ZIKRULLAH MEMBENTUK AKHLAK, MERUBAH …

apabila kita sering menelusuri bahan sejarah kehidupan Rasulullah SAW serta ... mewakafkan hartanya, terimalah wakaf mereka dengan ganjaran pahala...

0 downloads 39 Views 937KB Size
Khutbah Jumaat 27 Februari 2015: “Zikrullah Membentuk Akhlak, Merubah Kehidupan” Jabatan Agama Islam Selangor

“ZIKRULLAH MEMBENTUK AKHLAK, MERUBAH KEHIDUPAN”

‫ذ‬ ۡ ُ ُ ُّ ۡ ْ ُ ُ ُ ‫ ٱَّلِيو ءاننوا وتطهئِو كلوبهم ب ِ ِذك ِر‬:‫ الِقَائِل‬  ُ ُ ۡ ُّ ۡ ‫ۡ ذ‬ ‫ذ‬ ُ ٢٨ ‫ٱللِه أَل ب ِ ِذك ِر ٱللِ تطهئِو ٱلللوب‬   











.        ‫تَعَالَى‬      Muslimin yang dirahmati Allah SWT, Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang

dikasihi,

marilah

kita

bertaqwa

kepada

Allah

SWT

dengan

melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. 1

Khutbah Jumaat 27 Februari 2015: “Zikrullah Membentuk Akhlak, Merubah Kehidupan” Jabatan Agama Islam Selangor

Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertaqwa kerana taqwa merupakan TONGGAK keinsanan yang akan menjadikan seorang manusia itu mendapat penilaian utama dan muktamad dari Allah SWT. Taqwa akan menjadikan seseorang insan Muslim sentiasa di muliakan oleh Allah SWT. Marilah kita istiqamah melaksanakan segala syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, demi mengharap keredhaan Allah SWT agar kita sentiasa beroleh keberkatan dan kejayaan samada di dunia mahupun di akhirat nanti, insyaAllah. Sidang Jumaat Yang Di Rahmati Allah, Tajuk khutbah hari ini ialah “ZIKRULLAH MEMBENTUK AKHLAK – MERUBAH KEHIDUPAN”. Zikrullah ialah mengingati Allah dengan lisan dan perbuatan secara zahir mahu pun batin. Dengan berzikir kepada Allah, kita sentiasa melakukan perhubungan kepada Allah SWT. Ini memang merupakan satu daripada ciri orang bertaqwa. Skop zikir amatlah luas. Ianya meliputi segala perbuatan zahir mahupun batin selagi ditujukan kepada mengingati Allah. Termasuklah bila kita menyebut nama Allah SWT secara khusus, melakukan solat wajib dan sunat terutama solat sunat di waktu selepas satu pertiga malam, berpuasa, berzakat, membaca al-Quran, menuntut ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah, berdoa, tidak melakukan maksiat,

bekerja untuk mencari

pendapatan yang halal dan merenung serta memikirkan pelbagai kejadian Allah SWT disamping mengucapkan sesungguhnya segala kejadian ini adalah ciptaan Allah SWT yang maha besar. Firman Allah SWT dalam surah ali Imran ayat 191:

2

Khutbah Jumaat 27 Februari 2015: “Zikrullah Membentuk Akhlak, Merubah Kehidupan” Jabatan Agama Islam Selangor

‫ذ‬ ُ ۡ ُ ٗ ‫ذ‬ ُ ٗ ۡ‫لَع ُج ُنوبهم‬ ُ َٰ ‫ٱَّلِيو يذنرون ٱلل ك ِيَٰها وقعودا و‬ ِِ ۡ ۡ ‫ذ‬ ۡ ‫ذ‬ ‫ذ‬ ُ َٰ ِ ‫ت وٱۡل‬ ‫ۡرض ربنا نا خللت‬ ِ َٰ ‫ويتفهرون ِِف خل ِق ٱلسمو‬ ٗ ۡ ُ ‫ذ‬ َٰ َٰ َٰ ١٩١ ‫ار‬ ‫نل‬ ‫ٱ‬ ‫اب‬ ‫ذ‬ ‫ع‬ ‫ا‬ ‫ن‬ ‫ل‬ ‫ف‬ ‫م‬ ‫ن‬ ‫ح‬ ‫ب‬ ‫س‬ ‫ٗل‬ ‫ط‬ ‫ب‬ ‫ا‬ ‫ذ‬ ‫ه‬ ِ ِ ِ “(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka”. Sidang Jumaat sekalian, Amalan berzikir mempunyai adab. Antaranya menyebut lafaz zikir seperti contoh “Lailaha Illa Allah” dan lain-lainnya dengan betul, berzikir dalam keadaan hati dan perasaan yang bersih dan suci. Ketika berzikir pula kita dapat merasakan keagungan, kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah SWT. Disamping itu kita hendaklah melakukan zikir dengan suara yang perlahan sekadar

