Transformasi Luar Bandar dan Perubahan Kehidupan

yang bertanggungjawab dalam pembangunan. Interaksi antara sosial dan budaya tempatan merupakan satu ... ekonomi, sosial, perubahan minda, fizikal dan ...

0 downloads 84 Views 265KB Size
Geografi Vol. (4), No. (2), (2016), 83-91 © Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris 2016 ISSN 2289-4470 /eISSN 2462-2400

Transformasi Luar Bandar dan Perubahan Kehidupan Masyarakat: Kajian Kes Di Kelantan dan Negeri Sembilan Rural Transformation and Changes in Societal Life: A Case Study of Kelantan and Negeri Sembilan Siti Aminah Mohamad1*, Kadaruddin Aiyub2, Azahan Awang2 1Program

Pengurusan Persekitaran, Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor *e-mel: [email protected] 2Program

Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keupayaan program transformasi untuk mengubah minda masyarakat kawasan luar bandar di negeri Kelantan dan Negeri Sembilan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang diperoleh melalui kerja lapangan. Seramai 764 orang responden yang terdiri daripada penduduk dan penerima bantuan daripada program transformasi dipilih dari kawasan luar bandar. Dengan menggunakan analisis deskriptif, penemuan mendapati bahawa masyarakat luar bandar mengalami perubahan dari aspek pendapatan, kesihatan, budaya penyertaan, kemahiran dan jalinan kerjasama. Penyertaan masyarakat terhadap program transformasi ini bukan sahaja dapat menambahkan pendapatan individu, menjana peluang pekerjaan baru, mengurangkan kadar pengangguran malahan meningkatan kualiti hidup masyarakat luar bandar. Hal ini menunjukkan transformasi minda merupakan salah satu perkara yang penting bagi membangunkan individu atau masyarakat selain transformasi ekonomi, sosial dan fizikal. Kata kunci transformasi, luar bandar, perubahan minda

Abstract This study aimed to identify the capability of transformation programs in changing the mindset of the rural community in Kelantan and Negeri Sembilan. This study use quantitative approach through field work. 764 respondents were selected consist of rural community and recipients of the transformation programs. By using descriptive analysis, the results of this study found that rural communities are experiencing changes in terms of income, health, culture, skills and cooperation. Dissemination of transformation information through face to face technique is most efficient. Community participation in transformation program has resulted in increase of income, generating new jobs, reducing unemployment rate and increase the quality of life of rural community. This shows that transformation of the mindset is important for the development of society which resulted in economic, social and physical improvement. Keywords transformation, rural, change of mindset

PENGENALAN Transformasi membawa pengaruh ke atas pelbagai bidang dan peluang kehidupan masyarakat. Bidang dan peluang dilihat dari segi perolehan sumber pendapatan dan kualiti hidup. Transformasi menjelaskan bahawa kehidupan yang lebih baik bagi seseorang individu dapat dilihat melalui faktor perubahan minda. Transformasi mampu menangani masalah kemiskinan, pengangguran, lambakkan migrasi luar bandar ke bandar, pembaziran sumber, meningkatkan kualiti hidup dan melahirkan masyarakat maju melalui daya saing yang sihat (Abdul Hadi Samad, 1990). Kewujudan transformasi menjadi pemacu penting bagi sesebuah kawasan, pentadbiran dan mencetuskan implikasi positif ekonomi serta sosial. Isu-isu yang timbul akibat pembangunan mencetuskan pelbagai emosi, persepsi, budaya, daya saing tidak sihat, 83

Transformasi Luar Bandar dan Perubahan Kehidupan Masyarakat: Kajian Kes Di Kelantan dan Negeri Sembilan

