Tajuk: AKHLAK MULIA, IBADAH SEMPURNA

“Sesungguhnya padamu (Muhammad) akhlak yang tinggi”. Akhlak yang mulia merupakan tingkah laku yang terhasil daripada diri ... akhlak Nabi SAW...

0 downloads 44 Views 1MB Size
Tarikh Dibaca: 20 OKT 2017M l 29 Muharram 1439H

Tajuk:

“AKHLAK MULIA, IBADAH SEMPURNA” ***

Terbitan: Unit Khutbah Bahagian Pengurusan Masjid JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR 0

Khutbah Jumaat 20 Okt 2017M / 29 Muharram 1439H: “Akhlak Mulia, Ibadah Semourna”. Jabatan Agama Islam Selangor

SENARAI AHLI JAWATANKUASA KHUTBAH NEGERI SELANGOR 2017 1. SS. Dato’ Haji Haris Bin Kasim Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor

(Pengerusi)

2. SS. Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir Timbalan Mufti, Jabatan Mufti Negeri Selangor

(Ahli)

3. Tuan Haji Idris Bin Ramli (Setiausaha) Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid, JAIS 4. Yg. Berbahagia Dr. Haji Osman Bin Haji Sabran Pensyarah, Universiti Selangor

(Ahli)

5. Dato’ Haji Abdul Majid Bin Omar Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor

(Ahli)

6. Tuan Haji Hamid Bin Md Isa Pensyarah, Kolej Universiti Islam Selangor

(Ahli)

7. Tuan Haji Md. Sahari Bin Abdullah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor

(Ahli)

8. Tuan Haji Abdul Halem Hapiz Bin Salihin (Ahli) Ketua Penolong Mufti (Fatwa), Jabatan Mufti Negeri Selangor 9. Ustaz Muhammad Farhan Bin Wijaya Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

(Ahli)

10. Ustaz Indera Shahril Bin Mohd Shahid Pegawai Majlis Agama Islam Selangor

(Ahli)

11. Ustaz Hairol Azmi Bin Khairudin Penolong Pengarah Unit Khutbah, BPM, JAIS

1

(Urusetia)

Khutbah Jumaat 20 Okt 2017M / 29 Muharram 1439H: “Akhlak Mulia, Ibadah Semourna”. Jabatan Agama Islam Selangor

“AKHLAK MULIA, IBADAH SEMPURNA”

َ ْ َّ ُ ْ َ ْ َ        :‫ه القا ِئل‬ ‌ ِ ‫‌الحمد ِلل‬ 1

  

َ َ ََ َ َْ َُْ َ ُ‫ٍو َل ُه َو َؤ ْش َهد‬ َ ‫الل ُه َو ْح َد ُِه َّل َشس‬ ‫ؤشهد ؤ ِن ِّل ِإل ِه ِإّل‬ ِ ََ ْ ّ َ َ ّ َ َ َُ َ ُ ُْ ُ ََ ُ ُ َْ ً َ َ ُ َ َ ‫ اللهم ص ِ ِل وس ِلم على‬.‫ؤن محمدا عبد ِه وزسىله‬ َ.‫ص َحابه َؤ ْج َمع ْي ِن‬ ْ ‫َس ُّد َها ُم َح َم ٍد َِو َع َلى َِءاله َو َؤ‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ َ ُ َ ْ ُ َ َ ُ ْ ُ ْ َ ُّ َ َ ُ ْ َ َ َ ْ‫ ؤ ْوص ُُنم‬،‫الل َه‬ ‫ فُأ ِؤيها اْلس ِلمىن! ِاجقىا‬،‫ؤما بعد‬ ِ َ َ َ ُ َ َ َ َ ُ َُْ َ َ ْ َ َ ْ َ َ َ َ َ ‫ن‬ ‫ي‬ :‫ قاى الله حعالى‬. ‫هللا فقد فاش اْلخقى‬ ِ ‫وِإً َاي ِبخقى‬ َ ُ َ ُ َ َ َ َ ُّ َ َ‫الل َه َح َق ُج َقاجه َوَّل َج ُم ُىجن‬ ‫ًِأ ؤيها ِال ِرًن آمىىا اجقىا‬ ِِ َ‫َ َ َ ْ ُ ْ ُ ْ ُ ن‬ .ِ ‫ِإّل وؤهخم مس ِلمى‬ ‫و‬

‫و‬

Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

Saya berpesan kepada diri saya dan hadirin sekalian marilah kita perkasakan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mengecapi kebahagiaan didunia dan diakhirat. Mimbar Jumaat pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk “AKHLAK MULIA, IBADAH SEMPURNA”.

