Sikap pelajar institusi pengajian tinggi terhadap hubungan

seks luar nikah (Rabiatul Adawiyah, 2007). Dalam hal ini, masyarakat Malaysia masih lagi menganggap seks sebagai satu aspek yang tidak boleh dibincang...

0 downloads 13 Views 258KB Size
Jurnal Kemanusiaan Bil.19

ISSN:1675-1930 ©Universiti Teknologi Malaysia

Sikap pelajar institusi pengajian tinggi terhadap hubungan seks sebelum kahwin: Satu tinjauan di Sabah. Surammah Ramanaidoo Balan Rathakrishnan Universiti Malaysia Sarawak [email protected]

ABSTRAK Masalah hubungan seks sebelum kahwin semakin meningkat di kalangan remaja. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji sikap pelajar institusi pengajian tinggi terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Dalam kajian ini, pengkaji melihat sikap pelajar terhadap hubungan seks sebelum kahwin, sumber-sumber memperolehi pengetahuan seks dan perbezaan sikap antara subjek berdasarkan ciri-ciri demografi seperti jantina, etnik dan tempat asal. Kajian ini dilakukan ke atas 250 orang pelajar di Universiti Malaysia Sabah. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan Ujian t dan ANOVA sehala melalui program SPSS versi-12. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar bersikap konservatif terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan sikap yang signifikan antara subjek lelaki dan subjek perempuan terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Di mana, subjek lelaki lebih bersikap liberal terhadap hubungan seks sebelum kahwin berbanding dengan subjek perempuan. Hasil kajian juga menyatakan bahawa terdapat perbezaan sikap yang signifikan antara subjek berlainan etnik terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Manakala, tempat asal tidak memberikan perbezaan ke atas sikap terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Selain itu, rakan sebaya menjadi sumber utama untuk memperolehi pengetahuan tentang seks. Akhir sekali, semua pihak yang bertanggungjawab harus mengambil tindakan sewajar untuk mengurangkan masalah hubungan seks sebelum kahwin di kalangan remaja. Kata kunci: Kepuasan kerja intrinsik, kepuasan kerja ekstrinsik, keinginan pekerja untuk berhenti kerja

Pendahuluan Seks merupakan satu keperluan asas dalam kehidupan setiap manusia. Tingkah laku seks merujuk kepada satu persenyawaan, persetubuhan dan deria sentuhan kulit secara keseluruhan. Tingkah laku seks bukanlah satu percantuman dari segi badan sahaja, malah ia melibatkan juga percantuman minda dan jiwa dua individu yang terlibat dalam hubungan seks. Ia adalah satu tingkah laku yang suci dalam membentuk generasi seterusnya. Menurut Alphonsus (2003), seks dilihat sebagai satu kuasa dalaman yang utama dalam mengarah dan mempengaruhi tingkah laku manusia. Beliau juga menyatakan bahawa peranan seks menjadi bertambah penting dengan teori psikoanalisis oleh Sigmund Freud tentang tenaga libido (Alphonsus, 2003).

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

113

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

ISSN:1675-1930 ©Universiti Teknologi Malaysia

Pada era globalisasi ini, ramai yang lebih terbuka dalam membicarakan perihal seks dari pelbagai sudut dan perspektif walaupun masih ada yang menganggap ia sesuatu yang tabu dan tidak manis diperkatakan, terutamanya oleh mereka yang belum berkahwin. Walaupun sejak kanak-kanak lagi masyarakat telah diberitahu bahawa seks adalah satu perkara yang tidak baik melainkan adanya ikatan perkahwinan antara dua pasangan lelaki dan perempuan, masih ada juga yang terlibat dalam seks luar nikah (Rabiatul Adawiyah, 2007). Dalam hal ini, masyarakat Malaysia masih lagi menganggap seks sebagai satu aspek yang tidak boleh dibincangkan secara terbuka di antara satu sama lain. Ini kerana, masyarakat Malaysia masih melihat seks sebagai unsur negatif dan bersikap konservatif terhadap isu-isu yang berkaitan dengan hubungan atau tingkah laku seks seperti hubungan seks sebelum kahwin, seks bebas, homoseksual dan merancap (Somasundram, 1978). Kajian Gubhaju (2002) menunjukkan bahawa hubungan seks sebelum kahwin kurang biasa di Asia tetapi kajian yang memfokuskan kepada tingkah laku seksual di kalangan remaja di sesetengah negara di Asia menunjukkan bahawa masalah semakin meningkat dan membuktikan bahawa remaja di Asia mempunyai pengalaman seksualiti. Remaja wanita mengadakan hubungan seks dengan teman lelaki manakala remaja lelaki mengadakan hubungan seks dengan rakan sekerja dan kawan. Terdapat juga remaja lelaki yang mempunyai pengalaman seks dengan beberapa pasangan iaitu lebih daripada satu pasangan (Gubhaju, 2002). Remaja lelaki lebih banyak terlibat dalam aktiviti hubungan seks sebelum kahwin berbanding dengan remaja wanita. Ini kerana, golongan lelaki percaya bahawa salah laku seksual mereka sukar untuk dikenalpasti. Tetapi risiko tinggi adalah kepada perempuan seperti kehamilan yang tidak jangka, pengguguran tidak selamat dan menjadi ibu tunggal. Remaja wanita melakukan hubungan seks sebelum kahwin kerana demi cinta, salah satu cara untuk membawa kepada perkahwinan dan boleh mengekalkan hubungan. Manakala, lelaki melakukan hubungan seks disebabkan oleh perasaan ingin tahu dan untuk kenikmatan dan kepuasan seksual diri sendiri (Gubhaju, 2002). Kajian Kalinga Tudor Silva dan Stephen Schensul (2003) mendapati bahawa 46% subjek lelaki menunjukkan sikap positif terhadap hubungan seks sebelum kahwin manakala 14% subjek perempuan sahaja bersetuju dengan hubungan seks sebelum kahwin. Oleh itu, pengkaji ingin melihat perbezaan antara jantina ke atas sikap terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Terdapat juga beberapa faktor lain yang boleh mengakibatkan kepada perbezaan sikap terhadap hubungan seks sebelum kahwin seperti etnik, agama, persekitaran, umur dan ciri-ciri individu itu sendiri. Menurut Leonard Lim (1995), setiap etnik mempunyai budaya, cara hidup, norma dan kepercayaan yang tersendiri. Ini menyebabkan terdapat perbezaan antara satu sama lain. Malaysia merupakan satu negara yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Kepelbagaian etnik di Malaysia menyebabkan pengkaji ingin melihat sejauhmana faktor etnik menyumbang kepada perbezaan sikap di kalangan pelajar terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Selain daripada itu, persekitaran adalah satu unsur yang paling penting dalam pembentukan sikap, tingkah laku, nilai dan personaliti seseorang individu. Dalam teori ekologi, Urie Bronfrenbrenner (1986) persekitaran adalah satu alat penting dalam perkembangan seseorang individu (dlm. Sternberg, 2004). Setiap orang mempunyai ekologi yang berbeza kerana setiap ekologi mempunyai pegangan dan perundangan berbeza. Ekologi boleh merujuk kepada tempat tinggal

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

114

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

ISSN:1675-1930 ©Universiti Teknologi Malaysia

seseorang individu. Pendapat teori ini menggalakkan pengkaji ingin melihat perbezaan sikap terhadap hubungan seks sebelum kahwin mengikut tempat berasal pelajar. Pakar Psikologi dan Ketua Unit Pembangunan Kesihatan, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr.Sarinah Low Abdullah berkata, sesetengah ibu bapa tidak menitikberatkan pendidikan seks kepada anak-anak sehingga menyebabkan anak-anak itu berusaha sendiri untuk mendapatkan maklumat tidak selamat daripada sumber lain seperti rakan, buku, majalah, laman web atau cakera padat video (vcd) lucah (Diyanah Anuar, 2008). Hasil kajian i-Kon menyatakan bahawa 55 peratus remaja pernah menonton filem lucah dan 43 peratus remaja pernah melayari laman web lucah. Kajian ini juga menyatakan bahawa 81 peratus remaja mendapatkan maklumat mengenai seks daripada buku dan majalah, 72 peratus daripada rakan dan 30 ke 40 peratus daripada video, majalah dan laman web lucah (Diyanah Anuar, 2008). Oleh itu, pengkaji ingin mengenalpasti sumber-sumber utama yang memberi pendedahan tentang seks kepada pelajar institusi pengajian tinggi.