peningkatan harga barang, keselamatan diri, keselamatan harta benda dan sebagainya. Kewujudan ancaman negatif secara tidak langsung merencatkan rangsangan untuk meningkatkan pembangunan ekonomi, sosial, pembangunan fizikal serta perubahan minda terutamanya bagi masyarakat luar bandar. Faktor-faktor ini perlu diberi perhatian khusus bagi merangka perancangan baru dengan lebih sistematik dan proaktif dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh sesebuah masyarakat. Transformasi merupakan perubahan yang dilaksanakan bagi membuat pembaharuan kepada sistem yang lebih baik. Proses transformasi perlu dilaksanakan dalam tiga aspek yang meliputi perubahan minda, fizikal dan ekonomi. Faktor perubahan minda penting dalam membentuk sebuah komuniti luar bandar yang mempunyai kualiti hidup yang tinggi. Menurut Chamber (1983), kira-kira 75 peratus masyarakat miskin yang tinggal di luar bandar kebanyakannya mengalami tahap kemiskinan yang tinggi berbanding bandar. Kawasan luar bandar mengalami kekurangan kemudahan infrastruktur, perkhidmatan kewangan dan perindustrian. Ekonomi luar bandar dinyatakan bercampur dengan sektor pertanian dan bukan pertanian yang menjadi sumber pendapatan mereka. Keadaan ini menunjukkan keperluan terhadap transformasi diperlukan dalam membangunkan penduduk luar bandar. Kesejahteraan masyarakat dapat ditingkatkan melalui amalan budaya hidup yang baik dan positif. Ini kerana ketidakberkesanan program pembangunan bukan disebabkan oleh halangan faktor luaran dan faktor dalaman malahan lebih menjurus kepada asas budaya komuniti sasaran dan tempatan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam pembangunan. Interaksi antara sosial dan budaya tempatan merupakan satu unsur utama dalam modal sosial. Ia merangkumi aset utama yang mengandungi sifat holistik, subjektif dan sebagainya dalam usaha komuniti mendapatkan kawalan terhadap kehidupan sosial diri mereka (Dale, 2006; Novel et al., 2011; Griffin, 2012). Usaha sesebuah komuniti bermula daripada transformasi diri individu mengubah nasib mereka kepada sesuatu kehidupan yang lebih baik. Transformasi diri melibatkan perubahan diri melalui pendidikan dan kemahiran yang diberikan. Minda seseorang berubah apabila ada keinginan untuk mencapai sesuatu perkara diimpikan melalui penglibatan mereka dalam program kemahiran atau pendidikan. Ini bagi membina keyakinan untuk mengubah masa hadapan mereka (Scheyvens, 1999; Tosun, 2006). Kualiti hidup masyarakat ditingkatkan melalui peningkatan jumlah pendapatan, penyediaan lebih banyak peluang pekerjaan, mewujudkan pendidikan kemahiran baru, amalan gaya hidup sihat, penyediaan kemudahan infrastruktur serta prasarana yang banyak, melahirkan generasi muda cerdik pandai dan sebagainya. Hal ini menunjukkan kualiti hidup bukan sahaja merangkumi sektor ekonomi sahaja malahan ia meliputi sektor-sektor kualiti hidup yang lain seperti sosial, psikologi, alam sekitar dan kebudayaan (Blair, 1998). Transformasi untuk sebuah komuniti harus dilakukan terlebih dahulu terhadap elemen perubahan minda (Richardson, 1973; Rubin & Rubin, 1992; Scheyrens, 1999; Tosun, 2006). Elemen ini membentuk kestabilan komuniti luar bandar melalui peningkatan kualiti hidup. Peningkatan kualiti hidup yang berterusan membolehkan masyarakat luar bandar membangun dalam mencapai kestabilan ekonomi. Keperluan transformasi masa kini penting dalam mewujudkan perubahan yang lebih positif bagi masyarakat bandar mahupun luar bandar. Ketidakseimbangan ekonomi antara bandar dengan luar bandar merupakan faktor perlunya berlaku sesuatu transformasi. Program transformasi berupaya memberi kesan berbeza khususnya kepada masyarakat luar bandar berbanding bandar. Perubahan dalam semua aspek terutamanya pentadbiran mampu menyumbang kepada impak positif terhadap kelestarian kehidupan masyarakat setempat. Sebagai contoh, ekonomi kawasan luar bandar mampu dikembangkan melalui penghasilan produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang lebih berkualiti tinggi. Walaupun pelbagai transformasi dilakukan timbul isu iaitu kemampuan masyarakat luar bandar untuk berubah corak pemikiran (minda) mereka dalam menerima perubahan semasa sama ada dalam pentadbiran, pekerjaan mahupun kehidupan seharian. Keterbukaan minda ini melihat samaada masyarakat di kawasan luar bandar mengetahui atau mengambil peluang terhadap inisiatif sedia ada yang diusahakan oleh pihak kerajaan atau agensi lain. Transformasi mampu meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar. Menurut Massam (2002), Fahy & Cinneide (2008) dan Neude, Stephanie & Waldo (2009), kualiti hidup didefinisikan kepada dua elemen iaitu sumber kehidupan yang dicari dan diperlukan oleh masyarakat dalam mencapai kesempurnaan kehidupan terutamanya dengan memenuhi keperluan serta kehendak asas sesebuah kawasan. Sumber modal diperlukan untuk dipromosi bagi menarik minat pelabur atau pemodal ke sesebuah kawasan merupakan elemen kedua dalam pengertian kualiti hidup. Berteraskan dua elemen ini secara tidak langsung mampu meningkatkan kelestarian kualiti hidup masyarakat luar bandar melalui 84

