YANG BERKESAN

dan makna Dalam bahasa Melayu, setiap kata ada maknanya yang ... sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. • Hari ini, kita dapat menyaksikan betapa...

0 downloads 68 Views 152KB Size
KE ARAH

YANG BERKESAN BIL. 1/2001(4)

BAHAGIAN PENGEMBANGAN BAHASA SEKTOR AWAM JABATAN BAHASA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

KANDUNGAN Prakata

ii

Bahagian Satu:

1

Kekeliruan Ejaan

Bahagian Dua :

5

Kekeliruan Kata dan Makna

Bahagian Tiga:

9

Beberapa Masalah Penggunaan Kata dalam Ayat

i

PRAKATA Alhamdulillah, sekali lagi bahagian ini berjaya meneruskan hasrat untuk menggiatkan lagi usaha penyebaran bahasa Melayu di samping cuba mendidik dan mendedahkan masyarakat pengguna bahasa Melayu kepada penggunaan bahasa yang tepat. Lanjutan daripada terbitan siri-siri risalah ini yang sebelumnya, kali ini, kami cuba mendedahkan beberapa kekeliruan yang sering timbul di kalangan pengguna bahasa Melayu.

Sehubungan dengan itu, siri kali ini masih lagi

menekankan beberapa aspek bahasa yang boleh dianggap penting dan perlu diketahui oleh pengguna bahasa Melayu sekalian. Terbitan kali ini menjurus kepada 3 aspek utama, iaitu: i) Kekeliruan Ejaan ii) Kekeliruan Kata dan Makna iii) Beberapa Masalah Penggunaan Kata dalam Ayat Harapan kami, semoga risalah ini masih berupaya membantu pengguna bahasa Melayu meningkatkan penguasaan dan kemahiran berbahasa. Sekian, terima kasih, ”BAHASA JIWA BANGSA” “CINTAILAH BAHASA KITA”

(HAJAH ZAITON BINTI AB. RAHMAN) Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Awam, Jabatan Bahasa

ii

BAHAGIAN SATU kekeliruan ejaan Berikut disenaraikan beberapa keleliruan ejaan yang sering timbul di kalangan pengguna bahasa Melayu:

KEKELIRUAN EJAAN

PEJELASAN

1 agung dan agong

Dalam bahasa Melayu, mengikut hukum keselarasan vokal, vokal `a’ akan berpasangan dengan vokal `u’ (a-u). Oleh itu, kata ini sepatutnya dieja `agung’, contohnya mesyuarat agung, seniman agung, pemimpin agung dan perhimpunan agung, tetapi ada kekecualian hanya untuk Yang di-Pertuan Agong yang menggunakan vokal `o’ untuk kata agong

2 perabot dan laporan, atau perabot dan lapuran

Ejaan yang tepat ialah perabot dan laporan, kerana kata tersebut ialah kata pinjaman daripada bahasa Indonesia. Oleh sebab itu, ejaannya tidak mengikut keselarasan vokal bahasa Melayu, iaitu `a-u’.

1

3 pamir atau pamer

Ejaan yang tepat ialah pamer kerana kata tersebut ialah pinjaman daripada bahasa Indonesia.

4 istirehat atau istirahat

Ejaan yang tepat ialah istirahat. Kata tersebut ialah kata serapan daripada bahasa Arab. Istirahat – rehat. Waktu istirahat ialah pukul 1.00 tengah hari.

5 Ramadhan atau Ramadan

Ejaan yang tepat ialah Ramadan, iaitu kata yang berasal daripada bahasa Arab. Ramadan – Bulan kesembilan dalam tahun Hijrah, bulan puasa.

6 dailog atau dialog

Ejaan yang tepat ialah dialog, iaitu kata serapan daripada bahasa Inggeris (dialogue). Cara penyebutannya adalah dengan mengikut bunyi huruf bahasa Melayu.

