Transformasi Pendidikan Luar Bandar di Sabah

Transformasi Pendidikan Luar Bandar di Sabah Mohd. Zaki Ishak Sekolah Pendidikan & Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah, Sabah, Malaysia...

0 downloads 81 Views 42KB Size
Transformasi Pendidikan Luar Bandar di Sabah Mohd. Zaki Ishak Sekolah Pendidikan & Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah, Sabah, Malaysia. email: [email protected] Abstrak Kertas kerja ini membincangkan latar belakang negeri Sabah dalam konteks pendidikan luar bandar dan aktiviti-aktiviti berkaitan yang dijalankan oleh Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPPS), Universiti Malaysia Sabah dalam usaha mentransformasikan pendidikan luar bandar bukan sahaja dalam kalangan murid-murid bahkan guru-guru serta ibu bapa murid yang terlibat. Mentransfromasikan pendidikan luar bandar merupakan tanggungjawab kerajaan, komuniti dan individu murid itu sendiri. Walau bagaimana pun, usaha-usaha SPPS sebagai institusi mendidik dan membangunkan komuniti dalam melaksanakan transformasi pendidikan luar bandar nampaknya berhasil melalui penyertaan komuniti itu sendiri, dalam aktiviti-aktiviti atau inisiatif-inisiatif yang dianjurkan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bukan sahaja memperkenalkan cara pembelajaran yang menarik dan memberi motivasi bahkan guru dan ibubapa diberikan pendedahan berkaitan isu-isu semasa pendidikan serta kesedaran untuk menganjak pemikiran mereka tentang pentingnya pendidikan serta kelestariannya. Pengenalan Pendidikan Luar Bandar dalam konteks negeri Sabah memerlukan komitmen semua pihak, kerajaan, komuniti, guru-guru dan murid-murid itu sendiri. Ini memandangkan faktor keluasan, geografi yang berbukit bukau, dikelilingi pulau-pulau di sepanjang pantai yang sangat panjang, komposisi etnik yang banyak bilangannya, dan taburan sekolah yang

banyak di kawasan luar bandar yang memungkinkan melambatkan transformasi di kawasan tersebut. Misalnya, keluasan negeri Sabah (73 620 km2) hampir menyamai keluasan sembilan buah negeri di Semenanjung (73 711 km2) dan Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia. Dengan keluasan yang sedemikian rupa, 70 % merupakan kawasan yang berbukit bukau. Sekitar 60 % penduduknya berselerak di kawasan luar bandar manakala 40 % pula berada di kawasan bandar. Terdapat pula pulau-pulau kecil disepanjang pesisir pantai, dengan 70 % daripadanya mempunyai sekolah. Lebih kurang 89 % sekolah-sekolah terletak di kawasan luar bandar. Bilangan etniknya ialah sebanyak 38 dengan komposisi Kadazandusun (17.8%), Bajau (13.4%), Murut (3.3%), Melayu (11.5%), China (9.6%), Bumiputera lain (14.6 %), bukan Bumiputera (4.8 %), dan bukan warga negara (25%) (eMas, 2010). Berdasarkan kepada keluasan yang besar, geografi, komposisi etnik, dan taburan sekolah yang sedemikan rupa diseluruh negeri, maka Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPPS) Universiti Malaysia Sabah bukan sahaja menawarkan kursus-kursus pendidikan kepada pelajarpelajar peringkat sarjana muda, sarjana, dan doktor falsafah malah turut membangunkan komuniti dengan menyumbangkan latihan dan khidmat perundingan kepada sekolah-sekolah terutama di luar bandar dan disamping menjalankan penyelidikan semasa aktiviti-aktiviti tersebut berlangsung.

Selain

daripada

itu,

SPPS

melaksanakan

aktiviti

kerterlibatan komuniti melalui Unit Penyelidikan Pendidikan Luar Bandar (UPPLB) dan juga menjadikan beberapa sekolah rendah dan sekolah menengah sebagai sekolah angkat seperti SMK Tebobon, Menggatal; SMK Abdul Rahim, Kudat; SK Balong, Tawau; dan setiap sekolah di Keningau, Sipitang, dan Sandakan. Kesemua aktiviti adalah menjurus kepada mentransformasikan pendidikan khususnya sekolah-sekolah yang berada di luar bandar.

Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah Projek Pendidikan untuk Pembangunan Pelestarian Komuniti Luar Bandar di Sekolah Kebangsaan Buayan Penampang; Projek Kelestarian Alam Sekitar e-Larapan di Pulau Larapan Semporna; “English Literacy for KadazanDusuns” di Sekolah Kebangsaan Bundung Tuaran; English Literacy for Ubians Pulau Mantanani di Kota Belud; dan program-program ‘outreach’ sekolah luar bandar seperti di Kampong Karamuak Tongod dan di Sekolah Kebangsaan Sarang Kota Belud. Walau bagaimana pun, kertas kerja ini hanya membentangkan dua aktiviti yang melibatkan Pembentang terlibat secara langsung dalam aktiviti tersebut iaitu Projek Pendidikan untuk Pembangunan Pelestarian Komuniti Luar Bandar di Sekolah Kebangsaan Buayan Penampang; dan Projek Kelestarian Alam Sekitar e-Larapan di Pulau Larapan Semporna. Latar belakang Sekolah di Sabah Negeri Sabah mempunyai bilangan sekolah rendah dan sekolah menengah yang kedua dan keempat terbesar di Malaysia. Bilangan sekolah rendahnya ialah 1069 dan sekolah menengahnya pula ialah 208, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 (Nuri, 2010). Walau bagaimana pun, pada tahun 2005, negeri ini merekodkan 55.2 peratus enrolmen sekolah berbanding purata kebangsaan enrolmen sekolah iaitu 77.4 peratus. Kadar keciciran pula dua kali ganda purata kebangsaan iaitu 21.0 peratus (Nuri, 2010). Jadual 1: Bilangan Sekolah Bandar dan Luar Bandar Lokasi Menengah Luar Pedalaman 135 Bandar Pekan 19 Kecil Bandar Bandar 44 Bandaraya 10 Jumlah 208

Rendah Jumlah 196 1051 61 80 76 16 1069

120 26 1277

Transformasi Pembelajaran Sterling (2011) mengungkapkan transformasi pembelajaran sebagai suatu kualiti pembelajaran yang dimiliki oleh seseorang murid. Kualiti pembelajaran ini termasuklah murid aktif melibatkan diri, murid tersentuh hati atau perasaannya, murid boleh merobah sikap dan pengetahuannya melalui proses kesedaran serta pengikitirafan atau sanjungan yang diperolehinya. Dengan kata lain, Sterling mengatakan bahawa tranformasi pembelajaran merupakan suatu proses seseorang mengubah kerangka pemikirannya menjadi lebih menyeluruh dan berubah perspektifnya. Daripada

sorotan

ini,

Pembentang

berpendapat

transformasi

pendidikan luar bandar bukan sahaja tertumpu kepada murid bahkan guru serta masyarakat yang melingkungi sesebuah sekolah. Ini bermakna jika transformasi pendidikan merujuk kepada murid, maka murid mampu menguasai sesuatu pengetahuan tetapi mengikut keupayaan yang ada padanya. Manakala jika guru pula, guru tersebut mampu mengubah atau menukar sesuatu pengetahuan yang ada padanya sehingga murid yang pelbagai latar belakang boleh mengikutinya. Begitulah juga masyarakat mampu melahirkan kesedaran sehingga boleh mempengaruhi generasi Meziro (2000) pula mencadangkan bahawa transformasi pembelajaran berlaku, antara lainnya, mengikut peringkat-peringkat berikut: •

Dilemma iaitu apabila seseorang yang belajar mengemukakan sesuatu sama ada permasalahan, soalan atau menzahirkan rasa tidak puas hati dengan pembelajarannya. Suasana ini boleh mencetuskan transformasi dalam diri seseorang



Memeriksa diri sendiri iaitu seseorang murid begitu kritikal terhadap pembelajarannya apabila melakukan refleksi



Seseorang murid yang kritikal terhadap andaian penilaian diri sendiri, misalnya merasai belum cukup pengetahuan mengenai apa yang dipelajarinya



Adanya pengiktirafan atau sanjungan terhadap ketidakpuasan hati terhadap pembelajarannya dan transformasi ini dikongsi bersama dengan rakan-rakan yang lain



Membuat tinjauan sendiri terhadap peranan baru dan tindakantindakan seterusnya, perhubungan dan tindakan. Maknanya ada perubahan semasa berjumpa dengan guru-guru, muridmurid dan ibubapa.



Perancangan tindakan selanjutnya



Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan perancangan



Latihan percubaan menjalankan peranan baru



Membina kompetensi dan keyakinan diri dalam menjalankan peranan baru dan menjalin hubungan



Mengintegrasikan semula kehidupan berasaskan keadaankeadaan yang diarahkan dalam perspektif baru.