Geografi Vol. (4), No. (2), (2016), 83-91 © Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris 2016 ISSN 2289-4470 /eISSN 2462-2400

transformasi minda. Senario perubahan ekonomi kawasan luar bandar membolehkan lambakan peluang pekerjaan serta menjana pendapatan lebih tinggi berbanding situasi sebelumnya terutamanya kepada petani. Kebanyakan petani di kawasan luar bandar berpeluang didedahkan dengan kursus jangka pendek dan panjang dalam menjalankan aktiviti pertanian. Pihak kerajaan dan agensi lain boleh bekerjasama berganding bahu memberi pelbagai kemudahan kepada masyarakat luar bandar dari segi peluang pinjaman kewangan, pinjaman alat jentera, khidmat nasihat, pemberian benih perikanan atau pertanian dan sebagainya. Namun tahap kesedaran minda masyarakat luar bandar terhadap transfomasi masih lagi tidak jelas.

KAWASAN KAJIAN Kajian ini menetapkan kawasan luar bandar di dua buah negeri iaitu Kelantan dan Negeri Sembilan sebagai kawasan kajian. Pemilihan kawasan berdasarkan jumlah populasi penduduk luar bandar yang tinggi melebihi purata nasional sebanyak 29 peratus dan berdasarkan jarak ketersampaian Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) iaitu lingkungan 100 kilometer. Pusat transformasi luar bandar menjadi titik tengah bagi menangani masalah kemunduran dan kemiskinan luar bandar. Negeri Kelantan mempunyai keluasan 14,922 km2 yang terletak di timur laut Semenanjung Malaysia. Jumlah keseluruhan penduduk negeri Kelantan seramai 1,378,352 orang terdiri daripada 1,362,820 orang kaum Melayu, 48,787 orang kaum Cina, 3,658 orang kaum India dan lain-lain kaum sebanyak 8,843 orang. Negeri Kelantan terdiri daripada 10 jajahan dan hanya 3 jajahan dipilih sebagai kawasan kajian iaitu Tumpat, Tanah Merah dan Kuala Krai. Jumlah keseluruhan penduduk luar bandar di jajahan Tumpat sebanyak 38,745 orang, Tanah Merah sebanyak 19,046 orang dan Kuala Krai sebanyak 16,628 orang. Pemilihan ketiga-tiga jajahan tersebut berdasarkan kawasan yang hampir dengan RTC berada di tengah-tengah RTC dan luar pinggir RTC. Manakala di Negeri Sembilan pula berkeluasan 664,899.49 hektar dan berada di pantai barat Semenanjung Malaysia. Berdasarkan banci penduduk 2010, terdapat seramai 912,811 orang keseluruhan penduduk di Negeri Sembilan yang terdiri daripada 552,339 orang kaum Melayu, 215,745 orang kaum Cina, 141,265 orang kaum India dan kaum-kaum lain seramai 3,462 orang. Negeri Sembilan terdiri daripada 8 daerah dan hanya 3 daerah yang dipilih ialah Kuala Pilah, Tampin dan Jelebu. Kedudukan ketiga-tiga daerah adalah kawasan yang hampir dengan RTC, berada di tengah-tengah RTC dan kawasan pinggir RTC. Jumlah keseluruhan penduduk luar bandar di Kuala Pilah seramai 15,345 orang, Tampin seramai 7,924 orang dan Jelebu seramai 12,990 orang.

METODOLOGI Tujuan kajian ini untuk menilai keupayaan dan peranan program transformasi serta kemampuan membangunkan masyarakat luar bandar menerusi beberapa aspek seperti pendapatan, kesihatan, kualiti hidup, peluang pekerjaan dan sebagainya. Aspek-aspek ini mampu mempengaruhi pembangunan perubahan minda masyarakat luar bandar untuk terus maju. Bagi memenuhi tujuan kajian, pendekatan kuantitatif yang dilakukan iaitu melalui kerja lapangan dengan menggunakan borang kaji selidik. Teknik persampelan rawak berkelompok digunakan bagi pemilihan sampel. Teknik persampelan ini sesuai digunakan pada populasi berselerak. Teknik persampelan berkelompok melibatkan pembahagian populasi mengikut kawasan kajian. Tujuan teknik persampelan berkelompok ialah terdapat ketidakseragaman unsur di dalam kelompok tetapi terdapat keseragaman di antara semua kelompok. Pemilihan sampel penduduk dan peniaga luar bandar berdasarkan kepada hierarki petempatan bandar mengikut Christaller (1966) yang dikriteriakan berdasarkan jarak dan penduduk. Jadual 1 memperjelaskan bagaimana saiz sampel ditentukan. Kaedah oleh Krejcie dan Morgan (1970) digunakan bagi menentukan saiz sampel mengikut kriteria seperti perwakilan dan kecukupan dipatuhi (Ary et al., 2006). Pemilihan persampelan dapat diperkukuhkan lagi dengan pendekatan sampel Cohen, Manion & Morrison (2001).