7 dairi dan diari

Kata diari ialah serapan daripada bahasa Inggeris (diary). Apabila diserap ke dalam bahasa Melayu, huruf akhir `y’ ditukar menjadi `i’. Bunyi sebutan perkataan tersebut juga mengikut bunyi huruf bahasa Melayu.

8 sessi atau sesi, dan missi atau misi

Sesi dan misi ialah ejaan yang tepat dalam bahasa Melayu kerana tergolong dalam kata serapan daripada bahasa Inggeris, iaitu session dan mission. Apabila diserap ke dalam bahasa Melayu, satu `s’ digugurkan dan suku kata akhir `sion’ diubah menjadi `si’ bagi kedua-dua kata tersebut.

2

9 bumiputera atau bumiputra

Kata yang tepat untuk makna peribumi atau anak negeri ialah bumiputera. Kata bumiputra pada kata nama Bak Bumiputra Commerce ialah contoh penggunaan ejaan yang salah. Walau bagaimanapun, ejaan nama bank tersebut tidak boleh diubah kerana telah berdaftar secara sah.

10 bandarraya atau bandar raya

Dalam bahasa Melayu, kata bandar dan raya boleh berdiri sendiri dan masing-masing mempunyai makna. Jadi, ejaan yang tepat ialah bandar raya. Bandar raya – Bandar yang besar lagi penting, yang biasanya mempunyai penduduk seramai sejuta orang atau lebih. Kata nama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ialah contoh penggunaan ejaan yang salah tetapi telah terdaftar secara sah. Kesalahan sebegini seharusnya dihindarkan kerana akan menimbulkan kekeliruan pada pengguna bahasa.

11 tengah hari, juruukur, atau juru ukur

Kata juru bermakna orang yang mempunyai keahlian dalam sesuatu perkara atau ahli. Oleh sebab kata juru tidak boleh berdiri sendiri, kata tersebut dieja bercantum dengan kata yang mengikutinya. Jadi ejaan yang tepat ialah juruukur. Contoh-contoh lain, jurumasak, jurusolek, juruaudit dan juruelektrik.

12 tengah hari atau tengah hari

Kata tersebut berasal daripada dua kata, iaitu tengah dan hari. Jadi, ejaan yang tepat ialah tengah hari kerana kedua-dua kata tersebut boleh berdiri sendiri. Contoh-contoh lain, tengah malam, tengah hujan, dan tengah padang.

3

13 memastikan atau mempastikan

Dalam bahasa Melayu, kata dasar tertentu yang diawali dengan huruf k, p, t, dan s, akan berubah apabila mendapat apitan meN-…-kan kecuali untuk kata pinjaman. Jadi, kata dasar pasti, akan menerbitkan kata memastikan. Contoh-contoh lain, mengurniakan, memeningkan, menunjukkan dan menyembunyikan.

14 mengkagumkan atau mengagumkan

Kata tersebut berasal daripada kata dasar kagum dan menerima apitan meN-…-kan. Dalam bahasa Melayu, kata dasar yang diawali dengan huruf `k’, akan berubah apabila menerima apitan meN-…-kan. Jadi, ejaan yang tepat ialah mengagumkan. Contoh-contoh lain, mengayakan, mengemaskan dan mengendalikan.

15 perlantikan atau pelantikan

Kata yang menerangkan “perihal melantik” ialah pelantikan. Dalam bahasa Melayu, kata-kata yang berimbuhan meN-…-kan, akan berpasangan dengan kata berimbuhan peN-…an. Contoh-contoh lain, peletakan (meletakkan), pelucutan (melucutkan), dan penerbitan (menerbitkan). Kata yang menerima imbuhan ber-pula, akan berpasangan dengan kata berimbuhan peR-…an. Contohnya, permainan (bermain), perlepasan (berlepas), dan permasalahan (bermasalah).

