TAHAP PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP …

pembelajaran yang bersesuaian dengan sistem pendidikan kini. Selain ... dibina berdasarkan teori bahawa sekiranya mempunyai tahap kemahiran baik dalam...

0 downloads 52 Views 637KB Size
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 33-43

33

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ)

TAHAP PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU SEKOLAH MENENGAH TERHADAP PENGGUNAAN WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU (Level of Knowledge, Skills and Attitudes of Secondary School Teachers to Use Web 2.0 in Malay Language Teaching) SUZLINA HILWANI BAHARUDDIN Kementerian Pendidikan Malaysia [email protected] JAMALUDIN BADUSAH Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected]

Dihantar pada: 21 Jun 2016 Diterima pada: 16 Oktober 2016 Koresponden: [email protected]

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap penggunaan/pengetahuan guru terhadap penggunaan Web 2.0 dan Internet dan keberkesanan Web 2.0 semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk menentukan tahap pengetahuan, kemahiran, dan sikap terhadap penggunaan Web 2.0 dan Internet dalam kalangan guru. Seramai 208 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di 12 buah sekolah menengah daerah Kuala Langat telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Analisis deskriptif menggunakan kekerapan, peratus, dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi, tahap kemahiran yang sederhana, tahap sikap yang sederhana, kekangan kemahiran terhadap Internet pada tahap yang rendah, tahap pengetahuan/penggunaan Web 2.0 pada tahap yang rendah dan penilaian terhadap keberkesanan aplikasi Web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang tinggi. Kata Kunci: Pengetahuan, kemahiran, sikap, pengajaran Bahasa Melayu, web 2.0 Abstract : This study aims to identify the usage/knowledge against the use of Web 2.0 and Internet and effectiveness of the current Web 2.0 in teaching and learning Malay. Besides, this study was conducted to determine the level of knowledge, skills, attitudes and skill constraints of Web 2.0 and Internet among teachers. A total of 208 Malay language teachers who teach in twelve secondary school of Kuala Langat district had been selected as samples for this study. This study used a survey method by using questionnaires. The descriptive analysis used frequency, percentage, and mean. The results shown that the Malay Language teachers have a high level of knowledge, moderate skill level, modest attitude, skills constraints on the Internet at a low level, the level of knowledge / use of Web 2.0 at a low level and the evaluation of the effectiveness Web 2.0 applications in teaching and learning at a high level. Keywords: Knowledge, skills, attitudes, Malay language teaching, web 2.0

Fakulti Pendidikan, UKM @ Nov. 2016

ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 33-43

PENGENALAN Internet ataupun lebuh raya maklumat ialah rangkaian seluruh dunia yang menghubungkan semua komputer yang terdapat dalam jaringan (Hafner dan Lyon 1996). Kehadiran teknologi Internet seperti Facebook dan BlogSpot membuka peluang baru kepada masyarakat termasuklah luar bandar untuk berinteraksi dengan cara yang lebih efektif, menarik dan tidak merumitkan. Internet digunakan bagi merakam dan memproses data untuk menghasilkan maklumat yang berguna untuk keperluan manusia. Menurut Noor Hakimen (2006), Internet berfungsi sebagai nadi penggerak untuk membawa perubahan positif mahupun negatif yang diperlukan dalam kehidupan manusia di era baru ini. Penggunaan Internet telah menyerap, menguasai dan seterusnya mengawal kehidupan manusia sama ada secara sedar mahupun sebaliknya. Aplikasi Web 2.0 merupakan sebahagian daripada penggunaan Internet yang telah diakses oleh pengguna. Menurut Mazmalek (2009), Web 2.0 bukanlah merupakan perkara baru dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) ekoran daripada transformasi dunia global. Jika sebelum ini masyarakat hanya menggunakan web untuk mendapatkan maklumat semata-mata, tetapi dengan kewujudan Web 2.0, komunikasi manusia menjadi lebih luas, menyeluruh, pantas dan dijalankan secara dua hala. Dengan kelebihan ini, Web 2.0 mula diperkenalkan di sekolahsekolah sebagai salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Secara keseluruhannya, Web 2.0 merupakan generasi kedua dalam pembangunan Internet yang merangkumi perubahan sesuatu laman menjadi platform aplikasi laman web interaktif untuk pengguna. Jika dibandingkan dengan Web 1.0, Web 2.0 lebih merujuk kepada corak penggunaan dan penyediaan elemen kepada pengguna. Jika dahulu, Web 1.0 lebih kepada "output" sahaja yang mana pengguna hanya mendapatkan maklumat daripada webmaster. Perubahan ketara dalam Web 2.0 memperkenalkan "input dan output" yang membolehkan pengguna membaca, menghantar sebarang data dan memaparkan kembali data di dalam laman web tersebut. Web 2.0 merupakan satu fenomena sosial yang memberikan kebebasan kepada pengguna untuk menggunakan semula,