Tujuan kajian 1. 2. 3. 4. 5.

Untuk melihat sikap terhadap hubungan seks sebelum kahwin di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Untuk mengenalpasti sumber-sumber membekalkan maklumat mengenai seks di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Untuk melihat perbezaan jantina di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi dari segi sikap terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Membuat perbandingan antara etnik ke atas sikap terhadap hubungan seks sebelum kahwin di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Untuk mengkaji perbezaan sikap antara subjek yang berasal dari bandar dengan subjek berasal dari luar bandar terhadap hubungan seks sebelum kahwin di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi.

Definisi konsep Sikap Sikap merupakan salah satu aspek personaliti yang penting. Sikap adalah satu penilaian umum sama ada dalam bentuk positif atau negatif terhadap sesuatu objek. Ia melibatkan satu gabungan kepercayaan, perasaan dan kecenderungan tingkah laku yang secara relatifnya tahan lama yang di tujukan ke arah sesuatu objek. Terdapat tiga komponen utama dalam sikap iaitu afektif, kognitif dan komponen tingkah laku atau psikomotor (Ma’rof Redzuan, 2001). Secord dan Backman (1964) mendefinisikan sikap adalah susunan perasaan pemikiran dan keinginan untuk bertindak balas aspek-aspek tertentu dalam persekitaran. Thurstone, (dlm. Latipah Bt.Selamat, 1978) telah mendefinisikan sikap sebagai darjah positif dan negatif berhubung dengan objek psikologi. Objek psikologi yang dimaksudkan oleh beliau adalah seperti simbol, ungkapan, slogan, rangkai kata institusi atau buah fikiran di mana individu dapat membuat perbezannya mengikut perasaan sama ada baik atau buruknya sesuatu tindakan.

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

115

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

ISSN:1675-1930 ©Universiti Teknologi Malaysia

Chaiken dan Stangor (1987) mendefinisikan sikap sebagai suatu penyatuan dalam ingatan di antara objek sikap dan penilaian. Beliau menyatakan sikap mempengaruhi tingkah laku iaitu sikap yang kuat menyumbangkan tingkah laku yang konsisten. Objek sikap merangkumi semua hal dan benda. Penilaian meliputi dimensi baik, buruk, positif atau negatif. Nilai dan pendapat merupakan dimensi penilaian untuk membuat keputusan dan seterusnya membentuk sikap. Sikap mengandungi tiga komponen yang membentuk struktur sikap (Fishbein & Ajzen, 1975). Ketiga-tiga komponen itu adalah komponen kognitif, afektif dan psikomotor. Komponen kognitif berkaitan dengan pengetahuan, pandangan, keyakinan, iaitu hal-hal yang berhubung dengan bagaimana persepsi seseorang terhadap objek sikap. Sementara itu, komponen afektif berhubung dengan rasa senang atau tidak senang terhadap objek sikap. Rasa senang merupakan hal yang positif, manakala rasa tidak senang adalah hal negatif. Komponen psikomotor berhubung dengan kecenderungan bertindak atau berperilaku terhadap objek sikap. Sikap adalah faktor yang ada dalam diri manusia yang dapat mendorong atau menimbulkan perilaku tertentu. Perilaku yang nampak terhadap suatu objek tertentu setidak-tidaknya boleh diramalkan melalui sikap yang diterjemahkan oleh seseorang. Dalam ertikata lain, sikap seseorang boleh menentukan tindakan dan perilakunya. Dalam kajian ini, sikap merujuk kepada pandangan pelajar terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Pengkaji akan melihat dua bentuk sikap subjek terhadap hubungan seks sebelum kahwin, iaitu sikap liberal dan sikap konservatif. Sikap liberal merujuk kepada subjek yang mempunyai pandangan positif dan dapat menerima hubungan seks sebelum kahwin. Manakala sikap konservatif merujuk kepada pandangan negatif dan tidak dapat menerima hubungan seks sebelum kahwin. Subjek yang mendapat skor 60 dan ke atasnya dianggap sebagai bersikap liberal terhadap hubungan seks sebelum kahwin, manakala subjek yang mendapat skor kurang daripada 60 dianggap sebagai bersikap konservatif terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Hubungan seks sebelum kahwin Seks sebelum kahwin merujuk kepada pengendalian hubungan seks antara dua individu yang belum berkahwin. Secara mendalam, individu-individu yang terlibat dalam hubungan seks sebelum kahwin tidak mempunyai satu ikatan atau hubungan yang sah melalui undang-undang dan agama. Menurut Somasundram (1978), menyatakan bahawa hubungan seks sebelum kahwin bermaksud hubungan seks di antara dua individu yang berlainan jantina sebelum mereka berkahwin. Di sini, hubungan seks bermakna hubungan seks yang sepenuhnya (total sexual intercourse). Chee Soh Kian (2000), menyatakan bahawa hubungan seks sebelum kahwin bermaksud hubungan seks antara sepasang lelaki dan perempuan yang bukan suami isteri. Dimana, pasangan ini tidak melakukan pendaftaran perkahwinan ataupun tidak menjalankan upacara perkahwinan secara sah. Beliau juga menyatakan bahawa ia boleh melibatkan perhubungan seks hanya antara pasangan itu sahaja atau melakukan hubungan seks dengan lebih daripada seorang sebelum kahwin.

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

116

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

ISSN:1675-1930 ©Universiti Teknologi Malaysia

Metod kajian Pada asasnya, rekabentuk kajian ini adalah berdasarkan rekabentuk penyelidikan secara tinjauan. Ini adalah jelas dengan penggunaan soal selidik sebagai alat kajian untuk mengumpul data mengenai sikap terhadap hubungan seks sebelum kahwin di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Rekabentuk tinjauan adalah kaedah kajian yang baik untuk memperolehi maklumat mengenai sikap dan pandangan pelajar terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Ini dapat membantu menghasilkan gambaran yang jelas mengenai hubungan beberapa faktor ke atas fenomena hubungan seks sebelum kahwin di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Borang soal selidik yang digunakan dalam penyelidikan ini, terbahagi kepada tiga bahagian yang menilai maklumat-maklumat yang berbeza. Bahagian A merupakan bahagian yang berkenaan dengan maklumat-maklumat umum ataupun biodata subjek yang terlibat dalam kajian ini. Bahagian B pula mengukur tentang sumber-sumber yang membekalkan maklumat tentang seks. Manakala, bahagian C merupakan sesuatu bahagian yang mengandungi satu set soal selidik yang dapat menilai atau mengukur sikap responden terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Data yang digunakan adalah diperolehi menerusi pentadbiran soal selidik ke atas 250 orang subjek. Subjek yang terlibat dalam kajian terbahagi kepada beberapa kaum dan juga terdiri daripada subjek lelaki dan subjek perempuan. Data-data yang akan diperolehi dianalisis dengan menggunakan program SPSS-versi 12 (Statiscal Package for The Social Sciences).

Subjek kajian Subjek kajian ini terdiri daripada pelajar yang sedang menuntut di kampus tetap Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Pengkaji mengandaikan bahawa pelajar-pelajar ini adalah golongan yang mempunyai pemikiran yang lebih matang, dapat berfikir dengan rasional dan boleh memahami item-item yang terdapat dalam soal selidik. Pengkaji memilih subjek kajian secara rawak tanpa menetapkan apa-apa kriteria. Seramai 250 orang pelajar telah dipilih sebagai sampel kajian yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan tanpa mengira bidang pengajian mereka. Tempat kajian Kajian ini dijalankan di dalam kampus Universiti Malaysia Sabah. Tempat kajian ini dipilih berdasarkan tujuan kajian yang ingin meninjau sikap terhadap hubungan seks sebelum kahwin di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Di samping itu, tempat kajian ini merangkumi subjek-subjek yang dikehendaki oleh pengkaji iaitu pelajar-pelajar yang mewakili pelbagai etnik dan pelajar dari bandar dan luar bandar. Pelajar di Universiti Malaysia Sabah bukan sahaja penduduk Sabah, malah dari seluruh negeri di Malaysia. Ini telah memudahkan pengkaji untuk mendapatkan subjek yang dikehendaki dan juga menjimatkan masa dan duit.