85

Transformasi Luar Bandar dan Perubahan Kehidupan Masyarakat: Kajian Kes Di Kelantan dan Negeri Sembilan

Jadual 1 Pemilihan saiz persampelan mengikut Krejcie dan Morgan (1970) Bil. 1 2

Negeri Kelantan Negeri Sembilan Jumlah keseluruhan

Jum. populasi luar bandar 268, 274 41,728 310,002

Jum. Sampel 384 380 764

Saiz sampel yang ideal apabila responden kurang daripada 1,000 orang adalah sebanyak 30 peratus. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan 40 peratus - 50 peratus daripada keseluruhan populasi untuk dijadikan sampel kajian mengikut kaedah yang disarankan oleh Krejcie dan Morgan (1970). Pendekatan 40 peratus - 50 peratus sudah memadai untuk mewakili sesebuah populasi disebabkan populasi tersebut mempunyai ciri-ciri kependudukan yang sama, tahap ketersampaian sesuatu maklumat yang sama dan sebagainya (Fraenkal & Wallen, 2006; Creative Research Systems, 2007). Bagi kajian ini, saiz sampel 764 orang mencukupi untuk mewakili keseluruhan populasi luar bandar di Kelantan dan Negeri Sembilan iaitu 310,002 orang. Saiz sampel ini juga sudah memadai mewakili sembilan jajahan penduduk luar bandar disebabkan oleh kesamaan jarak sampel kampung yang diambil iaitu melebihi 3 kilometer dari bandar kecil. Keadaan ini membolehkan kawasan luar bandar mempunyai persamaan dari segi penduduk, ekonomi, sosial, perubahan minda, fizikal dan sebagainya. Justifikasi pemilihan ketiga-tiga jajahan ini berdasarkan kepada jarak RTC iaitu kawasan hampir, kawasan di tengah-tengah antara RTC dengan pinggir luar bandar dan kawasan pinggir luar bandar yang meliputi transformasi meliputi keseluruhan kawasan kajian.

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN Hasil kajian menunjukkan transformasi minda merupakan perkara penting dalam membangunkan masyarakat luar bandar. Bagi meningkatkan pembangunan luar bandar, jalinan kerjasama dengan pelbagai agensi diperlukan. Jalinan kerjasama membolehkan usaha yang dijalankan menghasilkan satu transformasi yang lebih besar terutamanya dalam masyarakat itu sendiri. Menurut Arnstein (1969) dan Sanoff (1999), interaksi dan hubungan dengan pelbagai agen memperkukuhkan lagi usaha masyarakat untuk membangun dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Jalinan kerjasama bersepadu mampu membantu mencapai hasrat kerajaan dalam menghasilkan masyarakat luar bandar berdaya maju, berdaya saing serta berupaya meningkatkan kualiti dan kuantiti produk mereka (Asnarulkhadi, 2002). Penyertaan masyarakat luar di dalam program transformasi membolehkan kerajaan membangunkan kawasan luar bandar dari masalah kemiskinan dan kemunduran. Keadaan ini dapat dibuktikan berdasarkan kepada penyertaan komuniti luar bandar dalam program transformasi di Kelantan dan Negeri Sembilan (Jadual 2). Komuniti yang menyertai program transformasi luar bandar di Kelantan dan Negeri Sembilan sebanyak 67 peratus. Keadaan ini menunjukkan usaha kerajaan dalam membangunkan kawasan luar bandar diterima oleh masyarakat luar bandar tersebut. Jadual 2 Bilangan penyertaan masyarakat luar bandar dalam program transformasi Perkara Bilangan penduduk menyertai program transformasi Bilangan penduduk yang tidak menyertai program transformasi

Jumlah (%) 67 33

Kewujudan progam transformasi disebarkan secara meluas melalui pelbagai kaedah penyampaian. Penyampaian maklumat yang lebih tepat membolehkan penglibatan masyarakat luar bandar dalam program transformasi dilakukan secara menyeluruh. Keadaan ini boleh dilihat melalui informasi yang diterima oleh masyarakat luar bandar di Kelantan dan Negeri Sembilan (Jadual 3). Kaedah penyampaian informasi melalui kaedah-kaedah lain seperti bersemuka merupakan satu kaedah penyampaian maklumat yang lebih berkesan. 55 peratus daripada komuniti luar bandar memperoleh maklumat secara bersemuka dengan agensi dan penduduk yang telah terlibat. Namun sebahagian daripada mereka juga menerima malumat daripada televisyen, RTC (20%), akhbar (10%), majalah (3%) dan radio (2%). Keadaan ini menunjukkan bahawa penyertaan seseorang individu dalam program transfromasi dapat mempengaruhi penduduk yang lain untuk turut serta dalam program transfromasi tersebut.