didengari oleh si penzikir sendiri. Berzikir dengan

menyebut lafaz-lafaz yang terdapat dalam al-Quran atau as-Sunnah. Adabadab ini perlu dilakukan supaya kita mampu menzahirkan akhlak yang mulia dan berdisiplin ketika berzikir bagi mencapai kesempurnaaan dalam berzikir selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. Dengan demikian insya-Allah amalan berzikir akan diterima oleh Allah SWT. Bagaimanakah zikir yang dilakukan mampu membentuk akhlak?. Jawapannya amat mudah. Bukankah seseorang yang berzikir ia sedang 3

Khutbah Jumaat 27 Februari 2015: “Zikrullah Membentuk Akhlak, Merubah Kehidupan” Jabatan Agama Islam Selangor

mengingat Allah. Jika ia mengingat Allah bermakna ia juga mengingat segala perintah dan syariat yang ditetapkan oleh Allah. Akhlak dan tatakelakuan seseorang yang ingat dan takutkan Allah sudah tentu tidak sanggup melakukan apa-apa sahaja perkara yang bertentangan dengan perintah-Nya. Inilah yang telah diamalkan oleh Rasulullah SAW, para sahabat Rasulullah SAW dan mereka yang cintakan Allah dan Islam. Keadaan ini akan kita temui apabila kita sering menelusuri bahan sejarah kehidupan Rasulullah SAW serta para sahabat dan mereka yang bertaqwa. Apabila seseorang itu sentiasa mengingati Allah SWT maka ia akan yakin dengan segala ketetapan yang ditentukan oleh Allah SWT. Ini akan menjadikan mereka jujur, amanah, bertanggungjawab, berdisiplin, sentiasa mengutamakan nilai mulia ketika berkomunikasi dengan masyarakat seperti, sabar, belas kasihan dan menyayangi setiap manusia dan segala jenis makhluk yang ada di dunia. Lantaran itu, seorang yang sentiasa berzikir akan merasa dan menikmati ketenangan yang menyebabkan mereka mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang hamba yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah SWT. Maka sudah pasti akhlak baik akan terbentuk. Jika mereka sentiasa berzikir tetapi pada masa yang sama masih melakukan pelbagai kemungkaran, maka sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena pada diri mereka. Maka sesuatu perlu dilakukan, perlu ada muhasabah atau penilaian demi mencari puncanya. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, Apabila akhlak yang baik telah terbina maka insya-Allah kehidupan akan berubah kepada yang lebih baik dan selaras dengan kehendak syariat Islam. Kerana antara kesan yang bakal diperolehi oleh mereka yang sering berzikir ialah; ALlah SWT akan melindungi mereka daripada perkara yang 4

Khutbah Jumaat 27 Februari 2015: “Zikrullah Membentuk Akhlak, Merubah Kehidupan” Jabatan Agama Islam Selangor

dibenci oleh-Nya. Mereka juga akan dapat mengawal nafsu supaya sentiasa melakukan perkara yang baik sahaja. Disamping itu mereka akan dapat mengawal diri daripada godaan iblis dan syaitan. Orang yang sentiasa berzikir akan dapat menghidupkan hati dan insyaAllah akan terhindar daripada lalai dan leka, kerana hati si penzikir akan sentiasa redha, qanaah dan merasa cukup dengan segala apa jua rezeki dan ketentuan yang telah diberikan oleh Allah SWT. Zikir boleh dilakukan dengan pelbagai cara kecuali di tempat yang di larang seperti dalam tandas. Seseorang yang berzikir pula tidak semestinya perlu meninggalkan urusan harian sehingga menjejas pencarian sumber rezeki untuk keperluan kehidupan. Malahan mereka masih boleh berada dalam suasana berzikir walaupun di ketika menjalankan urusan seharian. Inilah kefahaman yang perlu diperbetulkan supaya kehidupan seorang Muslim sentiasa dalam keadaan mengingati Allah demi mencapai keredhaan Allah SWT. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, Menelusuri khutbah pada hari ini maka umat Islam disarankan agar; 1.

Sentiasa mengingati Allah, Allah pasti mengingati kita, oleh itu ingatlah Allah.

2.

