SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

ekonomi, sejarah, psikologi ... • Tradisi ini muncul semula pada kurun ke-18 dan ke-19 dalam penulisan Adam Smith (Wealth of Nations), ... •Teori peny...

0 downloads 43 Views 2MB Size
SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 MEMAHAMI PARADIGMA DAN SARJANA UTAMA

KULIAH MINGGU 3 & 4

WACANA KONTEMPORARI SAINS SOSIAL • Pemikiran sains sosial dikaitkan dengan tokoh-tokoh sosiologi, antropologi dan sains politik • mengemukakan beberapa perspektif tentang masyarakat seperti perspektif fungsionalis, konflik dan interaksionis. • Apabila perspektif ini diteliti kita dapat lihat bahawa perspektif ini adalah berasaskan pemikiran sosial tokoh-tokoh klasik seperti

– Auguste Comte, – Herbert Spencer, – Emile Durkheim,

– Max Weber – Karl Marx • Abad ke-20 seperti George Herbert Mead, Charles Horton Cooley dan Robert Merton

SIFAT DAN TRADISI SAINS SOSIAL MASA KINI • Sains – pengetahuan atau ilmu yang diperolehi dengan menggunakan pemerhatian yang sistemati • Sosial – hubungan antara manusia dan hasil daripada hubungan tersebut. • Sains sosial – pengumpulan pengetahuan atau maklumat yang tepat mengenai sifat sosial manusia dan cara manusia berinteraksi dan berubah dengan menggunakan kaedah penyelidikan yang objektif. • Pemerhatian yang dibuat direkod dengan tepat dan data yang terkumpul itu disimpan untuk digunakan dari semasa ke semasa.

• Bidang sains sosial adalah seperti disiplin sosiologi, antropologi, ekonomi, sejarah, psikologi dan sains politik.

SIFAT DAN TRADISI SAINS SOSIAL MASA KINI •

Semua disiplin sains sosial – berkongsi fokus yang sama – orientasi yang berbeza.



Ahli antropologi lebih menumpu kepada – tingkah laku sosial – budaya masyarakat pra-industri

– asal-usul manusia – masyarakat dan budayanya. •

Pemikiran kontemporari sains sosial di Barat (khususnya sosiologi, antropologi, sains politik dan sejarah) boleh dibahagikan kepada dua fokus. – pemikirannya menumpu kepada kajian tingkah laku sosial pada tahap makro (misalnya sosiologi makro dan ekonomi makro) – mengkaji tingkah laku sosial pada tahap mikro (misalnya sosiologi mikro dan ekonomi mikro).

SIFAT DAN TRADISI SAINS SOSIAL MASA KINI •

Realiti sosial boleh dilihat pada dua tahap, – iaitu tindakan dan interaksi sosial dan pada tahap struktur sosial atau sistem sosial - Makro. Kajian silang budaya tentang bunuh diri (suicide) oleh Emile Durkheim pada awal kurun ke-20. – Kajian hubungan intim dan bersemuka dalam kelompok kecil yang dijalankan oleh Charles Horton Cooley dan George Herbert Mead (juga pada awal kurun ke-20) – penyelidikan tahap mikro (atau tindakan dan interaksi sosial).



Kajian dan analisis Talcott Parsons pada pertengahan kurun ke-20 cuba menggabungkan dua tahap realiti sosial ini (Cohen, 1970).



Tradisi pengajian tingkah laku sosial pada tahap makro bukanlah sesuatu yang hanya muncul pada abad ke-20.



Tradisi ini berakar umbi dalam tradisi pemikiran sosial barat zaman Yunani Kuno khususnya dalam penulisan Plato (The Republic).



