Seminar Perlaksanaan Bahasa Malaysia (1983

Selama tigabelas tahun di bangku sekolah, mereka ... makalah. Dalam hubungan ini ... Kerja penterjemahan bukanlah semudah...

0 downloads 2 Views 1MB Size
Seminar Perlaksanaan Bahasa Malaysia (1983: Universiti Sains Malaysia): Suatu ulasan oleh

Ibrahim bin Ismail*

Abstract: At this Seminar, four major themes related to the implementation of Bahasa Malaysia as the medium of instruction of all first year courses in all institutions of higher learning, beginning with the 7983/84 session, were identified and discussed at length. These were: 7. Programmes that have been arranged to teach in Bahasa Malaysia; 2. The proficiency of teaching staff; 3. Terminologies; and 4. The need for text books and other reference books in Bahasa Malaysia. sedaran ini maka apa yang dibicarakan selarna dua hari berseminar ialah persediaan di institusi-institusi pengajian tinggi untuk melaksanakan penggunaan Bahasa Malaysia sepenuhnya untuk kuliah, tutorial, tugasan dan peperiksaan. Institusi-institusi pengajian tinggi tempatan tidak menunggu-nunggu sehingga 1983. Secara berperingkat banyak kursus telah pun dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia, khususnya dalam bidang pengajian kemanusiaan dan sains sosial, Kursus-kursus sains, kejuruteraan dan perubatan terkebelakang sedikit kerana beberapa sebab tertentu yang secara am dapat dilihat di bawah. Pelajar-pelajar siap sedia untuk mengikuti kuliah dan tutorial; menulis esei dan tugasan; dan menghadapi peperiksaan dalam Bahasa Malaysia. Bagaimana pula bagi pihak tenaga pengajar. Selain dari mewajibkan kelulusan pada peringkat SPM dalam Bahasa Malaysia, institusi-institusi pengajian tinggi menjalankan berbagai kursus intensif bahasa untuk mempertingkatkan kefasihan tenaga pengajar. Kerumitan yang tetap akan dihadapi ialah apabila tenaga pengajar asing diambil atau dijemput untuk mengendalikan kursus-kursus yang khusus. Usaha-usaha untuk menjadikan Bahasa Malaysia suatu bahasa yang boleh menyampaikan fikiran dan konsep-konsep saintifik telah lama dijalankan. Teraju utama dalam perkara ini dipikul oleh Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah berikhtiar menubuhkan berpuluhan jawatankuasa istilah dalam semua bidang ilmu. Institusi-institusi pengajian tinggi juga

Seminar bertemakan 'Menilai Perlaksanaan Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pengantar di Institusi Pengajian Tinggi' ini dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Malaysia, Universiti Sains Malaysia pada 4 dan 5 Februari 1983 di kampus USM. YB Datuk Dr Sulaiman Haji Daud, Menteri Pelajaran Malaysia telah merasmikannya. Sebanyak sepuluh kertaskerja dibentangkan dalam seminar ini (satu daripadanya secara lisan). Tujuh buah disediakan oleh tenaga pengajar Universiti, satu oleh wakil Dewan Bahasa dan Pustaka, dan dua ditulis oleh pelajar. Perbincangan keseluruhannya berkisar pada empat tema utama, iaitu: 1.

2. 3. 4.

Rancangan yang telah teratur untuk perlaksanaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam tahun pertama bagi semua kursus pada sessi 1983/84. Kefasihan tenaga pengajar dalam Bahasa Malaysia. Masalah peristilahan. Kekurangan buku-buku dalam Bahasa Malaysia.

teks dan rujukan

lain

Kita sedia maklum bahawa pelajar-pelajar yang akan masuk institusi-institusi pengajian tinggi tempatan terus daripada sekolah-sekolah pada sesi 1983/84 adalah mereka yang telah mengorak langkah dengan menerima pelajaran mereka dalam Bahasa Malaysia sejak di Darjah Satu pada tahun 1970. Selama tigabelas tahun di bangku sekolah, mereka telah menguasai Bahasa Malaysia, dan kini sampailah masanya untuk menimba ilmu di peringkat Universiti dalam Bahasa Malaysia. Hakikat ini ternyata dan disedari oleh semua penulis kertaskerja. Dengan ke-

*Pustakawan Malaya.

