Tahap Literasi Kewangan dalam Kalangan Pelajar Universiti

77 pinjaman terhadap hutang perbadi. Sebagaimana dapatan dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) iaitu sebuah agensi di bawah BNM yang...

0 downloads 18 Views 380KB Size
75

Jurnal Personalia Pelajar 18(1)(2015): 75 - 88

Tahap Literasi Kewangan dalam Kalangan Pelajar Universiti Awam: Kajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (Financial Literacy Level Amongst Public University Students: Evidence from Universiti Kebangsaan Malaysia) RUBAYAH YAKOB, HAWATI JANOR & NUR AIN KHAMIS ABSTRAK Literasi kewangan adalah sangat penting dalam pembuatan keputusan kewangan oleh seseorang individu sebagai antara usaha untuk mencapai kesejahteraan kewangan. Dengan meningkatnya kemungkiran bayaran pinjaman pelajar dan perkaitannya dengan tahap literasi kewangan di Malaysia dan juga di peringkat global, maka kajian ini bertujuan menyelidiki tahap literasi kewangan dalam kalangan pelajar di universiti awam dengan mengambil pelajar terpilih dari Universiti Kebangsaan Malaysia, iaitu salah sebuah universiti awam di Malaysia sebagai sampel kajian. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tahap literasi kewangan dalam kalangan mereka. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara purata pelajar di UKM memiliki tahap literasi kewangan yang sederhana. Hasil analisis regresi berbilang pembolehubah dan ANOVA satu-hala menunjukkan bahawa jenis fakulti dan prestasi akademik mempengaruhi tahap literasi kewangan pelajar. Faktor-faktor lain termasuk maklumat penajaan (penaja dan jumlah penajaan yang diperoleh per semester), maklumat ibubapa (pendapatan,pekerjaan dan kelayakan akademik ibu bapa), faktor demografi (jantina, bangsa), tempat tinggal, kelayakan akademik pelajar untuk memasuki universiti dan tahun pengajianadalah tidak siknifikan. Hasil kajian ini mencadangkan agar usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai pengetahuan kewangan perlu dipertingkatkan lagi dalam kalangan pelajar universiti. Dapatan daripada faktor-faktor yang mempengaruhi tahap literasi kewangan dapat membantu penggubal polisi, para pentadbir dan pendidik mengetahui aspek atau komponen penting yang perlu diambil kira dalam program pendidikan yang berkait dengan meningkatkan literasi kewangan. Kata kunci: Literasi kewangan, kesejahteraan kewangan, hutang pinjaman pelajar, kemungkiran bayaran pinjaman, pelajar universiti awam. ABSTRACT Financial literacy is important for it is widely known to have impact on individual financial decision making thus financial wellbeing. In today’s phenomenon of rising students loan default and its association with the financial literacy level locally and globally, this paper attempts to examine financial literacy level among Malaysian students by using sampling from selected students of the Universiti Kebangsaan Malaysia, one of the public universities in Malaysia. In addition this paper also aim to identify factors that influence the level of financial literacy. The findings show that on average the students display a moderate level of financial literacy. The results from the multipleregression analysis and one-way ANOVA show that the types of faculty and the academic performance significantly influenced the financial literacy level. Other factors being examined in this study such as the financier information (financier/sponsor and sponsorship amount per semester), parents background (income, occupation and academic background of the parents), demographic factors (gender, ethnicity), place of residence, students academic background upon university entrance and academic year are not significant. The results thus suggest that necessary measures and more effort should be taken by government to increase awareness about financial related matters among university students. The results also could be used to assist the policy makers, administrators and educators in instilling suitable components of financial literacy in their training endeavours. Keywords: Financial literacy, financial wellness, student loan debt, student loan default, public university students.

76

PENGENALAN Pembuatan keputusan kewangan adalah sangat penting dalam menjamin kesejahteraan kewangan dan seterusnya kesejahteraan hidup seseorang individu terutama sekali dalam era lanskap kewangan masa kini yang semakin berubah dan kompleks dengan pelbagai penawaran instrumen kewangan yang bersifat serba canggih dan berteknologi tinggi. Salah satu faktor penting yang dikenalpasti mampu mempengaruhi pembuatan keputusan kewangan seseorang individuialah pengetahuan atau literasi kewangan atau celik wang. Bernheim (1995, 1998) adalah antara pengkaji yang awal yang membuktikan bahawa pengetahuan kewangan adalah penting dalam pembuatan keputusan oleh isirumah. Sehubungan dengan ini, pengkaji-pengkaji lain mendapati bahawa literasi kewangan boleh mempengaruhi pembuatan keputusan kewangan pentingtermasuklah pengurusan hutang (Brown & Graf, 2013), keputusan untuk menabung dan meminjam, membuat bajet dan perancangan kewangan seperti rancangan persaraan (Dvorak & Hanley, 2010; van Rooij, Lusardi & Alessie, 2011), keputusan pelaburan (van Rooij, Lusardi & Alessie, 2011) dan keputusan pembiayaan (Chaterjee, 2013). Berkait dengan pengurusan hutang, isu peningkatan hutang isirumah telah menjadi satu fenomena yang semakin lumrah dan semakin meningkat

dalam kebanyakan negara di dunia masa kini. Menurut laporan oleh Organizational Economic Cooperation Development (OECD, 2012) hutang isirumah sebagai peratusan daripada Pendapatan Domestik Kasar (Gross Domestic Income [GDI]) adalah tinggi dalam kalangan negara anggota OECD. Senario yang sama berlaku di kebanyakan negara, contohnya, Kanada menunjukkan tren peningkatan hutang isirumah bagi tempoh 30 tahun. Laporan daripada Federal Reserve Bank, New York (2014) menunjukkan jumlah hutang isirumah yang tertunggak di Amerika Syarikat mencecah sehingga $11.65 trillion yang merupakan satu jumlah yang besar. Malaysia juga tidak terkecuali dari menghadapi senario yang sama di mana nisbah hutang isirumah kepada Keluaran Domestik Kasar meningkat secara marginal kepada 87.9% dalam tahun 2014 daripada 86.7 % pada tahun 2013 (Bank Negara Malaysia [BNM], 2014). Data ini disokong oleh laporan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia yang merekodkan bahawa lebih 100,000 individu di Malaysia telah diistiharkan muflis sejak tahun 2010 hingga April 2015. Apa yang lebih merisaukan adalah laporan ini juga menonjolkan bahawa sebahagian besar daripada jumlah ini adalah golongan belia yang berumur di bawah 35 tahun dan bilangannya kian meningkat saban tahun. Sejak tahun 2012 hingga suku tahun 2015, seramai 15,965 belia berumur di bawah 35 tahun telah muflis (New Straits Times, 2015). Jadual 1 menunjukkan bilangan golongan ini yang diisytiharkan muflismengikut tahun.

