau pendapat pelajar yang bersifat kreatif atau kritis tidak dapat disampaikan dengan sempurna atau dihalang langsung. Shen dan Butsakorn (2011) menegaskan bahawa soalan-soalan beraras rendah hanya akan menyebabkan kegenjotan kepada kemampuan pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Clegg (1987), Hunkins (1987) dan Walsh & Sattes (2005) menyatakan bahawa dalam pengajaran dan pembelajaran, guru memberikan perhatian yang kurang kepada pelajar sebagai individu yang mampu melahirkan idea, saranan atau pendapat yang kreatif atau kritis melalui penyoalan baik kepada guru, teman mahupun diri sendiri. Drozynski (2011) pula menegaskan bahawa teknik penyoalan pelajar terhadap guru, teman atau diri mampu meningkatkan minat pelajar untuk mendalami sesebuah ilmu. Chuska (1995) juga berpendapat bahawa setiap soalan pelajar dalam bilik darjah mempunyai fungsi yang praktikal termasuklah untuk berkongsi pengalaman ataupun mempelajari sesuatu ilmu yang baharu. Shen dan Butsakorn (2011), dan Duron (2006) selanjutnya menyatakan bahawa soalan beraras tinggi mampu mempertingkatkan daya pemikiran kritis pelajar. Pendapat yang sama dikongsi oleh Halpern (2008). Beliau menyatakan bahawa salah satu teknik untuk berfikir secara kritis adalah dengan bertanya atau menyoal soalan-soalan beraras tinggi.

179

Seminar Bahasa Melayu 2013

Dengan itu, dapat disimpulkan di sini bahawa pelajar perlu didedahkan kepada teknik-teknik menyoal diri dengan soalan-soalan beraras tinggi untuk membantu mereka berfikir secara kritis dalam proses pembelajaran mereka khususnya dalam aspek penulisan.

KAEDAH KAJIAN Kajian ini melibatkan kaedah kuasi-eksperimen. PaSKu dijalankan dalam kelas penulisan Bahasa Melayu. Selain itu, kaedah analisis kuantitatif digunakan untuk melihat peratusan kehadiran isi yang kritis dalam karangan pelajar. Kaedah analisis kualitatif pula digunakan untuk memberikan tafsiran atas dapatan yang terhasil dari analisis kuantitatif. Selain itu, borang lapor balik digunakan untuk mendapatkan informasi berkenaan keberkesanan pakej ini terhadap pelajar. Subjek Kajian Subjek kajian adalah pelajar Menengah Tiga Ekspres di sebuah sekolah menengah kejiranan. Secara umum, para pelajar ini merupakan kumpulan pelajar yang berkebolehan sederhana dalam mata pelajaran Bahasa Melayu mereka. Terdapat enam orang pelajar kesemuanya. Jumlah yang kecil ini merupakan satu ciri sekolah kerana secara keseluruhan, jumlah pelajar sekolah semakin berkurangan. Justeru, kumpulan ini merupakan kumpulan rawatan dan tidak terdapat kumpulan terkawal dalam kajian ini. Instrumen Kajian a.

Pengenalan

Pakej Soal Diri-Kukuh (PaSKu) ialah sebuah pakej pengajaran penulisan deskriptif. PaSKu menekankan kemahiran soal-diri soalansoalan beraras tinggi (Higher Order Thinking) atau kritis demi menghasilkan isi serta penjelasan yang berkualiti. Pakej ini juga menekankan teknik pengukuhan (reinforcement) untuk membantu pelajar membina kemahiran soal-diri soalan beraras

180

Seminar Bahasa Melayu 2013

tinggi kerana kemahiran ini bukanlah suatu kemahiran mudah walaupun kemahiran ini bukan sesuatu yang baru bagi pelajar. Tambahan lagi, kemahiran ini kurang didedahkan kepada pelajar melainkan guru sendiri yang menyoal pelajar soalan-soalan beraras tinggi dalam pelajaran mereka. b.