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

117

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

ISSN:1675-1930 ©Universiti Teknologi Malaysia

Alat kajian Pengkaji telah memilih satu set soal selidik sebagai alat kajian untuk mengendalikan kajian ini. Soal selidik ini dipilih bertujuan untuk mengukur sikap mahasiswa-mahasiswi terhadap hubungan seks sebelum kahwin.Borang soal selidik ini mengandungi dua bahagian, iaitu bahagian A, B dan C. Bahagian A meliputi item-item yang dapat menilai bahagian biodata diri subjek. Item-item tersebut adalah seperti jantina, bangsa, agama, umur, tempat asal dan tahap pendidikan ibu bapa. Item-item ini merupakan pembolehubah bebas dalam kajian ini. Bahagian B pula dapat mengenalpasti sumber-sumber utama yang memberi informasi-informasi tentang seksual kepada mahasiswa-mahasiswi. Terdapat lapan pilihan bagi item ini, iaitu sekolah, adik-beradik, ibu dan bapa, rakan sebaya, majalah, internet, media elektronik, buku ensiklopedia mengenai seks dan lain-lain. Bahagian C dalam alat kajian ini mengandungi satu set soal selidik yang dapat mengukur sikap mahasiswa-mahasiswi terhadap hubungan seks sebelum kahwin dengan menggunakan sebanyak 20 item. Nama set soal selidik ini ialah SHSSK-20 (Sikap Terhadap Hubungan Seks Sebelum Kahwin-20). Pengkaji telah mengubahsuai soal selidik yang dibentuk oleh seorang pengkaji lepas yang bernama Chee Soh Kian pada tahun 2000 di Universiti Kebangsaan Malaysia. Soal selidik yang asal mempunyai sebanyak 22 soalan. Selepas membuat ujian rintis, pengkaji mendapati pembuangan 2 soalan meningkatkan tahap kebolehpercayaan bagi soal selidik ini. Oleh itu, pengkaji telah membuang sebanyak 2 soalan daripada soal selidik yang asal. Set soal selidik ini dibentuk dengan menggunakan Skala Likert iaitu setiap ietm mengandungi lima pilihan atau skala sejauhmana seseorang subjek bersetuju dengan sesuatu item. Sikap subjek dapat mengukur secara kuantitatif dengan Skala Likert. Soal selidik ini mengandungi item positif dan item negatif untuk mengukur sikap pelajar terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Terdapat 12 item positif dan 8 item negatif. Jadual 1 dapat memberi gambaran jelas tentang kedudukan item-item berbentuk positif dan negatif.

Jadual 1: Kedudukan item-item positif dan negatif Item Item Positif Item Negatif

Nombor Item 4, 7, 8, 9, 11, 13, 14, 16, 17, 18, 19, 20 1, 2, 3, 5, 6, 10, 12, 15

Prosedur kajian Pengkaji memilih subjek-subjek kajian secara rawak di seluruh kampus Universiti Malaysia Sabah. Setiap subjek diberikan satu set soal selidik untuk mengisinya. Sebelum menjawab subjek diberitahu bahawa segala maklumat yang diberikan adalah dirahsiakan dan tidak akan diberitahu kepada sesiapa pun. Subjek juga diminta menjawab item-item dalam soal selidik berdasarkan

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

118

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

ISSN:1675-1930 ©Universiti Teknologi Malaysia

pengetahuan mereka dan melarang untuk berbincang dengan orang lain serta menjawab dengan jujur. Subjek tidak perlu menulis nama dan nombor kad matrik dalam soal selidik. Pengkaji juga meminta setiap subjek untuk membaca segala arahan dengan teliti supaya dapat mengelakkan soal selidik rosak. Pengkaji tidak menetapkan had masa untuk menjawab soal selidik dan pengkaji sendiri mengutip semua soal selidik yang telah dijawab oleh subjek-subjek kajian. Selepas mengutip soal selidik, pengkaji serta-merta mengasingkan soal selidik yang mempunyai nilai terlepas (missing value). Ini adalah kerana, pengkaji tidak mahu merekod soal selidik yang tidak lengkap dalam data SPSS. Keputusan Analisis statistik deskriptif Statistik deskriptif digunakan untuk melihat perbezaan skor subjek secara keseluruhan terhadap hubungan seks sebelum kahwin dan mengenalpasti sumber-sumber utama yang memberi pendedahan tentang seks di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Analisis deskriptif tentang sikap terhadap hubungan seks sebelum kahwin Sikap subjek dapat diukur melalui menjumlahkan skor bagi sebanyak 20 item dan ia dijadikan sebagai penentu untuk mengukur sama ada subjek-subjek kajian bersikap konservatif atau pun liberal terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Markat bernilai 60, menjadi penentu untuk mengenalpasti sama ada subjek kajian bersikap konservatif atau liberal terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Subjek yang memperolehi markat yang kurang daripada 60 (x < 60), dianggap sebagai subjek yang bersikap konservatif terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Manakala subjek yang memperolehi markat yang 60 dan lebih daripada 60 (x ≥ 60), dianggap sebagai bersikap liberal terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Dengan kata lain, semakin tinggi markat yang diperolehi oleh seseorang subjek, semakin bersikap liberal terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Jadual 2 menunjukkan keputusan analisis deskriptif tentang sikap terhadap hubungan seks sebelum kahwin di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Jadual 2: Sikap terhadap hubungan seks sebelum kahwin Sikap Konservatif Liberal Jumlah

Bilangan 209 41 250

Peratus (%) 83.60 16.40 100

Dapatan kajian dalam jadual 2, menyatakan bahawa kebanyakan pelajar masih bersikap konservatif terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Keputusan menunjukkan bahawa 83.60% subjek daripada 250 subjek kajian bersikap liberal terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Manakala hanya 16.40% subjek bersikap konservatif terhadap hubungan seks sebelum kahwin.

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

119

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

ISSN:1675-1930 ©Universiti Teknologi Malaysia

Analisis Deskriptif Tentang Sumber-sumber Memperolehi Pengetahuan Seks Pengkaji telah menilai sumber-sumber memberi pendedahan tentang seks kepada seseorang individu. Dalam alat kajian, bahagian B mengukur tentang sumber-sumber yang memperolehi pengetahuan seks. Ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti sumber-sumber yang mana banyak memberi pengetahuan seks kepada pelajar institusi pengajian tinggi. Jadual 3: Peratusan sumber-sumber utama pelajar memperolehi pengetahuan seks Sumber Sekolah Adik-beradik Ibu bapa Rakan sebaya Majalah Internet Media Elektronik Buku Ensiklopedia Lain-lain Jumlah

Bilangan 20 1 2 118 31 47 22 6 3 250

Peratus (%) 8.0 0.4 0.8 47.2 12.4 18.8 8.8 2.4 1.2 100

Data terkumpul dalam jadual 3 menunjukkan bahawa rakan sebaya merupakan sumber utama bagi memperolehi pengetahuan seks. Iaitu 47.2% daripada jumlah subjek (118 orang daripada 250 orang) memilih rakan sebaya sebagai sumber utama mendapatkan pendedahan tentang seks. Sumber rakan sebaya diikuti dengan internet dan majalah iaitu 18.8% dan 12.4% masing-masing. Adik-beradik dan ibu bapa adalah sumber yang tidak banyak memberi pengetahuan tentang seks kepada subjek kajian. Berdasarkan jadual 3, hanya seorang subjek menyatakan bahawa mendapatkan pengetahuan seks daripada adik-beradik. Sekolah juga menjadi salah satu sumber bagi memperolehi pengetahuan tentang seks, iaitu sebanyak 8.0% subjek memperolehi pengetahuan seks daripada sekolah. Media elektronik juga memiliki kekerapan yang agak tinggi juga, iaitu seramai 22 orang subjek memilih media eletronik sebagai sumber pengetahuan kepada pengetahuan seks. Analisis statistik inferensi Bahagian ini mengemukakan keputusan statistik inferensi yang telah diperolehi melalui kaedah Ujian-t dan Anova Sehala. Hipotesis 1: Terdapat perbezaan sikap yang signifikan antara subjek lelaki dengan subjek perempuan terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Hipotesis ini dibentuk untuk melihat sama ada jantina seseorang subjek dapat membezakan sikap mereka terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Jadual 4 dapat memaparkan perbezaan jantina ke atas sikap terhadap hubungan seks sebelum kahwin.