1

Al-Ahzab 33: 70 2

Khutbah Jumaat 20 Okt 2017M / 29 Muharram 1439H: “Akhlak Mulia, Ibadah Semourna”. Jabatan Agama Islam Selangor

Agama Islam amat menitik beratkan soal akhlak dalam kehidupan seharian. Antara misi dakwah utama yang dibawa dan disampaikan oleh Rasulullah SAW adalah untuk membina akhlak manusia. Akhlak merupakan roh Islam, agama tanpa akhlak diibaratkan seperti jasad yang tidak bernyawa. Hadirin yang dikasihi sekalian, Akhlak adalah bermaksud budi pekerti, kelakuan, tingkah laku yang baik. Dijelaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya yang menyebutkan ketinggian akhlak nabi dalam surah al-Qalam ayat 4:

     “Sesungguhnya padamu (Muhammad) akhlak yang tinggi”. Akhlak yang mulia merupakan tingkah laku yang terhasil daripada diri seseorang itu melalui sikap dan keperibadian yang ditonjolkannya. Realitinya, akhlak terpuji mampu menawan hati orang lain sebagaimana akhlak Nabi SAW. Keunggulan dakwah dan tarbiah nabi adalah terletak pada akhlaknya manakala akhlak yang buruk pula adalah sangat dibenci sehingga Rasulullah pernah memohon perlindungan Allah supaya terhindar

daripada

akhlak

yang

buruk

sebagaimana

hadis

yang

diriwayatkan daripada Qutbah bin Malik R.Anhu bahawa Nabi SAW berdoa:

ََْْ ََ ْ ُ ْ َ ُ ُ َ ّ َ ُ َ ِ ‫اث‬ ِ ‫ْ َاللهم ِإ ِو ْيَ ؤعىذ ِبو ِمن مىنس‬ ِ ِ ‫لااَلْخ‬ ْ ْ َ َ َ َ ِِ ‫ولاعم ِاىِ ولاهى‬ ‫اء‬

“Ya Allah, aku momohon perlindungan-Mu daripada kemungkaran

akhlak, amalan yang buruk dan hawa nafsu yang jahat”.

3

Khutbah Jumaat 20 Okt 2017M / 29 Muharram 1439H: “Akhlak Mulia, Ibadah Semourna”. Jabatan Agama Islam Selangor

(Riwayat at-Tirmizi). Sumber akhlak Islam adalah al-Quran dan as-Sunnah yang diwariskan oleh Rasulullah SAW. Kecemerlangan hidup didunia dan diakhirat tidak akan dapat dicapai selagi mana akhlak tidak dilaksanakan seperti yang dituntut oleh al-Quran dan al-Sunnah. Rasulullah SAW mendidik para sahabat dengan akhlak yang mulia sehingga dapat membentuk sebuah masyarakat Islam yang unggul, beriman, bertaqwa serta cenderung mencintai kebaikan dan kebajikan. Muslimin yang dikasihi Allah sekalian, Tanggungjawab membentuk akhlak merupakan satu agenda besar bertepatan dengan hadis daripada Abu Hurairah R.Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

َ ْ َ َ َ َ َ ّ َُ ُ ْ ُ َ َ ِ ِ ِ ‫ِإهما ب ِعثت ألج ِمم مها ِز ِم لااَلْخ‬

“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang baik”. (al-Baihaqi). Antara ciri-ciri akhlak mulia dan terpuji Rasulullah SAW dan boleh diamalkan oleh umat Islam adalah : 1.

Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara yang syubhat

2.

Memelihara penglihatan dari perkara-perkara yang dilarang Allah

3.

Memelihara lidah daripda kata-kata keji

4.

