Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah …

Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia: Satu Tinjauan Umum Faridah Che Husain1 ... Nabi Muhammad SAW dan para s...

0 downloads 36 Views 173KB Size
Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 79-91

Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia: Satu Tinjauan Umum Faridah Che Husain1 Fakhrul Adabi Abdul Kadir2 Abstrak Education is a major factor throughout the development of integrated human capital. Education should start from childhood and continues to old age. Akhlaq and moral education are vital components of education in shaping worthy personal traits that makes a good citizen. Education is not simply a process to satisfy mental needs for knowledge, but it also serves to educate, to embed commendable traits in oneself, to become accustomed to righteous manners, as well as to equip the individual for a life that is pure and sincere. A civilization starts with knowledge or education process that leads to the advancement of mankind. The main issue put fourth in this paper is the importance of akhlaq and moral education. Discussion between akhlaq and moral are based on syllabus of Islamic Studies and Moral Studies for secondary schools. Therefore, this conceptual paper suggests that the core elements of akhlaq and moral education are compatible. There are similarities between akhlaq and moral education but the scope of discussion remain different. Keywords: education, akhlaq, moral Pengenalan Isu berhubung akhlak dan moral amat menarik untuk dibuat kajian dan penyelidikan ekoran timbulnya pelbagai permasalahan sosial yang boleh menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat dewasa kini. Peningkatan yang pesat dari segi teknologi, ekonomi, sosial dan budaya telah membawa beberapa perubahan besar. Masyarakat dan generasi kini harus dididik supaya mampu menghadapi perubahan-perubahan ini. Cabaran paling besar adalah untuk membentuk masyarakat yang berkeupayaan secara intelek untuk menerima dan menepis segala perubahan besar yang kebanyakannya datang bersama arus globalisasi. Dunia hari ini telah dilakari oleh pelbagai trend dan paradigma kehidupan bentuk baru. Globalisasi telah memberi impak yang bukan sedikit dalam kehidupan berakhlak dan bermoral sesebuah masyarakat. Pengaruh dan kesan yang dibawa oleh pelbagai 1

2

Faridah Che Husain, Calon PhD, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Fakhrul Adabi Abdul Kadir, PhD, Pensyarah Kanan di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

79

Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia: Satu Tinjauan Umum

isme menerusi medium teknologi komunikasi maklumat (ICT) telah memberi kesan besar terhadap sosial masyarakat terutamanya di kalangan remaja dan muda mudi. Hal ini tidak terkecuali daripada meresapi jiwa dan jati diri masyarakat Malaysia sama ada yang tinggal di bandar mahupun di luar bandar. Statistik kerosakan sosial dan moral membuktikan fenomena ini seperti mencuri, merompak, merogol, membunuh, menagih dadah, menderhaka kepada kedua ibu bapa, merayau tanpa kad pengenalan, melakukan kesalahan lalu lintas, termasuk menunggang motosikal tanpa lesen dan merempit, lari dari rumah, masuk ke kawasan larangan, memiliki bahan lucah, melanggar Akta Telekomunikasi dan Multimedia serta membawa bahan larangan selain dadah dan seumpamanya.3 Penulisan artikel ini merupakan sebahagian daripada sorotan literatur yang diperolehi dari hasil pembacaan buku-buku bagi mendapatkan maklumat yang lengkap mengenai tajuk tersebut. Maklumat yang diperolehi diharapkan dapat memberi kefahaman yang jelas mengenai kepentingan pendidikan akhlak dan moral dalam kehidupan individu bermasyarakat. Kepentingan Pendidikan Akhlak dan Moral dalam Kehidupan Manusia Sejagat Pepatah seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya mempunyai keselarian dengan pembinaan insan dan pembentukan peribadi mulia yang seharusnya bermula dari peringkat kanak-kanak lagi. Apabila kanak-kanak sudah diterapkan dengan ciri-ciri peribadi unggul yang baik, sekaligus dia akan menjadi anggota masyarakat yang baik. Individu yang dididik dengan sempurna mampu memberinya kekuatan apabila berhadapan dengan pelbagai permasalahan sosial yang kian melanda kini. Bahkan ia mampu menangkis segala gejala negatif dan tidak mudah terpengaruh dengan gejalagejala yang tidak sihat seperti lepak, merempit, ketagihan dadah, merokok, membunuh, ketagihan seks dan sebagainya. Jelas bahawa pendidikan merupakan cabang utama dalam pembentukan individu. Peranan pendidikan terutamanya dalam subjek Pendidikan Akhlak dan Pendidikan Moral yang diajar kepada para pelajar dapat membantu merealisasikan pembentukan peribadi insan yang baik sekaligus sebagai rakyat dan warganegara yang baik. Terdapat beberapa unsur asas berkaitan kepentingan dan peranan pendidikan akhlak.4 Antaranya ialah: 1. berperanan membentuk semangat dan kecenderungan seseorang individu untuk melakukan kebaikan sehingga ia berusaha mewujudkan kebaikan untuk semua, berusaha menghindari tindakan yang jahat, dan berupaya mencegah kejahatan di kalangan ahli masyarakat. 2. membentuk semangat persaudaraan sesama manusia. 3 4