Tradisi ini muncul semula pada kurun ke-18 dan ke-19 dalam penulisan Adam Smith (Wealth of Nations), Comte (Positive Philosophy), Malthus (Essay on the Principle of Population) dan Marx (Das Capital)

SIFAT DAN TRADISI SAINS SOSIAL MASA KINI •

seterusnya pada kurun ke-20 dalam penulisan Durkheim dan Weber (awal kurun ke-20) serta Malinowski, Radcliffe-Brown, Merton dan Levi Strauss pada dekad-dekad seterusnya.



Tradisi pengajian tingkah laku sosial pada tahap mikro pula, berbeza daripada tahap makro, hanya muncul pada abad ke-20.



Ini terdapat misalnya dalam penulisan George Herbert Mead, Charles Horton Cooley, Erving Goffmann dan Garfinkel.



Pada kurun ke-20 juga pemikir-pemikir sosial cuba mewujudkan tradisi ketiga, iaitu gabungan di antara tahap-tahap tindakan interaksi sosial (mikro) dan tahap struktur dan sistem sosial (makro).



Simmel dan Pareto cuba menggabungkan dua tahap ini dalam analisis mereka sementara Marx (walaupun tidak secara sengaja) lebih berjaya daripada Simmel dan Pareto dalam menggabungkan kedua-dua tahap ini (Cohen, 1970).



Walau bagaimanapun ketiga-tiga tradisi ini berkongsi sifat-sifat yang sama.

TOKOH-TOKOH PEMIKIRAN SAINS SOSIAL DI BARAT Perspektif Fungsionalis – Robert K. Merton & Bronislaw Malinowski

Perspektif Konflik – Ralph Dahrendorf & Lewis Coser TOKOH-TOKOH

Perspektif Interaksionis – Charles Horton Cooley, George Herbert Mead & Erving Goffman

TOKOH PERSPEKTIF FUNGSIONALIS ROBERT K. MERTON

BRONISLAW MALINOWSKI

• Sumbangan penting Robert Merton – kejayaannya menggabungkan teori dan penyelidikan dan usahanya menggabung pendekatan tahap mikro dan makro dalam mengkaji masyarakat. • Teori penyelewengan atau devians yang dikemukakan oleh Merton adalah teori tentang tingkah laku devians. • Beliau telah mengadaptasikan idea Durkheim tentang anomie untuk mengemukakan teori beliau, iaitu anomie theory of deviance • Merton menyatakan bahawa anggota masyarakat mengadaptasikan diri mereka terhadap jangkaan budaya dan norma sosial

• memperkenalkan penggunaan teknik pemerhatian ikut serta dalam pengumpulan data sosial – Kajian Kepulauan Trobriand, Papua New Guinea. • Beliau telah menyumbang kepada teori fungsionalis melalui bukunya A Scientific Theory of Culture. • Semua trait dalam kebudayaan merupakan bahagian-bahagian yang penting dalam masyarakat kerana ia mempunyai fungsi-fungsi tertentu. • Manusia memerlukan keperluan asas (keselamatan, rehat, makanan, pembiakan, keselesaan fizikal, pergerakan dan pertumbuhan

TOKOH PERSPEKTIF KONFLIK RALPH DAHRENDORF

LEWIS COSER

• menganalisis konflik kelas dengan menumpu kepada hubungan di antara majikan (dikenali sebagai borjuis, iaitu pemilik modal) dan pekerja (dikenali sebagai proletariat, iaitu pekerja yang tidak memiliki modal) • Politik industri – boleh diinstitusikan dengan syarat wujud pengurusan yang efektif • Jika berlaku perpecahan dalam kalangan wakil pekerja, keupayaan pemimpin kesatuan sekerja untuk mengurus sesuatu konflik akan menjadi lemah (Fatimah Daud, 1992). • Jadi konflik kelas di antara kelas borjuis dan kelas proletariat yang diutarakan oleh Marx dilihat oleh Dahrendorf sebagai konflik yang diinstitusikan dan terkawal dalam bentuk labour negotiation di antara kesatuan sekerja dan majikan.