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

120

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

ISSN:1675-1930 ©Universiti Teknologi Malaysia

Jadual 4: Keputusan ujian-t bagi sikap terhadap hubungan seks sebelum kahwin mengikut jantina. Jantina Lelaki

N 125

Min 47.95

S.P 14.35

Perempuan *k < 0.05

125

40.22

11.84

Dk

t

K

248

4.64*

0.004*

Keputusan di dalam Jadual 4 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan sikap yang signifikan di antara subjek lelaki dengan subjek perempuan terhadap hubungan seks sebelum kahwin (t (248) = 4.64, k < .05). Min bagi skor subjek lelaki (47.95) adalah lebih tinggi berbanding dengan min skor subjek perempuan(72.81). Maka, hipotesis diterima pada aras keyakinan 0.05. Hipotesis 2: Terdapat perbezaan sikap yang signifikan antara subjek yang berlainan etnik terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Hipotesis ini dibina untuk melihat sama ada etnik seseorang subjek dapat memberikan perbezaan ke atas sikap terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Pengkaji telah menggunakan penganalisaan ANOVA sehala untuk menguji hipotesis ini. Keputusan bagi hpotesis ini dapat ditunjukkan di dalam Jadual 5. Jadual 5: Keputusan ANOVA sehala bagi sikap terhadap hubungan seks sebelum kahwin mengikut etnik Etnik Dk JKD MKD F K Antara Kumpulan 3 7 351.32 2 450.44 15.33* 0.000* Dalam Kumpulan 246 39 311.92 159.81 *k < 0.05 Keputusan di dalam Jadual 5 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan sikap yang signifikan di antara etnik terhadap hubungan seks sebelum kahwin (F(3, 246) = 15.33, k < .05). Oleh itu, hipotesis yang menyatakan bahawa “terdapat perbezaan sikap yang signifikan antara subjek yang berlainan etnik terhadap hubungan seks sebelum kahwin” adalah diterima. Seterusnya, keputusan kajian dianalisis dengan menggunakan Ujian Post-Hoc Tukey. Ini adalah bertujuan untuk melihat perbezaan sikap antara etnik secara terperinci. Iaitu perbezaan yang jelas antara etnik Melayu, Cina, India dan lain-lain. Keputusan Ujian Post-Hoc Tukey ditunjukkan dalam Jadual 6. Jadual 6: Keputusan ujian post-hoc tukey ke atas sikap terhadap hubungan seks sebelum kahwin mengikut etnik Min 39.10 53.56

Etnik 1. Melayu 2. Cina

1 -

2 * -

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

3 *

4 *

121

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

44.48 43.10 *k < 0.05

3. India 4. Lain-lain

ISSN:1675-1930 ©Universiti Teknologi Malaysia

-

-

-

-

Berdasarkan jadual 6 diatas, mendapati bahawa terdapat perbezaan sikap yang signifikan di antara mahasiswa yang berlainan etnik. Jadual 4 menunjukkan bahawa mahasiswa etnik Cina memiliki skor min yang paling tinggi ( x = 53.56), diikuti dengan subjek etnik India

( x = 44.48). Hasil

kajian juga menunjukkan bahawa subjek etnik Melayu memperolehi skor yang terendah iaitu x = 39.10. Keputusan ini menyatakan bahawa memang faktor etnik merupakan satu punca kepada kewujudan perbezaan sikap terhadap hubungan seks sebelum kahwin.

Hipotesis 3: Terdapat perbezaan sikap yang signifikan antara subjek yang berasal dari bandar dengan subjek berasal dari luar bandar terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Kaedah Ujian-t digunakan untuk menguji hipotesis ini. Hipotesis ini diuji untuk melihat sama ada faktor tempat berasal seseorang subjek membezakan sikap terhadap hubungan seks sebelum kahwin atau tidak. Hasil kajian dapat ditunjukkan di dalam Jadual 7. Jadual 7: Keputusan ujian-t bagi sikap terhadap hubungan seks sebelum kahwin mengikut tempat berasal Tempat Berasal N Min S.P Dk t k Bandar 114 44.80 14.34 248 0.76 0.194 Luar bandar 136 43.49 13.14 k > 0.05 Keputusan dalam jadual 7, menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara subjek yang berasal dari bandar berbanding dengan subjek berasal dari subjek dari luar bandar terhadap hubungan seks sebelum kahwin (t(248) = 0.76, k > .05). Oleh itu, hipotesis yang berbunyi “terdapat perbezaan sikap yang signifikan antara subjek yang berasal dari bandar dengan subjek berasal dari luar bandar terhadap hubungan seks sebelum kahwin” adalah ditolak.

Perbincangan Bahagian ini akan menerangkan secara mendalam dan jelas tentang dapatan kajian yang diperolehi dalam bab keputusan. Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan tentang sebab-sebab yang mungkin mengakibatkan keputusan yang telah diperolehi. Aspek perbincangan dalam bahagian ini akan meliputi perbandingan hasil kajian dengan kajian lepas dan fenomena-fenomena yang berkaitan dengan hipotesis-hipotesis kajian.

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

122

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

ISSN:1675-1930 ©Universiti Teknologi Malaysia

Sikap secara keseluruhan pelajar institusi pengajian tinggi terhadap sebelum kahwin

hubungan seks

Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar institusi pengajian tinggi bersikap konservatif terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Iaitu seramai 209 orang subjek daripada 250 orang subjek bersikap konservatif terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Kajian Somasundran (1978), Tang Chee Kean (1997), Leonard (1995), Chan Boon Tee (1989) dan Chee Soh Kian (2000) juga menyatakan bahawa masyarakat Malaysia bersikap konservatif terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Menurut Billy 1994 (dlm. Ongaro, 2001), nilai dan norma dalam sesuatu komuniti dapat mempengaruhi tingkah laku dan sikap seseorang individu. Kajian Gubhaju, (2002) menyatakan bahawa negara-negara Asia kurang biasa dengan hubungan seks sebelum kahwin termasuklah Negara Malaysia. Negara Malaysia adalah satu negara yang melarang hubungan seks sebelum kahwin dan terdapat perundangan yang tetap ke atas kesalahan hubungan seks sebelum kahwin. Masyarakat Malaysia juga masih lagi melihat seks sebagai aspek yang tidak boleh berbincang secara terbuka (Somasundram, 1978). Chee Soh Kian (2000), menyatakan bahawa rakyat Malaysia mengamalkan nilai ketimuran serta mempunyai pegangan moral yang murni. Beliau juga menyatakan bahawa masyarakat Malaysia menyekat bersikap permisif terhadap persetubuhan sebelum kahwin. Oleh itu, dapat menyimpulkan bahawa perundangan dan nilai dan norma yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia boleh membentuk sikap pelajar institusi pengajian tinggi terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Masyarakat Malaysia masih bersikap konservatif terhadap hubungan seks sebelum kahwin dan ia boleh menyebabkan subjek kajian bersikap konservatif.