Amalkanlah zikir-zikir harian dan jadikan zikir-zikir sebagai amalan harian setiap ketika dan semasa.

3.

Carilah ketenangan dengan melaksanakan zikir dan ketaatan kepada Allah SWT.

5

Khutbah Jumaat 27 Februari 2015: “Zikrullah Membentuk Akhlak, Merubah Kehidupan” Jabatan Agama Islam Selangor

    

ْ ُُ ۡ ۡ ُ ُۡ ۡ ‫ۡ ُُ ي‬ ُ ۡ ُ ١٥٢ ‫ون‬ ِ ‫ون أذنركم وٱشهروا ِِل وَل تلفر‬ ِ ‫فٱذنر‬ “Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) –Ku”. (al-Baqarah- 152).

6

Khutbah Jumaat 27 Februari 2015: “Zikrullah Membentuk Akhlak, Merubah Kehidupan” Jabatan Agama Islam Selangor

‫اْلعَظِيِ ِم‬ ِ‫وَال ِّذِ ْكر‬

ِ‫ِ بِاْل ُقر‬ ِ ‫اآل‬ ِ‫وَإِيَّاكُمِ بِمَا فِِيه‬  ِ ِ ِ‫الْحَكِيِم‬ ُ‫السَّمِيِعُ اْلعَلِيِم‬ 

 

7

Khutbah Jumaat 27 Februari 2015: “Zikrullah Membentuk Akhlak, Merubah Kehidupan” Jabatan Agama Islam Selangor

KHUTBAH KEDUA



   

ٍ‫مُحَمَّد‬  ٍ‫حسَان‬ ِ

 

.

ِ‫ آلِه‬‫عَلَى‬ 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT, Mimbar Jumaat sekali lagi berpesan bahawa Islam mengajar umatnya supaya bersikap sederhana dalam segala amalan dan tindakan. Pada masa yang sama umat Islam disaran supaya menjauhi sebarang bentuk perbuatan ekstremis yang kesannya akan menjejaskan keharmonian, perpaduan, keselamatan

ummah

dan

Negara.

Tindakan

ekstremis

juga

boleh

memberikan tanggapan negatif terhadap kesucian dan kemuliaan agama islam. Sebaliknya seluruh umat islam amatlah dituntut agar menampilkan kemuliaan akhlak, sikap dan keperibadian tinggi sebagai muslim sejati agar

8

Khutbah Jumaat 27 Februari 2015: “Zikrullah Membentuk Akhlak, Merubah Kehidupan” Jabatan Agama Islam Selangor

umum mengetahui bahawa Rasulullah SAW diutus dan Islam yang diperjuangkan adalah rahmat bagi seluruh umat dan sekalian alam.

        .     





   9

Khutbah Jumaat 27 Februari 2015: “Zikrullah Membentuk Akhlak, Merubah Kehidupan” Jabatan Agama Islam Selangor

‫سالغُور‬ 

 

‫غُور تغكو‬‫سَال‬

    Ya Allah, Engkaulah kehadrat-Mu yang

telah

Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur mengurniakan

kami

rahmat

dan

nikmat,

sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan. Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, terimalah amalan kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki 10

Khutbah Jumaat 27 Februari 2015: “Zikrullah Membentuk Akhlak, Merubah Kehidupan” Jabatan Agama Islam Selangor

kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada bala bencana dan ujian-Mu yang berat supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat. Ya Allah, kami pohon kehadratmu, mantapkanlah pegangan kami menurut ajaran Ahli Sunnah Waljamaah dan peliharalah kami daripada amalan dan akidah yang menyeleweng dan sesat seperti fahaman syiah yang melampau dan Qadyani serta lain-lain fahaman. Ya Allah, bukakanlah hati

kami untuk mendirikan solat fardhu lima

waktu, menunaikan zakat dan kefarduan yang lain. Berkatilah hidup orangorang yang melaksanakan zakat dan menyayangi fakir miskin serta mereka yang menginfakkan harta untuk Tabung Amanah Pembangunan Islam Selangor dengan ganjaran pahala yang berkekalan hingga ke hari akhirat. Demikian juga ya Allah, tambah dan luaskanlah rezeki orang yang mewakafkan hartanya, terimalah wakaf mereka dengan ganjaran pahala yang berkekalan hingga ke hari akhirat.



      

       .              11

Khutbah Jumaat 27 Februari 2015: “Zikrullah Membentuk Akhlak, Merubah Kehidupan” Jabatan Agama Islam Selangor

          

  JAIS/Nurul



**

16.02.2015

12