86

Geografi Vol. (4), No. (2), (2016), 83-91 © Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris 2016 ISSN 2289-4470 /eISSN 2462-2400

Jadual 3 Kaedah penyampaian informasi yang diterima oleh masyarakat luar bandar Kaedah Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Radio Surat Khabar Majalah Televisyen Kaedah-kaedah lain

Jumlah (%) 10 2 10 3 20 55

Penyertaan masyarakat luar bandar dalam program transformasi membuka peluang kepada mereka untuk menjana peluang pekerjaan yang baru. Menurut Huang dan Zhan (2009), pembangunan luar bandar di China misalnya berjaya meningkatkan pendapatan isi rumah penduduknya dengan mentransformasikan penduduknya memulakan perusahaan sejak 1980. Pada 1990, perusahaan tersebut berjaya menyerap kirakira 92.7 juta buruh yang terdapat di kawasan luar bandar. Situasi tersebut juga turut berlaku di Kelantan dan Negeri Sembilan. Transformasi yang berlaku di Kelantan dan Negeri Sembilan telah banyak membuka peluang pekerjaan baru kepada penduduk luar bandar. Namun dalam menjana sebuah pekerjaan yang baru seperti perniagaan, masalah kekurangan modal, kemahiran dan bahan mentah menjadi punca utama masalah masyarakat luar bandar di Kelantan dan Negeri Sembilan (Jadual 4). Hasil kajian menunjukkan 92 peratus daripada komuniti luar bandar menyatakan masalah kewangan merupakan masalah paling utama dan 87 peratus daripada mereka menyatakan masalah kekurangan bahan mentah dan peralatan masalah yang kedua. Namun sebanyak 83 peratus komuniti luar bandar juga menyatakan kekurangan kemahiran juga merupakan antara masalah dalam memulakan perniagaan. Jadual 4 Jenis kekangan dalam memulakan perniagaan Perkara Masalah kewangan Kekurangan kemahiran Kekurangan bahan mentah dan peralatan

Jumlah (%) 92 83 87

Namun, penyelesaian masalah masyarakat luar bandar dalam memulakan perniagaan dapat diatasi melalui jalinan kerjasama kerajaan dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Keadaan ini dapat dibuktikan berdasarkan taburan keseluruhan penerima skim AIM Kelantan seramai 48,135 orang dan Negeri Sembilan seramai 19,468 orang daripada jumlah keseluruhan 382,178 orang penerima sehingga April 2016. Jalinan kerjasama antara agen dan komuniti luar bandar di Kelantan dan Negeri Sembilan dalam pembiayaan modal perniagaan dapat dibuktikan (Jadual 5). Komuniti luar bandar sebahagian besarnya memperoleh pembiayaan modal daripada AIM sebanyak 57.7 peratus, TEKUN sebanyak 18.9 peratus, lain-lain pembiayaan sebanyak 14.2 peratus dan zakat atau baitulmal sebanyak 9.2 peratus. Agen seperti TEKUN, AIM, zakat, baitulmal dan sebagainya sangat penting dalam membantu masyarakat luar bandar untuk menjalankan sebarang perniagaan. Jadual 5 Pembiaya modal komuniti luar bandar Pembiaya Zakat/baitulmal TEKUN Amanah Ikhtiar Malaysia Pembiaya-pembiaya lain

Peratus (%) 9.2 18.9 57.7 14.2

Komuniti luar bandar di Kelantan dan Negeri Sembilan bukan sahaja menerima bantuan dari segi modal malahan mereka juga menerima bantuan dari segi peralatan perniagaan. Hasil kajian menunjukkan sebanyak 53.8 peratus daripada mereka menerima pembiayaan kewangan dan 46.2 peratus menerima bantuan peralatan daripada program-program transformasi yang dijalankan (Jadual 6). Bantuan peralatan ini diberikan mengikut jenis perniagaan yang dijalankan oleh komuniti luar bandar tersebut. Adanya bantuan peralatan ini membolehkan komuniti luar bandar menjalankan perniagaan tanpa menggunakan modal yang besar untuk membeli peralatan perniagaan. 87