Tajuk Karangan

Pakej ini menumpukan perhatian kepada penghasilan karangan deskriptif yang bertajuk Satu Lawatan Yang Sangat Menarik. Tajuk mudah ini dipilih kerana pengalaman melawati tempat yang menarik bukanlah suatu pengalaman yang baru – di luar atau di dalam negeri - bagi pelajar lantas tidak sukar untuk mereka menggunakan pengetahuan yang sedia ada pada diri mereka. Sungguhpun begitu, teknik dan kaedah diperkenalkan boleh diubah suai untuk memenuhi keperluan tajuk-tajuk soalan deskriptif selain daripada tajuk yang akan disentuh. Bahan-bahan dan pengalaman yang diketengahkan dalam pakej ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi autentik pengkaji. Dengan itu, pakej ini menggunakan pengalaman dan informasi autentik dalam penghasilan sebuah penulisan deskriptif. Secara tidak langsung, hal ini memperkukuh lagi konsep penulisan deskriptif kepada pelajar. c.

Pakej PaSKu

Pakej ini menawarkan proses pembelajaran/pengajaran penulisan deskriptif mengikut komponen atau isi-isi tertentu. Pelajar diberikan latihan penulisan isi dan penjelasan secara tertumpu. Aspek bahasa tidak diberatkan dalam latihan-latihan yang tersedia. Setiap bahagian dalam pakej ini menumpukan perhatian kepada komponen-komponen atau isi-isi tertentu. Dengan melakukan begitu, pelajar juga diajar untuk mengembangkan isi yang ditimbulkan. Isi-isi dan penjelasan-penjelasan ini dikembangkan dengan menggunakan teknik soal-diri dengan menggunakan soalan-soalan beraras tinggi. Selain itu, pakej ini juga memperkukuh pengetahuan pelajar mengenai penulisan deskriptif khususnya dalam aspek permulaan dan penutup karangan, pemerengganan dan aspek bahasa iaitu

181

Seminar Bahasa Melayu 2013

penanda wacana. Lebih dari itu, pakej ini menyediakan ruang bagi pelajar untuk memantau kemajuan mereka dalam penghasilan isi serta penjelasan yang berkualiti. Di bahagian akhir, komponen-komponen ini akan disatukan dan disertakan dengan bahagian pembukaan dan penutup untuk menghasilkan sebuah karangan deskriptif yang lengkap. Prosedur Kajian Pakej ini dibahagikan kepada lima bahagian - empat bahagian pembelajaran dan satu bahagian untuk ujian. Setiap bahagian pembelajaran akan menyentuh satu komponen atau isi yang penting serta penjelasannya. Setiap bahagian juga mengambil masa sebanyak dua waktu pelajaran. Dalam Pelajaran 1 hingga 3, bahan pengajaran yang disediakan termasuklah slaid Powerpoint dan lembaran kerja yang mengandungi gambar. Hal ini adalah sebahagian daripada teknik pengukuhan untuk membina pemahaman pelajar terhadap konsep isi atau penjelasan bersifat ‘biasa’ dan kritis. Selain itu, latihan semak-diri disediakan untuk para pelajar memantau kemajuan mereka dalam menggunakan teknik soal-diri. Aktiviti ini juga merupakan sebahagian daripada proses pengukuhan untuk memperkukuhkan lagi pemahaman pelajar. Dalam sesi ke-4, pelajar akan menggabungkan hasil latihan dalam Pelajaran 1 hingga 3 untuk menjadikannya sebuah hasil karangan deskriptif yang lengkap. Namun, untuk sesi ujian, gambar tidak akan disediakan. Hal ini dilakukan untuk memberikan senario peperiksaan yang sebenar kepada pelajar. Jadual PaSKu adalah seperti berikut.

182

Seminar Bahasa Melayu 2013

Jadual 1: Jadual Pakej Penulisan Deskriptif Karangan Deskriptif Tajuk: Satu Lawatan Yang Menarik Pelajaran 1

2

3

Tajuk / Fokus Tajuk: Rumah Suku Kaum Asli Di Sarawak Fokus: Struktur Fizikal Sub-Fokus: i. Pemerengganan ii. Penanda Wacana Tajuk: Masyarakat Suku Kaum Asli Di Sarawak Fokus: Manusia - Aspek Fizikal Sub-Fokus : i. Pembukaan Karangan ii. Pemerengganan iii. Penanda Wacana Tajuk: Kampung Di Sarawak Fokus: Tempat/Kawasan dan Sekitaran Sub-Fokus : i. Penutupan Karangan ii. Pemerengganan iii. Penanda Wacana

Masa / Waktu 2 waktu

2 waktu

2 waktu

4

Tajuk: Satu Lawatan Yang Menarik Fokus: Penyatuan bahagian-bahagian penulisan dalam pelajaran-pelajaran awal