JADUAL BeliaBawah Bawah3535 Tahun Diistiharkan Muflis Jadual1.1.Bilangan Bilangan Belia Tahun Diistiharkan Muflis Tahun

2012

2013

2014

¼ 2015

Bilangan

4100

5420

5497

948

Sumber: New Straits Time (2015)

Sumber: New Straits Times (2015)

Di Malaysia, isu hutang dalam kalangan remaja juga sangat berkaitan dengan laporan daripada pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang merupakan sebuah badan kewangan bagi mengeluarkan pinjaman kepada pelajar dalam pelbagai jurusan dan peringkat pengajian. Masalah utama yang dihadapi oleh badan ini ialah kemungkiran bayaran balik pinjaman. Sejak ditubuhkan, PTPTN telah mengeluarkan pinjaman sebanyak lebih daripada RM9.5 bilion kepada lebih daripada 1.3 juta peminjam. Daripada jumlah tersebut hanya 903,920 peminjam atau 68 peratus membuat bayaran balik iaitu sebanyak RM4.82 bilion atau 50.7 peratus manakala sebanyak 425,792 peminjam gagal membayar balik iaitu sebanyak RM4.69 bilion (Utusan Online, 2013). Kegagalan

mendapatkan bayaran balik pinjaman menyebabkan sistem kitaran dana tidak berlaku dan ini mengganggu kecekapan dan keberkesanan sistem PTPTN untuk menggunakan wang bayaran balik sebagai pinjaman kepada pelajar-pelajar di masa hadapan. Maka jika berlarutan, PTPTN perlu mencari dana pendidikan lain untuk terus memberikan pinjaman dalam usaha melaksanakan tanggungjawab selaras dengan objektif penubuhannya. Justru, konsep sebenar penubuhan PTPTN tidak dapat dilaksanakan mengikut perancangan asal dan tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual dan akan menjadikan tabung ini tidak mampan (Morshidi, 2006).Apa yang penting daripada senario ini ialah faktor literasi kewangan yang dikenalpasti sebagai salah satu faktor meningkatnya kemungkiran bayaran

77

pinjaman terhadap hutang perbadi. Sebagaimana dapatan dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) iaitu sebuah agensi di bawah BNM yang bertanggungjawab dalam urusan pengurusan kredit dan pengurusan kewangan menyatakan bahawa faktor peningkatan jumlah hutang isirumah ialah kurangnya pengetahuan dalam pengurusan kewangan peribadi. Fenomena kemungkiran bayaran pinjaman pelajar dan perkaitannya dengan isu literasi kewangan juga berlaku di negara-negara lain di dunia. Di Amerika Syarikat contohnya para pelajar dibebani dengan kos pengajian yang semakin tinggi dan ianya menyumbang terhadap peningkatan jumlah pinjaman tidak berbayar dalam kalangan pelajar. Pada masa yang sama dilaporkan juga para pelajar memiliki tahap literasi kewangan yang rendah yang menyebabkan mereka kurang mampu untuk mengendalikan permohonan pinjaman yang kompleks dan untuk membuat keputusan memilih alternatif pinjaman yang sesuai dan akan terus dibebani dengan masalah kewangan walaupun setelah mereka menamatkan pengajian. Statistik di Amerika menunjukkan bahawa hutang pinjaman pelajar mencecah ke angka $1.1 trillion, dengan purata pelajar dibebani sejumlah $26,000 hutang bila mereka bergraduasi. Dilaporkan juga bahawa lebih separuh daripada jumlah ini tidak dibayar balik dan antara sebabnya ialah pelajar kurang berpengetahuan dalam konsep kewangan khususnya aspek pinjaman, kos pinjaman dan alternatif bayaran balik pinjaman. Memandangkan pelajar adalah merupakan golongan remaja dan belia yang merupakan pelopor bagi generasi dan pelapis bagi agen pembangunan ekonomi negara di masa hadapan, maka kajian terkini banyak memberikan penekanan kepada isu literasi kewangan dan pembuatan keputusan kewangan dalam kalangan pelajar di kolej dan universiti. Antara sebab lain mengapa penekanan meningkatkan literasi kewangan perlu dilaksanakan di institusi pengajian termasuklah pertama, golongan remaja perlu memahami bagaimana cara membuat keputusan kewangan yang efektif sebelum sampai masa berbuat demikian samada semasa dalam alam pengajian mahupun apabila mereka keluar dari alam pengajian nanti. Contoh keputusan kewangan yang paling berkait dengan alam pengajian ialah samada untuk melabur atau mengeluarkan perbelanjaan untuk pengajian di peringkat yang lebih tinggi memandangkan kos pengajian sekarang ini semakin meningkat. Perlu juga diingatkan bahawa keputusan itu juga perlu mengambil kira bahawa pengajian di peringkat yang lebih tinggi memberi kesan yang signifikan terhadap kerjaya dan jaminan sekuriti kewangan di masa hadapan. Pada masa yang sama, keputusan sama ada dan bagaimana untuk membiayai

pengajian peringkat tinggi telah berubah selaras dengan meningkatnya kos pengajian. Ini bermakna mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sukar untuk mengelak daripada terlibat dengan bebanan hutang. Kedua, golongan remaja di mana saja mereka berada terpakasa berhadapan dengan perubahan persekitaran ekonomi dan kewangan sederap dengan transformasi sistem dan pasaran kewangan yang lebih kompleks. Mereka perlu bersedia untuk menerima tanggungjawab sendiri yang lebih mencabar seperti membuat keputusan sendiri ke atas pelaburan dalam pendidikan dan merancang untuk sekuriti kewangan mereka sendiri semasa alam pekerjaan dan juga alam persaraan. Justeru, tujuan utama kajian ini ialah untuk mengetahui sejauhmana para mahasiswa di Malaysia telah dilengkapi dengan literasi atau pengetahuan kewangan atau celik wang bagi persediaan untuk pembuatan keputusan kewangan yang efektif. Di samping itu, kajian ini juga akan mengenalpasti faktorfaktor yang mempengaruhi tahap literasi kewangan dalam kalangan mereka. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi input kepada para penggubal polisi seperti BNM dan AKPK dalam merangka strategi pendidikan kewangan yang lebih berkesan sesuai dengan tahap celik wang yang dimiliki oleh seseorang individu. Tambahan pula, bagi menerapkan tahap literasi kewangan yang tinggi di peringkat yang lebih awal, BNM bersamasama dengan AKPK telah menyampaikan pendidikan kewangan kepada pelajar-pelajar di universiti awam dan juga politeknik. Golongan sasaran ini adalah sangat perlu memandangkan mahasiswa merupakan golongan yang bakal keluar ke pasaran pekerjaan dan berdikari dengan pendapatan sendiri. Mereka juga akan berhadapan dengan persekitaran kewangan yang lebih mencabar di alam pekerjaan nanti. Selain itu, hasil kajian ini juga diharap dapat membantu kerajaan dalam merangka peraturan-peraturan bagi melindungi pengguna-pengguna muda yang berkaitan dengan pembuatan keputusan kewangan. SOROTAN LITERATUR

Literasi Kewangan: Definisi OECD (2005) memberikan definisi yang terperinci mengenai literasi kewangan iaitu satu proses yang mana para konsumer atau pelabur meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mereka terhadap produk dan konsep kewangan dan melalui maklumat, arahan, nasihat dan

78

objektif, membentuk skil dan tahap konfiden untuk lebih sedar mengenai risiko kewangan dan peluang untuk membuat pilihan dalam membuat keputusan dan tindakan yang efektif dalam meningkatkan kesejahteraan kewangan. Selain daripada definisi tersebut, beberapa definisi juga telah diutarakan oleh para pengkaji lain yang pada umumnya berkisar kepada

memperoleh pengetahuan terhadap produk kewangan dan menggunakan maklumat tersebut untuk membuat keputusan kewangan. Jadual 2 menunjukkan beberapa definisi literasi kewangan yang telah diringkaskan oleh Hung, Parker & Yoong (2009) daripada beberapa kajian lepas.

JADUAL Jadual 2. 2. Ringkasan Ringkasan Definisi Definisi Literasi LiterasiKewangan KewanganDaripada DaripadaPenyelidik PenyelidikLepas Lepas Sumber

Definisi secara konseptual

Hilgert, Hogarth & Beverley Pengetahuan kewangan (2003) The Financial Industry Pemahaman biasa pelabur terhadap prisip pasaran, instrument, Regulatory Authority (FINRA) organisasi dan peraturan (2003) Moore (2003)

Individu dikatakan yang celik wang jika mereka berwibawa dan boleh menunjukkan mereka menggunakan ilmu yang dipelajari. Celik wang tidak boleh diukur secara langsung, maka perwakilan mesti dugunakan. Celik wang diperoleh melalui pengalaman praktikal dan integrasi ilmu yang aktif. Apabila orang ramai menjadi semakin celik wang, mereka akan semakin canggih dan seterusnya menjadi semakin berwibawa.