Transformasi Luar Bandar dan Perubahan Kehidupan Masyarakat: Kajian Kes Di Kelantan dan Negeri Sembilan

Jadual 6 Jenis pembiayaan responden yang menjalankan aktiviti perniagaan Jenis Pembiayaan Kewangan Peralatan

Peratus (%) 53.8 46.2

Peningkatan kemahiran telah meningkatkan ekonomi masyarakat luar bandar. Menurut Katiman (2001), transformasi berlaku melalui kewujudan faktor lain yang menyokong pembangunan ekonomi seperti sektor pendidikan. Pada tahun 1957, taraf ekonomi dan pencapaian masyarakat luar bandar sangat rendah. Kerajaan mengambil langkah dengan melancarkan pelbagai program pembangunan masyarakat luar bandar seperti mengadakan kursus kemahiran. Program berkaitan dengan kursus kemahiran yang ditubuhkan berjaya membangunkan ekonomi komuniti luar bandar. Kebanyakan kursus kemahiran dianjurkan oleh badan kerajaan meliputi pelbagai bidang. Antaranya seperti makanan, jahitan, memasak, urutan dan sebagainya. Sebahagian besar (47.4%) penduduk luar bandar di Kelantan dan Negeri Sembilan mengikuti kursus kemahiran perniagaan makanan. Sebaliknya, sebahagian kecil daripada mereka melibatkan diri dalam kursus peruncitan (13.1%), jahitan (12.3%), kecantikan atau kesihatan (12%), lainlain kursus kemahiran (8.1%), pertanian (5.5%), kraf tangan (1.1%) dan pelancongan (0.5%) (Jadual 7). Jadual 7 Jenis kursus kemahiran yang diceburi penduduk yang menerima sebarang bantuan daripada program transformasi Kursus kemahiran Makanan Peruncitan Jahitan Kecantikan/kesihatan Lain-lain kursus Pertanian Kraf tangan Pelancongan

Peratus (%) 47.40 13.10 12.30 12.00 8.10 5.50 1.10 0.50

Penglibatan komuniti di dalam kursus kemahiran didapati meningkatkan ilmu keusahawan mereka. Kemahiran usahawan merujuk kepada pengetahuan dan tindakan yang dilakukan untuk mengukuh dan menjayakan perniagaan tersebut (Kilby, 1971; Smilor, 1997). Penglibatan masyarakat secara langsung dalam aktiviti pembangunan meningkatkan lagi aspek kemahiran, keyakinan diri, daya saing, kesedaran, meningkatkan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai diri mereka. Keadaan ini dapat mendorang ke arah memperbaiki kualiti hidup mereka. Menurut Asnarulkhadi (2002), pencarian maklumat merupakan faktor utama seseorang melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan. Ini kerana golongan ini dimotivasikan untuk mendapatkan sebarang maklumat melalui penyertaan tersebut. Bentuk dan arah tuju pembangunan telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Peningkatan ilmu keusahawanan komuniti yang mengikuti program transformasi bagi negeri Kelantan dan Negeri Sembilan dari segi ilmu pengetahuan, peningkatan kemahiran diri dan peningkatan sahsiah diri (Jadual 8). Pengetahuan baru dalam sesuatu bidang dan perancangan tabungan masa hadapan komuniti luar bandar meningkat selepas mereka menyertai program transformasi iaitu masing-masing 73 peratus dan 82 peratus. Kemahiran diri dari segi pengurusan masa dan komunikasi komuniti luar bandar pula meningkat selepas menyertai program transformasi iaitu 90 peratus dan 85 peratus. Sahsiah diri pula menunjukkan sebahagian besar iaitu 87 peratus dan 91 peratus daripada komuniti luar bandar menyatakan tahap keyakinan diri dan kebolehan mewujudkan hubungan sosial meningkat selepas menyertai program transformasi. Jadual 8 Peningkatan ilmu keusahawanan komuniti luar bandar Perkara Pengetahuan baru dalam sesuatu bidang Perancangan tabungan masa depan Pengurusan masa dengan tepat Kemahiran komunikasi Ketahanan emosi Kebolehan mewujudkan hubungan sosial 88

Setuju (%) 73 82 90 85 87 91

Geografi Vol. (4), No. (2), (2016), 83-91 © Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris 2016 ISSN 2289-4470 /eISSN 2462-2400