Sumber-sumber utama memperolehi pengetahuan seksual Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan pelajar memilih rakan sebaya sebagai sumber utama kepada mereka untuk memperolehi peengetahuan yang berkaitan dengan seks. Iaitu sebanyak 47.2% subjek (118 orang daripada 250 orang) memilih rakan sebaya sebagai sumber utama kepada mereka. Majalah dan internet juga memberi pengetahuan tentang seks kepada subjek kajian. Manakala ibu bapa dan adik beradik merupakan sumber yang tidak begitu banyak menyumbang kepada pengetahuan seks kepada subjek kajian. Aline (1979) menyatakan bahawa salah satu sumber yang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas sikap dan nilai seksual golongan muda adalah pengaruh rakan sebaya. Remaja biasanya menghabiskan lebih masa bersama-sama dengan kumpulan remaja yang sebaya dengan mereka. Maka mereka akan mila pendapat dan kepercayaan kawan mereka, walaupun terdapat sesetangah masa ia adalah bertentangan dengan pendapat dan kepercayaan ibu bapa mereka. Remaja ini adalah lebih suka untuk berbincang atau bercakap masalah tentang seks bersama rakan sebaya. Syifaa’ Yusra (2005) menyatakan bahawa peranan rakan sebaya cukup kuat dalam pembentukan peribadi kerana banyak masa mereka akan dihabiskan bersama teman-teman. Apabila bersama teman-teman, ada sahaja idea-idea yang baru muncul di fikiran dan membuatkan mereka tidak malu untuk merealisasikan perancangan biarpun ia bersifat negatif. Dapatan kajian Podhista,

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

123

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

ISSN:1675-1930 ©Universiti Teknologi Malaysia

Xenos, dan Varagrat (2001), juga mendapati bahawa subjek yang memiliki rakan sebaya yang terlibat hubungan seks, mereka lebih cenderung terlibat dalam hubungan seks sebelum kahwin berbanding subjek yang tidak memiliki rakan sebaya yang terlibat dalam hubungan seks. Seltzer dan Waterman (1996), menjelaskan remaja membuat perbandingan tingkah laku dengan remaja lain. Kebanyakan pelajar institusi pengajian tinggi tinggal bersama rakan-rakan yang lain turut melanjutkan pelajaran di kolej kediaman masing-masing. Pelajar-pelajar begini bersama rakan sebaya sepanjang masa. Oleh itu, mereka berkongsi pengetahuan dan pengalaman antara satu sama lain. Mereka juga boleh merujuk rakan-rakan lain untuk mendapatkan pengetahuan mahupun pengetahuan tentang seksual dan membandingkan diri mereka dengan kawan-kawan mereka. Perkembangan sains dan teknologi menyebabkan remaja senang untuk mendapatkan pengetahuan seks tanpa didikan orang lain. Sains dan teknologi adalah termasuk internet, media massa, media elektronik, majalah, video cakera padat dan sebagainya. Media massa memainkan peranan penting di dalam mendidik masyarakat terutamanya remaja. Kurang kawalan keluarga dan pengawasan terhadap penjualan bahan seks seperti video cakera padat (VCD) lucah dikatakan pendorong remaja melakukan hubungan seks. Penggunaan internet yang penuh maklumat yang berguna juga mudah disalahgunakan (Mohammad Shatar Sabran, 2003). Pelajar institusi pengajian tinggi adalah orang yang berpendidikan tinggi dan boleh dikatakan mahir dalam bidang sains dan teknologi. Oleh itu, mereka senang dan mudah memperolehi maklumat daripada internet tentang isu-isu berkaitan dengan seks. Contohnya mendapatkan pengetahuan seks dengan melayari laman web-laman web yang berkaitan dengan seks. Bandura 1977 (dlm. Sternberg, 2004) dalam teori pembelajaran sosial menyatakan bahawa perkembangan psikoseksual adalah sumbangan dari “role model” dan ganjaran luaran. Seseorang individu mempelajari sesuatu tingkah laku melalui pemerhatian. Beliau juga menyatakan bahawa sesuatu tingkah laku agresif dapat dipelajari apabila menonton wayang dan gambar-gambar yang mempunyai unsur agresif. Oleh itu, boleh menyimpulkan bahawa remaja dapat mempelajari tingkah laku seksual apabila menonton wayang-wayang yang mempunyai unsur-unsur seksual terutamanya tayangan inggeris. Tambahan pula, mereka boleh mempelajari tingkah laku seksual apabila melihat kawan-kawan mereka melakukan hubungan seks. Kebanyakan kajian menyatakan bahawa peranan keluarga terutamanya ibu bapa adalah amat penting dalam pembentukan sikap dan tingkah laku seseorang individu. Dalam kajian ini mendapati bahawa hanya beberapa subjek memilih ibu bapa sebagai sumber pengetahuan bagi aspek seks dan pengaruh ke atas sikap seksual mereka. Chee Soh Kian (2000) menyatakan bahawa sesetengah ibu bapa bersikap tabu untuk membincang seks bersama anak-anak. Mereka beranggapan bahawa anak-anak mereka akan mengenali dan mengetahui tentang seks secara automatik apabila menjadi dewasa. Terdapat sesetengah ibu bapa pula, apabila anak menghadapi kesangsian tentang seks dan bertanya kepada mereka, mereka cuma memberikan buku-buku berkaitan dengan seks kepada anak dengan beranggapan anak-anak mereka dapat memahami dan mengenali seks dengan sendiri tanpa mengambil kira sama ada tafsiran anak tersebut betul atau salah. Wang dan rakan-rakannya (2007), menyatakan komunikasi antara ibu bapa dengan anak-anak mereka adalah satu aspek penting. Di mana komunikasi di antara perempuan dengan ibu

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

124

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

ISSN:1675-1930 ©Universiti Teknologi Malaysia

menyebabkan perempuan tersebut tidak melibatkan diri dalam aktiviti seksual. Tetapi, beliau menyatakan bahawa kebanyakan keluarga gagal dari segi komunikasi antara ahli keluarga terutamanya ibu bapa dengan anak-anaknya. Ini boleh menyebabkan anak-anak mereka tidak merujuk ibu bapa semasa mempunyai masalah. Terdapat juga pelajar yang jauh dari keluarga. Kemungkinan ini boleh mengakibatkan kebanyakan subjek kajian tidak memilih ibu bapa sebagai sumber utama untuk memperolehi pengetahuan seks dan pengaruh ke atas sikap seksual mereka.

Sikap terhadap hubungan seks sebelum kahwin berdasarkan faktor jantina Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan sikap yang signifikan di antara subjek lelaki dengan subjek perempuan terhadap hubungan seks sebelum kahwin (t(248) = 4.64, k < .05). Di mana subjek lelaki bersikap lebih liberal terhadap hubungan seks sebelum kahwin berbanding dengan subjek perempuan. Perolehan hasil kajian ini adalah sama dengan hasil kajian Chan Boon Tee (1988), Carter (1995), Chee Soh Kian (2000), Podhista, Xenos, dan Varagrat (2001), Kalinga Tudor Silva dan Stephen Schensul (2003), Farah Esna-Ashari (2005) dan Bo Wang dan rakanrakannya (2007). Manakala dapatan ini bercanggah dengan kajian Somasundram (1978), Leonard Lim (1995), Tee Seok Shun (1997), Tan Kok Wei (2001) dan Alphonsus Yong Sie Hing (2003). Terdapat beberapa sebab yang boleh mengakibatkan kepada kewujudan perbezaan sikap antara lelaki dan perempuan terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Sebab pertama ialah faktor biologi yang berbeza antara lelaki dan perempuan. Lelaki mempunyai kebangkitan seksual yang tinggi berbanding perempuan. Kebangkitan ini dapat dipengaruhi oleh genetik, paras hormon dan perbezaan keghairahan seks. Apabila wujud perbezaan kebangkitan seksual, ia secara tidak langsung mempengaruhi sikap seksual seseorang individu. Di mana kebangkitan yang tinggi bagi lelaki menyebabkan lelaki mudah terlibat dalam hubungan seks sama ada sebelum kahwin atau selepas kahwin untuk mengeluarkan nafsunya. Ia juga mempengaruhi sikap seksual mereka. Idea ini menyokong pendapat Bancroft 1989 (dlm. Johnson, Wadsworth, Wellings, Field, dan Bradshaw, 1994), yang mempercayai bahawa lelaki adalah berbeza dengan perempuan dalam tingkah laku seksual. Di mana, lelaki mempunyai desakan seks yang tinggi dan toleransi yang rendah dalam penahanan diri terhadap seksual serta mudah untuk kebangkitan seksual. Dapatan ini juga menyokong idea De Gaston 1996 (dlm. Tan Kok Wei, 2001) yang memberitahu bahawa faktor kebangkitan seksual juga berbeza di antara lelaki dengan perempuan. Lelaki lebih mudah dirangsang dengan objek seperti gambar-gambar lucah. Manakala, perempuan memerlukan hubungan sosial yang intim bagi kebangkitan seksual. Sebab kedua ialah skema gender. Apabila dilihat dari sebab kedua, hasil dapatan ini menyokong Teori Skema Gender yang mencadangkan bahawa skema gender dapat mengorganisasikan persepsi seseorang individu terhadap dunia. Di mana tanggungjawab yang di pikul oleh lelaki adalah berbeza dengan perempuan. Apabila seseorang individu mempunyai skema dan tanggungjawab, ia dapat membentuk sikap mereka terhadap sesuatu objek sikap. Subjek lelaki dan perempuan dalam kajian ini juga mempunyai skema dan tanggungjawab tersendiri. Oleh itu, perbezaan skema dan tanggungjawab antara subjek lelaki dan perempuan dalam kajian ini boleh menyebabkan kewujudan perbezaan sikap terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Idea ini juga menyamai pendapat Brewster 1993 (dlm. Ongaro, 2001) yang menyatakan bahawa peranan gender dapat mempengaruhi tingkah laku seksual seseorang individu.