34

berkongsi, bersosial dan berkomunikasi melalui elemen-elemen yang diterapkan dalam laman web tersebut. PERNYATAAN MASALAH Web 2.0 adalah salah satu pendekatan pembelajaran yang bersesuaian dengan sistem pendidikan kini. Selain itu aplikasi ini dapat menarik minat pelajar untuk meningkatkan penguasaan dalam Bahasa Melayu. Namun begitu, kajian mengenai Web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu belum dijalankan secara meluas (P&P). Hal ini kerana terdapat beberapa kekangan yang menyebabkan guru Bahasa Melayu tidak menerapkan P&P berasaskan TMK dan Internet. Hal ini disokong dengan kajian yang dilakukan Yahya dan Roselan (2008) mengenai komputer dalam pengajaran bahasa, penguasaan guru dan kekangan dalam pelaksanaan. Kajian menunjukkan kekangan utama yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer ialah guru kurang mahir mengendalikan komputer untuk pengajaran dan pelajar kurang berminat dalam pembelajaran. Selain itu terdapat juga kekangankekangan lain seperti sistem selenggara komputer tidak cekap di sekolah dan masalah bilik komputer. Permasalahan di atas merupakan salah satu punca yang menyebabkan guru-guru Bahasa Melayu tidak menggunakan aplikasi Web 2.0 dalam P&P Bahasa Melayu. Seterusnya ialah masalah kekurangan web Bahasa Melayu yang menyebabkan tidak ramai pelajar yang memanfaatkan Internet sebagai satu alternatif yang menyediakan akses kepada pelbagai maklumat yang membantu dalam P&P. Pengurusan masa juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan pelajar tidak menggunakan komputer dan Internet. Penggunaan Internet memerlukan masa yang sesuai oleh pelajar agar tidak mengganggu proses P&P mereka. Ini kerana penggunaan Internet memerlukan masa yang agak lama untuk dilayari dan diakses. Namun begitu, banyak kajian telah membuktikan bahawa Web 2.0 telah digunakan dalam sistem pendidikan sejajar dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang telah merancang untuk menerapkan TMK dalam P&P di sekolah. Menurut Catherine dan Mark

ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 33-43

(2010), aplikasi Web 2.0 merupakan satu teknologi pembelajaran yang mempunyai keupayaan untuk menyokong, menggalakkan perbincangan tidak formal, berdialog, berkolaboratif dan berkongsi ilmu secara terbuka. Nur Fadzilah (2010) pula berpendapat bahawa aplikasi Web 2.0 boleh memberikan maklumat yang bermanfaat kepada masyarakat terutamanya dari sudut pembelajaran. Secara umum, kajian ini menunjukkan pelajar perlu menggunakan aplikasi Web 2.0 dalam aktiviti pembelajaran supaya menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih efektif dan efisien. Kajian seterusnya adalah daripada Rafidah (2010) menggunakan kemudahan “Blog and Social Bookmarking’ serta aplikasinya dalam proses P&P di mana kumpulan sasarannya atau penggunanya pula ialah guru dan bukan guru. Pendekatan pembelajaran berasaskan situasi dipilih sebagai strategi penyampaian maklumat kerana ia merupakan salah satu pendekatan pembelajaran aktif yang lebih ke arah pembelajaran kendiri serta mementingkan penglibatan pengguna secara aktif dan interaktif dalam proses pembelajaran. Jika Web 2.0 digunakan sebagai salah satu alat bantu mengajar dalam proses P&P mungkin ini amat menarik kerana banyak kelebihan yang boleh didapati daripada penggunaannya. Antaranya adalah berpeluang menerokai kaedah pembelajaran yang lebih efisien, memberikan maklumat dan berkongsi maklumat atau kerja dengan pengguna lain. Selain itu, pengguna dapat mengumpul maklumat dan menggabungkan maklumat yang didapati dengan maklumat yang sedia ada, mewujudkan kerjasama di antara beberapa pengguna dalam apa jua aktiviti bercirikan inovasi dan boleh membangunkan beberapa teknik yang menarik dan bersesuaian dengan kehendak pengguna. Selain itu juga, aplikasi ini boleh membantu memaksimumkan penggunaan teknologi dan TMK untuk pembelajaran luar kelas. Oleh itu, pengkaji berpendapat penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam pendidikan memberikan manfaat kepada guru dan pelajar bersesuaian dengan matlamat sistem pendidikan kini iaitu pembelajaran berpusatkan pelajar dan guru adalah sebagai fasilitator. Selain itu, bahan serta sumber yang tersedia dalam talian (online) dapat dioptimumkan untuk tujuan pendidikan

35

terutamanya melibatkan bidang atau mata pelajaran. Lantaran itu, aktiviti pembelajaran tidak terhad pada waktu persekolahan sahaja tetapi boleh dilakukan di mana-mana tanpa had masa dan tempat melalui pembelajaran atas talian. TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap penggunaan guru terhadap aplikasi Web 2.0 dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji pengetahuan, sikap, kemahiran, kekangan kemahiran penggunaan Internet dan tahap penilaian keberkesanan penggunaan Internet dan Web 2.0 dalam kalangan guru Bahasa Melayu. OBJEKTIF KAJIAN Kajian yang dijalankan ini berasaskan kepada tiga objektif berikut: 1.

2. 3.

Menentukan tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan kekangan kemahiran penggunaan Internet. Meninjau tahap penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam kalangan guru. Menentukan tahap penilaian keberkesanan penggunaan Web 2.0 dan Internet. KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Kerangka kajian dibina berdasarkan Model Penerimaan Teknologi (Technology Acceptance Model) oleh Davis et al.(1989). Kerangka ini dibina berdasarkan teori bahawa sekiranya mempunyai tahap kemahiran baik dalam penggunaan Internet dan kekangan yang minimum dalam penggunaan Internet yang mana akan membawa kepada pencapaian penggunaan Internet sebagai medium P&P di sekolah. Kerangka kajian dipaparkan dalam Rajah 1. Model Penerimaan Teknologi (Davis 1989; Davis et al. 1989) didasari oleh Teori Tindakan Bersebab (Theory of Reasoned Action) (Ajzen & Fishbein 1980; Fishbein & Ajzen 1975). Teori Tindakan Bersebab menyatakan kepercayaan mempengaruhi sikap. Sikap ini pula membawa kepada niat yang kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk tingkah laku. Model Penerimaan Teknologi digunakan untuk menerangkan tentang

ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 33-43

penerimaan pengguna terhadap penggunaan teknologi khususnya sistem maklumat. Model ini menyatakan bahawa penggunaan sebenar sesuatu sistem seperti sistem berasaskan komputer ditentukan oleh sikap pengguna terhadap sesuatu sistem tersebut. Menurut Wong (2002) dan Speier et al. (1995), penggunaan sebenar sesuatu sistem boleh diukur berdasarkan pengetahuan serta kemahiran pengguna terhadap sistem tersebut. Bagi memastikan pengguna menggunakan teknologi, pengguna terlebih dahulu mempercayai atau menganggap sesuatu sistem sebagai berguna. Sebaliknya jika pengguna tidak mempercayai kegunaan sistem itu, individu tersebut tidak akan menggunakannya teknologi tersebut. Justeru, dapat dilihat bahawa tanggapan mudah guna adalah tidak penting dengan tanggapan kegunaan kerana kesukaran menggunakan sistem boleh diatasi sekiranya pengguna menganggap sistem tersebut berguna kepadanya (Davis et al. 1989). Justeru kerangka konseptual dibentuk berdasarkan kemahiran, sikap terhadap penggunaan Internet , dan kekangan kemahiran dalam penggunaan Internet dijangkakan akan mempengaruhi tahap penggunaan Internet.

36

dan Morgan (1990). Instrumen kajian ialah soal selidik mengandungi empat bahagian, iaitu Bahagian A merupakan maklumat latar belakang responden, Bahagian B merupakan ujian tahap pengetahuan, kemahiran, sikap, dan kekangan kemahiran penggunaan Internet, Bahagian C merupakan tahap penggunaan/pengetahuan guru terhadap Web 2.0 dan Bahagian D pula merupakan penilaian guru terhadap penggunaan Web 2.0 dan Internet dalam P&P. Kesemua item telah diuji rintis untuk menguji kesahan item. Tahap kesahan dan kebolehpercayaan item diuji menggunakan pekali alpha Cronbach. Nilai alpha yang kurang daripada 0.6 dianggap lemah, nilai alpha 0.7 ke atas dianggap baik. Hasil analisis menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan bagi keseluruhan data kajian ini adalah tinggi, iaitu 0.845. Oleh itu, pernyataan item boleh diterima pakai dalam kalangan sampel kajian sebenar. Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif dengan menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) 18. Statistik deskriptif bertujuan mendapatkan data kekerapan, peratus, dan min. DAPATAN KAJIAN

Demografi:  Jantina  Lokasi  Tahap Pendidikan  Pengalaman Mengajar  Umur  Akses Internet di rumah  Akses internet di sekolah

Tahap Pengetahuan terhadap Penggunaan Internet

Pengetahuan Internet

Kemahiran Internet Sikap terhadap Internet

Web 2.0 dalam P&P BM

Sumber: Rohani Aziz (2011) METODOLOGI Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif tinjauan melalui soal selidik untuk mengumpulkan data. Sampel kajian terdiri daripada 208 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di 12 buah sekolah menengah di daerah Kuala Langat. Teknik pemilihan sampel dilakukan melalui penentuan saiz sampel yang dirujuk melalui jadual Krejcie

Jadual 1 menunjukkan skor min bagi persepsi guru terhadap pengetahuan penggunaan Internet dengan merujuk kepada skala pengukuran mengikut Mohd Majid (1994). Daripada Jadual 1 dapat dilihat bahawa min tertinggi bagi tahap pengetahuan guru terhadap Internet ialah pada item “Saya boleh menggunakan enjin pencari untuk melayari maklumat” dengan min 4.17 dan sisihan piawai 0.733 pada tahap yang tinggi. Bagi min yang paling rendah adalah pada item “Saya mampu membina blog sendiri untuk kemudahan pelajar membuat rujukan” merupakan min item yang paling rendah iaitu 0.861. Secara keseluruhan, item bagi tahap pengetahuan guru terhadap penggunaan Internet ialah pada tahap yang tinggi dengan jumlah min adalah 3.76 dan sisihan piawai 0.749.

37

ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 33-43

Jadual 1. Tahap pengetahuan penggunaan Internet dalam kalangan guru Item 1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

Saya boleh menggunakan enjin pencari untuk melayari maklumat. Saya tahu menggunakan email untuk berkongsi maklumat dengan para pelajar. Saya boleh menggunakan muat turun dan muat naik untuk tujuan P&P. Saya boleh menggunakan berbagai strategi untuk menggalakkan proses pembelajaran dengan menggunakan Internet . Saya tahu menilai bila dan bagaimana Internet dapat mempelbagaikan aktiviti P&P saya di dalam kelas. Saya mampu untuk mencari peluang pembelajaran teknologi baru untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. Saya boleh mereka bentuk dan membina (sendiri atau kumpulan) aktiviti pembelajaran yang dapat mengintegrasikan melalui Internet di dalam dan di luar bilik darjah. Saya mampu membina blog sendiri untuk kemudahan pelajar membuat rujukan. Jumlah Keseluruhan

Min Sisihan Piawai 4.17 0.733

3.98

Tahap Pengetahuan Tinggi

0.735

diperoleh, tahap kemahiran guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan Internet adalah pada tahap yang sederhana iaitu dengan jumlah min sebanyak 3.49 dan sisihan piawai adalah 0.874. Jadual 2. Tahap kemahiran guru terhadap penggunaan Internet

Tinggi Item 1.

3.92

0.643

Tinggi 2.

3.84

0.687

Tinggi

3. 4.

3.84

0.636

Tinggi

3.84

0.675

Tinggi

5.