Berita Harian, Julai 16, 2009:4 “Pemusnahan Diri Trend Pelajar Wanita”. Yaljin (1986) yang dipetik dalam Khadijah Abdul Razak (2006) telah menyenaraikan beberapa unsur penting dalam pendidikan akhlak individu. Sila rujuk Khadijah Abdul Razak. (2006). Pendidikan Akhlak: Konsep dan Peranannya dalam Pembentukan Insan. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 50: Pendidikan Islam & Bahasa Arab Pemangkin Peradaban Ummah anjuran Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang pada 5-6 Ogos 2006, h. 118-119.

80

Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 79-91

3. membentuk kesedaran terhadap kehidupan sosial. 4. membentuk keperibadian yang kuat dan jiwa yang kukuh. Pendidikan moral tidak jauh bezanya dengan pendidikan akhlak yang penting untuk meningkatkan kemajuan rohani seseorang. Malah kepentingan ini jelas dalam pendidikan dan gesaan menuntut ilmu pengetahuan yang bertujuan meningkatkan kemajuan rohaniah, mental dan spiritual manusia. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah lagi kepadanya, adakah sama orang-orang yang mengetahui atau berilmu dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.”5 Ini menunjukkan bahawa kedudukan orang yang berilmu tidak sama dengan orang yang tidak berilmu. Jika orang yang berilmu dipandang mulia dan diutamakan maka begitulah orang yang dididik dengan akhlak mulia akan lebih beradab sopan dalam tingkah lakunya. Tujuan mengajar pendidikan akhlak dan moral kepada seseorang ialah untuk mendidik dan membinanya menjadi manusia yang tinggi tingkah lakunya. Namun pendidikan akhlak meninjau lebih jauh lagi bahawa ia bukan sekadar mendidik peribadi yang baik malah melibatkan kesempurnaan iman seseorang dan dapat membezakan seseorang daripada makhluk lain. Umpamanya pendidikan akhlak Islam yang diamalkan akan menunjukkan kesempurnaan iman individu. Pendidikan akhlak dan moral akan membawa manusia ke arah kehidupan yang sempurna. Menurut Sayid Mujtaba Musawi Lari, kesempurnaan manusia adalah terletak pada pembebasan dirinya dari ikatan hawa nafsu yang mendorong ke arah kejahatan. Manusia merupakan makhluk yang dilengkapi dengan kekuatan akal dan mempunyai hasrat serta hawa nafsu yang tidak terbatas. Apabila manusia tidak mampu mengendalikan hasrat dan nafsunya, maka ia akan menjadi seolah-olah binatang buas yang boleh menyebabkan kehancuran besar.6 Oleh itu, melalui pendidikan akhlak dan moral yang sempurna dapat membantu seseorang daripada terjerumus dalam hawa nafsu yang selalunya mengajak manusia melakukan perkara yang tidak baik. Pendidikan akhlak dan moral mampu membawa kesenangan kepada individu. Sebagai contoh, kesenangan yang dicapai oleh Rasulullah SAW terletak dalam kekuatan dan ketinggian budi pekerti serta peribadi yang mulia. Dengan peribadi mulia inilah Rasulullah SAW melaksanakan kewajipannya sebagai pengembala kambing dan penimba air. Dengan budi pekerti dan akhlak mulia juga Rasulullah teguh memegang amanah, jujur dalam berusaha, baik dalam menghitung wang mahupun urusan timbang menimbang barang. Rasulullah SAW juga berjaya menyampaikan risalah dan dakwah bagi menyeru manusia agar menerima kebenaran dan meninggalkan kemungkaran. Dengan akhlak mulia baginda SAW mendapat kepercayaan rakyat untuk dilantik sebagai ketua negara. Segala kritikan diterima oleh Rasulullah SAW dengan hati terbuka dan berlapang dada. Dengan akhlak Rasulullah 5 6

Surah al-Zumar ayat 9. Sayid Mujtaba Musawi Lari. (1997). Ethics and Spiritual Growth. Ali Quli Qara‟i (terj), Tehran: Foundation of Islamic Cultural Propagation in the World, h. 21.