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

125

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

ISSN:1675-1930 ©Universiti Teknologi Malaysia

Perbezaan sikap antara jantina terhadap hubungan seks sebelum kahwin dalam kajian ini boleh disebabkan oleh pengamalan “double standard” dalam masyarakatnya. Masyarakat sekarang menentukan tekanan sosial yang rendah ke atas lelaki dalam aspek dara berbanding perempuan. Ketidakseimbangan gender ini boleh mengakibatkan lelaki lebih aktif dalam hubungan seks sebelum kahwin. Idea ini menyokong dapatan dan pendapat Lee dan rakan-rakannya (2006) yang menyatakan bahawa “double standard” merupakan salah satu faktor ke atas perbezaan sikap antara jantina terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Tambahan pula, masyarakat kita mempunyai pandangan rendah terhadap perempuan yang melibatkan diri dalam hubungan seks sebelum kahwin berbanding dengan lelaki. Ini adalah kerana perempuan merupakan penentu utama dalam maruah bagi seseuatu sistem keluarga. Jika seseorang perempuan melibatkan diri dalam hubungan seks sebelum kahwin, perempuan tersebut akan dihina oleh masyarakat terutamanya apabila perempuan tersebut menjadi hamil. Untuk mengelakkan pandangan rendah atau sinis masyarakat, perempuan jarang terlibat dalam hubungan seks sebelum kahwin dan bersikap konservatif terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Oleh itu, subjek perempuan dalam kajian ini bersikap konservatif terhadap hubungan seks sebelum kahwin berbanding dengan subjek lelaki. Sebab ini menyokong dapatan Somasundram (1978) yang memberitahu bahawa pandangan masyarakat dapat mempengaruhi sikap seseorang individu terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Kajian Gubhaju (2002), juga menyokong idea ini. Di mana, kawalan ketat dan “double standard” yang diamalkan oleh sesebuah juga boleh mempengaruhi perbezaan sikap di antara lelaki dan perempuan terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Contohnya di Negara Bangkok mengadakan satu stigma negatif terhadap perempuan yang mengadakan hubungan seks sebelum kahwin. Pada masa yang sama, menggalakkan lelaki untuk mempunyai pengalaman seksual. Subjek lelaki dalam kajian ini lebih bersikap liberal terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Ini adalah mungkin disebabkan oleh tanda-tanda penglibatan dalam hubungan seks sukar untuk dikenalpasti pada lelaki berbanding perempuan. Contohnya, kehamilan adalah satu petanda kepada seseorang perempuan sama ada dia terlibat dalam hubungan seks atau tidak. Tetapi sukar untuk megenalpasti sama ada seseorang lelaki itu pernah terlibat dalam hubungan seks atau tidak. Ini menyebabkan lelaki lebih banyak melibatkan diri dalam hubungan seks sebelum kahwin berbanding dengan perempuan. Secara langsung tingkah laku mereka mempengaruhi sikap mereka terhadap hubungan seks sebelum kahwin.

Sikap terhadap hubungan seks sebelum kahwin berdasarkan etnik Perolehan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan sikap yang signifikan di antara etnik terhadap hubungan seks sebelum kahwin (F(3, 246) = 15.33, k < .05). Etnik Melayu bersikap lebih konservatif terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Manakala, etnik Cina lebih bersikap liberal terhadap hubungan seks sebelum kahwin berbanding dengan etnik-etnik lain.

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

126

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

ISSN:1675-1930 ©Universiti Teknologi Malaysia

Hasil kajian Somasundram (1978), Chan Boon Tee (1988), Carter (1995), Leonard Lim (1995) dan Chee Soh Kian (2000) juga membincangkan bahawa terdapat perbezaan sikap di antara etnik terhadap seksual dan hubungan seks sebelum kahwin. Manakala hasil kajian ini bercanggah dengan hasil dapatan kajian Alphonsus Yong Sie Hing (2003). Beliau menyatakan bahawa pendedahan generasi baru dengan budaya barat dan cara hidup barat yang mementingkan kebebasan dan keseronokan dapat mengurangkan jurang perbezaan antara etnik. Perbezaan sikap antara setiap etnik terhadap hubungan seks sebelum kahwin dalam kajian ini boleh disebabkan oleh perbezaan norma, budaya, cara hidup, kepercayaan, dan latar belakang antara etnik. Setiap etnik mempunyai pegangan tersendiri dalam cara hidupnya. Norma dan budaya yang diamalkan oleh sesuatu etnik juga adalah satu penentu kepada pembentukan personaliti, tingkah laku dan sikap bagi seseorang invidividu. Norma dan budaya sesuatu etnik juga menentukan apa yang patut dan tidak patut dilakukan oleh seseorang individu. Ketidaksamaan budaya, norma, cara hidup, kepercayaan dan latar belakang antara etnik boleh menyebabkan wujudnya perbezaan sikap yang signifikan antara etnik di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Dapatan ini menyokong dapatan kajian Carter (1995) yang menyatakan bahawa setiap etnik berbeza dari segi norma dan budaya. Oleh itu, sikap juga berbeza antara etnik. Kinsey 1953 (dlm. Chee Soh Kian) menyatakan bahawa agama merupakan satu faktor menyekat kepada aktiviti seksual. Dalam kajian ini mendapati bahawa kebanyakan etnik Melayu adalah beragama Islam. Agama Islam mempunyai peraturan dan perundangan sendiri dalam pengendalian aktiviti-aktiviti seksual di luar tabii. Iaitu melalui undang-undang Syariah dan makhmah Syariah, mereka akan menghukum individu-individu yang melakukan hubungan seks di luar tabii termasuklah hubungan seks sebelum kahwin (Tang Chee Kean, 1997). Oleh itu, pelajar yang beragama Islam tidak berani melibatkan diri dalam hubungan seks sebelum kahwin dan bersikap konservatif terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Tambahan pula, agama Islam memandangkan manusia ini sebagai khalifah di atas muka bumi yang berperanan untuk memaksimumkan dan menyebarkan petunjuk serta kebajikan kepadanya (Alphonsus, 2003). Agama Islam mempunyai larangan ketat dalam agama mereka terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Oleh itu, subjek etnik Melayu dalam kajian ini bersikap konservatif terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Dapatan ini menyokong hasil kajian Somasundram (1978) ke atas penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia yang mendapati bahawa pelajar etnik Melayu bersikap konservatif terhadap hubungan seks sebelum kahwin disebabkan oleh perundangan yang diamalkan oleh etnik Melayu. Dalam kajian ini juga mendapati bahawa etnik Cina bersikap liberal terhadap hubungan seks sebelum kahwin berbanding dengan etnik-etnik lain. Keputusan ini boleh berpunca daripada pemberian kebebasan kepada remaja dalam etnik Cina. Pendapat ini disokong oleh Tang Chee Kean (1997), yang menyatakan bahawa budaya Cina adalah bersifat lebih terbuka dan kurang sekatan dari segi pergaulan jika dibanding dengan kaum Melayu. Chuah Mooi Kim (dlm. Chee Soh Kian, 2000) juga memberitahu bahawa masyarakat Cina lebih bersifat liberal atau terbuka dan pergaulan terbuka. Di sini, boleh menyimpulkan bahawa kebebasan dan pergaulan terbuka dalam masyarakat Cina menyebabkan subjek etnik Cina dalam kajian ini lebih bersikap liberal terhadap hubungan seks sebelum kahwin berbanding dengan etnik-etnik lain.