Bersifat lembut dan sabar dalam menghadapi ujian

5.

Bersifat benar dan jujur dalam hidup bermasyarakat

6.

Bersifat rendah diri dalam pergaulan

Muslimin yang dirahmati Allah sekalian, 4

Khutbah Jumaat 20 Okt 2017M / 29 Muharram 1439H: “Akhlak Mulia, Ibadah Semourna”. Jabatan Agama Islam Selangor

Secara tidak langsung akhlak mempunyai hubungan dengan aqidah dan syariat. Di dalam al-Quran Allah SWT menyeru orang-orang yang beriman supaya mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh. Firman Allah didalam surah al-Baqarah ayat 208 :

…        “Wahai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya”. Setiap amalan dan perbuatan manusia hendaklah berlandaskan kepada ajaran Islam yang lengkap meliputi aspek ibadah, akhlak, muamalah dan sebagainya. Apabila seseorang hamba menyakini bahwa Allah tuhan yang telah memberikan segala kenikmatan hidup, maka mereka akan membentuk akhlak dengan memantapkan keyakinan dan iktiqad berasaskan ilmu tauhid. Pemantapan iman dan islam ini disusuli dengan

melaksanakan

dan

mengerjakan

amalan-amalan

yang

diperintahkan oleh Allah SWT didalam kehidupan seharian. Akhirnya akhlak akan terhasil melalui perlakuan-perlakuan baik itu secara mudah, istiqamah dan ikhlas. Akhlak yang mulia adalah merupakan tanda dan kesan dari iman dan aqidah yang luhur. Tidak ada nilai bagi iman yang tidak disertai dengan akhlak. Ia diibaratkan seperti rumah kosong yang tidak berpenghuni. Akhlak adalah buah daripada ibadah. Ibadah yang sempurna membuahkan akhlak yang baik dan ada nilainya di sisi Allah SWT. Sebaliknya ibadah yang membuahkan akhlak yang buruk, menandakan bahawa ibadah yang dilakukan selama ini tidak sempurna dan tiada nilainya di sisi Allah SWT. Mereka dikalangan orang-orang yang beribadah tetapi ibadah mereka tidak membuahkan akhlak yang baik. Mereka solat, berpuasa, berzakat tetapi ucapan dan kata-kata masih menyakitkan hati 5

Khutbah Jumaat 20 Okt 2017M / 29 Muharram 1439H: “Akhlak Mulia, Ibadah Semourna”. Jabatan Agama Islam Selangor

orang lain, hati mereka penuh dengan sifat hasad. Jika demikian hasilnya maka ibadah mereka ditolak oleh Allah SWT. Abu Hurairah R.Anhu meriwayatkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Nabi SAW dengan katanya:

ََ ََْ ْ ُ َ ْ ُ َ َ َُ َ َ َ َ َ ،‫ و ِصُ ِامها‬،‫" ِِإن ف ِهت ًِرلس ِمن لثر ِة ص ِ ِتها‬ ْ ُ َََ ََْ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ "‫ غير ؤنها ِجؤ ِذي ِجيرانها ِب ِلس ِانها‬،‫وصدق ِتها‬ “Wahai Rasulullah, ada seorang wanita yang terkenal dengan banyak shalat, puasa dan sedekah, hanya saja ia menyakiti tetangganya dengan lisannya”. Jawab Nabi SAW:

َ "‫الى ِاز‬ ِ ‫"ه َي ِفي‬ ِ “Dia di neraka”. Tanya lelaki itu lagi kepada Nabi SAW:

َ ََ َ َ َ َ ْ ُ َ ْ ُ َ َ َُ َ َ َ ،‫ وصدق ِتها‬،‫"ف ِئن ف ِهت ًرلس ِمن ِق ِل ِت ِصُ ِامها‬ َْ َ ََ َْ ْ ُ َ َ َ ََ َ َ ََ َ َ ‫ و ِّل‬،‫ط‬ ِ ِ ‫ وِإنها جصد ِ ِباألثى ِاز ِمن لا ِق‬،‫وص ِ ِتها‬ ُْ َ َ َ َ َ "‫جؤ ِذي ِجير ِانها ِب ِلس ِانها‬ “Wahai Rasulullah, ada seorang wanita yang terkenal dengan sedikit puasa, sedekah dan shalatnya, ia hanya bersedekah dengan sepotong keju, tetapi ia tidak menyakiti tetangganya dengan lisannya”.