Penglibatan masyarakat dalam program pembangunan luar bandar merupakan langkah yang menyumbang kepada usaha pembasmian kemiskinan melalui peningkatan jumlah pendapatan. Kekurangan penglibatan masyarakat dalam aktiviti pembangunan merupakan alasan kegagalan usaha pembangunan yang dilaksanakan di negara sedang membangun (World Bank, 1993, 1996). Kebanyakan komuniti luar bandar negeri Kelantan dan Negeri Sembilan yang menerima bantuan daripada sebarang program transformasi mempunyai pendapatan melebihi RM 1,000.00. Sebaliknya penduduk yang tidak menerima sebarang bantuan sebahagian mereka sebanyak 65.70 peratus mempunyai pendapatan melebihi RM 1,000.00 dan selebihnya 34.3 peratus mempunyai pendapatan bawah RM 1,000.00 (Jadual 9). Peningkatan jumlah pendapatan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti hidup komuniti luar bandar. Jadual 9 Anggaran jumlah pendapatan bulanan Perkara Pendapatan bawah RM1,000 Pendapatan melebihi RM1,000

Penduduk yang menerima bantuan dari sebarang program transfromasi 0.00 100.00

Penduduk yang tidak menerima sebarang bantuan 34.30 65.70

Amalan gaya hidup yang baik dari sumber pendapatan penduduk yang tetap dan tinggi membolehkan mereka memperoleh rawatan kesihatan dari peringkat awal. Transformasi minda dalam sektor kesihatan penting kerana perubahan pembangunan tidak bergantung sepenuhnya kepada permodenan (Goffman, 1961). Sebaliknya perubahan yang berlaku bergantung pada struktur dalaman sistem sosial dan faktor luaran yang mempengaruhinya. Keadaan ini mungkin disebabkan penyebaran pembangunan yang dijalankan oleh pihak kerajaan dan agensi lain rancak dijalankan dalam pelbagai kaedah penyampaian. Antara contoh peningkatan kualiti hidup masyarakat luar bandar ialah dari aspek kesihatan. Masyarakat luar bandar negeri Kelantan dan Negeri Sembilan banyak menerima rawatan di klinik kesihatan kerajaan. Keadaan ini disebabkan klinik kesihatan kerajaan sangat berhampiran dengan penempatan tempat tinggal mereka dan jumlah pendaftaran yang sangat rendah iaitu RM1. Aspek pemeriksaan rawatan kesihatan masyarakat bagi negeri Kelantan dan Negeri Sembilan menunjukkan 67.8 peratus daripada mereka menerima rawatan kesihatan di klinik kesihatan kerajaan (Jadual 10). Jadual 10 Pemeriksaan rawatan kesihatan di Klinik Kesihatan Kerajaan Perkara Penduduk yang menerima pemeriksaan kesihatan Penduduk yang tidak menerima pemeriksaan kesihatan

Peratus (%) 67.80 32.20

Bagi mempertingkatkan tahap kesihatan masyarakat luar bandar, pihak kerajaan menambahkan lagi pembinaan klinik kesihatan. Adanya penambahan klinik kesihatan membolehkan masyarakat luar bandar menerima rawatan kesihatan dengan lebih baik dan selesa. Jadual 11 menunjukkan penambahan kemudahan dan perkhidmantan kesihatan terpilih 2010 hingga 2014. Pada tahun 2010, jumlah klinik kesihatan adalah sebanyak 9,275 unit dan berlaku peningkatan sebanyak 281 unit pada tahun 2014 dan menjadikan keseluruhan klinik kesihatan pada 2014 sebanyak 9,556 unit (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2014). Peningkatan bilangan unit klinik kesihatan ini selari dengan wawasan kesihatan negara ke arah peningkatan mutu kehidupan. Jadual 11 Jumlah kemudahan dan perkhidmatan kesihatan terpilih 2010 dan 2014 Kemudahan dan Perkhidmatan Hospital Katil Hospital Klinik Kesihatan Klinik Pergigian Perkhidmatan Doktor Udara Klinik 1 Malaysia Klinik Bergerak dan Pergigian 1 Malaysia (Bot dan Bas) 89

2010 362 55,184 9,275 1,546 13 53 3

2014 368 58, 533 9, 556 1, 811 13 307 16

Transformasi Luar Bandar dan Perubahan Kehidupan Masyarakat: Kajian Kes Di Kelantan dan Negeri Sembilan

KESIMPULAN Program transformasi telah meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar dari segi perubahan kehidupan. Penyertaan masyarakat terhadap transformasi yang berlaku di sekitar mereka diperlukan bagi memahami penerimaan mereka terhadap usaha ini. Perubahan minda yang perlu dilaksanakan oleh agensi terlibat bukan sahaja dalam aspek fizikal dan kewangan tetapi juga perubahan minda. Transformasi minda juga saling berkait dengan transformasi lain seperti ekonomi, sosial dan pembangunan fizikal. Kempatempat transformasi ini sangat diperlukan bagi membangun dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar terutamanya di negeri Kelantan dan Negeri Sembilan secara menyeluruh.