Kebiasaan dengan prinsip-prinsip ekonomi, pengetahuan tentang ekonomi U.S., dan pemahaman terhadap sesetengah terma utama National Council on Economic ekonomi. Education (NCEE) (2005) Kebolehan untuk menilai instrument kewangan yang baru dan Mandell (2007)

kompleksdan membuat pertimbangan yang wajar dalam kedua-dua pilihan instrument dan tahap penggunaan yang akan berada dalam kepentingan jangka panjang sendiri yang terbaik.

Kebiasaan dengan kebanyakan konsep asas ekonomi yang diperlukan untuk membuat keputusan simpanan yang waras dan pelaburan. Lusardi and Mitchell (2007)

Lusardi and Tufano (2008)

Fokus kepada celik hutang, komponen celik wang, mendefinisikannya sebagai kebolehan untuk membuat keputusan mudah yang berkaitan dengan kontrak hutang, khususnya mengaplikasikan pengetahuan asas tentang faedah terkompoun yang diukur dalam konteks pilihan kewangan seharian. Kebolehan untuk membuat pertimbangan yang wajar dan mengambil keputusan efektif berkaitan dengan penggunaan dan pengurusan wang. Pengetahuan asas konsep kewangan, seperti peranan faedah terkompaun, perbezaan antara nilai nominal dan sebenar, dan asas kepelbagaian risiko.

Sumber: New Straits Time (2015)

79

Berdasarkan semua definisi dalam Jadual 2, Hung, Parker & Yoong(2009) menyimpulkan bahawa literasi kewangan ialah: a). satu bentuk pengetahuan; b). kebolehan atau kemahiran untuk mengaplikasikan pengetahuan; c). tanggapan pengetahuan (perceived knowledge); d). tingkahlaku kewangan yang baik; dan e). pengalaman kewangan.

Literasi Kewangan: Pengukuran Literasi kewangan merupakan konstruk/konsep, maka ia tidak boleh diukur secara langsung. Moore (2003) membahagikan literasi kewangan kepada 3 dimensi iaitu pengetahuan kewangan, tingkah laku kewangan dan pengalaman kewangan dan ketiga-tiga dimensi ini saling berkait antara satu sama lain. Beliau menambah,sejauhmana seseorang itu menunjukkan pengetahuan kewangan yang dimiliki, semakin tinggi pengalaman kewangan dan semakin menunjukkan sikap kewangan yang positif, maka tahap literasi kewangan mereka boleh diramalkan. Ini kerana dengan pengalaman dan pengetahuan yang tinggi, seseorang itu menjadi lebih canggih dan cekap dalam urusan kewangan mereka. Dalam kajian oleh Chen dan Volpe (1998) pula, literasi kewangan dibahagikan kepada pengetahuan umum, simpanan dan pinjaman, insurans dan pelaburan.Perwakilan literasi kewangan yang digunakan dalam kajian oleh Lusardi et al. (2009) dan Lusardi dan Mitchell (2011) lebih mudah iaitu hanya bertanyakan 3 soalan tentang pengetahuan asas dalam konsep kewangan. Soalan-soalan tersebut menguji pengetahuan tentang kadar faedah, inflasi dan kepelbagaian risiko (antara elemen penting dalam keputusan pelaburan). Sementara itu, kajian yang dilakukan di Malaysia seperti Mohamad Fazli dan Teo (2014),Nuraini et al. (2013), Nurul ‘Alyaa et al. (2013), Mahdzan dan Tabiani (2013) dan Tan, Hoe & Hung (2011) mewakilkan literasi kewangan dari sudut pengetahuan kewangan. Item-item yang digunakan meliputi pengetahuan asas dan lanjutan tentang konsep kewangan. Kajian oleh Nurul ‘Alyaa et al. (2013) agak unik kerana mereka mengkaji tahap literasi kewangan dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 10 dan 11 tahun berbanding kajian lain yang mensasarkan golongan dewasa dan telah bekerja. Dalam semua kajian di atas, skor literasi kewangan dikira berdasarkan kiraan peratusan atau bilangan jawapan yang betul. Selain itu, terdapat juga pengkaji yang menggunakan nilai purata atau purata berpemberat. Ringkasan pengukuran yang diguna pakai oleh penyelidik-penyelidik terdahulu

boleh didapati dalam Hung, Parker & Yoong (2009). Literasi Kewangan Dan Implikasinya Kajian mengenai tahap literasi kewangan di negara maju mendapati bahawa tahap literasi kewangan secara umumnya adalah rendah dan bergantung kepada faktor-faktor demografi yang berbeza. Di samping itu jenis literasi kewangan juga berbeza-beza di mana ada kumpulan responden yang berpengetahuan dalam konsep asas tetapi tidak berpengetahuan dalam pengukuran yang melibatkan pengiraan yang asas. Contohnya ramai responden dari Amerika yang kurang berpengetahuan dengan konsep asas kewangan yang diperlukan untuk membuat keputusan meminjam dan melabur yang memberi kesan kepada transaksi pembelian aset seperti rumah, tanah dan kenderaan. Khusus kepada pelajar kolej dan universiti, kajian oleh Jump$tart Coalition for Personal Financial Literacydi Amerika yang dilaporkan oleh Mandell (2008)menunjukkan 7 peratus daripada pelajar kolej mempunyai literasi kewangan yang rendah. Tahap literasi kewangan yang rendah dalam kalangan pelajar terutamanya di kolej dan universiti memberi implikasi yang sangat besar terhadap pembangunan dan kesejahteraan ekonomi sesebuah negara, antaranya termasuklah mendorong kepada pengurusan kewangan yang tidak cekap, kawalan penggunaan kad kredit yang lemah dan gagal membayar pelbagai jenis pinjaman, termasuk pinjaman pendidikan. Beberapa kajian lain juga telah mendapati wujudnya hubungan yang signifikan antara tahap literasi kewangan dengan pengurusan kewangan. Dalam kalangan pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi, kajian oleh Chen dan Volpe (1998) merumuskan bahawa pengetahuan pelajar tentang kewangan peribadi adalah rendah.Keadaan tersebut boleh mempengaruhi kehidupan sebagai seorang pelajar kerana tahap literasi kewangan boleh memberi kesan kepada prestasi akademik dan kewangan mereka selepas bergraduan (Cude et al. 2006). Di Malaysia, pelajar-pelajar dalam program sarjanamuda didapati mempunyai tahap literasi kewangan yang rendah yang boleh membawa kepada amalan pengurusan kewangan peribadi yang lemah (Dahlia, Rabitah & Zuraidah, 2009). Sebahagian besar pelajar universiti didapati menghabiskan biasiswa atau pinjaman yang diterima sebelum semester berakhir (Mohamad Fazli dan McDonald, 2010) manakala sebahagian wang mereka telah digunakan untuk membayar hutang. Dalam hubungan antara amalan menyimpan dan tahap literasi kewangan, Mohamad Fazli dan McDonald (2010) dan Mahdzan dan Tabiani (2013) mendapati bahawa ianya adalah signifikan dan