81

Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia: Satu Tinjauan Umum

SAW juga berjaya membina kawan dan menghadapi lawan semasa peperangan. Walaupun Rasulullah SAW bersifat tegas terhadap lawannya, namun tetap terpancar akhlaknya yang mulia dan sifat kasih sayang terhadap umatnya. Sekalipun tidak pernah baginda bersifat pemarah, berhati keras dan kasar. Pendidikan akhlak dan moral merupakan perkara penting dalam keluarga, masyarakat dan negara. Keluarga yang harmoni dapat dibentuk apabila wujudnya budi pekerti yang baik dalam kehidupan berkeluarga. Kebahagiaan dan ketenangan dalam keluarga dapat dicapai dengan mengamalkan akhlak mulia seperti dalam rumah tangga Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Seterusnya keharmonian dalam keluarga akan membantu perkembangan masyarakat yang sejahtera dan keamanan sesebuah negara. Pengertian dan Konsep Pendidikan Akhlak dan Moral Persoalan mengenai akhlak dan moral bukanlah perkara asing lagi dewasa kini. Selain dua istilah ini, perkataan lain yang agak sinonim turut diguna pakai seperti etika, nilai dan norma. Ia merupakan persoalan yang telah lama dibincangkan iaitu seawal wujudnya kejadian manusia di bumi ini. Sebagai bukti yang dinyatakan dalam alQuran surah al-Ma‟idah ayat 27-32 mengenai kisah Habil dan Qabil, iaitu dua orang putera Nabi Adam a.s yang bersengketa dan akhirnya menyebabkan Habil terbunuh. Habil dilambangkan sebagai seorang yang jujur dan baik, manakala Qabil dilambangkan sebagai seorang yang penuh kejahatan. Sarjana Islam, al-Imam al-Ghazali melihat akhlak sebagai ethics of the soul. Menurut beliau, akhlak adalah sifat yang melekat dalam jiwa seseorang yang menjadikan ia dengan mudah tanpa banyak pertimbangan.7 Perkataan akhlak melalui pendekatan linguistik adalah berasal dari bahasa Arab iaitu khuluq, yang bererti budi pekerti, perangai, tingkah laku (tabiat) dan adat kebiasaan.8 Sementara Mohd Nasir dan Zulkiflee pula mendefinisikan akhlak sebagai tabiat atau maruah, iaitu: “Akhlak bererti tabiat atau maruah, sering disebut juga sebagai moral dan etika. Ia merupakan sains yang mengkaji keadaan dalaman seseorang yang menjadi pendorong untuk melahirkan tingkah laku luaran. Ringkasnya, akhlak ialah gambaran batin atau keimanan seseorang”.9 Akhlak Islam merupakan prinsip dan kaedah yang mengatur tingkah laku manusia seperti yang telah ditetapkan oleh wahyu bagi menjamin kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.10 Menurut Haron Din, akhlak secara umum merupakan sistem akhlak atau 7

8

9

10

Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad b. Muhammad. (1990). Ihya‟ `Ulum al-Din. juzu‟ 3. Damsyik: Dar al-Khayr, h. 69. Aydin, Mehmet. (1992). Islamic Ethics. Dalam L. C. Becker & C. B. Becker (eds.), Encyclopedia of Ethics. Vol. 1. Nork: Garland Publishing Inc., h. 631; Noresah bt. Baharom (pnyt), (2005). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 25. Mohd Nasir Ripin dan Zulkiflee Haron. (2005). Konsep Tamadun Islam. Dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Skudai, Johor: Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial Universiti Teknologi Malaysia, h. 49. Abdullah Muhammad Zin. (2004). Falsafah dan Etika Pengurusan Islam. Dalam Ali Yakub Matondang et al. (pnyt), Asas Kecemerlangan Ummah. Kuala Lumpur: Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), h. 20.