Maka daripada cadangan Meziro ini, refleksi pembelajaran secara kritis membantu kepada perubahan perspektif seseorang. Cara pembelajaran sebegini terfokus terutama ke arah membentuk nilai, moral, sikap, emosi serta konsep-konsep tersirat seperti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPPS). Projek Kelestarian Alam Sekitar di Pulau Larapan Semporna Projek Kelestarian Alam Sekitar merupakan sebahagian daripada Projek e-Larapan yang dijalankan di Pulau Larapan, Semporna iaitu hasil kolaborasi antara Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Malaysia Sarawak. Projek ini berlangsung dalam tiga fasa iatu Julai 2011,

September 2011 dan Februari 2012. Antara objektif projek ini ialah menglestarikan sumber-sumber asli dan bahan buangan; menyedarkan komuniti

tentang

pentingnya

alam

sekitar

dan

kesihatan;

dan

mengwujudkan alam sekitar yang sihat bagi komuniti Pulau Larapan. Transformasi pendidikan yang diperolehi hasil daripada projek yang dijalankan mendapati perlunya gotong royong yang berterusan dalam kalangan komuniti di Pulau ini. Seluruh komuniti menyuarakan pentingnya Ketua Kampong dan Jawatan Kuasa Kampong berperanan menunjukkan contoh, misalnya turut sama dalam setiap aktiviti yang diadakan sama ada ketika kedatangan rombongan daripada UMS dan UNIMAS atau ketika ketiadaan mereka ini. Melalui dialog yang diadakan, komuniti Pulau Larapan juga menyedari pentingnya perancangan dilakukan sebelum sesuatu aktiviti dijalankan.

Misalnya

mereka

hendaklah

menyediakan

makanan,

minuman, dan peralatan setiap kali aktiviti gotong royong dilangsungkan. Dengan kata lain, sebahagian sumbangan dana yang diperolehi daripada projek e-Larapan dibincangkan dalam mesyuarat agar persetujuan bersama dapat dicapai. Pemuafakatan dalam kalangan komuniti ini nampaknya semakin baik setelah mereka ini diberikan kursus motivasi terutama dalam aspek kepimpinan, kebersihan, dan kesihatan. Transformasi pembelajaran daripada kursus yang dianjurkan pula menjurus kepada cadangan mereka agar rombongan daripada UMS dan UNIMAS mengadakan pula kursuskursus seperti menjahit, memasak, dan cara-cara membuat makanan tradisional serta cara-cara penyediaan yang baik. Mereka juga mengharapkan Pulau Larapan menjadi satu daripada pusat kunjungan pelancong kerana jaraknya dari Semporna mengambil masa setengah jam sahaja. Selain daripada kekangan yang disebutkan, kekangan di Pulau ini ialah menyediakan tempat menguruskan bahan-bahan buangan.

Projek Pendidikan untuk Pembangunan Pelestarian Komuniti Projek di Sekolah Kebangsaan Buayan bermula pada April 2008 sehingga November 2011. Acara Perasmian projek ini disempurnakan oleh Ahli Parlimen P174, Yang Berhormat Tan Sri Bernard Dompok pada 06 November 2010 di SMK Limbanak, Penampang. Projek ini cuba merungkai isu-isu berkaitan pendidikan di Sekolah Kebangsaan Buayan melalui pembangunan komuniti setempat. Pendekatan pembangunan komuniti setempat ini khususnya, pembangunan sekolah digunakan untuk membangunkan sumber-sumber yang ada di sekolah dan sekelilingnya. Kedua-dua sumber ini digerakkan bersama agar pelestarian Sekolah Kebangsaan Buayan mampu dicapai dan pada masa yang sama penglibatan komuniti secara menyeluruh dapat dimanfaat sepenuhnya. Melalui Projek ini, keceriaan Pusat Sumber Sekolah telah dilaksanakan oleh 12 orang pelajar tahun akhir (TESL, Sejarah dan Geografi). Murid-murid yang belajar di Sekolah Kebangsaan Buayan datangnya daripada tiga buah kampong termasuk Kampong Buayan sendiri. Mereka ini datang ke sekolah umumnya bersarapan pagi di sekolah melalui Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang disediakan pada pukul 10.40 pagi iaitu waktu rehat sekolah. Penghasilan beras adalah daripada padi bukit dan ia menjadi makanan utama harian penduduk Kampong Buayan. Amalan

kesihatan

murid-murid

nampak

kurang

dititikberatkan,

terutamanya penjagaan rambut, gigi, pakaian dan kasut. Dialog bersama komuniti di Kampong Buayan membincangkan keperluan-keperluan berkaitan pendidikan, kesihatan dan keselamatan mereka. Antara cadangan-cadangan komunti Kampong Buayan ialah i.