6

Khutbah Jumaat 20 Okt 2017M / 29 Muharram 1439H: “Akhlak Mulia, Ibadah Semourna”. Jabatan Agama Islam Selangor

Maka jawab Nabi SAW:

ْ َ َ َ ."‫" ِهي ِفي الجى ِ ِت‬ “Dia di syurga”. (Riwayat Ahmad). Muslimin yang dikasihi Allah sekalian, Dewasa ini, terdapat segelintir individu yang mengamalkan cara hidup beragama tetapi tidak menitik beratkan aspek akhlak dan nilai mulia pada peribadinya. Mereka beranggapan bahawa pemahaman mereka sahaja yang betul dan perlu diikuti. Bahkan, mereka mudah mengucapkan kata-kata yang buruk, lucah dan kasar dengan melontarkan berbagaibagai andaian buruk dan tuduhan kesesatan ke atas orang lain yang tidak bersependapat dan sealiran dengan mereka. Di akhir-akhir ini terdapat beberapa gejala sosial yang merosakkan masyarakat seperti anak membunuh ibu, suami mendera isteri, ada juga beberapa kumpulan remaja yang sanggup membakar pusat pengajian tahfiz lantaran dipengaruhi najis dadah. Oleh itu, akhlak Islam sangat penting dalam mencorakkan kepribadian individu dan masyarakat kerana ia membentuk tingkahlaku, perbuatan dan amalan seharian yang kita lakukan dan sebagai kesempurnaan ibadah yang dikerjakan. Kesimpulan khutbah yang dapat diambil pengajaran pada hari ini adalah : 1.

Umat Islam mestilah berakhlak dengan akhlak yang mulia

bertunjangkan kepada akidah yang benar. 2.

Umat Islam hendaklah menjauhi akhlak yang buruk supaya

dapat mengelakkan amalan ditolak oleh Allah SWT lalu dihumbankan kedalam api neraka Allah SWT. 7

Khutbah Jumaat 20 Okt 2017M / 29 Muharram 1439H: “Akhlak Mulia, Ibadah Semourna”. Jabatan Agama Islam Selangor

3.

Umat Islam hendaklah menjadikan Rasulullah SAW sebagai

tauladan yang baik dalam kehidupan

seharian.

                       “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”. (al-Ahzab : 21).

ُ ‫َبا َز َك‬ ْ‫ َو َه َف َعني‬،‫هللا ل ْي َو َل ُن ْم في ْال ُق ْسآن ْال َع ِظ ُْم‬ ِ ِ ِ ِ ْ ْ ِ ّ َ َ َ ْ َ ْ ُ َ َ َ‫الرلس ال َح ِن ُْم َو َج َِق َبل‬ ِ ً‫وِإًالم ِبما ِفُ ِه ِمن آلا‬ ِ ْ ِ ِ ‫اث و‬ َ ‫م ّن ْي َوم ْى ُن ْم ج‬ ُ.‫السم ُْ ُع ال َع ِل ُْم‬ َ ‫ إ َه ُِهو ُه َى‬،‫ ِو َج ُِهو‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ َ ‫َؤ ُقى ُى َق ْىل ْي َه َرا َو َؤ ْس َخ ْغف ُس‬ ْ‫هللا ْال َع ِظ ُْ َم ل ْي َو َل ُنم‬ ِ ِ ِ ُْ َ َ ْ ْ ُْ ُ‫اس َخ ْغف ُس ْو ُه إ َه ِه‬ َ ‫َول‬ ْ ‫ َف‬،‫اث‬ ْ َ ‫م‬ ‫ل‬ ‫س‬ ‫اْل‬ ‫و‬ ‫ن‬ ‫ي‬ ‫م‬ ‫ل‬ ‫س‬ ‫اْل‬ ‫س‬ ‫ئ‬ ‫أ‬ ‫س‬ ِ ِ ِ ِِ ِ َِ ِْ ِ ُ.‫الس ِح ُْم‬ َ ‫ُه َى الغ ُف ْى ُز‬ ********** Puaad/Nurul 13.10.2017

