Suatu Malam, Sebuah Penghijrahan

lalu mengikut teman-temannya yang lain manakala Saiful berkeras untuk menemaniku. Anehnya, aku berasa selesa apabila bersama Shaiful sungguhpun kami b...

0 downloads 9 Views 15KB Size
Suatu Malam, Sebuah Penghijrahan Lampu terang menghiasi jalan yang kini semakin sunyi. Tiba- tiba kesunyian menyelinap di seluruh jiwaku. Otakku buntu. Aku hanya berjalan mengikut arah ke mana kakiku membawaku. Sepi semakin menggamit perasaanku. Adakah ini sebuah mimpi ngeri yang akan berakhir setelah aku bangun dari tidur? Malangnya, inilah nasibku yang penuh dengan kedukaan, kehibaan dan kesepian. Aku telah lari dari rumah yang aku rasa seperti api neraka yang menjulang tinggi yang tidak kunjung padam. Sekarang aku berada di tepi jalan menuju ke Esplanade. Ibuku sering membawaku ke situ. Di situlah tempat di mana aku mencari ketenangan. Di situlah juga tempat di mana aku dan ibu mencipta seribu kenangan manis. Hanya itulah harta yang aku ada; kenangan. Semuanya telah dimusnahkan oleh seseorang yang bernama ayah, termasuk impianku. Sekarang semuanya hancur bagai istana impian yang dijilat api. Ibu meninggal dunia lapan bulan yang lalu akibat terlalu menderita dengan sikap ayah yang bengis dan suka berfoya-foya. Ibu hanya memendam rasa. Ibuku menghidap penyakit darah tinggi yang teruk sehinggakan pada suatu hari dia mendapat serangan jantung yang telah meragut nyawanya. Kezaliman ayah tidak berakhir di situ. Tanah di pusara ibu masih merah. Namun ayah sudah beristeri lagi. Kini semua harta peninggalan ibu telah dibolot oleh manusia yang tidak berperikemanusiaan. Saban hari jiwaku terseksa. Aku rasa lemas berada di rumah. Aku rasa berat untuk pulang ke rumah neraka itu. Aku duduk tersadai menghadap laut. Aku memikirkan tentang nasibku yang sentiasa dirundung malang. Kini semua impianku hancur. Aku mengelamun seketika tetapi dikejutkan oleh sekumpulan budak lelaki yang nakal yang membuat bising berdekatan dengan tempat dudukku. Dua daripada mereka

menghampiriku. Mereka kelihatan peramah. Mereka mempelawaku menghisap sebatang rokok. Tanpa berfikir panjang aku mencapai rokok itu lalu menyalakannya. Kami pun berbual-bual sambil menghisap rokok. Mereka memperkenalkan diri mereka sebagai Saiful dan Adit. Setelah itu Adit beredar lalu mengikut teman-temannya yang lain manakala Saiful berkeras untuk menemaniku. Anehnya, aku berasa selesa apabila bersama Shaiful sungguhpun kami baru berkenalan. Ada keserasian di antara kami. Dia pandai mengambil hatiku. Kami berbual seperti rakan lama. Namun, rupa-rupanya ada udang di sebalik batu, ada motif tidak baik di sebalik kemesraannya itu. Dia mempelawa aku ke rumahnya dan bermalam di situ. Shaiful sangat licik dan pandai memperdaya dan meyakinkan aku. Lantas aku yang bodoh ini menurut sahaja kata-katanya. Setelah sejam berada di rumhnya, tangan Shaiful pun mula meraba-raba tubuhku. Tanpa segan silu dia mula memeluk dan merabaku. Aku berasa rimas dan tidak selesa. Aku cuba melepaskan diri tetapi entah kenapa aku berasa tidak berdaya. Mujurlah tiba-tiba dia meminta diri untuk mandi. Aku pun mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri.

Oleh: Zalikha Fatanag Sekolah Menengah Outram Menengah 4/5 (2007)