6.

7. 3.39

0.855

Sederhana

8. 9.

10. 3.13

0.861

Sederhana 11.

3.76

0.259

Tinggi

Tahap Kemahiran Terhadap Penggunaan Internet Jadual 2 menunjukkan skor min bagi tahap kemahiran guru terhadap penggunaan Internet. Skala pengukuran bagi ujian tahap ini dilihat berdasarkan ujian pengukuran Mohd Majid (1994). Berdasarkan Jadual 2, min tertinggi bagi persepsi guru terhadap tahap kemahiran penggunaan Internet adalah pada item “Saya menggunakan Internet untuk membuat rujukan” dengan min sebanyak 4.34 dan sisihan piawai 0.617. Bagi min yang terendah adalah pada item “Saya membantu mengemas kini laman web sekolah” dengan min 2.49 dan sisihan piawai adalah 0.953 pada tahap kemahiran yang sederhana. Daripada dapatan yang

Saya menggunakan Internet untuk membuat rujukan. Saya kerap menggunakan maklumat dari Internet. Saya menggunakan enjin pencari untuk melayari maklumat. Laman-laman web pendidikan banyak membantu saya untuk mendapatkan maklumat. Saya mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang cukup dalam penggunaan Internet . Saya pernah menggunakan muat turun dan muat naik untuk tujuan P&P Peti e-mel sentiasa dikemas kini bagi memastikan kelancaran capaiannya. Saya pernah menggunakan grafik dan video melalui Internet Saya kerap berkomunikasi dengan pelajar melalui laman sosial. Saya menyediakan blog untuk kemudahan pelajar membuat rujukan bahan pembelajaran. Saya membantu dikemas kini laman web sekolah. Jumlah Keseluruhan

Min 4.34

Sisihan Tahap Piawai Kemahiran 0.617 Tinggi

4.14

0.771

Tinggi

4.13

0.764

Tinggi

4.00

0.719

Tinggi

3.58

0.892

Sederhana

3.58

1.046

Sederhana

3.44

1.030

Sederhana

3.32

0.909

2.87

1.008

Sederhana Sederhana

2.53

0.906

Sederhana

2.49

0.953

3.49

0.874

Sederhana Sederhana

Tahap Sikap Guru terhadap Penggunaan Internet Analisis secara deskriptif dilakukan untuk melihat tahap sikap guru terhadap penggunaan Internet. Jadual 3 menunjukkan skor secara terperinci serta tahap bagi item yang dikemukakan kepada responden kajian. Terdapat 10 item dalam bahagian ini berdasarkan soal selidik. Berdasarkan Jadual 3, terdapat tiga tahap sikap guru terhadap penggunaan Internet, iaitu tahap rendah, sederhana dan tinggi. Bagi tahap tinggi, e-mel sangat baik untuk digunakan sebagai alat perhubungan merupakan item tahap sikap guru terhadap penggunaan Internet yang paling tinggi

ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 33-43

berbanding dengan item-item yang lain dengan skor min 4.18 dan sisihan piawai ialah 0.566. Bagi tahap sederhana pula, item “Internet boleh menggantikan buku teks di dalam bilik darjah” merupakan satu-satunya tahap sederhana guru terhadap penggunaan Internet. Tahap rendah pula adalah pada item “Internet membuang masa” yang merupakan item yang paling rendah dengan skor min adalah 2.00 dan sisihan piawai adalah 0.919. Secara keseluruhan, tahap sikap guru terhadap penggunaan Internet adalah pada tahap yang sederhana dengan skor min keseluruhan adalah 3.62 dan sisihan piawai ialah 0.733. Jadual 3. Tahap sikap guru terhadap penggunaan Internet Item 9.

10.

11.

12.

13. 14.

15.

16. 17.

18.

Facebook, Blog dan Twitter menyediakan ruang bagi orang ramai untuk berkongsi maklumat dan pendapat, tetapi mesti diguna dengan berhemah dan dengan cara yang betul. E-mail sangat baik untuk digunakan sebagai alat perhubungan. Kemahiran dalam bidang Internet yang saya dapati sekarang amat mudah dipelajari dan saya berminat untuk mempelajari teknologi yang baharu. Maklumat yang didapati dalam Internet tidak semestinya tepat, terutama blog peribadi orang lain. Portal pendidikan membantu pembelajaran saya. Internet adalah bahan P&P yang menarik di dalam bilik darjah. Kebanyakan teknologi Internet yang diperkenalkan kepada saya dapat memperbaiki cara pengajaran saya serta meningkatkan keupayaan pelajar untuk belajar berfikir. Internet boleh menggantikan buku teks di dalam bilik darjah. Saya tidak pasti tentang kemudahan yang ada di dalam Internet. Internet membuang masa. Jumlah Keseluruhan

Min 4.38

Sisihan Piawai 0.585

Tahap Sikap Tinggi

Faktor Kekangan Kemahiran terhadap Penggunaan Internet dalam Kalangan Guru Analisis deskriptif dilakukan untuk melihat tahap kekangan kemahiran terhadap penggunaan Internet dalam kalangan guru. Terdapat 10 item bagi kekangan kemahiran terhadap penggunaan Internet dalam kalangan guru Bahasa Melayu yang ditunjukkan dalam Jadual 4. Daripada Jadual 4, didapati item “Melawati laman-laman web berkaitan pendidikan adalah cara terbaik untuk saya mendapatkan maklumat tentang dunia pendidikan” mempunyai min yang paling tinggi iaitu 4.15 dan sisihan piawai adalah 0.703 pada tahap tinggi. Item yang berada pada tahap yang paling rendah ialah “Saya tidak tahu menggunakan Internet” dengan nilai min adalah 1.46 dan sisihan piawai adalah 0.605. Jadual 4. Kekangan kemahiran terhadap penggunaan Internet dalam kalangan guru Item

4.18

0.566

0.654

Tinggi 20.