8

Khutbah Jumaat 20 Okt 2017M / 29 Muharram 1439H: “Akhlak Mulia, Ibadah Semourna”. Jabatan Agama Islam Selangor

KHUTBAH KEDUA

َ‫ َو َز َش َق َىا من‬،‫َا ْل َح ْم ُدل َله َالر ْي َج َع َل َىا م َن ْاْلُ ْسلم ْي َن‬ ِ َْ ُ َ ِ ْ َ ِ ِ َ ّ َ َ ِ َُْ َ َُ ِِ ‫ الله وحد ِهو ِّل‬   َ ‫ ؤش َهد ؤ ِن‬.‫اث‬ ِ ِ ‫الط ُِِب‬ ِ ُْ ُ ََ ُ ُ َْ ً َ َ ُ َ ُ َ ْ َ ُ َ َ ْ َ ُ .‫ وؤشهد ؤن محمدا عبد ِهو وزسىل ِهو‬،‫ش ِسٍو له‬ ََ َ َ َ ُ َ ّ َ ّ َ َ ّ َ َ َُ َ ْ َ َ ْ ‫ س ُِ ِدها محم ٍد وعلى‬  ‫اللهم ص ِل وس ِلم وبا ِزك‬ َ ْ ََ ْ َ َ َ َ ‫ َو‬‫آل ِه‬ ْ ُ ‫ ِم‬‫ ًى‬  ‫ ومن ج ِبعهم ِب ِئحس ٍان‬‫ص ْح ِب ِ ِه‬ ِ ِ َ ْ َ َ ُ َ َ،‫الله‬ ُ ّ َ َ ْ ْ َ َ َ ‫ ِاجقىا‬،‫هللا‬ ‫ فُا ِعباد‬،‫ ؤما بعد‬.‫الدً ِن‬ ِ ِ ُ ْ َ َ ُ َ‫َ ْ َ ُ َ ُ ْ ن‬ ْ َ َ َ َ ْ َ . ‫هللا فقد ف ِاش اْلخقى‬ ِ ‫وصُنم وِإًاي ِبخقىي‬ ِ ‫ؤ‬ Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT, Mimbar Jumaat sekali lagi berpesan supaya kita sentiasa bertakwa kepada Allah SWT dan menyedari bahawa Islam mengajar kita supaya bersikap sederhana dalam segala amalan. Kita amatlah dituntut agar menampilkan kemuliaan akhlak, sikap dan keperibadian tinggi kerana Rasulullah SAW diutus untuk menyempurnakan akhlak dan sebagai rahmat bagi seluruh umat dan sekalian alam.

Oleh itu marilah kita

sentiasa memperbanyakkan solawat dan salam ke atas Nabi kita Muhammad SAW. Firman Allah SWT:

          ِ .   

9

‫‪Khutbah Jumaat 20 Okt 2017M / 29 Muharram 1439H: “Akhlak Mulia, Ibadah Semourna”.‬‬ ‫‪Jabatan Agama Islam Selangor‬‬