2 waktu

5

Ujian Tajuk: Satu Lawatan Yang Meninggalkan Kesan Yang Mendalam Kepada Saya

2 waktu

Pelajaran 1 Bersandarkan pengalaman melawati rumah-rumah kaum asli di Sarawak pengkaji dan pelajar diajar untuk menumpukan tumpuan kepada aspek struktur fizikal yang dapat dilihat oleh deria mata. Dengan menggunakan teknik soal diri soalan-soalan beraras tinggi, 183

Seminar Bahasa Melayu 2013

pelajar diajar untuk memberi pendapat mengenai punca dan kesan struktur-struktur rumah tersebut. Aspek ini melatih pelajar untuk memikirkan tentang perkara-perkara yang di luar jangkauan deria mata atau ringkasnya secara kritis. Pelajaran 2 Bersandarkan pengalaman mendekati suku kaum asli di Sarawak, pelajar diajar untuk memberikan tumpuan kepada aspek fizikal manusia yang dapat dilihat oleh deria mata. Mereka juga diajar untuk memberi pendapat akan punca terbentuknya ciri-ciri fizikal manusia tersebut. Bahagian ini juga mengajar pelajar salah satu cara untuk memulakan karangan jenis deskriptif dengan menggunakan teknik dan kaedah yang disebutkan di atas. Selain itu, pelajar diajar cara untuk mengalih tumpuan dari satu isi ke isi yang lain bagi tujuan pemerengganan dengan mengunakan penanda wacana yang sesuai. Pelajaran 3 Bersandarkan pengalaman melawati kampung-kampung moden di Sarawak, pelajar akan diajar untuk memberikan tumpuan kepada aspek struktur fizikal dan sekitaran kampung yang dapat dilihat oleh deria mata. Mereka juga akan diajar untuk memberi pendapat akan punca dan kesan struktur dan sekitaran kampung tersebut. Bahagian ini juga akan mengajar pelajar cara untuk menutup karangan jenis ini dengan menggunakan teknik dan kaedah yang disebutkan di atas. Selain itu, pelajar akan diajar cara untuk mengalih tumpuan dari satu isi ke isi yang lain (pemerengganan) dengan mengunakan penanda-penanda wacana tertentu. Pelajaran 4 Dalam bahagian ini, pelajar menggabungkan kesemua hasil penulisan mereka dalam bahagian-bahagian awal. Mereka dapat melihat dengan lebih jelas hasil keseluruhan penulisan deskriptif pelajar termasuklah bahagian pembukaan dan penutupan. Pelajar

184

Seminar Bahasa Melayu 2013

dibenarkan untuk mengubah atau menokok tambah isi dan penjelasan mereka demi mempertingkatkan lagi mutu karangan mereka dengan menggunakan PaSKu. Pelajaran 5 Bahagian ini menguji kemahiran pelajar menghasilkan karangan deskriptif. Tajuk yang diberi diubah suai untuk memberikan senario dan pengalaman menduduki peperiksaan yang sebenar.

DAPATAN KUANTITATIF Dapatan analisis kuantitatif menunjukkan bahawa jumlah kehadiran isi bertahap tinggi yang terhasil dalam sesi latihan menggunakan teknik soal-diri dan penggunaan soalan-soalan yang bertahap tinggi, secara purata, ialah sebanyak 56%. (Sila lihat Rajah 2). Rajah 2 : Dapatan Kuantitatif dalam Latihan Pelajar Isi 1 : Rumah

A

B 4

TT 5

Isi 2 : Manusia B TT 3 7

B

3

4

Tidak Hadir

C

3

9

6

7

5

4

14

20

59

D

4

3

2

4

6

4

12

11

48

E

3

4

1

4

3

4

7

12

57

F

3

4

2

5

3

6

8

15

65

Lagenda : Pkampgn B TT

Isi 3 : Pkampgn B TT 1 6

Jumlah

% TT

B 9

TT 18

50

3

4

6

8

57

- Perkampung - Isi Biasa - Isi Tahap Tinggi

Purata TT bagi setiap pelajar ialah 56%. 185

Seminar Bahasa Melayu 2013

Contoh isi bertahap tinggi untuk bahagian rumah adalah seperti berikut, 1. Tiang yang tinggi itu memastikan rumah itu tidak hanyut dari banjir yang menurun dari lereng bukit. (Pelajar F) 2. Kedua, ianya (tiang) untuk memperkukuhkan dan menstabilkan rumah itu agar tidak mudah jatuh. (Pelajar A) Contoh isi bertahap tinggi untuk bahagian manusia adalah seperti berikut, 1.