4

BAHAGIAN DUA kekeliruan kata dan makna Dalam bahasa Melayu, setiap kata ada maknanya yang tersendiri. Pemahaman makna untuk setiap kata sangat penting supaya ayatayat yang dibentuk dapat difahami oleh pembaca dan pembaca dapat menerima sepenuhnya maklumat yang disampaikan. Berikut disenaraikan perkataan yang sering menimbulkan kekeliruan kepada pengguna bahasa Melayu:

PERKATAAN bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan

PENJELASAN MAKNA Bahasa rasmi – Bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi kerajaan dan pentadbiran negara. Bahasa kebangsaan – Bahasa yang utama bagi sesebuah negara yang berdaulat. •

hemat dan hemah

Bagi negara Malaysia, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu (bahasa Melayu baku).

Hemat – 1. Cermat 2. Pemerhatian atau pengamatan.

Tidak boros 3.

1. Orang yang hemat, tidak akan mudah terpengaruh dengan kempen jualan murah. 2. Menurut hemat saya, tahun ini kita akan mendapat bonus.

5

Hemah – Budi pekerti 1. Setiap pekerja seharusnya menjaga hemah diri masing-masing. wacana dan wahana

Wacana – 1. Keseluruhan tutur kata yang merupakan suatu kesatuan, ucapan pertuturan atau percakapan. 2. Kesatuan fikiran yang utuh sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. •

Hari ini, kita dapat menyaksikan betapa sukarnya untuk mengumpulkan khalayak bagi tujuan memeriahkan dan menjayakan wacana ilmu.



Kita merindui dunia kritikan sastera yang dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan wacana sastera yang mendalam, dan pembacaan karya sastera yang banyak.

Wahana – Saluran atau perantaraan yang memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan oleh dicapai.

ramai dan banyak



Media massa menjadi wahana penting dalam menyampaikan maklumat dan berita penting.



Lukisan kartun sering digunakan orang sebagai wahana propaganda.

Ramai - Menunjukkan bilangan (banyak) yang khusus untuk manusia. Banyak – Boleh digunakan untuk menyatakan bilangan untuk manusia atau bukan manusia (binatang, tumbuh-tumbuhan dll.) •

Banyak orang yang masih tidak tahu menggunakan perkhidmatan itu.



Masih banyak soalan yang belum dijawab oleh Faridah.

6

rasmi dan resmi

Rasmi – Membawa maksud disahkan oleh kerajaan atau yang berkuasa, yang diisytiharkan (ditentukan, disahkan) oleh kerajaan atau jabatan dll.), formal. •

Pakaian rasmi untuk ke pejabat bagi wanita ialah baju kurung atau kebaya.

Resmi – Bermakna sifat semula jadi atau sifat khas (benda, perangai, atau tabiat), dan disebut juga sebagai resam. •

sahsiah

Kata sahsiah ialah serapan daripada bahasa Arab yang bermakna keperibadian atau peribadi. •

jati diri

Kita seharusnya mengikut resmi padi, semakin berisi, semakin tunduk.

Kita hendaklah memiliki sahsiah diri yang terpuji.

Jati (sejati) - Bermakna asli, tulen, yang sebenarnya, tidak bercampur; identiti. Jati diri – Identiti diri atau keperibadian diri yang sebenarnya atau asli. •

memantau

Kita seharusnya menapis kemasukan budaya asing untuk memelihara jati diri bangsa Malaysia.

Kata memantau diterbitkan daripada kata dasar pantau yang bermakna menengok, melihat, menjenguk. Kata tersebut merupakan padanan daripada bahasa Inggeris, monitoring. •

Pihak polis sedang memantau kegiatan penjual mercun dari semasa ke semasa.

7

anjakan paradigma

Anjakan – Hasil menganjak, peralihan. Paradigma – Merujuk kepada makna lingkungan atau batasan pemikiran (seseorang atau sesuatu organisasi) pada sesuatu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan kesedaran yang ada. Anjakan Paradigma – Peralihan paradigma (pemikiran/pengetahuan/kemahiran) daripada satu lingkungan atau batasan kepada sesuatu yang baru (biasanya kepada yang lebih baik). •

Setiap orang seharusnya melakukan anjakan paradigma untuk meningkatkan kualiti diri.