‫َ َ ُ َ َ ّ َ َ ّ ْ َ َ َ ّ َ َ َ ْ ََ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ّ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫ِاللهم ص ِل وس ِلم على س ُِ ِدها وم َىّلها محم ٍد س ُِ ِد‬ ‫ََ‬ ‫ُْْ َ َ َ ْ َ َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫َاْلسس ِلين وا َزض َ اللهم عن ؤصح ِاب ِه وقساب ِخ ِه‬ ‫َُ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ّ‬ ‫َوؤشو ِاج ِه وذ ِزٍـا ِج ِه ؤجم ِعين‪ِ .‬‬ ‫َ ُْ‬ ‫َ َ ُ َ ْ ْ ْ ُ ْ ْ َ َ ُْ‬ ‫اْل ْؤمى ْي ِنَ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ا ْلل ُهم اغ ِفس َ ِللمس ِل ِمين و َاْلس ِلم ِ‬ ‫اث و ِ ِ‬ ‫َ ْ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫اء م ْن ُه ْم َولا ْم َىاث‪ ،‬إ َه َو َسم ُْعٌ‬ ‫اث لاحُ ِِ‬ ‫واْلؤ ِمى ِ ِ‬ ‫ِ‬ ‫َ َِ‬ ‫ْ َ َِ‬ ‫َ ْ ٌ ُ ْ ُ َ َ َ ََ َ‬ ‫اث‪ِ .‬ا ِلل ُِه ِمَ‬ ‫َ‬ ‫اض ي الحاج ِ ِ‬ ‫اث وٍ َا ق‬ ‫َق ِسٍب م ِجُب الدعى‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫َ ْ َ َ َ ُْ ْ ْ َ َ َ ّ ْ َ َ ُ ْ‬ ‫ين‪َ،‬‬ ‫الشسك واْلش ِس ِل ِ‬ ‫س ِِل ِِم ِي ِن‪ ،‬وِؤ ِذى‬ ‫اْل ِ‬ ‫س ِ ِ ِم ِو ِ‬ ‫ِا ِ‬ ‫ِؤ ِِع ِص ِ ِ‬ ‫ِ‬ ‫َِو ِْال ُن ْف َس َو ْال َهافسٍْ َن‪َ ،‬و ّ‬ ‫الى َِفا َ َِو ْاْلُ َىا ِف ِق ْي َن‪َ ،‬و ْال َي ُه ْى َِد فيْ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫َِ‬ ‫ِ‬ ‫ََ‬ ‫ُْ‬ ‫َ َُ َ ْ ُ ْ َ ْ َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫س ِِل ِِم ِي ِن‬ ‫اْل ِ‬ ‫اَلْخ ِى ِاه ِىا ِ‬ ‫ص ِس ِِا ِ‬ ‫فلس ِطين‪ِ .‬ا ِلل ِه ِم ِاه ِ‬ ‫ََ‬ ‫َ ُْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫ض ِع ِِف ِي ِن ِِفى بىزما‪ ،‬و ِفي فلس ِطي ِن و ِفي‬ ‫س ِخ ِ‬ ‫اْل ِ‬ ‫ِو ِ‬ ‫ُ َ َ ْ ُ ّ ََ‬ ‫ز‬ ‫ِ‬ ‫‪.‬‬ ‫ِ‬ ‫ان‬ ‫ِ‬ ‫ه‬ ‫ِ‬ ‫م‬ ‫ِ‬ ‫ل‬ ‫ِ‬ ‫م‬ ‫ِ‬ ‫ي‬ ‫ف‬ ‫و‬ ‫ا‬ ‫ٍ‬ ‫ى‬ ‫س‬ ‫ٍ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫َ َُ َ َ َ ْ َُ َ َََ َ َ ُ َْ َ َ ّ َ َ‬ ‫ْ‬ ‫لا ِمي َِن‪،‬‬ ‫و ِ‬ ‫الله َِم ِإها َ وسإلو وهخىسل ِإلُو ِبى ِب ُِِ ِ‬ ‫َو َو ْسإ ُل َو بإ ْس َمأئ َو ْال ُح ْس َنى‪َ ‬وص َفاج َو ْال ُع ْظ َمى‪ ‬ؤنْ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫َ َْ َ‬ ‫َ‬ ‫السَباه َُت َوبح ْفظ وق َاًخوَ‬ ‫ظ ب َع ْين ع َى َاًخوَ‬ ‫َ‬ ‫ِ ِ ْ ُ ِ ِ َ ِ ِ ْ َِ‬ ‫جحف ِ ِ ِ َ َِ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫الص َمدا ِهُ ِت‪ ،‬ج ِ‪‬لت م ِل ِنىا اْلعظ ِم سلطان‬ ‫ُ‬ ‫ُْ َ َ َ ُ‬ ‫ّ‬ ‫الدًن ادزَس شاه الحاج‬ ‫س ِ ِڠىز‪ ،‬سلط‬ ‫‪‬‬ ‫ان َشسف ِ‬ ‫ُْ‬ ‫ّ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫الدًن عبد العصٍص‬ ‫ابن اْلسحىم سلط َان ص ِ‪‬ح‬ ‫ِ‬ ‫شاه الحاج‪َ .‬ا َلل ُه َم ؤدم ْال َع ْى َن َو ْاله َد َاً َت َو َ‬ ‫الخ ْىف ُْق‪َ،‬‬ ‫ِ‬ ‫ِِ‬ ‫ِ‬ ‫‪10‬‬