Baju-baju mereka berwarna-warni dan coraknya mengikut kepercayaan mereka. (Pelajar C)

2.

Saya rasa kebanyakan Orang Ulu, yang beragama animisme, kurus kerana mereka menghargai nyawa binatang dan mereka hanya memburu jika mereka benarbenar lapar. (Pelajar E)

Contoh isi bertahap tinggi untuk bahagian perkampungan adalah seperti berikut, 1.

Persekitaran di sini lebih sunyi dan baik daripada Singapura tetapi saya rasa saya lebih suka tinggal di Singapura daripada Sarawak. (Pelajar D)

2.

Selain daripada itu, saya sebenarnya terkesima dengan keadaan kampung yang aman dan tidak sesibuk di Singapura. (Pelajar A)

Dalam sesi ujian, jumlah purata kehadiran isi bertahap tinggi bagi setiap pelajar juga sama seperti dalam sesi latihan iaitu sebanyak 56% (Sila lihat Rajah 3).

186

Seminar Bahasa Melayu 2013

Rajah 3 : Dapatan kuantitatif dalam ujian Pelajar

Isi 1

Isi 2

Isi 3

P3

Jumlah

% TT

B

TT

B

TT

B

TT

B

TT

B

2

2

0

7

6

4

8

13

62

C

2

5

2

3

1

4

5

12

71

D

2

2

9

1

3

6

14

9

39

E

5

4

3

5

5

5

13

14

52

F

4

5

4

5

3

5

11

15

58

Nota : Pelajar A tidak datang semasa hari ujian dijalankan Dalam ujian, pelajar B telah menulis tentang lawatannya ke rumah tumpangan orang tua, pelajar C tentang lawatannya ke Universal Studio di Singapura, pelajar D tentang lawatannya ke kampungnya di Pontian, Malaysia, pelajar E mengenai lawatannya ke Bali dan pelajar F tentang lawatannya ke Sarawak. Contoh isi bertahap tinggi untuk Isi 1 adalah seperti berikut, 1.

Walaupun mereka semua sangat berbeza dalam aspekaspek tertentu, mereka ada satu persamaan iaitu mereka cacat. (Pelajar B)

2.

Saya, sebagai budak yang dilahirkan dan dibesarkan di bandar, rasa yang saya tidak mahu ke sana (kampung). (Pelajar D)

Contoh isi bertahap tinggi untuk Isi 2 adalah seperti berikut, 1.

(Hal) Ini menolong mereka untuk menyusahkan binatang liar daripada memasuki rumah itu. (Pelajar F)

187

Seminar Bahasa Melayu 2013

2.

Mereka percaya bahawa berkaki ayam membuat mereka lebih ringan supaya mereka boleh berlari dengan pantas. (Pelajar E)

Contoh isi bertahap tinggi untuk Isi 3 adalah seperti berikut, 1.

Walaupun besi sukar dicari dan tidak murah, ia adalah satu bahan yang kuat. (Pelajar C)

2.

Mereka tidak mempunyai tempat untuk membesar yang lengkap. (Pelajar E)

DAPATAN DAN PERBINCANGAN Dapatan kuantitatif bagi latihan yang diberikan menunjukkan bahawa pelajar berkemampuan untuk menghasilkan idea dan memberikan penjelasan yang bertahap tinggi dengan menggunakan teknik soal-diri soalan beraras tinggi yang disertakan dengan aktiviti pengukuhan. Contoh-contoh dan nota telah disediakan untuk merancah pemahaman pelajar terhadap konsep soal-diri dan soalan beraras tinggi di samping persembahan Powerpoint yang digunakan untuk menjelaskan dengan secara terperinci dan praktikal lagi selain aspek visual yang digunakan untuk menerangkan konsep-konsep tersebut. Dapatan kuantitatif bagi ujian yang telah dijalankan terus menunjukkan hasil yang memberangsangkan terhadap penggunaan pakej PaSKu untuk membantu pelajar menjana idea yang kritis melalui teknik yang disebutkan di atas. Peratusan isi bertahap tinggi iaitu sebanyak 56% terhasil tanpa bantuan gambar serta nota dan contoh. Di peringkat latihan jumlah ini dihasilkan dengan bantuanbantuan yang disediakan. Latihan yang disediakan juga memberi peluang kepada pelajar untuk memantau sendiri akan hasil penulisan mereka. Dengan ini, pelajar lebih sedar akan pencapaian mereka secara langsung dan, setelah dilatih cara untuk mengenal pasti isi yang ‘biasa’ atau kritis, pelajar tidak perlu bergantung kepada guru untuk menyemak atau memberikan pendapat tentang hasil mereka.