80

positif. Ini bermakna pengetahuan kewangan yang baik atau tahap literasi kewangan yang tinggi mendorong kepada tingkah laku untuk menyimpan atau menabung dalam kalangan pelajar. Lusardi (2009) mendapati bahawa tahap literasi kewangan yang tinggi mendorong seseorang pekerja menguruskan kewangan dengan cekap dan semakin bertanggungjawab untuk mendapatkan kewangan mereka sendiri serta membuat keputusan yang tepat tentang kewangan semasa bersara. Begitu juga dalam aspek perancangan kewangan yang mana Tan, Hoe & Hung (2011) yang menyiasat hubungan antara literasi kewangan dengan perancangan kewangan individu di Lembah Klang,memperoleh hasil kajian yang serupa iaitu mereka yang mempunyai tahap literasi kewangan yang tinggi cenderung untuk membuat perancangan kewangan tetapi sebaliknya yang berlaku bagi mereka yang mempunyai tahap yang sederhana dan rendah. Kajian ini juga mendapati bahawa literasi kewangan yang tinggi mampu untuk menjadi petunjuk kepada keputusan perancangan kewangan seseorang. Bagi aspek rancangan persaraan, Mohamad Fazli dan Teo (2014) mendapati bahawa literasi kewangan dapat membantu persediaan persaraan yang lebih yakin terutama dalam kalangan wanita bekerja. Di samping itu, Nuraini et al. (2013) membuktikan bahawa literasi kewangan yang berkaitan dengan pengurusan kad kredit dan pinjaman adalah sederhana dalam kalangan pekerja muda. Kebanyakan mereka mempunyai pengetahuan pengurusan kewangan yang masih terhad. Semua kajian ini menyokong hasil kajian oleh Marcolin dan Abraham (2006) yang menyatakan bahawa literasi kewangan sangat penting untuk mengelakkan dan menyelesaikan masalah kewangan yang timbul bagi mendapatkan kehidupan yang aman, makmur, bahagia dan harmoni Golongan belia ini dikatakan cenderung untuk menambah hutang yang tidak sepatutnya bagi memenuhi tuntutan gaya hidup yang materialistik dan boros. Sesetengahnya juga terjebak dengan hutang pada usia muda kerana kos sara hidup yang tinggi dan sikap institusi kewangan yang memberikan kredit secara tidak bertanggungjawab. Selain itu, mereka juga alpa tentang menguruskan kewangan terutamanya yang berkaitan dengan simpanan hari tua, insurans/takaful, pelaburan, hutang dan kad kredit. Agak memeranjatkan, rata-rata belia yang muflis merupakan eksekutifeksekutif muda yang bekerjaya dan merupakan graduan lulusan universiti. Mungkin para belia masih belum bersedia untuk berdikari dalam menguruskan hal ehwal kewangan peribadi dan keluarga kerana sebelum ini ia diuruskan oleh para ibu bapa. Menurut Md Hafizi (2013), mahasiswa tidak didedahkan kepada

kemahiran dan pengetahuan menguruskan pendapatan secara berkesan apabila bekerja kelak, sebaliknya hanya diberikan pengetahuan dan kemahiran untuk mendapatkan pekerjaan.Selain itu, mahasiswa juga tidak mempersiapkan diri (contohnya, mempunyai sedikit simpanan) untuk berhadapan dengan kemelut kewangan di alam pekerjaan yang lebih mencabar seiring dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi selepas bergraduasi. Kesimpulannya, individu yang terlibat dengan sesuatu pembuatan keputusan kewangan perlulah di lengkapi dengan pengetahuan, alat dan skil kewangan yang sesuai. Tambahan pula dengan perubahan dinamik dalam sistem pasaran kewangan masa kini para konsumer ditawarkan dengan pelbagai pilihan produk kewangan, maka literasi kewangan bukan sahaja satu keperluan untuk membolehkan setiap individu menyumbang terhadap masyarakat, malah literasi kewangan adalah sesuatu yang perlu untuk perniagaan, ekonomi, negara dan juga era globalisasi masa kini. Dengan isu pengurusan hutang dalam kalangan remaja dan beberapa implikasi negatif yang signifikan yang dikaitkan dengan tahap literasi kewangan ini maka kajian untuk mengetahui tahap literasi kewangan dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi adalah sangat relevan. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Literasi Kewangan Kajian-kajian lepas telah mendapati tahap literasi kewangan boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Dari segi faktor demografi, kajian oleh Chen dan Volpe (1998), Danes dan Harbeman (2007), Manton et al. (2006), Micomonaco (2003), Peng et al. (2007) dan Volpe, Chen & Pavlicko(1996) mengesahkan bahawa tahap literasi kewangan dalam kalangan lelaki lebih baik berbanding wanita. Ini selari dengan kajian Lusardi (2009) yangmembuktikan bahawa warga tua dan wanita mempunyai tahap literasi kewangan yang rendah dan membimbangkan, terutamanya dari segi pengurusan hutang. Kesimpulan yang berbeza ditunjukkan oleh Mohamad Fazli dan Teo (2014) di mana tahap literasi kewangan dalam kalangan wanita yang bekerja di sektor awam adalah sederhana secara puratanya. Walau bagaimanapun, Dahlia, Rabitah & Zuraidah (2009) mendedahkan bahawa literasi kewangan dalam kalangan lelaki dan wanita adalah sama. Dari segi umur pula, didapati bahawa individu berumur antara 18 hingga 24 tahun cenderung untuk menunjukkan tahap literasi kewangan yang rendah(Chen dan Volpe, 1998). Alasan yang dikemukakan ialah golongan yang berumur di bawah 30 tahun kebanyakannya berada pada peringkat awal dalam

81

kitaran kewangan. Pada peringkat ini, sebahagian besar daripada pendapatan mereka dibelanjakan dan hanya amaun yang kecil atau tiada untuk simpanan, pelaburan dan insurans. Selain itu, pendapatan keluarga dan latar belakang pendidikan juga mempunyai hubungan dengan literasi kewangan. Keluarga yang mempunyai jumlah pendapatan yang tinggi dan mempunyai latarbelakang pendidikan yang lebih baik cenderung untuk mempunyai tahap literasi kewangan yang tinggi (Lusardi, Mitchell & Curto, 2009). Pelajar yang mengkhusus dalam bidang perniagaan dikatakan lebih berpengetahuan mengenai kewangan peribadi jika dibandingkan denganpelajar daripada bidang lain. Ini dibuktikan oleh Beal dan Delpachitra (2003); Chen dan Volpe (1998); Volpe, Chen & Pavlicko(1996); Peng et al. (2007) dan, Robb dan Sharpe (2009) di mana pelajar dalam bidang kewangan memperolehi skor yang lebih tinggi terhadap ujian pengetahuan kewangan yang dilakukan. Di samping itu, Chen dan Volpe (1998); Fogarty dan MacCarthy (2006) dan, Mandell dan Klein (2009) mendapati bahawa terdapat hubungan yang positif antara literasi kewangandengan tahun pengajian pelajar di universiti. Ini bermaknapelajar yang berada di tahun empat pengajian dikatakan mempunyai tahap literasi kewangan yang lebih baik daripada pelajar di tahun pengajian yang lain. Alasannya, mungkin pelajar tahun empat lebih terdedah dan mempunyai pengalaman yang lebih terhadapproduk kewangan yang ada (Chen dan Volpe, 1998; Mandell dan Klein, 2009). METODOLOGI Berdasarkan kepada penelitian terhadap kajian-kajian terdahulu ini, maka literasi kewangan dalam kajian ini diwakilkan dengan 3 dimensi iaitu pengetahuan kewangan, tingkah laku kewangan dan pengalaman kewangan sepertimana dalam kajian Moore (2003). Ketiga-tiga dimensi ini dirasakan lebih menyeluruh dan lengkap bagi menggambarkan tahap literasi kewangan. Dari segi pengukuran, kajian ini menggunakan nilai