8

BAHAGIAN TIGA beberapa masalah penggunaan kata dalam ayat Penggunaan perkataan yang tidak tepat dalam ayat boleh menyebabkan terjadinya perubahan makna. Ketepatan pemilihan kata-kata adalah penting supaya maklumat yang disampaikan tepat. Berikut disenaraikan ayat-ayat yang sering digunakan oleh pengguna bahasa Melayu:

SALAH

BETUL

Ada berbagai barang di kedai itu.

Ada berbagai-bagai barang di kedai itu. Ada pelbagai barang di kedai itu.

Ada pelbagai barangbarang di kedai itu.

Ada pelbagai barang di kedai itu.

Ali dihadiahkan sebuah buku harian.

Ali dihadiahi sebuah buku harian. Sebuah buku harian dihadiahkan kepada Ali.

Saya menghadiahkan Salim sebuah basikal.

Saya menghadiahi Salim sebuah basikal.

Emak menghadiahi baju kepada adik.

Saya menghadiahkan sebuah basikal kepada Salim. Emak menghadiahkan baju kepada adik.

9

Buku itu dihadiahi kepada Ali.

Buku itu dihadiahkan kepada Ali.

Dia merindukan anaknya.

Dia merindui anaknya.

Ibu meniduri adik.

Ibu menidurkan adik.

Hakim menjatuhkan pembunuh itu hukuman gantung.

Hakim menjatuhi pembunuh itu hukuman gantung.

Hakim telah menjatuhi hukuman gantung kepada pembunuh itu.

Pembunuh itu dijatuhi hukuman gantung.

Bangunan itu adalah Daya Bumi.

Bangunan itu ialah Daya Bumi.

Perkara itu ialah benar.

Perkara itu adalah benar.

Bola itu ditendang oleh saya.

Bola itu saya tendang.

Bola itu Ali tendang.

Bola itu ditendang oleh Ali.

Di masa cuti sekolah, banyak orang yang balik ke kampung.

Pada masa cuti sekolah, banyak orang yang balik ke kampung.

Dia menceburkan diri di bidang perniagaan.

Dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Dalam bilik itu ada banyak nyamuk.

Di dalam bilik itu ada banyak nyamuk.

Di atas perhatian daripada pihak tuan, saya mengucapkan terima kasih.

Atas perhatian daripada pihak tuan, saya mengucapkan terima kasih.

Bersama surat ini, saya lampirkan borang kaji selidik.

Bersama-sama surat ini, saya lampirkan borang kaji selidik.

Saya tidak menyebelahi kedua belah pihak yang bermusuhan itu.

Saya tidak menyebelahi kedua-dua belah pihak yang bermusuhan itu.

10

Saya tidak akan mensiakan peluang ini.

Saya tidak akan mensia-siakan peluang itu.

Setengah orang tidak suka makan makanan yang manismanis.

Sesetengah orang tidak suka makan makanan yang manis-manis. Setengah-setengah orang tidak suka makan makanan yang manis-manis.

Dia selalu berkunjung Eropah.

Dia selalu berkunjung ke Eropah.

Segala sesuatu yang dilakukan itu bergantung kepada niat seseorang.

Segala sesuatu yang dilakukan itu bergantung pada niat seseorang.

Di antara yang hadir ke majlis tersebut ialah ibu saya.

Antara yang hadir ke majlis tersebut ialah ibu saya.

Rumah Azah terletak antara Kuala Lumpur dengan Kajang.

Rumah Azah terletak di antara Kuala Lumpur dengan Kajang.

Kerjasama di antara Dewan Bahasa dengan pihak luar akan diteruskan lagi.

Kerjasama antara Dewan Bahasa dengan pihak luar akan diteruskan lagi.

Program ini ialah hasil daripada kerjasama antara UPM dan Dewan Bahasa.