188

Seminar Bahasa Melayu 2013

Keberhasilan PaSKu boleh dilihat dan dijelaskan melalui laporan borang lapor balik. Sebanyak 40% pelajar mengatakan bahawa PaSKu sangat mudah difahami dan digunakan sementara 60% pelajar bersetuju bahawa PaSKu mudah difahami. 40% daripada pelajar juga mengatakan bahawa nota, contoh dan persembahan Powerpoint sangat sesuai, baik dan mudah difahami sementara 60% mengatakan alat-alat bantu tersebut sesuai, baik dan mudah difahami. Selain itu, 40% pelajar mengatakan bahawa mereka sangat setuju untuk menggunakan PaSKu dalam komponen lisan mereka, yang juga merupakan sebahagian daripada komponen Peperiksaan Nasional. Dalam Bilik Darjah PaSKu mampu dibawa ke dalam bilik darjah untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran. Namun, ada beberapa perkara yang perlu di beri perhatian. i.

Fokus pada isi dan penjelasan

PaSKu memberikan perhatian kepada penghasilan isi dan penjelasan dalam sesebuah karya penulisan deskriptif. Pakej ini tidak memberatkan aspek tatabahasa melainkan penanda wacana. Tujuannya adalah apabila pelajar mampu untuk menghasilkan isi yang kritis lagi berkualiti, hal ini akan memberi rangsangan kepada pelajar untuk mempertingkat kemahiran bahasa mereka agar diselarikan dengan isi dan penjelasan yang berkualiti juga. ii.

Waktu bagi setiap sesi

Semasa menjalankan PaSKu dalam bilik darjah, pengkaji mendapati bahawa PaSKu memerlukan waktu pengajaran yang lebih sekiranya para pelajar memerlukan lebih masa untuk latihan dan penerangan. Jika hal ini berlaku, maka guru perlu menyesuaikan jadual dan masa mengikut kemampuan pelajar. iii.

Pembelajaran penulisan secara alternatif

189

Seminar Bahasa Melayu 2013

Seperti yang telah dinyatakan di bahagian Kajian Lepas, teknik soal-diri mahupun soalan-soalan berdaya tinggi bukanlah sesuatu yang baru. PaSKu dihasilkan untuk mengukuhkan pengetahuan pelajar tentang perkara-perkara ini. Bagi pelajar yang belum didedahkan kepada konsep dan teknik ini, PaSKu disusun rapi menggunakan teknik pengukuhan agar pelajar dibantu untuk memahami dan mendapat latihan secukupnya akan perkara-perkara ini. iv.

Potensi PaSKu

PaSKu boleh digunakan untuk mengajar komponen lisan lebihlebih lagi dalam bahagian perbualan bergambar. Pelajar boleh menterjemahkan isi gambar dengan menggunakan soalan-soalan beraras rendah dan tinggi untuk memperluas penjelasan mereka. PaSKu juga secara tidak langsung mengajar pelajar untuk berfikir secara kritis dalam kehidupan iaitu befikir sebelum berkatakata atau membuat sesuatu keputusan. Dalam erti kata yang lain, mereka belajar untuk menilai perbuatan mereka. Mereka perlu memikirkan akan kesan, kebaikan dan keburukan kata-kata dan perbuatan mereka secara sedar dan bukan hanya sekadar bergantung kepada nasihat atau tunjuk ajar orang-orang yang mereka percayai khususnya ibu bapa dan guru. Dengan kemahiran berfikir secara kritis, diharap para pelajar akan menjadi individu yang lebih bertanggung-jawab dan mandiri.

KESIMPULAN Kajian ini telah memperlihatkan kemampuan PaSKu dalam membantu pelajar menghasilkan isi serta penjelasan yang bersifat kritis. Dengan itu juga, PaSKu dapat membantu pelajar untuk mempertingkatkan penulisan deskriptif dan sekaligus, pencapaian mereka dalam komponen penulisan dan komponen Bahasa Melayu secara keseluruhan. Selain itu, PaSKu berpotensi untuk diterapkan dalam komponen Bahasa Melayu yang lain khususnya komponen lisan.