Khutbah Jumaat 20 Okt 2017M / 29 Muharram 1439H: “Akhlak Mulia, Ibadah Semourna”. Jabatan Agama Islam Selangor

ََ َ َ َ َ ّ َ ُ ْ َ َ َ ّ ْ ،‫ ِڠىز‬ِ ‫ ِلى ِل ِى عه ِد س‬،‫مت ِمىو‬ِ ‫الص َحت والس‬ ‫و‬ ِ ُ َ َ َ ْ ُّ َ ّ ْ ‫الدًن ادزَس‬ ‫حڠهى ؤ ِمير شاه َِاب ِن السلطان شسف‬ ِ َ‫ح َو َعاف َُت ب َم ّى َو َو َل َسمو‬ِ ‫ص‬ َ ‫شاه الحاج ف ْى ؤ ْمن َو‬ ِ ِ ٍَ ِ َ َ ٍ ِ ِ ٍ ْ َ َ ْ َ‫ الل ُه َم ؤ ِط ْل ُع ْم َس ُهما‬.‫ى َوإلال َسام‬ِ ‫اال َج‬ ‫ًا ذ‬ ِ ِ ِ ْ‫ َو ّبلغ‬،‫د‬ِ ‫السع َُت َو ْالب‬ َ‫صل َح ْين ل ْل ُم َى َظف ْي َن و‬ ْ ‫ُم‬ َ ِ ِ ِ ِ َِ ِ ِْ ِ ِ َ َُ َ ََ َ َ ُ َ ِ .‫اصدهما ِلط ِس ٍِق اله ِدي والسش ِاد‬ ِ ‫مق‬ Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat sehingga

kami

dan

nikmat,

dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan

negara umat Islam, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan dibawah naungan dan pimpinan raja kami sebagai ketua agama Islam di negeri ini. Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman dan pegangan kami kepada Ahli Sunnah Wal-Jamaah, terimalah amalan soleh kami, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, satukanlah hati-hati kami, kurniakanlah kami rezeki yang luas lagi barakah, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, lindungilah kami daripada bala bencana dan peliharalah kami daripada ajaran sesat seperti Syiah, Qadyani, dan lain-lain ajaran yang difatwakan menyeleweng dari ajaran Islam atau bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ya Allah bukakanlah hati kami untuk mendirikan solat fardhu lima waktu, menunaikan zakat melalui Lembaga Zakat Selangor, mewakaf dan menginfaqkan harta melalui Perbadanan Wakaf Selangor dan Tabung Amanah Pembangunan Islam Selangor.

11

Khutbah Jumaat 20 Okt 2017M / 29 Muharram 1439H: “Akhlak Mulia, Ibadah Semourna”. Jabatan Agama Islam Selangor



      

     .   ِ .     

َ

َ        ،‫هللا‬ ِ ‫ِعباد‬        ِ    

ََ ُ ُْ ُ ْ َ ْ ُْ ُ ْ َ َ ْ َ ْ َ ْ ُ ُ ْ َ ‫على‬ ‫فاذلسوا هللا الع ِظُ َم ًرلسلم واشنسوه‬ ْ ‫اسإ ُل ْى ُه م ْن َف‬ ْ ‫ َو‬،‫ ًَص ْد ُل ْم‬‫ِو َعم ِه‬ ْ‫ ٌُ ْعط ُنم‬‫ضل ِه‬ ِ ِ َِ ِ َِ ِ ِ َ ََ َ َ ْ ْ َ ُ َ َ َ ُ ْ ْ َ ُ ُ ُ .‫هللا ؤلبر والله ٌعلم ما جصىعىن‬ ِ ‫ول ِرلس‬ *****

12