Program ini ialah hasil daripada kerjasama antara UPM dengan Dewan Bahasa.

Dia belajar dari pengalaman.

Dia belajar daripada pengalaman.

Buku itu dia hantar ke perpustakaan.

Buku itu dihantar olehnya ke perpustakaan.

Buku itu dimasukkan dalam laci.

Buku itu dimasukkan ke dalam laci.

Dia datang bila dipanggil.

Dia datang apabila dipanggil.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya.

Dia memandang kepada saya.

Dia memandang saya.

11

Dia memberi pelajaran kepada anaknya.

Dia memberikan pelajaran kepada anaknya.

Dia memberi sebuah buku kepada saya.

Dia memberikan sebuah buku kepada saya.

Dia memberikan anaknya pelajaran.

Dia memberi anaknya pelajaran.

Dia memberikan saya sebuah buku.

Dia memberi saya sebuah buku.

Ahmad telah membesar dan memajukan perniagaannya

Ahmad telah membesarkan dan memajukan perniagaannya.

Dia memperisteri anaknya dengan anak guru besar.

Dia memperisterikan anaknya dengan anak guru besar.

Dia memperisterikan Aminah.

Dia memperisteri Aminah.

Mereka memberitahu perkara itu kepada saya.

Mereka memberitahu saya perkara itu.

Mereka memberitahukan saya perkara itu.

Mereka memberitahukan perkara itu kepada saya.

Salmah menaiki bendera itu.

Salmah menaikkan bendera itu.

Sudah lama awak tidak memberi perhatian kepada saya.

Sudah lama awak tidak memberikan perhatian kepada saya.

Buku-buku itu untuk dihadiahkan ke sekolah semasa program Kembara Bahasa

Buku-buku itu untuk dihadiahkan kepada sekolah semasa program Kembara Bahasa.

Oleh kerana itu, masalah ini harus diselesaikan dengan segera.

Oleh sebab itu, masalah ini harus diselesaikan dengan segera.

Agenda mesyuarat adalah seperti di bawah:

Agenda mesyuarat adalah seperti yang di bawah:

Silalah datang ke rumah saya pada bila masa.

Silalah datang ke rumah saya pada bilabila masa. 12

Pilihlah mana yang sesuai.

Pilihlah mana-mana yang sesuai.

Ambillah apa yang anda suka.

Ambillah apa-apa yang anda suka.

Letaklah di mana yang sesuai.

Letaklah di mana-mana yang sesuai.

Aku tidak peduli ke mana pun kamu pergi.

Aku tidak peduli ke mana-mana pun kamu pergi.

Perangainya sejak akhir-akhir ini berbeza dari kebiasaan sebelumnya.

Perangainya sejak akhir-akhir ini berbeza daripada kebiasaan sebelumnya.

Anda berasal daripada mana?

Anda berasal dari mana?

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi.

Tiap orang akan diberikan wang saku RM100.

Tiap-tiap orang akan diberi wang saku RM100. Setiap orang akan diberi wang saku RM100.

Mereka-mereka yang tidak membayar denda akan ditangkap.

Mereka yang tidak membayar denda akan ditangkap.

13

KETUA PENGARAH

:

DATO’ HAJI A. AZIZ BIN DERAMAN

PENGARAH JABATAN BAHASA

:

DR. HAJI AWANG BIN SARIYAN

KETUA BAHAGIAN PENGEMBANGAN BAHASA SEKTOR AWAM

:

HAJAH ZAITON BINTI AB. RAHMAN

SIDANG PENYUNTING

:

BAHAGIAN PENGEMBANGAN BAHASA SEKTOR AWAM

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi sidang penyunting di alamat: Bahasa Pengembangan Bahasa Sektor Awam, Jabatan Bahasa, Jalan Dewan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. Talian Penting Khidmat Nasihat Bahasa : 03-21481960/21485887 Faksimile : 03-21445727 E-mel : [email protected]

14