purata bagi setiap skor yang diperolehi oleh setiap dimensi dalam literasi kewangan, selari dengan kajiankajian terdahulu yang telah dibincangkan di atas. Faktor yang akan dikaji adalah faktor demografi pelajar termasuk jantina, tempat tinggal, gaji ibu bapa, jumlah biasiswa/pinjaman per semester, bangsa, kelayakan akademik ke university awam (UA), fakulti, tahun pengajian, PNGK, jenis pembiayaan, taraf pendidikan ibu bapa dan pekerjaan ibu bapa. Kaedah Pensampelan Sehingga kini terdapat 20 buah UA di Malaysia.Secara umumnya, boleh dikatakan bahawa ciri-ciri demografi pelajar di setiap UA adalah sama. Setiap UA tentu mempunyai pelajar yang berlainan jantina, umur, bangsa, tempat tinggal (bandar/luar bandar), fakulti, tahun pengajian dan latar belakang keluarga.Adalah memadai jika mengambil pelajar daripada sebuah UA sebagai sampel untuk mewakili seluruh pelajar UAdi Malaysia. Oleh sebab itu, berdasarkan pensampelan kluster, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan dipilih sebagai sampel. Walau bagaimanapun, hasil keputusan daripada kajian ini masih perlu diinterpretasikan secara berhati-hati sesuai dengan limitasi sampel yang diambil. Para pelajar pula akan dipilih menggunakan pensampelan strata tidak seimbang. Pelajar-pelajar dipilih mengikut 8 buah fakulti yang terdapat di UKM, Bangi iaitu Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Fakulti Teknologi Sains Maklumat (FTSM), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Fakulti Pengajian Islam (FPI), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Fakulti Pendidikan (FPEND) dan Fakulti Undang-undang (FUU). Pelajar-pelajar yang dipilih terdiri daripada para pelajar pra-siswazah. Disebabkan kapasiti pelajar di setiap fakulti tidak sama, maka tidak terdapat peratus atau bilangan tertentu yang telah ditetapkan untuk menentukan bilangan pelajar bagi setiap fakulti. Saiz sampel di setiap fakulti ditunjukkan dalam Jadual 3. Keseluruhan saiz sampel berjumlah 160 orang pelajar.

JADUAL SaizSampel SampeldidiSetiap SetiapFakulti Fakulti Jadual 3.3.Saiz Fakulti FEP FSSK FKAB FPI FST FTSM FUU FPEND Jumlah

Bilangan Pelajar 54 21 16 17 21 11 10 10 160

82

Rekabentuk Soal Selidik

Kaedah Analisis

Data kajian diperoleh sepenuhnya daripada soal selidik. Soal selidik direkabentuk supaya dapat memenuhi objektif kajian.Borang soal selidik dibahagikan kepada 4 bahagian. Bahagian A ialah tentang ciri-ciri demografi pelajar dan keluarga. Kebanyakan soalan dalam bahagian ini terdiri daripada soalan-soalan jenis tertutup kecuali bagi soalan tentang gaji ibu bapa dan jumlah biasiswa/pinjaman per semester. Seterusnya, bahagian B hingga D melibatkan 3 dimensiliterasi kewangan iaitu pengetahuan kewangan, tingkah laku kewangan dan pengalaman kewangan. Setiap bahagian ini masing-masing diwakili dengan 11, 12 dan 12 item/ soalan. Setiap item dalam bahagian ini diukur dengan menggunakan skala Likert 5-mata yang mewakili 1 = Sangat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Tidak Pasti, 4 = Setuju, 5 = Sangat Setuju.

Analisis empirikal dalam kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama bertujuan untuk menentukan tahap literasi kewangan dalam kalangan pelajar. Ini dilakukan dengan terlebih dahulu mengira skor literasi kewangan untuk setiap pelajar. Kaedah purata digunakan bagi tujuan tersebut. Skor yang dikira membolehkan setiap individu dikelas kepada tahap literasi kewangan yang tertentu. Kajian ini mengkelaskan skor yang diperoleh kepada tiga tahap iaitu nilai skor yang lebih besar daripada sifar tetapi kurang dan sama dengan 1 (0 < skor ≤ 1) merujuk kepada literasi kewangan tahap lemah. Tahap yang kedua iaitu literasi kewangan tahap sederhana mengambil nilai skor yang terletak di antara 1 dan 2 (1 < skor ≤ 2), manakala tahap ketiga iaitu literasi kewangan tahap tinggi pula merujuk kepada nilai skor kurang daripada dan sama dengan 3 tetapi lebih besar daripada 2 (2 < skor ≤ 3) (McCaffer dan Muhd Zaimi, 1997). Pengkelasan tahap literasi kewangan ini diringkaskan dalam Rajah 1.

Rajah 1. Nombor bagi SkorSkor Literasi Kewangan RAJAH 1:Garisan Garisan Nombor Bagi Literasi Kewangan Tahap celik wang Skor celik wang

lemah lemahl 1

2

Bahagian kedua melibatkan analisis untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi literasi kewangan dalam kalangan pelajar. Faktorfaktor yang dikaji terdiri daripada ciri-ciri demografi pelajar termasuk jantina, bangsa, kelayakan akademik ke UA, fakulti, tahun pengajian, purata nilai gred kumulatif (PNGK), jenis pembiayaan yang diperoleh pelajar, jumlah biasiswa/pinjaman per semester, pekerjaan ibu bapa, taraf pendidikan ibu bapa, gaji ibu bapa dan tempat tinggal. Ciri-ciri demografi ini

sederhana

3

tinggi

4

5

adalah pembolehubah tidak bersandar dalam kajian ini dan boleh dibahagikan kepada tiga jenis berdasarkan skala masing-masing.Manakala, pembolehubah bersandar ialah literasi kewangan. Literasi kewangan diukur melalui tiga elemen utama iaitu pengetahuan kewangan, tingkahlaku kewangan dan pengalaman kewangan. Pembolehubah ini berskala nisbah. Ringkasan pembolehubah yang terlibat dan jenis skala diringkaskan seperti dalam Jadual 4.

83

JADUAL 4. Jenis Pembolehubah Dan Skala Jadual 4. Jenis Pembolehubah dan Skala Pembolehubah

Celik wang Jantina Tempat tinggal Gaji ibu bapa Jumlah penajaan per semester Bangsa Kelayakan akademik ke UA Fakulti Tahun pengajian PNGK Jenis pembiayaan Taraf pendidikan ibu bapa Pekerjaan ibu bapa

Terdapat dua analisis statistik yang digunakan untuk mengenalpasti faktor literasi kewangan. Pertama, analisis regresi berbilang pembolehubah digunakan untuk melihat pengaruh jantina, tempat tinggal, gaji ibu bapa dan jumlah biasiswa/pinjaman terhadap celik wang. Untuk itu satu model linear diperoleh seperti berikut: [CW]=α+β_1 [Gj]+β_2 [Js]+β_3 [J]+β_4 [Tt]+ε [CW] mewakili literasi kewangan para pelajar. Data bagi [CW] diperoleh daripada nilai skor literasi kewangan yang dikira dalam bahagian pertama.[Gj] mewakili gaji ibu bapa, manakala [Js] merupakan jumlah biasiswa atau pinjaman yang diperoleh. [J]dan [Tt] masing-masing merupakan pembolehubah bukan metrik iaitu jantina dan tempat tinggal yang mengambil nilai 0 bagi lelakidan bandar, manakala nilai 1 mewakili perempuan dan luar bandar. Hipotesis nol yang akan diuji menggunakan analisis regresi berbilang pembolehubah ialah seperti berikut: H01: Gaji ibu bapa tidak mempengaruhi literasi kewangan. H02: Jumlah penajaan per semester yang diperoleh tidak mempengaruhi literasi kewangan. H03: Jantina tidak mempengaruhi literasi kewangan. H04: Tempat tinggal pelajar tidak mempengaruhi literasi kewangan. Selain daripada analisis regresi berbilang pembolehubah, analisis varians (ANOVA)1-hala juga dilaksanakan. ANOVA 1-hala boleh digunakan untuk melihat kesan satupembolehubah tidak bersandar bukan-matrik (>2 kategori) terhadap satu pembolehubah bersandar matrik (Sekaran dan Bougie, 2013).Hipotesis nol yang terlibat ialah seperti berikut:

Jenis Bersandar Tidak bersandar Tidak bersandar Tidak bersandar Tidak bersandar Tidak bersandar Tidak bersandar Tidak bersandar Tidak bersandar Tidak bersandar Tidak bersandar Tidak bersandar Tidak bersandar

Skala Nisbah Nominal 2 kategori Nominal 2 kategori Nisbah Nisbah Nominal > 2 kategori Nominal > 2 kategori Nominal > 2 kategori Nominal > 2 kategori Nominal > 2 kategori Nominal > 2 kategori Nominal > 2 kategori Nominal > 2 kategori

H01: Bangsa tidak mempengaruhi literasi kewangan. H02: Kelayakan akademik ke UA tidak mempengaruhi literasi kewangan. H03: Fakulti tidak mempengaruhiliterasi kewangan. H04: Tahun pengajian tidak mempengaruhi literasi kewangan. H05: PNGK tidak mempengaruhi literasi kewangan. H06: Jenis pembiayaan tidak mempengaruhi literasi kewangan. H07: Taraf pendidikan ibu bapa tidak mempengaruhi literasi kewangan. H08: Pekerjaan ibu bapa tidak mempengaruhi literasi kewangan. Hipotesis nol akan diuji dengan statistik-F menggunakan rumus berikut (Malhotra, 2010):

mengikut taburan F dengan darjah kebebasan (degree of freedom) (c-1) dan (N-c)di mana:

SSx= variasi dalam Y yang berkaitan dengan variasi antara pembolehubah tidak bersandar X. SSerror= variasi dalam Y yang berkaitan dengan variasi dalam setiap kategori pembolehubah tidak bersandar X. Yi = pemerhatian individu

Y̅ j = purata bagi kategori j

Y̅ = purata keseluruhan sampel

84

Yij= pemerhatian ke-i dan kategori ke-j

HASIL DAN PERBINCANGAN

c = jumlah kategori; n = jumlah sampel

Hasil Statistik Diskriptif

Di samping itu kekuatan kesan pembolehubah tidak bersandar X ke atas Y boleh diukur dengan rumus:

Nilai η2 berada antara nilai 0 dan 1. η2= 0 apabila purata dalam semua kategori pembolehubah tidak bersandar X adalah sifar yang bermaksud bahawa X tiada kesan ke atas Y. Manakala η2= 1 apabila tiada variasi dalam setiap kategori X tetapi wujud variasi antara kategori X. Maka, η2 adalah ukuran variasi dalam Y yang diterangkan oleh pembolehubah tidak bersandar X.

Daripada 160 soal selidik yang diedarkan sebanyak 132 soal selidik yang dapat digunakan dan dianalisis. Taburan profil responden seperti yang digambarkan dalam Jadual 5. Berdasarkan Jadual 5 dan 6, peratusan pelajar perempuan (75.8%) lebih tinggi daripada pelajar lelaki (24.2%). Keadaan ini sememangnya dijangkakan memandangkan jumlah keseluruhan pelajar perempuan yang lebih ramai berbanding pelajar lelaki yang berjaya memasuki UA setiap tahun. Purata umur pelajarpelajar ini ialah 21 tahun. Kebanyakan responden ialah berbangsa Melayu (83.3%) dan rata-rata kelayakan akademik yang digunakan untuk memasuki UA ialah berdasarkan keputusan matrikulasi (52.3%). Kelayakan akademik kedua tertinggi ialah daripada STPM iaitu

JADUAL 5.5.Taburan Jadual TaburanProfil Profil Responden Responden Profil

Kategori

Jantina

Lelaki Perempuan

Frekuensi (%) 24.2 75.8

Profil

Kategori

PNGK

2.01-2.50 2.51-3.00 3.01-3.50 3.51-4.00

Frekuensi (%) 2.3 14.4 53.0 30.3

Bangsa

Melayu India Cina Lain-lain

83.3 9.8 3.8 3.0

Penajaan

Biasiswa Pinjaman

34.1 65.9

Kelayakan akademik memasuki UA

Matrikulasi STPM Diploma Lain-lain

52.3 31.8 9.8 6.1

Pekerjaan bapa

Sektor awam Sektor swasta Bekerja sendiri Lain-lain

27.3 22.0 30.3 20.5

Fakulti

FEP FSSK FPI FST FKAB FTSM FUU FPEND

34.8 13.6 9.8 12.1 9.1 6.8 6.8 6.8

Pekerjaan ibu

Sektor awam Sektor swasta Bekerja sendiri Lain-lain

15.2 12.1 14.4 58.3

Kelayakan akademik bapa

Tahun pengajian

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3

22.7 31.1 46.2

SPM Diploma Ijazah pertama Ijazah Sarjana Lain-lain

35.6 13.6 14.4 2.3 34.1

Tempat tinggal

Bandar Luar bandar

39.4 60.6

Kelayakan akademik bapa

SPM Diploma Ijazah pertama Ijazah Sarjana Lain-lain

44.7 6.8 9.1 1.5 37.9

85

sebanyak 31.8% manakala daripada diploma ialah sebanyak 9.8%. Kebiasaannya pelajar diploma ialah pelajar lepasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan politeknik. Taburan dari segi tahun pengajian agak sekata di mana tahun 1 sebanyak 22.7%, tahun 2 sebanyak 31.1% dan tahun 3 ialah sebanyak 46.2%. Tiada pelajar daripada tahun 4 walaupun terdapat sesetengah fakulti seperti FKAB yang menawarkan pengajian sehingga 4 tahun. Didapati juga bahawa kebanyakan pelajar yang terlibat dalam kajian ini merupakan pelajar yang agak bijak yang memperoleh PNGK antara 3.01-3.50 (53%), manakala segelintir sahaja (2.3%) yang memperoleh PNGK yang rendah

iaitu antara 2.01-2.50. Di samping itu, 65.9% pelajar mendapat sumber kewangan mereka daripada pinjaman dan hanya 34.1% daripada biasiswa. Purata jumlah penajaan sama ada biasiswa atau pinjaman per semester yang diperoleh ialah sebanyak RM3686. Terdapat segelintir pelajar yang hanya memperoleh RM500 per semester. Namun, terdapat juga pelajar yang menikmati jumlah yang tinggi sehingga RM7000 per semester. Pelajar-pelajar juga rata-rata berasal daripada kawasan luarbandar. Kebanyakan ibu dan bapa pelajar-pelajar ini bekerja di sektor awam dan mempunyai kelayakan SPM yang menerima purata pendapatan sebulan sebanyak RM2633.

JADUAL 6.Taburan TaburanProfil Profil Responden Jadual 6. Responden Profil Umur Jumlah penajaan Pendapatan ibu bapa

Purata 21 3686 2633

Tahap Literasi Kewangan Berdasarkan analisis dikriptif terhadap dimensi literasi kewangan didapati bahawa purata pengetahuan kewangan, sikap kewangan dan pengalaman kewangan masing-masing ialah 4.01, 3.80 dan 3.30. Ini mengimplikasikan bahawa pelajar-pelajar mempunyai pengetahuan kewangan dan sikap kewangan yang agak baik secara puratanya. Namun begitu dari segi pengalaman kewangan, kebanyakannya masih tidak pasti. Selepas skor purata setiap dimensi literasi kewangan diperoleh untuk setiap pelajar, skor ini dikelaskan kepada 3 tahap literasi kewangan iaitu lemah, sederhana dan tinggi. Didapati bahawa 77.3% pelajar dikelaskan kepada literasi kewangan tahap sederhana, manakala 18.9% tahap tinggi dan hanya 3.8% tahap lemah. Ini bermakna sebilangan besar pelajar mempunyai tahap literasi kewangan yang agak baik. Mungkin dengan menambahbaik pengetahuan kewangan dan sikap kewangan pelajar serta meningkatkan pengalaman kewangan iaitu dengan mendedahkan mereka dengan instrumen kewangan yang berada di pasaran, tahap literasi kewangan boleh menjadi semakin baik.