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

127

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

ISSN:1675-1930 ©Universiti Teknologi Malaysia

Terdapat juga subjek yang beragama Kristian dalam kajian ini. Agama kristian adalah satu agama yang tegas dalam semua aktiviti seks. Penganut agama kristian hanya diberikan melakukan persetubuhan melalui perkahwinan sahaja dan sebarang hubungan luar nikah adalah dilarang sama sekali serta malarang melakukan pengguguran dan aktiviti masturbasi (Alphonsus, 2003). Oleh itu, subjek yang beragama kristian juga bersikap konservatif terhadap hubungan seks sebelum kahwin dalam kajian ini.

Sikap hubungan seks sebelum kahwin berdasarkan tempat berasal Hasil kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan sikap yang signifikan di antara subjek yang berasal dari bandar dengan subjek yang berasal dari luar bandar terhadap hubungan seks sebelum kahwin (t(248) = 0.76, k > .05). Ini bermakna, faktor tempat tinggal tidak mempengaruhi sikap seseorang individu terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Keputusan ini adalah sama dengan keputusan yang diperolehi oleh Somasundram (1978), Tee Seok Shun (1997), Tang Chee Kean (1997) dan Chee Soh Kian (2000). Perolehan hasil kajian ini bertentang dengan kajian Chan Boon Tee (1988) dan Leonard Lim (1995). Kajian mereka mendapati bahawa subjek yang berasal dari luar bandar adalah bersikap kurang liberal terhadap hubungan seks sebelum kahwin berbanding dengan subjek yang berasal dari bandar. Terdapat tiga sebab utama yang boleh menyebabkan kepada keputusan ini. Sebab pertama adalah persekitaran yang dikongsi oleh subjek-subjek dalam kajian ini. Menurut teori ekologi yang dikemukakan oleh Urei Bronfenbrenner, 1986 (dlm. Santrock, 2006) persekitaran adalah satu aspek penting dalam perkembangan seseorang individu dari segi pembentukan tingkah laku, sikap, personaliti dan pemikiran seseorang individu. Walaupun pelajar Universiti Malaysia Sabah berasal dari pelbagai negeri dalam Negara Malaysia sama ada bandar atau luar bandar, tetapi mereka telah memiliki satu persekitaran sosial yang baru di Universiti Malaysia Sabah. Persekitaran baru ini boleh menyebabkan mereka berkongsi banyak maklumat tentang aspek seksual dan mendapat hubungan sosial yang baru. Kemungkinan besar perubahan persekitaran sosial ini mengakibatkan tidak wujud perbezaan sikap yang signifikan di antara subjek yang berasal dari bandar dan luar bandar terhadap hubungan seks sebelum kahwin di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Seterusnya, subjek yang berasal dari luar bandar boleh meniru gaya hidup subjek yang berasal dari bandar apabila menuntut pelajaran bersama-sama di universiti. Ini juga menyokong pendapat Chee Soh Kian (2000) yang menyatakan bahawa orang yang berasal dari luar bandar akan meniru gaya hidup orang bandar apabila berhijrah ke bandar. Oleh itu, tidak lagi wujud perbezaan sikap antara subjek yang berasal dari luar bandar berbanding subjek yang berasal dari bandar terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Sebab kedua ialah perkembangan sains dan teknologi di seluruh negara kita. Di mana, semua mendapat kemudahan dan perkhidmatan yang sama tanpa mengira tempat tinggal. Keupayaan penghasilan dan penyebaran maklumat manusia seolah-olah berada dalam sebuah perkembangan global tanpa mengenai jarak geografikal. Oleh itu, semua remaja boleh mendapatkan pengetahuan seks dari media, akhbar, internet dan sebagainya secara senang dan mudah. Tanbahan pula, semua subjek dalam kajian ini adalah penuntut universiti. Oleh itu, mereka peka dalam penggunaan sains dan teknologi. Perkembangan sains dan teknologi ini juga boleh menyebabkan penurunan jurang

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

128

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

ISSN:1675-1930 ©Universiti Teknologi Malaysia

perbezaan sikap di antara subjek yang berasal dari bandar dan luar bandar terhadap seksual dan hubungan seks sebelum kahwin. Dapatan ini menyokong dapatan Tee Seok Shun (1997) menyatakan bahawa ledakan maklumat sedang bergerak aktif dengan bantuan sistem sokongannya iaitu teknologi maklumat dan teknologi telekomunikasi telah mula mempengaruhi hampir semua kegiatan utama manusia di seluruh pelusuk dunia, sama ada bandaraya, suburban atau kawasan pedalaman. Tang Chee Kean (1997) menyatakan bahawa pandangan remaja di luar bandar tidak lagi dikongkong oleh adat resam. Orang di luar bandar lebih mementingkan adat resam nenek moyangnya. Tetapi sekarang wujud kelonggaran ke atas pegangan kepercayaan, norma dan adat resam sesuatu komuniti. Oleh demikian, subjek luar bandar juga bersikap terbuka dan liberal terhadap hubungan seks sebelum kahwin seperti mana subjek berasal dari bandar dalam kajian ini.

Rumusan kajian Kajian ini adalah satu kajian yang berbentuk tinjauan untuk menguji sikap pelajar institusi pengajian tinggi terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi sebanyak 20 item sebagai alat kajian untuk mengukur sikap terhadap hubungan seks sebelum kahwin dan satu soalan untuk mengenalpasti sumber-sumber untuk memperolehi pengetahuan seks. Tahap kebolehpercayaan dan tahap keesahan alat kajian mendapati bahawa agak tinggi dengan menggunakan kaedah pekali alfa Cronbach dan teknik korelasi item keseluruhan. Pengkaji telah memilih seramai 250 pelajar Unversiti Malaysia Sabah secara rawak sebagai subjek kajian bagi kajian ini. Pengkaji melihat perbezaan sikap antara subjek dengan menggunakan faktor-faktor demografi subjek. Faktor-faktor demografi yang menguji dalam kajian ini adalah faktor jantina, etnik dantempat berasal. Pengkaji telah menggunakan kaedah Ujian-t dan ANOVA sehala dalam SPSS untuk menguji sejauhmana faktor-faktor demografi memberi perbezaan ke atas sikap pelajar institusi pengajian tinggi terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar bersikap konservatif terhadap hubungan seks sebelum kahwin dan memilih rakan sebaya sebagai sumber utama memperolehi pengetahuan seks. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan sikap yang signifikan di antara subjek lelaki dengan subjek perempuan terhadap hubungan seks sebelum kahwin (t(248) = 4.64, k < .05). Di mana, subjek lelaki lebih bersikap liberal terhadap hubungan seks sebelum kahwin berbanding subjek perempuan. Keputusan ini mungkin disebabkan oleh petbezaan faktor biologi antara lelaki dan perempuan secara semulajadi. Perolehan kajian juga menyatakan bahawa terdapat perbezaan sikap yang signifikan antara subjek yang berlainan etnik. Dalam kajian ini, mendapati bahawa subjek etnik Melayu lebih bersikap konservatif terhadap hubungan seks sebelum kahwin berbanding dengan etnik-etnik lain. Manakala subjek etnik Cina lebih bersikap liberal terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Perbezaan sikap antara etnik-etnik, mungkin berpunca daripada ketidaksamaan norma, kepercayaan, budaya, cara hidup dan latar belakang antara satu sama lain.

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

129

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

ISSN:1675-1930 ©Universiti Teknologi Malaysia

Seterusnya, kajian ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan sikap yang signifikan antara subjek yang berasal dari bandar berbanding subjek yang berasal dari luar bandar. Di mana, subjek yang berasal dari bandar dan luar bandar mempunyai sikap yang hampir sama terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Perkembangan sains dan teknologi yang pesat serta kelonggaran dalam adat resam di kawasan luar bandar boleh memberi kesan ke atas sikap subjek yang berasal dari luar bandar.