82

Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 79-91

tingkah laku manusia yang bersumberkan kepada asas wahyu atau syarak.11 Ini menunjukkan bahawa akhlak yang baik dapat menjamin kesejahteraan hidup manusia. Manakala moral adalah perkataan yang berasal daripada bahasa Latin „mores‟, yang bermaksud keadaan satu-satu tindakan manusia, sama ada secara individu atau kelompok.12 „Mores‟ juga beerti kebiasaan atau adat.13 Selain itu, istilah „mores‟ ini dapat diertikan juga sebagai „ethos‟ dalam bahasa Greek.14 Moral juga merangkumi perbuatan, tingkah laku atau ucapan seseorang semasa berinteraksi dengan manusia lain. Sesuatu perkara yang dilakukan oleh seseorang jika sesuai dengan nilai dan dapat diterima serta menyenangkan lingkungan masyarakatnya, maka orang itu dianggap mempunyai moral yang baik, begitu juga sebaliknya. Istilah moral lebih berpihak kepada baik buruknya perbuatan manusia sebagai manusia. Pembicaraan tentang moral juga adalah berkaitan dengan bidang kehidupan manusia yang dinilai dari baik buruknya perbuatan seseorang sebagai manusia. Norma moral dijadikan sebagai ukuran untuk menetapkan betul salahnya sikap dan tindakan manusia, baik buruknya sebagai manusia. Oleh itu, manusia yang tidak memiliki moral disebut amoral, yang bermaksud tidak bermoral dan tidak memiliki nilai positif di mata manusia lainnya. Moral juga sering dikaitkan dengan proses sosialisasi individu dan tanpa moral manusia tidak mampu melakukan proses sosialisasi. Umpamanya, dalam konteks mengajar seseorang ke arah pembentukan peribadi yang baik atau membetulkan kesalahan yang dilakukan, beberapa kaedah digunakan seperti menegur, memberi nasihat, menakutkan dengan menggunakan rotan dan sebagainya. Sementara al-Ghazali membahaskan persoalan moral dan etika dengan pendekatan kerohanian dengan memakai istilah akhlaq yang berasal dari akar kata „kha‟, „lam‟, „qaf‟ yang bermaksud penciptaan. Daripada istilah ini juga terbitnya perkataan makhluq, bererti yang dicipta, iaitu manusia sebagai pemilik akhlak. Makhluq ini pula mempunyai kaitan dengan Khaliq, iaitu pencipta segala makhluk di alam ini.15 Justeru dalam konteks ini, pembangunan akhlak mempunyai kaitan dengan kejadian manusia di muka bumi ini dan hubungannya dengan Allah SWT. Peranan dan Matlamat Pendidikan Akhlak dan Moral Pendidikan telah dikenal pasti sebagai kunci dan elemen yang penting dalam menggerakkan pembangunan insan. Pendidikan bukan setakat melahirkan seorang yang berpengetahuan tinggi tetapi juga berakhlak. Seiring dengan kepesatan perkembangan teknologi hari ini, negara sering dikejutkan dengan pelbagai isu berkaitan permasalahan akhlak dan tingkah laku pelajar yang dikaitkan dengan tugas guru Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral di sekolah. Pada kaca mata masyarakat, 11 12

13 14 15

Haron Din. (2007). Islam Rujukan Efektif Akhlak Mulia. Kuala Lumpur: PTS Publication, h. 17. Ghazali Basri. (2007). Penghayatan Nilai Moral dan Akhlak dalam Konteks Pendidikan Umat Berbilang Agama di Malaysia. Dalam Ahmad Mohamad Said & Mohd Nasir Mohd Tap (pnyt), Pendidikan Sebagai Wahana Pentamadunan Ummah. Kajang: Kolej Dar al-Hikmah, h. 132. K.Bertens. (2003). Etika dan Moral Untuk Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur: Universiti Malaya, h. 2. Runes D.D. (1979). Dictionary of Philosophy. New Jersey, USA: Littlefield Adam and Co., h. 202. Ghazali Basri. (2007). op.cit., h. 135.