Menganjurkan kursus/bengkel/orientasi khusus untuk muridmurid Tahun 6 yang melangkah masuk ke Tingkatan 1 (samada ke SM Datuk Peter Mojunting atau SM St. Michael,

di Penampang) kerana kebanyakan mereka tidak mampu atau kurang

keyakinan

meneruskan

persekolahan

kerana

kemungkinan kurang persiapan mental dengan suasana yang berbeda dengan suasana semasa mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan Buayan. Kemungkinan kurangnya penonjolan diri dan pendedahan dengan latar belakang murid-murid yang berbeda (jurang mereka yang miskin dan yang berada) menjurus murid-murid Sekolah Kebangsaan Buayan enggan meneruskan pelajaran mereka di sekolah menengah. ii.

Murid-murid yang mendapat keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah

(UPSR)

dengan

bilangan

beberapa

A

dalam

peperiksaan ini diberikan anugerah oleh SPPS sama ada berbentuk sijil atau bantuan kewangan bertujuan menyatakan sokongan moral agar mereka bermotivasi belajar dan seterusnya berusaha meningkatkan pencapaian dalam setiap mata pelajaran yang dipelajari. iii. Kurangnya kehadiran murid-murid ke Sekolah Kebangsaan Buayan, antara sebabnya ialah mereka terpaksa mengharungi beberapa buah sungai (ada dua buah) dan kemungkinan tidak dapat melaluinya sekiranya hujan lebat. Oleh itu, dicadangkan mana-mana organisasi atau institusi boleh menyumbangkan atau menaja membina jambatan (dua buah) untuk murid-murid terutama mereka yang datang daripada kampong-kampong berdekatan. iv. Mengadakan projek landskap sekolah, dan ini telah pun dilaksanakan pada bulan Oktober 2011. Seramai 10 orang pelajar lelaki SPPS UMS menyertai dalam projek ini dan rangka landskap sekolah di sediakan oleh dua orang guru Sekolah Kebangsaan Buayan.

v.

Kumpulan pelajar 10 orang ini juga menganjurkan kursus motivasi kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Buayan dan tumpuan yang diberikan ialah kepada penampilan diri, kesihatan dan pemakanan.

Transformasi Pembelajaran di Kampong Buayan Antara transformasi pembelajaran yang diperolehi dan menjadi manfaat kepada komuniti dan murid-murid sekolah ialah i.

Menjadikan Kampong Buayan sebagai tempat latihan pelajarpelajar sekolah menengah yang mempunyai masalah disiplin (contohnya

kenakalan

dan

sikap

negatif

terhadap

pembelajaran). Ini kerana masa untuk sampai ke sekolah ini dari Pekan Penampang lebih kurang 10 jam dan masa ini sudah cukup untuk memberi pengajaran dan kesedaran kepada pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin. ii.

Oleh kerana Kampong Buayan sukar untuk ditembusi dengan menggunakan kenderaan seperti kereta, maka pelancongan merupakan

satu

daripada

aktiviti

yang

membolehkan

berlakunya pembangunan pelestarian komuniti di tempat ini. Berjalan kaki dengan menaiki dan menuruni bukit, menyusur tebing bukit yang tinggi, menyusur sungai, menyeberangi sungai sama ada mengharungi, berakit, atau menggunakan jambatan gantung, melalui kawasan-kawasan belukar dan melintasi kawasan Taman-Taman Sabah sebahagian daripada pengalaman yang tidak diperolehi di mana-mana untuk ke tempat seumpama ini. iii. Aktiviti menggunting rambut sendiri dalam kalangan murid-murid mungkin boleh dijadikan satu aktiviti ekonomi yang boleh menambahkan

pendapatan

komuniti

Kampong

Buayan

memandangkan mereka ini tiada pendapatan tetap. Manakala hasil jualan Kampong ini hanya berlaku apabila ada orangorang luar yang datang atau berkunjung ke Buayan iaitu dengan menjual tangkapan ikan sungai atau pun ayam peliharaan. Melihat kepada suasana Kampong Buayan ini, aspek-aspek berkaitan sosial, ekonomi, dan alam sekitar mampu menjadikan pembangunan pelestarian komuniti. Disini, komuniti empowerment membolehkan ibu bapa belajar daripada murid-murid pengetahuan dan kesedaran yang diperolehi semasa mereka berada di sekolah. Penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti

sekolah

membantu

murid-murid

meningkatkan

pengetahuan dan kesedaran mereka tentang pentingnya ilmu pengetahuan. Contohnya, mempromosikan warisan budaya membolehkan ekonomi komuniti

dapat

dipertingkatkan.