3.99

0.752

Tinggi

21.

3.99

0.716

Tinggi

22.

3.99

0.637

Tinggi 23.

3.95

0.623

Tinggi 24. 25. 26.

3.50

0.948

2.12

0.931

2.00 3.62

0.919 0.733

Min

Sisihan Piawai

4.15

0.703

Tahap Kekangan Kemahiran Tinggi

4.08

0.830

Tinggi

3.97

0.673

Tinggi

3.53

0.937

Sederhana

3.52

1.163

Sederhana

3.10

1.131

Sederhana

2.52

1.239

Sederhana

2.50

0.985

Sederhana

1.61

0.895

Rendah

1.46

0.605

Rendah

3.04

0.916

Sederhana

Tinggi 19.

4.09

Sederhana Rendah

27. 28.

Rendah Sederhana

38

Melawati laman-laman web adalah cara terbaik untuk saya mendapatkan maklumat tentang dunia pendidikan. Saya kerap menggunakan maklumat dari Internet untuk menambah ilmu pengetahuan dan bahan pengajaran. Perkembangan dalam teknologi masa kini telah merangsang saya dalam bidang Internet. Saya mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang cukup dalam penggunaan Internet Komputer di sekolah tidak mencukupi untuk menggunakan Internet. Komputer di sekolah banyak yang rosak. Saya tidak mempunyai masa untuk melayari Internet . Saya memberi sumbangan kepada laman web sekolah dari semasa ke semasa. Saya tidak mempunyai kemudahan Internet di rumah. Saya tidak tahu menggunakan Internet. Jumlah Keseluruhan

39

ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 33-43

Secara keseluruhannya, tahap kekangan penggunaan Internet dalam kalangan guru adalah pada tahap yang sederhana dengan min keseluruhan 3.04 dan sisihan piawai adalah 0.916.

10.

Voicethread

1.23

0.455

Rendah

11.

Evernote

1.20

0.466

Rendah

12.

Glogster

1.17

0.438

Rendah

13.

Wallwisher

1.17

0.456

Rendah

Penilaian Tahap Penggunaan/Pengetahuan Guru terhadap Web 2.0

14.

Wordle

1.17

0.449

Rendah

15.

Del.icio.us

1.14

0.387

Rendah

16.

Frezi

1.13

0.395

Rendah

17.

Jing

1.13

0.414

Rendah

18.

Ning

1.12

0.340

Rendah

19.

Elluminate

1.10

0.318

Rendah

1.60

0.515

Rendah

Jadual 5 menunjukkan tahap penggunaan Web 2.0 dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Terdapat 20 jenis aplikasi Web 2.0 dalam soal selidik berdasarkan tiga skala Likert, iaitu tidak pernah tahu tentang aplikasi tersebut, tahu tetapi tidak menggunakan aplikasi tersebut, dan pernah menggunakan aplikasi tersebut. Dengan menggunakan skala pengukuran min Mohd Majid (1994), pengkaji dapat melihat tahap pengetahuan guru terhadap aplikasi Web 2.0. Secara keseluruhannya, tahap penggunaan/pengetahuan aplikasi Web 2.0 dalam kalangan guru adalah pada tahap rendah. Dengan ini menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu kurang pengetahuan tentang penggunaan aplikasi Web 2.0. Jumlah skor min bagi tahap ini adalah 1.60 dan sisihan piawai adalah 0.515. Terdapat tiga tahap sederhana guru terhadap penggunaan aplikasi ini iaitu blog, Facebook dan YouTube. Namun begitu, Facebook menunjukkan min tertinggi iaitu 2.87 dan sisihan piawai 0.402. Tahap penggunaan Web 2.0 yang paling rendah ialah Elluminate dengan min 1.10 dan sisihan piawai adalah 0.318. Jadual 5. Penggunaan/pengetahuan aplikasi web 2.0 dalam kalangan guru Item

Min

Sisihan Piawai

1.

Facebook

2.87

0.402

Tahap Penggunaan Web 2.0 Sederhana

2.

Youtube

2.83

0.456

Sederhana

3.

Blog

2.39

0.612

Sederhana

4.

Twitter

2.26

0.623

Rendah

5.

Skype

2.17

0.735

Rendah

6.

Slideshare

1.93

0.831

Rendah

7.

Wiki

1.72

0.841

Rendah

8.

Wordpress

1.56

0.713

Rendah

9.

Flickr

1.45

0.643

Rendah

Jumlah Keseluruhan

Penerapan Aplikasi Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pada bahagian ini, kekerapan dan peratus ditunjukkan dalam Jadual 6 bagi tujuan untuk melihat jumlah guru yang menerapkan aplikasi Web 2.0 dalam P&P. Berdasarkan Jadual 6, guru Bahasa Melayu yang menerapkan penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam P&P adalah seramai 18 orang dengan peratusan hanyalah 8.7%. Antara jenis aplikasi yang diterapkan oleh guru ialah YouTube, Blog, Facebook, Wordpress, dan Wiki. Guru yang tidak menerapkan aplikasi Web 2.0 dalam P&P adalah seramai 190 orang dengan peratusan 91.3%. Dengan ini menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu di daerah Kuala Langat masih menggunakan cara P&P tradisional. Guru tidak mengambil langkah alternatif lain untuk menjadikan pembelajaran Bahasa Melayu menjadi pembelajaran yang lebih menarik dengan menggunakan pelbagai kaedah P&P berasaskan Internet. Jadual 6. Penerapan aplikasi web 2.0 dalam P&P Item Penerapan Aplikasi Web 2.0 Jumlah