83

Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia: Satu Tinjauan Umum

tugas para pengajar adalah sangat berat iaitu untuk membawa golongan pelajar kembali ke pangkal jalan dan mampu membina benteng yang kukuh dalam menangkis segala bentuk kebatilan. Sejajar dengan keperluan semasa masyarakat Malaysia, subjek Pendidikan Islam telah diperkenalkan sebagai subjek wajib di peringkat rendah dan menengah. Pelaksanaan kurikulum pengajaran Pendidikan Islam di Malaysia telah diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, telah mengungkapkan Falsafah Pendidikan Islam sebagai: “Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat”.16 Falsafah Pendidikan Islam adalah suatu usaha mendidik manusia yang bertujuan untuk memberi segala ilmu, kemahiran dan penghayatan agar dapat menjadi insan yang soleh seterusnya dapat menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT di samping bermotivasi untuk membangunkan diri, masyarakat, agama dan negara untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Falsafah Pendidikan Islam menyatakan dengan jelas segala matlamat dan tujuan Pendidikan Islam, di samping menentukan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran.17 Sememangnya Falsafah Pendidikan Islam adalah juga selaras dengan pembentukan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang turut mementingkan aspek ketuhanan sebagai perkara utama. Falsafah Pendidikan Negara yang dibentuk adalah seperti berikut: “Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.18

16

17

18

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). KBSM: Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah Tingkatan 4. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Kuala Lumpur: KPM, h. iv. Mohd Yusuf Ahmad. (2004). Falsafah dan Sejarah Pendidikan Islam. Kuala Kumpur: Penerbit Universiti Malaya, h. 29. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). op.cit., h. iv.

84

Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 79-91

Falsafah Pendidikan Islam secara jelasnya menekankan usaha untuk memperoleh kesejahteraan di dunia dan akhirat. Matlamat ini semestinya berasaskan kepada keimanan yang mantap kepada Allah SWT. Namun secara realitinya, matlamat tersebut menghadapi cabaran yang begitu hebat khususnya dalam era globalisasi ini. Oleh itu, Pendidikan Islam merupakan suatu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan kepada al-Quran dan Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah SWT yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. Sementara matlamat pengajaran subjek Pendidikan Islam di sekolah adalah untuk melahirkan individu Islam yang beramal soleh, seterusnya melahirkan warganegara yang beriman. Pendidikan Islam juga berusaha mendidik dan membimbing pelajar ke arah melahirkan insan yang mempunyai keseimbangan dari segi material dan spiritual yang melibatkan pembangunan seluruh potensi diri sama ada roh, akal dan jasad yang mencakupi domain tingkah laku, kognitif dan juga afektif. Pencapaian matlamat Pendidikan Islam ini tergambar melalui wujudnya pertumbuhan yang menyeluruh dan bersepadu dalam peribadi pelajar, kesepaduan di antara iman, ilmu dan amal soleh. Ini akan membolehkan pelajar menjalani kehidupan sebaik mungkin dengan bertunjangkan akidah Islam, iaitu Iman dan Ihsan sepanjang masa bagi mencapai keseimbangan kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Selain subjek Pendidikan Islam, subjek Pendidikan Moral juga telah diperkenalkan sebagai satu subjek wajib kepada pelajar-pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam di semua peringkat persekolahan iaitu dari pra-sekolah sehingga ke Tingkatan 5 (Akta Pendidikan 1996). Dari segi kurikulum, sukatan pelajaran Pendidikan Moral untuk Sekolah Rendah (KBSR) mengandungi lima bidang pembelajaran untuk menyampaikan nilai-nilai murni di kalangan pelajar. Manakala sukatan pelajaran Pendidikan Moral untuk Sekolah Menengah (KBSM) mengandungi tujuh bidang pembelajaran untuk menyampaikan nilai-nilai murni di kalangan pelajar.19 Pendidikan Moral juga telah dijadikan sebagai mata pelajaran yang wajib bagi pelajar warganegara Malaysia bukan Islam yang menuntut di institusi pengajian tinggi swasta di negara Malaysia di bawah Subseksyen 43 (1) Akta 555 (akta IPTS). Kelulusan dalam mata pelajaran ini telah dijadikan sebagai pra-syarat dalam penganugerahan sijil, diploma dan ijazah di IPTS bagi warganegara Malaysia. Ini membuktikan bahawa Pendidikan Moral merupakan satu mata pelajaran penting dalam sistem pendidikan di Malaysia untuk membina sebuah masyarakat yang beretika dan bermoral. Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara. Pendidikan Moral yang digubal merupakan satu program yang mendidik 19

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). KBSM: Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 5. Pusat Perkembangan Kurikulum Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur: DBP. h. 1.