14

Koleksi

Kebangsaan,

Perpustakaan

Universiti

lukan kepakaran ilmu tetapi juga keupayaan untuk menyampaikan ilmu itu dalam bahasa persuratan yang baik. Suatu jalan singkat untuk menghasilkan banyak lagi buku-buku ilmiah ialah melalui penterjemahan. Kerja penterjemahan bukanlah semudah yang dianggap. la perlukan pengetahuan baik dalarn bahasa asal buku yang akan diterjemahkan; pengetahuan ilmu supaya tidak lari daripada konsep dan maksud pengarangnya; dan pengetahuan Bahasa Malaysia yang baik untuk menyampaikan isi kandungan buku, Dalam bidang penerbitan buku-buku terjemahan, Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan besar sepertimana dapat kita perhatikan daripada jumlah buku yang diterbitkan dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Dari segi penerbitan buku-buku asal dalam Bahasa Malaysia, ada dua cara untuk rnenghasilkannya. Pertama ialah, nota-nota kuliah para tenaga pengajar dicetak secara stensilan sebagai suatu rancangan percubaan. lanya boleh diperbaiki dan diterbitkan kelak sebagai buku. Kedua ialah dengan menerbitkan karya-karya pelajar-pelajar sendiri seperti latihan-Iatihan ilmiah atau esei-esei panjang mereka yang bermutu. Begitu juga dengan tesis-tesis sarjana dan kedoktoran. Dalam hubungan ini kenyataan Naib-Canselor USM di upacara perasmian Seminar bahawa Universiti tersebut sedia memberikan cuti bergaji penuh selama enam bulan kepada te aga pengajarnya yang sanggup menulis atau menterjemahkan buku-buku ilmiah amat memerangsanghn. Perpustakaan-perpustakaan institusi pengajian tinggi di Malaysia memperolehi banyak buku-buku yang diterbitkan di Indonesia, baik karya-karya asal mahupun yang diterjemahkan. Perusahaan percetakan di Indonesia telah banyak maju dalam masa sepuluh tahun kebelakangan ini. Buku-buku tersebut bermutu tinggi dari segi rupa dan kandungan dengan sisipan-sisipan ralat yang makin lama makin kurang kerana perhatian serius para penerbit kepada hasil usaha mereka. Tetapi mungkin ramai di Malaysia belum begitu mahir atau fasih dengan gaya bahasa Bahasa Indonesia. Saya rasa keadaan yang sama rnungkin dialami oleh orang-orang Indonesia yang membaca buku-buku dalam Bahasa Malaysia! Jawatankuasa Pembentukan Rumusan Seminar ini telah membentangkan beberapa usul. Usul-usul tersebut telah dibincang dengan hangat dan versi muktamad akan diedarkan oleh Jawatankuasa Penge-

menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa sedemikian. J awatankuasa-jawatankuasa tersebut dianggotai oleh pakar-pakar perkara dan bahasa yang sama-sama membentuk beribuan istilah. Sejak kerajaan Malaysia dan Indonesia bersetuju pada satu sistem ejaan Rumi yang sama, sebuah badan dengan nama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia diwujudkan yang bermesyuarat dua kali setahun. Di mesyuaratmesyuaratnya istilah-istilah telah diseragamkan. Penerbitan istilah-istilah telah diusahakan dalam bentuk ecLi awal, edisi stensilan dan akhir-akhir ini edisi muktamad dalam berbagai bidang telah diterbitkan. Apa yang diharapkan lalah supaya semua pihak - pengajar, pelajar, penulis dan orangramai menggunakan istilah-istilah ini sehingga istilah-istilah tersebut tidak asing kepada telinga kita lamakelamaan. Pengajian di peringkat Universiti amat bergantung pada bacaan luas. J ika pelajar-pelajar hanya menggunakan sebuah buku teks untuk satu rnatapelajaran di sekolah, di Universiti pula mereka perlu merujuk kepada lebih daripada sebuah buku, malah setengah-setengah kursus mewajibkan rujukan kepada berpuluhan bahan baik berbentuk buku atau makalah. Dalam hubungan ini kita maklum bahawa kebanyakan buku-buku berbahasa Malaysia yang diterbitkan oleh penerbit-penerbit tempatan ialah dalam bidang sastera tulen, iaitu novel, cerpen, sajak, puisi dan kajian-kajian mengenai sejarah kesusasteraan dan tatabahasa. Keadaan ini timbul kerana pa.saran bagi buku-buku seperti ini amat laris. Tetapi buku-buku berbahasa Malaysia dalam bidangbidang lain juga amat penting. Bagi setengahsetengah kursus popular, pasaran bagi buku-buku dalam bidang itu terjamin dengan adanya beratusan pelajar yang memerlukan buku-buku tersebut di institusi pengajian tinggi tempatan. Tetapi bagi kursus-kursus yang tidak ramai jumlah pelajarnya penerbitan buku-buku dalam bidang tersebut adalah suatu pertaruhan dan penerbit-penerbit tidak boleh disalahkan jika mereka tidak menceburkan diri dalamnya. Di sinilah pihak berkuasa perlu mengusahakan penerbitan buku-buku seperti ini tanpa mengambil kira keuntungan, atau memberikan subsidi kepada penerbit swasta untuk menerbitkannya kerana kos pengeluaran bagi edisi-edisi kecil tinggi dan harga sesuatu naskhah mungkin di luar kemampuan para pelajar. Sebelum sesebuah buku diterbit, ia perlu dikarang. Bagi buku-buku ilmiah ia bukan sahaja per-

lola Seminar dalam sedikit masa lagi. Buat sementara itu, satu usul yang diterima baik dan yang se-

15

harus diberi perhatian serius ialah pengurniaan anugerah penghargaan kepada buku-buku ilmiah yang bermutu tinggi dalam Bahasa Malaysia. J ika sekian lama anugerah-anugerah diberikan kepada karya-karya sastera tulen, maka sampailah masanya untuk menghargai usaha dan jasa mereka yang memperkayakan khazanah ilmu dalam bahasa kebangsaan kita.

5.

Kertaskerja-kertaskerja yang dibentangkan 1. Dasar dan perlaksanaan Bahasa Malaysia

8.

2.

3.

4.

6.

7.

di

Institusi Pengajian Tinggi: satu tinjauan umum oleh Abdullah Hassan. Perlaksanaan dan kemampuan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam bidang kejuruteraan oleh Wan Abu Bakar Wan Abas dan Tengku Mohd. Azzman Shariffadeen. Perlaksanaan dan kemampuan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam bidang sains tulen, disampaikan secara lisan oleh Prof. Madya Dr. Shaharir Mohamad lain dari UKM. Perlaksanaan dan kemampuan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam bidang sains perubatan oleh Mohd. Roslani Abd. Majid.

9.

10.

Perlaksanaan dan kemampuan Bahasa sia sebagai bahasa pengantar dalam undang-undang oleh Ahilemah Joned. Perlaksanaan dan kemampuan Bahasa sia sebagai bahasa pengantar dalam sastera oleh Amir Hussin Hj. Baharuddin. Pembinaan dan ketepatan bahasa serta bitan buku dalam Bahasa Malsyia oleh Abdullah. Perlaksanaan dan kemampuan Bahasa sia sebagai bahasa pengantar dalam sains gunaan oleh Mohd. Muslim

Malaybidang Malaybidang penerSha'ari Malaybidang Mohd.

Yusoff. Dasar dan perlaksanaan Bahasa Malaysia dalam bidang sains - persepsi mahasiswa oleh Muhamad Sobri Othman. Dasar bahasa dan perlaksanaannya di Universiti Sains Malaysia - persepsi mahasiswa oleh Abu Kassim Mohamad.

Semua kertaskerja ini (kecuaf nombor 3) dan beberapa lampiran lain, boleh dirujuk di Bahagian Koleksi Kebangsaan.

16