Ya Tidak

Kekerapan (f) 18 190 280

Peratus (%) 8.7 91.3 100

ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 33-43

Keberkesanan Penggunaan Aplikasi Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran dalam Kalangan Guru Analisis secara deskriptif dilakukan untuk melihat tahap keberkesanan penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam P&P dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Terdapat sembilan item yang telah dikemukakan kepada responden kajian. Berdasarkan Jadual 7, item yang mempunyai skor min paling tinggi ialah guru boleh menghantar apa-apa saja bahan berbentuk nota pelajaran, kuiz mahupun latihan dengan mudah, menarik, berkesan dan disediakan dengan paparan yang cantik dan menarik dengan nilai min 4.13 dan sisihan piawai 0.559 pada tahap tinggi. Skor min yang paling rendah ialah penggunaan aplikasi seperti Facebook, Twitter, Google docs, Skype, slide share dan lain-lain dapat mewujudkan P&P secara kolaboratif dengan nilai min 3.78 dan sisihan piawai 0.706. Walaupun skor min paling rendah, namun tahap keberkesanan masih pada tahap yang tinggi. Secara keseluruhan, tahap keberkesanan penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam P&P dalam kalangan guru adalah pada tahap tinggi dengan skor min keseluruhan adalah 3.96 dan sisihan piawai adalah 0.611. Jadual 7. Keberkesanan penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam P&P dalam kalangan guru Bahasa Melayu Item 1.

2.

3.

4.

Guru boleh menghantar apa-apa saja bahan berbentuk nota pelajaran, kuiz mahupun latihan dengan mudah, menarik, berkesan dan disediakan dengan paparan yang cantik dan menarik. Dapat menambah pengetahuan saya terhadap penggunaan Internet serta literasi komputer. Pengajaran dengan menggunakan Web 2.0 dan Internet dapat meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran Aplikasi Web 2.0 dan Internet menyediakan

Min 4.13

Sisihan Piawai 0.559

Tahap Aplikasi Tinggi

4.08

0.490

Tinggi

4.07

0.547

Tinggi

4.01

0.614

Tinggi

5.

6.

7.

8.

9.

maklumat terkini dalam pelbagai bentuk topik yang berkaitan di mana ia tidak boleh diperoleh sumber lain. Kandungan buku teks, perpustakaan dan pengetahuan guru boleh dipertingkatkan dengan adanya pendekatan baru ini. Pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar dengan menggunakan kaedah pengajaran berasaskan Web 2.0 dan Internet. Berpengetahuan dalam aplikasi Web 2.0 dapat meningkatkan daya komunikasi. Penggunaan aplikasi ini juga boleh menampung pelbagai keperluan pelajar dengan cara yang berasingan. Web 2.0 dan Internet merupakan alat perantaraan yang tidak dipengaruhi oleh bangsa, budaya dan jantina. Penggunaan aplikasi seperti Facebook, Twitter, Google docs, Skype, slide share dan lain-lain dapat mewujudkan P&P secara kolaboratif Jumlah Keseluruhan

40

3.99

0.637

Tinggi

3.94

0.595

Tinggi

3.86

0.534

Tinggi

3.79

0.813

Tinggi

3.78

0.706

Tinggi

3.96

0.611

Tinggi

PERBINCANGAN Hasil analisis kuantitatif dalam kajian ini menunjukkan kebanyakan guru mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi, tahap kemahiran yang sederhana, tahap sikap yang sederhana, tahap kekangan kemahiran yang sederhana, tahap penggunaan/pengetahuan terhadap Web 2.0 yang rendah dan tahap keberkesanan penilaian penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam P&P dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Tahap Pengetahuan Guru terhadap Penggunaan Internet Kajian ini menunjukkan bahawa pengetahuan terhadap penggunaan Internet kalangan guru Bahasa Melayu berada di yang tinggi. Min keseluruhan bagi

tahap dalam tahap tahap

ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 33-43

pengetahuan guru terhadap penggunaan Internet adalah 3.76. Kajian ini disokong kajian yang telah dijalankan oleh Abdul Razak dan Norazlina (2008). Kajian yang dijalankan oleh pengkaji berkenaan penggunaan Internet dalam kalangan guru sekolah rendah di sekitar Johor Bahru. Kajian merangkumi pengenalpastian pengetahuan asas guru terhadap penggunaan Internet. Keputusan kajian menunjukkan bahawa guru menguasai pengetahuan asas terhadap penggunaan Internet dengan purata peratusan sebanyak 83.5 % daripada 132 orang guru. Ini memberi gambaran bahawa guru mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan Internet. Walau bagaimanapun, hasil kajian ini dan kajian yang dijalankan oleh Abdul Razak dan Norazlina (2008) bertentangan dengan kajian yang dijalankan oleh Rozaidi (2000). Hasil kajian yang diperoleh oleh Rozaidi (2000) menunjukkan bahawa guru sekolah menengah di Johor Bahru kurang mahir dalam pengetahuan asas terhadap penggunaan Internet, iaitu hanya 22.4%. Hal ini menunjukkan bahawa pengetahuan guru terhadap penggunaan Internet sentiasa berlaku peningkatan pada setiap tahun. Tahap Kemahiran Guru terhadap Penggunaan Internet Kajian ini menunjukkan bahawa tahap kemahiran guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan Internet adalah pada tahap yang sederhana, iaitu dengan jumlah min sebanyak 3.49 dan sisihan piawai adalah 0.874. Kajian ini disokong dengan kajian yang dijalankan oleh Abdul Razak dan Norazlina (2008) yang menjalankan kajian terhadap penggunaan Internet dalam kalangan guru sekolah rendah di sekitar Johor Bahru. Hasil kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa guru mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan Internet, iaitu sebanyak 76.66%. Tahap Sikap Guru Terhadap Penggunaan Internet Kajian ini menunjukkan bahawa tahap sikap guru terhadap penggunaan adalah pada tahap yang sederhana dengan skor min adalah 2.00 dan sisihan piawai adalah 0.733. Menurut Aiken (1976) dan Ajzen (1988) sikap adalah sesuatu gambaran dalaman individu yang merujuk kepada kecenderungan untuk berkelakuan positif atau