RUJUKAN Abdul Samad Hadi. (1990). Kota Kinabalu: Daripada satu pengkalan kepada pusat pembangunan wilayah, dalam Abdul Samad Hadi & Sulong Mohamad. (1990). Pembandaran dan transformasi bandar Negeri Sabah. Bangi: UKM Asnarulkhadi, A.S. (2002). Pengenalan pembangunan komuniti. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Arnstein, S.R. (1969). A ladder of citizen partipation. JAIP, 35(4): 216-224. Ary, D., Jacobs, L.C. & Sorenson, C. (2006). Introduction to research in education. Belmont, CA: Wadsworth/CENGAGE Learning. Blair, P.J. (1988). Quality of life and economic development policy. Economic Development Review, 16(1), 50-54. Brannen, J. (2006). Cultures of intergenerational transmissionin four generation families. ESRC future of work and family conference: Tampere Finland May. Chamber R. (1983). Rural development: putting the last first. Essex, England: Longmans Scientific and Technical Publishers: New York. Christaller, W. (1966). Central places in Southern Germany. Eaglewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. Cohen, L., Manion, L. & Morrison, K. (2001), Research Methods in Education, (5th Edition), New York: Routledge. Dale, R. (2006). Development planning: Concepts and tools for planners, managers and facilitators. London: Zed Books Ltd. Fahy, F. & Cinneide, M. O. (2008). Developing and testing an operational framework for assessing quality of life. Environmental Impact Assessment Review, 28, 366-379. Fraenkel, J.R., & Wallen, N.E. (2006). How to design and evaluate research in education. New York: McGraw-Hill. Goffman, E. (1961). Asylma: Essays on the social situation of mental patients and other inmats. New York: Anchor Books. Griffin, E. (2012). A first look at communication theory. New York: McGraw-Hill. Huang Ping & Zhan Shaohua. (2009). Migrants worker’s remittance and rural development in China. China: Chinese Academy of Social Sciences. Katiman Rostam. (2001). Dasar strategi petempatan dalam pembangunan negara. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2014). Petunjuk Kesihatan 2014: Petunjuk bagi pemantauan dan penilaian strategi health for all. Pusat Informatik Kesihatan, Bahagian Perancangan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Kilby, P. (1971). Entrepreneurship and Economic Development. New York: Free Press. Krejcie, R.V & Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610. Lauer, J. C. & Lauer, R.H. (2002). The play solution: How to put the fun and excitement back into your relationship. Chicago: Contemporary Books. Massam, B. H. (2002). Quality of life: public planning and private living. Progress in Planning, 58: 141-227. Merriam, S. B. (2001). Qualitative research and case study aplications in education. San Francisco: Jossey-Bass Pub. Naude, W., Stephanie Rossouw & Waldo Krugell. (2009). The non-monetary quality of city life in South Africa. Habitat International, 33, 319-326. Novel Lydon, Mohammad Reevany Bustami & Saffarina Abd Gapor. (2011). Persepsi kualiti hidup komuniti Bidayuh: Kajian perbandingan antara peserta dan bukan peserta program (skim pembangunan kesejahteraan rakyat) di daerah Serian, Sarawak. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 7(3), 91-104. Richardson, H.W. (1973). Regional growth theory. London: MacMillan. Rubin, H & Rubin I.S. (1992). Community organizing and development. New York: MacMillan Publishing. Sanoff, H. (1999). Community participation methods in design and planning. New York: John Wiley & Sons. Scheyvens, R. (1999). Ecotourism and empowerment of local commnity. Tourism Management, 27, 245-249. Smilor, R. W. (1997). Entrepreneurship: Reflections on a subversive activity. Journal of Business Venturing, 12, 341–346. 90

Geografi Vol. (4), No. (2), (2016), 83-91 © Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris 2016 ISSN 2289-4470 /eISSN 2462-2400

Todaro, M.P. (1997). Economic development. Reading, Mass: Addison-wesley. Tosun, C. (2006). Expected nature of commnity participation in tourism development. Tourism Management, 27, 493-504. World Bank. (1993). Trend in developing countries. Washington D.C: World Bank. World Bank. (1996). The World Bank participation sourcebook. Washington DC: World Bank

91