•menggabungkan idea fungsi dengan konflik. •Dengan menggunakan pemikiran Simmel, bukunya The Functions of Social Conflict bahawa konflik boleh berfungsi untuk sistem sosial, fungsional bahawa konflik adalah sesuatu yang bersifat dalam sesuatu masyarakat. •Konflik boleh memperkukuhkan perpaduan kelompok-kelompok yang berkonflik •Coser seperti juga Dahrendorf, mengkaji hubungan industri, iaitu hubungan politik dan ekonomi antara pekerja dan majikan dalam industri. •Tetapi penulisan Coser lebih menumpu kepada fungsi konflik di antara pekerja dan majikan. Kedua-dua pihak tidak akan menang kerana kedua-duanya akan mempertahankan kedudukan dan melindungi kepentingan masing-masing (Fatimah Daud, 1992).

TOKOH PERSPEKTIF INTERAKSIONIS • Cooley adalah seorang ahli ekonomi – kemudiannya menjadi professor dalam bidang sosiologi di Universiti Michigan, Amerika Syarikat – Sociologist awal kurun 20 CHARLES • Fokus kajian dan analisisnya terhadap unit-unit kecil dalam masyarakat seperti kelompok HORTON COOLEY keluarga, geng dan kelompok sahabat, yang mempunyai hubungan intim dan bersemuka.

• Cooley menumpu penelitiannya terhadap unit-unit ini kerana beliau percaya bahawa unitunit inilah yang membentuk ideal, kepercayaan dan nilai sesuatu masyarakat. • Mead adalah pemikir sosial Amerika Syarikat yang mengasakan perspektif interaksionis. • Fokus kajiannya kepada interaksi manusia dalam kelompok-kelompok kecil. GEORGE HERBERT MEAD

• Mead menumpu perhatian kepada bentuk-bentuk komunikasi non-verbal seperti senyuman dan ekspresi muka serta isyarat lain, dan bagaimana tingkah laku individu ini dipengaruhi dan mempengaruhi kelompok atau masyarakat. • Tumpuan beliau, dengan perkataan, adalah kepada hubungan antara individu dengan kelompok atau masyarakat • Goffman mempopularkan pendekatan interaksionis yang dikenali sebagai pendekatan drama (dramaturgical approach). • Di dalam pendekatan ini anggota masyarakat dilihat sebagai pelakon pentas.

ERVING GOFFMAN

• Pendokong pendekatan ini membandingkan kehidupan harian manusia dengan set teater atau pentas. • Semasa di tempat kerja misalnya kita mempamerkan imej yang serius sementara di majlis keramaian kita mengubah imej serius kepada imej relaks dan ceria (Schaefer, 2006).

RUMUSAN



Pemikiran kontemporari sains sosial di Barat mula berkembang pada awal abad ke-20.



Pemikiran kontemporari sains sosial di Barat muncul berasaskan pemikiran sosial klasik di Barat yang dipelopori oleh Durkheim, Weber dan Marx dan berkembang pada abad ke-19 berasaskan pemikir awal seperti Saint-Simon, Montesquieu, Comte dan Martineau.



Pemikiran kontemporari sains sosial di Barat dibahagikan kepada tiga perspektif utama, iaitu fungsionalis, konflik dan interaksionis.



Perspektif fungsionalis menekan fungsi struktur dan sistem sosial serta elemen budaya dalam menjamin kestabilan masyarakat dan dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti Merton, Malinowski dan Talcott Parsons.



Perspektif konflik atau neo-marxis menekankan hubungan konflik yang berpanjangan di antara anggota masyarakat sebagai keadaan normal sesuatu masyarakat dan ia dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti Dahrendorf, Coser, Marcuse dan Habermas.



Perspektif interaksionis yang dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti Cooley, Mead, Goffman dan Garfinkel menekankan keperluan meneliti interaksi bersemuka dan intim dalam kelompok kecil untuk memahami masyarakat luas.

Terima Kasih