Faktor Yang Mempengaruhi Literasi Kewangan Jadual 7 adalah hasil analisis regresi bagi menentukan pengaruh jumlah penajaan per semester, pendapatan ibu bapa, jantina dan tempat tinggal ke atas literasi

Minimum 19 500 259

Maksimum 24 700 30000

kewangan. Berdasarkan nilai R2 terselaras (lajur 4), didapati bahawa hanya 1.5% daripada variasi nilai-nilai di dalam pembolehubah bersandar dapat diterangkan oleh pembolehubah-pembolehubah tidak bersandar. Nilai ini amat rendah dan ini mengimplikasikan bahawa masih ada pembolehubah tidak bersandar yang lain yang tidak dimasukkan dalam model. Nilai F (1.49) yang diperolehi (lajur 5) adalah tidak signifikan dan ini menerangkan bahawa secara kolektifnya pembolehubah-pembolehubah tidak bersandar tersebut tidak mempengaruhi literasi kewangan para pelajar. Keadaan ini jelas ditunjukkan oleh nilai t (lajur 3) bagi setiap pembolehubah tidak bersandar secara individu. Didapati semua pembolehubah tidak bersandar iaitu jumlah penajaan, pendapatan ibu bapa, jantina dan tempat tinggal adalah tidak signifikan. Ini bermakna literasi kewangan yang dimiliki oleh seseorang pelajar tidak bergantung kepada jumlah penajaan yang diperoleh per semester, pendapatan ibu bapa, jantina dan tempat tinggal. Jadual 8 adalah hasil analisis ANOVA 1-hala. Berdasarkan nilai F (lajur 2) yang diperolehi didapati hanya dua pembolehubah tidak bersandar iaitu fakulti dan PNGK yang signifikan (pada aras keertian 1%). Pembolehubah tidak bersandar yang lain iaitu bangsa, kelayakan akademik pelajar untuk memasuki UA, tahun pengajian, jenis penajaan, pekerjaan ibu bapa dan kelayakan akademik ibu bapa adalah tidak signifikan. Ini bermakna literasi kewangan pelajar hanya bergantung kepada fakulti dan PNGK.

86

JADUAL AnalisisRegresi RegresiBerbilang Berbilang Pembolehubah Jadual 7. 7. Hasil Hasil Analisis Pembolehubah Model

(Malar) Jumlah penajaan Pendapatan ibu bapa Jantina Tempat tinggal

Koeffisyen 3.53 0.000019 0.000021 0.108 -0.016

Nilai t 24.35 0.69 1.77 1.40 -0.23

R2 terselaras 0.015

Nilai F 1.49

JADUAL 8. Hasil HasilAnalisis AnalisisANOVA ANOVA 1-Hala Jadual 8. 1-Hala Model Bangsa Kelayakan akademik ke UA Fakulti Tahun pengajian PNGK Jenis pembiayaan Pekerjaan bapa Taraf pendidikan bapa Pekerjaan ibu Taraf pendidikan ibu

Nilai F 1.734 1.125 3.438* 0.537 5.857* 1.095 0.598 0.557 0.656 0.483

Nota: signifikan pada aras keertian 1%

Nota: signifikan pada aras keertian 1%

Berdasarkan Jadual 9, nilai purata literasi kewangan bagi FPEND adalah paling tinggi iaitu 4.12. Manakala FKAB menunjukkan nilai purata literasi keangan yang paling rendah iaitu 3.48. Ini mengimplikasikan bahawa pelajar daripada FPEND memiliki pengetahuan kewangan, sikap kewangan dan pengalaman kewangan (literasi kewangan) yang lebih baik berbanding pelajar daripada fakulti-fakulti yang lain. Sebaliknya, pelajar daripada FKAB dipercayai mempunyai tahap literasi kewangan yang paling lemah. Bagi pelajar daripada fakulti yang berasaskan pengajian dalam bidang kewangan seperti FEP, nilai purata yang agak tinggi iaitu 3.77 adalah dijangkakan kerana

pelajar-pelajar di sini didedahkan dengan silibussilibus pengajian yang berkaitan secara langsung dengan pengurusan kewangan. Dari segi PNGK pula (rujuk Jadual 9), nilai purata literasi kewangan paling tinggi dan paling rendah ditunjukkan oleh pelajar yang mencapai PNGK antara 3.01-3.50 dan 2.01-2.50. Hasil ini menggambarkan bahawa pelajar-pelajar yang lebih bijak memiliki tahap literasi kewangan yang lebih baik. Nilai η^2 yang diperolehi bagi faktor fakulti dan PNGK, masing-masing ialah 0.163 dan 0.121. Ini bermaksud kesan faktor fakulti adalah lebih kuat berbanding faktor PNGK dalam mempengaruhi literasi kewangan dalam kalangan pelajar di UKM.

Jadual 9. Purata literasi kewangan pembolehubah bersandar Jadual 9. Purata literasi kewangan mengikut pembolehubah bersandar Pembolehubah tidak bersandar

Fakulti

PNGK

FEP FSSK FPI FST FKAB FTSM FUU FPEND 2.01-2.50 2.51-3.00 3.01-3.50 3.51-4.00

Purata 3.77 3.71 3.76 3.57 3.48 3.78 3.66 4.12 3.17 3.57 3.83 3.68

87

KESIMPULAN Hasil kajian ini mendapati bahawa tahap literasi kewangan pelajar-pelajar adalah sederhana. Dimensi literasi kewangan iaitu pengetahuan dan sikap kewangan agak baik secara puratanya. Namun begitu, pengalaman kewangan adalah agak lemah. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa hanya faktor fakulti dan PNGK yang memberi kesan kepada literasi kewangan dalam kalangan pelajar. Pelajar-pelajar daripada Fakulti Pendidikan mempamerkan tahap literasi kewangan yang paling tinggi. Di samping itu, pelajar-pelajar yang memperolehi PNGK yang tinggi yang boleh dikatakan sebagai pelajar yang bijak didapati memiliki tahap literasi kewangan yang lebih tinggi. Faktor-faktor lain termasuk jumlah penajaan yang diperoleh per semester, pendapatan ibu bapa, jantina, tempat tinggal. bangsa, kelayakan akademik pelajar untuk memasuki UA, tahun pengajian, jenis penajaan, pekerjaan ibu bapa dan kelayakan akademik ibu bapa adalah tidak mempengaruhi literasi kewangan. Kedua-dua faktor yang mempengaruhi literasi kewangan iaitu jenis fakulti dan PNGK adalah berkait rapat dengan persekitaran UA. Ini mengimplikasikan bahawa peranan UA dalam meningkatkan tahap literasi kewangan para pelajar adalah amat ketara dan relevan. 3 dimensi literasi kewangan iaitu pengetahuan kewangan, tingkah laku kewangan dan pengalaman kewangan perlu didedahkan kepada semua pelajar melalui kursuskursus pengajian yang ditawarkan. Selain itu, aktiviti kokurikulum pelajar juga perlu mengambilkira setiap aspek literasi kewangan sama ada berbentuk asas atau lanjutan bergantung kepada kesesuaian. Langkah yang telah dilaksanakan oleh BNM dan AKPK dalam menyampaikan pendidikan kewangan kepada pelajarpelajar di universiti awam (UA) dan politeknik sangat tepat dalam membantu pihak UA menyediakan para pelajar berdikari dalam menguruskan kewangan peribadi mereka di alam pekerjaan kelak. PENGHARGAAN Kajian ini adalah antara peojek-peojek penyelidikan di bawah Geran FRGS (1/2012/SS05/UKM/02/11). RUJUKAN Bank Negara Malaysia Annual Report 2014: The ratio of household debt to gross domestic product rose marginally to 87.9% in 2014 from 86.7 % in 2013. http://bnm.gov.my Beal, D. J. & Delpachitra, S. B. 2003. Financial literacy