190

Seminar Bahasa Melayu 2013

Perkara yang lebih penting ialah pelajar diajar untuk berfikir dan bertanyakan soalan yang beraras tinggi kepada diri sendiri demi mempertingkat kualiti persembahan dan pencapaian mereka. Jika hal ini diaplikasikan dalam kehidupan seharian, kemahiran yang diterapkan dalam PaSKu dapat membantu seseorang pelajar menjadi seorang individu yang lebih kritis.

RUJUKAN

Cazden, C.B. (2001). Classroom Discourse: The language of teaching and learning. Portsmouth: Heinamann. Chuska, Kenneth R. (1995). Improving Classroom Questions: A teacher’s guide to increasing student motivation, participation, and higher-level thinking. Indiana : Phi Delta Kappa Educational Foundation Clegg, Ambrose A. (1987). Why Questions ? Dlm Questions, Questioning Techniques and Effective Teaching. Wilen, William W. Editor. Washington D.C: National Education Association of the United States. Dorn, Linda J., Soffos, Carla. (2001). Scaffolding Young Writers: A Writer’s Workshop Approach. Portland: Stenhouse Publishers Duron, R., Limbach, B. & Waugh, W. (2006). Critical Thinking Framework For Any Discipline. Dlm International Journal of Teaching and Learning in Higher Education, Volume 17, Number 2, Hlm 160-166 Effendy Ahmadi (2010). Analisis Wacana Kritis: Satu kajian kes sekolah \ menengah di Singapura. Tesis (MA of Arts – Malay Language). National Institute of Education. Farrell, Thomas S.C. (2004). Reflecting On Classroom Communication in Asia. Singapore: Pearson Education South Asia Pte Ltd.

191

Seminar Bahasa Melayu 2013

Flage, Daniel E. (2003). The Art of Questioning : An introduction to critical thinking. New Jersey: Pearson Prentice Hall Gall, Meredith M. & Rhody, Tom. (1987). Review of Research on Questioning Techniques. Dlm Wilen, William W. (Editor) Questions, Questioning Techniques and Effective Teaching. Washington D.C: National Education Association of the United States. Habsah Hussin, (2009). Dimensions of Questioning in the Classroomk. Deutschland : VDM Verlag & Co Halpern, Diane F. (1997). Critical Thinking Across The Curriculum : A brief edition of thought and knowledge. New Jersey : Lawrence Erlbaum Associates. Hammond, Jennifer (Ed.), 2001. Scaffolding: teaching and learning in language and literacy education Classroom. Australia: Primary English Teaching Association. Hinkel, E. (2006). Classroom Talk. Dlm K.Brown (Ed.). Encyclopedia of Languages and Linguistics 2nd Edition, Vol.2. UK: Elsevier, Hlm 471-473. Hunkins, Francis P., 1987. Students as Key Questioners ? Dalam Wilen,William W. (Editor) Questions, Questioning Techniques and Effective Teaching. Washington D.C: National Education Association of the United States. Pagliaro, Marie M. (2011). Exemplary Classroom Questioning: Practise to promote thinking and learning. Maryland : Rowman and Littlefield Education Ping Shen & Butsakorn, Y. (2011) Teacher’s Questioning and Students’ Critical Thinking in College EFL. Prosiding The 8th International Postgraduate Research Colloquium: Interdisciplinary Approach for Enhancing Quality of Life anjuran International Postgraduate Research Colloquium. Hlm 44-53 Rafiei Mustapha (1998) Kajian Tentang Kemahiran Berfikir secara

192

Seminar Bahasa Melayu 2013

Kritis & Kreatif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Prosiding Seminar Pendidikan Sempena Jubli Emas MPBL anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Batu Lintang Sarawak Ruggiero, V. R. (2003). Beyond Feelings: A guide to critical thinking (8th Edition). New York: McGraw-Hill. Thornborrow, J. (2002). Power Talk: Language and interaction in institutional discourse. Oxford : Pearson Education. Sumber Elektronik Cotton, K. (1989). Classroom questioning School Improvement Research Series: Research You Can Use. Northwest Regional Education Laboratory, Source: www.nwrel.org/scpd/sirs/3/cu5.html. Retrieved January, 2003

193