85

Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia: Satu Tinjauan Umum

pelajar supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral.20 Dalam konteks negara Malaysia, Pendidikan Moral yang diajar kepada pelajar bukan Islam di sekolah memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang berbilang kaum yang memiliki perbezaan agama, tradisi dan adat resam. Dengan itu, pelajar bukan Islam dapat membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral dan individu yang bertanggungjawab terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan.21 Bagi memantapkan garis panduan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyenaraikan beberapa objektif bagi mencapai hasrat negara dalam mewujudkan masyarakat yang berakhlak dan bermoral,22 iaitu: 1. memahami dan menghayati nilai-nilai yang diperlukan untuk berakhlak mulia; 2. menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar serta berusaha ke arah mengekalkannya; 3. meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup dalam negara Malaysia yang demokratik; 4. mengembangkan pemikiran yang matang berasaskan nilai moral dan kerohanian dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah; dan 5. mempunyai iltizam untuk mengamalkan perlakuan yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia. Selain objektif, beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial, iaitu bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain; berpegang teguh pada ajaran agama; prihatin kepada alam sekitar; mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup; bersemangat patriotik; menghormati hak asasi manusia; dan mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan. 23 Isu-isu Pendidikan Akhlak dan Moral Berdasarkan Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1 Hingga 5 dan Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 1 Hingga 5 Isu-isu yang dibincangkan dalam Pendidikan Akhlak dibuat berdasarkan kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Manakala isu-isu moral dibuat berdasarkan kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 1 hingga 5. Perbincangan ini bertujuan untuk mengenal pasti unsur-unsur persamaan dan perbezaan dalam Pendidikan Akhlak dan Moral yang dapat dilihat berdasarkan jadual di bawah. 20 21 22 23

Ibid. Ibid. Ibid., h. 3. Ibid., h. 1.

86

Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 79-91

Jadual 1: Unsur-Unsur Persamaan dan Perbezaan dalam Pendidikan Akhlak dan Pendidikan Moral Tingkatan 1 hingga 5 Nilai Pembelajaran Nilai Perkembangan Diri

Pendidikan Moral

Pendidikan Akhlak

1. Kepercayaan Kepada Tuhan 2. Amanah 3. Harga Diri 4. Bertanggungjawab 5. Hemah Diri 6. Toleransi 7. Berdikari 8. Kerajinan 9. Kasih Sayang 10. Keadilan 11. Rasional 12. Kesederhanaan

1. Adab Menjaga Fitrah Lelaki dan Perempuan 2. Adab Berkawan 3. Adab Berguru 4. Adab Menuntut Ilmu 5. Adab Membaca Al-Quran 6. Nikmat dan Musibah Ujian Kehidupan 7. Menjaga Maruah Diri 8. Memelihara Kesucian Masjid dan Surau 9. Memelihara Kesucian Mushaf 10. Doa Penyeri Kehidupan 11. Wawasan Beribadah 12. Adab Menjalankan Tugas 13. Adab Bercakap dalam Majlis 14. Adab Berpidato 15. Akal Cahaya Kehidupan 16. Adab Berhias Diri 17. Adab Amar Makruf Nahi Mungkar 18. Zikrullah Pengubat Hati 19. Adab Kepada Rasulullah SAW 20. Adab Musafir 21. Adab Berjuang (Berjihad) 22. Adab Memberi dan Menerima Sedekah / Hadiah 1. Adab Menjaga Fitrah Lelaki dan Perempuan 2. Adab Kepada Ibu Bapa 3. Adab Bergaul dengan Keluarga 4. Menjaga Maruah Diri 5. Adab Menjaga Orang Sakit 6. Adab Menziarahi Jenazah

Nilai Kekeluargaan

Nilai Sekitar

1. Kasih Sayang terhadap Keluarga 2. Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga 3. Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan 4. Tanggungjawab terhadap Keluarga Alam 1. Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar

87

1. Menjana Keharmonian Hidup 2. Adab di Tempat Rekreasi 3. Adab Menjaga Alam

Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia: Satu Tinjauan Umum

2. Keharmonian antara Manusia dengan Alam Sekitar 3. Kemapanan Alam Sekitar 4. Peka terhadap isuisu Alam Sekitar Nilai Patriotisme:

1. Cinta akan Negara 2. Taat Setia kepada Raja dan Negara 3. Sanggup Berkorban untuk Negara 1. Melindungi Hak Kanak-kanak 2. Menghormati Hak Wanita 3. Melindungi Hak Pekerja 4. Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya 5. Melindungi Hak Pengguna

1. Adab Bernegara 2. Adab dengan Pemimpin 3. Adab Berjuang (Berjihad)

Nilai Demokrasi

1. Mematuhi Peraturan dan Undang-undang. 2. Kebebasan Bersuara 3. Kebebasan Beragama 4. Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara 5. Sikap Keterbukaan

1. Adab Bernegara 2. Adab dengan Pemimpin

Nilai Keamanan dan Keharmonian

1. Hidup Bersama Secara Aman 2. Saling Membantu

1. Adab Menjaga Fitrah Lelaki dan

Nilai Hak Asasi Manusia

88

1. Adab Menjaga Harta Sekolah 2. Memelihara Kesucian Masjid Dan 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Surau Memelihara Kesucian Mushaf Adab dalam Hubungan Sosial Adab Menjaga Orang Sakit Adab di Tempat Rekreasi Adab Menjaga Kemudahan Awam Adab Bernegara Adab Berjual Beli

Perempuan

2. Adab Menjaga Harta Sekolah

Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 79-91

dan Bekerjasama 3. Saling Menghormati antara Negara

3. 4. 5. 6. 7. 8.

Menghayai Adab Berjiran Menjana Keharmonian Hidup Adab di Tempat Rekreasi Adab Menjaga Kemudahan Awam Adab Menziarahi Jenazah Adab Memberi dan Menerima Sedekah / Hadiah

Jadual 1 di atas menunjukkan unsur-unsur persamaan dan perbezaan Pendidikan Akhlak yang dilakukan berdasarkan pembahagian Nilai Pembelajaran dalam Pendidikan Moral dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Berdasarkan sukatan pelajaran Pendidikan Moral untuk Sekolah Menengah (KBSM), terdapat tujuh bidang pembelajaran yang telah dikenal pasti untuk menyampaikan nilai-nilai murni dan membolehkan pelajar memahami, menghayati serta mengamalkan prinsip-prinsip tersebut. Bidang pembelajaran tersebut terdiri daripada nilai-nilai yang berkaitan dengan perkembangan diri, kekeluargaan, alam sekitar, patriotisme, hak asasi manusia, demokrasi dan keamanan dan keharmonian.24 Walaupun bidang pembelajaran dan nilai yang sama diajar kepada pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, namun skop dan penekanan isi pelajaran adalah berbeza kerana isu-isu moral dan kandungan yang dikemukakan adalah semakin kompleks dan mendalam selaras dengan tahap keperluan dan kematangan pelajar.25 Setiap bidang pembelajaran ini juga mempunyai persamaan nilai-nilai yang diperincikan mengikut tahun. Selain itu, setiap nilai ini juga mempunyai kandungan akademik yang diolah bersesuaian dengan kebolehan dan tahap kematangan pelajar yang bermula dari diri, keluarga, masyarakat, negara dan diperingkat antarabangsa. Nilai-nilai yang terdapat dalam tujuh bidang pembelajaran ini meliputi pelbagai bidang seperti agama, sejarah, alam sekitar, isu-isu semasa dan dasar-dasar kerajaan.26 Manakala isu-isu akhlak dalam Pendidikan Islam yang diajar kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 membincangkan nilai-nilai yang berbeza. Perbincangan mengenai isu-isu akhlak dalam Pendidikan Islam adalah terkandung dalam subjek Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah yang terdiri daripada beberapa bidang lain seperti Pengajian al-Quran, „Ulum al-Quran, Pengajian al-Hadis, „Ulum alHadis, Akhlak dan Tamadun Islam (KPM, KBSM, Sukatan Pelajaran Pendidikan alQuran dan al-Sunnah, 2002:3).27 Sifat-sifat dan amalan mulia diajar kepada pelajar Islam dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Matlamat yang ingin disampaikan dalam Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah adalah untuk lahirkan pelajar yang berilmu, beriman, beramal salih dan bertaqwa. Selain itu, ia juga diharapkan mampu membina 24 25 26 27

Ibid. Ibid., h. 3. Ibid., h. 4. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). KBSM: Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah Tingkatan 5. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Kuala Lumpur: KPM, h. 3.