41

negatif terhadap benda, situasi, institusi, konsep atau individu lain. Menurut Taylor et al. (1997), sikap mempunyai tiga komponen, iaitu: 1.

2. 3.

Komponen kognitif yang menunjukkan kepada kefahaman dan kepercayaan terhadap sesuatu Komponen afektif merujuk kepada perasaan. Komponen psikomotor yang menunjukkan kepada kecenderungan untuk bertindak balas atau berlagak mengikut sesuatu keadaan terhadap sesuatu situasi.

Ketiga-tiga kecenderungan komponen ini berada dalam keadaan positif atau negatif. Bagi Davis et al. (1989), beliau menyatakan bahawa sikap terhadap teknologi akan menjadi positif jika seseorang dapat mengawal teknologi tersebut berasa mudah dikendalikan dan membawa manfaat kepada mereka. Tahap Kekangan Kemahiran Guru terhadap Penggunaan Internet Secara keseluruhan, tahap kekangan penggunaan Internet dalam kalangan guru adalah pada tahap yang sederhana dengan min keseluruhan 3.04 dan sisihan piawai adalah 0.916. Berdasarkan Jadual 4, terdapat beberapa kekangan kemahiran yang dihadapi oleh para guru yang menunjukkan min di bawah 3.00. Antaranya ialah tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk melayari Internet, memberi sumbangan kepada laman web sekolah dari semasa ke semasa, tidak mempunyai kemudahan Internet di rumah, dan tidak tahu menggunakan Internet. Kajian ini disokong dengan kajian yang dilakukan oleh Yahya dan Roselan (2008). Dapatan kajian yang dilakukan menunjukkan beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu dalam mengendalikan komputer. Antaranya ialah masalah bilik computer dari segi selenggaraan komputer tidak cekap, guru kurang mahir akibat kurang latihan dan kekangan masa. Tahap Penggunaan/Pengetahuan Guru terhadap Web 2.0 Secara keseluruhannya, tahap penggunaan/ pengetahuan aplikasi Web 2.0 dalam kalangan guru adalah pada tahap rendah. Dengan ini menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu kurang

ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 33-43

pengetahuan tentang penggunaan aplikasi Web 2.0. Jumlah skor min bagi tahap ini adalah 1.60 dan sisihan piawai adalah 0.515. Berdasarkan kajian pengkaji penggunaan Facebook, Youtube dan blog menunjukkan tahap penggunaan yang sederhana dan tertinggi. Menurut kajian yang dijalankan oleh Kee-Man Chuah (2013), penggunaan Facebook digunakan sebagai wadah untuk perbincangan ilmiah dan sosial. Dapatan yang diperoleh jelas menunjukkan populariti Facebook dalam kalangan pelajar. Sebanyak 85% pelajar mengakui bahawa mereka aktif berbincang melalui media tersebut dan 83% menyatakan mereka suka berbincang dengan rakan melalui Facebook. Walau bagaimanapun, hanya 67% berpendapat mereka mengambil peluang untuk menulis lebih banyak dalam Facebook berbanding media lain. Melalui pemerhatian yang dijalankan, pelajar didapati lebih cenderung untuk berkongsi pandangan melalui Facebook. Pelajar yang selalunya pasif di dalam kelas juga dilihat lebih aktif apabila berbincang melalui aplikasi media sosial tersebut. Seterusnya penggunaan blog dalam P&P. Menurut Yusliza dan Farrah (2011), Blog mempunyai potensi bagi meningkatkan pembelajaran secara kolaboratif dalam kalangan pelajar, sama ada semasa berada di dalam atau luar waktu persekolahan. Daripada sudut pendidikan, teknologi ini dilihat sebagai mempunyai potensi untuk meningkatkan penglibatan pelajar dan menyediakan persekitaran bagi kerjasama dan pembinaan pengetahuan (Halic, Lee, Paulus, & Spence, 2010). Hal ini kerana blog membolehkan pelajar untuk menulis dan berkongsi pendapat mereka terhadap pelbagai isu dan mengulas mengenai apa yang mereka telah membaca (Kang, Bonk, & Kim, 2011) dengan pembaca dari seluruh dunia. Menurut kajian yang dilakukan oleh KeeMan Chuah (2013), YouTube banyak digunakan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran bertutur. Kajian pengkaji menunjukkan persepsi pelajar tentang penggunaan video YouTube dalam pengajaran Bahasa Inggeris yang diberikan melalui sistem e-pembelajaran. Sebanyak 75% pelajar bersetuju bahawa video yang ditonton melalui YouTube banyak membantu mereka dalam kemahiran bertutur. Terdapat banyak video yang mengajar tentang sebutan yang betul dan juga teknik pengucapan yang berkesan. Walau