among Australian university students. A Journal of Applied Economics and Policy 22(1): 65-78. Bernheim, D. 1995. Do households appreciate their financial vulnerabilities? An analysis of actions, perceptions, and public policy. In: Tax Policy and Economic Growth. Washington D.C: American Council for Capital Formation. 1-30. Bernheim, D. 1998. Financial illiteracy, education and retirement saving. In: Mitchell, o., Schieber, S. (Eds.), Living with Defined Contribution Pensions. Philadelphia: University of Pennsylvania Press. 38-68. Brown, M. & Graf, R. 2013. Financial literacy, household investment and household debt: evidence from Switzerland. Working Papers on Finance No. 13/1. Swiss Institute of Banking and Finance Chaterjee, S. 2013. Borrowing decisions of credit constrained consumers and the role of financial literacy. Economics Bulletin 33 (1): 179-191. Chen, H. & Volpe, R.P. 1998. An analysis of personal financial literacy among college students. Financial Services Review 7(2): 107-128. Cude, B.J., Lawrence, F.C., Lyons, A.C., Metzger, K., Lejeune, E., Marks, L. & Machtmes, K. 2006. College Students and Financial Literacy: What They Know and What We Need to Learn. Eastern Family Economics and Resource Management Association Conference. Dahlia, I., Rabitah, H. & Zuraidah, M.I. 2009. A study on financial literacy of malaysian degree students. Cross-cultural Communication 5(4): 51-59. Danes, S. M., &H. R. Haberman. 2007. Teen financial knowledge, self-efficacy, and behavior: A gendered view. Financial Counseling and Planning 18(2): 48-60. Dvorak, T. & Hanley, H. 2010. Financial literacy and the design of retirement plans. Journal of Behavioral and Experimental Economics 39(6): 645-652. Federal Reserve Bank Report. 2014. U.S. Household Debt Jumps For Third Straight Quarter: SurveyTue May 13, 2014, http://www.reuters. com/article/2014/05/13/us-usa-fed-survey-credit Fogarty, G.J. & MacCarthy, K. 2006. Financial literacy: A psychologist’s perspective on an emerging societal problem in Australia. Joint Conference of the Australian Psychological Society and the New Zealand Psychological Society, Auckland, New Zealand. Hung, A.A., Parker, A.M. & Yoon, J.K. 2009. Defining and measuring financial literacy. Working Paper, RAND Labor and Population. Lusardi, A. 2009. The Importance of Financial Literacy. NBER Reporter: Research Summary no 2. Lusardi, A. & Mitchell, O. S. 2011. Financial literacy and retirement planning in the United States. NBER Working Paper No. 17108, June 2011. Lusardi, A., Mitchell, O.S. & Curto, V. 2009. Financial literacy among the young: Evidence and implication for consumer policy. NBER Working Paper No. 15352, September 2009. Malhotra, N K. 2010. Marketing research: An applied orientation. New Jersey: Pearson Education Inc.

88

Mandell, L. 2008. The Financial Literacy of Young American Adults: Results of the 2008 National Jump$tart Coalition Survey of High School Seniors and College Students. University of Washington and the Aspen Institute. Mandell, L. & Klein, L.S. 2009. The impact of financial literacy education on subsequent financial behavior. Journal of Financial Counseling and Planning 20(1): 15-24. Manton, E.J., English, D.E., Avard, S. & Walker, J. 2006. What college freshmen admit to not knowing about personal finance. Journal of College Teaching and Learning 3(1): 43-54. Marcolin, S. & Abraham, A. 2006. Financial literacy research: Current literature and future opportunities. International Conference of Contemporary Business. 21-22 September. Ahsan, M.H. 2013. Financial literacy research on undergraduate students in Malaysia: Current literature and research opportunities. International Journal of Education and Research 1(11): 1-12. Micomonaco, J. P. 2003. Borrowing against the future: practices, attitudes and knowledge of financial management among college students. http:// scholar.lib.vt.edu/theses/available/etd-05052003122728/unrestricted/MicomonacoETD.pdf Sabri, M.F. & MacDonald, M. 2010. Saving behaviour and financial problems among college students: The role of financial literacy in Malaysia. CrossCultural Communication 6(3): 103-110. Sabri, M.F. & Teo, T.J. 2014. The influence of financial literacy, saving behaviour, and financial management on retirement confidence among women working in the Malaysian public sector. Asian Social Scinece 10(14): 40-51. Majid, M.Z.A. & McCaffer, R. 1997. Assessment of Work Perfomance of Maintenance Contractors in Saudi Arabia. Journal of Management in Engineering 13(5): 91. Moore, D. 2003. Survey of Financial Literacy in Washington State: Knowledge, Behavior, Attitudes, and Experiences. Technical Report. Social and Economic Sciences Research Center, Washington State University. Morshidi, S. 2006. Students loan policy in Malaysia: Lesson learned and way forward, International Symposium on Student Loan Policy: A Higher Education Financing Policy to Support the Accommodation of Human Capital, UNESCO and Student Loan Fund, March 15-16, Grand Hall 203, BITEC, Bangkok, Thailand. New Straits Times. 2015. Numbers of youth declared bankrupt on the rise, 18 Jun. Abdullah, N., Sabri, M.F., Rahim, H.A., Othman, M.A., Arif, A.M.M. & Zakaria, N.F. 2013. Pengurusan kewangan dalam kalangan pekerja muda. Jurnal Pengguna Malaysia 21(Disember): 16-34. Mokhtar, N.A.A., Sabri, M.F., Hashim, A.H., Rahim, H.A. & Othman, M.A. 2013. Literasi, sosialisasi, tingkah laku dan kompetensi kewangan dalam kalangan kanak-kanak. Jurnal Pengguna Malaysia 21(Disember): 1-15. Mahdzan, N.S. & Tabiani, S. 2013. The impact

of financial literacy on individual saving: An exploratory study in the Malaysian context. Transformations in Business & Economics 12(1): 41-55. OECD. 2012. Financial Dashboard. www.oecd.org/std/ fin-stats/ OECD. 2005. Recommendation on Principles and Good Practices for Financial Education and Awareness,www.oecd.org/ dataoecd/7/17/35108560.pdf Peng, T.-C.M., Bartholomae, S., Fox, J.J., & Cravener, G. 2007. The impact of personal finance education delivered in high school and college courses. J Fam Econ Iss (2007) 28:265–284. DOI 10.1007/ s10834-007-9058-7 Robb, C.A. & Sharpe, D.L. 2009. Effect of personal financial knowledge on college students’ credit card behavior. Journal of Financial Counseling and Planning 20(1): 25-43. Sekaran, U. & Bougie, R. 2013. Research methods for business: A skill-building approach. West Sussex: John Wiley & Sons Ltd. Tan, H.B., Hoe, S.Y. & Hung, W.T. 2011. Financial literacy and personal financial planning in Klang Valley, Malaysia. Int. Journal of Economics and Management 5(1): 149-168. Van Rooij, M. , Lusardi, A. & Alessie, R. 2011. Financial literacy and stock market participation. Journal of Financial Economics. 101: 449-472. Volpe, R. P., Chen, H., & Pavlicko, J.J. 1996. Personal investment literacy among college students: A survey. Financial Practice and Education Fall/ Winter: 86-94. Rubayah Yakob (Dr.) Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM, Bangi, Selangor, Malaysia E-mel: [email protected] Hawati Janor (Prof. Madya. Dr.) Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM, Bangi, Selangor, Malaysia E-mel: [email protected] Nurain Khamis (Cik) Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM, Bangi, Selangor, Malaysia E-mel: [email protected]