Lawatan

pengunjung-pengunjung

memberikan mereka pengalaman-pengalaman bahkan turut menunjukkan rasa hormat terhadap warisan budaya tersebut. Melalui aktiviti pelancongan, komuniti di Kampong Buayan bersamasama dengan pengunjung-pengunjung boleh memastikan berlakunya pelestarian pelancongan. Disini mereka melestarikan alam sekitar bermakna mereka mampu melestarikan pelancongan. Oleh kerana adanya projek pembangunan pelestarian komuniti yang dijalankan di Kampong Buayan iaitu e-Buayan (pembangunan ICT untuk masyarakat kampong), maka aktiviti ekonomi seperti penjualan kad telefon kepada pelancongpelancong atau menyewakan perkhidmatan internet semasa mereka berada di sini juga mampu menjana pendapatan penduduk-penduduk disini.

Penghargaan Ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat, khususnya Ahli Parlimen P174, Tan Sri Bernard Dompok dan Datuk Philip Lasimbang kerana sudi menyediakan kemudahan pengangkutan helikopter pergi (PM. Dr. Hjh. Naimah Yusof, Dr. Sabariah Sharif, Cik Aishah Tamby Omar, Pn. Eveyln, dan seorang pelajar perempuan) dan balik (kesemua ahli rombongan) semula ke Pekan Penampang untuk fasa pertama dan kemudahan pengangkutan helikopter pergi dan balik untuk fasa kedua (Dr.Mohd. Zaki Ishak, dan kesemua 10 orang pelajar lelaki). Disamping itu, penyediaan bekalan makanan semasa berada di Kampong Buayan. Ucapan terima kasih juga kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sabah kerana sudi menyediakan jamuan makan semasa upacara perasmian, Pengetua SMK Limbanak kerana sudi menjadi tempat perasmian Projek Pendidikan untuk Pembangunan Pelestarian Komuniti Luar Bandar Sekolah Kebangsaan Buayan, Pejabat Pelajaran Daerah Penampang dan Majlis Daerah Penampang kerana menyumbangkan tenaga kerja sebelum acara perasmian, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah yang menyumbangkan beberapa buah buku untuk SK Buayan, dan Sekolah Kebangsaan Buayan Penampang yang sudi menerima kehadiran semua rombongan Projek ini. Manakala penghargaan turut ditujukan kepada perintis projek eLarapan iaitu Professor Dr. Vincent Phang (UMS) dan Dr. Syam Abdol Hazis (UNIMAS). Mereka yang terlibat dalam projek kelestarian alam sekitar di Pulau Larapan ini ialah PM. Dr. Naimah, Dr. Sabariah Sharif, Dr. Sopiah Abdullah @ Siew Nyet Moi, Cik Crispina Gregory K. Han, dan Cik Aisyah Tamby Omar.

Rujukan eMas Sabah (2010). Sabah population. Retrieved October 11, 2010 from http://www.sabah.org.my/archive/penduduk_1.htm Mezirow, J. (2000). Learning as Transformation: Critical Perspectives on a Theory in Progress. San Francisco: Jossey-Bass Mohd Zaki Ishak., & Hamzah Md. Omar. (2011). Integration of health education for sustainable development: Sabah’s initiatives. In N. Taylor, F. Quinn & R.K. Coll (Eds.), Health education in contexts: An international perspectives on the development of health education in schools (pp.235-242 ). Dordrecht, Netherlands: Sense Publishers. Nuri Udin. (2010). Science and mathematics in rural and remote areas Sabah: Challenges of teaching and learning from perspectives of Sabah Education Department. Paper presented at the Science and mathematics education workshop for stakeholders 2010, 6-8 July 2010, Kota Kinabalu, Sabah. Sterling, S. (2011). Transformative learning and sustainability: sketching the conceptual ground. Learning and Teaching in Higher Education, Vol.

5.

Retrieved

October

13,

http://resources.glos.ac.uk/tli/lets/journals/lathe/index.cfm

2011

at