89

Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia: Satu Tinjauan Umum

masyarakat yang beriman, berakhlak mulia, bersyukur, bersefahaman dan bersatu padu menghulurkan sumbangan kepada pembentukan dan perkembangan diri serta tamadun. Berdasarkan nilai pembelajaran dalam jadual di atas, Pendidikan Akhlak dan Moral amat memberikan penekanan kepada nilai berkaitan perkembangan diri pelajar. Nilai ini dilihat sebagai unsur paling penting dalam memupuk amalan terpuji di kalangan pelajar yang berasaskan kepada amalan risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan perjuangan para sahabat r.a. serta ulama Islam. Manakala nilai-nilai lain yang turut diberi penekanan dalam pendidikan akhlak ialah nilai kekeluargaan, nilai hak asasi manusia, dan nilai keamanan dan keharmonian. Hal ini berbeza dengan pendidikan moral yang lebih menekankan nilai alam sekitar dan nilai demokrasi yang dilihat sebagai unsur penting memupuk nilainilai murni dalam membentuk sebuah masyarakat yang harmoni. Ini berkemungkinan juga masyarakat bukan Islam yang mempelajari Pendidikan Moral lebih terdedah kepada pandangan agama masing-masing yang lebih memberi perhatian kepada alam sekitar dan disiplin. Hal ini dapat dilihat kecenderungannya dalam nilai demokrasi. Walaupun isu-isu akhlak dalam Pengajian Islam tidak memberi penekanan kepada nilai alam sekitar dan nilai demokrasi, namun isu-isu berhubung nilai ini sebenarnya sudah diselit dan diajar dalam bidang-bidang pengajian yang lain secara tidak langsung dalam bidang-bidang pengajian seperti Pengajian al-Quran, „Ulum al-Quran, Pengajian al-Hadis, „Ulum al-Hadis, Akhlak dan Tamadun Islam. Kesemua bidang ini merupakan kesepaduan ilmu yang berpaksikan akidah Islamiah yang dapat melahirkan generasi yang menghayati budaya ilmu, budaya kerja dan akhlak terpuji. Kebanyakan nilai yang disentuh dalam Pendidikan Moral adalah untuk memahami persoalan-persoalan dan isu kehidupan yang mempengaruhi budaya serta cara hidup bermasyarakat. Kebanyakan nilai ini menyentuh aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral bagi membina panduan hidup sebagai insan yang bermoral. Ini membolehkan pelajar menjadi individu yang bertanggungjawab moral dalam setiap tindakan yang dilakukan. Kesimpulan Berdasarkan hasil perbincangan isu-isu Pendidikan Akhlak dan Moral didapati bidang akhlak dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5 dan kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 1 hingga 5 memberi penekanan yang berbeza. Bidang akhlak dilihat lebih luas dan menyeluruh berbanding dengan isu-isu moral dalam membentuk sifat-sifat mulia dan terpuji di kalangan pelajar. Nilai-nilai murni dan akhlak mulia bukan sahaja terangkum dalam subjek akhlak semata-mata, malah ia sememangnya diselitkan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek-subjek lain dalam sukatan Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Manakala perbincangan mengenai isu-isu moral hanya dilihat dalam subjek Pendidikan Moral sahaja yang diterapkan melalui tujuh bidang pembelajaran dan nilai yang sama diajar kepada pelajar dari Tingkatan 1 hingga 5. Nilai-nilai ini diharapkan mampu membentuk pelajar yang bertanggungjawab ke arah keharmonian masyarakat dan negara. 90

Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 79-91

Sebagai cadangan, isu-isu perbincangan dalam Pendidikan Akhlak dan Moral harus disesuaikan dengan keadaan semasa yang mampu menyumbang ke arah kesejahteraan negara dan masyarakat global. Pendidikan Akhlak dan Moral memainkan peranan penting bagi membentuk individu yang mempunyai daya tahan dan kebolehan menghadapi cabaran-cabaran semasa. Beberapa aspek perlu diberi penekanan dalam usaha membina insan, iaitu ilmu pengetahuan, daya intelek, kemahiran, tahap peningkatan ekonomi, kebudayaan dan sebagainya. Keadaan ini dapat direalisasikan dengan pembentukan akhlak mulia yang harus dilihat secara menyeluruh membabitkan semua aspek kehidupan individu dan masyarakat.

91

Sukatan Pendidikan Akhlak dan Moral di Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia: Satu Tinjauan Umum

92