Implikasi Kajian Masalah hubungan seks sebelum kahwin semakin meningkat di kalangan remaja. Tetapti hubungan seks sebelum kahwin masih dianggap sebagai satu isu yang sensitif. Oleh demikian, isu ini tidak banyak dipersoalkan oleh masyarakat. Ini yang menyebabkan kepada peningkatatkan gejala hubungan seks sebelum kahwin. Oleh itu, kajian ini telah membuat satu kajian ke atas pelajar institusi pengajian tinggi tentang sikap mereka terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Kajian ini dapat memberi beberapa implikasi kepada masyarakat terutamanya golongan remaja. Dapatan kajian ini boleh digunakan oleh remaja lelaki dan perempuan yang ingin melihat perbezaan sikap antara jantina terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Ini adalah kerana remaja lelaki dan perempuan haruslah sedar dalam tingkah laku dan sikap mereka terhadap hubungan seks sebelum kahwin supaya mereka dapat mengelakkan beberapa masalah sosial yang berpunca daripada hubungan seks sebelum kahwin seperti keruntuhan instutisi keluarga, masalah pendidikan dan masalah kesihatan. Dapatan kajian ini juga dapat membantu remaja untuk mengenalpasti sumber-sumber memperolehi pengetahuan seks. Dalam kajian ini mendapati rakan sebaya merupakan sumber utama kepada subjek untuk mendapatkan pengetahuan seks. Kebanyakan pelajar institusi pengajian tinggi tinggal bersama kawan-kawannya semasa melanjutkan pelajarannya. Oleh itu, dapatan ini membantu mereka untuk berhati-hati semasa mendapatkan apa-apa maklumat daripada kawan. Ini juga membantu mereka untuk memastikan tidak pengaruh negatif daripada rakan sebaya ke atas sikap seksual mereka. Dapatan ini juga membantu Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mengenalpasti sikap pelajar universiti terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Ini juga membantu kementerian untuk merekabentuk langkah-langkah sewajarnya untuk mengurangkan masalah hubungan seks sebelum kahwin di kalangan pelajar di institusi-institusi pendidikan tinggi. Dapatan ini juga memberi kesedaran kepada ibu bapa, iaitu mereka dapat mengetahui bahawa sejauhmana mereka memainkan peranan dalam kehidupan anak-anak mereka terutamanya dalam aktiviti-aktiviti seksual. Mereka harus memastikan bahawa tidak ada pengaruh luar yang boleh memberi kesan negatif ke atas sikap seksual mereka. Mereka juga harus bersedia untuk membincang isu-isu seksual dengan anak-anak mereka supaya mengelakkan penerimaan maklumat tang tidak betul tentang aktiviti-aktiviti seksual.

Kesimpulan

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

130

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

ISSN:1675-1930 ©Universiti Teknologi Malaysia

Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini membuktikan bahawa pelajar institusi pengajian tinggi bersifat konservatif terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Pihak yang bertanggungjawab harus mengambil tindakan atau langkah yang sewajar untuk menangani hubungan seks sebelum kahwin terutamanya di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Hal ini kerana, hubungan seks sebelum kahwin menyebabkan kesan-kesan negatif kepada individu itu sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Rujukan Aline, K. W. (1979). Adolescent Sexuality. Singapore: Singapore University Press. Alphonsus Yong Sie Hing. (2003). Pengetahuan Seks Dan Sikap Terhadap Seks Di Kalangan Guru Sekolah Menengah. Jabatan Psikologi: UKM. Carter, W. Y. (1995). Attitudes Toward Pre-Marital Sex, Non-Marital Childbearing, Cohabitation and Marriage Among Black and Whites. NSFH Working Paper, No.61. Chaiken, S., & Stangor, C. (1987). Attitude and attitude change. Annual Review of Psychology, 385: 75-630. Chan Boon Tee. (1989). Pengetahuan Dan Sikap Terhadap Seks Di Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Latihan Ilmiah Jabatan Psikologi: UKM. Chee Soh Kian. (2000). Sikap Pelajar terhadap Hubungan Seks Sebelum Kahwin: Satu Kajian Di Kalangan Penuntut UKM. Latihan Ilmiah Jabatan Psikologi: UKM. Diyanah

Anuar. (2008). Seks Luar Nikah, Mengapakah Remaja ‘Menghalalnya’.dlm.http://intim.wordpress.com/2008/02/13/seks-luar-nikah-mengaparemaja- menghalalkannya%E2%80%99/.

Farah Esna-Ashari. (2005). Differences in Attitudes Towards Premarital Sex: The Impact of Some Dempgraphic and Sosio-Economic Factors in Sample of Shiraz City Youth (Poster Session N˚1403). Population and Development (IGPPD), University-Iran. Fishbein, M., & Ajzen, I. (1975). Beliefs, attitudes, intentions, and behavior: An introduction to theory and research. Massachusetts: Addison-Wesley. Gubhaju, B. B. (2002). Adolescent Reproductive Health in Asia. Asian-Pacific Population Journal, Vol. 17, 4: 97-119. Johnson, A. M., Wadsworth, J., Wellings, K., Julia, F. & Bradshaw, S. (1994). Sexual Attitudes and Lifestyles. London: Blackwell Scientific Publication. Latipah Bt.Selamat (1978). Sikap takut kepada kejayaan. Satu kajian sikap di kalangan pelajaripelajari wanita di UKM.

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

131

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

ISSN:1675-1930 ©Universiti Teknologi Malaysia

Lee, L. K., Chen, P. C. Y., Lee, K. K. & Kaur, J. (2006). Premarital Sexual Intercourse Among Adolescents In Malaysia: A Cross-Sectional Malaysian School Survey. Singapore Med J, 47 (6): 476-481 Leonard Lim Kok Hiang. (1995). Pengetahuan Seksual, Sikap Seksual Dan Sumber MaklumatSeksaul Di Kalangan Remaja Akhir. Latihan Ilmiah Jabatan Psikologi: UKM. Ma’rof Redzuan. (2001). Psikologi Sosial. Selangor: Universiti Malaysia Sabah. Muhd Ridzuan Hj. Mohd. Salleh. (1990). Peranan Swasta Dalam Perkembangan Keluarga. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri. Ongaro, F. (2001). First Sexual Intercourse in Health: A Shift Towards An Ever More Personal Experience? XXIV General Population Conference, Salvador-Brazil. Podhista, C., Xenos, P., dan Varagrat, A. (2001). The Risk of Premarital Sex Among Thai Youth: Individual and Family Influences. East-West Center Working Papers, No. 108-5. Rabiatul

Adawiyah Koh Abdullah. (2007). Risiko Seks Sebelum http://intim.wordpress.com/2007/05/16/risiko-seks-sebelum-kahwin/

Kahwin.dlm.

Santrock, J. W. (2006). Life-Span Development. (10th ed.). Boston: McGraw Hill. Secord, P. F. & Backman, C. W. (1964). Social Psychology. New York: McGraw Hill Book Co. Inc. Somasundram, R. (1979). Sikap Dan Trend Terhadap Tingkah Laku Seks Di Sebauah Institusi Pengajian Tinggi. Latihan Ilmiah Jabatan Psikologi: UKM. Silva, K. T. & Schensul, S. (2003). Differences in Male and Female Attitudes Towards Premarital Sex in A Sample of Sri Lankan Youth. Department of Reproductive Health and Research. 86-88. Sternberg, R. J. (2004). “Psychology”. United States: Thomson Wadsworth. Tang Chee Kean. (1997). Pengetahuan Seksual, Sikap Seksual, Sumber Maklumat Seksual Dan Tingkah Laku Seksual Di Kalangan Guru Pelatih: Satu Kajian Ke Atas Dua Buah Maktab Penguruan Di Pulau Pinang. Latihan Ilmiah Jabatan Psikologi, UKM. Tan Kok Wei. (2001). Sikap Terhadap Seks Dan Pengetahuan Seks Di Kalangan Mahasiswamahasiswi Institusi Pengajian Tinggi Awam. Latihan Ilmiah Jabatan Psikologi: UKM. Tee Seok Shun. (1997). Sikap Kaum Remaja Terhadap Perlakuan Hubungan Seks Sebeum Kahwin Berdasarkan Personaliti Mereka: Satu Perbandingan Di Antara Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Dan Pekerja-pekerja Kilang. Latihan Ilmiah Jabatan Psikologi: UKM.

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

132

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

ISSN:1675-1930 ©Universiti Teknologi Malaysia

Wang, B., Li, X., Stanton, B., Kamali, V., Naar-King, S., Shah, I. & Thomas, R. (2007). Sexual Attitudes, Pattern of Communication and Sexual Behavior Among Unmarried Out-ofSchool Youth in China. BMC Public Health, 7:189. Yap Siew Kim. (1998). Sikap Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Seks Kepada Anak Mereka. Latihan Ilmiah Jabatan Psikologi: UKM.

Jurnal Kemanusiaan Bil.19

133