42

bagaimanapun, hanya 45% pelajar berpendapat video YouTube membantu mereka memahami tatabahasa. Selain itu, 41% pelajar juga berpendapat video YouTube membantu mereka dari segi kemahiran menulis. Walaupun terdapat video-video menarik tentang tatabahasa dan kemahiran menulis yang diberikan, pelajar secara amnya berpendapat bahawa media sosial ini lebih sesuai digunakan untuk memantapkan penguasaan kemahiran bertutur mereka. Tahap Penilaian Guru Terhadap Keberkesanan Penggunaan Web 2.0 dan Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Secara keseluruhannya, tahap keberkesanan penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru adalah pada tahap tinggi dengan skor min keseluruhan adalah 3.96 dan sisihan piawai adalah 0.611. Berdasarkan Jadual 7, min tertinggi ialah guru boleh menghantar apa-apa sahaja bahan berbentuk nota pelajaran, kuiz mahupun latihan dengan mudah, menarik, berkesan dan disediakan dengan paparan yang cantik dan menarik. Min terendah ialah penggunaan aplikasi seperti Facebook, Twitter, Google docs, Skype, slide share dan lainlain dapat mewujudkan P&P secara kolaboratif. Namun begitu, penggunaan aplikasi ini adalah pada tahap yang tinggi. Melalui dapatan kajian ini, menunjukkan bahawa guru mempunyai penilaian positif terhadap penggunaan Web 2.0 dan Internet dalam P&P. Kee-Man Chuah (2013) turut menyokong penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam pendidikan. Hal ini kerana pengkaji berpendapat bahawa media sosial membantu perkongsian ilmu dan maklumat secara terbuka. Pelajar tidak berasa malu kerana interaksi berlangsung secara maya, dan bukannya bersemuka. Selain itu, media sosial juga memberikan konteks pembelajaran bahasa yang baik. Perbincangan melalui Facebook, sebagai contoh, membantu pelajar berhubung dengan pelajar dari luar negara yang memerlukan mereka untuk menggunakan Bahasa Inggeris dengan betul.

ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 33-43

KESIMPULAN Secara keseluruhannya, kajian ini telah mengenal pasti tahap pengetahuan, tahap kemahiran, tahap sikap, tahap kekangan kemahiran, tahap penggunaan Web 2.0 dan tahap penilaian keberkesanan penggunaan Web 2.0 dan Internet dalam P&P Bahasa Melayu. Namun begitu, harus diingat bahawa teknologi hanya merupakan alat bantu dalam proses P&P, ia tidak akan dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti kata yang luas. Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan. RUJUKAN Abdul Razak Idris & Norazlina Adam. 2008. Penggunaan Internet dalam kalangan guru guru sekolah rendah di sekitar Johor Bahru, Johor. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Aiken, L. R. 1976. Update and other Affective Variables in Learning Mathematics. Review of the Educational Research, 46: 293-311. Ajzen, I. 1988. Attitudes, personality and behaviour. Illinois: Dorsey Press. Davis, F.D. 1989. Perceived usefulness, perceived ease of use and user acceptance of information technology. Mis Quartertly, 13 (3): 319-339 Davis, F.D. Bagozzi, R.P & Warshaw, P.R. 1989. User acceptance of computer technology: A comparison of two theoretical models. Management Science, 35(8):982-1003. Hafner, K & Lyon, M. 1996. Where wizard stay up late: The origins of the Internet. New York: Simon & Shuster. Halic, O., Lee, D., Paulus, T., & Spence, M. 2010. To blog or not to blog: Student perceptions of blog effectiveness for learning in a collegelevel course. The Internet and Higher Education, 13 (4): 206-213. Kang, I., Bonk, C. J., & Kim, M.-C. 2011. A case study of blog-based learning in Korea: Technology becomes pedagogy. The Internet and Higher Education, 14 (4): 227-235. Kee-Man Chuah. 2013. Aplikasi media sosial dalam pembelajaran Bahasa Inggeris: Persepsi pelajar universiti. Issues in Language Studies, 2 (1): 56-63.

43

Mazmalek. 2009. Majalah Dwibulan. Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Edisi 20 Mohd Majid Konting. 1994. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Noor Hakimeen Othman. 2006. Tahap penggunaan Internet dari persepsi pelajar peringkat menengah rendah Sek. Men. Keb. Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Nur Fadzilah Othman. 2010. Tahap penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam kalangan pelajar institute pengajian tinggi awam di Malaysia. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. O'Reilly, T. 2005. What is Web 2.0. http://oreilly.com/web2/archive/what-is-web20.html [2 Mac 2013] Rafidah Antas. 2010. Sistem pembelajaran berasaskan situasi menerusi web Bertajuk blog dan social bookmarking. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Rozaidi Che Mahmood. 2000. Satu kajian mengenai penggunaan Internet di kalangan guru-guru di empat buah sekolah menengah sekitar bandaraya Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia. Speier, C., Morris, G.M. & Briggs, C.M. 1995. Attitude toward computer: The impact on performance. Proceeding of information System Americas Conference. (atas talian). http:///hsb.baylor.edu/ramsower/acis/papers/s peier.htm (20 Mac 2013) Taylor, S.E., Peplau, L.A. & Sears, D.O. 1997. Social psychology. New Jersey: Prentice Hall. Wong Su Luan. 2002. Development and validation of information technology (IT) based instrument to measure teacher’s IT preparedness. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Putra Malaysia. Yahya Othman & Roselan Baki. 2008. Aplikasi komputer dalam pengajaran bahasa: penguasaan guru dan kekangan dalam pelaksanaan. 1st International Malaysian Educational Technology Convention. Yusliza Baharin & Farrah Dina Yusop. 2011. Pembelajaran kolaboratif menggunakan blog dalam pembelajaran mata pelajaran Ekonomi Asas. Jurnal Pendidikan, 31: 79-89.